Untuk meraih kejayaan dalam perniagaan melalui pos anda perlu mengetahun niche area untuk produk anda. Sebagai contoh jika produk anda tentang masakan, anda perlu memasarkan produk anda ke dalam majalah-majalah masakan seperti Saji, Mingguan Wanita, Majalah Wanita dan sebagainya. Bagi produk yang berunsur kecantikan seperti produk pelangsingan badan anda boleh memasarkan produk anda di majalah yang kebanyakan pembacanya adalah dari kalangan kaum wanita seperti Majalah Wanita, Mingguan Wanita, Pa & Ma, Harmoni, dan sebagainya.
Saya syorkan anda menggunakan kedua-dua medium pengiklanan iaitu melalui majalah/akhbar dan internet. Ini kerana pada masa ini ramai orang telah mula sedar tentang kepentingan penggunaan internet. Tetapi ada juga sebilangan besar masyarakat kita yang tidak arif menggunakan internet tetapi membaca majalah dan suratkhabar. Jadi, saya syorkan anda mencuba untuk mendapatkan prospek daripada kedua-dua medium pengiklanan ini.
Untuk mengiklankan perniagaan anda melalui akhbar/majalah, anda perlu membayar kos pengiklanan. Kos pengiklanan bergantung kepada harga yang ditawarkan oleh akhbar/majalah tersebut. Bagi akhbar/majalah yang mempunyai ramai pembaca semakin mahal kos pengiklanan yang dikenakan oleh pihak syarikat. Antara akhbar/majalah yang top boleh anda iklankan ialah:-
a. Mingguan Wanita ~ 300,000 pembaca (RM189 untuk 2 minggu) b. Mingguan Perdana ~ 40,000 pembaca (RM90 seminggu)
c. Bacaria ~ 30,000 pembaca (RM90 seminggu)
d. Mingguan Misteri ~ 20,000 pembaca (RM200 4 minggu) e. Sensasi ~ 10,000 pembaca (RM60 seminggu)
f. Mingguan Malaysia – 1.5 juta pembaca g. Berita Harian – 1 juta pembaca
h. Mingguan Metro – 800 ribu hingga 1 juta pembaca
Sila beli akhbar/majalah di atas dan lihat di pada ruangan iklan di untuk makluman terkini. Tuliskan iklan anda disehelai kertas, dan poskan bayaran dengan wang pos.
Jika anda perhatikan kebanyakan akhbar tidak meletakkan harga untuk kos pengiklanan mereka. Anda perlu menghubungi mereka untuk mengetahui harga tersebut. Jika kita lihat dalam senarai di atas kebanyakan akhbar mempunyai pembaca lebih ramai daripada majalah. Disebabkan itu kos untuk membuat pengiklanan di akhbar biasanya lebih tinggi daripada majalah.
Walaupun anda mengiklankan perniagaan anda di majalah, anda tidak perlu khuatir akan kekurangan prospek. Kebiasaannya pembaca akhbar akan membuang, menggunakannya sebagai alas atau menjual di kedai kitar semula surat khabar yang telah mereka baca. Jadi kebanyakan pembaca akhbar tidak sempat untuk melihat iklan anda disebabkan mereka akan mendapatkan akhbar yang baru pada keesokan harinya dan meninggalkan akhbar pada hari sebelumnya. Jadi walaupun pembaca akhbar lebih ramai daripada pembaca majalah belum tentu anda akan mendapat respon/prospek yang lebih ramai daripada pembaca akhbar.
Bagi pembaca majalah pula walaupun kuantiti pembacanya sedikit, tetapi majalah biasanya akan disimpan dan dibaca berulang kali. Jadi sekiranya pada
hari ini pembaca majalah tidak sempat untuk memberi respon kepada iklan anda, mereka akan berkesempatan untuk memberi respon samada pada keesokan harinya ataupun lusa bergantung kepada kelapangan masa yang mereka ada.
Terdapat dua teknik yang dapat digunakan untuk mengumpul senarai prospek anda melalui pengiklanan di akhbar/majalah. Cara pertama anda meminta prospek anda menghantar sms tentang nama penuh dan alamat mereka kepada anda. Dalam iklan tersebut, anda perlu sertakan sekali nombor telefon anda. Cara yang kedua anda boleh meminta prospek anda mengirimkan sampul surat yang bertulis nama penuh dan alamat sendiri berserta setem 60 sen kepada anda. Kedua-dua cara ini ada kelebihan dan kelemahannya sendiri.
Melalui cara pertama anda akan memudahkan prosepek anda. Tetapi ianya akan memenatkan kerja anda untuk menulis atau menaip kembali nama dan alamat prospek pada sampul surat. Selain itu anda juga memerlukan kos yang agak mahal untuk membeli setem dan sampul surat untuk mengeposkan risalah jualan kepada prospek-prospek anda.
Melalui cara kedua pula dapat menjimatkan masa dan kos anda. Anda tidak perlu lagi hendak menulis nama dan alamat prospek anda pada sampul surat. Anda juga tidak perlu membeli setem untuk mengeposkan surat. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan memasukkan risalah jualan ke dalam sampul surat yang diberi oleh prospek anda dan poskan kembali kepada mereka. Tetapi harus diingat untuk memastikan cara yang kedua ini berjaya anda perlu membuat tinjauan bahawa iklan anda mempunyai tarikan dengan ayat yang paling ”membunuh” berbanding iklan-iklan lain yang terdapat dalam ruang pengiklanan majalah tersebut.
Ini kerana tidak semua prospek anda rajin untuk mencari sampul surat dan setem semata-mata untuk memberi respon kepada iklan anda. Pastinya pembaca iklan anda akan lebih tertarik kepada iklan-iklan lain yang hanya
memerlukan mereka menghantar sms. Cuba anda fikirkan akan kebenaran kata-kata saya ini. Adakah anda akan bersusah payah untuk mencari sampul surat dan setem untuk memberi respon terhadap sesuatu iklan atau lebih selesa sekadar menghantar SMS?
Saya tidak mahu membincangkan secara panjang lebar tentang contoh-contoh pengiklanan yang perlu anda buat di akhbar/majalah. Ini kerana ianya terlalu subjektif. Sara sarankan anda mendapatkan beberapa majalah/akhbar kemudian anda lihat pada bahagian pengiklanan. Andaikan diri anda sebagai seorang pembaca. Cuba anda baca kesemua iklan yang terdapat dalam majalah tersebut. Daripada kesemua iklan tersebut yang mana satukah iklan yang paling menarik minat anda untuk memberi tindak balas. Sekiranya anda telah mengenal pasti iklan tersebut, jadikan ayat yang terkandung dalam iklan tersebut sebagai contoh pengiklanan anda.
Tips utama pengiklanan yang boleh saya kongsikan kepada anda jangan membuat iklan untuk menjual produk anda di majalah. Ini kerana anda hanya boleh menggunakan ayat yang terhad semasa membuat pengiklanan di majalah. Sekiranya anda cuba untuk meletakkan ayat jualan dalam iklan tersebut ianya tidak akan berjaya memujuk prospek anda untuk membeli produk anda. Sebaliknya anda perlu menawarkan sesuatu hadiah atau bonus kepada mereka sekiranya mereka memberi respon terhadap iklan anda.
Sebagai contoh anda menawarkan laporan percuma kepada prospek anda tentang teknik memperolehi pendapatan yang sampingan
.
Prospek anda pasti gembira untuk memberi respon kepada iklan anda kerana akan menerima laporan percuma tersebut yang juga merupakan surat jualan anda.Melalui cara ini secara tidak langsung anda akan dapat mengumpul senarai nama. Senarai nama ini dapat anda gunakan berkali-kali untuk pelbagai jenis perniagaan anda tidak kira samada perniagaan MLM, Produk Insurans, produk kesihatan dan sebagainya. Sekiranya anda pernah menceburkan diri dalam perniagaan MLM tetapi belum berkesempatan untuk merasai hasilnya, jangan salahkan diri anda.
Sebaliknya anda perlu buat bedah siasat berkenaan kegagalan anda menceburi perniagaan MLM sedangkan tetapi rakan anda Berjaya. Padahal anda telah mengikuti semua teknik dan tindakan yang di ajar oleh rakan anda.
Jawapannya di sini adalah strategi pemasaran. Bagi kebanyakan ahli perniagaan, strategi pemasaran adalah aspek utama yang perlu diambil berat selain daripada produk yang berkualiti untuk berjaya dalam sesebuah perniagaan. Terdapat beberapa kaedah untuk berjaya dalam pemasaran. Salah satu kaedahnya adalah dengan mengeposkan risalah jualan kepada prospek-prospek anda. Pastikan risalah jualan anda mempunyai ayat-ayat membunuh untuk menarik lebih ramai prospek membeli produk anda.
Untuk pengetahuan anda pengasas periagaan MLM boleh menjadi kaya dengan hanya menerima yuran keahlian daripada pengedar-pengedar mereka. Cuba anda bayangkan sebuah syarikat MLM yang mengenakan yuran keahlian RM70 sekali seumur hidup. Berapa pendapatan yang mereka terima sekiranya mereka mempunyai 100,000 pengedar? Ya nialainya RM 7 juta. Itu baru mendapat keuntungan melalui yuran keahlian. Belum lagi keuntungan ke atas jualan produk.
Sekiranya anda juga terlibat dalam perniagaan MLM dan belum
memperolehi hasil daripada perniagaan anda saya syorkan anda melayari laman web berikut untuk mempelajari cara-cara memperolehi pendapatan yang
lumayan daripada perniagaan MLM anda.
Rahsia MLM (Klik Di Sini)
Selain itu, anda juga boleh mengunjungi laman web di bawah untuk melihat contoh menjalankan MLM menerusi internet: