• Tidak ada hasil yang ditemukan

Budaya Korporat Kkm Mapp2231

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Budaya Korporat Kkm Mapp2231"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Budaya korporat atau dalam bahasa Inggeris corporate culture telah di perkenalkan oleh Tom Peter dalam bukunya ‘ In Search for Excellence’ telah mendapati bahawa kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat bahawa syarikat yang mempunyai budaya korporatnya sendiri mempunyai kencenderungan untuk berjaya.

Malaysia juga tidak terkecuali membentuk budaya korporatnya sendiri untuk seiring maju dengan negara-negara yang semakin membangun seperti Amerika Syarikat termasuklah Kementerian Kesihatan Malaysia. Tanggal 20 April 2009 serentak di seluruh intitusi kesihatan di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan program penerapan budaya korporat bermottokan ‘ KAMI SEDIA MEMBANTU’

(2)

Latar Belakang Putih

Melambangkan kepentingan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan tugas.

Sentuhan di Hati

Melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas. Hati Berwarna Merah

Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

Tangan

Melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu. Nilai-nilai Teras

Menonjolkan prinsip-prinsip yang dipegang semasa menjalankan tugas.

MOTO

Kami Sedia Membantu

Kami - Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.

Sedia - Sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan secara profesional. Membantu - Ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.

(3)

JANJI KAMI

 Kami Sedia Membantu

 Kami Komited terhadap keperluan anda

 Memastikan perkhidmatan yang adil, mesra, rasa hormat dan prihatin.  Kami melaksanakan apa yang dirancang

 Menjanjikan anda tahap profesionalisme yang tertinggi dalam segala urusan penyampaian perkhidmatan.

 Kami berdedikasi terhadap tugas

 Bekerjasama untuk mengukuhkan produktiviti dan meningkatkan kecekapan.

KOMITMEN KAMI

 Kami komited memberikan perkhidmatan kepada setiap pesakit dengan penuh rasa kemesraan, kejujuran dan keikhlasan.

 Kami komited memberikan perkhidmatan yang efektif dengan bersikap profesional, tekun, mudah didekati dan bersopan santun.

 Kami komited bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa efisien, efektif dan produktif.

(4)

Bahawasanya kami, WARGA KERJA KKM, berikrar: Memberi perkhidmatan yang terbaik, mesra dan profesional;

Memberi layanan secara saksama tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama; Bekerja sebagai satu pasukan yang efisien, efektif dan produktif;

Sedia membantu dengan ikhlas dan bertanggungjawab; serta Komited untuk mencapai matlamat Kementerian.

(5)

Menurut mantan Menteri Kesihatan Malaysia semasa Y.B Dato’ Sri Liow Tiong Lai ucapan beliau pada Program Penerapan Budaya Korporat selaras dengan hasrat beliau. Beliau mengalakan semua warga KKM diamanahkan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama seseorang individu. Amanah ini hendaklah dilaksanakan dangan penuh keikhlasan dan rasa tanggungjawab. Pelaksanaan Program Penerapan Budaya Korporat ini memberi penekanan terhadap tiga nilai teras iaitu Penyayang, profesionalisme dan kerja

berpasukan. Nilai-nilai ini amat penting dan perlu menjadi pegangan serta amalan setiap warga KKM semasa menjalankan tugas. Beliau yakin dan percaya melalui usaha gigih dan komitmen semua anggota, pengamatan dan penghayatan nilai-nilai tersebut berupaya membawa perubahan kepada mutu perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Kita sedia maklum akan nilai penyayang perlu ada pada setiap anggota KKM dalam menjadikan kita sebagai insan yang peka , prihatin, dan mengambil berat ke atas mereka yang dating untuk mendapatakan bantuan. Amalan sifat penyayang yang mendapatkan perkhidmatan di kemudahan kesihatan KKM.

Dalam pada itu, kementerian juga memberi penekanan kepada nilai profesionalisme di kalangan anggota KKM. Ini adalah bagi memastikan setiap anggota KKM peka terhadap perubahan semasa dan sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan serta kemahiran berkaitan bagi memastiakn perkhidmatan kesihatan dapat disampaikan dengan baik.

Sebagai salah satu agensi kerajaan terbesar, segala usaha yang dicurahkan tidak akan mendatangkan hasil sekiranya anggota KKM tidak besatu padu dan berkerja sebagai satu pasukan. Bak kata pepatah “ Besatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh”. Oleh itu,

penghayatan budaya kerja berpasukan di kalangan anggota KKM adalah penting dalam memastikan semua matlamat yang telah di tetapkan oleh Kementerian tercapai.

(6)

Pemilihan moto Kami Sedia Membantu pula membawa pengertian bahawa kita sebagai warga KKM perlu bersedia memberi perkhidmatan dengan penuh rasa mesra, prihatin, professional dalam satu pasukan. Dalam pada itu, saya percaya penggunaan moto tersebut juga berupaya membentuk sikap responsive dan proaktif di kalangan anggota KKM untuk menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.

Kejayaan program budaya korporat ini terletak di tangan kita. Justeru itu kita hendaklah komited dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan.

Menurut buku Budaya Korporat Lembaga Pertubuhan Peladang muka surat 5 budaya korporat merupakan satu konsep berbagai segi yang mempunyai ciri-ciri pendekatan, definisi dan pandangan yang berbeza. Budaya korporat bolehlah ditarifkan sebagai satu pemahaman atau tanggapan yang dikongsi bersama oleh semua anggota orginasasi tentang bagaimana sesuatu perkara dilaksanakan atau dijalankan di dalam organisasi tersebut. Pola ekspektasi dan keyakinan yang dikongsi oleh anggota-anggota orginasasi adalah membentuk tindak laku semua individu dan kumpulan di dalam sesebuah orginasasi.

Menurut Budaya Korporat edisi kedua mukasurat 109 iaitu Sackman (1991), berpendapat, budaya korporat bertindak sebagai mekanism kawalan yang boleh meningkatkan komitmen terhadap organisasi, mencapai integrasi antara firma serta membantu dalam penyesuaian terhadap sebarang perubahan yang akan dilakukan.

Menurut Budaya Pekerjaan mukasurat 56 iaitu Hofstede (1991), budaya korporat didefinisikan sebagai suatu pemikiran kolektif yang telah diprogramkan (collective programming) yang mana pemikiran ini akan membezakan ahli-ahli dalam satu kelompok dengan kelompok yang lain.

(7)

Mengapa perlu kita wujudkan budaya korporat sedangkan kita telah berjaya dalam mencapai objektif KKM?

Kini kita mesti memberi perkhidmatan yang memuaskan hati pelanggan. Ini akan hanya tercapai dengan perkhidmatan yang berkualiti. Oleh itu kita perlu mewujudkan budaya korporat yang berteraskan kualiti. Bagi Kementerian Kesihatan tiga nilai utama budaya korporat yang telah dikenalpasti iaitu :

1. Perkhidmatan penyanyang 2. Kerja berpasukan

3. Profesionalisme.

PERKHIDMATAN PENYAYANG

Sesuai dengan hasrat Kementerian untuk memberi keselesaan kepada pelanggan, kita hendaklah mengamalkan perkhidmatan penyayang dengan lebih bermakna. Tuturkata dan layanan awal yang di berikan kepada pelanggan secara penuh kasih saying akan dapat meringankan beban kesakitan yang sedang ditanggungnya.

Corak perkhidmatan penyayang yang ingin diwujudkan di Kementerian ini berteraskan kepada tiga unsur iaiti bersopan santun, responsive dan hormat menghormati.

A. BERSOPAN SANTUN

Bersopan santun adalah amalan dan perlakuan individu yang sentiasa berbudi bahasa mempunyai perasaan timbang rasa dan sentiasa menghulurkan pertolongan kepada insan lain.

Tiga unsur kecil dalam bersopan santun adalah: i. Berbudi bahasa

ii. Bertimbang rasa iii. Sedia membantu B. RESPONSIF

Selaras dengan hasrat Kementerian Kesihatn untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti dan cemerlang kepada para pelanggan, kita semestinya sentiasa bersedia untuk bertindak

(8)

dengan cepat atau responsive. Responsive adalah bermaksud sikap sedia bertindak dengan cepat dan tepat untuk kepentingan pelanggann.

Perlakuan yang berkait dengan responsive ialah proaktif, bertindak pantas dan ketepatan masa. Proaktif adalah sikap menjangka dengan bijak apa yang diperlukan oleh orang lain serta terus mengambil inisiatif untuk memberi perkhidmatan yang diperlukan, atau menyelesaikan masalah yang mungkin timbul.

Bertindak pantas adalah sikap bertindak segera dalam semua keadaan semasa memberi perkhidmatan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita di kementerian sering berhadapan dengan keadaan-keadaan cemas yang memerlukan kita bertindak spontan. Oleh itu kita hendaklah sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang releven supaya kita tidak teragak-agak untuk melakukan pertolongan cemas bila keadaan mendesak.

C. HORMAT MENHORMATI

Amalan hormat menghormati ini bermaksud kita berinteraksi secra jujur, mulia dan tidak menjatuhkan maruah orang lain atau membuatkan orang lain merasa malu. Oleh yang demikian kita hendaklah peka dan prihatin terhadap perasaan pelanggan dan rakan sejawat berinteraksi.

Terdapat tiga unsur kecil di bawah hormat menhormati iaitu: i. Hormati privasi orang lain

ii. Hormati rahsia orang lain iii. Amalkan etiket social

Maksud privasi adalah menhormati hal-hal dan keperluan peribadi. Sebagai contohnya seorang pesakit perlu dilindungi dari pandangan umum dengan menarik tabir sebelum doctor membuat pemeriksaan.

Perkara kedua pula ialah mengenai hormat menghormati ialah kerahsiaan, iaitu menjaga hal-hal menhenai pelanggan dan juga rakan sekerja yang tidak sepatutnya diumumkan

(9)

kepada orang lain, berada di dalam keadaan selamat. Di samping ini, kita tidak sepatutnya menghebahkan perkara-perkara berkenaan kepada sesipa pun.

Untuk menyampaikan sesuatu yang personal kepada pelanggan atau rakan sekerja, amatlah baik sekiranya orang berkenaan di beritahu di tempat-tempat yang tidak dapat di dengar oleh orang lain. Dengan cara ini pelanggan dan rakan sekerja akan merasa

berterima kasih atas tindakan kita itu kerana menjaga rahsianya dari orang lain. Etiket social perlu di amalkan semasa menjalankan tugas umpamanya cara kita memanggil pelanggan dan cara kita menyapa orang lain bila bertemu. Dengan

berpandukan kepada umur dan perwatakan pelanggan, panggilan adik, saudara, kakak, makcik,puan, encik atau sir dapat menunjukan kemesraan dan tansa hormat. Juga dengan berpandukan masa pada waktu itu, ucapan selamat pagi, selamat tengah hari dan selamat petang dapat menunjukan tanda hormat menhormati. Bagi orang islam mengucapkan salam adalah amalan yang paling baik.

KERJA BERPASUKAN

Pasukan adalah terdiri dari individu individu yang berkerja dalam pasukan untuk mencapai matlamat yang sama. Ianya berbeza dengan kumpulan kerana ahli dalam kumpulan tidak semestinya berkerja untuk mencapai matlamat yang sama.

PROFESIONALISME

Profesionalisme bermaksud melakukan sesuatu tugas dengan penuh komitmen, disiplin dan dengan cara yang terbaik mengikut etika dan taraf kerja yang dikehendaki.

(10)

1. Komitmen adalah kesungguhan dalam melakukan sesuatu kerja sehingga sempurna

2. Disiplin pula adalah kita harus mengawasi diri sendiri untuk tidak melakukan sesuatu yang tidak di anggap sesuai atau boleh menjatuhkan imej jabatan.

3. Cara yang terbaik dalam melakukan sesuatu pekerjaan adalah ciri penting bagi profesionalisme. Seseorang itu boleh di panggil professional apabila ia melakukan kerja dengan pantas tanpa menjejaskan kualiti kerja. Pekerjaan sebegini dapat dilaksanakan dengan mengetahui kaedah yang terbaik dan mengamalkan konsep cost effective.untuk mengetahui yang manakah kaedah terbaik adalah anda mestilah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tersebut.

RUMUSAN

Secara tuntasnya, budaya korporat amat penting dalam sesebuah oraganisasi untuk mencapai kecermelangan dalam semua perkara. Sebagai warga KKM terutamanya kita seharusnya tidak memandang enteng budaya korporat ini kerana setiap anggota

(11)

pangkat, agama, dan bangsa seseorang itu. Kita perlu melaksanakan kewajipan kita dengan seikhlasnya dan memberi komitmen dalam perkhidmatan yang kita berikan. Pelaksanaan budaya korporat merupakan salah satu penanda aras kita untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan mengunakan tiga elemen yang penting iaitu

perkhidmatan yang penyayang yang mana kita disarankan untuk mempunyai nilai-nilai peka, prihatin, dan mengambil berat ke atas mereka yang dating mendapatkan

perkhidmatan di kemudahan kesihatan KKM.

Selain itu,profesionalisme juga merupakan salah satu elemen yang penting dalam budaya korporat KKM yang mana setiap anggota KKM diberi penekanan tentang nilai

profesionalisme untuk memastikan setiap anggota KKM peka terhadap perubahan semasa dan sentiasa melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan serta kemahiran yang berkaitan bagi memastikan anggota KKM dapat memberikan perkhidmatan kelas pertama.

Kerja berpasukan juga sangat penting demi mencapai matlamat yang disasarkan oleh KKM yang mana semua anggota seharusnya berkerjasama dalam mencapai matlamat yang ditetapkan oleh KKM.

SENARAI RUJUKAN

1. Portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

http://www.moh.gov.my/v/bu_kor

2. Jurnal Kementerian Kesihatan Malaysia- budaya korporat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia

(12)

3. Buku kit Penerapan Budaya Korporat KKM

http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/budaya %20korporat/pdf/BukuKecil_PenerapanBudayaKorporat.pdf 4. Slide Membentuk Budaya Korporat – Oleh Lee Oii Wah, pengarah Hcm

http://www.slideshare.net/drleeow/membentuk-budaya-korporat-tanggungjawab-bersama

5. Farah Nadiha- Moto, Etika dan Budaya Korporat

http://farahnadiha.blogspot.com/2011/12/motoetika-dan-budaya-kerja-kkm.html

Referensi

Dokumen terkait