• Tidak ada hasil yang ditemukan

Huruf hijaiyah yang terdiri dari 29 huru

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Huruf hijaiyah yang terdiri dari 29 huru"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

Mereka juga tidak

dapat membezakan bunyi sebutan huruf yang hampir sama. Pelajar juga sering terkeliru dalam membezakan bentuk huruf yang hampir sama.

Huruf hijaiyah yang terdiri dari 29 huruf tersebut mempunyai bentuk dan karakter berbeda-beda pada penekanan bentuk dan titiknya, hal ini kadang sering menyulitkan anak-anak untuk dapat dengan cepat melafalkan dan menghafal ke 29 huruf hijaiyah tersebut. Permasalahan yang sering terjadi diantaranya anak sering tertukar melafalkan huruf hijaiyah terutama huruf-huruf yang sama bentuknya tetapi berbeda titiknya, sehingga akan membuat anak menjadi malas untuk mengaji. Oleh karena itu perlu adanya suatu strategi pembelajaran yang dapat menarik minat anak untuk lebih tertarik mengenal dan melafalkan huruf hijayah, dimana sebaiknya setiap huruf dikenalkan dengan berbagai permainanan, kegiatan motorik, menyanyi dan tepuk akan terasa lebih menyenangkan dan mudah dipahami oleh anak, anak akan merasa serasa bermain padahal tanpa terasa anak sedang belajar huruf-huruf hijaiyah. Cara tersebut akan membantu tahapan awal anak dalam belajar mengenal Al Quran dengan efektif. Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Ada 3 aspek penting dalam pembelajaran kepada anak, yaitu : 1. Kemudahan Kemudahan artinya baik fasilitas atau media belajarnya maupun metode yang diterapkan mudah dipahami anak. Usia anak merupakan fase pertumbuhan yang segalanya ingin diperoleh dengan cara mudah. Fase ini belum sampai kepada tahap kemandirian berpikir. Yakni masanya memperoleh informasi dan pengalaman di dalam pembentukan sel-sel otaknya. Dengan demikian, anak bisa menghafal pelajaran dengan mudah, tapi belum tentu akan kreatif mencari caranya sendiri dalam menghafal pelajaran. Namun, kita sebagai seorang pendidik yang harus kreatif dan menyesuaikannya dengan dunia anak. 2. Menyenangkan Masa anak-anak adalah masa bermain. Yakni suatu perilaku di dalam mengaktifkan sistem komunikasi dan bersosialisasi dengan teman-teman dan lingkungan sekitarnya. Sekilas nampak, bermain adalah hal sia-sia bagi orang dewasa. Padahal bagi anak sangat besar fungsi dan manfaatnya. Oleh sebab itu, agar tidak keluar dari konteks dunia anak-anak dan tidak memaksakan metode belajar orang dewasa kepada anak, sehingga ciptakanlah suasana belajar yang dapat menyenangkan agar anak bisa menikmati pelajarannya seolah dirinya sedang bermain. 3. Visual. Artinya ada media yang bisa dilihat dan dimainkan secara langsung oleh anak baik secara individu atau kelompok, sehingga anak bisa menangkap gambaran bentuk objek yang diajarkan seolah dia sedang berinteraksi dengan teman bermainnya. Ada 5 jenis permainan yang menyenangkan untuk anak dalam pembelajaran melafalkan dan meghafalkan huruf- huruf hijaiyah yang sudah diterapkan pada Anak Didik Kelompok B TK Al Irsyad Al Islamiyyah Purwokerto”, diantaranya :

(2)

Fakulti Pendidikan Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia

43000 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

sofiah_ismail@yahoo.com.my

Abstrak

Artikel ini membincangkan tentang masalah penguasaan jawi murid Tahap Satu

di kebanyakan sekolah kebangsaan. Keadaan ini perlu ditangani dengan segera supaya

murid dapat menguasai kemahiran mengenal, mengeja, menulis dan membaca jawi

sebelum memasuki Tahap 2. Meskipun program j-Qaf dilaksanakan tetapi murid yang

berada di kelas pemulihan jawi perlu dibantu. Justeru itu guru perlu melipat gandakan

usaha dan mencari kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid

melepasi tahap pemulihan. Kelemahan murid mengenal huruf hijaiah dan lemah dalam

bacaan jawi akan menjadi faktor penyumbang kepada kegagalan murid membaca Al

Quran. Belajar sambil bermain dilihat sebagai satu kaedah yang sesuai digunapakai di

kelas pemulihan Jawi.

Kata kunci : pemulihan Jawi, pengajaran & pembelajaran

Pengenalan

Tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam usaha mengangkat martabat Bahasa

Melayu sebagai bahasa ilmu Alam Melayu sejak kedatangan Islam di alam ini pada abad

ke 13. Hamzah Fansuri, Nuruddin al Raniri adalah tokoh ilmuan tempatan yang lahir

pada zaman kegemilangan Islam pada abad ke 17 dan 18. Mereka telah menghasilkan

karya mereka menggunakan tulisan Jawi.

Sebelum negara mencapai kemerdekaan, Pendidikan Islam diajar secara non

formal, iaitu dengan belajar di rumah guru, pondok dan madarasah. Sistem persekolahan

formal mula diperkenalkan setelah negara mencapai kemerdekaan dengan menjadikan

(3)

(Pusat Perkembangan Kurikulum,1991). Buku teks yang digunakan sebagai bahan

pengajaran dan pembelajaran ditulis dalam tulisan jawi dan ada yang ditulis dengan

Bahasa Arab ( Abdullah Ali Hassan,1980;Abdullah Jusoh,1990).

Tulisan Jawi ialah hasil pengubahsuaian dan penambahan huruf-huruf hijaiah

untuk disesuaikan dengan pertuturan penduduka tempatan. Ubahsuai ini bertujuan

memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Syed Naquib al Attas (1990)

menyatakan huruf Ga ( ك) diperkenalkan berasaskan huruf Kaf ( ك), huruf Jim ( ( ج

serta Cha ( ج)berasaskan bunyi huruf Ta ( ت) dan Jim ( ج). Kang Kyoung Seouk

(1990) berpendapat tulisan jawi merupakan medium asas yang digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Malaysia pada hari

ini terutama dalam pembelajaran Al Quran. . Pelajar dilengkapkan dengan kemahiran

mengeja , menulis dan membaca sebagai matlamat Pelajaran Jawi bagi membolehkan

pelajar memahami pelbagai bidang ilmu dalam Pendidikan Islam.

Kaedah, Konsep dan Strategi menurut Sarjana Islam

Menurut Kamus Dewan (2007) perkataan strategi dihuraikan sebagai rancangan yang

teratur untuk mencapai matlamat atau kejayan. Strategi juga bererti kebijaksanaan dalam

mengurus sesuatu perkara. Perkataan strategi, pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti

sering digunakan adalah merujuk kepada istilah yang sama. Kelima-lima perkataan ini

mempunyai ciri-ciri persamaan dan saling melengkapi namundalam konteks pendidikan

pengertian di antaranya berbeza.

Kajian Ab. Halim (2003) terdapat pelbagai kaedah dan strategi pengajaran yang

dikemukakan oleh pakar pendidikan untuk dijadikan panduan oleh guru. Rashidi dan

Abd. Razak (1995) membahagikan kaedah pengajaran kepada beberapa bahagian, iaitu

kaedah pengajaran mendengar-bertutur, kaedah membaca –menulis, kaedah memerhati

dan membuat. Guru sentiasa perlu mempelbagaikan teknik dan kaedah yang bersesuaian

(4)

Kepentingan membentuk insan beriman dan bertakwa seperti ini menjadikan

guru-guru agama sangat perlu menguasai penggunaan kaedah pengajaran agar dapat

menyampaikan setiap ilmu agama dengan sempurna dan lebih baik. Selain itu, kaedah

pengajaran juga dapat memudahkan pelajar menerima setiap ilmu yang diberikan

terutamanya dalam aspek penghayatan.

Menurut al-Syaibani dalam Ismail Ab. Rahman (1992:165) menyatakan kaedah

mengajar bermaksud segala segi kegiatan terarah yang dikerjakan oleh guru dalam

rangka tuntutan mata pelajaran yang diajarnya, ciri-ciri perkembangan murid-muridnya

dan suasana alam sekitarnya dengan tujuan menolong murid-murid untuk mencapai

pembelajaran yang diinginkan dan perubahan yang dikehendaki pada tingkahlaku

mereka. Selanjutnya menolong mereka memperolehi maklumat, pengetahuan,

kemahiran, kebiasaan, sikap, minat, dan nilai-nilai yang diinginkan.

Penggunaan kaedah pengajaran dalam pendidikan Islam secara berkesan akan

menampakkan hasil apabila pelajar dapat menerima pengajaran yang disampaikan serta

dapat menggunakan ilmu yang dipelajari. Namun begitu, terdapat juga guru-guru yang

mengajar tidak menitikberatkan penggunaan kaedah yang sesuai dengan pelajar.

Menurut Ibnu Khaldun dalam Ismail Abdul Rahman (1992:112) kami

perhatikan ramai dikalangan guru-guru yang ada pada zaman kami tidak mengetahui

kaedah-kaedah pengajaran dan faedahnya. Diperingkat awal lagi mereka memulakan

dengan masalah-masalah yang susah untuk pelajar memahaminya. Ramai guru yang

merumitkan keadaan semasa proses pengajaran berlaku dan ini boleh menyebabkan

pelajar rasa terbeban dan akhirnya pelajar tidak dapat menerima ilmu yang diajarkan.

Kepentingan Konsep dan Kaedah dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Kesediaan belajar merujuk kepada keadaan dalam diri seseorang yang bersedia

(5)

Kesediaan perkembangan berkait pula dengan kematangan kognitif yang bergantung

kepada beberapa perubahan intelek yang berperingkat umur. Kementerin pelajaran

malaysia (1990) menyatakan guru boleh menggunakan budi bicara dalam memilih

pelbagai aktiviti.

Guru boleh menggunakan beberapa panduan sebelum mengaplikasikan sesuatu

kaedah pengajaran, antaranya ialah:

1. kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran;

2. kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai;

3. kaedah juga haruslah sesuai dengan tabiat (nature) pelajaran yang diajar;

4. kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar kaedah itu mestilah yang

boleh atau mampu diaplikasi oleh guru;

5. mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan

An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh

memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar,

malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara

ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan

lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai

memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan

Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.

Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi

yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat

yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang

sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohd

Salleh Lebar (2007:78) murid-murid bosan dengan sebahagian guru yang mengajar

sambil lewa dan tidak banyak perubahan dalam teknik pengajaran. Ini bukan sahaja

(6)

Latar Belakang Tulisan Jawi

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan

khusus dalam pengajaran Jawi, al Quran, Bahasa Arab dan fardhu Ain yang dilaksanakan

di peringkat persekolahan rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum

serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk

pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuran, penggayaan dan penghayatan pelajar.

Pelajar istimewa dalam pendidikan khas juga akan dilibatkan dalam program

j-QAF. Pelaksanaan ini memerlukan tenaga guru yang khas, bahan-bahan pengajaran

dan pembelajaran, bahan-bahan sokongan dan insentif yang khas serta kemudahankemudahan

lain.

Definisi Pemulihan

Pemulihan mengikut terjemahan bahasa Arab ialah islah, yang membawa maksud

mendamaikan atau membetulkan. Menurut Kamus Dewan (2007) ialah perbuatan

memulih atau mengembalakikan kepada keadaan semula, pemulangan atau pengembalian

hak, harta benda dan lain-lain. Pemulihan bertujuan untuk membetulkan sesuatu yang

kurang dan berbeza dengan aktiviti biasa semasa proses pengajaran dan pembelajaran

dijalankan. Kaedah yang dikenali sebagai pemulihan dilaksanakan khusus untuk pelajar

yang menghadapi kesukaran menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira

atau ringkasnya untuk kumpulan yang lambat atau lemah (Sharifah Alwiah, 1983)

Robiah Kulop (1992) menyatakan bahawa Pringle mentakrifkan pemulihan

sebagai pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semuapelajar

yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan

belajar melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan mereka.

Pemulihan juga dikenali sebagai satu program pengajaran khas yang dirangka

bagi memenuhi keperluan pendidikan untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah

pembelajaran di kalangan murid di sekolah biasa. Ini bermakna pemulihan sebagai

(7)

kelas khas di sekolah biasa atau di pusat khusus yang dihadiri oleh pelajar secara sambilan

dalam kumpulan yang diasingkan untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan(Ab.

Halim Tamuri. 2007).

Sang M.S (1998) berpendapat pendidikan pemulihan adalah suatu aktiviti

pengajaran dan pembelajarn untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah

pembelajaran di dalam kelas.

Program j-QAF

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan

khusus dalam pengajaran Jawi, al Quran, Bahasa Arab dan fardhu Ain yang dilaksanakan

di peringkat persekolahan rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum

serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk

pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuran, penggayaan dan penghayatan pelajar.

Pelajar istimewa dalam pendidikan khas juga akan dilibatkan dalam program

j-QAF. Pelaksanaan ini memerlukan tenaga guru yang khas, bahan-bahan pengajaran

dan pembelajaran, bahan-bahan sokongan dan insentif yang khas serta kemudahankemudahan

lain.

Model Kelas Pemulihan Jawi

Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan

pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran dua waktu seminggu pada enam bulan

pertama di Tahun Satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan

bacaan dan tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF

menjadi keutamaan khasnya kepada pelajar yang tercicir supaya semua pelajar boleh

menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan. Model Kelas Pemulihan

Jawi ini diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas

Jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran

(8)

Pemulihan Jawi

Masalah penguasaan Jawi di kalangan pelajar menjadi isu yang hangat diperkatakan.

Menguasai setiap kemahiran mengenal huruf adalah wajib bagi setiap pelajar

terutamanyan mengenal huruf tunggal Jawi.Pelajar yang tidak mengenal huruf tunggal

Jawi akan menyebabkan mereka tertinggal apabila rakan-rakan yang seusia mereka telah

mengikut kemahiran yang lebih tinggi dan semakin susah. Pelajar akan semakin sukar

mengingat kembali apa yang diajardan terkeliru dengan bunyi dan bentuk huruf yang

hampir sama sebutan dan bentuknya. Menurut Muhammad Endut (1990) pelajar yang

tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi akan semakin ketinggalan

dalam Pendidikan Islam apabila alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru ditulis

dalam tulisan Jawi.

Pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran asas ; mengenal , mengeja dan

menulis huruf Jawi akan dipulihkan dalam sesi pembelajaran yang berasingan untuk

memudahkan guru mengajar berdasarkan tahap pelajar. Kelas pemulihan Jawi ialah

pengajaran yang dilaksanakan oleh guru Kelas Pemulihan Jawi j-QAF yang mula

dilaksanakan pada tahun 2003 adalah untuk pelajar yang tercicir . Pelajaran Jawi adalah

salah satu komponen mata pelajaran Pendidikan Islam dengan pendekatan pengajaran

sebanyak dua kali seminggu pada enam bulan pertama bagi Tahap Satu. Kelas ini

dijalankan serentak dengan jadual waktu persekolahan sedia ada.

Pelajar yang tercicir ini akan menguasai sekurang-kurangnya kemahiran

mengenal, mengeja dan menulis huruf tunggal jawi, suku kata terbuka dan perkataan

yang dibina apabila dicantumkan dua suku kata terbuka. Pelajar yang dipilih mengikuti

kelas ini adalah pelajar yang tidak melepasi ujian saringan yang dijalankan. Pelajar

yang lemah dalam pelajaran Jawi ini perlu diberi perhatian dan tumpuan yang lebih dan

kaedah pengajaran dan pembelajaran guru juga sepatutnya diubah agar sesuai dengan

(9)

Zulkifli Haji Dahalan (2003) menyatakan bahawa pendedahan Pendidikan Islam

kepada setiap individu Muslim perlu bermula sejak kecil lagi. Penekanan Pelajaran Jawi

wajar dilakukan ketika mereka mula mengenal huruf. Pembinaan strategi dan kaedah

pengajaran dan pembelajaran kelas Pemulihan Jawi amat penting bagi mencapai

matlamat yang telah disasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pemulihan

Dalam sistem pendidikan di Malaysia, guru dikehendaki melaksanakan aktiviti pemulihan

bagi pelajar yang lemah untuk membantu mereka menguasai sesuatu kemahiran sebelum

berpindah kepada tajuk atau kemahiran yang baru. Pelajar yang sangat lemah akan

dikumpul dan diletakkan di dalam satu kelas yang berasingan supaya dapat dibimbing

oleh guru pemulihan khas untuk beberapa ketika. Sekiranya pelajar dapat menguasai

atau melepasi tahap kemahiran yang ditetapkan mereka akan di pindahkan ke kelas

mereka yang asal.

Esah Sulaiman (2003) berpendapat guru bertanggungjawab mengenalpasti

pelajar yang lemah dan memerlukan pemulihan melalui beberapa cara:

1. memerhati pelajar belajar;

2. menemubual pelajar berkenaan;

3. menganalisa kerja bertulis pelajar;

4. mengadakan ujian yang dapat membezakan pencapaian pelajar lemah, sederhana

dan cerdas.

Terdapat dua strategi yang boleh dilaksanakan dalam aktiviti pemulihan (Sang

M.S,1998):

1. secara berkumpulan: apabila terdapat sekumpulan kecil pelajar yang mempunyai

masalah pembelajaran yang sama, maka strategi kumpulan paling sesuai digunakan.

(10)

pelajar yang lemah;

2. secara individu: apabila terdapat sekumpulan kecil pelajar yang mempunyai masalah

pembelajaran yang berlainan, strategi secara individu digunakan. Guru memberi

tumpuan kepada pelajar yang mempunyai masalah tertentu dan selepas itu beralih

kepada pelajar bermasalah yang lain pula. Bimbingan individu dalam kumpulan

dilakukan secara bergilir.

Kebolehan setiap pelajar di dalam kelas adalah berbeza dari segi minat, kebolehan

dan bakat tetapi proses pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh kebanyakan

guru pada masa kini adalah kaedah secara menyeluruh. Keadaan ini menyebabkan

sebahagian pelajar tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar oleh guru. Maka

hasilnya, pelajar yang tercicir akan ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain.

Pelajar yang bermasalah ini memerlukan bantuan individu dan program pemulihan.

Kemahiran Membaca

Antara aktiviti pemulihan yang dapat dilakukan oleh guru di dalam kelas

ialah membaca, menulis dan mengira. Alsagoff (1996) menyatakan kaedah pengajaran

pemulihan membaca terbahagi kepada dua teknik, iaitu:

1. teknik am;

2. teknik khusus.

Teknik Am:

Seorang guru perlu melakukan proses saringan untuk mengenalpasti kelemahan

yang dihadapi oleh pelajar sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Terdapat lima prinsip asas yang perlu dlaksanakan dalam program pemulihan:

1. Memulakan proses pengajaran mengikut tahap kebolehan pelajar

2. Pencapaian pelajar perlu sentiasa diberitahu

3. Pengajaran dan pembelajaran harus serupa dengan keadaan sebenar.

(11)

5. Latihan yang banyak dan pelbagai harus dilakukan kerana pelajar perlu kepada

pengalaman yang baru.

Teknik Khusus

Teknik khusus ini sesuai dijalankan terutama untuk pengajaran pemulihan dalam bidang

kemahiran membaca. Antaranya menambah kadar kepantasan membaca: pelajar yang

sudah pandai membaca, menambah kadar kepantasan membacanya akan menjadi

mudah.

1. Selalu membaca: membaca bahan bacaan yang mudah dan yang menyeronokkan

adalah cara yang paling baik.

2. Penggunaan masa yang terhad: Menghadkan masa membaca akan mempercepatkan

kadar bacaan

Kemahiran Menulis

Aktiviti menulis adalah merupakan salah satu aspek yang penting dalam proses pengajaran

dan pembelajaran Jawi. Pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran menulis akan

menghadapi masalah dan guru perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti mengenal

dan menulis Jawi Aktiviti ini amat sesuai untuk pelajar kelas pemulihan sekolah rendah

yang masih belum menguasai cara menulis Jawi. Kebanyakan pelajar sekolah rendah

belum dapat menguasai kemahiran mengenal huruf tunggal Jawi. Mereka juga tidak

dapat membezakan bunyi sebutan huruf yang hampir sama. Pelajar juga sering terkeliru

dalam membezakan bentuk huruf yang hampir sama.

Konsep Belajar Sambil Bermain

Permainan adalah suatu aktiviti yang boleh merangsang minat murid untuk belajar.

Permainan berbentuk pertandingan atau perlawanan bersama dengan peraturan tertentu

akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam suasana yang

(12)

1. Permainan ”Roda Impian Jawi”

Permainan ini adalah sama seperti rancangan realiti ”Roda Impian” . Murid diminta

memilih satu suku kata atau huruf Jawi dan memusing roda. Penanda yang terdapat

pada roda akan berhenti di salah satu suku kata atau huruf. Pelajar yang memusing roda

diminta menyambung dan mengeja suku kata tersebut menjadi perkataan yang mudah

difahami.

2. Joran Jawi

Guru menyediakan kad huruf tunggal hijaiah atau kad suku kata terbuka berbentuk ikan.

Pelajar akan memancing menggunakan joran dan akan mengeja suku kata. Pelajar yang

dapat mengeja dengan betul akan diberi ganjaran.

3. Pandai Joran

Kad-kad huruf tunggal jawi akan ditampal di atas polisterin secara berselerak. Pelajar

akan memilih dan menyebut suku kata atau huruf berulang kali. Pelajar yang tidak dapat

menguasa kemahiran akan diajar menyebut huruf atau mengeja suku kata terbuka.

Pengelolaan Pengajaran dan Pembelajaran

Aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah secara

individu, kumpulan dan kelas secara terancang dan teratur di samping mengaitkan

aktiviti dengan akhlak Islam dan nilai-nilai murni.

1. Aktiviti secara Individu

Aktiviti yang dijalankan secara individu memberi peluang kepada murid untuk

berinteraksi secara personal dengan guru dan secara tidak langsung guru dapat

mengetahui kelemahan pelajar.

2. Aktiviti secara Kumpulan

Pembahagian kanak-kanak kepada beberapa kumpulan membolehkan pelajar

berkomunikasi dan bekerjasama. Aktiviti yang berbentuk permainan sangat sesuai

terutama guru mengadakan pertandingan.

3. Aktiviti secara Kelas

(13)

untuk menyampaikan maklumat , arahan, penerangan, bercerita, bersoal jawab dan

membuat refleksi sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran berakhir. Antara aktiviti

yang sesuai dijalankan ialah nyanyian, bercerita atau kuiz.

Penutup

Guru merupakan orang yang paling kuat mempengaruhi pembelajaran pelajar dan

mereka juga memainkan penting dalam mempersembahkan cara untuk menyampaikan

ilmu pengetahuan. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui penggunaan

bahan bantu mengajar, aktiviti berkumpulan, motivasi dan interaksi akan merangsang

pelajar untuk belajar.

Guru yang bersifat positif akan menerima perubahan sebagai satu cabaran

dalam profesion mereka. Sebaliknya guru yang mempunyai sikap negatif akan terus

menggunakan kaedah pengajaran secara lama kerana ianya telah menjadi kebiasaan

kepada guru tersebut. Dalam pembelajaran Jawi, guru perlu berusaha menggerakkan

dirinya untuk mencapai kualiti kerja. Guru yang dinamik, cekap dan sentiasa berusaha

untuk memajukan pengajaran dan pembelajaran Jawi dalam bilik darjah dengan

merancang teknik mengajar dan menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik.

Kaedah pengajaran perlu dipelbagaikan mengikut keperluan pelajar yang

mempunyai tahap pengetahuan yang berbeza dalam penguasaan Jawi bertujuan

memudahkan pelajar memahami pengajaran guru dalam suasana gembira dan tanpa

rasa terpaksa.

Program j-QAF yang dilaksanakan pada tahun 2003 merupakan satu langkah

yang amat baik untuk memperbaiki penguasaan Jawi di kalangan pelajar. Sasaran j-QAF

yang bertujuan untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus

kepada Jawi, Al Quran, bahasa Arab dan Fardhu Ain adalah satu usaha yang baik demi

untuk membentuk keseimbangan spiritual dan jasmani pelajar.

(14)

Alsagoff, Sharifah Alwiah. (1984). Teknologi Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kuala Lumpur.

Alsagoff, Sharifah Alwiah. (1986). Ilmu Pendidikan Pedagogi. Heinemann Asia. Kuala

Lumpur.

Alsagoff, Sharifah Alwiah. (1986). Teknologi Pengajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kuala Lumpur.

Esah Sulaiman, (2003). Modul Pengajaran Asas Pedagogi. Fakulti Pendidikan. UTM.

Johor

Esah Sulaiman, (2003). Asas Pedagogi. Fakulti Pendidikan UTM. Johor.

Kulop Hamzah, Robiah. (1992). Fungsi dan Masalah –Satu Kajian. Dewan Bahasa dan

Pustaka. Kuala Lumpur.

Lubis, Haji Maimun Aqsha dan Hj. Aspar, Roslan (2005): Kaedah Pengajaran

Pengetahuan Agama Islam di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan ,Vol.30 141- 150

Sang. Mak Song . (1997). Pedagogi 2: Pelaksanaan Pengajaran. Kumpulan Budiman.

Kuala Lumpur

Sang. Mak Song . (1997). Pedagogi 3 Pengujian dan Penilaian, Pemulihan, Penggayaan

dan Pendidikan Inklusif Pengajaran. Kumpulan Budiman. Kuala Lumpur.

Tamuri, Ab.Halim dan Jasmi, Kamarul Azmi (2007). Pendidikan Islam: Kaedah

Pengajaran dan Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia. Johor Darul Takzim.

Rujukan Lanjut : file.upi.edu/ai.php?dir=Direktori/PROCEEDING/UPI-UPSI/2010/..

Sila layari : http://file.upi.edu/ai.php?dir=Direktori/PROCEEDING/UPI-UPSI/2010/...

Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Jawi di Kalangan Pelajar Tahun 4: Kajian Kes di

Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding

Bab 1: Pernyataan Masalah

1.1 Pengenalan

Tulisan Jawi adalah salah satu daripada warisan bangsa Melayu yang perlu dipertahan dan dipelihara. Pada satu ketika dulu, tulisan jawi menjadi antara medium bagi penyampaian ilmu di kalangan umat Islam di nusantara. Selain sebagai medium penyampaian ilmu, tulisan jawi juga digunakan bagi menyelesaikan urusan harian seperti jual beli, undang-undang, politik dan perhubungan antarabangsa.

(15)

perjanjian jual beli yang ditulis dalam tulisan jawi, penemuan batu-batu bersurat yang dijumpai di Kedah dan Terengganu, Kanun Undang-Undang Negeri seperti Hukum 44 di Kedah, Majallah Ahkam di Johor dan Hukum Kanun Melaka yang dipraktikkan di Melaka semuanya ditulis dan dibukukan

dalam tulisan jawi lama.

Dalam penyebaran ilmu, tidak dinafikan tulisan jawi memainkan peranan yang sangat penting. Pada zaman dahulu kita dapat lihat, ulama’-ulama’ tersohor di rantau alam Melayu menulis kitab semuanya menggunakan bahasa Melayu dan tulisan jawi sebagai medium penyampaiannya. Antara penulisan tersebut ialah Matla’ al-Badrain karangan Sheikh Ahmad al-Fathani, Furu’ Masail dan Munyatul Musalli karangan Syeikh Daud Fathani, Durr Thamin karangan Syeikh Abdullah al-Fathani, Faridatul Fara’id karangan Syeikh Abdussamad al- Palembangi dan Bahrul al-Mazhi karangan

Syeikh Idris al-Marbawi.

Kebelakangan ini, kita dapati penguasaan dan minat masyarakat terhadap tulisan jawi agak berkurangan. Sebagai bukti, Akhbar Utusan Melayu yang telah diterbitkan sejak sebelum merdeka lagi telah diberhentikan pengeluarannya akibat daripada tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Melayu sendiri. Namun begitu, tindakan pantas Kementerian Kebudayaan dan Kesenian menanggung sebahagian besar kos pencetakan akhbar ini menjadikan akhbar ini terus diterbitkan namun bukan lagi sebuah akhbar tetapi hanya dalam bentuk sisipan yang

diterbitkan bersama Utusan Malaysia setiap hari Isnin.

Tulisan jawi juga terpinggir selepas kerajaan memutuskan bahawa tulisan rumi digunakan sebagai medium bagi penyampaian bahasa Melayu dan pada satu ketika Pendidikan Islam juga menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi menyebabkan tulisan jawi semakin hilang daripada masyarakat

Melayu di Malaysia.

Namun begitu, tulisan jawi kembali diberi nafas baru apabila kerajaan mewajibkan pendidikan Islam menggunakan tulisan jawi dan menyediakan buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi. Selain daripada itu, usaha bekas Perdana Mewnteri yang Kelima Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi memperkenalkan program j-QAF di sekolah-sekolah rendah bermula pada tahun 2005 seolah memberikan tulisan Jawi nafas baru bagi membugarkan semula kegemilangan tulisan Jawi pada satu

ketika dulu.

Selain daripada itu, kehadiran Kaedah Ejaan Dewan yang di susun secara teratur oleh pakar-pakar bahasa menjadikan kaedah tulisan jawi semakin tersusun. Wujudnya Kamus Dewan bagi Ejaan Jawi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka memantapkan lagi usaha jitu kerajaan bagi memartabatkan tulisan jawi. Diharapkan dengan usaha jitu daripada semua pihak dapat mengembalikan semula tulisan jawi sebagai salah satu medium penyampaian ilmu pengetahuan.

Justeru itu, bagi memastikan warisan tulisan jawi ini terkubur, suatu usaha yang bersepadu dan bersungguh secara berterusan perlu dilakukan bagi memastikan tulisan jawi kekal sebagai medium kepada penyampaian ilmu di serata nusantara. Melihat kepada pengalaman semasa sebagai guru, perlu ada kajian yang mendalam berkaitan masalah yang dihadapi oleh murid sehinggakan

menghilangkan minat untuk belajar tulisan jawi.

1.2 Latar belakang Kajian

(16)

Kajian ini juga mengambil kira aspek-aspek kelemahan P&P, kesediaan pelajar, motivasi rendah untuk

setiap pelajar dan sukatan pelajaran sedia ada.

Kajian ini juga sebagai perintis kepada kajian-kajian yang lebih terperinci dalam bidang pengajaran dan pembelajaran jawi bagi memastikan tulisan jawi terus berkembang subur dalam masyarakat

Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Diharapkan kajian ini dapat menyelesaikan persoalan penguasaan jawi di kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding dan akan menjadikan SKDN sebagai sekolah sifar buta jawi menjelang 2015.

Selepas selesai kajian tindakan ini, kajian ini akan dipanjangkan ke Sektor Pendidikan Islam di Jabatan Pelajaran Selangor dan Bahagian PendidIkan Islam di Kementerian Pelajaran Malaysia untuk rujukan dan kajian kes bagi masalah pembelajaran jawi di salah sebuah sekolah di Malaysia.

Semoga kajian ini menjadi titik awal bagi memartabatkan tulisan jawi di peringkat sekolah rendah dan diteruskan diperingkat yang lebih tinggi demi memastikan tulisan jawi terus menjadi pilihan dan

perhatian masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia.

1.3 Latarbelakang Permasalahan Kajian

Kajian ini akan memberikan penumpuan kepada penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi di kalangan pelajar tahun empat. Antara sebab tahun 4 dipilih dan dijadikan penanda aras dalam penilaian ini adalah berasaskan beberapa faktor; pertama, adalah kerana tahun 4 empat adalah fasa peralihan daripada tahap satu kepada tahap dua. Sewajarnya murid telah menguasai kedua-dua asas ini sebagai persediaan kepada kemahiran yang seterusnya pada tahap dua.

Kedua, adalah disebabkan tahun 4 adalah tahun pertama di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding yang menerima program j-QAF di mana program ini membekalkan guru terlatih bersama dengan modul-modul khas terutamanya Modul Pemulihan Jawi. Selain daripada itu, guru-guru ini adalah guru yang dilatih khusus bagi tujuan pemulihan jawi. Justeru, inilah masa yang sesuai menilai keberkesanan program ini dan jika terdapat kelemahan, kelemahan tersebut perlu ditampung mengikut kesesuaian bagi menjamin program ini terlaksana dengan jayanya.

Ketiga, tahap perkembangan fisiologi murid juga berada dalam fasa yang berlainan daripada murid tahun 1 hingga 3. Justeru, kajian ini diperlukan bagi mengkaji bagaimana perubahan fisiologi dan

kematangan murid mempengaruhi kemahiran sedia ada.

Kajian ini akan melibatkan semua murid tahun empat SKDN yang berjumlah 115 orang sebagai sampel kajian (soal selidik dan pengumpulan data) dan 7 orang Guru Pendidikan Islam terlatih sebagai responden untuk temubual dan 20 orang murid lemah jawi yang telah dikenalpasti melalui ujian yang dilaksanakan oleh GPI sebagai sampel kepada aktiviti pemulihan jawi.

(17)

tahap murid. Pada akhir tahun akan diadakan penilaian sekali lagi sebagai persediaan kepada kajian

tindakan selanjutnya.

1.4.1 Tujuan Kajian

Tujuan kajian yang utama adalah untuk mengenalpasti dan mengumpul data berkaitan penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi yang bertujuan untuk memudahkan tindakan susulan dijalankan bagi memastikan SKDN sifar buta jawi menjelang tahun 2015. Antara objektif mikro bagi

kajian ini ialah:

1. Mengenalpasti dan mengumpul maklumat berkaitan latar belakang murid. Latar belakang murid juga memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pencapaian murid. Ini akan

memudahkan guru menggunakan pendekatan yang sesuai.

2. Mengenalpasti jumlah murid bagi pengkelasan yang ditetapkan iaitu baik, sederhana dan lemah. Perincian data mengenai tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran adalah perlu bagi memudahkan guru melakukan aktiviti tambah nilai, pengayaan dan pemulihan di dalam dan luar kelas.

3. Mengenalpasti bagaimana kecenderungan pelajar terhadap tulisan jawi. Ini amat penting supaya aktiviti jawi boleh disemarakkan dengan memahami secara jelas dan terang berkaitan minat murid

terhadap tulisan jawi.

4. Sebagai instrumen bagi menilai murid keupayaan asas jawi. Murid yang lemah akan diwajibkan menyertai Kem Celik Jawi yang akan diadakan pada akhir bulan 12. Kem ini bertujuan melahirkan pelajar yang mampu menguasai kemahiran asas bagi bacaan dan tulisan jawi.

5. Mengenalpasti tahap bantuan yang diberi oleh ibu bapa dan penjaga terhadap kemahiran menulis

dan membaca jawi.

1.4.2 Persoalan Kajian

Kajian ini cuba merungkaikan persoalan yang unik yang berlaku di kalangan pelajar SKDN. Kajian ini akan cuba melihat kelemahan penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi daripada beberapa sudut yang berbeza. Kajian ini akan cuba mendedahkan kepada masyarakat hubungkait antara kemahiran dan penguasaan pelajar di sekolah dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat. Kajian ini dengan menggunakan instrumen yang dibina akan cuba memberikan jawapan

terhadap hubungkait yang telah dinyatakan.

Kajian ini juga cuba mengaitkan pencapaian murid dengan hubungan mesra antara guru dan murid. Kajian ini akan cuba membina satu modul yang akan diterapkan dalam Kem Celik Jawi yang sudah tentunya menggunakan pendekatan berbeza daripada apa yang murid pelajari dan dapat di dalam kelas. Diharapkan dengan lahirnya modul tersebut dapat memudahkan pelajar menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi dalam masa yang telah ditetapkan.

Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan yang sering berlegar di fikiran masyarakat awam berkaitan dengan hubungkait penguasaan pelajar dalam sesuatu matapelajaran dengan minat yang telah dipupuk oleh ibu bapa daripada kecil lagi atau minat dan kecenderungan yang dibina oleh guru-guru semasa pelajar berada di tahap yang lebih bawah. Justeru menggunakan instrument temubual dan soal selidik, kajian ini pada akhirnya cuba menjelaskan kepada warga ibu bapa dan pendidik bagaimana membina minat n kecenderungan lam sesuatu matapelajaran khususnya jawi dan

(18)

Justeru itu, pada akhir kajian ini, kita akan mendapat beberapa rumusan berdasarkan persoalan kajian yang telah diutarakan di atas dan selari dengan matlamat kajian ini dilaksanakan. Jika penyelidik merasakan kajian ini sebagai kajian pertama dan memerlukan kajian lanjutan, penyelidik akan terus membina hipotesis baru bagi memperincikan lagi aspek-aspek yang tidak diperincikan

dalam kajian ini.

1.5 Hipotesis Kajian

Pandangan umum menyatakan bahawa kesediaan pelajar untuk menerima ilmu adalah perkara asas dalam memastikan pelajar tersebut berjaya menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar di sekolah. Umum juga di sajikan dengan beberapa kajian yang menyatakan bahawa minat dan kecenderungan murid adalah antara asas utama kejayaan murid dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, kita sering mendengar, apabila pelajar gagal menguasai kemahiran asas gurulah orang pertama yang dipersalahkan. Selain daripada itu, faktor kelemahan IQ dan EQ pelajar juga sering

dijadikan alasan kepada kegagalan penguasaan kemahiran asas.

Kajian ini bukanlah sebuah kajian yang cuba menafikan faktor-faktor yang dinyatakan di atas, tetapi cuba mengutarakan penyelesaian daripada sudut berbeza. Dengan instrumen yang telah dibina kajian ini akan cuba mencari adakah wujud hubungkait antara kemahiran dan penguasaan pelajar di sekolah dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat. Ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan pembacaan penulis berkaitan pencapaian UPSR di sekolah bandar, luar bandar, pedalaman dan pinggir bandar. Penulis mendapati ada trend yang berbeza daripada sudut

pencapaian pelajar.

Kajian ini juga cuba mengaitkan pencapaian murid dengan hubungan mesra antara guru dan murid. Kajian ini akan cuba membina satu modul yang akan diterapkan dalam Kem Celik Jawi yang sudah tentunya menggunakan pendekatan berbeza daripada apa yang murid pelajari dan dapat di dalam kelas. Ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sebagai GPI yang melihat bahawa adanya peningkatan dalam pencapaian jika sesuatu matapelajaran itu diajar oleh guru yang disenangi oleh murid.

Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan yang sering berlegar di fikiran masyarakat awam berkaitan dengan hubungkait penguasaan pelajar dalam sesuatu matapelajaran dengan minat yang telah dipupuk oleh ibu bapa daripada kecil lagi atau minat dan kecenderungan yang dibina oleh guru-guru semasa pelajar berada di tahap yang lebih bawah. Kajian ini cuba mencari formula yang sesuai terutamanya bagi GPI untuk menarik minat pelajar terhadap tulisan jawi.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini perlu dilaksanakan atas beberapa sebab. Antaranya: 1. Dapat mengumpulkan data lengkap berkaitan maklumat murid antaraya latarbelakang murid dan keluarga dan pencapaian semasa murid. Ini memudahkan GPI untuk lebih memahami masalah murid dan cuba mencari pendekatan sesuai bagi mengatasi masalah tersebut.

2. Dapat mengenalpasti secara tepat jumlah murid yang lemah, sederhana dan baik. Bagi murid yang lemah data sedia ada dapat membantu guru bagi melakukan pemantauan yang berterusan terhadap murid apabila berada di dalam kelas dan di Kem Celik jawi manakala bagi murid yang tahap penguasaannya sederhana akan memudahkan guru untuk membuat aktiviti tambah nilai dan dan pengayaan yang sesuai dengan aras pencapaian murid tersebut.

(19)

murid terhadap tulisan jawi.

4. Dapat merungkai hubungan antara prestasi pelajar dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi, perkaitan antara prestasi cemerlang dengan guru yang baik dan merungkai hubungan dan perkaitan antara minat dan kecenderungan pelajar dengan prestasi semasa pelajar.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini hanya terbatas kepada penguasaan pelajar terhadap dua kemahiran asas tulisan jawi iaitu kemahiran membaca dan menulis . Kemahiran membaca yang dimaksudkan adalah termasuk kemahiran menyebut dan mengingat huruf tunggal, kemahiran membaca suku kata terbuka dan tertutup, kemahiran membatangkan perkataan, kemahiran membaca ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka, kemahiran membaca ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup dan kemahiran membaca buku cerita pendek. Manakala Kemahiran menulis yang dimaksudkan ialah kemahiran menulis huruf tunggal, kemahiran menulis suku kata terbuka dan tertutup dan kemahiran membina dan menulis ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka serta kemahiran menulis ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup. Kajian ini tidak menekankan penulisan khat sebagai medium. Pelajar tidak diperkenalkan bentuk-bentuk khat kerana kemahiran itu akan di ajar pada tahun 5 dan 6.

Kajian ini hanya melibatkan semua pelajar tahun 4 SKDN, ibu bapa dan penjaga pelajar dan 7 orang

GPI yang ditempatkan di SKDN.

Pada dasarnya kajian ini akan memfokuskan berkaitan masalah penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi di kalangan pelajar tahun 4 SKDN. Justeru kajian ini akan mengetengahkan hasil berkaitan perkara yang dibincangkan. Namun sebelum memilih tajuk ini untuk diketengahkan sebagai kajian tindakan, penulis telah menjalankan tinjauan literature berkaitan tajuk yang telah dipilih. Namun hasil tinjauan yang dilakukan masih tiada kajian yang melibatkan masalah penguasaan

kemahiran membaca dan menulis jawi secara terperinci.

2.2 Kajian Yang berkaitan

1. Nik Rusila bt Yaakob.2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Kertas Kerja dalam Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

(20)

kertas kerja ini di dasarkan kepada pengkajian terhadap beberapa buah sekolah menengah yang sudah tentunya agak berlainan dengan situasi dan keadaan yang berlaku di sekolah rendah. Namun begitu, kajian ini menjadi rujukan penulis sebagai kajian awal yang dirujuk bagi menentukan hala tuju

kajian yang akan dilakukan oleh penulis.

2. Hassan Basri. 1991. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah. Kajian IRPA. Universiti Malaya.

Penulis juga berkesempatan meneliti laporan kajian IRPA yang telah dilakukan oleh beberapa penyelidik daripada Universiti Malaya yang diketuai oleh Dr. Hassan Basri. Apa yang dapat penulis simpulkan ialah kajian ini secara detail menghuraikan berkaitan data dan fakta namun begitu kajian ini dilakukan sekitar hujung tahun 80an dan awal 90an dan penulis berpandangan masih ada ruang untuk menyemak semula kajian yang dilakukan kerana sifat dan sikap pelajar juga berubah mengikut

peredaran masa dan suasana setempat.

3. Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu. Tesis

Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.

Kajian yang baik yang dilakukan oleh penyelidik ini. Namun ia berkaitan dengan perlaksanaan keseluruhan j-QAF di Terengganu. Ia melibatkan kajian terhadap modul-modul yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika diteliti, daripada aspek jawi, modul ini memperinci dan menghuraikan keberkesanan aktiviti pemulihan jawi yang dilaksanakan oleh guru j-QAF yang hanya melibatkan modul mengenal dan membaca huruf tunggal jawi. Ini kerana pada masa tersebut, j-QAF baru diperkenalkan dan hanya bermula di tahun 1.

4. Ishak Haron dan Hassan Basri. 1998. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Menengah.

Kajian IRPA. Universiti Malaya.

Kajian yang sangat berkualiti, namun ia dilakukan berdasarkan fakta-fakta yang dikumpulkan khusus berkaitan penguasaan jawi di sekolah-sekolah menengah di Selangor. Justeru, sudah pasti terdapat ruang dan jurang perbezaan yang amat luas dan ketara antara sekolah menengah dan sekolah rendah.

5. Mohd Azhan bin Abdul Halim. 2006. Kajian Tindakan Kepada Modul Senang Jawi. Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Perak. Didapati dari atas talian http://jpnperak.edu.com.my. Penulis juga sempat meneliti sebuah kajian tindakan yang dilakukan oleh seorang guru cemerlang yang boleh didapati daripada laman web JPN Negeri Perak. Namun ia adalah berkaitan penilain terhadap modul yang dibina dan dilaksanakan oleh guru cemerlang tersebut.

2.3 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, tiada kajian yang dilakukan khusus bagi menangani masalah murid berkaitan kemahiran membaca dan menulis jawi. Justeru, penulis berpandangan bahawa tajuk yang diutarakan oleh penulis adalah relevan dan memenuhi kriteria sebagai sebuah kajian baru bagi memantapkan lagi pendidikan Islam di SKDN khususnya dan di Malaysia amnya.

Bab 3: Metodologi Kajian

(21)

Kajian ini adalah berbentuk kajian tindakan bagi membantu guru untuk membuat tindakan susulan sama ada untuk aktiviti tambah nilai, pengayaan mahupun aktiviti pemulihan sama ada aktiviti tersebut dilakukan di dalam kelas atau di luar daripada kelas. Justeru bagi mendapatkan kajian yang benar-benar berkualiti, penulis akan membentangkan kepada pembaca berkaitan dengan metodologi kajian yang diikuti oleh penulis bagi memastikan kajian ini benar-benar menepati kajian yang

berbentuk ilmiah yang menjadi rujukan di SKDN.

3.2 Reka bentuk Kajian

Kajian ini akan menggabungkan beberapa kaedah. Kaedah pertama akan menggunakan instrumen penilaian yang melibatkan peperiksaan yang telah lepas iaitu peperiksaan akhir tahun bagi tahun lepas (2008), peperiksaan awal tahun bagi tahun semasa (2009) dan instrumen penilaian 6 bulan Jawi. Kaedah ini digunakan bagi menganalisis prestasi lalu dan semasa bagi setiap murid dan mengenal pasti dimanakah kelemahan ketara bagi murid yang gagal untuk lulus.

Kaedah kedua adalah berasaskan kaedah soal selidik. Ia melibatkan pembinaan item untuk soal selidik yang perlu diedarkan kepada ibu bapa bagi mengetahui latarbelakang responden bagi memudahkan aktiviti penyesuaian dilakukan oleh GPI di dalam kelas atau diluar kelas.

Kaedah ketiga adalah berasaskan temubual atau perbincangan profesional bersama rakan GPI bagi mengenalpasti aspek yang menyebabkan murid lemah dan kurang berminat untuk mengikuti P& P

jawi di SKDN.

Kaedah keempat, pembinaan modul khusus bagi murid yang lemah jawi, dan modul tersebut akan dinilai keberkesanannya oleh GPI berdasarkan boring-borang penilaian yang telah disediakan. Hasil daripada penilaian tersebut akan dirumus bagi menghasilkan dapatan kajian yang boleh digunakan sebagai rujukan dan penambahbaikan pada masa-masa akan datang.

3.3 Populasi Kajian

Kajian ini tertumpu kepada semua murid tahun 4, Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding, Hulu Langat, Selangor yang merangkumi 144 murid. Ia juga melibatkan ibu bapa dan penjaga responden beserta 7

orang GPI.

a. Borang A: dihantar kepada ibu bapa respondenbagi mengetahui latarbelakang sosiobudaya dan

sosioekonomi responden yang telah dipilih.

b. Borang B: diberi kepada murid bagi menilai hubungkait-hubungkait kepada persoalan yang

diutarakan dalam permasalahan kajian.

(22)

4. Pembinaan modul dan penilaian terhadap modul yang telah dilaksanakan. Hasil yang dirumus daripada ketiga-tiga instrumen yang terdahulu, modul akan dibina berasaskan kepada kelemahan pelajar sedia ada dan digunakan untuk memulihkan pelajar dan modul ini akan dinilai memastikan ketepatan rumusan yang dilakukan. Kaedah ini digunakan bagi menilai sesuatu data yang bersifat kauntitatif. Namun jika melibatkan kualitatif, aktiviti menilai, mentafsir dan merumus

akan dijalankan oleh penulis sendiri.

3.7 Analisis Data

Analisis akan dibuat dalam beberapa bentuk: Pertama bagi data kualitatif, analisis akan dibuat dalam bentuk mod, min dan median bagi memudahkan penyelidik merumus kajian yang telah dijalankan.

Kedua, bagi data yang bersifat kuantitatif atau kajian lapangan analisis data akan dibuat secara deskriptif iaitu dalam bentuk jadual dan peratus dan juga dalam bentuk statistik iaitu dalam bentuk

graf bergantung kepada kesesuaian hasil dapatan.

3.8 Kesimpulan

Kajian ini memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi memastikan semua objektif yang digariskan dapat dicapai dengan jayanya. Semoga kajian ini menjadi kajian perintis kearah sifar buta

jawi bagi mencapai visi SKDN Cemerlang Menjelang 2015.

Rujukan

1. Nik Rusila bt Yaakob.2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Kertas Kerja dalam Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Hassan Basri. 1991. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah. Kajian IRPA. Universiti Malaya.

3. Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu. Tesis

Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.

4. Ishak Haron dan Hassan Basri. 1998. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Menengah.

(23)

5. Mohd Azhan bin Abdul Halim. 2006. Kajian Tindakan Kepada Modul Senang Jawi. Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Perak. Didapati dari atas talian http://jpnperak.edu.com.my. 6. Abdul Majid Konting. 1997. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

7. Idris Awang. 2002. Kaedah Penyelidikan. Akademi Pengajian Islam Univerti Malaya: Kuala Lumpur. 8. Alis bin Puteh. 2008. Kajian Tindakan di Sekolah: Satu Pengenalan. Pure Honey Enterprise: Kuala Lumpur.

Referensi

Dokumen terkait

Dalam lima tahun terakhir (2011-2015) belum ada studi yang mencoba mengidentifikasi skripsi para mahasiswa program studi Pendidikan Seni Rupa dari aspek jenis

- Memfasilitasi terhadap pelaksanaan pembebasan tanah Hak Milik dan Pelepasan hak yang dipergunakan untuk kepentingan pembangunan serta peralihan

Umumnya pada pompa torak dipasang dua buah bejana udara, masing-masing sebuah pada pipa hisap dan sebuah pada pipa hantar, dan diletakkan sedekat mungkin

Wilayah transmigrasi di kecamatan Tolangohula provinsi Gorontali merupakan wilayah yang memiliki masyarakat multietnis.Pembauran masyarakat suku Gorontalo dan suku

Perbedaan kandungan komponen anorganik saliva mungkin dipengaruhi oleh bahan- bahan yang digunakan dalam aktivitas menyirih, misalnya penggunaan kapur sirih yang mungkin

Dalam hal terjadinya salah satu risiko seperti tersebut diatas, termasuk juga bila MEGA DANA TERPROTEKSI XIV dibatalkan peluncurannya atau dibubarkan sebelum Tanggal

Pinjaman dalam Rupiah maupun valuta asing yang dilakukan berdasarkan perjanjian pinjaman (Loan Agreement) dengan Bukan Penduduk. Perjanjian pinjaman dalam valuta

Berdasarkan hasil penelitian dan hasil analisis data, maka dapat diambil kesimpulan bahwa terdapat pengaruh yang signifikan antara Pelatihan Terhadap Kinerja Pegawai Di