• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bincangkan faktor faktor yang mempengaru

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Bincangkan faktor faktor yang mempengaru"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi fenomena Dekolonisasi yang berlaku selepas Perang Dunia Kedua.

Oleh:

SITI SYAHIRA BINTI MUSTAPA NURFIZZILA BINTI MOHAMED KASSIM

Program Sejarah

Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

ABSTRAK

Dalam sejarah, Dekolonisasi merupakan salah satu kejadian yang terpenting dalam Sejarah

di dunia. Dekolonisasi menjadi masa transisi yang menyimpulkan sejarah Kolonisasi dan

menentukan arah suatu negara bekas jajahan Pascakolonisasi. Makalah ini menjelaskan

faktor-faktor yang mendorong kepada Dekolonisasi negara-negara yang dijajah oleh kuasa

Barat. Kaedah kajian yang digunakan ialah dengan menggunakan pendekatan kualitatif iaitu

merujuk kepada sumber-sumber sekunder seperti buku, artikal dalam Jurnal, serta sumber

laman sesawang. Sumber-sumber tersebut telah dianalisis secara kualitatif. Berdasarkan

analisis yang digunakan melalui sumber-sumber yang telah diperolehi, dapatan awal kajian

ini ialah, euforia kemerdekaan sebuah negara dalam cenderung memberikan makna bahawa

Dekolonisasi merupakan suatu kemenangan dan pengambilalihan segala kepemilikan negara

secara keseluruhannya.

(2)

1.0 PENDAHULUAN

Istilah Dekolonisasi berasal dari bahasa Inggris, Decolonization yang terdiri dari de (tidak) dan Colonization (penjajahan). Dua kata tersebut dapat didefinisikan sebagai kemerdekaan. Sejak permulaan abad-20 bangsa-bangsa di kawasan Asia-Afrika mula bangkit menentang kekuasaan bangsa-bangsa Eropah. Perjuangan yang dilakukan oleh bangsa-bangsa di Asia-Afrika itu bertujuan untuk mencapai kemerdekaannya agar terbebas daripada segala bentuk kekuasaan bangsa asing. Semangat perjuangan bangsa ini meningkat dikawasan negara sekitar Asia dan Afrika. Lalu muncul proses Dekolonisasi di kawasan Asia-Afrika bermula oleh bangkitnya semangat Rasionalism lalu seterusnya mendorong kepada kemunculan gerakan Nasionalisme. Proses pelepasan negara jajahan dari negara induknya ini disebut proses dekolonisasi. Dekolonisasi adalah istilah yang dipakai bangsa-bangsa Eropah di dalam menjalankan praktik imperialism dan kolonialisme di wilayah Asia dan Afrika.

Pasca-Perang Dunia Kedua, semangat untuk menentukan nasib sendiri dari Negara-negara jajahan sangat mendominasi Negara-Negara-negara Asia dan Afrika seperti India, Filipina, Turki, dan Mesir. Semangat untuk menentukan nasib sendiri ini juga menular ke Indonesia. Proses dekolonisasi Negara-negara Asia dan Afrika kemudian menjadi fenomena yang dominant pada akhir Perang Dunia Kedua. Runtuhnya kekuasaan Kolonial di kawasan Asia dan Afrika ini menjadi awal dari berubahnya struktur politik global. Jumlah Negara-negara menjadi berkembang lebih banyak. Tercatat pada pasca Perang Dunia Kedua jumlah Negara mencapai 51 negara, dan ketika ini telah mencapai 192 negara. Proses Dekolonisasi ini dipicu oleh adanya gerakan-gerakan nasionalisme yang berkembang di masing-masing Negara di Asia dan Afrika. Tercatat seperti Gerakan Turki Muda, Gerakan Nasionalisme Filipina, Gerakan Nasionalisme Cina, Gerakan Nasionalisme India, dan berbagai gerakan serupa yang muncul di Negara-negara seperti Cina, Jepun, Mesir, Libya,India, dan lainnya.

Pada umumnya kemerdekaan tidak akan diberikan sebagai hadiah tetapi kemerdekaan biasanya direbut dengan kekuatan senjata sesuatu negara. Puncak kejayaan kaum imperialis Barat telah terjadi dua kali perang besar iaitu Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Kedua-dua perang tersebut sangat berpengaruh terhadap perjuangan nasionalisme atau pergerakan kemerdekaan bangsa-bangsa di Asia dan Afrika

Misalnya, Dekolonisasi di India muncul dengan tertubuhnya All Indian National Congress, atau biasa disebut Congress. Congress adalah semacam Persatuan rakyat yang di terdapat wakil-wakil dari golongan hindu, Budha, dan Islam. Tokoh-tokohnya yang terkenal antara lain Mahatma Gandhi, Ali Liqut Khan, Jawaharlal Nehru, Mohammad Ali Jinnah, B.G Tilaq dan Banerjee. Di antara mereka yang paling menonjol adalah Mahatma Gandhi.

(3)

kerakyatan yang meliputi Nasionalisme atau kebangsaan, Demokrasi atau kedaulatan rakyat, Sosialisme atau kesejahteraan sosial. Pada 2 Januari 1912 Sun Yat Sen memproklamasikan berdirinya Republik China yang berpusat di Canton. Presiden pertamanya adalah Yuan Shih Kai (1912-1916) yang kemudian digantikan oleh Sun Yat Sen (1916-1925).

2.0 SOROTAN LITERATUR

Menurut C. Jansen dan Osterhammel (2013) Dekonolonisasi merupakan proses dimana tanah tanah jajahan Barat diseberang laut bebas dari negara penjajah proses yang berperingkat-peringkat dan bukannya secara kekerasan untuk beberapa bahagian tanah jajahan.1

Zartman (1976) menyatakan antara tahun 1945 hingga 1960 tiga buah negara dalam Asia dan Afrika menerima kuasa autonomi kemerdekaan daripada koloni Eropah tanpa satu proses dekolonisasi. Di sesetengah kawasan begitu aman dan teratur yang mana kemerdekaan dicapai hanya selepas berlakunya revolusi yang berpanjangan. Di beberapa negara yang baru merdeka pula memperoleh kerajaan yang stabil hampir keseluruhannya manakala yang lainnya diperintah oleh pemimpin yang diktator selama beberapa dekad ataupun mengalami perang saudara yang panjang. Sesetengah kerajaan Eropah menyambut hubungan diplomatik dengan bekas tanah jajahan dengan baik dan yang lainnya hanya menentang Dekolonisasi ketenteraan.2

Manakala nemurut Mingst (1980) , Proses dekolonisasi bertepatan dengan Perang Dingin antaranya Soviet Union dan Amerika Syarikat serta perkembangan awal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Proses dekolonisasi ini sering dipengaruhi oleh persaingan kuasa-kuasa lain dan mempunyai kesan yang pasti terhadap evolusi dalam persaingan tersebut dan ia juga mengubah corak hubungan antarabangsa dengan lebih mendalam. Pengwujudan negara-negara baru menduduki kawasan yang strategik dan mempunyai sumber alam yang baik tetapi sebahagian negara pula sangat miskin. Hal ini mengubah komposisi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kerumitan politik disetiap rantau di dunia.3

Menurut Thomson (2010) menyatakan bahawa pada pertengahan hingga akhir abad ke 19, kuasa-kuasa Eropah menjajah dikebanyakan negeri di Asia dan Afrika. Ketika era imperialisme, kuasa Eropah menganggap benua Asia dan Afrika sebagai sumber ekonomi kerana kekayaan sumber bahan mentah dan tenaga buruh yang ramai. Walau bagaimanapun, negara jajahan dieksploitasi dengan begitu kejam untuk mendapatkan bahan mentah dan tenaga buruh. Di samping itu, pengenalan pemerintah kolonial telah

1 Jan C. Jansen & Jürgen Osterhammel. 2013. Decolonization: A Short History. United Kingdom: Princeton University Press. Hlm 2.

2 I.W. Zartman. 1976. Europe and Africa: Decolonization or Dependency?’, New York: Foreign Affairs. Vol. 54. No.2. Hlm 325-343.

(4)

menarik semula sempadan dengan membahagikan banyak kumpulan etnik dan linguistik serta meletakkan ianya sebagai asas untuk mewujudkan banyak negeri yang tidak mempunyai hubungan geografi, linguistik, etnik dan politik.4

Ekeh (1975) punya menyatakan bahawa Dekolonisasi yang dialami oleh Asia dan Afrika secara kontinental dikenal dengan sebutan ‘wind of change’ karena sifatnya yang cenderung terjadi secara menyeluruh pada tahun 1960 sehingga 1970. Dekolonisasi tberlaku disebabkan oleh beberapa perkara, salah satunya adalah karana Perang Dunia Kedua, yang digesa oleh Amerika Syarikat untuk melepaskan jajahannya. Self-determination menjadi sebuah ‘Fahaman Asas’, sehingga banyak penjajah Eropah melepaskan begitu sahaja negara jajahan mereka bukan karana ada perebutan kekuasaan antara pribumi dan penjajah, tetapi adalah sebagai obligasi moral daripada Tekanan Antarabangsa seperti melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).5

3.0 FAKTOR-FAKTOR DEKOLONISASI

3.0.1 PERANG DUNIA PERTAMA DAN KEDUA

Selama Perang Dunia Pertama, hampir seluruh negara Eropah terlibat dalam peperangan yang menjadikan kehancuran. Oleh kerana itu, bangsa Asia dan Afrika meningkatkan tuntutannya kepada negara-negara penjajah, iaitu pembaharuan dalam pemerintahan dan pembentukan lembaga perwakilan rakyat. Akibat krisis ekonomi setelah Perang Dunia Pertama, negara-negara kolonial berusaha untuk lebih mengaut kekayaan di negara-negara jajahannya di Asia dan Afrika. Hal ini menyebabkan terjadinya beberapa bentuk proses penetangan yang lebih radikal.

Berakhirnya Perang Dunia Kedua (1939–1945) melahirkan Piagam Atlantik (Atlantic Charter) yang terdapat beberapa hal penting yang menyangkut HAM (Hak Asasi Manusia), antara lain setiap negara dilarang mengambil wilayah negara lain dan penegasan bahawa setiap bangsa berhak menentukan nasibnya sendiri (self-determination). Hal ini merupakan landasan utama bagi perjuangan kemerdekaan bagi negara-negara yang dijajah sehingga mendorong perkembangan kemerdekaan negara terjajah untuk mencapai kemerdekaan.

Tahun 1945 yang membuat akselerasi proses Dekolonisasi di Asia Afrika. Proses pelepasan negara jajahan dari negara induknya ini disebut proses Dekolonisasi. Dekolonisasi adalah istilah yang dipakai bangsa-bangsa Eropah di dalam menjalankan praktik imperialisme dan kolonialisme di wilayah Asia dan Afrika. Dengan didasari oleh semangat untuk menentukan nasib sendiri (self-determination), faktor ideologi dan strategi

4 A. Thomson. 2010., An Introduction to African Politics, New York: Routledge. Hlm 14-17.

(5)

Imperialisme yang dimiliki oleh pergerakan-pergerakan kebangsaan negara-negara di Asia Afrika harus berjuang secara fizikal untuk meraih kemerdekaan.6

3.0.2 PERANAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

Piagam Piagam Atlantik (Atlantic Charter) tersebut menjadi landasan berdirinya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Pada tahun 1945 telah berlakunya akselerasi proses Dekolonisasi di Asia Afrika. Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyelia beberapa kenyataan melalui United Nations Trusteeship Council (UNTC). Pada tahun 1960, telah keluar deklarasi terhadap keperluan kepada kemerdekaan melalui negara-negara kolonial dan masyarakat (Declaration on the Granting of Independence to Colonial Countries and Peoples) dengan menyatakan bahawa setiap manusia mempunyai hak dalam menentukan diri dan hala tuju mereka termasuklah menghapuskan Kolonialisme menyeluruh tanpa syarat.

Kewujudan kawasan perindustrian tempatan menyebabkan pengwujudan kepada bandar-bandar baharu di Afrika dan perkembangan masyarakat seiring dengan aktiviti kemajuan kawasan perindustrian serta perdagangan kesatuan. Sebagai tambahan, kesatuan sekerja perbandaran menyebabkan peningkatan literasi yang membenarkan akhbar pro-kemerdekaan sehinggalah pada 12 Februari 1941, Presiden Amerika Syarikat iaitu Franklin D. Roosevelt dan Perdana Menteri Britain Winston Chruchill mengadakan pertemuan dan membuat perbincangan tentang pasca-perang. Hasil daripada perbincangan tersebut wujudnya Piagam Atlantik yang diperkenalkan oleh Roosevelt yang mana salah satu peruntukan daripada Piagam tersebut menyatakan tentang kuasa autonomi koloni, Hak Asasi Manusia (HAM) dan antara lain setiap negara dilarang mengambil wilayah negara lain dan penegasan bahawa setiap bangsa berhak menentukan nasib negaranya sendiri. Hal ini merupakan landasan universal untuk perjuangan kemerdekaan bagi negara-negara koloni sehingga mendorong perkembangan kemerdekaan negara koloni untuk mencapai kemerdekaan. Piagam tersebut juga menjadi landasan berdirinya Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.

Oleh itu, selepas Perang Dunia Kedua wujudnya tekanan ke atas Britain untuk mematuhi Piagam Atlantik ini. Apabila Winston Churchill memperkenalkan piagam tersebut kepada ahli parlimen, beliau tidak sengaja menjadikan tanah jajahan koloninya ditawan oleh negara-negara Jerman untuk mendapatkan kelulusan. Namun, selepas Perang Dunia Kedua

koloni Afrika dianggap ‘anak-anak’ dan tidak matang. Disebabkan oleh itu, demokratik kerajaan hanya diperkenalkan di peringkat tempatan sahaja. Oleh itu, pada tahun 1930, pihak penjajah telah meneliti pemimpin elit yang mendapat pendidikan di universiti-universiti barat seperti Kenyatta dari Kenya, Nkrumah dari Gold Coast Ghana, Senghor dari Senegal dan Houphouet-Boigy dari Cote-d’lvoire yang maan kesemua pemimpin elit ini memperjuangkan kemerdekaan di negara mereka.

(6)

Negara-negara baru merdeka yang muncul pada tahun 1950 an dan 1960 an menjadi faktor penting dalam mengubah keseimbangan kuasa di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1946, terdapat 35 buah negara anggota dalam Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai negara yang baru merdeka daripada Dunia Ketiga menyertai organisasi oleh keanggotaan tahun 1970 telah meningkat menjadi 127. Negara anggota yang baru ini mempunyai beberapa ciri yang sama, mereka tidak seperti negara-negara membangun, menghadapi masalah dalaman yang merupakan hasil dari zaman penjajahan mereka yang kadang-kadang meletakan mereka bertentangan dengan negara-negara Eropah dan membuatkan mereka curiga tentang struktur kerajaan. Negara-negara ini menjadi penyokong dalam hak bersuara untuk meneruskan Dekolonisasi dengan keputusan Dewan Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sering mendahului Dewan Keamanan mengenai isu-isu pemerintahan dan Dekolonisasi. Negara-negara baharu memaksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menerima resolusi untuk kemerdekaan bagi negara-negara kolonial dan membuat Jawatankuasa khas mengenai penjajahan menunjukkan bahawa beberapa negara terus berjuang untuk kemerdekaan di mata masyarakat antarabangsa ketika era penjajahan berakhir.

3.0.3 PERANG DINGIN

Perang Dingin berlaku sejak tamatnya Perang Dunia Kedua sehinggalah tahun 1989, apabila sistem komunis Soviet Union hancur. Perang Dingin yang berlaku adalah disebabkan kerana ideologi dan fahaman politik yang berbeza. Hal ini merujuk kepada persaingan kuasa yang berlaku antara blok kapitalis yang diketuai oleh Amerika Syarikat dengan blok komunis yang diketuai oleh Soviet Union. Perang ini juga dikenali sebagai Perang Dingin kerana tidak berlaku sebarang konflik bersenjata secara langsung antara Kedua-dua blok ini.

Namun, Kedua-dua blok ini ingin membuktikan kekuatan masing-masing dan mereka berusaha menyebarkan pengaruh dan memajukan kepentingan masing-masing di Eropah dan juga di Asia melalui propaganda serta bantuan ekonomi dan ketenteraan. Perang Dingin yang berlaku semasa era Dekolonisasi ini telah menjadikan Asia Tenggara sebagai medan persaingan antara Blok Komunis yang diketuai oleh Soviet Union dan Blok Bukan Komunis (kapitalis) yang di ketuai oleh Amerika Syarikat bagi meluaskan pengaruh dan ideologi mereka. Persaingan antara Kedua-dua blok ini boleh dilihat dalam Perang Vietnam.7

Perang Dunia Kedua membawa perubahan yang sangat luas dalam hidupan masyarakat dunia, baik dalam bidang politik, ekonomi, maupun sosial budaya. Dalam bidang politik, perang Dunia Kedua menyebabkan Amerika Syarikat dan Soviet Union yang tergabung dalam pihak sekutu sebagai ‘pemenang’ dalam Perang Dunia Kedua tampil sebagai negara besar yang berkuasa dan berperanan sebagai pemegang hegemoni politik di dunia. Kerana Amerika Syarikat dan Soviet Union merasa sama kuat maka terjadilah persaingan dan perebutan pengaruh sebagai negara nombor satu di dunia. Amerika Syarikat semakin kuat pengaruhnya dan berupaya menyebarluaskan fahaman liberal dengan cara membantu negara yang hancur akibat Perang Dunia Kedua.

(7)

Untuk menghalang pengaruh komunis maka Amerika Syarikat dan negara-negara yang tergabung dalam Blok barat mendirikan pertubuhan bersama pada tahun 1949 yang disebut NATO (North Atlantic Treaty Organization) atau Organisasi Pertahanan Atlantik Utara. Soviet Union yang juga menjadi pemenang dalam Perang Dunia Kedua juga berusaha menyebarkan pengaruh kepada negara negara yang baru merdeka dengan cara membentuk Cominform atau Organisasi Komunis Internasional untuk dijadikan sebagai alat propaganda dalam menyebarluaskan pengaruh ideologi komunis ke seluruh dunia. Untuk mennyeimbangkan kekuatan NATO maka pada tahun 1955 Soviet Union mendirikan suatu akta pertahanan iaitu Warsaw Pact yang anggotanya terdiri atas Soviet Union, Albania, Bulgaria , Czechoslovakia, Jerman Timur, Hungary ,Poland dan Romania yang berideologi Komunis. 8

Dengan adanya perebutan pengaruh antara Kedua negara tersebut situasi politik di dunia kembali tegang dan mengakibatkan timbulnya rasa saling curiga dan pembinaan senjata antara antara Kedua belah pihak sehingga masing-masing pihak diliputi susana Perang Dingin. Perang dingin (Cold War) adalah perang dalam bentuk ketegangan sebagai perwujudan konflik antara blok barat dan blok Timur. Ini secara tidak langsung menggerakkan lagi proses dekolonisasi di setiap negara yang dijajah bagi mengelakkan tersebarnya fahaman komunis. Tujuannya adalah untuk mencegah agar Kedua negara tersebut tidak jatuh dalam pengaruh Soviet Union. Sebagai negara yang secara ekonomi sangat kuat, Amerika Syarikat juga memberikan bantuan kepada negara-negara di kawasan Eropah dan Asia sehingga lahirnya negara blok kapitalis atau blok barat yang berideologi liberal kapitalis.

3.0.4 NEOKOLONISASI

Neokolonialisme, kawalan negara-negara yang belum mengakami kemajuan oleh negara maju secara tidak langsung. Istilah Neokolonialisme pertama kali digunakan selepas Perang Dunia Kedua untuk merujuk kepada proses pergantungan secara berterusan atas bekas tanah jajahan yang merujuk kepada negara-negara yang dijajah, tetapi maksud Neokolonialisme yang kemudiannya diperluas untuk diterapkan secara lebih umum, ke tempat-tempat di mana kekuatan negara maju digunakan untuk menghasilkan seperti penjajah eksploitasi. Istilah ini dengan jelas memberikan maksud negatif yang digunakan secara meluas untuk merujuk kepada satu bentuk kuasa global di mana syarikat-syarikat transnasional dan institusi-institusi global dan multilateral bergabung untuk mengekalkan bentuk eksploitasi penjajah terhadap negara-negara membangun. Neokolonialism secara luas diwarisi sebagai pembangunan selanjutnya kapitalisme yang membolehkan kuasa-kuasa kapitalis (kedua-dua negara dan syarikat) menguasai negara-negara subjek melalui operasi kapitalisme antarabangsa dan bukannya melalui kaedah langsung.

Neokolonialisme dilihat lebih umum sebagai sebuah kuasa yang melibatkan usaha yang diselaraskan oleh bekas kuasa kolonial dan negara maju yang lain untuk menyekat pertumbuhan di negara-negara membangun dan mengekalkan negara-negara membangun

(8)

tersebut sebagai sumber bahan mentah murah dan buruh murah. Usaha ini dilihat sebagai berkaitan rapat dengan Perang Dingin dan, khususnya, dengan dasar Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Doktrin Truman. Di bawah dasar itu kerajaan Amerika Syarikat menawarkan sejumlah besar dana kepada mana-mana kerajaan yang bersedia menerima perlindungan Amerika Syarikat daripada komunisme. Ini membolehkan Amerika Syarikat meluaskan pengaruhnya dan dalam beberapa kes juga n meletakkan negara membangun tersebut di bawah kawalannya. Amerika Syarikat dan negara maju lain juga memastikan penaklukan negara-negara membangun. Terdapat kritikan bahawa dengan campurtangan dalam konflik dengan memberikan bantuan dilihat memberikan kepentingan kepada kebergantungan kuasa asing dan terhadap kepentingan negara mereka sendiri.

Penguasaan dan kebergantungan inilah yang mendorong kepada proses Dekolonisasi di negara-negara yang membangun seperti di Asia dan Afrika. Kebangkitan rakyat daripada negara-negara yang dijajah pada zaman kolonial melihat bahawa dengan melepaskan diri sepenuhnya daripada kuasa Penjajah membolehkan mereka membentuk negara sendiri. Hasrat mereka adalah membentuk negara tanpa dipengaruh oleh kuasa luar. Mereka sedar bahawa Neokolonialism yang dilakukan dilihat bukan memberikan bantuan sepenuhnya kepada mereka. Namun Neokolonialism merupakan salah satu bentuk kesinambungan penjajahan kuasa baharu setelah negara-negara jajahan dilepaskan oleh penjajah asal mereka. Gerakkan Dekolonisasi tersebut adalah suatu bentuk pelepasan sepenuhnya daripada sebarang bentuk kuasa Kolonialisme mahupun Neokolonialism.9

3.0.5 TENTANGAN ANTARABANGSA (INTERNATIONAL OPPOSITION)

Selepas beberapa negara-negara Eropah mengalami perperangan sesama mereka mahupun didalam tanah jajahan mereka, namun negara-negara Eropah tersebut mengalami masalah perubahan ekonomi yang merundum secara mendadak. Hal ini kerana segala perbelanjaan dalaman negara telah digunakan bagi tujuan peperangan. Hal ini menyebabkan beberapa negara Eropah mengalami masalah besar dari aspek ekonomi negara mereka terutamanya selepas Perang Dunia Kedua.

Amerika Syarikat telah menyumbangkan hampir 25,000 Juta sebagai bantuan/pinjaman/perlaburan kepada negara-negara yang memerlukan seperti Jepun dan beberapa negara-negara Eropah termasuk Belanda. Dengan adanya bantuan tersebut, ini menyebabkan Amerika Syarikat menjadi negara yang paling berkuasa sehingga mereka mampu menyekat proses kolonisasi beberapa buah negara besar terhadap negara yang baru membangun. 10

Selepas Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat mengalami peningkatan dari segi pertumbuhan ekonomi sekaligus menjadi salah sebuah negara yang berkuasa dari pelbagai

9 Sandra Halperin. 2010. Re-Envisioning Global Development: A Horizontal Perspective (Critical Issues in Global Politics). New York: Routledge. Hlm 118-123.

(9)

aspek terutamanya dalam ekonominya.Ini telah terbukti kepada penubuhan Marshall Plan

pada tahun 1947 yang bertujuan sebagai ‘Alat Bantuan’ kewangan kepada Negara-Negara

yang memerlukan.

Dengan penubuhan Marshall Plan, Amerika Syarikat telah memberikan peluang kepada negara-negara yang terlibat perang untuk kembali ke tempat asal mereka dengan syarat negara kolonial tersebut melepaskan negara jajahan mereka untuk membangunkan negara mereka sendiri. Ini yang telah terjadi apabila Amerika Syarikat telah memaksa Belanda untuk keluar daripada Indonesia sepenuhnya sekiranya ingin memerlukan bantuan kewangan melalui Marshall Plan. Ini menjadikan Amerika Syarikat sebagai salah sebuah negara berkuasa besar dengan memberikan tentangan terhadap negara-negara kolonial dan sekaligus melancarkan proses dekolonisasi di negara-negara yang terlibat.

Semasa Perang Dunia Kedua, Jepun adalah salah satu kuasa imperialis yang penting sehingga mendorong kuasa Eropah berundur dari Asia. Selepas tahun 1945, pergerakan nasionalis tempatan di kawasan bekas tanah jajahan Asia berkempen untuk mendapatkan kemerdekaan dan tidak kembali kepada pemerintah kolonial Eropah. Dalam banyak kes seperti di Indonesia dan Vietnam, kaum nasionalias ini telah menjadi gerila yang memerangi kemerdekaan dan merayu kepada kerajaan Amerika Syarikat untuk mendapatkan sokongan.

Walaupun, Amerika Syarikat menyokong konsep untuk menentukan nasib negara sendiri ia juga mempunyai hubungan yang kuat dengan sekutunnya iaitu Eropah dan mempunyai tuntutan imperialisme di bekas tanah jajahan. Perang Dingin hanya berfungsi untuk merumitkan kedudukan Amerika Syarikat kerana sokongan Amerika Syarikat untuk dekolonisasi dKeduambangi oleh kebimbangan Amerika terhadap pengembangan komunis dan cita-cita strategik Soviet Union di Eropah. Beberapa sekutu NATO menegaskan bahawa harta daripada tanah kolonial mereka telah memberikan mereka kekuatan ekonomi dan ketenteraan yang sebaliknya akan hilang kepada pakatan.

Hampir semua sekutu Eropah dan Amerika Syarikat percaya bahawa selepas pemulihan mereka dari Perang Dunia Kedua, koloni mereka akhirnya akan menyediakan gabungan bahan mentah dan pasaran terlindung bagi barangan siap yang akan mengukuhkan tanah jajahan ke Eropah. Sebenarnya, ini adalah alternatif untuk membenarkan tanah – tanah jajahan itu hilang mungkin ke dalam bidang ekonomi Amerika Syarikat atau kuasa lain dan tidak menarik kepada setiap kerajaan Eropah yang berminat dalam kestabilan pasca perang.

(10)

memberi mereka kemerdekaan, komunis yang disokong oleh Soviet Union mungkin mendapatkan kuasa daripada negeri-negeri baru.11

Hal ini mungkin berfungsi untuk mengalihkan keseimbangan kuasa antarabangsa yang menyokong Soviet Union dan menghapuskan akses kepada sumber ekonomi dari sekutu Amerika Syarikat. Peristiwa seperti perjuangan Indonesia untuk kemerdekaan dari Belanda 1945-1954 dan pengambilalihan sosialis nasionalis untuk memperkuat ketakutan seperti kerajaan baru tidak langsung mengaitkan diri mereka dengan Soviet Union.

Oleh itu, Amerika Syarikat menggunakan bantuan teknikal dan kadang kala campur tangan ketenteraan untuk menggalakkan negara-negara baru merdeka di Dunia Ketiga untuk mengadaptasi pemerintah yang sejajar dengan Barat. Soviet Union menggerakkan taktik yang sama dalam usaha untuk menggalakkan negara baru untuk menyertai blok komunis dan cuba menyakinkan negara-negara yang baru berpisah bahawa komunisme adalah ideologi ekonomi dan politik yang bukan imperialis secara intrinsik. Kebanyakan negara-negara baru menentang tekanan yang akan dilantik ke dalam Perang Dingin bergabung dalam gerakan yang tidak ditandatangani yang dibentuk secara intrinsik selepas Persidangan Bandung pada tahun 1955 dan memberi tumpuan kepada pembangunan dalaman.

3.0.6 SEMANGAT NASIONALISME

Dengan penubuhan Marshall Plan, Amerika Syarikat telah memberikan peluang kepada negara-negara yang terlibat perang untuk kembali ke tempat asal mereka dengan syarat negara kolonial tersebut melepaskan negara jajahan mereka untuk membangunkan negara mereka sendiri. Ini yang telah terjadi apabila Amerika Syarikat telah memaksa Belanda untuk keluar daripada Indonesia sepenuhnya sekiranya ingin memerlukan bantuan kewangan melalui Marshall Plan. Ini menjadikan Amerika Syarikat sebagai salah sebuah negara berkuasa besar dengan memberikan tentangan terhadap negara-negara kolonial dan sekaligus melancarkan proses dekolonisasi di negara-negara yang terlibat. Pada Pasca Perang Dunia Kedua, semangat untuk menentukan nasib sendiri dari Negara-negara jajahan sangat mendominasi Negara-negara Asia dan Afrika seperti India, Filipina, Turki, dan Mesir. Proses Dekolonisasi Negara-negara Asia dan Afrika kemudian menjadi fenomena yang dominan pada akhir Perang Dunia Kedua.12

Runtuhnya kekuasaan Kolonial di kawasan Asia dan Afrika ini menjadi awal dari berubahnya struktur politik global. Jumlah Negara-negara menjadi berkembang lebih banyak. Tercatat pada pasca Perang Dunia Kedua jumlah Negara mencapai 51 negara, dan saat ini telah mencapai 192 negara. Proses Dekolonisasi ini dipicu oleh adanya gerakan-gerakan Nasionalisme yang berkembang di masing-masing Negara di Asia dan Afrika.

11E.M. Woods. 2005. Empire of Capital. London: Verso. Hlm. 1-26.

(11)

Misalnya semanagt Nasionalisme Filipina yang berlaku pada tahun 1898. Pemberontakan Katipunan dari rakyat Filipina melawan Sepanyol. Pemberontakan ini merupakan awal dari gerakan nasionalisme di Filipina. Dipimpin oleh Jose Rizal yang akhirnya dijatuhi hukuman mati oleh pemerintah Spanyol. Nasionalisme Filipina dilanjutkan oleh pemimpin Emilio Aquinaldo yang berhasil mendirikan Liga Pembebasan Filipina dan pada tanggal 12 Juni 1898 memproklamasikan Republik Filipina Merdeka. Filipina jatuh ke tangan Amerika Syarikat dari tangan Sepanyol. Untuk menyiapkan kemerdekaan Filipina maka Amerika Syarikat mengeluarkan Undang-Undang "The Tydings Mc Duffie Act" pada tahun 1934. Berdasarkan undang-undang ini Filipina mendapat status Commonwealth selama 12 tahun. Sebagai realisasi The Tydings Mc Duffie Act, kemerdekaan Filipina dilaksanakan pada tanggal 4 Julai 1946 dengan presiden pertama Manuel Roxas. 13

3.0.7 KEMENANGAN JEPUN KEATAS RUSIA (1905)

Untuk membuktikan kekuatan ketenteraan Jepun, Korea menjadi negara sasaran pertama Jepun. Kemenangan yang diperoleh Bangsa Jepun, menyebabkan pasukan Jepun meneruskan penjajahan sehingga ke Manchuria. Saat itulah pasukan Jepun berhadapan dengan negara Rusia. Kemenangan Jepun keatas Rusia ini ternyata memberikan impak yang besar terhadap negara-negara di Asia. Negara-negara di Asia mulai bangkit menentang penjajahan Barat. Gerakan Nasionalisme Jepun menjadi motivasi utama bangsa-bangsa lain di Asia-Afrika untuk mendapatkan kemerdekaan.14

Perang Rusia-Jepun telah menyebabkan jatuhnya gelaran antara ‘kuasa besar’ barat yang diberikan terhadap Rusia. Hal ini kerana, kekalahan Rusia telah mendorong kepada timbulnya pendapat baru yang menyatakan bahawa Rusia bukan lagi salah satu ancaman mahupun saingan kepada kuasa-kuasa besar barat yang lain. Antara lain, kekalahan ini juga telah menyebabkan Jepun diangkat sebagai kuasa besar baru di Asia.15 Hal ini demikian

kerana, kemenangan Jepun terhadap Rusia telah menyebabkan Jepun semakin yakin dan bersemangat untuk menjadi kuasa yang lebih besar dan mendominasi Tanah Besar Asia serta meninggalkan pilihan untuk menjadi negara sederhana yang berjaya. Seterusnya, perang ini juga menyebabkan Rusia menanggung malu yang sangat besar dan mula menunjukkan sikap berkecuali daripada persidangan-persidangan antarabangsa.

3.0.8 MUNCULNYA GOLONGAN TERPELAJAR DALAM MASYARAKAT

Golongan cendekiawan muncul akibat perkembangan dan meningkatnya pendidikan. Peningkatan golongan terpelajar tersebut menimbulkan berbagai gerakan yang menentang

13 Thomas Martin (2012). Violence and colonial order. Police, workers and protest in the European colonial empires 1918-1940. Cambridge: Cambridge University Press. Hlm 36-38

14 Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing

Sdn. Bhd. Hlm 171.

(12)

penjajah. Oleh itu, kaum cendekiawan peribumi tersebut menjadi penggerak atau pemimpin pergerakan dalam nasionalisme yang mendorong kepada proses dekolonisasi.

Golongan terpelajar dalam masyarakat pada saat itu termasuk dalam kelompok golongan elit kerana masih terdapat sebahagaian penduduk pribumi yang masih belum memperoleh pendidikan. Kesempatan memperoleh pendidikan merupakan sebuah kesempatan yang istimewa bagi masyarakat yang dijajah. Mereka memperoleh pendidikan melalui sekolah-sekolah yang didirikan kolonial yang memiliki kualiti terbaik. Dengan pendidikan model barat yang mereka miliki, golongan terpelajar dipandang sebagai orang yang memiliki pandangan yang luas sehingga tidak sekadar dikenal saja tetapi mereka dianggap memiliki kepekaan yang tinggi. Sebab selain memperoleh pelajaran di kelas mereka akan membentuk kelompok kecil untuk saling bertukar idea menyatakan pemikiran mereka mengenai pembentukan sesbuah negara melalui perbincangan secara ilmiah sesame mereka. Meskipun mereka berasal daripada daerah dan latarbelakang yang berbeza tetapi mereka merasakan perlu untuk bersatu dalam mengatasi penjajahan, kapitalisme, kemerosotan moral, peneterasi budaya, dan kemiskinan rakyat.

Misalnya seperti di Indonesia, pergerakkan golonngan terpelajar tersebut membentuk persatuan yang kemudiannya menjadi Organisasi Pergerakan Nasional. Mereka membentuk organisasi-organisasi modern yang berwawasan nasional. Mereka berusaha menanamkan pentingnya persatuan dan kesatuan bangsa, menanamkan rasa nasionalisme, menanamkan semangat untuk mengutamakan segalanya demi kepentingan nasional daripada kepentingan peribadi melalui organisasi tersebut. Selanjutnya melalui Organisasi Pergerakan Nasional tersebut mereka melakukan gerakan untuk melawan penjajahan yang selanjutnya membawa Indonesia pada kemerdekaan.16

Oleh yang demikian, Golongan terpelajar didalam masyarakat memiliki peranan yang besar bagi setiap negara yang dijajah. Walaupun golongan terpelajar tersebut lahir secara minoriti namun inilah yang menjadi pelopor pergerakan pembebasan Tanah air dan berjuang melawan penjajah untuk memperoleh kemerdekaan.

4.0 KESIMPULAN

Sejak permulaan abad-20 Negara-Negara di kawasan Asia-Afrika mula bangkit menentang kekuasaan Negara Eropah. Perjungan yang dilakukan oleh Negara-Negara di Asia dan Afrika itu bertujuan untuk mencapai kemerdekaannya agar terbebas dari segala bentuk kekuasaan bangsa asing. Semangat perjuangan ini meningkat dikawasan Asia dan Afrika. Muncul proses Dekolonisasi di yang bermula oleh bangkitnya semangat Nasionalisme dari bangsa-bangsa dikawasan Asia, Kemudian berlakunya proses Dekolonisasi dan munculnya Negara-negara baharu di kawasan Asia Afrika melalui pelbagai bentuk perjuangan yang dilakukan oleh bangsa-bangsa di kawasan Asia dan Afrika.

(13)

RUJUKAN

Abu Talib Ahmad (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Thomson. 2010., An Introduction to African Politics, New York: Routledge.

E.M. Woods. 2005. Empire of Capital. London: Verso.

Ensor A.G.S. 1977. A Subject Bibilography of the Second War: Book in English. London:

André Deutsch.

F Fanon. 2005. The Wretched of the Earth. New York: Grove Press.

I.W. Zartman. 1976. ‘Europe and Africa: Decolonization or Dependency?’, New York: Foreign Affairs. Vol. 54. No.2.

Jan C. Jansen & Jürgen Osterhammel. 2013. Decolonization: A Short History. United Kingdom: Princeton University Press.

Kanya-Forstner, Alexander S. 2000. The war, imperialism, and decolonisation. Connecticut:

Yale University.

K. Mingst. 1980. ‘French Intervention in Africa: Depedency or Decolonization”, London: Africa Today. Vol. 27. No.2.

Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn. Bhd.

Manela Erez. 2007. The Wilsonian moment. Self-determination and the international origins of anticolonial nationalism. New York: Oxford University Press.

Nicholas Tarling. 1998. Cold War. Cambridge University Press.

P. Ekeh. 1975. ‘Colonialism and the Two Publics in Africa: A Theoretical Statement,’

(14)

Sandra Halperin. 2010. Re-Envisioning Global Development: A Horizontal Perspective (Critical Issues in Global Politics). New York: Routledge.

Sugiono Muhadi. 1999. Kritik Antonio Gramsci terhadap Pembangunan Dunia Ketiga. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

Referensi

Dokumen terkait

Justeru, strategi pengajaran berpusatkan pelajar menerusi aktiviti pembelajaran berasaskan masalah atau PBM merupakan salah satu aktiviti P&P yang boleh diaplikasikan

Hal ini sesuai dengan hasil penelitian yang dilakukan bahwa pengetahuan higiene perseorangan di SDN Margorejo 02 baik karena SDN Margorejo 02 merupakan sekolah dasar yang

Praktik Pengalaman Lapangan (PPL) adalah semua kegiatan kurikuler yang harus dilakukan oleh mahasiswa praktikan, sebagai pelatihan untuk menerapkan teori yang

Pada penelitian ini pengukuran kepuasan kerja Job Describtion Index (IDI) yang dibuat oleh Smith, Kendall dan Hulin (1969). Kepuasan kerja terdiri dari 5 aspek yaitu: promosi,

Jurnal ini fokus membahas dua permasalahan mengenai urgensi reformulasi Pasal 7 ayat (2) huruf (a) Undang-Undang Nomor 11 Tahun 2012 tentang Sistem Peradilan

2. Kongres Pemuda Kedua adalah kongres pergerakan pemuda Indonesia yang melahirkan keputusan yang memuat ikrar untuk mewujudkan cita-cita berdirinya negara Indonesia, yang

belum terpilih sebagai best node. Dengan demikian, penelusuran belum dihentikan dan proses backtracking menghasilkan rute tercepat S-A-B-E-G dengan total waktu tempuh

Disahkan dalam rapat Pleno PPS tanggal 26 Februari 2013 PANITIA PEMUNGUTAN SUARA. Nama