• Tidak ada hasil yang ditemukan

Isu Gender dalam Drama di Filem Persoala

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Isu Gender dalam Drama di Filem Persoala"

Copied!
66
0
0

Teks penuh

(1)

Isu Gender dalam Drama di Filem:

Persoalan terhadap Pemaparan Imej, Peranan dan Kedudukannya dalam Seni Persembahan Filem Cereka ‘Malay’[sia]

Oleh

Nor Shuradi b. Nor Hashim

(2)

Pengenalan

Semua manusia yang dikagumi di dunia ini dinilai dan dilihat kebolehannya

dalam sesuatu bidang. Pelukis dikagumi atas bakatnya dalam senilukis, Penari dikagumi

atas bakatnya dalam senitari, Sasterawan dihormati atas bakatnya dalam bidang sastera

dan Pelakon dikagumi atas kebolehannya dalam melakonkan sesebuah watak yang

didukunginya. Pelakon adalah antara elemen-elemen drama yang dipertanggungjawabkan

untuk menokoh tambah dan mempercantikkan segalanya hingga watak terpancar melalui

personaliti dan penampilan fizikal mereka. Seorang pelakon [Rahmah Bujang; 1994:33]

ialah manusia yang meniru kebenaran untuk tujuan melahirkan semula secara

perlambangan. Walaupun mendapat segala bantuan dari berbagai aspek, tanggungjawab

yang berat masih terpikul di atas bahu seorang pelakon tersebut. Pelakon adalah

bahanantaranya. Melalui suara dan tubuh pelakon tersebut, pengarah bercakap dengan

penonton [Abdul Samad Salleh;1996:84 dalam Norzizi Zulkefli 2002:4]. Lakonan

muncul melalui peniruan manusia terhadap segala yang dekat dengan diri mereka iaitu

alam, binatang dan manusia itu sendiri. Dapat diperkatakan, dari awal lagi manusia telah

menyamar menjadi unsur lain maka lakonan sememangnya adalah peniruan dari alam

semesta. Sehubungan dengan itu pelakon yang ingin melakonkan watak-watak manusia

yang didalam ruang persembahan itu, perlu menggunakan tubuhbadan dan suara mereka

sebagai medium perantaraan pengarah dengan penontonnya. Dalam erti kata mudah,

pelakon berlakon untuk menjadi orang lain. Bagi merealisasikannya, pelakon perlu

menggunakan objek [tubuh dan suara]sebagai medium untuk mereka bercerita. Maka, untuk itu ianya menuntut beberapa tanggungjawab yang besar lagi berat dengan

(3)

movement acting secara estetik dalam ruang penceritaan tersebut. Menurut Synder

[1979:13] berlakon melibatkan manusia dan keseluruhan kemanusiaannya seseorang

pelakon perlu menggunakan tubuhnya, mindanya, suaranya malah kekuatan dirinya

sehingga menghasilkan apa yang penonton temui watak yang hidup di dalam rangka struktur drama tersebut.

Melalui doctrine of forms oleh Plato[428-348S.M], pelakon dianggap melakukan

proses mimesis dari aksi-aksi manusia disekelilingnya melalui medium lakon. Plato juga

telah menyatakan bahawa [Hamidah Abdul Hamid.1995:47] seni adalah satu kegiatan

peniruan. Pelukis atau penyair menurut Plato juga, telah meniru rupabentuk objek-objek

tertentu yang merupakan tiruan bentuk-bentuk tipa induk yang abadi. Menurut

Novak[1985:10] menyatakan drama yang dipentaskan boleh dipecahkan kepada tiga jenis

yang dikenalpasti sebagai drama tragedi, komedi dan satyr. Stail lakonan yang

dipamerkan pula disifatkan oleh penulis barat sebagai stail klasik dan bersifat

presentational. Berpandukan kepada teori Aristolte, seni bentuk [artform] drama adalah

berlandaskan idea imitasi dari aksi-aksi manusia1. Imitasi terhadap aksi-aksi manusia

adalah terdiri daripada golongan worthwhile [orang atasan] dan golongan worthless

[orang bawahan]. Melaluinya timbul drama tragedi yang mengimitasikan aksi-aksi

manusia yang terdiri daripada kalangan para orang atasan, para raja, para dewa, para

perwira manakala cetusan drama komedi pula terdiri daripada golongan bawahan yang

watak-watak mereka telah dikomedikan. Dalam ini juga, berpandukan kepada unsur

estetika dalam drama oleh Aristolte [384-322 S.M]2, ianya jelas menunjukkan bahawa

1 Kesimpulan kenyataan tersebut berlandaskan penerangan kuliah syarahan ‘Teori Seni Persembahan’ [Jan-Mac

2004] dibawah pensyarah kursus Dr. Ghulam Sarwar.

2 Kesimpulan kenyataan tersebut berlandaskan penerangan kuliah syarahan ‘Estetika Seni Persembahan’ [Jan-Mac

(4)

penonton yang menonton tragedi kerana mereka mahu menonton lakonan tragedi tersebut. Penonton akan mendapat nikmat daripada aktiviti penontonan ini. Penonton

berasa lega daripada kedukaan dan kehampaan setelah meihat kedukaan dan kehampaan

dipentaskan [proses katarsis]. Boleh diperkatakan bahawa seni persembahan drama

adalah satu medium yang mempunyai sesuatu tujuan atau matlamat. Selain berfungsi

sebagai unsur terapi yang berkesan, ia mampu bertindak sebagai medium komunikasi

yang berfungsi sebagai pendidik dan penghibur.

Dalam pada itu, berdasarkan istilah drama di dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga

telah mentakrifkan drama bermaksud karya yang dipersembahkan oleh pelakon di atas

pentas, televisyen, radio, filem dan sebagainya. Hasil kemunculan penjajah barat seperti

pemerintahan Kerajaan British di Tanah Melayu menyebabkan bentuk drama pentas

secara tradisional telah menular ke arah bentuk drama moden terutama melalui

kemasukan kaum imigran oleh pemerintahan Inggeris pada masa itu. Pada tahun 1885,

sebuah kumpulan teater bangsawan telah muncul bernama Pusyi Indera Bangsawan of

Penang yang mana akhirnya membawa lembaran baru terhadap perkembangan drama

Melayu melalui peralihan drama bangsawan ke dalam dunia perfileman di Tanah Melayu.

Dari drama-drama di teater bangsawan, terbit pula pementasan drama ‘Malay’[sia]

moden yang menawarkan pelbagai isu dan tema persoalan realiti manusia ke dalam

ruang ‘fourth-wall’ pentas tersebut. Pada paparan skrin pula, [Syed Halim Syed Nong.

1988:85-91] penerbitan awal drama tv diselenggarakan di studio sementara televisyen

Malaysia, iaitu di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Beliau

(5)

daripada bercorakkan realistik. Gambaran-gambaran permasalahan dan jalan cerita

adalah realistik atau paling tidak mempunyai asas realisme. Untuk mencapai matlamat

menghibur sambil memberitahu dan mendidik, drama tv perlu mengambil kira

keragaman penontonnya. Oleh kerana penonton adalah dari pelbagai masyarakat, drama

tv terpaksa bersifat naturalistik dan realistik supaya dapat diterima oleh sebahagian besar

penonton. Beliau menambahkan imej yang dipancarkan melalui kaca televisyen adalah

imej yang bersandarkan kepada realiti yakni kepada keadaan yang sedia dikenali

penonton. Begitu juga dengan watak dan perwatakan, kesemuanya ini harus dapat

diterima oleh penonton sebagai wujud atau ‘berkemungkinan wujud’.

Perkembangan industri filem yang bermula awal tahun 1930an, drama-drama

yang diterbitkan ke dalam medium seni filem sehingga kini telahpun memaparkan

imej-imej dan gambaran penghidupan manusia yang pelbagai. Melalui penghasilan

drama-drama yang menggunakan seni filem sebagai media komunikasinya, seseorang pengkarya

serta pelakon itu pasti berusaha merekabentuk atau melakonkan watak-watak manusia

sebaik mungkin. Ini kerana garapan imej-imej manusia [gender] melalui watak dan

perwatakan mereka sudah pasti mempunyai peranan yang mampu menarik perhatian

emosi serta perasaan penonton dalam menghayati perjalanan kehidupan manusia di

dalam ruang dramatasi tersebut.

Dalam pada itu, drama cereka3 filem ‘Malay’4[sia] bermaksud drama-drama kreatif

yang memiliki cerita yang diklafisikasikan kepada 11 kategori berdasarkan tema-tema

3 Hamzah Hussain. Wartawan dan Tokoh Perfileman. Temubual pada 18 Ogos 2002. Pejabat Pentadbiran FINAS.

Ulukelang. Selangor.

4 Dalam kertas kerja ini ‘Malay’ dikutip dari istilah bahasa Inggeris yang bermaksud ‘Melayu’ yakni

(6)

tertentu iaitu drama muzikal, drama hikayat, drama komedi, drama propaganda, drama

bangsawan, drama perang, drama seram, drama sejarah, drama detektif, drama

pengembaraan dan drama kisah masyarakat. Di dalamnya terdapat pengisian naratif

tentang masyarakat Melayu Malaysia [dominan] yang mencernakan tema dan persoalan

kehidupan mereka, sambil disaluti dengan penampilan sinematiknya dengan pemaparan

imej-imej watak lelaki dan watak wanita [terdiri dari pelbagai lapisan usia, peranan,

kedudukan] yang berlatarbelakangkan masyarakat ‘Malay’[sia]5.

Ringkasnya penerbitan filem-filem cereka ‘Malay’[sia] yang ‘mendramakan’

kehidupan para watak manusia di dalam ruang ke ruang bingkai filem, seseorang

pembikin baik dari pengarah, pelakon, pengarah artistik, pengarah lakon layar dan

relevan pasti memaparkan imej-imej maskulin dan feminin sehingga ianya mempunyai

persamaan dengan kehidupan manusia secara realiti. Menurut Radolph Arnheim

[1976:27] menyatakan ‘filem tidak boleh dianggap sebagai satu karya seni selagi ia tidak

memaparkan kebenaran’ jelas menunjukkan sikap tanggungjawab para pembikin filem

untuk mengadaptasikan imej-imej manusia pada ‘kedudukan’ dan ‘pemaparan’ yang

sewajarnya.

Imej dan Gender: Hubungkaitnya dengan peranan Filem sebagai wahana Komunikasi Massa

5 Dalam kertaskerja ini filem cereka ‘Malaysia’ merujuk kepada filem-filem Melayu Malaysia yang mengadaptasikan

(7)

Among the various channels of communication with rhetorical functions,

film is the most comprehensive medium. Not only does it use audio

facilities but it also makes good use of visual images that are in motion to

complement narratives, plot, characters and characterizations, and

dialogues. This basic characteristic of film enables it to synchronize sound

with picture and motions thereby creating a ‘live’ event. The ‘moving

pictures’ [Bordwell&Thompson,1986;193] are created in our sences

through the interaction of the technology and mechanism with our

physiological and psychological processes. 6

Filem adalah satu bidang seni persembahan visual yang bersumberkan hiburan,

pengetahuan dan pendidikan yang mana turut menyampaikan mesej-mesej tertentu

melalui penampilan imej-imejnya kepada penonton samada dalam bentuk yang

menghiburkan, menyeronokkan, menghibakan, mencemaskan, mencabar minda atau juga

‘hanya bentuk’ bahan tontonan sahaja. Perihal ini jelas menunjukkan fungsi seni filem

bertindak sebagai medium komunikasi massa dalam memaparkan imej imbasan

kehidupan bangsanya, memprovokasi minda khalayak ke arah perspektif baru serta

menyampaikan sesuatu mesej kritis kepada khalayaknya. Apabila khalayak memahami

mesej yang disampaikan menerusi imej-imej tertera pada ruang visual filem tersebut

secara tidak langsung khalayak telahpun berkomunikasi dengan para pembikin filem

tersebut. Oleh itu karya-karya seni filem juga mempunyai kaitan rapat dengan para

pengkaryanya yang mengadaptasikan sesebuah skrip ke dalam bentuk persembahan

filem. Para pengkarya mengharapkan sesebuah filem tersebut dapat dikongsi bersama

(8)

untuk dihayati, dimengertikan serta diaspresiasikan segala macam imej-imej kehidupan7

yang terpancar melalui elemen misc-en-scene filem tersebut bersama-sama khalayaknya.

Ini menunjukkan filem merupakan suatu bentuk komunikasi pembikin filem dengan

penontonnya, yakni melalui pengisian mesej-mesej serta penampilan imej-imej manusia

secara kritis yang dibina untuk diinterpretasikan. Tugas dan tanggungjawab penonton

adalah menyaksikan, mengamati, menghayati dan memahami proses komunikasi lalu

mencernakan wahana filem itu namun tertakluk kepada ilmu pengetahuan, pengalaman

hidup serta sudut-pandang yang tersendiri.

“ The act of seeing a film takes place in the mind. The twenty-four people

mentioned saw the film, but they all perceived and understood the film in

their individual minds”. 8

Sejajar dengan itu, dalam membicarakan hubungan di antara filem dan penonton,

antara aspek yang pasti tidak dapat diperelakkan adalah mengenai maklumbalas atau

kritikan yang bakal diperkatakan oleh mereka yang mempunyai pelbagai perspektif dan

interpretasi yang tersendiri. Ini penting kerana filem bukan hanya berpaksikan kepada

unsur hiburan dan pengajaran semata-mata malahan berupaya membina sesuatu

kebenaran dalam masyarakatnya. Selain menonton filem ianya [penonton] juga

merupakan proses berfikir yang mana minda samada menolak atau menerima imej-imej

7 Menurut pandangan Syed Halim Syed Nong [1988:7-8] mengenai perkembangan dan peranan drama televisyen di

Malaysia telah mentafsirkan bahawa, drama adalah peniruan kepada manusia dan gerak-lakunya. Drama juga adalah cerminan kehidupan. Sesebuah drama juga boleh ditafsikan sebagai satu refleksi atau imbasan kehidupan. Ianya menggunakan elemen yang sama; lelaki, wanita, kanak-kanak, gerak-geri dan kata-kata; cahaya dan kegelapan; bunyi dan kesunyian. Pelakon-pelakon menampakkan kebosanan, kegembiraan, keletihan, keresahan, kecuaian dan lain-lain lagi yang menyerupai perilakuan harian manusia biasa.

8 Johnson, Ron & Jon. Understanding the film: An Introduction to Film Apreciation. Lincolnwood. National Textbook

(9)

yang dipaparkan berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan alasan logik yang tersendiri.

Apa yang pasti penerimaan dan penolakan imej-imej yang ditonton bermula daripada

gerak fikir penonton tersebut. Bagaimana penonton mengolah dan mengadaptasikan

maklumat yang diperolehi bergantung kepada kebijaksanaan pemikiran penonton pada

ketika itu. Pendekata berasaskan kepada keupayaan manusia memiliki ilmu dan

membuka ruang perbincangan, selagi itu saya percaya pembikin filem perlu merebut

‘ruang’ mencari ‘cause and effect’ naratif drama manakala penonton pula terus berfikir

secara kritis mencerna maklumat terhadap imej-imej yang ‘ditokoktambah’9

pemaparannya oleh para pembikin filem tersebut. Maksud istilah ‘ditokohtambah’ yang

dipergunakan dalam perbincangan ini adalah didasari dengan pemahaman aliran

formalisme yang mengganggap gambaran lakonlayar melalui tontonan di layar perak

adalah merupakan pemaparan imej-imej kehidupan manusia yang terhasil melalui

gabungan seni dan realiti dalam persembahan filem. Melalui proses formalistik inilah

saya percaya kehidupan manusia baik kaum lelaki mahupun kaum wanita di dalam ruang

filem tersebut telah disaluti dengan permainan seni [terutama dari segi lakonlayarnya] sehingga imej-imej watak yang ‘ditokoktambah’ dari pelbagai sudut pandang [gaze] oleh

para pembikin yang dianggap mereka menepati ciri-ciri kehidupan manusia secara realiti.

Sejajar dengan itu, penulis berpendapat filem juga merupakan suatu medium

komunikasi atau terjemahan idea kreativiti bagi satu konsep idea ke dalam bentuk imej

9 Menurut Fuziah Kartini Hassan Basri & Faridah Ibrahim[2004:11] berpendapat bahawa seni filem adalah

(10)

atau visual. Apabila kita sebagai penonton memahami mesej dan imej yang disampaikan

serta dipaparkan menerusi filem secara tidak langsung kita telah berkomunikasi melalui

hasil imiginasi kreativiti pengkarya atau pembikin filem tersebut. Ringkasnya seseorang

pengkarya filem berusaha menwujudkan kesempurnaan karyanya yang berupaya

memberi keyakinan dan menyentuh emosi penonton. Sekiranya perihal tersebut berlaku

ianya menunjukkan kebijaksanaan pengkarya filem dalam menyampaikan mesej-mesej

naratif penceritaan serta kejayaannya dalam menampilkan kehidupan manusia yakni

bertautan dengan imej-imej gender [baik bagi kehidupan para watak lelaki dan citra para watak wanita ] kepada penonton dengan cara yang amat berkesan.

Sementara itu, di dalam kamus Oxford Advanced Lerner’s,10 istilah gender

dimengertikan sebagai pergolongan kata nama atau ganti nama sebagai maskulin atau

feminin. Pengertian gender menurut kamus ini juga merujuk kepada penggolongan

jantina [sexual classcification]; seks [sex] jantina laki-laki atau jantan dan perempuan

atau betina. Menurut pandangan dari Susan A. Basow [1992:27]11 mengatakan perkataan

seks merupakan terma biologi yang memisahkan manusia kepada golongan lelaki

dengan golongan wanita melalui perbezaan sudut organ seks dan faktor gen yang wujud

di antara mereka . Berbeza pula dengan perkataan gender atau jantina yang merupakan

terma psikologikal dan budaya, iaitu merujuk kepada perbezaan ciri, sifat dan

tingkahlaku yang subjektif di antara trait kelelakian seorang lelaki dengan trait

10.S Horby.Penterjemahan Asmah Hj. Omar. ‘Oxford Fajar: Advanced Leaner’s English-Malay Dictionary’. Penerbit

Fajar Bakti. Shah Alam. 2000. mls 914.

11 Susan A. Basow. Gender Stereotype and roles.[third edition].Brooks/Cole Publication Pasific Grove. California.

(11)

keperempuanan seorang perempuan. Pandangan Nasarudin Umar12 mengenai perbezaan

antara istilah seks dan gender menjelaskan;

Istilah sex (dalam kamus bahasa Indonesia juga berarti "jenis kelamin")

lebih banyak berkonsentrasi kepada aspek biologi seseorang, meliputi

perbedaan komposisi kimia dan hormon dalam tubuh, anatomi fisik,

reproduksi, dan karakteristik biologis lainnya. Sedangkan gender lebih

banyak berkonsentrasi kepada aspek sosial, budaya, psikologis, dan

aspek-aspek non biologis lainnya. Studi gender lebih menekankan pada aspek-aspek

maskulinitas (masculinity) atau feminitas (femininity) seseorang. Berbeda

dengan studi sex yang lebih menekankan kepada aspek anatomi biologi

dan komposisi kimia dalam tubuh laki-laki (maleness) dan perempuan

(femaleness). Proses pertumbuhan anak (child) menjadi seorang laki-laki

(being a man) atau menjadi seorang perempuan (being a woman), lebih

banyak digunakan istilah gender daripada istilah sex. Istilah sex

umumnya digunakan untuk merujuk kepada persoalan reproduksi dan

aktivitas seksual (love-making activities), selebihnya digunakan istilah

gender.

Berpandukan kepada beberapa pandangan para sarjana, dapat dimengertikan

gender adalah perbezaan jelas antara laki-laki dan perempuan yang dapat diukur melalui

tingkahlaku dan nilai sifatnya. Saya menyimpulkan perkataan gender adalah sebuah

konsep psikologi yang merujuk kepada identiti jantina yang diperolehi secara budaya. Ini

12 Nasaruddin Umar.’Perpekstif Jender dalam Islam’.19 September 2004

(12)

bermakna, gender tidak diukur pada perbezaan antara sifat lelaki dengan sifat kaum

wanita oleh faktor biologikal ataupun sudut karektoristik fizikalnya tetapi ianya lebih

berdasarkan oleh faktor pengaruh budaya ataupun sistem sosial budaya. Pengunaan

istilah gender juga biasanya dipergunakan bagi menunjukkan pembahagian tugas

[aktiviti] yang bertepatan dengan peranan seks [sex-roles] seorang laki-laki dengan

seorang wanita. Ringkasnya melalui kajian-kajian secara empirikal terutama dari

golongan sarjana barat mengenai sifat lelaki, wanita serta penghidupannya, hasil kajian

didapati telah menunjukkan pandangan stereotaip mengenai perbezaan peranan seks pada

trait- trait wanita yang banyak mempergaruhi penguasaan lelaki secara patriakal13 di

dalam sesebuah komuniti. Saya mendapati ahli–ahli sains sosial mendefinasikan

stereotaip peranan jantina [sex role–stereotypes] sebagai pandangan dan kepercayaan tentang peribadi sesuatu kumpulan itu yang dipupuk secara budaya. Mereka percaya satu

unsur pemikiran secara turun–temurun telah wujud di dalam diri manusia yang

menganggap bahawa segala peranan dan geraklaku seseorang itu mempunyai ketetapan

tersendiri ekoran perbezaan yang terdapat melalui ciri–ciri dan sifat–sifat pada kaum

lelaki dan wanita.

Dalam pada itu melalui pandangan dari Dr Azizah Kassim14 mengenai

pengstereotaipan pembahagian tugas gender, jelas menunjukkan proses sosialisasi

13 Melalui pandangan para sarjana, saya mendapati ada bukti secara historikal yang memandang patriaki sebagai ciri

sistem untuk mendominasikan kedudukan lelaki dengan cara mensurbordinatkan kedudukan wanita itu sendiri. Patriaki telah meletakkan wanita di bawah penguasaan lelaki atau melakukan wanita sebagai lelaki yang ‘inferior’. Kuasa dijalankan secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan biasa dan rumahtangga untuk membatasi wanita. Saya juga melihat meskipun ada kemajuan demokrasi, wanita masih dikuasai oleh sistem peranan mengikut jantina yang stereotaip yang dialami oleh mereka sejak kecil.

14 Dr. Azizah Kassim. Wanita dan Masyarakat. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

(13)

dianggap salah satu punca kepada pandangan–pandangan mengenai perbezaan peranan

seks yang berlaku di kalangan masyarakat sekeliling . Beliau menyatakan [1985:13-47]

Melalui proses stereotaip seks, telah menjelaskan bahawa proses

sosialisasi ialah proses pembelajaran formal dan tidak formal yang dialami

oleh semua individu dari kecil sampai ketua. Melalui proses ini, individu

yang menyerap ke dalam otaknya semua nilai-nilai yang ada dalam

masyarakat; dan dari sini terbentuklah pendapat dan buah fikirannya

[. . . .]. Proses ini dapat diperhatikan dirumah melalui tingkahlaku

orang-orang dewasa khasnya ibubapa semasa berinteraksi dengan kanak-kanak.

Bila anak lelaki mahu membantu ibu tugas-tugas didapur, ibu cepat-cepat

menghalau keluar dengan alasan itu bukan kerjanya. Akhirnya bahan

bacaan ini akan menanamkan kepada anak tentang perbezaan antara

bidang tugas dan kerja. Akhirnya proses sosialisasi ini, masyarakat telah

dikumpulkan kategori dan ciri-ciri berkaitan dengan ciri diri

masing-masing[. . . ]. Kadang-kadang ciri-ciri ini digeneralisasikan berdasarkan

pengalaman langsung dan ada masanya pula tanggapan ini adalah

berdasarkan pengalaman langsung dan ada masanya pula tanggapan ini

adalah berdasarkan maklumat yang diperturunkan oleh kebudayaan[. . . .].

Implikasinya timbul pandangan bias dan stereotaip dari masyarakat

khususnya kaum lelaki yang beranggapan trait-trait mereka lebih dominan

(14)

Sekiranya dikajisemula15, pandangan stereotaip seks telah wujud daripada zaman

kanak –kanak lagi dimana seorang kanak-kanak lelaki sering diberikan permainan seperti

bola , kereta mainan dan pistol sementara kanak–kanak perempuan pula akan diberikan

anak patung dan barang–barang kemas tiruan untuk bermain. Begitu juga dengan

warna-warna pakaian yang lebih garang dan terang seperti biru, merah, kuning, hijau adalah

sinonim untuk lelaki serta warna-warna lembut merah jambu dan corak bunga-bunga pula

untuk perempuan sahaja. Penulis berpendapat tidak harianlah pandangan–pandangan

sebegini telah bersemi kuat ke dalam ingatan dan jiwa manusia dari kecil sehingga

dewasa di dalam kehidupan mereka. Dan sekiranya kanak-kanak lelaki ini memainkan

permainan-permainan atau corak-corak pakaian yang dipersepsikan sebagai kepunyaan

trait perempuan, masyarakat sekeliling terutama rakan-rakan akan mempertawakan atau

dihukum dengan ejekan atau merendahkan sifat kelakian mereka.

Secara ringkasnya, sistem bersifat kuasa bapa atau lelaki telah wujud apabila

ekspektasi stereotaip yang berbau gender telah tertanam di dalam naluri lelaki dan wanita

semenjak dari zaman pra sejarah lagi. Ia bermula apabila kaum lelaki dilihat di dalam

hierarki sebagai mempunyai kedudukan yang berkuasa dan berpengaruh. Sehubungan

dengan itu, kaum lelaki dipandang tinggi serta dihormati atau didengar manakala kaum

wanita berada dikedudukan bawah serta dikehendaki menurut kata orang lelaki.

Kedudukan yang istimewa ini memberi ruang yang luas kepada kaum lelaki untuk

mengawal maklumat dan sumber maklumat serta proses pembuatan keputusan dan

15 kajisemula adalah bermaksud pengingati kembali pengalaman masa silam saya dan kaitannya proses sosialisasi ini

(15)

keputusan yang dicapainya Dalam pada itu kaum wanita di dalam sesebuah komuniti itu

pula, pandangan mereka hanyalah berfungsi sebagai surbordinat kaum lelaki secara

sosial, politikal dan ekonomikal sahaja. Implikasinya, atas pengaruh sosialisasi yang

kuat mengenai tingkahlaku lelaki dan perempuan yang dianggap mereka amat berbeza,

akhirnya masyarakat lebih menghargai dan memandang tinggi tingkahlaku yang bersifat

kelakian ekoran anggapan terhadap trait-trait kedominannya. Implikasi terhadap pola

pemikiran tersebut akhirnya telah mencetuskan satu konfliks gender dimana

pengstereotaipan peranan jantina telah jelas membantu penguasaan pada status dan

kedudukan lelaki di pelbagai bidang dan institusi yang dipraktikkan secara sistematik.

Manakala kaum wanita pula mempunyai persepsi bersifat tipikal dari masyarakat sebagai

makhluk yang 16tidak agresif, tidak suka langsung pada bahaya serta kembara, tidak

yakin langsung pada diri sendiri, sangat teransang dalam krisis yang kecil, sangat suka

pada suasana rumah, sangat suka bergantung pada orang lain, sangat riak dengan

perawakan dan mudah teruja.

Dalam pada itu, konsep imej menurut kamus Oxford Advanced Lerner’s17 pula

menerangkan imej merupakan gambaran yang meliputi mental, idea atau impressi tentang

seseorang, filem atau produk yang digambarkan oleh orang lain. Imej di dalam kamus ini

juga membawa maksud reputasi. Pengertian konsep imej dalam Kamus

Dewan[1981:449] bermaksud gambaran atau tiruan bentuk yang menyerupai sesuatu. Ia

juga bermaksud gambar atau bahan yang telah dicetak, disalin, ditayang atau ditunjuk.

Imej juga membawa pengertian tentang keperibadian atau watak seseorang atau sesuatu

16 Sila rujuk Jadual A: mengenai trait stereotaip bagi lelaki berbanding perempuan. Jack Nicholson. “Men and

Women. How different are they?”. Oxford Universiti Press.1984.

17 A.S Horby.Penterjemahan Asmah Hj. Omar. ‘Oxford Fajar: Advanced Leaner’s English-Malay Dictionary’. Penerbit

(16)

sebagaimana yang terpapar pada pandangan atau tanggapan orang atau pihak lain. Secara

sainstifik, kamus ini mentakrifkan imej merupakan objek atau pemandangan yang

dirakamkan oleh sensor secara optik, elektro-optik, mekanik-optik atau elektronik.

Menurut Robison dan Barlow[1959] dalam petikan penyelidikan ilmiah Mustafa

Ben[1987:8]18, imej adalah satu gambaran mental terhadap sesuatu yang sebenarnya tidak

dapat dikesani oleh pancaindera, pengolahan semula atau peniruan pengalaman, ataupun

pengalaman beserta dengan perasaan, gambaran semula dalam ingatan atau imiginasi

mengenai hasil-hasil pancaindera, sebagai satu imejan yang visual, boleh dipegang dan

didengar, satu gambaran yang dikikis oleh pemikiran, satu pengkonsepan, satu idea.

Melalui tinjauan ini, dapat dimengertikan pemaparan imej adalah satu gambaran,

cerminan dan tayangan yang bukan sahaja ditujukan kepada tanda-tanda visual tetapi

juga merupakan satu konfigurasi yang kompleks daripada visual, lisan atau tanda-tanda

yang didengari sewaktu proses ini berhadapan dengan pemberi berserta dengan

penerimanya. Imej juga adalah persepsi khalayak terhadap objek, idea dan konsep.

Khayalak mempersepsikan tanda-tanda visual dan juga lisan. Persepsi pula terbentuk

dari pengetahuan, penilaian dan sikap kita terhadap sesuatu objek, idea dan konsep.

Ringkasnya, pemaparan imej di dalam filem adalah tindakan pengkarya mempotreykan

kehidupan imej gender dari segi sikap, tingkahlaku, hubungan kemasyarakatan dan

lain-lain yang berkaitan dengan sifat peribadi mereka. Melalui penerbitan filem-filem cereka

Malay’[sia] inilah imej-imej gender akan ditampilkan bagi mewakili watak dan

perwatakan manusia serta berperanan sebagai perantara antara pengarah dan penonton.

18 Mustafa Ben. Pemaparan imej remaja dalam Azura: satu analisis kandungan dengan ciri-ciri psikologi dan sosiologi

(17)

Sehubungan itu, sentuhan kreativiti pengarah bersama-sama penghayatan permainan

watak-watak oleh para pelakonnya perlu dilahirkan sehingga mereka berupaya

memaparkan imej-imej manusia secara jujur dan benar. Ini kerana watak–watak yang

terkandung di dalam bingkai ruang filem itu dianggap sebagai idiom-idiom gender yang

perlu dipaparkan secara positif, agar penonton yang menyaksikan imej tersebut mendapat

pengajaran atau tauladan daripada peristiwanya. Pendekata, implikasi terhadap imej-imej

watak yang diidolakan oleh para penonton melalui paparan filem itu bakal mencetuskan

satu anjakan paradigma terhadap diri individu itu sehingga bertindak ke arah yang lebih

positif ke dalam kehidupan mereka seterusnya. Sejajar dengan itu, tinjauan mengenai

imej gender di dalam filem perlu diberi perhatian kerana ianya dapat menilai dan

menganalisa pemaparan yang telah ditampilkan oleh para karyawan samada menepati

kehidupan manusia secara realiti atau berbentuk stereotaip semata-mata. Dalam hal ini,

tinjauan terhadap pemaparan imej kaum lelaki dan kaum wanita [meliputi pelbagai

lapisan usia] adalah antara salah satu langkah yang difikirkan amat sesuai bagi melihat

akan peranan dan fungsi kedudukan mereka di dalam sesebuah penerbitan filem cereka

melayu Malaysia. Sebagai manusia yang dianggap mempunyai trait-trait yang bersifat

superior dan dominan serta juga anggapan stereotaipan peranan wanita yang lebih

berbentuk surbodinat, peninjauan mengenai pemaparan imej kaum lelaki dan kaum

wanita [gender film studies] di dalam filem cereka melayu Malaysia dapat dijadikan

ujian untuk meninjau dan menilai samada garapan imej gender tersebut telah atau tidak

diletakkan pada tempat yang sewajarnya. Ianya juga penting bagi memastikan peranan

dan kedudukan imej gender tersebut jelas dipaparkan memenuhi matlamat serta

(18)

imej gender di dalam filem-filem melayu tempatan amat penting dalam usaha untuk

memahami dan mengetahui adakah garapan pada watak-watak ini masih lagi bersifat

tipikal atau telah menjelmakan satu wajah yang lebih rasional yakni bersesuaian dengan

perkembangan dunia sekarang. Filem-filem tempatan juga memerlukan pengkhususan

kajian secara menyeluruh bagi melihat dan menganalisa gambaran-gambaran visual yang

telah dipotreykan kepada para penonton selama ini. Ini kerana wahana drama filem

yang dihasilkan telah memberikan satu refleksi sosial mengenai imbasan sesebuah

masyarakat yang diwakilinya sehingga dapat dikongsi bersama melalui proses

komunikasi massa ke minda khalayak yang terdiri dari masyarakat kontemporari serta

bersifat heterogenues. Melalui pengisian mesej dan penampilan imej yang kreatif serta

kritis, filem cereka Malay[sia] bukan hanya memberi ruang kepada khalayak mengenali

pemikiran, kepercayaan agama, budaya hidup, politik, ekonomi dan pendidikan

masyarakatnya malah dapat mengenali dengan lebih dekat lagi kaum adam dan kaum

hawa serta kaitan dengan penghidupan mereka di layar tersebut.

Secara kesimpulannya, sekiranya wahana filem ini memberikan satu jalinan

komunikasi massa yang jelas menterjemahkan imej mereka [gender] secara stereotaip

atau berbeza dengan kehendak realiti, mereka tahu sejauhmanakah persepsi masyarakat

terhadap kreadibiliti peranan dan keupayaan sifat sebenar mereka. Bagi pihak yang

melaksanakan Dasar Wanita Negara, pemaparan imej lelaki secara konservatif akan

membantutkan usaha perjuangan mereka ekoran pemaparan yang sedemikian

menguatkan lagi tanggapan asal masyarakat tentang kedominan kaum lelaki. Bagi

(19)

positif [terdiri dari pelbagai budaya, agama dan lapisan umur], saya berpendapat ianya

mampu mencetuskan satu pengaruh atau perubahan baru terhadap peranan serta

kedudukan imej gender dan hubungkait dengan kehidupan manusia di alam realiti.

Menurut Fred J. Jeyes dalam Steve Craig[1992:9]19 yang mengkaji tentang

imej-imej lelaki dalam medium filem telah menjelaskan bahawa kajian

media secara empirikal mengenai pemaparan imej lelaki dan sifat

kelakiannya telah menyuntik satu rancangan baru bagi pembikin filem

untuk menghasilkan imej lelaki yang lebih bersifat kontemporari yakni

bersesuaian dengan proses peredaran masa manusia. Beliau menambahkan

lagi bahawa proses pengkajian empirikal mengenai lelaki dalam media

akan membuka cabaran baru untuk pengkaji media menghasilkan

pembaharuan area kajian lelaki serta menyelamatkan salah satu jalan

penting yang kita kenali sebagai melakonkan watak lelaki ke dunia realiti.

Kaum Lelaki dan Wanita Melayu: Kedudukan dan Peranan Dalam Masyarakat Malay’[sia] serta kaitannya mengikut Perspektif Islam.

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada kurun ke 7 dan 8 masihi oleh kaum

pendagang Islam, telah menyebabkan kaum Melayu di Tanah Melayu telah memeluk

(20)

agama Islam. Aspek agama memainkan peranan penting dalam pembentukan tamaddun

dan masyarakat yang berbilang. Melalui pandangan saya, Islam telah mengariskan

bahawa Allah S.W.T telah menetapkan bahawa alam semesta ini diserahkan kepada

manusia untuk mentadbirnya. Oleh itu kaum lelaki dan wanita adalah merupakan

khalifah Allah. Tugas mereka adalah membuat pengurusan dan pentadbiran agar bumi ini

menjadi aman dan damai serta menjalankan peraturannya yang sesuai dengan ketentuan

kitab Al-Quran. Dalam hubungan ini, seorang lelaki mahupun wanita muslim yang

mempunyai kemampuan sihat baik dari segi mental dan fizikal perlu berusaha mencari

nafkah diri serta tidak boleh bermalas–malasan sambil menantikan bantuan orang lain.

Ini bermakna mereka harus mencari pekerjaan yang halal agar rezeki yang diperolehi

mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah SWT.

Kaum lelaki Melayu [Datuk Atondra: 2002]20 secara keseluruhannya dianggap

sebagai pemimpin dan ketua di dalam masyarakat melayu terutama di institusi

keagamaan dan kekeluargaan. Atas dasar–dasar ajaran Islam yang memberikan

kedudukan dan peranan yang lebih pada kaum lelaki, didapati kedudukan kaum lelaki

Melayu juga sejajar dengan tuntutan agama yang bertanggungjawab untuk melaksanakan

tugas mereka sebagai pemimpin dan penjaga terutama kepada kaum wanita dan golongan

yang lebih lemah dari mereka. Dalam aspek hubungan, didapati Islam lebih

mengutamakan sistem masyarakat yang tidak membezakan kedudukan lelaki dan wanita.

Ini menunjukkan Islam juga mengiktiraf kedudukan dan peranan kaum wanita di

mukabumi. Dalam kehidupan Islam, wanita mendapat tempat yang mulia kerana peranan

20 Temubual dengan Datuk Mohd.Nordin Abdul Rahman [Atondra], semasa saya mengambil kertas kursus

(21)

mereka yang penting dalam pembentukan keluarga, masyarakat dan seterusnya negara

Malaysia.

Penafsiran kedudukan sebenar wanita dalam perspektif agama adalah

penting untuk memberi gambaran akan status wanita sebenarnya. Ini

adalah penting bagi menangkis kecenderungan sesetengah pihak untuk

menggunakan agama bagi membuktikan bahawa wanita tidak setaraf

dengan lelaki melalui penafsiran yang banyak dipengaruhi oleh

unsur-unsur budaya dan prejudis. Agama Islam umpamanya meletakkan wanita

pada kedudukan yang mulia tetapi ada pihak yang sengaja menonjolkan

tafsiran yang memberi gambaran sebaliknya. Islam adalah agama yang

menekankan keadifan dan tindakan golongan yang hanya mengetengahkan

aspek-aspek negatif mengenai wanita dari aspek martabat, hak-hak,

peranan serta tanggungjawab di dalam dan di luar rumah boleh

menjejaskan imej agama Islam yang murni.21

Melalui ikatan kekeluargaan dalam masyarakat Melayu tradisi [Wan Kadir Yusuf

1990:16]22 masih meletakkan kedudukan kaum lelaki sebagai dominan. Kaum perempuan

yang telah berstatus isteri misalannya perlu dipupuk agar sentiasa menghormati kaum

lelaki terutama kepada suami mereka sendiri. Ini kerana, masyarakat Melayu

menganggap nilai–nilai menghormati para suami oleh para isterinya bukan sahaja

berlandaskan kepada tradisi budaya sahaja malah ianya dituntut oleh ajaran agama.

21 Dasar Wanita Negara. Pelan Tindakan:[ix] Wanita dan Agama. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat Malaysia. 16 September. http://www.kpwkm.gov.my/mal/pelantindakan09.shtml.

(22)

Melalui kajian mengenai wanita dan kerjaya oleh Fatimah Abdullah23 , didapati bahawa

dalam model keluarga tradisional yang menegaskan hubungan kuasa berdasarkan

pemisahan peranan mengikut jantina, kedudukan suami kaum melayu lazimnya

mendominasikan hal–hal yang berkaitan dengan ekonomi dan isu–isu awam, sementara

wibawa kaum wanita melayu pula adalah dalam hal–hal penjagaan anak dan urusan

rumahtangga. Kedudukan lelaki Melayu sewaktu pengagihan tugasan [Dr. Azizah

Kassim.1985:8] pula tidak terikat kepada rumahtangga dan kaum keluarga. Ruang tugas

lelaki adalah ruang umum yakni diluar rumah. Jelasnya lagi, kaum lelaki juga dianggap

golongan usahawan yakni satu ciri yang terdapat di dalam masyarakat tani. Di zaman

pra–industri kaum lelaki Melayu yang meneroka hutan akan membuka tanah untuk

pertanian dan perternakan. Kemudian, apabila tanah sudah diterokai barulah di bawa

isteri dan anak–anak dan terpulanglah kepada mereka samada hendak atau tidak untuk

mengerjakan tanah tersebut.

Dalam pada itu, kedudukan anak lelaki di dalam sesebuah keluarga melayu

tradisi pula dianggap sebagai tulang belakang yang akan menyambung tanggungjawab

dan beban keluarga sebagai penganti bapanya. Manakala peranan anak perempuan lebih

dalam membantu peranan ibu dengan hal-hal ehwal pengurusan dalam rumah seperti

kerja-kerja memasak, mengemas, membasuh atau berkaitan dengan peranan seksnya.

Dalam pada itu, saya percaya seorang anak lelaki dan anak perempuan melayu perlu

diasuh untuk memainkan peranan penting agar bertanggungjawab menjaga nama

baiknya dan kedudukan sosial anggota–anggota keluarga mereka sepanjang masa. Secara

23 Fatimah Abdullah. ‘Wanita yang bekerja dan pengurusan rumahtangga’. Kertas Ilmiah. Jabatan Antropologi dan

(23)

rasionalnya penyelewengan yang dilakukan di kalangan mereka akan menjejaskan nama

baik sendiri dan tingkahlaku buruk tersebut dianggap ‘sebagai menconteng arang ke

muka’ kepada anggota keluarganya. Perkara ini amat dijaga dan dititikberatkan terutama

bagi sebuah kelompok yang masih mengamal hubungan nilai–nilai tradisi masyarakat

Melayu lama. Begitu juga dalam menjalankan peranan dan tanggungjawabnya terhadap

para ibubapa, para anak lelaki dan anak perempuan sama sekali tidak dibenarkan

mengherdik ibu-bapa mereka. Sebaliknya, seorang anak lelaki dan perempuan yang

soleh disarankan supaya sentiasa berdoa kesejahteraan ibubapanya, memohon rezeki agar

Allah SWT mengampunkan dosa–dosa mereka serta mengutamakan ibubapanya dalam

urusan–urusan nafkah .

Menurut firman Allah bermaksud ,

‘dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah

selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapa kamu dengan

sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada mereka atau kedua-dua

mereka sampai lanjut usia dalam peliharaanmu, maka jangan sekali–kali

kamu mengatakan kepada mereka ‘ ah ‘ dan janganlah kamu membentak

mereka dan ucapkanlah kepada mereka dengan perkataan yang mulia. Dan

rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dan penuh kesayangan dan

ucapkanlah wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana

(24)

Di dalam konsep keluarga dual career, hasil kajian24 telah menunjukkan

penglibatan suami melayu dalam tugas–tugas domestik adalah masih rendah. Hasil kajian

menunjukkan kebanyakkan kerja rumah seperti menyediakan susu pada waktu malam

dan memberi makan anak secara keseluruhan dilakukan sendiri oleh para isteri. Namun

begitu, kajian ini juga telah membuktikan terdapatnya amalan seseorang suami

berketurunan melayu membuat kerja–kerja menukar lampin anak pada waktu malam,

menidurkan anak dan mengasuh atau bermain dengan anak–anak yang dilaksanakan

bersama isteri mereka. Di samping itu terdapat bukti menunjukkan peranan seseorang

suami yang lebih menumpukan perhatian kepada kerja–kerja rumah25 seperti membeli

barang–barang makanan, menjaga kereta, membayar bil–bil [letrik, air dan telefon],

membersihkan kawasan luar rumah dan membawa anak ke klinik apabila mereka sakit.

Kajian tersebut juga telah menunjukkan kaum lelaki melayu yang masih mengamalkan

konsep tradisi di dalam rumahtangganya, mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya

dalam menentukan nafkah isteri dan anak–anak mengikut keperluan masing–masing. Ini

bermakna, sebagai penyumbang utama ekonomi keluarga, seorang suami itu haruslah

memberi perbelanjaan kepada isterinya yang tidak bekerja bagi membiayai hal–hal yang

bersangkutan dengan urusan kewangan keluarganya26. Perihal ini amat berbeza dengan

kedudukan suami melayu yang mengamalkan dual career di mana tanggungjawabnya

24 Yahaya Muhammad & Maimunah Hj. Muhammad. ‘Tekanan dikalangan isteri-isteri melayu bekerja;satu pendekatan

psikosiologi’. Kertas Ilmiah. Jabatan Antropologi dan Sosiologi. Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.1987.

25 Bagi tanda pada perkataan-perkataan yang digaris, ianya menunjukkan bukti terdapatnya ‘crossing gender’ telah

berlaku. ‘Crossing-gender disini bukan bermakna menukar jantina tetapi memainkan peranan dan tanggungjawab yang selama ini dianggap kepunyaan golongan wanita secara budaya.

26 Berpandukan kajian ini, kes terdekat yang dapat menyokong dapatan tersebut adalah melalui pengamatan

(25)

dapat diringankan melalui bantuan pekerjaan isteri . Oleh itu, pengamalan dual career

berupaya membantu meringankan tugas seseorang suami itu untuk mengemudikan

pelayaran rumahtangganya ekoran tindakan isterinya yang bekerja .

Dalam pada itu, kajian ini telah menunjukkan terwujudnya dilemma

‘pengiktirafan’ kaum suami dan ‘kelakian’ mereka apabila ada di kalangan sikap isterinya

yang mempunyai keinginan ke arah ekualistarianisme. Apa yang dapat saya pastikan

ianya bersangkutan dengan ‘harga diri’ sebilangan para isteri yang telah mempunyai

pekerjaan dan berpangkat di dalam sesuatu jawatan, mereka merasakan kedudukan

mereka di dalam keluarga adalah seiring dengan peranan yang dimainkan oleh suami

mereka. Implikasinya telah menyebabkan tercetusnya pergeseran pendapat dan

pandangan dikalangan mereka ekoran timbulnya ‘agosentrik’ di dalam mempertahankan

sesuatu perkara. Hal ini sedikit sebanyak telah mencabar dan mengugut kebolehan

seorang suami sehingga di satu tahap mereka menyedari tiada rasa hormat atau

pengiktirafan diri dari seseorang isteri terhadap kedudukan mereka di dalam rumahtangga

Kajian ini jelas bercanggah dengan saranan Islam yang menggalakkan seseorang suami

atau isteri perlu bermusyuawarah terlebih dahulu sebelum kataputus mengenai sesuatu

perkara itu dilakukan . Berpandukan pandangan mengenai penghidupan lelaki soleh

mengikut perspektif Islam oleh Md Isa Selamat27, didapati antara perkara yang perlu

dijaga oleh pasangan suami isteri ketika bermusyuwarah atau berbincang, mereka perlu

memberi ruang di antara satu sama lain untuk memperdengarkan dahulu buah fikiran

yang diilhamkan di antara mereka. Ini jelas menunjukkan, Islam menuntut pasangan

suami isteri tersebut tidak mengamalkan sikap ego dengan dapatan sendiri tetapi perlu

(26)

menerimanya apabila ternyata pendapat yang benar itu berada di pihak antara isteri atau

suaminya. Perkara ini jelas menunjukkan Islam adalah agama yang sentiasa

menyarankan para suami-isteri mengamalkan kehidupan berkonsepkan sebagai seorang

sahabat serta kekasih, bukan berlandaskan seseorang khadimah ataupun hamba.

Berpandukan terhadap pandangan Dr. Mohd Fadzillah Kamsah28 mengenai

kehidupan lelaki dalam sebuah komuniti, didapati masyarakat Melayu lebih ‘mudah

memaafkan’ kaum lelaki sekiranya mendapati melakukan kesalahan malah ianya dilihat

sebagai salah satu yang ‘wajar’[satu perkara biasa atau lumrah sifat]. Namun jika wanita

yang membuat kesilapan ianya sukar dimaafkan oleh kelompok tersebut. Selanjutnya,

apabila berlaku perceraian di kalangan keluarga melayu, kebiasaannya masyarakat lebih

menuding jari kepada kesalahan yang diperlakukan oleh para isteri dari suaminya .

Secara ringkasnya, anggapan stereotaip terhadap trait-trait seseorang lelaki itu yang

dikatakan bersikap agresif dan cepat panas29, masyarakat umum kebiasaannya akan

meminta anggota masyarakat memaafkan perbuatan mereka dan menganggap kesilapan

yang dilakukan oleh mereka sebagai satu kelemahan dan lumrah sifat kehidupan lelaki.

Mengikut pandangan Islam oleh Abd. Mohd Jibrail30 [1990:15-30] menyatakan kaum

lelaki dan kaum wanita adalah sama dalam martabat yakni baik tentang hak dan

kewajiban mereka dalam segi–segi yang bersifat keagamaan dan kemanusiaan. Namun

begitu menurut firman Allah SWT bermaksud,

28 Dr. Mohd Fadzillah Kamsah. ‘Masyarakat mudah memaafkan kaum lelaki’. Majalah Keluarga keluaran

September.1999.

29 Sila rujuk Jadual A: mengenai trait stereotaip bagi lelaki berbanding perempuan. Jack Nicholson. “Men and

Women. How different are they?”. Oxford Universiti Press.1984.

30 Abd. Mohd.Jibrail. Lelaki soleh, martabat dan diantara perwatakan serta sifat-sifatnya. Pustaka Al-Ansar. Petaling

(27)

“dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya dengan cara yang makruf. Akan tetapi para lelaki mempunyai satu darjat tingkatan dari wanita“

( Surah Al-Baqarah , 2 : 228 )

Oleh itu menurut pandangan dan tafsiran para ulamak, beliau menjelaskan ayat ini

merupakan dalil yang menghancurkan konsep teori secara tradisi yang memberi hak kepada kaum lelaki untuk berlaku sewenang-wenangnya, melampaui batas, bertindak kejam terhadap kaum wanita yang lemah, dengan perlakuan yang buruk dan jahat terhadap diri, harta dan anak–anak mereka. Perkataan ‘darjat’ ini ditafsirkan dalam firman Allah bermaksud ,

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebagian mereka (lelaki) atas sebagian yang lain (wanita) dan kerena mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka.

( Surah An-Nisak, 4: 34 )

Oleh itu maksud ‘darjat’ dalam perspektif Islam oleh para ulamak, beliau menjelaskan

bahawasanya yang berhak tampuk kepimpinan, penguasa dan pemelihara bagi kaum

wanita adalah lelaki. Ini kerana kaum lelaki mempunyai kelebihan di atas kaum wanita

yang terbukti dengan pengkhususan tugas kenabian dan kerasulan kaum lelaki.

Ringkasnya, Islam telah menyatakan bahawa maha suci Allah dengan kudratnya

melebihkan kaum lelaki dalam penciptaannya, yakni berupa kekuatan fizik dan akal

fikiran. Atas kemampuan yang dikurniakan, saya berpendapat seseorang lelaki muslim itu

harus memberi pelindungan serta pertahanan maruah kehidupannya, keluarganya,

saudaranya, agamanya, masyarakat keseluruhannya dan tanahairnya tanpa cuba

(28)

Mengikut kajian oleh Strange [1987:22] yang dibuat di Rusila dan Gong Beris ,

Terengganu dalam Mariah Muda31 [1996:46], menunjukkan seseorang lelaki Melayu tua

yang memiliki pengetahuan agama dan adat istiadat amat dihormati oleh ahli masyarakat

malah sering dijadikan pakar rujuk . Sementara itu , menurut Wan Kadir Yusuf [1990:

18] pula menyatakan kedudukan orang tua dalam keluarga besar amat dihormati dan

dipandang tinggi. Orang tua sebagai tumpuan orang muda mendapat nasihat dan

pandangan dalam berbagai–bagai perkara. Sebagai pemimpin dalam kelompok

kampung, selalunya pemimpin yang dihormati adalah terdiri dari mereka yang

mempunyai ramai anak buah atau anggota keluarga dalam kampung. Anggota–anggota

keluarga yang ramai dapat memberikan kekuatan kepada kedudukan seorang ketua .

Melalui pandangan Atondra [2002] mengenai lelaki dan kehidupannya, didapati

kaum lelaki Melayu juga berperanan mengurus, mentadbir dan menyelaraskan kegiatan–

kegiatan keagamaan dan hal–hal berkaitan dengan aktiviti penduduk yang dijalankan di

surau–surau sekitar kawasan di dalam sesebuah komuniti Melayu. Sementara itu di

dalam majlis–majlis perkahwinan, kaum lelaki Melayu diletakkan kepada kedudukan

amat penting seperti bertindak sebagai Tok Kadi dan juga bertindak sebagai wali bapa

bagi pihak perempuan. Kehadiran mereka ini amat penting dalam menentukan ikatan

antara pasangan pengantin antara lelaki dan wanita melayu tersebut adalah sah mengikut

syarak di sisi undang–undang perkahwinan cara Islam.

31Mariah Muda. ‘Pemaparan Imej WargaTua di dalam filem-filem cereka melayu 1950an-1990an’. Diss.

(29)

Menurut Dr. Ismail Ibrahim [2002: 9]32 pula mengenai hak wanita Melayu dan

wajah Islam, menjelaskan bahawa,

“apa yang penting di sini ialah tindakan kita selama ini dalam memberi

hak yang setimpal kepada wanita dan mereka pula seharusnya

menyumbangkan tenaga masyarakat merupakan satu kewajipan yang

disuruh oleh agama kita”.

Oleh demikian, wanita Malay[sia] merupakan golongan yang perlu dihargai dan

dihormati. Peranan mereka amat besar dalam kehidupan masyarakat era 2020.

Kehidupan dan kewajipan seseorang wanita bermula semenjak pada zaman kanak-kanak

lagi dalam membantu ibubapa menguruskan keluarga sehinggalah mereka sendiri

membesar menjadi seorang ibu kepada anak-anaknya dan isteri kepada suaminya. Kini,

didapati wanita mengalami perubahan kesan daripada pembangunan negara dan ideologi

masyarakat. Wanita hari ini sudah mula mementingkan pendidikan dan kerjaya. Mereka

bagi saya telah berani berdikari, berwawasan, prihatin dan berkebolehan dalam semua hal

dan telah hampir menandingi kaum lelaki dalam segala aspek sama ada pentadbiran,

politik, pemerintahan dan pelbagai organisasi penting yang lain. Pengubalan Dasar

Wanita Negara telah mengambarkan komimen kerajaan yang tinggi untuk meningkatkan

peranan, kedudukan dan martabat kaum Wanita Malaysia di mana matlamat utamanya

adalah:

(a) Bagi menjaminkan perkongsian saksama dalam memperoleh

kemudahan sumber, maklumat, peluang penyertaan dan manfaat

(30)

pembangunan kepada lelaki dan wanita. Matlamat persamaan dan

kesaksamaan hendaklah dijadikan teras dasar pembangunan yang

berorientasikan rakyat, supaya wanita, yang berupa separuh jumlah

penduduk negara, dapat menyumbangkan dan mencapai potensi

mereka sepenuhnya.

(b) Bagi mengintegrasikan wanita dalam semua sektor pembangunan

negara selaras dengan kemampuan dan kehendak wanita bagi

mempertingkatkan mutu kehidupan, membasmi kemiskinan,

menghapuskan kejahilan dan buta huruf, dan menegakkan negara

aman, makmur dan sentosa.33

Secara kesimpulannya mengenai perbincangan diatas serta kaitannya kepada imej

gender dalam filem, secara umumnya ianya merupakan tanggapan atau pandangan

individu terhadap kehidupan kaum lelaki dan kaum wanita secara realiti khususnya yang

beragama Islam. Pandangan atau kata yang lebih tepat iaitu ‘persepsi’, seseorang itu pasti

melihat ciri-ciri personaliti lelaki dan wanita terdiri daripada tingkahlaku, pemikiran dan

emosi serta juga ciri-ciri hubungannya dengan sesuatu Ringkasnya, imej gender yang

digarapkan di dalam penceritaan adalah merupakan saduran ciri-ciri dan perlakuan atau

personaliti yang kelihatan pada seseorang lelaki dan wanita tersebut sama ada

berdasarkan fizikal, tindakan aktiviti ataupun perkara-perkara kejiwaan yang sedia wujud

33 Dasar Wanita Negara. Matlamat Utama. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia .

(31)

di dalam kehidupan mereka secara realiti. Pendekata, atas dasar imiginasi dan

pengalaman oleh para penulis skrip dan para pengarah filem tempatan dalam

memaparkan kedudukan imej ‘gender’ melayu dalam sesuatu penceritaan, ciri-ciri

garapan perlakuan seseorang lelaki dan wanita Melayu Islam ini juga boleh dilihat dan

dinilai sama ada mempunyai ciri-ciri positif atau negatif ataupun menepati realiti di

dalam kehidupan mereka yang sebenarnya.

Pemaparan Imej Lelaki dan Wanita dalam drama medium Skrin: Filem

Melalui tinjauan pemaparan imej lelaki di Media Massa oleh Steve Craig [1992]

didapati bahawa kesan dan tanggapan secara liberal mengenai kelaziman sifat-sifat yang

dimiliki oleh kaum lelaki, menyebabkan imej pemaparan mereka di dalam media massa

juga dianggap suatu yang normal dan sering menjadi ikutan34. Ini terbukti apabila kajian

oleh para sarjana telah mendapati karektor pada imej lelaki telah dipaparkan secara

dominan berbanding imej kaum wanita yang masih ditonjolkan secara pasif dan

stereotaip. Kajian ini menunjukkan hampir keseluruhan pemaparan imej lelaki telah

didominasikan secara jitu di dalam drama televisyen di Amerika Syarikat. Ini dapat

diperhatikan dengan penguasaan peranan-peranan yang dimainkan oleh kaum lelaki di

dalam drama-drama bersiri dan aksi, lebih memaparkan watak-watak lelaki secara

superior. Melalui pandangan Steve Craig [1992] mengenai para pelakon lelaki drama

Hollywood, didapati mereka kurang berminat untuk menceburkan diri di dalam

penerbitan drama-drama bercorak komedi dan Opera ekoran beranggapan genre tersebut

34 Tanda garis pada perkataan-perkataan adalah berkaitan dengan perbincangan mengenai tanggapan stereotaip

(32)

akan mengurangkan penyerlahan dan penonjolan semangat kejantanan ‘masculine

image’ di hadapan khalayaknya.

Kajian oleh Segger dan Wheeler dalam Steve Craig [1992:13-15] pula telah

menjelaskan semasa menterjemahkan status pekerjaan di dalam sesuatu babak

penceritaan di televisyen, kaum lelaki sering digambarkan mempunyai kedudukan yang

tinggi, berumah besar dan berjawatan seperti peguam, ahli perniagaan, doktor serta

berpangkat menteri daripada meletakkan status kedudukan yang lebih rendah daripada

imejan tersebut. Penampilan imej lelaki di dalam siaran televisyen melalui kajian oleh

Downs dan Gowan [1980] dalam Steve Craig [1992:15-19] telah digambarkan

mempunyai kehidupan secara berpasangan dan berkeluarga yang mana akhirnya melalui

sifat kelakian mereka tersebut akan mewujudkan suasana yang harmonis, romantik dan

aman damai disamping watak isteri dan anak-anak. Berbanding dengan pemaparan imej

wanita yang agak konservatif, kekuatan dan penguasaan imej lelaki di dalam televisyen

juga sering digambarkan sebagai seorang yang berkuasa serta mempunyai

tanggungjawab dalam menghukum tingkahlaku orang sekelilinginya.

Kajian empirikal mengenai imej lelaki di dalam filem–filem aliran perdana di

Hollywood oleh Mulvey [1975] mendapati pemaparan watak protoganis masih

digambarkan cara hidup yang dominan dan secara patriaki [Steve Neale:1983] dalam

[Steven Cohan & Ina Rae Hark35. 1996: 9]. Kajian ini juga menjelaskan imej lelaki

heteroseksual dipaparkan mempunyai satu sifat lazim yang sedia wujud pada ciri

(33)

kelakian mereka sehingga segala perilaku yang divisualkan merupakan satu pandangan

biasa bagi kacamata manusia. Kajian oleh Peter Lehmen dalam [Steven Cohan dan Ina

Rae Hark 1996] mengenai filem gred B bagi beberapa buah filem di Hollywood, didapati

terkandung gambaran stereotaip pemaparan imej lelaki yang mana tingkahlaku mereka

menunjukkan telah trait-trait lelaki36 yang ganas, zalim dan suka menganayai terhadap

wanita. Di dalam filem I Spit Your Grave yang diterbitkan pada tahun 1978, kajian ini37

mendapati adegan watak protoganis wanita telah membalas dendam kepada watak para

antoganis lelaki dengan permainan dramatik yang cukup kontroversi, memualkan,

memalukan, menyakitkan yang mana jelas menjatuhkan kreadibiliti imej lelaki di kaca

mata masyarakat di Amerika. Saya mendapati tersematnya kekecewaan hati pengkritik

filem ini iaitu Roger Elbert yang menyatakan :

I Spit On Your Grave is a vile bag of garbage that is so sick, reprehensible

and contemptible that I can hardly believe it played in repectable theaters.

But it did . Attending it was one of the most despressing experiences of my

life. At the film end walked out of the theater quickly, feeling unclean,

ashamed and depressed . This movie is expression of the most diseased

and perverted darker human natures. I agree that is an extremely disturbing

36 Sila rujuk Jadual A: mengenai trait stereotaip bagi lelaki berbanding perempuan. Jack Nicholson. “Men and

Women. How different are they?”. Oxford Universiti Press.1984.

(34)

movies, but like many disturbing films in disreputable genre.

[1989:359-360]

Melalui kajian oleh Andrew Walsh38 di dalam bukunya “Women’s Film and

Female Experience” [1984], saya mendapati ‘realiti’ boleh dimengertikan dengan

melihat tiga kata sifat iaitu kezaliman, dikenali dan difahami. Justeru itu, jika filem sering

memberikan gambaran wanita dengan imej yang negatif, sudah pasti ianya dianggap satu

kebenaran. Melalui pandangan ‘gaze theory in mass media’ oleh Laura Mulvey dalam

Daniel Chandler39 menjelaskan,

Traditional films present men as active, controlling subjects and treat

women as passive objects of desire for men in both the story and in the

audience, and do not allow women to be desiring sexual subjects in their

own right. Such films objectify women in relation to ‘the controlling male

gaze’, presenting ‘woman as image’ (or ‘spectacle’) and man as ‘bearer of

the look’. Men do the looking; women are there to be looked at. The

cinematic codes of popular films ‘are obsessively subordinated to the

neurotic needs of the male ego’. It was Mulvey who coined the term 'the

male gaze'.

38 Andrew Walsh. Women’s Film and Female Experience. Preager Publication. New York. 1984.

(35)

Melaluinya, saya berpendapat unsur-unsur wanita di dalam filem banyak

memfokuskan wanita dari kacamata lelaki. Hal ini melibatkan isu yang lebih luas dan

penting, iaitu masalah bersangkutan dengan masyarakat yang mempunyai unsur atau

sisa-sisa patriaki. Sehubungan dengan itu, filem berperanan sebagai alat untuk mengukuh

dan mengekalkan sisa-sisa patriarki ini. Melalui kajian oleh Dominick [1979]40, didapati

pemaparan imej wanita di dalam rancangan televisyen pada waktu perdana telah tidak

dipaparkan secara adil, stereotaip dan negatif. Kajian ini telah menganalisis 2,444 watak

dalam 1,314 rancangan televisyen Amerika sepanjang tahun 1953 sehingga tahun 1977

mendapati imej wanita tidak banyak berubah berdasarkan faktor masa. Hasil kajian

didapati juga telah menunjukkan kebanyakkan watak wanita muncul di dalam komedi

situasi yang dominan memperbodoh-bodohkan kehidupan golongan hawa. Menurut

pandangan Fuziah Kartini dan Faridah Ibrahim41 [2004:12] mengenai pemaparan imej

wanita dalam drama di filem menjelaskan,

Over the past decades, a great deal of movies message via Hollywood,

Bollywood and even Mollywood [Malaysian movie industry as dubbed by

many] has perpetuated the notion of women as property or commodities

“available” for sexual and other use. These massage are played over and

over again in movies which show images of the female as the gentler sex,

passive, weak, needing protection, subservient, scatter-brained, dependent,

comforming, nurturing, caring as well as beautiful [so convenient as a

sex-object], while the male images are forceful, strong, capable, aggressive,

40 Dominick J.R. The potrayal of women in prime time, 1952-1977. Sex Roles. 5 [4]:405-411 41 Fuziah Kartini Hassan Basri & Faridah Ibrahim[2004:11]. Jurnal Skrin Fakulti Seni Persembahan UiTM.

(36)

demanding, independent, successful, tycoon, hero, playboy and stoic

macho-man.

Melalui hasil kajian Asiah Sarji42 [1985] mengenai pemaparan imej wanita di

dalam filem-filem arahan Tan Sri P.Ramlee, didapati ianya juga tidak lari dari

memaparkan imej-imej stereotaip dan negatif. Ini menunjukkan Tan Sri P.Ramlee juga

tidak terkecuali dari terpengaruh dengan pandangan bias atau stereotaip peranan seks

yang tertanam pada dirinya43 sehingga memberikan imbasan terhadap peranan dan

kedudukan pemaparan imej watak-watak wanita secara stereotaip serta tipikal dalam

filem-filem arahannya. Maka, tidak hairanlah hasil analisa imej-imej wanita filem arahan

pengarah tersohor Malaysia ini oleh Asiah Sarji [1985], didapati hampir keseluruhan

trait-trait wanita yang diadaptasikan ke dalam ruang drama kehidupan watak-watak

wanita tersebut telah digambarkan suka mengikut perasaan, sensitif dan mudah

menangis; bagi imej watak wanita golongan berada telah digambarkannya bersifat

materialistik, pencetus punca keruntuhan rumahtangga; bagi imej wanita golongan

miskin telah digambarkannya lemah dan berstatus rendah yakni semakin menepati

kenyataan oleh Jack Nicholson44 mengenai trait-trait stereotaip seseorang wanita. Hasil

dari kajian Asiah Sarji dan hubungkaitnya dengan imaginasi P.Ramlee serta kaitannya

dengan isu stereotaip peranan seks, beliau juga turut sama terpengaruh memaparkan

42 Asiah Sarji. Film and change;the potrayal of women in Malay film. Kerja kerja symposium perfileman film and social change:East-West approach to cinema bertempat di Institute of Culture and Communication, East-West Center, Honolulu, Hawaii:26-30 November 1985.

43 Berpandukan kepada pandangan Dr. Azizah Kassim mengenai stereotaip peranan seks dan ‘male-gaze’ oleh Laura

Muller, saya berpendapat Tan Sri P. Ramlee sama seperti kaum lelaki lain di Malaysia terpengaruh dengan proses sosialisasi dalam memisahkan pembahagian tugasan peranan seks ekoran tanggapan stereotaipan trait-trait kaum lelaki lebih dominan dan superior dari trait-trait wanita yang dianggap sebagai surbodinat.

44 Sila rujuk Jadual A: mengenai trait stereotaip bagi lelaki berbanding perempuan. Jack Nicholson. “Men and

(37)

kedudukan para watak wanita secara stereotaip yakni sebagai wanita Melayu yang

berstatuskan janda, ibu, penjaga rumah, penari, penyanyi, pembantu rumah;

berstatuskan pekerjaan hanya sebagai jururawat, kerani dan suri rumahtangga sahaja.

Menurut kenyataan Mariah Muda [1996:58] mengenai imej-imej stereotaip para watak

wanita yang dipaparkan oleh pengarah lelaki dalam drama-drama kehidupan manusia

melalui ruang filem cereka ‘Malay’[sia] tersebut menjelaskan,

Melalui kajian oleh Soh Geok Choon [1988] yang menganalisis tiga buah

filem arahan Jins Shamsudin bersiri ‘esok’ iaitu Menanti Hari Esok

[1977], Esok Masih Ada [1980] dan Esok Untuk Siapa [1980] mendapati

wanita telah dipaparkan sebagai objek yang negetif, objek sampingan dan

tidak dominan. Kesimpulan kajian menunjukkan wanita masih tunduk

kepada kemahuan lelaki dan digambarkan sebagai warga negara kelas dua.

Berasaskan gambaran stereotaip yang diberikan kepada wanita, P. Ramlee

dan Jins Shamsuddin boleh dianggap mempunyai sudut pandangan dan

tanggapan yang hampir sama tentang wanita. Meskipun kedua-dua kajian

tersebut membabitkan filem-filem yang diterbitkan dalam jangkamasa

empat dekat iaitu 1950an, 1960an, 1970an, dan 1980an, namun kedudukan

dan peranan imej wanita masih tidak banyak berubah.

Hasil kajian daripada kedua sarjana tempatan ini, jelas menunjukkan kebenaran

(38)

yang mana Tan Sri P. Ramlee dan Dato’ Jins Shamsudin, kedua-duanya juga

menjelmakan gambaran kehidupan wanita yang sebegini di dalam filem–filem arahan

mereka. Keadaan ini diperkuatkan lagi dengan pengamalan teori auteur yang

menganggap pengarah [terutama dari kaum lelaki] mempunyai kuasa penuh ke atas hasil

karya dan segala bentuk pemaparan imej watak manusia adalah dipergaruhi oleh sudut

pandangan mereka .

Apa yang dapat dibicarakan berhubung perkara tersebut, para pengarah lelaki

[dominannya] dalam filem-filem cereka ‘Malay’[sia] adalah merupakan golongan yang

mengawal pembikinan atau permainan drama tentang kehidupan watak ‘gender’ di dalam

ruang naratif serta sinematik filem tersebut. Berpandukan kepada kenyataan Laura

Mulvey mengenai ‘male-gaze’ dan kaitannya ‘mimesis45’ terhadap sifat maskulin dan

feminin, ianya telah distereotaip serta dieksploitasi oleh mereka untuk tujuan tertentu

di dalam media filem atau cereka. Apa yang boleh saya berkongsi bersama di sini,

stereotaip merupakan ungkapan yang digunakan berulang kali dalam bentuk yang sama

dan dimengertikan sebagai satu tanggapan biasa tentang sesuatu atau seseorang. Ia

merupakan pengkategorian yang mudah terhadap golongan manusia tertentu. Bahaya

stereotaip wujud apabila satu-satu penglabelan yang dibuat telah memudahkan seseorang

itu memahaminya tanpa mengambil kira kebenarannya atau menyedari sama ada ia

Referensi

Dokumen terkait

Ketiga, ditinjau dari aspek teknologi, masalah yang dihadapi adalah: (1) Kurangnya keterampilan mengelola keuangan usaha dengan memanfaatkan

Efektifitas kebijakan pemerintah dan Tingkat Partisipasi Masyrakat Desa di Kecamatan Sruweng Sesuai dengan amanah Undang-undang Nomer 6 Tahun 2014 Tentang Desa pasal 1 ayat 12

Sama dengan city car yang mudah untuk dikendarai atau kendaraan yang menjelajahi alam liar, CX-30 dilengkapi dengan sensasi mengemudi Mazda dalam setiap hal yang Anda lakukan..

METODE ANALISIS MIXTURE 13 Mulai Data in sampel Kecepatan angin Mengelompokkan menggunakan FCM. Mendapatkan sebanyak

Kerusakan ini berupa munculnya retak-retak ringan (kedalaman kurang dari 1 mm) pada bagian luar beton yang berupa garis-garis yang sempit dan tidak terlalu panjang dengan

Misalnya tidak ditemukan kasus yang relevan dengan sistem pembakaran injeksi, maka HDOs bisa mencoba untuk mengganti sistem pembakaran tersebut dengan sistem pembakaran

Dari ketiga panjang nozzle exit bahan bakar yang di ujikan (65 mm, 67 mm, dan 69 mm), panjang nozzle exit bahan bakar dengan variasi panjang 67 mm mempunyai

Tujuan penelitian ini adalah memetakan lokasi dan kapasitas dari informasi inventarisasi mata air di Kecamatan Cidahu, mengkaji variasi dari data deret waktu mata air yang