• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rahsia Sifu e-bay (Klik Di Sini) Sumber Produk Ebay (Klik DI Sini)

Dalam dokumen 7 Strategi Tambah Wang Saku (Halaman 35-40)

Teknik Menjalankan Perniagaan Di ebay 100% automatik

Selain itu anda juga boleh mendapatkan pendapatan dengan menyertai beberapa perniagaan internet percuma seperti program pengiklanan dan program Affiliate.

Contoh Program Pengiklanan Yang Boleh Disertai

- Google Adsense - Text-Links-Ads - Bidvertiser - Nuffnang - Advertlets

Contoh Program Affiliate Yang Boleh Anda Sertai

- Clickbank

- Commision Junction - PayDotCom

- Amazon.com

- Mempromosikan produk atau e-book orang lain dan mendapat komisyen bagi setiap jualan

MEMASARKAN PERNIAGAAN MELALUI INTERNET SECARA BERBAYAR

Setelah anda mahir dalam teknik memasarkan perniagaan melalui internet secara percuma, kini kita beralih kepada teknik berbayar. Melalui teknik berbayar akan menambahkan keyakinan orang ramai terhadap perniagaan anda.

Perniagaan anda akan kelihatan sebagai sebuah perniagaan yang profesional dengan mengaplikasikan teknik berbayar.

Sebut sahaja perniagaan di internet sudah pasti kita membayangkan laman web. Untuk memastikan perniagaan laman web anda diyakini anda perlu membeli domain sendiri dan menyewa tapak laman web atau dikenali sebagai ”web Hosting” Nama domain biasanya dijual pada harga antara RM30 sehingga RM50 setahun bergantung kepada nama belakang domain yang hendak digunakan samada ”.com”, ”.my”, ”.edu.my”, ”.com”, ”.com.my” dan sebagainya.

Harga bagi sewaan web hosting pula adalah di sekitar RM60-RM200 setahun bergantung kepada spesifikasi yang ditawarkan oleh pemilik syarikat-syarikat web hosting. Sekiranya anda berminat untuk membeli domain dan menyewa web hosting, saya syorkan anda pergi ke mana-mana satu laman web seperti Link di bawah.

Daftar Domain dan Web Hosting di ecommercematry.com Daftar Domain dan Webhosting di NetKL.com

Daftar Domain dan Web hosting di Mercumaya.net Daftar Domain dan Webhosting di Jomhost.com Daftar Domain Dan Webhosting di Sempoi hosting.com

Kesemua laman web di atas menyediakan perkhidmatan menjual domain dan menyewa web hosting dengan harga yang berpatutan yang memberikan lebih nilai untuk wang anda. Tetapi harus anda ingat, anda perlu mencatatkan masa anda mendaftar dan bila masa luput bagi domain dan sewaan web hosting anda. Sekiranya anda terlupa dan tidak memperbaharui bayaran tahunan anda, kemungkinan kontrak anda akan ditamatkan oleh penyedia laman web dan web hosting. Kesudahannya nama domain perniagaan dan web hosting akan dilelong. Dan amat merugikan anda sekiranya anda meraih pendapatan yang lumayan dengan nama domain tersebut.

Setelah anda membangunkan laman web perniagaan anda, anda perlu menarik trafik (pengunjung) ke laman web anda. Lebih banyak pengunjung datang ke laman web anda lebih berpotensi untuk anda meraih pendapatan. Anda boleh menarik trafik datang ke laman web anda secara percuma melalui menyertai ruangan forum di mana-mana laman web/blog, bertukar link laman web dengan rakan, menyediakan program affiliate di laman web anda, memasarkan produk di portal perniagaan seperti e-bay.com, mudah.com, lelong.com dan meletakkan domain laman web anda pada iklan tersebut serta menyertai laman web sosial seperti friendster, twitter dan Myspace. Disamping itu anda juga perlu mempunyai key-word yang dicari oleh ramai orang di laman web anda. Untuk mengenalpasti key word tersebut anda boleh menyemaknya di beberapa enjin pencarian seperti google.com, cari.com, yahoo.com dan seagainya.

Salah satu teknik menarik pengunjung yang menguntungkan adalah dengan membuat pengiklanan berbayar di google adwords dengan kos serendah RM 0.10-RM1 per klik. Kos tersebut anda perlu tetapkan bergantung kepada badjet ke atas pengiklanan yang mampu anda keluarkan. Semakin tinggi harga yang anda mampu bayar semakin kerap iklan anda dikeluarkan dan semakin tinggi kedudukan laman web anda dalam ”rangking” pengiklanan. Kebiasaannya iklan anda akan muncul di laman web google.com, di laman-laman web dan laman-laman blog yang mendaftar sebagai penerbit iklan dengan syarikat google.com

Jadi secara tidak langsung bila pengunjung-pengunjung internet melawat mana-mana laman web atau blog yang mempunyai niche area yang hampir sama dengan laman web anda mereka akan terpandang iklan anda. Bagi mereka yang mengklik iklan tersebut, mereka akan dibawa ke laman web anda.

Selain teknik yang kita bincangkan di atas anda juga boleh menggunakan teknik berbayar melalui kuasa pemasaran e-mail. Untuk berjaya dalam teknik ini anda perlu memberi hadiah atau bonus kepada pengunjung laman web anda dengan syarat mereka mendaftar nama dan e-mail di laman web anda. Teknik ini dikenali sebagai teknik ”autoresponder” dimana setiap email yang didaftarkan oleh pengunjung di laman web anda, ianya akan disimpan dalam ”database”.

Kemudian anda hanya perlu membuat follow up dengan menghantar e-mail pemasaran perniagaan anda kepada senarai e-e-mail tersebut. Paling menarik ianya dilakukan secara aoutomatik. Tidak kira berapa banyak pun senarai e-mail yang anda berjaya kumpul samada 1,000, 5,000, 10,000 dan sebagainya sistem akan menghantar secara outomatik kepada semua senarai email tersebut.

Tugas anda adalah mudah iaitu hanya menyediakan bonus percuma samada e-book, laporan, kupon jualan diskaun, dan sebagainya. Langkah seterusnya anda perlu menyiapkan beberapa siri e-mail promosi untuk disetkan dalam ”outoresponder” anda.

Biasanya pakar-pakar perniagaan internet menyediakan sekurang-kurangnya 5 siri e-mail promosi yang disetkan ke dalam ’outoresponder’ mereka. E-mail promosi ini akan dihantar secara berturutan mengikut minggu (bergantung kepada apa yang anda setkan dalam ”outorsponder”). Sebagai contoh anda mempunyai 10,000 senarai e-mail. Pada minggu pertama 10,000 prospek akan menerima e-mail promosi pertama anda. Daripada 10,000 tersebut anda mempunyai 1% pembeli (100 orang). Kemudian e-mail promosi kedua akan menyusul pada minggu berikutnya ke atas 9,900 senarai e-mail yang tidak membuat pembelian semasa e-mail promosi pertama dihantar. Daripada senarai e-mail tersebut 99 orang (1%) membeli produk anda, dan ianya berterusan sehingga e-mail yang ke 5. Cuba anda bayangkan jualan yang mampu anda raih

dengan teknik ini. Sekiranya anda mampu menjual satu produk dengan harga RM50, anda mampu meraih pendapatan sebanyak RM25,000 dengan hanya mempunyai 5% (500) pembeli daripada 10,000 senarai e-mail dalam simpanan anda.

Kenapa anda memerlukan ”Autoresponder” untuk berjaya dalam perniagaan internet? Dalam perniagaan internet anda perlu membekalkan maklumat secukupnya kepada prospek anda sebelum mereka membuat pembelian. Semasa prospek anda mengunjungi laman web anda, mereka hanya membuat ”survey” ke atas produk anda. Jadi anda perlu ”Follow-Up” prospek anda berkali-kali untuk memberi maklumat selanjutnya tentang produk anda disamping mengingatkan mereka untuk membeli produk anda.

Pada ketika e-mail pertama dihantar, prospek anda tidak membeli produk anda mungkin disebabkan tidak cukup wang atau tiada masa untuk membuka e-mail. Jadi inilah gunanya penghantaran e-mail secara berturutan bertujuan untuk mengingatkan prospek anda sekiranya mereka lupa tentang produk anda. Jadi tanpa outorespoder saya rasa pasti sukar untuk anda melakukuan teknik berikut iaitu menghantar e-mail berkali-kali kepada 10,000 senarai e-mail anda.

Terdapat 2 ”Outoresponder” yang dapat saya syorkan kepada anda iaitu ”getresponse” dan ”aweber”. Anda boleh membuat semakan tentang harga dan maklumat selanjutnya berkenaan ”autoresponder” di laman-laman web berikut:

dapatkan Autorespoder di aweber.com Dapatkan Aotoresponder di getresponse.com

Dalam dokumen 7 Strategi Tambah Wang Saku (Halaman 35-40)

Dokumen terkait