• Tidak ada hasil yang ditemukan

pendekatan kaunseling kelompok psikopendidikan dadah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "pendekatan kaunseling kelompok psikopendidikan dadah"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

242

Pre15-25 – International Drug Prevention And Rehabilitation Cenference (Prevent 2015)

PENDEKATAN KAUNSELING KELOMPOK PSIKOPENDIDIKAN DADAH DALAM MENINGKATKAN KONSEP KENDIRI DALAM KALANGAN

REMAJA BERISIKO

Noor Azian binti Abd. Hani [email protected]

Fakulti Kepimpinan & Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia

ABSTRACT

This is a quasi-experimental study designed to identify drug psycho-educational group counseling approach to help improve self-concept among high school students at risk.

Respondent consists of 30 at-risk students and were Form 2 students. 15 persons were chosen as samples of the treatment group and another 15 were in the control group. This group session using a module called “Modul Kursus Fasilitator Sahabat PPDa- PETRONAS”. Data obtained from Tennese Inventory Self Concept Scale (TSCS) was analyzed using SPSS. The results showed that there were significant changes between pre and post test scores for the treatment group after undergoing drug psycho-educational group sessions including Behavioral Self-Concept, Self Moral & Ethical, Personal Self and Family Self. The findings also showed that there are no significant changes between pre and post test scores for the control group. In line with the findings of the study, some implications and recommendations are presented.

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu kajian kuasi-eksperimental yang bertujuan untuk mengenal pasti pendekatan kaunseling kelompok psikopendidikan dadah dalam membantu meningkatkan konsep kendiri dalam kalangan pelajar berisiko sekolah menengah.

Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar berisiko dan merupakan pelajar tingkatan 2. 15 orang telah dipilih sebagai sampel kumpulan rawatan dan 15 orang lagi sebagai kumpulan kawalan. Sesi kelompok ini menggunakan modul yang dikenali sebagai “Modul Kursus Fasilitator Sahabat PPDa-PETRONAS”. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perubahan signifikan antara skor ujian pra dan pasca bagi kumpulan rawatan selepas menjaani sesi kelompok psikopendidikan dadah yang merangkumi Konsep Kendiri Tingkahlaku, Kendiri Moral & Etika, Kendiri Peribadi dan juga Kendiri Keluarga. Dapatan juga menunjukkan bahawa tiada perubahan yang signifikan antara skor ujian pra dan pasca bagi kumpulan kawalan.

(2)

243

Pengenalan

Dadah bukanlah satu perkara baru dalam konteks kehidupan pada hari ini, malah ia merupakan satu-satunya masalah sosial paling kritikal yang sedang dihadapi oleh negara seawal tahun 70-an lagi. Pelbagai label ditujukan kepada dadah seperti najis, menjijikkan, haram dan sebagainya namun tidak memberikan sebarang impak. Apa yang lebih membimbangkan adalah peningkatan penglibatan golongan remaja terutamanya pelajar sekolah dalam gejala ini. Laporan Dadah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyatakan bahawa golongan belia merupakan golongan yang mudah terdedah dengan risiko penagihan.

Walaupun pelbagai usaha pembanterasan dadah di negara telah diwujudkan melalui Dasar Dadah Negara yang bertunjangkan kepada empat prinsip utama iaitu pencegahan, penguatkuasaan, pemulihan serta kerjasama antarabangsa namun ianya masih belum cukup utuh untuk membanteras masalah ini hingga ke akar umbi. Apa yang paling penting adalah tugas pembasmian dadah bukan hanya terletak kepada satu pihak sahaja tetapi ia merupakan tanggungjawab semua pihak termasuklah kerajaan dan bukan kerajaan.

Justeru, program pencegahan berbentuk psikopendidikan perlulah melalui penambahbaikan dan pembaharuan dalam setiap pendekatannya dan ini juga merupakan tujuan utama mengapa kajian ini perlu dilaksanakan. Selain itu, pengkaji juga mahu melihat sejauhmana pendekatan kaunseling kelompok psikopendidikan dapat membantu meningkatkan pencegahan dan seterusnya membina konsep kendiri dalam kalangan remaja berisiko.

Sebenarnya, pencegahan awalan ini telah pun dilaksanakan berdasarkan empat strategi utama iaitu melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum, pembentukan sahsiah serta pengurusan dan kepimpinan di sekolah. Sebagai contoh melalui Modul Pendidikan &

Pencegahan Dadah (PPDa) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah salah satu langkah pencegahan yang sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan kepada semua pihak dalam usaha menangani masalah dadah seawal mungkin. Situasi ini sejajar dengan matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah itu sendiri iaitu memastikan semua pelajar memahami akan bahaya dadah dan berupaya untuk membina ketahanan diri yang tinggi bagi menolak dadah dan seterusnya mensasarkan tahun 2012 sebagai tahun “SEKOLAH BEBAS DADAH”.

Dalam konteks di sekolah rendah mahupun menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan telah pun melaksanakan pelbagai program pencegahan melalui Buku Garis Panduan Pendidikan Pencegahan Dadah Dan Publisiti yang bermatlamat untuk memberikan pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid sekolah, pelajar IPT, remaja, ibu bapa, masyarakat dan komuniti akan bahaya dadah dan menjadikan “Negara Bebas Dadah Tahun 2015”. Namun keberkesanan program tersebut masih belum lagi mampu untuk menurunkan kadar peningkatan bilangan remaja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Mahmood Nazar et. Al (tahun) menekankan bahawa polisi dan dasar kerajaan mengenai dadah lebih mudah disampaikan melalui sistem pendidikan kerana hampir semua orang dalam kehidupan mereka akan pergi ke sekolah. Tambahan pula, sekolah

(3)

244

merupakan satu sistem mikro masyarakat yang terdapat di seluruh pelusuk tanah air dan murid-murid sekolah seharusnya dibekalkan dengan kemahiran tertentu seperti pembinaan kendiri, pengurusan diri dan latihan komunikasi berkesan yang boleh menjadi

‘perisai’ bagi melindungi mereka daripada terpengaruh dengan penyalahgunaan dadah (Tay, 2001).

Oleh yang demikian, teknik penyampaian berkaitan pendidikan dadah perlulah dilakukan dalam pelbagai bentuk dan mesej serta disampaikan secara mudah dan berkesan. Ini adalah kerana remaja perlu diberitahu agar tidak mengambil dadah walau dengan cara apa sekalipun kerana najis dadah amat merbahaya kepada kesihatan dan kesan penagihan terhadap golongan ini boleh mengancam keselamatan negara. Melalui pemerhatian pengkaji, antara punca utama yang sering dikaitkan dengan penagih dadah adalah faktor rakan sebaya selain daripada keseronokan, perasaan ingin tahu dan lain- lain lagi.

Faktor-faktor ini sangat sinonim dengan zaman remaja yang inginkan kebebasan berbanding dengan zaman dewasa yang didorong oleh tekanan perasaan, desakan hidup dan bermacam lagi. Ini jelas membuktikan bahawa sejarah penagihan sememangnya bermula dari zaman awal remaja dan bukannya dari zaman dewasa. Jika kita tinjau kadar peningkatan penglibatan remaja dalam gejala dadah sejak akhir-akhir ini merupakan fenomena yang amat membimbangkan semua pihak. Peningkatan yang ketara ini membayangkan bahawa sebahagian pelajar remaja kini mengalami masalah gejala sosial yang melambangkan keruntuhan akhlak mereka. Melihat kepada masalah ini, tindakan dan pengawalan aktiviti pelajar remaja sudah dirasakan amat perlu bagi membendung fenomena ini dari terus meningkat dari masa ke semasa.

Berdasarkan laporan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan 2010, peratusan penagih dadah dalam kalangan remaja telah mencapai 75% sedangkan mereka ini merupakan aset negara yang sangat bernilai dan sebagai harapan untuk meneruskan perjuangan membela bangsa dan negara di masa akan datang. Keseriusan penglibatan remaja ini juga dapat dibuktikan melalui perangkaan majoriti penagih yang dikesan sepanjang Januari- Disember 2009. Jika dibandingkan penagih mengikut umur bagi bulan Jan-Dis 2009 dan 2008, berlakunya peningkatan mendadak bagi golongan belia dan remaja. Peningkatan paling besar berlaku pada golongan belia yang berumur 19-24 tahun dan 25-29 tahun iaitu sebanyak 46.60% dan 44.45%.

Peningkatan penagih belia berumur antara 19-24 tahun adalah dari 2,060 kes tahun lepas kepada 3,020 orang tahun ini. Bagi penagih remaja yang dikesan, peningkatan tertinggi berlaku pada umur 13-15 tahun. Peningkatan sebanyak 327.27%

iaitu kepada 47 orang untuk tahun ini. Apa yang menyedihkan lagi, Penagih belia daripada Kelantan adalah penagih paling tinggi dikesan iaitu sebanyak 1,645 orang, diikuti Kedah seramai 1,628 orang serta Selangor 1,445 orang. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa penglibatan golongan remaja dalam penyalahgunaan dadah amat kritikal dan menggerunkan semua pihak dan jika tidak dibendung sedari awal akan mengancam keselamatan dan kemakmuran negara kelak. Justeru pendekatan kaunseling kelompok ‘psikopendidikan’ adalah penting dalam meningkatkan konsep kendiri golongan remaja ini. Psikopendidikan merupakan salah satu kaunseling kelompok yang digunakan untuk membuat sesi berbentuk berorientasikan pengajaran kepada ahli.

(4)

245

Menurut Waack (2006). Psikopendidikan adalah satu kelompok yang berkembang untuk menyelesaikan masalah.

Oleh yang demikian, pengkaji berpendapat adalah penting pendekatan kaunseling kelompok psikopendidikan dalam aspek pencegahan terhadap golongan remaja. Ini adalah kerana proses kaunseling kelompok dibina atas teori mengenai manusia dan perhubungan antara mereka. Melalui kaunseling kelompok, ahli dapat meluahkan tanggapan, kepercayaan dan masalah mereka. Kelompok juga menyediakan penggerak, sokongan dan pemantauan di kalangan ahli dalam proses pengambilan keputusan serta tindakan perubahan tingkahlaku yang dirancang. Selain itu, suasana dinamik kelompok juga banyak mempengaruhi proses dan keberkesanan kaunseling.

Seterusnya ia mampu mengubah matlamat individu dengan adanya pengaruh pemimpin kelompok. Ida Hartina Ahmed Tharbe (2006), suasana yang menyokong di dalam ahli kelompok akan menjadikan ahli lebih yakin mempelajari dan berlatih tingkahlaku baru yang dipelajari melalui kelompok itu. Kekurangan diri menunjukkan korelasi yang negatif terhadap konsep kendiri, pembelajaran yang mendalam dan pengetahuan dalam pembelajaran (Cathy & Shannon 2007 ; Azizi Yahaya, Fawziah Yahya, Zurihanni Zakariya & Noordin Yahaya, 2005). Keadaan ini bukan sahaja akan mempengaruhi perkembangan konsep kendiri remaja tersebut malah boleh menjerumuskan golongan ini dengan penyalahgunaan dadah. Oleh yang demikian masalah ini perlu dibendung dengan segera agar permasalahan ini tidak berlanjutan.

Jelas, peranan kaunseling kelompok psikopendidikan bukan sahaja dapat memberi impak dalam meningkatkan konsep kendiri malah dapat mengembalikan kekuatan modal insan dalam diri kalangan remaja itu sendiri . Dengan berbuat demikian diharapkan gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja dapat dibanteras dengan lebih efisyen. Adalah menjadi hasrat kepada semua pihak agar remaja yang mempunyai konsep kendiri yang positif dan tinggi dapat menamatkan alam persekolahannya dengan menjadi insan yang kamil, berminda kelas pertama serta berketrampilan dalam pelbagai aspek. Sebaliknya, sekiranya pelajar kita mempunyai konsep kendiri yang rendah dan negatif, kemungkinannya mereka akan menjadi devian, tiada keyakinan diri dan tersisih (Azizi, Fawziah, Zurihanmi dan Noordin, 2005). Malah sekiranya dibiarkan akan menyebabkan remaja ini mudah terjebak dengan isu penyalahgunaan dadah.

Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan adalah untuk melihat sejauhmana pendekatan kaunseling kelompok psychoeducational dadah dapat membantu meningkatkan pencegahan dan konsep kendiri dalam kalangan remaja berisiko. Selain itu, pengkaji juga mahu melihat samada konsep kendiri seseorang individu itu dapat berubah dalam jangkamasa yang singkat dan seterusnya membina ketahanan diri remaja tersebut daripada terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Sesungguhnya, ‘Mencegah adalah lebih baik dari mengubat’.

(5)

246

Metadologi

Kaedah eksperimen kuasi diaplikasikan dalam kajian ini dan terdapat dua kelompok sampel iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan masing-masing dengan 15 orang ahli, jadi keseluruhan sampel adalah 30 orang. Terdapat tiga peringkat kajian dilaksanakan bagi kedua-dua kumpulan ini iaitu pada peringkat pertama, pengkaji akan mengedarkan instrumen kajian iaitu Skala Konsep Kendiri Tennesse (SKKT) iaitu untuk menguji tahap awal konsep kendiri sampel. Pada masa yang sama pengkaji juga memilih aktiviti-aktiviti yang sesuai digunakan dalam sesi kelompok kelak. Walaupun pada dasarnya, Modul Kursus Sahabat PPDa-Petronas ini bermatlamat untuk meningkatkan konsep kendiri dalam kalangan pemimpin pelajar. Namun pengkaji percaya modul ini mampu meningkatkan konsep kendiri dalam kalangan pelajar berisikodan atas dasar inilah pengkaji mahu melaksanakan kajian tersebut terhadap golongan ini.

Pengkaji telah menjalankan sesi kaunseling kelompok psikopendidikan dadah selama tujuh sesi iaitu lima sesi memfokuskan kepada komponen meningkatkan konsep kendiri dan dua lagi adalah sesi berkenalan dan sesi penamatan. Seterusnya sesi kaunseling kelompok psikopendidikan dadah yang menggunakan modul Kursus Sahabat PPDa-Petronas dijalankan bersama kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Pengkaji juga membincangkan komponen konsep kendiri pada minggu yang sama. Tujuannya ialah agar ahli lebih memahami tentang konsep kendiri. Peringkat terakhir, pengkaji akan mengedarkan semula instrumen Skala Konsep Kendiri Tennesse (SKKT) kepada kedua- dua kumpulan setelah tamat sesi kaunseling.

Instrumen ini mengandungi 100 item yang terdiri daripada item positif dan negatif, skala jawapan adalah berbentuk skala likert lima mata. Skala likert ini terdiri daripada sangat benar, benar, tidak pasti, tidak benar dan tidak benar sama sekali. Pada waktu kajian, hanya kumpulan rawatan sahaja yang akan menjalani Kaunseling Kelompok Psikopendidikan Dadah.

Lapan komponen yang terdapat dalam konsep kendiri dalam Skala Konsep Kendiri Tennessee (SKKT) ialah identiti kendiri, kepuasan kendiri, tingkahlaku kendiri, kendiri fizikal, kendiri moral & etika, kendiri peribadi, kendiri keluarga dan kendiri sosial. Bagi mengetahui nilai kritik diri, ia mempunyai skala yang khusus yang digunakan untuk mengukur kritik diri. Soalan adalah berbeza berdasarkan item yang diperuntukkan bagi setiap komponen yang terkandung dalam Skala Konsep Kendiri Tennessee (SKKT). Berikut adalah komponen yang terkandung dalam Skala Konsep Kendiri Tennessee.

(6)

247

Komponen Konsep Kendiri Soalan

_______________________________________________________________________

____

Kendiri Tingkah Laku Soalan 13 hingga 18,31 hingga 36, 49 hingga 54, 67 hingga 72

dan 85 hingga 90.

Kepuasan Kendiri Soalan 7 hingga 12, 25 hingga 30, 43 hingga 48, 61 hingga

66,79 hingga 84

_______________________________________________________________________

____

Identiti Kendiri Soalan 1 hingga 6, 19 hingga 24, 37 hingga 42, 55 hingga 60,

73 hingga 78

_______________________________________________________________________

____

Kendiri Fizikal Soalan 1 hingga 18

_______________________________________________________________________

____

Kendiri Moral & Etika Soalan 19 hingga 36

_______________________________________________________________________

____

Kendiri Peribadi Soalan 37 hingga 54

_______________________________________________________________________

____

Kendiri Keluarga Soalan 55 hingga 72

_______________________________________________________________________

____

Kendiri Sosial Soalan 73 hingga 90

Dalam analisis data ini, perisian SPSS akan diguanakan untuk membuat penganalisaan dan tafsiran terhadap semua data. Subjek akan diukur dengan menggunakan SKKT dan ujian pra retrieved at. Variable bebas kemudiannya dimanipulasi dan subjek yang sama diukur sekali lagi untuk memperoleh skor pasca.

Ujian-t ini digunakan untuk pengukuran berulangan kemudian digunakan untuk menentukan samada terdapat perbezaan antara min-min dua set data yang diperolehi daripada ujian pra dan pasca tersebut Ujian–t untuk pengukuran berulangan (Paired Sample t-Test) dan min akan dikira. Ujian-t untuk pengukuran berulangan (Paired Sample t-Test) digunakan apabila setiap individu dalam sampel diukur dua kali dan kedua-dua data pengukuran digunakan untuk dibuat perbandingan. Selain itu, ujian korelasi untuk menentukan perhubungan antara satu variable dengan variable yang lain.

Pengkaji ingin melihat perhubungan antara satu komponen dengan satu komponen yang lain dalam konsep kendiri.

(7)

248

Dapatan Kajian

Terdapat perubahan yang signifikan terhadap perubahan konsep kendiri bagi kumpulan rawatan bagi ujian pra dan pasca selepas kaunseling kelompok psikopendidikan dadah dijalankan. Ia merangkumi peningkatan terhadap Kendiri Tingkahlaku, Kendiri Moral dan Etika, Kendiri Peribadi dan Kendiri Keluarga. Manakala bagi kumpulan kawalan pula, tiada perubahan yang signifikan bagi ujian pra dan pasca bagi Skala Konsep Kendiri Tennesse.

Keputusan Analisis Ujian-t Jenis Pengukuran Berulangan

Perbezaan Sisihan Piawai Nilai t- Darjah Signifikan

Min Kiraan (t) Kebebasan 2- hujung

Kendiri Sosial .53333 5.70547 .362 14 .723 (Kelompok Rawatan)

_______________________________________________________________________

____

Kendiri Sosial -.14286 5.77604 -.093 13 .928 (Kelompok kawalan)

Keputusan analisis ujian-t jenis pengukuran berulangan. Jadual menunjukkan perbezaan skor min ujian pra dan pasca diuji dengan ujian-t, dua sampel bersandar untuk menentukan kesignifikan, keputusan yang diperolehi adalah [t=.362, df=14, p>.05) dan nilai signifikan kebarangkalian 2 hujung bagi pembolehubah Kendiri Sosial untuk kelompok rawatan adalah .723, iaitu di atas aras keyakinan .05.

Keputusan kajian menunjukkan bahawa hipotesis nul diterima dan pengkaji membuat keputusan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan rawatan selepas pendekatan kaunseling kelompok psikopendidikan dadah untuk pembolehubah Kendiri Sosial dalam kalangan pelajar berisiko. Keputusan yang diperolehi bagi kumpulan kawalan pula ialah [t=-.093, df=13.

P>.05] dan nilai signifikan kebarangkalian 2 hujung bagi pembolehubah Kendiri Sosial untuk kelompok kawalan adalah .928, iaitu di atas aras keyakinan .05. Maka keputusan kajian menunjukkan bahawa hipotesis nul yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan untuk pembolehubah Kendiri Sosial dalam kalangan pelajar berisiko diterima.

Perbincangan

Secara keseluruhannya terdapat perubahan yang signifikan terhadap perubahan konsep kendiri bagi kumpulan rawatan bagi ujian pra dan pasca selepas kaunseling kelompok psikopendidikan dadah dijalankan. Ia merangkumi peningkatan terhadap Kendiri Tingkahlaku, Kendiri Moral dan Etika, Kendiri Peribadi dan Kendiri Keluarga.

Manakala bagi kumpulan kawalan pula, tiada perubahan yang signifikan bagi ujian pra dan pasca bagi Skala Konsep Kendiri Tennesse. Ini jelas menunjukkan bahawa konsep kendiri seseorang itu boleh berubah dalam jangkamasa yang singkat namun tidak melibatkan semua komponen. Hal ini berlaku kemungkinan disebabkan sampel

(8)

249

kumpulan rawatan juga menerima pendedahan berkaitan dengan isu dadah melalui Minggu Pendidikan & Pencegahan Dadah yang diadakan serentak dengan sesi ini dijalankan. Situasi ini juga jelas membuktikan bahawa, aktiviti sebegini banyak membantu dalam meningkatkan kefahaman berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah dan secara tidak langsung sampel ini lebih berkeyakinan dalam membentuk kendiri masing- masing.

Dapatan kajian menunjukkan ada peningkatan konsep kendiri tingkahlaku dalam kalangan pelajar berisiko bagi kumpulan rawatan setelah menjalani sesi kaunseling kelompok psikopendidikan dadah iaitu dengan skor minnya adalah 95.0667. Ini menunjukkan bahawa konsep kendiri pelajar berisiko dapat ditingkatkan yakni ia berkaitan dengan tindakan seseorang berdasarkan apa yang dilaluinya melalui pengalaman, emosi dan apa yang berlaku disekelliling mereka. Pengkaji percaya, kumpulan rawatan ini mampu membentuk diri yang positif dan secara tidak langsung dapat mengelakkan diri mereka daripada terjebak dengan gejala dadah.

Seterusnya menunjukkan ada peningkatan konsep kendiri moral dan etika bagi kumpulan rawatan setelah menjalani sesi kaunseling kelompok psikopendidikan dadah iaitu dengan skor minnya adalah 60.0000. Ini menunjukkan bahawa konsep kendiri moral dan etika pelajar berisiko dapat ditingkatkan iaitu melalui amalan nilai-nilai kerohanian. Pengkaji berpendapat bahawa sekiranya nilai keagamaan diterapkan dalam diri setiap pelajar berisiko, pasti golongan pelajar ini dapat menentukan hala tuju yang positif dan seterusnya dapat mengatakan “tidak” pada dadah.

Selain itu, ada peningkatan konsep kendiri peribadi bagi kumpulan rawatan setelah menjalani sesi kaunseling kelompok psikopendidikan dadah iaitu dengan skor minnya adalah 60.6000. Ini menunjukkan bahawa persepsi golongan ini terhadap diri sendiri dan orang disekelilingnya semakin positif dan ia telah merangsang mereka untuk terus membuat perubahan terhadap diri sendiri. Sekiranya mereka diterima dan diberi peluang, sesungguhnya golongan ini mampu meninggalkan tingkahlaku negatif dan seterusnya dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah. Situasi ini akan memberi dorongan baru kepada mereka untuk terus berubah.

Peningkatan konsep kendiri keluarga bagi kumpulan rawatan setelah menjalani sesi kaunseling kelompok psikopendidikan dadah iaitu dengan skor minnya adalah 67.2000.

Ini menunjukkan bahawa persepsi golongan ini terhadap keluarga bertambah baik dan sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak dan pelajar.

Kemungkinan sebelum ini, kata-kata mereka tidak didengari oleh keluarga namun setelah rasional akhirnya mereka tahu akan tanggungjawab hakiki dan dapat melakukan perubahan sedikit demi sedikit. Pengkaji berpendapat keluargalah yang bertanggungjawab dalam membentuk sahsiah anak-anak dan juga yakin pelajar ini mampu membentuk sahsiah yang lebih baik pada masa akan datang. Sahsiah yang baik bukan sahaja mampu membentuk keterampilan yang baik malah dapat menghindarkan diri mereka daripada terus terjebak dengan dadah.

Tiada perubahan dalam kepuasan kendiri bagi kumpulan rawatan setelah menjalani sesi kaunseling kelompok psikopendidikan dadah iaitu dengan skor minnya adalah 95.9333. Keputusan ini tidak bermakna kumpulan ini tidak berpuas hati dengan apa yang mereka miliki atau lalui dalam kehidupan seharian tetapi pengkaji berpendapat, mereka perlu diberi masa untuk melakukan sesuatu yang baru dalam kahidupan. Oleh

(9)

250

kerana tempoh sesi agak singkat maka perubahan tahap kepuasan kendiri tidak dapat dilihat. Pengkaji juga percaya bahawa sekiranya mereka diberi kepercayaan dan harapan yang positif oleh orang yang signifikan maka tahap kepuasan kendiri golongan ini dapat ditingkatkan. Justeru, mereka akan lebih jelas dan memahami akan diri sendiri dan seterusnya dapat membezakan perkara yang baik atau buruk termasuk dalam isu penyalahgunaan dadah.

Tiada perubahan dalam identiti kendiri bagi kumpulan rawatan setelah menjalani sesi kaunseling kelompok psikopendidikan dadah iaitu dengan skor minnya adalah 109.8667. Keputusan ini tidak bermakna kumpulan ini tidak dapat membentuk identiti mereka sendiri tetapi pada peringkat umur sebegini sememangnya berlaku “kecelaruan identiti”. Pada awal remaja inilah, berlakunya cabaran dalam mencari identiti samada positif mahupun negatif. Dalam hal ini, pengkaji berpendapat bahawa orang yang signifikan, rakan-rakan dan persekitaran banyak mempengaruhi bagaimana untuk mereka membentuk diri sendiri yang lebih baik dan baik. Pengkaji percaya sekiranya sesi kelompok psikopendidikan dadah ini diteruskan untuk satu jangkamasa yang panjang, maka perubahan identiti kendiri golongan ini dapat dilihat dengan jelas malah akan dapat membentuk jatidiri yang kental dalam kalangan pelajar berisiko. Justeru, tiada lagi istilah “pelajar berisiko” di sekolah malah peratus penglibatan remaja dalam penyalahgunaan dadah juga dapat dikurangkan.

Tiada perubahan dalam kendiri fizikal bagi kumpulan rawatan setelah menjalani sesi kaunseling kelompok psikopendidikan dadah iaitu dengan skor minnya adalah 62.5333. Keputusan ini tidak bermakna pelajar bagi kumpulan ini tidak dapat menerima keadaan fizikal diri mereka sendiri tetapi sebenarnya mereka masih lagi tidak dapat membuat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.

Pengkaji berpendapat, pada tahap umur awal remaja ini, mereka banyak menerima kritikan dan penilaian orang lain terhadap diri mereka daripada memuhasabahkan diri sendiri disamping “redha” dengan apa yang dikurniakan oleh tuhan masing-masing. Ini yang menyebabkan penilaian terhadap diri sendiri tidak dapat diinterpretasikan dengan jelas. Pengkaji juga percaya jika pelajar ini diberi sokongan, dorongan, motivasi disamping kepercayaan daripada keluarga, rakan-rakan dan persekitaran, maka pembentukan kendiri fizikal dapat ditingkatkan dengan baik seterusnya mereka dapat menghindarkan diri daripada terjebak dengan dadah.

Tiada perubahan dalam kendiri sosial bagi kumpulan rawatan setelah menjalani sesi kaunseling kelompok psikopendidikan dadah iaitu dengan skor minnya adalah 57.6667. Keputusan ini tidak bermakna pelajar bagi kumpulan ini tidak mampu berinteraksi dengan persekitaran. Pergaulan antara pelajar berisiko juga sering disalahfaham dan mereka dikatakan sering bergerak dalam kumpulan yang sama. Pada pandangan pengkaji, jika golongan ini tidak diberi kepercayaan oleh orang yang signifikan mahupun persekitaran maka suasana sebegini akan berterusan dan akan menggalakkan mereka untuk terlibat dengan kes-kes disiplin berat mahupun jenayah.

Oleh yang demikian, semua pihak samada keluarga, masyarakat, sekolah mahupun persekitaran harus melupuskan persepsi negatif terhadap golongan ini ekoran daripada pengalaman pahit yang telah mereka lalui sebelum ini. Pengkaji percaya sekiranya golongan ini dilabelkan dengan sesuatu yang positif dan mereka diterima

(10)

251

dalam persekitaran maka kendiri sosial mereka dapat ditingkatkan. Seterusnya dapat mewujudkan sikap muhibbah masyarakat dalam menangani isu penyalahgunaan dadah sejajar dengan pernyataan.

Kesimpulan

Hasil daripada dapatan kajian membuktikan bahawa kaedah kaunseling kelompok psikopendidikan dadah sesuai digunakan untuk meningkatkan konsep kendiri dalam kalangan pelajar berisiko walaupun hanya terdapat empat komponen konsep kendiri sahaja yang meningkat. Hasil ujian-t bagi keempat-empat konsep kendiri menunjukkan peningkatan yang signifikan. Sebelum ini telah banyak kajian yang dijalankan dengan menggunakan kaedah kaunseling kelompok turut menunjukkan kesan yang positif.

Pihak Kementerian Pelajaran boleh mewujudkan kokurikulum baru di sekolah yang menjurus kepada program-program pencegahan dan motivasi secara konsisten kepada pelajar. Ini adalah kerana program-program pencegahan dan motivasi akan dapat membantu pelajar lebih mengenali diri mereka, lebih mengenali individu di sekeliling dan secara tidak langsung membantu kepada peningkatan konsep kendiri. Pengkaji berharap agar pihak Kementerian Pelajaran dapat mengkaji dan memperhalusi lagi modul ini agar ia dapat diaplikasi kepada pelajar berisiko kelak. Sekiranya kekuatan modal insan pelajar risiko ini digilap, pengkaji percaya ia mampu menurunkan isu sosial dalam kalangan remaja malah secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar jenayah di Malaysia.

Rujukan

Abdul Halim b. Mohd. Hussin et. Al, (2009/2010). Projek Penyelidikan Agensi Antidadah Kebangsaan & Universiti Sains Islam Malaysia.

Agensi Antidadah Kebangsaan, 2007 Jurnal Antidadah Malaysia, Kementerian Dalam Negeri.

Agensi Antidadah Kebangsaan, (2007). Dadah Musuh No. 1 Negara, Kementerian Dalam Negeri.

Ali dan rakan-rakan (1991) Sejauhmanakah Keberkesanan Program Pencegahan Dadah Anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Telah Dilaksanakan Oleh Sekolah-sekolah Negeri Melaka, Universiti Pertanian Malaysia.

Amin Johari Ghazali (1995). Kesan Latihan Kemahiran Sosial Terhadap Konsep Kendiri Pelajar, Universiti Utara Malaysia, Diambil pada 28 Mac 2009 daripada HTTP://WWW.PDF SEARCH-ENGINE.COM/KONSEP KENDIRI-PDF.HTML

Buku Garis Panduan Pendidikan Pencegahan Dadah Dan Publisiti (2009). Agensi Antidadah Kebangsaan. Kementerian Dalam Negeri.

Campbell, Donald T. & Stanley, Julian C. (1996). Experimental and quasiexperimental design for research. Johns Hopkins Universit : Houghton Mifflin Company Boston

(11)

252

Choong Lean Keow. (2007). Kaunseling : Teori dan Praktis : Pengetahuan &

pengalaman pengamal. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Choong Lean Keow (1996). Psikopendidikan Sebagai Satu Strategi Tambahan Model SERENTI , Satu Kajian Perintis Di Pusat Serenti Sungai Besi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Chuah Moi Kim dan Aminah Hj. Hashim (1998). Kaunseling Berkelompok : Kesan ke atas konsep kendiri dan pencapaian akademik pelajar yang rendah pencapaian akademik.

Jurnal PERKAMA,7,55-65.

Chua Yan Piaw (2006). Asas statistik penyelidikan. Kuala Lumpur:McGraw-Hill (Malaysia) sdn. Bhd.

Chuah Moi Kim dan Aminah Hj. Hashim (1998). Kaunseling Berkelompok : Kesan Ke Atas Konsep Kendiri Dan Pencapaian Akademik Pelajar Yang Rendah Pencapaian Akademik. Jurnal PERKAMA,7,55-65

Corey, G. (2004). Theory And Practice Of Group Counseling (6th ed). Belmont, CA : Brooks/Cole-Thomson Learning.

Corey, G. (2005). Theory And Practice Of Counseling And Psychotherapy (7th ed.).CA : Thomson Brooks/Cole

Ee Ah Meng. (1995). Sekolah dan perkembangan kanak-kanak (asas pendidikan 4).

Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Fitts, W.H (1996). Tennessee self concept scale TSCS : 2 (2nd ed). WPS Publisher Distributor

Gladding, S.T (2003). Group work : A Counselling speacialty (4th ed). Upper Saddle River, NJ: Merrill

Hartina Ahmed Tharbe (2005). Scriptotherapy: Penggunaan Jurnal Reflektif Dalam Kaunseling Kelompok. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Persidangan Kaunseling Universiti Malaysia 2005.

Ida Hartina Ahmed Tharbe (2006). Memimpin Kaunseling Kelompok. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing

Ishak Mad Shah (2004). Konsep Kendiri dan pencapaian akademik golongan remaja : melihat sejauhmana gaya kepimpinan ibu bapa sebagai moderator. Jurnal Teknologi, 40 (E) Jun, 2004 : 33-34 Universiti Teknologi Malaysia. Di ambil pada 28 Mac, 2011 daripada http://www.pdf-search-engine.com/konsep-kendiripdf.html

Jamaludin Ahmad (2002), Kesahan Dan Kebolehpercayaan Dan Keberkesanan Modul Program Maju Diri Ke Atas Motivasi Pencapaian Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Negeri Selangor. Serdang, UPM.

(12)

253

Jamaludin Ahmad, Sidek Mohd. Noah, Rusnani Abd Kadir & Hishamuddin Ahmad (2002) Keberkesanan Modul Program Maju Diri Ke Atas Motivasi Pencapaian Di Kalangan Pelajar.

Jamaludin Ahmad. (2007). Modul & Kaunseling Penyalahgunaan Dadah ;Universiti Putra Malaysia.

Jaz Laile Suzana Jaafar. (1996). Psikologi Kanak-kanak Dan Remaja. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka

Jacobs, E.E., Masson, R.L. & Harvill. R.L (2002). Group counseling : Strategies and skill (7th ed). Belmont, CA : Thomson Brooks/Cole

Jenau Anak Pawan. (2007). Pendekatan Kaunseling Kelompok Berstruktur Dalam Membantu Meningkatkan Konsep Kendiri. Projek ilmiah tahun akhir bagi Ijazah Sarjana Muda (Kaunseling) yang tidak diterbitkan. Kota Samarahan : Universiti Malaysia Sarawak

Kamarudin Ahmed Junaidi (2004). Pendekatan kaunseling kelompok berstruktur dalam peningkatan konsep kendiri. Kajian yang tidak diterbitkan, Kota Samarahan.

Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Mahani Razali dan Ramlah Jantan. (Jun 2008). HBEF 2103 Psikologi Pendidikan. Selangor : Open University Malaysia (OUM).

Khatijah Othman, Marina Munira Abdul Mutalib, (2008). Manual Peribadi Remaja Muslim; Mencari Identiti Unggul Generasi Warisan, Universiti Sains Islam Malaysia.

Lembaga Penyelidikan Undang-undang (2005). Akta Kaunselor 1998 (akta 580) dan peraturan-peraturan. Petaling Jaya : International Law Book Services.

Mahmood Nazar Mohamed et. Al , 2006 ; Mencegah, Merawat & Memulihkan Penagihan ; Dadah, Beberapa Pendekatan Dan Amalan Di Malaysia.Utusan Publications 7 Distributors Sdn. Bhd.

Modul Kursus Fasilitator Sahabat PPDa-PETRONAS (2008), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Panduan Pengurusan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (2009). Sekolah Bebas Dadah 2012, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, sector Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Sidek Mohd. Noah (1998). Pengujian dalam psikologi dan kaunseling .Selangor : Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Sidek Mohd. Noah (2005). Pengujian & penilaian dalam kaunseling : Teori & aplikasi.

Serdang : Univerisiti Putra Malaysia.

Sidek Mohd. Noah & Jamaludin Ahmad (2005). Pembinaan modul : Bagaimana membina modul latihan dan modl akademik. Serdang :Univerisiti Putra Malaysia.

(13)

254

Siti Rohani Binti Ahmad, Pendekatan Kaunseling Kelompok Psychoeducational Dalam Membantu Meningkatkan Konsep Kendiri Dalam Kalangan Pelajar Yang Lemah Akademik, 2009, Universiti Malaysia Sarawak.

Wan Abdul Kader Wan Ahmad (1994). Kaunseling kelompok berstruktur : Pengurangan kebimbangan sosial. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Zainol Madon & Mohd. Sharani Ahmad. (2006). Panduan mengurus remaja moden.

Pahang : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Zuraidah Abdul Rahman (2001). Pembimbing rakan sebaya : Langkah seterusnya.

Petaling Jaya :IBS Buku Sdn. Bhd.

Zuraidah Abdul Rahman (2004). Pengenalan kaunseling kelompok. Selangor : IBS Buku Sdn. Bhd.

(14)

255

Referensi

Dokumen terkait

Rumusan dari hasil dapatan ujian t antara ujian pra dan ujian pasca berasaskan 5 pola ayat, maka dapatan mendapati terdapat perbezaan min yang signifikan di antara pencapaian

Peratus Nilai alpha Kurang daripada Lebih daripada Ujian Pra Ujian Pasca Free Stress Test Bahagian Pengambilan Guru Darjah Kebebasan Institut Pengajian Tinggi Jabatan Pendidikan

Keputusan kajian telah menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan dari segi faktor keinginan responden untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling, iaitu

Berdasarkan Jadual 2 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi Kumpulan Eksperimen yang mengikuti teknik peta

Secara khususnya, subhipotesis nol Ho3yang diuji adalah seperti berikut: Ho3a: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca terhadap min skor pengetahuan

2 – hujung Pra 48.820 12.496 -0.882 -0.674 33 0.505 Pasca 49.710 11.074 Persoalan Kajian 4: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ujian pasca pencapaian

Perbincangan Kajian Dapatan kajian ini yang menunjukkan bahawa terdapat peningkatan penguasaan konsep teras pemikiran sejarah antara ujian pra dan ujian pasca secara signifikan melalui

Di samping itu, perbandingan antara ujian pra dan ujian pasca dalam kumpulan eksperimen dan kawalan yang telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan telah merumuskan