• Tidak ada hasil yang ditemukan

KONSEP PENDIDIKAN ANAK ANAK MENURUT SURA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KONSEP PENDIDIKAN ANAK ANAK MENURUT SURA"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Anak-anak merupakan anugerah yang begitu berharga dari Allah s.w.t terhadap

hamba-hambaNya. Namun anak-anak yang dilahirkan juga merupakan satu ujian dari

Allah s.w.t kepada setiap ibu bapa. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t di dalam

al-Quran yang bermaksud:

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.”

Surah Al-Anfal (8) : 28.

Pendidikan dan pengajaran merupakan dua perkara yang berbeza. Pengajaran

merupakan satu proses penyampaian ilmu pengetahuan terhadap seseorang individu,

seperti seorang guru yang mengajar di dalam kelas. Namun pendidikan adalah sesuatu

yang datang dari hati dan disampaikan juga melalui hati agar lekat di hati orang yang

mendengarnya. Corak pendidikan yang dilaksanakan oleh ibu bapa sangat

mempengaruhi perkembangan pendidikan anak-anak pada masa hadapan. Ibu bapa juga

dianggap sebagai pemberi contoh yang awal kepada anak-anak. Hal ini disebabkan

segala pengajaran dan pengalaman yang mereka terima melalui interaksi dengan ibu

bapa bermula sejak hari pertama kelahiran lagi. Pendidikan dan pengalaman ini

(2)

Kesempurnaan pendidikan yang diterima akan melahirkan insan yang baik serta

bertanggungjawab terhadap agama, masyarakat dan negara. Justeru Islam telah

menyediakan kaedah pendidikan yang mantap dan sesuai untuk sepanjang zaman seperti

yang ditunjukkan dalam al-Quran oleh Surah Luqman.

1.2 Latar Belakang Kajian

Masalah sosial yang berleluasa dan berkembang subur dari semasa ke semasa

membuktikan nilai-nilai pendidikan di rumah yang diberikan kepada anak-anak mulai

pudar dan terhakis. Keruntuhan akhlak dan moral anak-anak pada masa kini membawa

kepada pelbagai gejala dan penyakit sosial yang kritikal seperti penagihan dadah,

pergaulan bebas, lari dari rumah dan sebagainya. Keadaan keluarga yang menyimpang

daripada landasan Islam akan lebih memudahkan lagi gejala tersebut tersebar luas.

Islam telah menggariskan panduan yang jelas dalam proses pendidikan

anak-anak. Ia bermula sejak dari awal kelahiran seorang anak sehinggalah mereka meningkat

dewasa. Pendidikan pertama yang perlu diberikan adalah dengan memperkenalkan

anak-anak kepada Pencipta yang Maha Kuasa yakni Allah s.w.t. Pencipta yang telah

menetapkan peraturan hidup melalui syariatNya agar manusia dapat hidup dengan aman

dan tenteram. Konsep pendidikan ini ada disebut di dalam surah Luqman melalui

kaedah dialog dari seorang bapa kepada anaknya.

Oleh itu, penulis terdorong untuk mengkaji dan menyelami rahsia al-Quran

khususnya yang terdapat dalam Surah Luqman ini. Kajian ini merupakan satu analisis

(3)

sebagai hakim dan hamba yang bijaksana. Cara Luqman mendidik anak-anaknya begitu

lengkap dan menyeluruh dengan menekankan tiga aspek penting iaitu akidah, ibadah,

dan akhlak.

Justeru, penelitian yang khusus terhadap pendekatan konsep pendidikan

anak-anak yang telah diperkenalkan oleh Allah s.w.t menerusi Surah Luqman ini sewajarnya

diberikan perhatian agar kaedah ini dapat diaplikasikan di dalam pendidikan anak-anak

pada masa kini. Masalah yang berlaku terhadap anak-anak pada hari ini dikatakan

berpunca daripada beberapa faktor. Namun, faktor utama yang sering ditekankan adalah

faktor asuhan ibu bapa. Oleh itu, sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap pendidikan

anak-anak seharusnya menjadikan kisah Luqman sebagai panduan dalam membentuk

anak-anak yang soleh dan solehah.

1.3 Permasalahan Kajian

Remaja mutakhir kini seringkali dikaitkan dengan budaya hedonisme iaitu

budaya yang mementingkan keseronokan semata-mata. Ekoran daripada budaya

hedonisme yang semakin menular dalam kalangan remaja kini, keruntuhan akhlak dan

jati diri remaja turut meningkat. Pada masa yang sama, gejala ini turut menimbulkan

kebimbangan banyak pihak termasuklah keluarga, masyarakat dan negara.

Menurut satu kajian mengenai persepsi ibu bapa terhadap faktor-faktor

keruntuhan akhlak remaja Islam masa kini, Sezali Din (1997) mengatakan bahawa

punca keruntuhan akhlak di kalangan remaja adalah disebabkan kegagalan didikan ibu

(4)

“Hubungan kekeluargaan yang renggang merupakan antara faktor yang menyebabkan gejala sosial berlaku di kalangan remaja. Ibu bapa yang terlalu sibuk mengejar kemewahan dan mementingkan kerjaya sehingga interaksi di antara ibu bapa dan anak-anak terabai menimbulkan perasaan kecewa dan tertekan dalam jiwa mereka.”

(Jurnal: Persepsi Ibu Bapa Terhadap Faktor-Faktor Keruntuhan Akhlak Remaja Islam Masa Kini).

Hal ini menjelaskan kepada kita bahawa betapa pentingnya asuhan dan didikan

yang bertepatan oleh ibubapa kepada anak-anaknya.

Selain itu, penulis laman web pembina.com.my mengatakan bahawa punca

keruntuhan akhlak yang utama bermula daripada didikan yang diterima daripada ibu

bapa. Beliau mengatakan bahawa:

“Punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan dan bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang dan berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.”

(http://pembina.com.my: 3 November 2012, 11.23 am)

Sehubungan dengan itu, ibu bapa hendaklah memainkan peranan penting dalam

mencorak sahsiah anak-anak sejak dari kecil lagi. Ibarat pepatah Melayu, “melentur

buluh biarlah dari rebungnya”. Rebung digunakan sebagai perumpamaan kepada anak

kecil adalah kerana rebung merupakan pucuk muda kepada buluh yang mudah dibentuk

dan dilentur. Begitulah juga anak kecil yang masih kurang menerima

pengaruh-pengaruh negatif daripada persekitaran mereka. Namun sekiranya rebung tersebut sudah

(5)

sekiranya dipaksa. Begitu juga dengan didikan terhadap anak-anak di mana anak-anak

yang telah meningkat dewasa agak sukar untuk dididik dan diberi nasihat.

Oleh itu, Islam telah menyediakan satu metodologi dalam mendidik anak-anak

iaitu berdasarkan Surah Luqman. Surah Luqman merupakan surah penting berkaitan

dengan soal pendidikan anak-anak. Garis panduan yang jelas tentang pendidikan ini

menepati kehendak dan keperluan semasa malah bersesuaian sepanjang zaman.

Berdasarkan ayat 12 dalam surah ini terdapat dua perkara utama yang perlu diberi

penelitian khusus oleh penulis iaitu akhlak ibu bapa dan kaedah pendidikan anak-anak.

Setiap Muslim mesti memahami dengan mantap tentang dasar-dasar penting dalam

Islam dan keEsaan Tuhan serta mengamalkan ilmu dalam kehidupan seharian agar

dapat menjadi pendidik yang berakhlak mulia (Syed Muhammad al-Naquib al-Attas,

1978). Lantaran itu, penulis berhasrat untuk mengkaji dengan lebih mendalam

berdasarkan ayat suci al-Quran mengenai metodologi pendidikan anak-anak di dalam

Surah Luqman ini.

1.4 Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini ialah:

1.4.1 Mengenalpasti kaedah pendidikan anak-anak menurut Surah Luqman.

1.4.2 Menjelaskan ciri-ciri utama yang perlu diterapkan dalam pendidikan anak-anak

(6)

1.5 Soalan Kajian

Soalan kajian yang ditimbulkan adalah:

1.5.1 Apakah kaedah pendidikan anak-anak yang diterapkan di dalam surah

Luqman?

1.5.2 Apakah ciri-ciri utama yang perlu diberikan penekanan dalam proses

pendidikan anak-anak seperti yang terdapat dalam surah Luqman?

1.6 Definisi Operasional dan Konseptual 1.6.1 Konsep pendidikan anak-anak

Berdasarkan Kamus Dewan, pendidikan berasal daripada kata dasar didik yang

membawa pengertian memelihara dan memberi latihan berupa ajaran ataupun pimpinan

mengenai akhlak dan kecerdasan fikiran. Pendidikan pula membawa maksud proses

mengubah sikap dan tata laku seseorang dalam usaha mematangkan individu tersebut.

Secara jelasnya, pendidikan bolehlah ditakrifkan sebagai proses penyemaian ilmu secara

berterusan kepada seseorang.

Oleh kerana luasnya konsep pendidikan itu disamping pertalian intimnya dengan

ilmu, para cendekiawan seringkali memberi pendefinisian tentang pendidikan

berdasarkan cabang ilmu masing-masing bagi memberikan kefahaman yang lebih jelas.

Menurut Ibn Sina, pendidikan anak adalah integrasi antara pendidikan akhlak (jiwa) dan

fizikal. Keduanya harus berjalan seiring dan ia saling mempengaruhi satu sama lain.

Namun, sesungguhnya peranan jiwa sangat mendominasi terhadap tingkah laku

(7)

diutamakan pada pendidikan akhlak (jiwa), selain keperluan fizikal yang juga harus

selalu dipenuhi.

1.6.2 Surah Luqman

Surah Luqman pula merupakan surah yang ke 31 dalam al-Quran. Surah ini

terdiri dari atas 34 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyyah. Namun, kajian

ini hanya merangkumi ayat 12-19 di dalam Surah Luqman. Surah ini diturunkan

setelah surah As-Saffat. Nama Luqman diambil dari kisah Luqman yang diceritakan

dalam surah ini tentang bagaimana beliau mendidik anak-anaknya dengan penuh

hikmah.

1.7 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak terutama terhadap

institusi kekeluargaan dalam membentuk sahsiah anak-anak. Kajian ini dapat membuka

mata ibu dan bapa mengenai kepentingan mendidik anak-anak mengikut garis panduan

yang betul berteraskan ayat suci al-Quran. Islam sangat membenci dan mencela sikap

orang tua yang melayan buruk anak-anak mereka dan mengabaikan pendidikan mereka.

Akhlak anak-anak yang buruk dan rosak sebahagian besar disebabkan oleh pendidikan

yang diterima daripada kedua orang tua. Anak-anak belum matang dalam melaksanakan

tanggungjawab mereka kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Oleh itu, para ibu

bapa bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan yang berterusan agar mereka

(8)

Selain itu, hasil kajian ini dapat digunakan oleh seseorang individu dalam

menuju jalan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dan mengaplikasikan nasihat yang

disampaikan oleh Luqman al-Hakim ketika berhadapan dengan masyarakat seperti

adab-adab ketika berjalan dan dalam memelihara diri dari perbuatan mungkar.

Kesimpulannya, hasil daripada kajian ini ianya boleh digunakan oleh pelbagai

pihak dalam membentuk sahsiah serta akhlak yang mulia kerana sahsiah serta akhlak

yang mulia bermula dari dalam diri individu terlebih dahulu seterusnya barulah

berkembang kepada keluarga, masyarakat dan seterusnya kepada negara.

1.8 Tinjauan Literatur

Tujuan adanya tinjauan literatur adalah untuk mengkaji perkaitan antara kajian

terdahulu dengan kajian yang bakal dilaksanakan oleh penulis ini. Antara

sumber-sumber yang dijadikan sebagai tinjauan literatur adalah buku-buku akademik, koleksi

jurnal, laporan tesis, kitab-kitab tafsir yang muktabar dan sebagainya.

Antara salah satu sumber tinjauan literatur adalah diambil daripada laporan tesis

yang bertajuk “Metodologi Pendidikan Anak Menurut Surah Luqman” oleh Wan

Nurulhuda binti Wan Jusoh dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2011. Kajian

tersebut dijalankan dengan mengedarkan soal selidik kepada staf-staf Universiti

Teknologi Malaysia bagi melihat kecenderungan mereka dalam mengaplikasikan

kaedah pendidikan anak berdasarkan surah Luqman. Namun, kajian yang ingin

(9)

Penulis menggunakan kaedah dokumentasi yang terdiri daripada rujukan al-Quran,

kitab tafsir yang muktabar, buku-buku, jurnal dan sebagainya.

Selain itu, sumber sokongan lain yang dijadikan rujukan ialah jurnal yang

bertajuk “Pendidikan Keibubapaan Berdasarkan Surah Luqman” oleh Rosnaaini Hamid,

Suhanim Abdullah dan Syahrul Faizaz Abdullah dari Universiti Utara Malaysia pada

tahun 2004. Hasil kajian yang ditemui mendapati bahawa bentuk pendidikan surah

Luqman terdiri daripada tiga iaitu strategi pendidikan Luqman al-Hakim, pendidikan

anak-anak berkaitan hubungan dengan Allah s.w.t dan hubungan sesama manusia.

Penulis juga menggunakan jurnal yang bertajuk “Pendidikan Keibubapaan: Satu

Pengenalan Ringkas” sebagai salah satu rujukan. Kajian tersebut ditulis oleh Profesor

Madya Dr. Mustafa Hj. Daud dari Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan, Universiti

Utara Malaysia. Hasil kajian beliau mendapati bahawa ibu bapa yang mempunyai sikap,

ilmu dan kemahiran yang tinggi berkaitan dengan keibubapaan berkeupayaan untuk

menjadi ibu bapa mithali.

Selain Luqman al-Hakim, Ibn Khaldun juga terkenal dengan teori-teori

pendidikan dalam karyanya. Setelah melakukan tinjauan terhadap kajian-kajian lepas,

penulis mendapati bahawa terdapat sebuah jurnal yang bertajuk “Konsep Pendidikan

Islam Menurut Pemikiran Ibn Khaldun” dan dijadikan rujukan dalam kajian yang

dijalankan oleh penulis. Kajian ini telah ditulis oleh Syahrul Riza (2008) dari Universiti

Sains Malaysia. Beliau telah mengkhususkan kajiannya kepada konsep pendidikan

(10)

Pengkaji juga membuat tinjauan dari pelbagai buku-buku dan kitab tafsir

daripada sumber primer dan sekunder. Makna sumber primer adalah data yang diambil

secara langsung daripada sumber aslinya tanpa ada perantara. Sumber primer dalam

kajian ini terdiri daripada kitab-kitab yang ditulis oleh Sayyid Qutb bertajuk Tafsir Fi

Zhilalil Quran Jilid 9 pada tahun 2005 dan kitab bertajuk Fi Zilal al-Quran, Juzu’ 5 pada

tahun 1988. Kitab-kitab ini banyak membantu penulis untuk memahami makna sesuatu

ayat dengan lebih mendalam khususnya dalam surah Luqman. Kitab ini juga memberi

tafsiran yang pelbagai daripada para pengkaji hadith. Selain itu, penulis juga

menggunakan kitab yang ditulis oleh Said Hawa bertajuk Al-Asas Fi al-Tafsir. (1989).

Sumber sekunder dalam kajian ini pula adalah semua buku-buku utama yang

masih ada hubungannya dengan persoalan yang dibahas. Data sekunder adalah data

yang bukan ditulis sendiri pengumpulannya oleh penulis seperti buku yang ditulis oleh

Abdullah Nasih Ulwan bertajuk Pendidikan Anak dalam Islam Jilid I pada tahun 2002.

Selain itu, buku yang ditulis oleh Abdul Rashid Ahmad (2008) bertajuk Surah Luqman:

Mendidik Anak Cemerlang. Pengkaji juga merujuk kepada buku bertajuk Hikmah di

Sebalik Wasiat Luqman al-Hakim yang ditulis oleh Ahmad Hasan Mohd Nazam dan

Mohd Nizam Mohd Ali. (2001). Di dalam buku ini lebih berfokus kepada wasiat-wasiat

yang ditinggalkan oleh Luqman kepada anak-anaknya bahkan kepada orang ramai

menggunakan kata-katanya yang bijaksana.

1.9 Skop Kajian

Kajian ini tertumpu kepada pendekatan konsep pendidikan yang terdapat dalam

(11)

dalam al-Quran dan mengandungi 34 ayat. Namun, kajian ini memfokuskan pada

ayat-ayat yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak yang merangkumi lapan ayat-ayat sahaja

iaitu bermula dari ayat 12-19. Ayat 12 menceritakan tentang peribadi Luqman al-Hakim

manakala ayat 13-19 menceritakan secara khusus tentang kaedah pendidikan yang

diaplikasikan oleh Luqman al-Hakim kepada anak-anaknya.

Ayat-ayat tersebut dapat diklasifikasikan kepada tiga aspek penting iaitu

pendidikan akidah, pendidikan akhlak, dan pendidikan ibadah. Di dalam pendidikan

akidah, penumpuan diberikan dalam mengajar anak-anak supaya mentauhidkan Allah

s.w.t iaitu larangan mensyirikkan Allah s.w.t terhadap sesuatu perkara. Manakala,

dalam pendidikan akhlak, penulis memberi perhatian tentang kepentingan berbakti

kepada ibu bapa. Anak-anak hendaklah mengikut segala suruhan ibu bapa mereka selagi

suruhan tersebut tidak bercanggah dengan hukum syarak. Aspek yang terakhir dan perlu

diberi penekanan dalam mendidik anak-anak ialah pendidikan ibadah. Aspek ini

menumpukan pada amalan solat serta suruhan melakukan kebaikan dan mencegah

kemungkaran berdasarkan ayat 17 dalam surah Luqman.

1.10 Metodologi Kajian 1.10.1 Kaedah Kajian

a) Reka bentuk kajian

Metodologi kajian adalah kaedah atau teknik yang digunakan untuk

mendapatkan maklumat, mengumpul serta menganalisis data. Perkara ini sangat

penting bagi melihat kaedah-kaedah yang dirangka boleh mencapai objektif

(12)

pendekatan kualitatif. Kualitatif bermaksud kajian yang lebih tertumpu kepada

kualiti dan lebih bersifat deskriptif iaitu menghuraikan makna terhadap perkara

yang dikaji. Ia memerlukan penaakulan yang mendalam terhadap kajian. Bagi

tujuan itu, penulis telah menganalisis dokumen-dokumen, buku-buku dan

manuskrip yang berkaitan dengan kajian iaitu untuk mengenalpasti pendekatan

konsep pendidikan anak-anak menurut Surah Luqman. Oleh itu, penulis juga

perlu mengenalpasti serta memahami maksud sebenar konsep pendidikan

anak-anak yang termaktub di dalam al-Quran terutamanya ayat-ayat yang terdapat di

dalam Surah Luqman.

b) Instrumen kajian / alatan kajian

Alatan kajian yang digunapakai bagi mendapatkan maklumat dalam kajian ini

adalah melalui kajian dokumen.

1.10.2 Kaedah Pengumpulan Data a) Kajian dokumen

Data kualitatif merujuk kepada maklumat dan data yang berbentuk teks atau

ayat-ayat yang tidak mempunyai struktur dan tidak dapat dirumuskan dalam

bentuk nombor atau statistik seperti data kualitatif. Selain itu, data tersebut juga

berbentuk dokumen dan perlu dianalisis oleh penyelidik. Kajian ini juga boleh

membantu kajian kuantitatif dengan memberi penjelasan kepada hasil data

penyelidikan kuantitatif. Di dalam kajian ini, data-data dikumpul menggunakan

kaedah dokumentasi yang terdiri daripada rujukan al-Quran, buku-buku, kamus,

tesis, jurnal, manuskrip, dan artikel. Kitab tafsir yang muktabar menjadi sumber

Referensi

Dokumen terkait

Menyetujui untuk memberikan Hak Bebas Royalti Nonekslusif (Non-Exclusive Royalty-Free Right) kepada Universitas Muhammadiyah Purwokerto atas KTI saya yang berjudul

Inactivated vaccines merupakan vaksin daribakteri atau komponen bakteri atau virus yang tidak aktif, tidak menyebabkan sakit atau mutasi menjadi pathogen, tidak dipengaruhi oleh Ab

Secara administratif dan fungsional bertanggung jawab penuh kepada Koordinator Tim Evakuasi Medis Darat maupun Udara mengenai proses pelayanan Evakuasi Medis dari

Sesuai dengan uraian terhadap data dan analisis yang dilakukan dapat disimpulkan bahwa nilai-nilai karakter dapat diinternalisasikan ke dalam ekstrakurikuler yang terdapat

Usaha pembentukan sistem ini didasari oleh larangan dalam Syariat Islam untuk memungut maupun meminjam dengan bunga (riba) serta larangan investasi untuk usaha-usaha

Dengan melakukan Tradisi ini ada beberapa hal yang akan membawa kesejahteraan kepada masyarakat Kangean, seperti adanya pelatihan penunggangan kuda (joki), melatih memainkan alat

Hasil kajian mendapati bahawa terdapat lima kriteria asas dalam memahami makna budaya organisasi menurut pandangan dunia para pekerja BIMB iaitu falsafah, prinsip,

Unit skala kecil harus menyesuaikan positioning produk mereka dengan strategi perencanaan industri besar dan menengah karena mereka secara langsung atau tidak langsung