• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERKAITAN ANTARA JAWATAN BIDANG PENGAJAR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERKAITAN ANTARA JAWATAN BIDANG PENGAJAR"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

PERKAITAN ANTARA JAWATAN BIDANG

PENGAJARAN DENGAN EFIKASI KOLEKTIF GURU

SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KOTA BELUD,

SABAH.

Dewi Isma Madzlan

Khalid Johari

Shukri Zain

Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial,

Universiti Malaysia Sabah (UMS)

(2)

PERKAITAN ANTARA JAWATAN BIDANG PENGAJARAN DENGAN EFIKASI KOLEKTIF GURU SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KOTA BELUD,SABAH

Dewi Isma Madzlan

Kajian ini mengkaji perkaitan antara jawatan bidang pengajaran dengan efikasi kolektif dalam kalangan guru-guru di lima buah sekolah menengah daerah Kota Belud, Sabah. Kajian melibatkan 171 orang responden yang terdiri daripada guru-guru terlatih. Penentuan sampel adalah berdasarkan kepada reka bentuk persampelan bertujuan. Kajian korelasi ini menggunakan instrumen soal selidik 12 item Skala Efikasi Kolektif (Collective Efficacy Scale, CES) yang dibina oleh Goddard. Terdapat dua dimensi efikasi kolektif yang digunakan dalam instumen iaitu dimensi analisis tugas pengajaran dan kecekapan pengajaran. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini ialah alpha .94. Data kajian dianalisis menggunakan teknik korelasi Pearson mengujikan hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan jawatan mengikut bidang pengajaran tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan efikasi kolektif guru sekolah menengah. Efikasi kolektif guru juga didapati menerima pengaruh daripada jawatan mengikut bidang pengajaran. Implikasi dapatan kajian juga dibincangkan.

Kata Kunci: efikasi kolektif, guru cemerlang, ketua bidang, ketua panitia, guru biasa.

PENGENALAN

Perubahan dalam bidang pendidikan memerlukan anjakan paradigma di samping

memperkemaskan ilmu pengetahuan dan ketrampilan masing-masing. Perubahan-perubahan ini

menurut Wan Mohd. Zahid (1993) menyebabkan latihan ikhtisas yang pernah diperolehi di

maktab perguruan (institut perguruan kini) atau universiti menjadi kurang releven dengan

kehendak pendidikan semasa. Pelbagai usaha dilakukan oleh Kementerian Pelajaran bagi

memartabatkan taraf dan mutu pendidikan negara selaras dengan hasrat yang diaspirasikan

(3)

pemikiran, sikap dan nilai guru yang wajar dibangunkan secara bersepadu dan berterusan dalam

menangani perubahan, keperluan dan cabaran pendidikan semasa (Wan Rahimah, 1995). Kualiti

guru akan menyumbang kepada kualiti sekolah dan situasi ini adalah satu faktor yang boleh

diubah melalui program-program perkembangan profesionalisme. Guru-guru bukan sahaja mesti

komited dalam tugas pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, tetapi juga mesti

melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran sesuai dengan tuntutan semasa dunia

pendidikan moden. Kualiti guru dalam konteks ini merujuk kepada penguasaan ilmu

pengetahuan, kemahiran dan sikap guru yang dapat ditingkatkan melalui program-program

perkembangan profesionalisme.

Kajian memberi fokus kepada permulaan kerjaya seorang guru selepas mendapat

pendidikan dan latihan pengkhususan dari institut perguruan mahupun institut-institut pengajian

tinggi sebagai guru biasa. Proses peningkatan profesionalisme dan sentiasa berlaku sepanjang

kerjaya menerusi kehadiran pelbagai program yang dianjurkan selaras dengan tuntutan

perkembangan pendidikan global. Perkembangan kemahiran profesionalisme dan pengukuhan

menerusi pengalaman mengajar yang diperolehi lazimnya seiring dengan peningkatan tahap dan

gred jawatan mengikut hierarki dari guru biasa, ketua panitia, ketua bidang dan seterusnya ke

jawatan guru cemerlang setelah mendapat pengiktirafan menerusi lantikan hakiki daripada

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik berkaitan keberkesanan Pengajaran

dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mendapati dasar

penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajar PPSMI gagal untuk meningkatkan pembelajaran

dan prestasi Matematik dan Sains murid, terutamanya murid Melayu dan Bumiputera (Isahak,

(4)

Kajian ini juga menunjukkan dasar penggunaan bahasa Inggeris untuk meningkatkan kefahaman

konsep, ilmu dan kemahiran Matematik dan Sains pelajar tidak tercapai seperti diharapkan,

bahkan kesannya adalah negatif. Seharusnya guru-guru yang telah menghadiri program

pembangunan profesionalisme mempunyai sikap yang positif ke arah pembentukan efikasi

kolektif yang mantap memperbaiki tahap kemahiran dalam pengurusan pengajaran dan

pembelajaran. Berdasarkan kepada permasalahan ini, maka penyelidikan dijalankan untuk

menentukan perkaitan antara jawatan bidang pengajaran dengan efikasi kolektif guru sekolah

menengah (Buletin Pendidik, bil.51/Ogos).

Hipotesis Null

1. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jawatan mengikut bidang pengajaran

dengan efikasi kolektif guru-guru sekolah menengah dalam daerah Kota Belud.

TINJAUAN LITERATUR

Abdul Halim (1986) menyatakan bahawa guru merupakan agen kepada keberkesanan

pendidikan. Ini kerana kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah amat berhubung kait

dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawabnya sebagai pendidik di samping melengkapkan

diri dengan ilmu dan keperibadian yang luhur. Pandangan Abuddin dan Abdul Halim ini selaras

dengan pandangan yang disuarakan oleh Fullan (1993) yang menganggap peranan guru sebagai

agen perubahan dan bermatlamatkan moral dalam pendidikan adalah dua perkara yang tidak

boleh dipisahkan. Pandangan ini juga turut dikongsi oleh Syed Muhammad Naquib (1992) yang

menyatakan bahawa pendidikan dapat membantu pertumbuhan sepenuhnya sahsiah seseorang

(5)

kebaikan di tengah-tengah tugasnya selaku pendidik yang berkesan. Dalam erti kata lain, guru

perlu sentiasa meningkatkan keupayaan diri khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan

profesionalismenya dan justeru itu Program Pembangunan Profesionalisme merupakan satu

wadah terbaik ke arah mengangkat martabat profesion keguruan. Selaras dengan itu, Kelly

(1998) dalam kajiannya terhadap hubungan guru dengan konsep profesional telah menjadikan

tahap profesionalisme guru menerusi program pembangunan guru sebagai kayu ukur kepada

kecemerlangan guru. Secara tidak langsung, tahap profesional guru juga akan dapat diangkat

menerusi peningkatan gred jawatan daripada guru biasa kepada ketua panitia, ketua bidang dan

seterusnya guru cemerlang.

Dalam teori kognitif sosial, efikasi kendiri menjadi asas dalam konsep “reciprocal

determinism”. Menerusi konsep tersebut, pengalaman terbentuk hasil daripada interaksi yang

wujud antara individu (selaku agen) dengan konstruk personal, tingkah laku dan persekitaran.

Kajian-kajian meta-analisis mengesahkan pengaruh konstruk efikasi kendiri sebagai asas utama

dalam konteks penyesuaian dan perubahan manusia (Fernandez-Ballesteros et al. 2002). Teori ini

kemudian memperluaskan konsep sebab akibat peranan efikasi kendiri kepada amalan fungsi

kolektif menerusi perkongsian efikasi. Tiap orang mengumpul pengetahuan, kecekapan dan

sumber, saling menyokong, membentuk gabungan dan kerja bersama untuk menyelesaikan

masalah dan memperbaiki kehidupan mereka. Goddard dan Goddard (2001) berpendapat

kepercayaan efikasi merupakan konstruk yang penting terhadap tingkah laku individu dan

organisasi ke arah membentuk perubahan.

Salah satu kajian terawal ialah yang dikendalikan oleh Bandura (1993) yang mendapati

bahawa efikasi kolektif mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian peringkat sekolah.

(6)

kumpulan mengenai keupayaan bersama untuk menyelaras dan melaksanakan tindakan-tindakan

yang diperlukan ke arah mencapai hasil yang telah ditetapkan. Sementara Goddard et al. (2000a)

mendefinisikan efikasi kolektif guru sebagai konstruk yang mengukur kepercayaan guru

mengenai kemampuan dan usaha kolektif (sekumpulan guru atau sekolah) untuk mempengaruhi

pencapaian murid. Definisi ini merujuk kepada kepercayaan bahawa usaha guru-guru dalam

organisasi akan memberi kesan positif terhadap pencapaian murid.

Bandura (1997) menyifatkan bahawa efikasi kolektif bukanlah mencerminkan kekuatan

kumpulan yang besar dari segi saiznya. Dalam organisasi, efikasi kolektif mencerminkan

kepercayaan ahli berkaitan keupayaan pelaksanaan suatu sistem sosial secara menyeluruh.

Dalam sesebuah kumpulan, ahli-ahli yang berbeza latar belakang dan aras kecekapan berdepan

dengan cabaran yang juga berbeza untuk mencapai matlamat bersama. Hubungan yang lemah

antara ahli boleh menjejaskan peranan kumpulan. Ahli-ahli yang berefikasi tinggi dalam

sesebuah kumpulan berkemungkinan lemah dalam melaksanakan tugasan jika ada antara mereka

tidak memberikan sumbangan yang sepatutnya. Kepercayaan tinggi sesebuah kumpulan terhadap

keupayaan kolektif menjadi petanda terhadap kejayaan. Kajian Bandura (1993) mendapati

kepercayaan kolektif yang kuat di kalangan guru dalam efikasi pengajaran mereka berjaya

meningkatkan pencapaian akademik sekolah.

KAEDAH KAJIAN

(7)

Kerangka konseptual dibina berdasarkan Teori Sosial Kognitif dan Efikasi Kendiri yang dibentuk

oleh Bandura (1986,1997) yang memperlihatkan hubungan antara pemboleh ubah bersandar

(efikasi kolektif) dan pemboleh ubah bebas (jawatan bidang pengajaran).

Pemboleh Ubah Tak Bersandar Pemboleh Ubah Bersandar

Pendekatan kajian yang digunakan ialah kaedah penyelidikan kuantitatif iaitu menggunakan

strategi asas soal selidik. Soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Bahagian A dan

Bahagian B. Bahagian A dibentuk untuk mendapatkan maklumat ringkas tentang responden

kajian. Manakala Bahagian B terdiri daripada 12 item Skala Efikasi Kolektif (Collective Efficacy

Scale) yang diadaptasi daripada instrumen CES (Goddard, 2002). Sampel kajian ini terdiri

daripada 300 guru-guru dari lima buah sekolah menengah di daerah Kota Belud (582 orang).

Ciri-ciri populasi adalah semua guru-guru terlatih, kecuali pengetua, penolong-penolong kanan

dan guru kaunseling. Penentuan sampel adalah berdasarkan kepada reka bentuk persampelan

bertujuan. Penentuan aras hubungan antara variabel dilakukan dengan merujuk kepada indeks

korelasi Borg dan Gall (1983), pada aras signifikan .05.

(8)

INDEKS PENERANGAN 0.70 atau lebih Korelasi Sangat Kuat 0.50 hingga 0.69 Korelasi Kuat

0.30 hingga 0.49 Korelasi Sederhana 0.10 hingga 0.29 Korelasi Rendah

0.01 hingga 0.09 Korelasi Yang Boleh Diabaikan Sumber: Diubahsuai daripada Borg dan Gall (1983)

MAKLUMAT RESPONDEN

Taburan Mengikut Jantina

Responden yang terlibat dalam soal selidik terdiri daripada guru-guru sekolah menengah di

daerah Kota Belud. Taburan data dalam Jadual 2 meliputi jantina, iaitu, bilangan guru perempuan

ialah 102 (59.6%) dan bilangan guru lelaki ialah 69 (40.4%).

Jadual 2: Taburan Responden Mengikut Jantina

Taburan Guru Mengikut Pengalaman Mengajar

Taburan data berkenaan pengalaman guru memperlihatkan bilangan guru-guru yang telah

mengajar antara sembilan hingga tiga belas tahun merupakan jumlah teramai berbanding

kategori pengalaman yang lain; sementara kumpulan guru dengan pengalaman melebihi 23 tahun

adalah yang paling sedikit (n = 7, 4.1 %). Seramai 21 orang responden (12.3 %) berpengalaman Frekuensi %

Lelaki 69 40.4

Perempuan 102 59.6

(9)

kurang dari tiga tahun, empat hingga lapan tahun seramai 28 orang (16.4%), 14-18 tahun seramai

40 orang ( 23.4%) dan 19-23 tahun seramai 19 orang (11.1%).

Jadual 3 : Pengalaman Mengajar

Frekuensi %

<3 tahun 21 12.3

4-8 tahun 28 16.4

9-13 tahun 56 32.7

14-18 tahun 40 23.4

19-23 tahun 19 11.1

>23 tahun 7 4.1

Jumlah 171 100.0

Taburan Guru Berdasarkan Jawatan Mengikut Bidang Pengajaran

Taburan data guru berdasarkan jawatan mengikut bidang pengajaran pula memperlihatkan

bilangan guru biasa adalah jumlah yang majoriti iaitu 115 orang responden ( n=115, 67.3%),

(10)

jawatan ketua bidang (6.4%) dan guru cemerlang adalah jumlah responden paling sedikit (n=2,

1.2%).

Jadual 4 : Jawatan mengikut Bidang Pengajaran

Frekuensi % Guru

Cemerlang 2 1.2

Ketua Bidang 11 6.4 Ketua Panitia 42 24.6 Guru Biasa 115 67.3

Missing 1 .6

Jumlah 171 100.0

Min Efikasi Kolektif Guru Sekolah Menengah

Analisis data ke atas efikasi kolektif guru menunjukkan keseragaman iaitu berada dalam

lingkungan empat poin min dengan hanya sedikit perbezaan di antara dimensi kecekapan

pengajaran dan analisis tugas pengajaran. Bagi dimensi kecekapan pengajaran mendapat min

skor (min=4.93, SD=.74), manakala bagi dimensi analisis tugas pengajaran pula (min=4.13,

(11)

dimensi kecekapan pengajaran di kalangan guru sekolah menengah berada di tahap min yang

tinggi.

Jadual 5 : Analisis Deskriptif Efikasi Kolektif Berdasarkan Jawatan Mengikut Bidang

Pengajaran

Analisis Guru Cemerlang 2 4.25 0.12 0.08

Tugas Ketua Bidang 11 4.12 0.53 0.16

Pengajaran Ketua Panitia 41 4.08 0.88 0.14

Guru Biasa 104 4.15 0.78 0.08

Jumlah 158 4.13 0.78 0.06

Efikasi Guru Cemerlang 2 4.75 0.24 0.17

Kolektif Ketua Bidang 11 4.55 0.54 0.16

Ketua Panitia 41 4.47 0.73 0.11

Guru Biasa 103 4.55 0.66 0.06

Jumlah 157 4.53 0.67 0.05

Jadual 6 : Min Efikasi Kolektif Guru Sekolah Menengah

(12)

DAPATAN KAJIAN

H01: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jawatan mengikut bidang

pengajaran dengan efikasi kolektif guru-guru sekolah menengah

Analisis Korelasi Pearson dijalankan untuk menentukan aras hubungan antara jawatan mengikut

bidang pengajaran dengan efikasi kolektif guru mendapati tidak terdapat hubungan yang

signifikan pada aras p < .01 (r = .015). Begitu juga dengan hubungan antara jawatan mengikut

bidang dan dimensi-dimensi efikasi kolektif, iaitu kecekapan pengajaran (r = -.003, p < .01); dan

analisis tugas pengajaran pada aras r = .017 (p < .01).

Keputusan: Hipotesis Null diterima.

Jadual 7: Analisis Hubungan Antara Efikasi Kolektif Berdasarkan Jawatan Mengikut

Bidang Pengajaran

Kecekapan

Pengajaran

Analisis Tugas

Pengajaran Efikasi Kolektif

(13)

Kecekapan

Menerusi analisis data yang telah dijalankan dapatlah dirumuskan bahawa jawatan mengikut

bidang pengajaran didapati tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan efikasi kolektif

guru sekolah menengah. Efikasi kolektif guru juga didapati tidak berbeza berdasarkan jawatan

mengikut bidang pengajaran. Kajian oleh Bandura (1997) menyifatkan efikasi kolektif bukanlah

mencerminkan kekuatan kumpulan yang besar dari segi saiznya. Beliau menyifatkan bahawa

dalam sesebuah kumpulan, perbezaan latar belakang dan aras kecekapan bukanlah penentuan

kepada pencapaian efikasi secara kolektif. Namun, hasil dapatan kajian oleh Mohd Syariff

(1997), yang menunjukkan tahap efikasi dalam kalangan Ketua-Ketua Panitia di daerah

Samarahan masih lagi rendah secara keseluruhannya. Dapatan ini memperlihatkan bahawa

jawatan bidang pengajaran bukanlah prediktor utama dalam mencapai efikasi kolektif guru.

Kajian ini memperlihatkan bahawa jawatan bidang pengajaran tidak menyumbang kepada

pembentukan efikasi kolektif dalam kalangan guru-guru sekolah menengah tetapi sumbangan

yang sepatutnya diberikan dan kepercayaan tinggi yang berjaya diwujudkan dalam kumpulan

terhadap keupayaan kolektif menjadi penentu terhadap kejayaan organisasi tersebut.

Dimensi kecekapan pengajaran untuk kesemua bidang jawatan berada di tahap min yang

tinggi. Guru cemerlang (min 5.25), ketua bidang (min 4.97), ketua panitia (min 4.86), dan guru

(14)

pada tahap min yang tertinggi. Dalam analisis tugas pengajaran, guru cemerlang (min 4.25),

ketua bidang (min 4.12), ketua panitia (min 4.08) dan guru biasa (min 4.15). Efikasi kolektif bagi

guru cemerlang (min 4.75), ketua panitia (min 4.47), dan guru biasa (min 4.55). Analisis tugas

pengajaran dan efikasi kolektif menunjukkan min berada pada tahap tinggi. Dapatan ini

dikukuhkan dengan dapatan oleh Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010) yang menyatakan

bahawa guru cemerlang sentiasa dapat menyerlahkan ketrampilan profesional mereka dalam

meningkatkan kualiti pencapaian murid melalui keupayaan mengurus, mengguna dan memanfaat

pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pengkhususan atau mata pelajaran berdasarkan

kepada kepakaran dan prinsip pedagogi (behaviouris, kognitif, sosial dan humanis).

Implikasi dan Cadangan Dapatan Kajian

Dapatan-dapatan dalam kajian ini membawa kepada beberapa implikasi berkaitan pengesahan

teori dan isu-isu yang timbul sekitar permasalahan efikasi kolektif, di samping kesannya

terhadap penyelidikan. Implikasi yang diajukan adalah penting dengan mengambil kira

keperluan dan usaha-usaha mencemerlangkan mekanisme yang menggerakkan sistem pendidikan

negara. Mempertimbangkan dengan bijak implikasi-implikasi yang dinyatakan adalah dituntut

selaras dengan usaha ke arah mencapai hasrat yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Implikasi Terhadap Teori

Beberapa cadangan dikemukakan berhubung dengan kepentingan meneroka variabel efikasi

kolektif dalam persekitaran sistem pendidikan di Malaysia. Kajian yang telah dijalankan ini

memberi fokus khusus terhadap sejauhmana kekuatan pengaruh jawatan mengikut bidang

(15)

keseluruhannya dapatan-dapatan kajian yang telah dijalankan ini mengesahkan teori “reciprocal

determinism” yang dikemukakan oleh Bandura (1997) yang menerangkan bahawa interaksi

antara persekitaran dengan unsur personal (kognitif dan perubahan fisiologi) menghasilkan

tindakan atau tingkah laku tertentu untuk menyesuaikannya dengan peristiwa-peristiwa yang

dihadapi. Konteks inilah yang menjadi asas kepada pembentukan efikasi kolektif.

Kepercayaan efikasi kolektif berperanan selaku mediator yang menyelaraskan

kepercayaan yang dikongsi bersama di kalangan guru-guru sekolah menengah. Berdasarkan

kepada fungsi tersebut maka kepercayaan efikasi dilihat sebagai konstruk utama yang

mendominasi teori kognitif sosial. Konstruk efikasi yang bersifat pelbagai dimensi

membolehkannya dipengaruhi oleh pelbagai faktor (Bandura, 1986). Oleh kerana itu, aras

kepercayaan efikasi tidak tekal secara umum dalam semua aspek. Sifat kepercayaan efikasi yang

(16)

Mengenai faktor jantina, guru lelaki dikenal pasti berkeyakinan tinggi terhadap

kemampuan meningkatkan minat belajar murid, melaksanakan pengajaran serta

menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif. Memandangkan setakat ini, statistik

menunjukkan nisbah guru mengikut jantina adalah sangat tidak seimbang (lelaki 33.8%,

perempuan 66.2%). Oleh yang demikian, pihak kementerian digesa untuk

mempertimbangkan pengambilan guru lelaki yang lebih ramai, sekurang-kurangnya

dapat mengimbangi bilangan guru mengikut jantina.

Berdasarkan kepada bukti empirikal (termasuk dapatan-dapatan kajian lepas)

menunjukkan efikasi guru berperanan memberi pengaruh ke atas pencapaian murid;

sementara guru-guru lelaki secara konsisten dan signifkan lebih berefikasi tinggi

berbanding guru-guru perempuan. Bukti empirikal ini memberi petunjuk kepada dua

kemungkinan implikasi yang perlu dipertimbangkan oleh pengendali sistem pendidikan

tempatanKPM, iaitu mekanisme sokongan profesionalisme yang membimbing dan

mengiktiraf guru-guru perempuan bagi membantu meningkatkan aras kepercayaan

terhadap kemampuan diri (pengetahuan dan kemahiran pedagogi) dalam melaksanakan

aktiviti pengajaran secara berkesan; dan nisbah jantina guru yang lebih seimbang

berbanding nisbah semasa (66:34). Lebih ramai guru lelaki diperlukan untuk

meningkatkan pencapaian akademik murid.Implikasi Terhadap Penyelidikan

Reka bentuk persampelan yang digunakan, iaitu persampelan bertujuan (purposive sampling)

menyebabkan kajian ini hanya tertumpu kepada populasi di lima buah sekolah menengah dalam

daerah Kota Belud sahaja. Sebab utama menggunakan persampelan bertujuan adalah kerana

(17)

yang masih minimum di sekolah-sekolah luar bandar; di samping masalah logistik yang dihadapi

dalam mengendalikan kajian ini.

Penggunaan saiz sampel yang agak kecil (n = 171) menjadi faktor utama dalam kajian ini

yang membezakan dapatan yang diperoleh daripada dapatan kajian-kajian lepas. Namun,

perbezaan yang berlaku tidak menjejaskan kredibiliti dapatan kajian ini kerana langkah-langkah

dalam prosedur persampelan telah dilakukan secara berhati-hati. Selain itu, bilangan saiz sampel

yang diperoleh masih tinggi berbanding saiz sampel minimum bagi populasi keseluruhan sekolah

menengah di Kota Belud yang berjumlah 582 orang.

Sehubungan ini, kajian-kajian akan datang perlu mempertimbangkan faktor-faktor berikut

demi memastikan nilai efikasi dapat dimanfaatkan lebih jauh dalam memartabatkan profesion

guru di Malaysia. Tidak dinafikan bahawa konteks demografijawatan guru memerlukan kupasan

lebih luas dan mendalam. Masih banyak dimensi demografijawatan guru yang belum dikaji

dalam kaitannya dengan efikasi, khususnya dalam konteks tempatan. Namun, pihak yang

berhasrat untuk mengkaji konstruk efikasi perlu meluaskan dimensi faktor “antecedent

berbanding hanya tertumpu kepada konteks demografi jawatan guru. Beban tugas yang

ditanggung oleh guru cemerlang, ketua bidang, ketua panitia sebagai contoh, banyak

menyumbang kepada efikasi guru secara holistik. Sewajarnya, penekanan dan penumpuan harus

diberikan terhadap ‘core-bussiness’ guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran agar matlamat

yang ingin dicapai melahirkan modal insan yang berprestasi tinggi yang mampu bersaing di

peringkat global.

Dalam contoh kajian-kajian di negara barat, faktor-faktor anteseden yang dikaji

(18)

interaksi dan motivasi). Faktor sekolah dijadikan sebagai faktor peramal juga telah mendapat

perhatian oleh ramai pengkaji efikasi, misalnya demografipengalaman guru sekolah,

persekitaran, penekanan peraturan dan matlamat sekolah, budaya kerja dan pola organisasi

(organizational properties).

Meskipun demikian, kajian mengenai efikasi guru digalakkan supaya tidak

menyempitkan kriteria unit analisis kepada kategori guru tertentu semata-mata. Bandura (1997,

2000) menegaskan bahawa efikasi personal guru merupakan tunjang utama kepada efikasi

kolektif guru. Guru sebagai ahli organisasi sekolah tanpa mengira jawatan perlu saling

menyokong antara satu sama lain untuk menaiktaraf matlamat yang disasarkan. Oleh itu, kriteria

guru secara umum perlu digunakan bagi mempelajari perbezaan keyakinan efikasi antara guru

mengikut kumpulan tertentu.

.

Rujukan.

Abdul Halim El-Muhammady. 1986. Peranan Guru Dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan Islam. 1(4): 1-8.

(19)

Abuddin Nata. 2001. Perspektif Islam Tentang Pola Hubungan Guru-Murid. Jakarta: PT Raja Grafindo Persada.

Bandura, A. 1993. Perceived self-efficacy in cognitif development and functioning.

Educational Psychologist 28(2): 117-148.

Bandura, A. 1997. Self-efficacy: The Exercise of Control. New York: W.H. Freeman.

Borg, W.R., & Gall, M. D. 1989. Educational Research. (5th edition). New York: Longman.

Fullan, M. 1993. Change Forces. Philadelphia: Falmer Press.

Goddard, R.D. 2002. A theoretical and empirical analysis of the measurement of collective efficacy: The development of a short form. Educational and Psychological

Measurement. 62(1): 97-110.

Isahak Haron, Abd. Latif Gapor, Md. Nasir Masran, Mariam Mohamad & Abd. Halim Ibrahim. 2008. Kesan Pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Di Sekolah Rendah. Penerbit UPSI.

Kelly, P.P. 1998. Teacher Unionism and Professionalism: An Institutional Analysis of Teacher Peer Review Programs and the Competing Criteria for Legitimacy. Michigan State University.

Mohd Syariff Affendy Matjeraie. 1997. Program Perkembangan Staf Di Sekolah-sekolah Di Bahagian Samarahan: Persepsi Ketua Panitia Mata Pelajaran. Universiti Malaysia Sarawak.

Syed Ismail & Ahmad Subki.2010. Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional, Selangor: Penerbitan multimedia Sdn.Bhd.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas. 1992. Tujuan Dan Objektif Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

(20)

Referensi

Dokumen terkait

Selanjutnya lebih tingginya peningkatan daya serap MDF terhadap formaldehida dibandingkan terhadap kloroform (CHCl ) dimana keduanya bersifat polar, diduga terjadi karena

a) Sketsa yang dibuat oleh seniman dengan membayangkan (berimajinasi) hal-hal yang tidak realistik. Hasilnya berupa karya surealisme dan karya yang hanya berupa

Jadi bakat harus ada terlebih dahulu sebelum potensi (Rosenbloom, 2012). Hal lain yang terkait dengan bakat dan potensi yaitu passion, gabungan dari bakat, pengetahuan,

Sebagai bagian dari negara global dan tergabung dalam COP UNFCCC Indonesia jelas programnya untuk memperjuangkan 29% itu upaya yang dilakukan indonesia itu dari lima

atas perasaan suka atau tidak suka ( like or dislike ) atau arogansi mayoritas terhadap minoritas LGBT tanpa dasar argumentasi hukum yang ilmiah, tetapi dasar rasionalitasnya

Kontribusi motivasi belajar, fasilitas belajar dan cara didik orang tua memberikan kontribusi secara simultan terhadap hasil belajar matematika melalui kemandirian

Judul : PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN THINK PAIR SHARE (TPS) UNTUK MENINGKATKAN HASIL BELAJAR MAHASISWA PADA MATA KULIAH STATISTIKA DI JURUSAN TEKNOLOGI JASA PRODUKSI PRODI

didapatkan nilai p-Value 0.00 yang artinya pemberian jus susu kacang kedelai dan melon efektif dalam meningkatkan produksi ASI dan berat badan bayi pada ibu