• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEBERKESANAN PROGRAM NILAM DI SEKOLAH KA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KEBERKESANAN PROGRAM NILAM DI SEKOLAH KA"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

KEBERKESANAN PROGRAM NILAM DI SEKOLAH:

KAJIAN KES DI SEKOLAH KEBANGSAAN PAWANG NONG, ULU CHEKA, JERANTUT, PAHANG.

BAB 1

PERMASALAHAN KAJIAN

1.0 PENDAHULUAN

Pengetahuan amat penting dalam mengharungi kehidupan terutama pada zaman globalisasi kini. Kita semua sedia maklum bahawa salah satu daripada usaha bagi mendapatkan ilmu adalah menerusi pembacaan. Membaca turut dikaitkan dengan proses pembangunan masyarakat berfikir dan bernilai tinggi. Malah jelas terbukti dalam masyarakat hari ini bahawa individu yang berterusan membaca mempunyai personaliti yang dihormati dan berkualiti serta kaya dengan maklumat. Lebih tinggi nilai ilmu yang dimiliki seseorang, lebih tinggi penghormatan dan tanggapan masyarakat terhadapnya.

Ilmu yang dimiliki boleh dimanfaatkan dalam proses pembangunan masyarakat dan negara. Senario inilah yang menjadi pencetus kepada lahirnya Program NILAM di sekolah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Namun keberkesanan program ini di sekolah adalah bergantung kepada daya kepimpinan guru NILAM dan aspek pengurusan program NILAM itu sendiri. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan di sebuah sekolah yang terletak di dalam sebuah kampong tradisi di negeri Pahang bagi mengkaji kepimpinan guru NILAM dan pengurusan program NILAM dan kaitannya dengan tahap pencapaian pelajar.

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

(2)

mewajibkan semua sekolah melaksanakan program ini. Program ini bertujuan mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dikalangan rakyat Malaysia. Selaku payung kepada pelbagai aktiviti galakan membaca di sekolah, program ini dilaksanakan bermula dengan Tahun 1 bagi sekolah rendah dan Tingkatan 1 bagi sekolah menengah. Rekod pembacaan murid-murid ini yang dicatatkan di dalam buku-buku khas mengikut tahap dan bahasa diteruskan sehingga mereka tamat persekolahan.

Justeru itu, daya kepimpinan guru-guru yang terlibat dengan Program NILAM dan cara pengurusan program ini merupakan nadi pengerak program ini di sekolah. Bagi mengerakkan program ini, murid-murid dibekalkan dengan buku NILAM bagi menyimpan rekod bacaan dan untuk tujuan penilaian guru. Buku ini mengandungi maklumat ringkas berkaitan dengan buku yang dibaca seperti tajuk buku yang dibaca, pengarang, bilangan muka surat, jenis bacaan buku serta ulasan ringkas buku yang dibaca berdasarkan pandangan murid itu sendiri. Program NILAM ini dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Tahap 1 bagi murid Tahun 1, 2 dan 3 manakala Tahap 2 bagi murid Tahun 4, 5 dan 6.

Semasa melaksanakan pembacaan NILAM ini, murid akan melalui dua tahap penilaian dan penganugerah. Tahap pertama ialah Jauhari. Ia adalah penganugerahan berdasarkan jumlah bacaan buku. Bagi tahap yang kedua iaitu Rakan Pembaca, ia diberikan kepada murid yang telah membaca 100 buah buku ke atas serta mempunyai daya kepimpinan yang tinggi untuk menarik rakan lain untuk terlibat di dalam aktiviti membaca NILAM. Anugerah-anugerah ini diberi dari masa ke semasa. Oleh itu Guru NILAM dan guru-guru matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang terlibat perlu memainkan peranan penting bagi menjalankan program ini mengikut matlamat yang telah ditetapkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTNP).

(3)

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Dalam era globalisasi masa kini, kejayaan sesebuah negara bergantung pada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyatnya. Maka tidak menghairankan sekiranya sesebuah negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi mampu menjana ekonomi dengan pesat demi kemakmuran negara.

Bagi mencapai matlamat menjadi sebuah negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi, murid harus didedahkan dengan ilmu pengetahuan dan kaedah yang paling mudah adalah melalui pembacaan. Ini bersesuaian dengan salah satu matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013 - 2025, iaitu mengurus sumber dengan lebih berkesan untuk menjamin keberkesanan dalam pendidikan negara. Untuk itu, murid perlu menggunakan sumber bahan bacaan yang dibekalkan di sekolah secara lebih berkualiti bagi menzahirkan hasrat negara ini.

Namun bagaimana untuk merealisasikan matlamat kerajaan ini jika tabiat membaca dikalangan murid masih berada ditahap yang rendah berbanding dengan negara maju yang lain. Tidak dapat dinafikan murid di negara kita membaca agak kurang berbanding dengan kanak-kanak sebaya mereka di negara luar. Ini kerana kajian menunjukkan hanya segelintir rakyat Malaysia yang gemar membaca.

Berdasarkan kajian oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (2008), pelbagai alasan diberi oleh murid sekolah rendah apabila dikaitkan dengan minat membaca. Sejumlah 72.25% daripada mereka menyatakan ketiadaan masa sebagai alasan untuk tidak membaca, diikuti dengan 24.75% memberikan alasan mereka lebih suka bermain daripada membaca. Dan selebihnya memberikan pelbagai alasan yang berbeza apabila dikaitkan dengan minat membaca. Ditambah pula dengan pelbagai teknologi canggih zaman ini, murid-murid lebih gemar bermain permainan video interaktif berbanding membaca.

Bagi mengatasi masalah ini, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah melaksanakan pelbagai program galakkan membaca di sekolah-sekolah. Namun program yang dilaksanakan masih belum mencapai tahap yang dikehendaki terutama bagi sekolah kawasan Luar Bandar.

(4)

di Kementerian Pendidikan ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998. Setiap sekolah di Malaysia wajib menjalankan Program NILAM di sekolah bagi memperkasa minat membaca dikalangan murid. Seterusnya pada 12 Mei 2005 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/2005 dikeluarkan bagi memperkukuhkan perlaksanaan Program NILAM ini disekolah.

Surat edaran Ikhtisas yang dikeluarkan ini menunjukkan betapa pentingnya program ini dilaksanakan di sekolah kerana ianya mampu memberi impak yang besar jika program yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan ini dapat dijalankan dikalangan murid sekolah rendah amat rendah jika dibandingan dengan negara-negara luar. Contohnya, Negara China menduduki ranking tertinggi bacaan dengan melibatkan 180,000 naskah setahun diikuti dengan United Kingdom sebanyak 116 000 buah buku setahun. Mungkin jika dibandingkan Negara China yang mempunyai bilangan penduduk yang tinggi, agak mustahil untuk Negara kita menandinginya namun bagi Negara India sendiri menunjukkan bacaan yang lebih tinggi berbanding Malaysia apabila melebihi 34,690 buah buku.

Oleh yang demikian, daya kepimpinan dan kecekapan bidang pengurusan bagi guru-guru yang terlibat amat diperlukan bagi memastikan kejayaan Program NILAM di peringkat dasarnya. Dengan pelbagai sumber yang ada serta bekalan koleksi buku-buku ke Pusat Sumber Sekolah ditambah pada setiap tahun berdasarkan grant perkapita bantuan kerajaan, seharusnya program ini tidak disia-siakan.

(5)

seperti yang dinyatakan oleh Rosenblum (1979) dalam penulisannya berkaitan kepimpinan. Oleh yang demikian, guru-guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang terlibat dengan Program NILAM ini perlu menunjukkan daya kepimpinan dan kecekapan pengurusan mereka bagi memastikan setiap wang yang mengalir keluar tidak dibazirkan. Ini bersesuaian dengan agenda di dalam PIPP 2013 - 2025 bagi mengurus sumber dengan berkesan berdasarkan sumber yang diberi.

1.3 KERANGKA KONSEPTUAL

Salah satu matlamat Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan juga Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah untuk memastikan setiap murid mampu membaca petikan dan juga bahan bacaan santai untuk tujuan mendapatkan maklumat dan berhibur.

Untuk itu, daya kepimpinan dan kecekapan pengurusan guru-guru terlibat dalam Program NILAM di sekolah amat diperlukan bagi memastikan salah satu program utama kerajaan bagi mengalakkan tabiat membaca dikalangan murid mampu dilaksanakan dengan jayanya di sekolah.

(6)

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji daya kepimpinan guru dan kecekapan pengurusan Program NILAM dan kesan serta impaknya kepada prestasi murid. Untuk itu, objektif bagi kajian ini adalah:

1.4.1 Mengenal pasti tahap kepimpinan dan kecekapan guru di dalam pengurusan Program NILAM di sekolah.

1.4.2 Mengenal pasti ciri-ciri kepimpinan guru yang sesuai bagi menjayakan Program NILAM di sekolah.

1.4.3 Mengenal pasti hubungan keberhasilan Program NILAM dengan prestasi murid.

1.5 SOALAN KAJIAN

Fokus kajian ini adalah bagi menjawab persoalan kajian yang berikut:

1.5.1 Apakah tahap kepimpinan dan kecekapan guru di di dalam pengurusan Program NILAM di sekolah?

1.5.2 Apakah ciri-ciri kepimpinan guru yang sesuai bagi menjayakan Program NILAM di sekolah?

1.5.3 Apakah hubungan kejayaan Program NILAM menyumbang kepada peningkatan prestasi murid?

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

(7)

Pameran buku. Ini kerana menurut Zamri & Yahya, (2008) keberkesanan dalam membaca juga merupakan satu perkara penting yang perlu diambil berat oleh murid ketika membaca.

Malah Jemaah Nazir juga mengambil kira elemen pelaksanaan program NILAM ketika membuat pemantauan ke sekolah-sekolah. Asas kejayaan pelaksanaan Program NILAM ini haruslah bermula di sekolah. Untuk itu kajian ini dibuat bagi mengkaji kaitan daya kepimpinan dan kecekapan guru di dalam melaksanakan Program NILAM di dalam memastikan perlaksanaan program ini dapat direalisasikan sepenuhnya di peringkat sekolah. Ini kerana secara asasnya apabila murid berminat untuk membaca, ia akan membantu mereka di dalam penguasaan mata pelajaran di dalam kelas. Menurut Hamilton (2006) aktiviti membaca sepatutnya menyeronokkan dan memberikan kepuasan buat pelajar dan bukannya menjadi beban. Sehubungan itu, kajian ini akan turut menunjukkan kaitan keberkesanan Program NILAM dalam meningkatkan prestasi murid.

Diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu pihak Kementerian dan badan-badan yang bertanggungjawab di dalam Program ini bagi mengerakkan kepimpinan guru untuk melaksanakan program ini secara lebih berkesan di sekolah. Ini kerana kejayaan kepimpinan dan kecekapan guru melaksanakan Program NILAM ini mampu mewujudkan sikap minat membaca di dalam murid yang mana ianya boleh memberi impak yang sangat besar buat murid, sekolah dan Negara umumnya.

Disamping itu juga, semoga hasil kajian ini dapat memberi nilai tambah kepada kajian literatur serta boleh dibuat sebagai bahan rujukan yang berguna.

1.7 HIPOTESIS KAJIAN

Kaji selidik ini telah menggariskan satu hipotesis sebagai fokus penyelidikan iaitu:

(8)

1.8 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di Pahang. Sekolah terbabit hanya mempunyai pelajar berbangsa Melayu sahaja. Pelajar yang dipilih pula adalah terdiri daripada murid Tahap 2 kerana mereka telah berhadapan dengan Program NILAM selama empat tahun dan dapatan kajian agak meluas berbanding murid Tahap 1 yang masih diperingkat awal perlaksaan program NILAM. Justeru itu, dapatan kajian adalah agak terhad dengan jumlah murid yang diambil sebagai sampel kajian dari sekolah ini adalah terhad dengan tahap keupayaan mereka yang berbeza. Bilangan guru yang terlibat bagi perlaksanaan Program NILAM hanyalah tertumpu pada guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tahap 2.

1.9 PENERANGAN TERMINOLOGI

Kepimpinan

Himpunan kemahiran memimpin berkesan serta mampu membawa ahli yang dipimpin kearah visi yang ingin dicapai.

Pengurusan

Satu himpunan kaedah bagi menjalankan aktiviti yang dirancang secara sistematik dan berkesan.

Program NILAM

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.

Cemerlang

Merupakan pencapaian yang tinggi serta sesuatu kejayaan yang boleh dibanggakan.

Pelajar

(9)

Berprestasi tinggi

Satu kejayaan yang boleh dibanggakan serta memenuhi kriteria-kriteria pemilihan bagi sekolah yang menunjukkan pencapaian yang baik dan cemerlang dalam semua bidang.

1.10 RUMUSAN

Kejayaan Program NILAM sangat bergantung kepada kepimpinan dan kecekapan guru menguruskannya di sekolah. Seperti yang dinyatakan oleh Rosenblum (1979) dalam tulisan-tulisannya, kepimpinan guru mampu memainkan peranan besar dalam mempengaruhi aktiviti yang dijalankan di sekolah.

Guru berkepimpinan dan cekap perlu memainkan peranan penting dalam menggerak dan menjayakan program NILAM. Pemahaman yang mendalam dan disertai dengan misi yang terancang membolehkan program NILAM berjalan lancar. Sehubungan itu, pengurusan Program NILAM yang berjaya sudah pasti mampu menjana kecemerlangan pelajar dan meningkatkan prestasi sekolah.

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.0 PENDAHULUAN

Biarpun masyarakat kita mengalami arus perubahan dalam dunia globalisasi, bergelumang dengan dunia teknologi maklumat dan perkomputeran namun hakikat kepentingan membaca tidak boleh diabaikan (Mohamad Sofee, 2007).

(10)

Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab guru bagi memastikan kemahiran ini mampu dikuasai sepenuhnya oleh pelajar. Di sini, daya kepimpinan dan kecekapan guru mengurus perlu diaplikasi secara bijak bagi menanggani masalah yang timbul dalam kemahiran membaca pelajar. Ini kerana kurangnya minat membaca pelajar menyebabkan mereka kekurangan idea dan maklumat semasa menjawab soalan berbentuk karangan.

Menurut Mahzan (2003) dan Yahya (2008), kajian berkaitan proses membaca penting dilakukan untuk membantu pelajar menambahkan khazanah ilmu. Penyelidikan berkaitan dengan aspek membaca mencerminkan wujudnya kesedaran untuk menjadikan amalan membaca sebagai budaya ilmu yang perlu dikekalkan.

Dalam pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia, penekanan terhadap proses membaca telah diberikan perhatian, terutama melalui penetapan kemahiran bahasa yang perlu dicapai seperti yang terkandung dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah (Kementerian Pendidikan Malaysia 2000).

2.1 TEORI DAN KONSEP BERKAITAN

Menurut (Field, 2004) beliau menyatakan peranan guru sama dengan peranan kapten sebuah kapal yang mana bilik darjah disamakan dengan sebuah kapal. Manakala guru memainkan peranan sebagai pengemudi yang memimpin pelajar yang pelbagai untuk menuju kearah matlamat yang ditetapkan.

Dapatan ini turut disokong oleh (Ciulla, 2004) yang mana konsep kepimpinan mampu mengerakkan orang lain melakukan tindakan seterusnya memotivasikan orang lain untuk menuju kearah menyempurnakan visi dan misi yang ditetapkan seperti yang dikaitkan dengan persepsi kemudi yang diangkat sebagai pemimpin.

(11)

mempunyai sifat dalam diri mereka yang berupaya untuk memimpin orang lain supaya menjadikan orang lain lebih bermotivasi.

Namun berlainan dengan dapatan yang diperolehi daripada (Danielson, 2006). Beliau mengaitkan kepimpinan guru sebagai kemahiran lain yang ada pada seseorang guru selain daripada mengajar dan mempunyai kuasa untuk memujuk yang tinggi samada di dalam atau di luar bilik darjah. Dapatan ini turut dipersetujui oleh (Durrant & Holden, 2006) beliau menjelaskan ciri-ciri kepimpinan mampu melahirkan orang yang boleh mengerakkan orang lain untuk menjadi pemimpin. Konsep mengerakkan ini boleh disamakan dengan konsep memujuk yang mana mendorong individu lain untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Justeru itu, semakin ramai orang yang berkepimpinan mampu dilahirnya jika konsep kepimpinan ini mampu dipraktikan dengan baik. Sudah tentu konsep kepimpian guru yang berjaya mampu melahirkan pelajar yang cemerlang seterusnya meningkatkan prestasi sekolah itu sendiri. Konsep ini diperkukuhkan lagi oleh (Saeeda, 2004) yang mana beliau menjelaskan kepimpinan yang baik mampu menyebarkan ilmu dan kebaikkan untuk semua. Bertepatan dengan konsep kepimpinan yang baik mampu melahirkan pemimpin baru yang boleh menyebarkan kebaikkan untuk semua.

Namun agak berlainan dengan (Thomas, 2005) yang mana lebih menekankan kepimpinan sebagai memberi motivasi kepada orang dibawahnya untuk mencapai misi yang ditetapkan. Dan dapatan ini turut disokong oleh (Busher & Haris, 2005) yang mana menjelaskan kepimpinan mampu memotivasikan rakan sejawat untuk membuat pembelajaran yang lebih berinovatif bagi menjana keputusan yang cemerlang.

Secara kesimpulannya, walaupun terdapat pelbagai tarifan dan definisi kepimpinan guru yang dibuat, rata-rata dapatan yang diperolehi pasti akan mengaitkan kepimpinan sebagai satu konsep menarik individu lain untuk berada dibawah kawalan orang yang memimpin. Golongan pemimpin ini akan bertindak sebagai seorang yang menerajui kumpulan terbabit dan mendorong kumpulannya menuju ke arah matlamat yang ditetapkan.

(12)

murid-murid sekolah. Oleh yang demikian, sudah tentu keberkesanan Program NILAM dapat dipertingkatkan jika guru-guru mampu menjalankan dan menggerakkan serta mengurus aktiviti yang dipertanggungjawabkan dengan lebih berkesan.

2.3 KAJIAN-KAJIAN LEPAS

Kajian menunjukkan keseronokkan membaca adalah lebih penting diterapkan ke dalam diri pelajar-pelajar sejak kecil. Apabila keseronokkan membaca dapat dipupuk, ianya akan menjadi tabiat dan pelajar akan berasa seronok apabila dapat membaca. Ini penting kerana tabiat membaca pelajar akan menjadikan diri mereka lebih berilmu, berkeyakinan dan mampu menjauhkan diri pelajar dari terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa sudut pandangan daripada kajian lampau untuk dijadikan panduan penyelidik.

2.3.1 PANDANGAN MENGENAI MEMBACA DALAM SITUASI BILIK DARJAH

Harrison (1992) berpandangan membaca bukanlah satu rantaian kemahiran yang diskret. Membaca memerlukan proses berturutan dimana seseorang individu perlu belajar dari satu tahap ketahap yang lain sehingga kemahiran membaca ini dapat dikuasai sepenuhnya.

Bagi pelajar-pelajar yang sudah mempunyai kemahiran membaca di peringkat sekolah tadika atau Pra-sekolah mereka mudah didedahkan dengan sebarang maklumat pendidikan namun bagi murid yang masih berada di peringkat pemulihan mereka perlu dilatih menguasai kemahiran membaca ini sepenuhnya bagi mengelakkan masalah keciciran pembelajaran.

(13)

Disini kemahiran kepimpinan guru dalam kaedah mengajar pelajar untuk mambaca perlu dipraktikan secara berkesan bagi memastikan penguasaan mereka dalam kemahiran ini mampu dikuasai sepenuhnya.

2.3.2 PANDANGAN MENGENAI PENGLIBATAN MURID DALAM AKTIVITI MEMBACA NILAM

Lee Rutledge (2009) berpendapat bahawa model pengajaran perlu diguna pakai sebagai panduan bagi membantu guru dalam melibatkan semua murid didalam aktiviti membaca yang dijalankan. Ini kerana tahap kecerdasan murid yang pelbagai memerlukan guru untuk pandai mengadaptasi kepimpinan mereka ketika menjalankan aktiviti membaca di dalam atau di luar bilik darjah.

Aktiviti membaca yang biasa dijalankan adalah guru membaca dan murid mendengar. Namun selari dengan perkembangan dunia pendidikan terdapat banyak kaedah yang boleh dijalankan bagi memastikan penglibatan pelajar secara menyeluruh dan menyeronokkan di dalam aktiviti membaca.

Seperti yang diusahakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Program ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca yang diperkenalkan perlaksanaannya diperingkat sekolah sejak Tahun 1999 lagi berdasarkan Model Program NILAM (Rujuk Lampiran 1). Namun perlaksanaan program ini masih tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Di mana silapnya? Berdasarkan dapatan kajian yang dikeluarkan oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada keberkesanan Program NILAM.

(14)

2.3.3 PANDANGAN MENGENAI PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Malaysia merupakan sebuah Negara yang mementingkan pendidikan. Ini terbukti apabila setiap kali belanjawan Negara yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dibentangkan, bidang Pendidikan pasti menerima peruntukkan kedua tertinggi.

Pelbagai kemudahan pendidikan diberikan secara percuma berbanding sesetengah negara luar yang mengenakan bayaran buat pendidikan yang diterima. Pendidikan percuma ini diberikan buat rakyat Malaysia bagi memastikan setiap penduduk menerima pendidikan asas daripada umur 6 tahun sehingga 17 tahun. Namun pada masa sekarang ada selintir ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk menerima pendidikan seawal usia 4 tahun. Ini terbukti dengan penubuhan Program Permata yang diasaskan Oleh YAB Datin Sri Rosmah Mansor yang merupakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia sendiri.

Dalam dunia pendidikan di Malaysia, Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa pengantar. Manakala pelajar turut diwajibkan mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Berdasarkan perancangan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013 - 2025 yang baru, pelajar turut digalakkan mempelajari bahasa ketiga bagi meningkatkan taraf pendidikan Malaysia di mata dunia.

2.3.4 PANDANGAN MENGENAI TABIAT MEMBACA PELAJAR

Pelajar-pelajar di Malaysia mempunyai tanggapan yang berbeza mengenai tabiat membaca. Tidak ramai dikalangan pelajar sekolah rendah yang berminat untuk menjadikan membaca sebagai hobi.

Berdasarkan kajian menyeluruh ke atas rakyat Malaysia yang dijalankan oleh Professor Atan Long dan rakan-rakan pada Tahun 1984, hasil penemuan menunjukkan hanya 20% daripada responden memilih membaca sebagai aktiviti utama pada masa lapang.

(15)

Disamping itu juga, penduduk di kawasan yang terlalu terpencil juga tidak dapat membaca walaupun mempunyai kebolehan disebabkan oleh bahan yang tidak mencukupi. Malah, menurut kajian yang dijalankan oleh Safiah Osman di bawah tajaan UNESCO, bahan-bahan yang menarik minat pelajar untuk membaca perlu ditambah nilai. Ini kerana bahan ilmiah yang bermutu serta menarik mampu menjana pemikiran pelajar ke tahap yang lebih tinggi.

Seterusnya, kajian daripada pensyarah UITM mendapati pelajar perempuan lebih ramai yang berminat untuk membaca jika dibandingkan dengan pelajar lelaki.

2.4 RUMUSAN

Sikap membaca dikalangan pelajar adalah kunci kepada kejayaan. Ini kerana secara tidak langsung ilmu pengetahuan yang berguna akan diserap masuk melalui pembacaan. Namun tabiat membaca seharusnya ditanam sejak dari awal lagi terutama di rumah.

Untuk itu, ibu bapa seharusnya memainkan peranan mereka bagi meningkatkan kesedaran membaca dari rumah. Menurut Hamilton (2006), tabiat membaca sepatutnya bermula dari rumah dan sepatutnya dijadikan sebahagian daripada aktiviti untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

(16)

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENDAHULUAN

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif (Soal selidik dan Temu bual langsung) bagi mengumpulkan semua data primer yang dikehendaki. Soalan adalah berkaitan dengan tanggapan guru terhadap kepimpinan di dalam menjalankan program NILAM, data bacaan semasa NILAM bagi murid Tahun 4 dan Tahun 5 serta kutipan markah pelajar bagi tujuan perbandingan dapatan.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Seperti yang telah dinyatakan di bahagian pengenalan, kajian ini melibatkan rekabentuk kajian kuantitatif dan kualitatif dan menjurus kepada rekabentuk kajian tindakan.

Bagi data kuantitatif, kajian akan dijalankan berdasarkan rekabentuk tinjauan. Menurut David etl. (2010) Kajian berbentuk tinjauan biasanya dijalankan di sekolah kerana data yang diperolehi mampu menghuraikan sesuatu trend dan mengenalpasti ciri-ciri amalan tertentu dengan lebih tepat untuk dikaji. Di sini, kajian menggunakan rekabentuk tinjauan cross-sectional untuk mengkaji ciri-ciri kepimpinan guru bagi melaksanakan Program NILAM di sekolah dengan lebih berkesan.

Manakala bagi data kualitatif berbentuk etnografi dipilih bagi kajian ini kerana persampelan diambil berdasarkan kumpulan murid-murid sekolah rendah Tahun 4 dan 5 untuk tujuan pensampelan.

3.3 PERSAMPELAN

(17)

Bagi kajian ini, kumpulan sasaran adalah terdiri daripada murid Tahun 4 dan 5 di SK Pawang Nong di Pahang. Daripada jumlah pelajar setiap kelas 50% sampel kajian akan dipilih.

Persampelan Rawak Berstrata dipilih bagi memastikan hasil kajian dapat menjawab objektif kajian secara telus. Ini akan dibuat berdasarkan jumlah bacaan murid mengikut data NILAM, 50% sampel adalah berdasarkan bacaan NILAM tertinggi manakala 50% lagi berdasarkan bacaan nilai terendah NILAM dan dikaitkan dengan markah peperiksaan bagi setiap sampel yang terpilih. Bagi persampelan guru pula, guru Bahasa Inggeris dan guru Bahasa Melayu bagi Tahun 4 dan 5 dipilih bagi perbandingan kepimpinan dalam pengurusan NILAM.

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Wallen & Fraenkel (2000) menyatakan soalan soal selidik membolehkan tindak balas yang konsisten dan boleh dipertingkatkan. Oleh demikian, set kajian yang disediakan merangkumi dua bahagian iaitu:

Bahagian A : Soalan yang perlu dijawab oleh murid berkaiatan dengan Program NILAM dan Kepimpinan guru yang disukai semasa menjalankan program ini. Bahagian B :Soalan yang perlu dijawab oleh guru bagi mengenal pasti Sikap guru

terhadap pengurusan Program Nilam serta ciri-ciri kepimpinan NILAM berkesan.

Sehubungan itu, dua set soalan berdasarkan rujukan yang telah dibuat di dalam kajian literatur telah disediakan bagi membantu kajian yang dibuat. Set soalan yang dipilih mampu menghuraikan ciri-ciri kepimpinan guru untuk dikaitkan dengan keberkesanan perlaksanaan NILAM di sekolah.

(18)

3.4.1 TEKNIK PENGUTIPAN DATA

Satu set soalan telah dibuat bagi menjawab persoalan kajian. Kesemua responden yang dipilih akan menjawab soalan kajian serta ditemubual dan dibuat pemerhatian bagi mendapatkan kesahan maklumat kajian.

Penggunaan teknik Triangulasi ini mampu memberi keesahan yang tinggi kepada dapatan data yang diperolehi (Dr. David etl., 2001).

Seterusnya, data NILAM responden akan dibawa keluar daripada sistem pengoperasian NILAM. Data ini dimasukkan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada setiap bulan berdasarkan jumlah bacaan murid semasa. Jumlah bacaan murid akan diberi pengiktirafan berdasarkan jumlah bacaan tertentu (Rujuk Lampiran 2). Kepimpinan guru mampu dilihat di sini secara terus jika dapatan data tidak dikemas kini.

Manakala bagi markah peperiksaan murid, data akan diambil terus dari Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Prestasi murid akan digred seperti yang berikut;

MARKAH GRED

0 - 19 E

20 - 39 D

40 - 59 C

60 - 79 B

(19)

Markah peperiksaan diambil semasa Peperiksaan Semester, untuk itu soalan kajian adalah berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan oleh lembaga peperiksaan bagi menilai tahap kefahaman murid.

3.5 ANALISIS DATA

Data kualitatif dan data kuantitatif perlu dianalisis secara berbeza mengikut kesesuaian data yang diperolehi (Dr. David etl.,2010). Namun bagi data yang dikutip daripada soalan soal selidik akan dianalisa mengunakan Sistem SPPSS version 17.

Set soal selidik ini akan dijawab oleh guru. Temu bual dan juga pemerhatian langsung akan dijalankan bagi meningkatkan lagi keesahan dapatan kajian.

Seterusnya, data NILAM responden yang terdiri daripada murid Tahun 4 dan 5 akan diambil daripada sistem pengoperasian NILAM. Data ini akan dibandingkan dengan keputusan peperiksaan murid yang diperolehi daripada Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS). Setelah kesemua data diperolehi, proses mengukur variabel kajian akan dilakukan secara terperinci bagi meningkatkan keesahan dapatan kajian.

3.5 RUMUSAN

Pelaksanaan Program NILAM yang berkesan perlu perancangan yang teliti dan mempunyai sasaran untuk dicapai. Dalam hal ini, pelaksanaan NILAM perlulah bersifat spesifik dan mempunyai petunjuk prestasi (KPI) yang boleh diukur.

(20)

SUMBER RUJUKAN

Bogdan, R. C., & Biklen, S. K. (2003). Qualitative research for education. An introduction to theories and methods. Boston: Allyn & Bacon.

Busher, H. & Hariss, A.with Wise,C (2000). Subject leadership and school Improvement. London: Paul Chapman Publishing Ltd.

Cleland, D.I. (2004). Field Guide To Project Management. 2nd Ed. New Jersey: John Wiley

Ciulla,J.B. (2004). Ethics and leadership effectiveness. Dalam J. Antonakis,A.T. Cianciolo & R.J. Sternberg, The nature of leadership. Thousand Oaks,CA: Sage

Creswell, J. W. (1998). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five traditions. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.

Danielson,C. (2006). Teacher Leadership That Strengthens Professional Practice. Alexandria, VA : Association for Supervision and Curriculum Development.

Durrant, J. & Holden, G. (2006). Teachers leading change. (Alma Harris, Ed.) London,UK : Paul Chapman

Dr.David Lim Chong Lim etl.(2010) HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan ( 6th ed) Meteor Doc. Sdn. Bhd: Universiti Terbuka Malaysia.

Dr.Salbiah Ismail etl. (2008) Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pelajaran Malaysia.Program pembacaan NILAM. Diperolehi pada 25 Oktober 2013 daripada:

http://www.slideshare.net/rosminilobah880997/slide-show-program-nilam

Field, (2004) Foster the quality of teacher leadership: Ten steps to Egulty in Education , DECD Publishing

(21)

School leadership and management, 23(4), 421-430

Hamilton (2006).Interview with Fullan: Change agent.Journal os staff Development,24(1).Dimuat turun pada 26 Oktober 2013 daripada: www.queensu.ca/idc/trainerslhandleaderlhtml.

Kementerian Pelajaran Malaysia, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca

Kementerian Pelajaran Malaysia, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2005 Perlaksanaan Program NILAM

Lee Rutledge (2009) Teacher Leadership and School Improvement: A case study of teacher participating in the teacher leadership with a Regional Education Service Center.Diperolehi pada 24 Oktober 2013 daripada

file:///C:/Documents%20and%20Settings/malim/Desktop/upsi/kepimpinan/te acher %20leadership%20kepimpinan.pdf

Robbins,(2003) Organizational Behaviour.Prentice Hall PTR

Saeeda.(2006).Educational leadership : An islamic perspective. British Educational Research Journal, 32(30,363-385

Thomas, N. (ed.) (2005). Adair on Leadership. New Delhi: Viva Books Pte.Ltd.

(22)

LAMPIRAN 1

(23)

LAMPIRAN 2

PENGANUGERAHAN TAHAP JAUHARI DI SEKOLAH RENDAH

PENGIKTIRAFAN RAKAN PEMBACA (RP)

(24)

LAMPIRAN 3

CONTOH SOALAN KAJI SELIDIK

NAME : ………..

CLASS : ………..

SCHOOL : ………..

QUESTIONNAIRE

A) Learners’ perception of the reading material provided in the school library.

QUESTIONS VERY AGREE AGREE DISAGREE VERY

DISAGREE

a.

The library has a lot of

reading material that suit to NILAM Programme.

b.

The books are interesting

to read.

c.

There are good facilities in the school library . d. The school library is

convenient.

e. The book provided can gain new knowledge. f. Students enjoy at the

(25)

B) Learners’ perception of synopsis or summary writing based on the reading materials used in the NILAM Programme.

QUESTIONS AGREE DISAGREE

1. Can promote interest among the students. 2. Increase learner’s

mastery of grammar in the language learnt. 3. Can increase learner’s

writing skill.

4. Can increase learner’s reading skill.

Referensi

Dokumen terkait

4 Dari persoalan inilah penyelidik memilih persepsi guru terhadap pelaksanaan Program Headcount dalam pengurusan akademik pelajar sebagai skop kajian penyelidik kerana

Abstrak : Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti pengurusan masa bagi pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Ambilan 1, dari aspek menguruskan masa

Dari hasil wawancara mendalam kepada informan mengenai variable Sumber Daya manusia didapatkan informasi bahwa yang terlibat dalam program UKS ini terdiri dari

Sehubungan dengan itu, adalah penting bagi guru-guru untuk mempunym personaliti dan kemahiran dalam aspek pengajaran guru kerana dua aspek ini mempunyai

1) Memperoleh ilmu pengurusan pengkulturan dengan lebih teratur dan teliti bagi memastikan rumpai laut hidup dan tumbuh dengan kualiti dan kuantiti yang baik. 2) Berjaya

Sebagai cadangan, bagi memastikan peranan guru Bahasa melayu menjadi lebih berkesan, maka guru- guru bukan sahaja perlu diperakui mencapai sekurang- kurangnyan tahap

Analisis Korelasi Spearman-Rho menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan yang kuat antara kepimpinan teknologi guru besar dengan komitmen guru program Transformasi Sekolah 2025

terhadap pemahaman lain.1 Dalam menjaga iklim keagamaan inklusif dan moderat diperlukan sebuah program dimana guru didorong menjadi pelopor moderasi beragama di sekolahnya