Diari Akhir Mei 2015.
1. Pada sekitar Rejab tuan guru (ayahanda) memaklumkan kpdku mendapat anugerah
dipayungi “Kubah As Syakrah” – penting ketika sakaratul maut. Tetapi kemudiannya daku juga merasakan bahawa “maut” itu sendiri berada di atas ubun-ubun. Mungkin ini adalah satu manifestasi pesan Uwais al-Qarani agar “ maut berada di atas kepala sewaktu tidur dan maut berada didepan kita sewaktu sedar “.
2. Pada malam Israk Mikraj , Misbah disuroh laksanakan bacaan surah Yasin dengan cara berhenti pada ayat yang berakhir dengan Mim (ada 12 ayat) dan membaca 3 x (minima) zikir Nur Muhammad mengikut aturannya (semuanya ada 12 zikir). Sebelum ini Misbah dapat perintah untuk mengulang baca ayat pertama “Yasin” x4 agar “matching” dengan 4 “Ar Rahman” dalam surah Yasin itu.
3. Pada petang Sabtu ayahanda suroh siapkan 300 permohonan kpd Allah s.w.t untuk malam Nisfu Syaaban . Sewaktu memberitahu kpd ayahanda bahawa Misbah tidak sihat kerana mulai petang Jumaat badan Misbah (300 sendi) sudah sakit seolah-olah sudah nak datang sakaratul maut , malah yang terasa dulu iala seolah-olah ada pisau atau jarum dicampakan ke dalam mata pada hari Jumaat, ayahanda kata tak payah hantar 300 permohonan itu.
Namun , Misbah siapkan juga 50 permohonan pada pagi Ahad itu.
4. Bila bandingkan sajak Shah Abdul Latiff Bitai dan Hamzah Fansuri kebanyakannya hampir serupa. Menggunakan ayat Quran dan hadith dalam pesan dan isi sajak di panggil “tadmin” dalam Bahasa Sindhi. Mereka memakai pakaian faqir yang compang camping dan membuang semua kepunyaan kerana menuju Lahut. Sajak an bait syair mereka semuanya dapat
dikelaskan sebagai berpaksi wihdatul wujud.
5. “Di mana jasad adalah tasbih , akal menjadi biji tasbih dan hati menjadi harp . Di situ tali-cinta bermain dengan lagu Kesatuan “ ( Shah Latiff )
6. Doa Uwais al-Qarani : “ Wahai Allah , Kau jadikan aku ketika aku tidak bernilai untuk disebut dan Kau berikan aku ketika aku tidak memiliki sesuatupun , sekarang aku mengaku
kesalahan dan dosaku. Ampunilah aku kerana ia tidak membebankan atau meningkatkan Kekuasaan Mu. Kau boleh mencari yang lain untuk disiksa selainku tetapi aku tidak dapat mencari selainMu untuk memohon ampun, hanya padaMu ! Sesungguhnya Kaulah Yang Amat Mengasihani dari semua yang mengasihani.”
7. BINGUNG
Tuhanku , adakalanya ku sembahMu , adakalanya ku merinduiMu Adakala ku takut pada Mu, adakalanya ku sayangiMu
Adakalanya ku rasakan Kau bercakap dengan ku, adakalanya sebaliknya
Kadang Kau berkata dalam hatiku, diwaktu lain seolah-olah Kau berkata dalam akalku Kadang kataMu terbayang , di saat lain fikiranku melayang ( untuk mengimbau kalimahMu) Aku sakit- adakala ku rasakan itu perbuatanMu , adakalanya itu akibatku sendiri.
Ada kala ku rasakan hidup tidak bererti –kerana ku tahu ia sebuah mimpi, tapi tanpa kehidupan bagaimana aku dapat mengenali dan menyembah Mu ? Dari tanpa nama, Kau menamakanku dalam ilmuMu
Lalu aku memujiMu dengan kata pujianMu sendiri.
Dari ketiadaan , Kau mewujudkanku dalam ruang dan waktu Walhal,Kau tidak wajib berbuat begitu………
Lalu sekarang, bagaimana keadaanku dan keberadaanMu?