• Tidak ada hasil yang ditemukan

Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang 2009

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2019

Membagikan "Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang 2009"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

PERBANDINGAN KESAN PENDEKATAN PENGAJARAN SECARA KOLABORATIF DAN TRADISIONAL TERHADAP TAHAP PENCAPAIAN

KEMAHIRAN HIDUP MURID TAHUN LIMA.

Nasir Bin Hasan

Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perlis.

1.0 Pendahuluan

Mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah diperkenalkan pada tahun

1991. Mata pelajaran ini dijalankan sebagai satu mata pelajaran sekolah yang tidak

dinilai melalui Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), walau bagaimanapun

kandungan mata pelajaranya akan bersambungan ke sekolah menengah dan pada

peringkat tersebut pelajar diwajibkan mengambilnya dan dinilai melalui Penilaian

Menengah Rendah (PMR). Bagi memastikan mata pelajaran ini terus sesuai dengan

keperluan wawasan negara, kandungan sukatan telah dibuat penambahbaikan pada

tahun 2002.

Kemahiran hidup ialah satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar dalam

tahap dua Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Mata pelajaran ini bertujuan

untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta

perniagaan dan keusahawanan. Kemahiran asas tersebut dapat digunakan oleh murid

untuk berdikari dan yakin diri serta mampu menjalani kehidupan secara produktif dalam

dunia teknologi yang sentiasa berubah. Nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja

yang baik akan diterapkan semasa menjalankan aktiviti agar mewujudkan kesepaduan.

Secara umumnya faktor pendekatan dan kaedah pengajaran yang dikendalikan

oleh seseorang guru dalam sesuatu mata pelajaran akan menjadi penting dalam

menentukan keberkesanan pengajaran dan seterusnya akan memberikan kesan

terhadap tahap pencapaian murid terutama bagi mata pelajaran yang melibatkan

komponen teori dan amali seperti Kemahiran Hidup.

2.0 Pernyataan masalah

Pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah rendah kurang

diberikan tumpuan kerana masyarakat memandang Kemahiran Hidup sebagai mata

pelajaran pelengkap dan kurang penting untuk anak-anak mereka kerana tidak dinilai

melalui UPSR. Bagi KPM Kemahiran Hidup sangat penting kerana dapat menyediakan

(2)

2020. Kementerian juga telah memberikan penekanan tentang kaedah. pengajaran

Kemahiran Hidup supaya melibatkan pembelajaran melalui pengalaman. Murid

dikehendaki melakukan sendiri pelbagai aktiviti secara aktif untuk menguasai

pengalaman praktis yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian, (Sukatan

Pelajaran Kemahiran Hidup, ms 3, 2002). Untuk melaksanakan pendekatan ini, peranan

guru sangat penting dalam mengendalikan mata pelajaran Kemahiran Hidup di

sekolah.

Menurut Abd Aziz Osman (2002) guru-guru sangat sukar untuk mengendalikan

pengajaran dan pembelajaran komponen Mereka cipta Projek dalam sukatan

Kemahiran Hidup tahun 4,5 dan 6 kerana mereka kurang mahir, sukar menentukan

aktiviti yang sesuai bagi membina kreativiti murid dan kurang alat Bantu mengajar

(ABM) semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Isu yang timbul di sini ialah guru

menghadapi kesukaran dalam merancang aktiviti yang sesuai bagi menjadikan murid

lebih kreatif untuk membina produk berkaitan dengan tajuk mereka cipta projek. Oleh itu

kajian ini akan membuat perbandingan dua pendekatan pengajaran dalam pengajaran

Kemahiran Hidup iaitu pendekatan berasaskan kolaboratif dan pendekatan secara

tradisional ke atas pencapaian murid akan dapat membantu guru-guru dan

meyakinkan mereka untuk memilih pendekatan yang sesuai digunakan untuk

pengajaran mereka dan dengan itu diharapkan dapat meningkatkan pencapaian murid

dalam ujian dan peperiksaan.

3.0 Objektif Kajian dan Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan pendekatan

pengajaran kolaboratif untuk komponen reka cipta bagi murid sekolah rendah. Kajian ini

juga untuk membuat perbandingan kesan pembelajaran secara kolaboratif dengan

pembelajaran secara tradisional bagi komponen reka cipta projek dan kaitannya

terhadap peningkatan pencapaian ujian. Kajian ini akan cuba menjawab beberapa

soalan kajian yang berkaitan dengan keberkesanan dua pendekatan pengajaran

Kemahiran Hidup.

i. Adakah terdapat perbezaan skor ujian pra dan ujian pasca bagi

kumpulan eksperimen ( pendekatan kolaboratif ) ?

ii. Adakah terdapat perbezaan skor ujian pra dan ujian pasca bagi

(3)

iii. Adakah terdapat perbezaan pencapaian markah antara kumpulan

eksperimen dengan kumpulan kawalan.

iv. Adakah terdapat perbezaan pencapaian markah antara murid lelaki dan

perempuan bagi kumpulan eksperimen ?

Selain itu kajian ini juga berhasrat untuk mendapatkan maklumat tentang

kelebihan pendekatan pengajaran secara kolaboratif selain untuk membina

pengetahuan dan kemahiran yang merujuk kepada konstruk dalam mata pelajaran

Kemahiran Hidup.

4.0 Metodologi Kajian

Kajian ini akan menggunakan pendekatan secara kuantitatif menggunakan reka

bentuk Kuasai Eksperimental. Ujian statistik digunakan dalam kajian ini dan rumusan

dibina berdasarkan analisis data. Kajian ini. Instrumen yang di gunakan ialah Ujian pra

Ujian Pasca dan Soal selidik

Sampel kajian yang dipilih terdiri daripada dua buah kelas murid tahun lima

daripada lima kelas di sebuah sekolah kebangsaan kawasan bandar. Kumpulan yang

dipilih dikenali sebagai kumpulan kawalan (tradisional) dan kumpulan rawatan

(kolaboratif). Kedua-dua kumpulan ini dipilih daripada murid-murid yang memiliki tahap

pencapaian yang hampir setara berdasarkan analisis data ujian bulanan sebelumnya.

Majoriti murid tinggal di kawasan taman perumahan dan hanya sebilangan kecil sahaja

tinggal di kampung tradisional. Bilangan murid lelaki dan perempuan seperti dalam

Jadual 1 di bawah.

Murid Kumpulan Rawatan ( Kolaboratif)

Kumpulan Kawalan (Tradisional)

Lelaki 20 22

Perempuan 18 16

Jumlah 38 38

(4)

5.0 DAPATAN DAN ANALISIS DATA

5.1 Analisis data ujian

Analisis data ujian pra dan pasca bertujuan untuk menjawab empat persoalan

kajian yang ditetapkan dalam kajian ini. Daripada analisis data , dapatan kajian ini

adalah seperti yang berikut:

Soalan 1 : Adakah terdapat perbezaan skor ujian pra dan ujian pasca bagi

kumpulan eksperimen ( pendekatan kolaboratif ) ?

Kumpulan rawatan yang telah menggunakan pendekatan secara

kolaboratif dalam sesi pengajaran telah menunjukkan peningkatan skor antara ujian pra

dan ujian pasca yang telah dijalankan. Dalam ujian pra minnya ialah 42.76 manakala

dalam ujian pasca yang diadakan selepas rawatan telah menunjukkan peningkatan min

kepada 53.13 ialah dengan perbezaan min sebanyak 10.36. Peningkatan yang

ditunjukkan adalah signifikan pada aras signifikan 0.01 (kurang daripada 0.05).

Walaupun analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tetapi perbezaan

rendah ini disebabkan pelbagai faktor. Rujuk kepada rajah 1 di bawah.

UJIAN PRA UJIAN PASCA

Perbandingan min ujian pra dan pasca kumpulan rawatan

M ea n N S td . De viati o n S td . Erro r Me an

Min N Sis ihan Piawai

UJIAN PRA UJIAN PASCA

Perbandingan min ujian pra dan pasca kumpulan kawalan

M ea n N S td . De vi ati o n S td . Erro r Me an

Rajah 1 : Perbandingan min ujian pra dan pasca.

(5)

Soalan 2 : Adakah terdapat perbezaan skor ujian pra dan ujian pasca bagi

kumpulan kawalan ( pendekatan tradisional ) ?

Kumpulan kawalan yang telah menggunakan pendekatan secara tradisional

dalam sesi pengajaran ada menunjukkan sedikit peningkatan skor antara ujian pra dan

ujian pasca yang telah dijalankan. Dalam ujian pra minnya ialah 42.23 manakala dalam

ujian pasca yang dilakukan selepas pengajaran dilaksanakan telah menunjukkan sedikit

peningkatan min kepada 47.84 dengan perbezaan min sebanyak 5.60 seperti yang

ditunjukkan dalam Rajah 2 di atas. Peningkatan yang tidak signifikan iaitu 0.010

melebihi 0.05 daripada piawaian yang digunakan dalam ujian-t.

Soalan 3 : Adakah terdapat perbezaan pencapaian markah antara kumpulan

eksperimen dengan kumpulan kawalan ?

Perbandingan antara skor kumpulan rawatan yang menggunakan pendekatan

secara kolaboratif dengan kumpulan kawalan yang menggunakan secara tradisional

mendapati min untuk kumpulan rawatan ialah 5.6 dan min bagi kumpulan rawatan ialah

10.36 iaitu terdapat perbezaan sebanyak 4.76. Analisis data untuk membuat

perbandingan antara kedua-dua kumpulan menggunakan ”independent samples test”

menunjukkan perbezaan yang tidak signifikan iaitu pada 0.211 iaitu melebihi 0.05

daripada piawaian yang digunakan dalam ujian-t.Hal ini menunjukkan tidak ada

perbezaan dari segi kesan tehadap pencapaian murid apabila guru menggunakan

pendekatan secara kolaboratif ataupun pengajaran secara tradisional. Rujuk kepada

rajah 3 di bawah.

Kaw alan Perbandingan Min kumpulan Rawatan dan Kawalan

N Min Sisihan Piawai

U JIAN PRA LELAKI

U JIAN PASCA LELAKI

M ean N S td . Devi ati o n Std . Erro r M ean Perbandingan min ujian pra an pasca- lelaki

Min N Sisihan Piawai

Rajah 3 : Perbandingan min antara kumpulam kawalan dan rawatan

(6)

Soalan 4 : Adakah terdapat perbezaan pencapaian markah antara murid lelaki

dan perempuan bagi kumpulan eksperimen ?

Soalan kajian ini bertujuan untuk melihat adakah terdapat kesan terhadap

pencapaian berdasarkan jantina setelah rawatan diberikan. Daripada analisis data

mendapati min bagi pencapaian murid lelaki ialah 46.50 bagi ujian pra dan 52.95 bagi

ujian pasca seperti yang ditunjukkan dalam rajah 4 di atas menunjukkan terdapat sedikit

peningkatan kesan daripada rawatan yang diberikan tetapi tidak signifikan kerana tahap

signifikan yang diperoleh ialah 0.201 iaitu lebih daripada 0.05 dari piawaian yang

digunakan dalam ujian-t. Bagi murid perempuan analisis data mendapati min ujian

pra ialah 38.61 dan dalam ujian pasca min telah meningkat kepada 53.33 iaitu

peningkatan sebanyak 14.72 Perbezaan min ini adalah signifikan pada aras 0.00 iaitu

kurang daripada 0.05 daripada piawaian yang diguna dalam ujian-t. Rujuk kepada rajah

5 di bawah.

Bagi menjawab soalan kajian yang keempat iaitu sama ada terdapat

perbezaan pencapaian markah antara murid lelaki dan perempuan bagi kumpulan

eksperimen, analisis menggunakan ujian-T ( independent samples test ) mendapati min

untuk murid lelaki ialah 6.45 dan min bagi murid perempuan ialah 14.72 iaitu perbezaan

sebanyak 6.67. Walaupun terdapat perbezaan min antara murid lelaki dan perempuan

tetapi perbezaan tersebut tidak signifikan kerana berada pada aras 0.023 iaitu melebihi

0.05 daripada piawaian yang digunakan dalam ujian-t. Analisis data ini menunjukkan

pembelajaran secara kolaboratif yang digunakan sebagai rawatan tidak memberikan

kesan yang signifikan kepada faktor jantina. Rujuk kepada rajah 6 dibawah.

UJIAN PRA PEREMPUAN UJIAN PASCA PEREMPUAN Perbandingan ujian pra dan pasca - perempuan

Mean N Std. Deviation Std. Error Mean

Statistik

Min N Sisihan Piawai

Lelaki Perempuan JANTINA Perbandingan min antara jantina kumpulan rawatan

N Mean Std. Deviation Std. Error Mean

Statistik

N Min Sisihan Piawai

Rajah 5 : Perbandingan min antara ujian pra dan pasca murid

perempuan

(7)

5.2 Analisis data soal selidik

Data soal selidik dikumpul untuk membantu menyokong dapatan dan analisis

data daripada ujian pra dan pasca bagi memberikan bukti ke atas kesan pengajaran

secara kolaboratif terhadap pencapaian ujian. Pendekatan pengajaran secara

kolaboratif juga menjadi alat untuk meningkatkan disiplin, membuat keputusan bersama,

berkongsi idea, mematuhi peraturan kumpulan dan banyak lagi konsrtuk yang telah

dikenal pasti oleh pengkaji terdahulu. Untuk mengesan konstruk yang terdapat dalam

rawatan tersebut soal selidk telah digunakan. Terdapat sepuluh soalan diberikan

kepada murid daripada kumpulan rawatan dan soalan tersebut dibahagikan kepada

konstruk dalam jadual 2 di bawah;

Bil Konstruk kolaboratif yang dipilih Nombor soalan

1 Kemahiran berinteraksi 1 dan 3

2 Kemahiran belajar – kesediaan belajar 4,5 dan 7

3 Nilai bekerjasama 2 dan 6

4 Nilai Berdisiplin 8 an 9

Jadual 2 : Konstruk pengajaran secara kolaboratif

Data yang dikumpul telah dianalisis untuk melihat skor kekerapan bagi setiap

item soalan. Analisis dibahagikan kepada dua komponen seperti yang berikut.

5.2.1 Item yang mendapat skor kekerapan positif tertinggi

Beberapa konstruk dalam pengajaran secara kolaboratif telah dikenal pasti

untuk diberi penilaian oleh murid bagi mengetahui kelebihan pendekatan pengajaran ini.

Data yang dikumpul menunjukkan nilai berdisiplin telah mendapat skor kekerapan

tertinggi.Hal Ini memberi gambaran bahawa pengajaran secara kolaboratif berpotensi

untuk membantu meningkatkan tahap disiplin murid dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang berbentuk ”hands on”. Secara peratusnya 76.3 peratus murid

memberikan skor kepada item soalan 8 dan 76.3 bagi item soalan 9 seperti yang

ditunjukkan dalam jadual 3 di bawah. Kedua-dua soalan ini bertujuan mengesan

konstruk berdisiplin yang dikenal pasti antara kebaikan pendekatan pengajaran secara

(8)

Nilai - Berdisiplin 1 2 3 4 5 J

8. Saya dan ahli kumpulan mematuhi semua langkah dalam manual kerja semasa memasang

kit kereta. 2 1 6 20 9 38

Skor kekerapan 3 6 29

Peratus 7.8 15.8 76.3

9. Saya sentiasa mematuhi arahan ketua

kumpulan dan arahan guru semasa menjalankan

aktiviti dalam bengkel. 1 2 6 19 10 38

Skor kekerapan 3 6 29

Peratus 7.8 15.8 76.3

Jadual 3 : Item yang mendapat skor positif tertinggi

5.2.2 Item yang mendapat skor kekerapan negatif tertinggi

Bagi item soalan yang mendapat skor kekerapan negatif paling tinggi ialah item

soalan yang mengukur konstruk kemahiran belajar dari segi kesediaan belajar yang

berkaitan dengan aspek efektif. Murid menyatakan bahawa mereka kurang selesa

bekerja dalam kumpulan seperti yang dirancang oleh guru dalam pembelajaran tajuk

berkenaan. 21.1 peratus berasa tidak selesa bekerja dalam kumpulan manakala 31.5

peratus murid tidak selesa tentang tugas yang diberikan kepada mereka semasa aktiviti

interaksi sepanjang tempoh rawatan diberikan. Jadual 4 di bawah menunjukkan

dengan jelas perasaan murid apabila menjawab soalan yang berkenaan. Interaksi

dalam kumpulan yang dilaksanakan semasa pengajaran telah menyebabkan murid

berasa tidak selesa dan perasaan ini boleh menyebabkan mereka tidak mendapat

faedah yang lebih dan seterusnya memberikan kesan negatif kepada pencapaian

mereka dalam ujian pasca.

Kesediaan Belajar – aspek efektif 1 2 3 4 5 J

5. Saya berasa sangat selesa belajar dalam kumpulan bagi melaksanakan aktiviti memasang

kit model kereta. 3 5 7 13 10

`

38

Skor kekerapan 8 7 23

Peratus 21.1 18.4 60.5

7. Saya berasa selesa dengan tugas yang di berikan dalam aktiviti kumpulan semasa

memasang kit kereta. 2 10 7 9 10 38

Skor kekerapan 12 7 19

Peratus 31.5 18.4 50.0

(9)

6.0 Perbincangan is-isu yang berkaitan

Dapatan daripada data kajian menunjukkan ada perbezaan yang signifikan

antara ujian pra dan pasca bagi kumpulan rawatan tetapi perbezaan yang rendah ini

disebabkan pelbagai faktor. Faktor yang dominan pada pendapat penyelidik ialah

rawatan yang diberikan agak singkat iaitu selama 120 minit atau empat waktu

pengajaran. Dalam tempoh tersebut aktiviti yang melibatkan perbincangan secara aktif

melalui pendekatan kolaboratif melibatkan tiga sesi iaitu lebih kurang 60 minit dan masa

yang selebihnya digunakan untuk mentadbir aktiviti amali dan tunjuk cara oleh guru.

Penyelidik berpendapat bahawa peningkatan pencapaian akan lebih tinggi

sekiranya murid diberi lebih masa berinteraksi melalui aktiviti yang dirancang oleh guru.

Faktor lain yang menyebabkan peningkatan agak rendah ialah aktiviti yang melibatkan

intreraksi kurang memberikan peluang kepada mereka untuk berbincang, semasa

mereka memasang komponen kit model masa lebih diberikan kepada teknik

pemasangan berpandukan manual. Di sini perbincangan kurang berlaku dan murid

lebih tertumpu kepada membuat pemilihan komponen dan seterusnya memasang

mengikut urutan yang telah ditetapkan. Perbincangan antara ahli kumpulan kurang aktif

dan keadaan ini menyebabkan perpindahan pengetahuan antara murid agak terhad dan

ini menjejaskan pencapaian mereka dalam ujian pasca.

Berkaitan dengan soalan kajian yang kedua didapati tidak terdapat perbezaan

yang signifikan antara skor ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan yang

menggunakan pendekatan tradisional. Peningkatan yang sangat sedikit telah dijangka

oleh penyelidik kerana pendekatan tradisional lebih berpusatkan guru. Walaupun

pengajaran menggunakan peralatan ICT seperti persembahan slaid oleh guru tetapi

cuma berbentuk sehala dan murid kurang mendapat manfaat lebih-lebih lagi didalam

kelas yang bilangan muridnya ramai seperti dalam kelas kawalan ini. Tajuk pelajaran

yang berbentuk ”hands on’ seperti mereka bentuk produk ini tidak sesuai menggunakan

pendekatan tradisional dengan guru memberikan penenerang sahaja. Peningkatan

kefahaman akan berlaku apabila guru memberikan pengalaman praktik kepada murid

melakukan sendiri atau secara berkumpulan seperti dalam kumpulan rawatan.

Berkaitan dengan perbezaan jantina pula, kajian ini mendapati tidak terdapat

perbezaan pencapaian markah antara murid lelaki dan perempuan bagi kumpulan

rawatan. Dalam kalangan murid lelaki tidak terdapat perbezaan antara ujian pra dan

(10)

berbentuk amali. Mereka lebih ghairah untuk menyiapkan pemasangan kit model tanpa

berinteraksi dengan rakan demi meningkatkan pengetahuan tentang aspek teori

semasa menjalankan aktiviti.

Bagi murid perempuan pula terdapat peningkatan antara ujian pra dan pasca

apabila rawatan secara kolaboratif diberikan, hal ini berkemungkinan murid perempuan

lebih mudah menerima ilmu pengetahuan secara berinteraksi sesama mereka dalam

kumpulan secara kolaboratif. Aktiviti kumpulan yang disediakan oleh guru sesuai

dengan gaya pembelajaran kebanyakan murid perempuan.

Berhubung dengan soalan kajian yang ketiga iaitu samada terdapat perbezaan

pencapaian markah antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan terdapat

isu menarik yang boleh dibincangkan. Dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan

yang signifikan antara kedua-duanya iaitu pendekatan pengajaran secara kolaboratif

dan pendekatan secara tradisional. Melalui tinjauan bacaan mendapati terdapat banyak

kelebihan pendekatan pengajaran secara kolaboratif jika dibandingkan dengan secara

tradisional tetapi mengapa dalam kajian ini didapati tiada perbezaan yang signifikan ?

Hal ini menjadi isu yang menarik untuk dibincangkan.

Penyelidik perlu melihat kembali bentuk aktiviti interaksi yang digunakan oleh

guru dalam pengajaran tajuk pelajaran semasa kajian ini sangat sesuai dan

mencukupi. Secara umumnya terdapat tiga aktiviti yang melibatkan interaksi murid iaitu

yang pertamanya interaksi murid semasa membuat pemasangan kit model. Keduanya,

interaksi semasa mereka mencari jawapan untuk menyiapkan aktiviti menjawab soalan

dalam lembaran kerja dan ketiga interaksi semasa mereka berbincang tentang

kefungsian produk. Hasil daripada analisis data, kesemua aktiviti tersebut tidak

mencukupi bagi membantu murid membina kefahaman mereka tentang konstruk isi

pelajaran yang dihasratkan oleh guru dalam sesi pengajaran tersebut.

Untuk aktiviti pertama murid berinteraksi sesama mereka dan dengan bahan kit

model menyebabkan kurang pertukaran maklumat berlaku kerana kurang berbincang,

mereka banyak menghabiskan masa untuk memasang kit model. Hal ini akan

menyebabkan kurang pengetahuan baru dibina dalam minda mereka. Dalam sesi ini

pembelajaran mereka lebih meniru langkah-langkah pemasangan kit model yang telah

di sediakan oleh guru. Dalam aktiviti interaksi berbentuk amali di mana ahli kumpulan

kurang berbincang tentang perkara yang dilakukan oleh mereka menyebabkan kurang

pertukaran idea berlaku , perbincangan mereka terhad pada pengetahuan yang sedia

(11)

menyebabkan kurangnya pembinaan pengetahuan baru berlaku dan mereka kurang

berjaya untuk menjawab soalan ujian yang diberikan selepas sesi pengajaran. Faktor ini

menjadi penyumbang kepada dapatan kajian yang menunjukkkan tiada perbezaan yang

signifikan antara pendekatan pengajaran secara kolaboratif dengan secara tradisional.

Dalam tinjauan literatur terdapat banyak kelebihan pendekatan kolaboratif

dikesan dalam mata pelajaran berbentuk teori seperti bahasa, sastera dan sejarah. Sesi

interaksi dalam kumpulan secara perbincangan yang aktif memberikan peluang yang

lebih kepada ahli kumpulan bertukar-tukar maklumat dan idea dan seterusnya mereka

dapat membina banyak pengetahuan baru hasil daripada interaksi tersebut. Berbanding

dengan interaksi semasa melakukan amali ahli kumpulan kurang berbincang dan ini

menjadi salah satu sebab pengetahuan baru kurang dibina melalui aktiviti interaksi

kumpulan. Isu penting di sini ialah tajuk pelajaran berbentuk amali. Faktor tajuk

pelajaran atau bentuk aktiviti interaksi menjadi perkara utama dalam memastikan

keberkesanan pendekatan pengajaran secara kolaboratif. Pengajaran secara

kolaboratif bagi tajuk pelajaran berbentuk amali agak kurang berkesan untuk murid

membina pengetahuan baru mereka dan seterusnya kurang membantu mereka

meningkatkan pencapaian. Pendekatan pengajaran yang berkesan perlu dikenal pasti

bagi melaksanakan pengajaran bagi tajuk pelajaran berbentuk amali.

7.0 PENUTUP

Kajian ini telah dapat menjawab empat soalan kajian yang dikemukakan dalam

persoalan kajian dengan bukti hasil daripada analisis data yang ditemukan. Huraian

yang dibuat dapat menambahkan khazanah ilmu pedagogi mata pelajaran Kemahiran

Hidup sekolah rendah.Kajian ini secara amnya telah dapat mencapai objektif kajian iaitu

untuk mengenal pasti keberkesanan pendekatan pengajaran kolaboratif untuk

komponen reka cipta bagi murid sekolah rendah. Hasil kajian ini sangat memanfaatkan

pensyarah yang mengajarkan mata pelajaran Kemahiran Hidup agar dapat digunakan

untuk melatih bakal guru dengan pendekatan pengajaran yang telah terbukti berkesan.

Diharapkan dapatan kajian ini menjadi sumbangan yang bernilai kepada para pendidik

bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dan akhirnya menyumbang ke

(12)

BIBLIOGRAFI

Abd.Aziz bin Osman(2002) Pelaksanan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Harian di Kawasan Jitra Kedah.Jurnal Penyelidikan 2003, Maktab Perguruan Perlis.

Abd.Razak Salleh(2005). Pembelajaran Kolaboratif Menggunakan Komunikasi Berperantarakan Komputer (KBK) Melawan Pembelajaranb Bersemuka.Jurnal

Pendidikan 2005, Institut Perguruan Sultan Mizan.

Colin Biott and Patric Easen. ( 1994).Collaborative Learning In Staffrooms and

Classrooms. London. .David Fulton Publishers.

Chua Yan Piaw (2006).Asas Statistik Penyelidikan.(110-134). Kuala Lumpur, Mc Graw Hill Education

Dillenbourg,P.& Schneider,D(1998) Collaborative learning and internet, daripada

http://tecfa.unige.ch/tecfa/research/CMC/colla/iccai95 1.html

Kementerian Pelajaran Malaysia.(2005).Huraian Sukatan Kemahiran Hidup Sekolah

Rendah Tahun 5.Kuala Lumpur.DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001).Pembelajaran Secara Konstruktivisme.Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum

L.Nevin,A.and Paolucci-Whitcomb.P (1994)Collaborative Consultation. Austin. TX: Pro-Ed.

Mary Susan E. Fishbaugh. (1997). Model Of Collaboration. Boston. Allyn and Becon Publication.

Sheila Haley Wathen & Lauren B.Resnick (1997)Collaborative vs Individual Learning

and The Role of Explanation. Learning Research and Developmen Center. ( ERIC

Document Reproduction Service No.ED 409 339)

Tim S.Robert. (2004).Online Collaborative Learning, Theory And Practice.(p.160-179). Hershey.Infomation Science Publishing.

Tomoko Hamada and Kathleen Scott.(2001) A Collaborative Learning Model : The

Referensi

Dokumen terkait

Untuk mengkaji perbezaan yang signifikan melalui masa ujian dalam kalangan subjek perempuan antara kumpulan rawatan TBKT dengan kumpulan kawalan KKCFK bagi

Menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara markat pencapaian murid pendekatan konstruktivisme dengan pelajar pendekatan tradisional dalam ujian pasca

perbezaan yang signifikan tahap pencapaian bagi aspek pengolahan dalam penulisan esei tidak berformat dalam skor min ujian pasca antara kumpulan eksperimen dan

Jadual 15: Frekuensi perbezaan skor ujian pra dan ujian pasca bagi pelajar berprestasi rendah, sederhana dan tinggi Prestasi Perbezaan skor ujian pra dan pasca Naik,  Turun, 

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan ujian pra terhadap pengetahuan Sejarah Hasil dapatan keputusan ujian statistik

Secara khususnya, subhipotesis nol Ho3yang diuji adalah seperti berikut: Ho3a: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca terhadap min skor pengetahuan

200 Jadual 6.0: Ujian-t tidak bersandar bagi tahap prestasi aspek pengolahan penulisan karangan bagi skor min ujian pasca kumpulan kawalan serta eksperimen Kumpulan min Beza Min

Keputusan kajian menunjukkan bahawa hipotesis nul diterima dan pengkaji membuat keputusan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor ujian pra dan ujian pasca bagi