• Tidak ada hasil yang ditemukan

Makanan dan sistem pencemaan bubtema

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Makanan dan sistem pencemaan bubtema"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Makanan Dan Masakan Masyarakat Baba Dan Nyonya

Jika kita berkunjung ke Melaka, tidak sah jika kita tidak mencuba makanan tradisional masyarakat peranakan Baba dan Nyonya yang cukup terkenal di zaman dahulu kala. Masyarakat ini amat masyhur dengan pelbagai masakan tradisional yang begitu sedap dan menarik di mana mempunyai persamaan dengan masakan masyarakat Melayu. Bagi kita sebagai orang Melayu, merasa makanan masyarakat Baba dan Nyonya akan merasa keunikan kerana resipinya menampilkan budaya campuran cita rasa kaum Cina dan Melayu tetapi masih beridentitikan masakan Baba. Telah menjadi kebiasaan masyarakat Baba dan Nyonya memakan dengan menggunakan tangan.

Masakan masyarakat baba dan nyonya lebih merujuk kepada nama lauk Nyonya iaitu daging dan sayuran. Kebiasaannya masakan masyarakat Baba dan Nyonya agak pedas dan menggunakan banyak cili. Bagi masyarakat Baba dan Nyonya, penggunaan cili yang banyak di dalam masakan adalah satu identiti yang membezakan di antara masyarakat Baba dan Cina.

Menjadi kegemaran masyarakat ini untuk memakan makanan berasaskan masakan gulai. Masakan seperti masak lemak, asam pedas dan sambal belacan adalah makanan harian mereka. Selain itu terdapat juga masakan tradisi lain seperti ayam pong teh, ikan stim Nyonya dan udang lemak nanas.

Masyarakat Baba dan Nyonya masih mengamalkan satu upacara tradisi yang bersangkutan degan penyembahan nenek moyang iaitu penggunaan meja panjang atau lauk tok panjang. “Tok” bermaksud pelbagai lauk dan mempunyai isi tersirat sebagai meja. Upacara ini ialah memasak lauk sembahyang dengan masakan yang istimewa pada hari-hari tertentu sahaja.

Bagi masyarakat Baba dan Nyonya, bahan yang digunakan untuk memasak adalah lesung batu untuk menumbuk bahan-bahan masakan. Ini adalah salah satu warisan budaya Melayu. Mereka menganggap bahawa penggunaan lesung batu untuk menumbuk bahan masakan akan menghasilkan satu aroma masakan Melayu tradisional dan keenakan tersebut terserlah. Keaslian masakan masyarakat Baba dan Nyonya terpelihara kerana mereka menggunakan rempah ratus yang sering digunakan dalam setiap masakan Melayu. Selain daripada itu, masyarakat Baba dan Nyonya juga terkenal dengan pelbagai aneka kuih muih traditional seperti onde-onde,dodol, bahulu dan cendol resepi Melayu.

(2)
(3)

Bahasa Yang Digunakan Masyarakat Baba Dan Nyonya

Bahasa Baba ialah sejenis dialek bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang-orang Baba di Malaysia, khususnya di Melaka dan Pulau Pinang. Walaupun bahasa ini berasal dari Melaka, bahasa Baba yang dituturkan di Pulau Pinang berbeza dengan bahasa Baba Melaka dalam beberapa aspek.

Pada dasarnya bahasa masyarakat Baba dan Nyonya adalah campuran di antara bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Walaupun kebanyakan nahu bahasa Baba berasal daripada bahasa Melayu, bahasa Baba berbeza daripada bahasa Melayu dalam kebanyakan aspek yang utama dan oleh itu, bahasa mereka merupakan satu bahasa yang berasingan.

Bahasa masyarakat Baba dan Nyonya telah menyerap banyak perkataan Cina, umpamanya ‘lai’ untuk datang dan banyak lagi. Bahasa mereka lebih cenderung ke arah dialek Hokkien, yang mana tidak dapat difahami oleh masyarakat Melayu. Masyarakat Baba dan Nyonya kebanyakannya tidak tahu perkataan dan dialek Melayu. Bahasa masyarakat ini telah mengubah kebanyakan sebutan bahasa Melayu, termasuk juga sebutan bahasa hokkien. Mereka lebih suka menggunakan peribahasa Cina yang digunakan secara meluas berbanding peribahasa Melayu. Kebanyakan mereka tidak tahu tentang perkataan-perkataan berhubung dengan agama Islam.

Bentuk ayat bahasa Baba berbeza daripada bahasa basahan orang Melayu. Umpamanya, "Ibu bapanya sedang makan di meja" disebut "Dia punya mak-bapa ada dudok makan do sblah punya mejah". Selain itu, mereka menggunakan kata ganti 'ini' dan 'itu' mendahului kata nama, iaitu berbeza dengan bahasa Melayu.

Contoh lain peggunaan perkataan yang digunakan dalam etnik Baba dan Nyonya adalah saya yang disebut sebagai goa, anda disebut seperti lu dan kita disebut sebagai wa lang. Bagi peralatan dapur, ada yang diberi nama Melayu kecuali barangan jenis Cina seperti teko disebut sebagai tekuan, sudu sup disebut sebagai tangsi dan cerek disebut sebagai teko.

(4)

Agama Masyarakat Baba Dan Nyonya

Kebanyakan masyarakat Baba dan Nyonya menganuti agama Taoisme, Confucianisme, dan Cina Buddha. Masyarakat Baba dan Nyonya juga mengamalkan agama-agama tradisional Cina seperti menyambut Tahun Baru Cina, Pesta Tanglung dan Hari Cap Goh Me, sambil mengamalkan adat resam Melayu dan penjajah barat. Pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan dalam budaya Peranakan.

Walaubagaimanapun, kebanyakan masyarakat Baba dan Nyonya adalah penganut agama Buddha. Mereka memilih untuk membakar mendiang. Cara upacara membakar mendiang tidak terpengaruh sama sekali dengan cara agama Islam mengebumikan jenazah. Bagi masyarakat Baba dan Nyonya yang menganut agama Islam, mereka akan diuruskan dengan cara Islam. Jenazah dimandikan,dikafankan, disembahyangkan, dan akhirnya dikebumikan.

Selain itu, mereka juga amat mengutamakan penyembahan nenek moyang di rumah. Semasa penyembahan nenek moyang dirumah, semua ahli keluarga diwajibkan hadir. Hal ini dapat dijelaskan bagi mereka tidak lupa jasa nenek moyang mereka.

(5)

Perkahwinan Masyarakat Baba Dan Nyonya

Adat-adat perkahwinan masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu. Persamaan adat ini boleh didapati di dalam perkahwinan mereka iaitu dari tepak sireh yang melambangkan kesucian wanita yang akan berkahwin. Adat lain adalah seperti mas kahwin yang diserahkan kepada ibu gadis sebagai lambangan kesucian gadis.

Adat perkahwinan masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai hari ‘tumbuk tepung’ dan ‘Sang Jit’ yang dilakukan dua hari sebelum perkahwinan. Tepung ini akan digunakan untuk membuat kuih tat, kuih genggang, pisang goreng dari pisang raja, apam berkuah dan onde-onde. Makanan terakhir yang perlu disediakan ialah putu tekan yang berwarna biru dan putih dan ditekankan dala bekas kayu. ‘Sang Jit’ ialah hari bertukar hadiah di antara keluarga pengantin lelaki dan wanita. Antara barangan yang sering di tkar ialah itik, khinzir, cincin berlian dan lain-lain.

Pada peringkat awal perkahwinan, jemputan secara peribadi akan dimulakan dengan melawat dari satu rumah ke satu rumah yang lain untuk menghantar kad jemputan yang bersampul merah yang dihantar oleh ‘Pak Chindek’. Ianya mengambil masa selama enam hari sebelum upacara perkahwinan.

Pada hari tersebut, ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang labuh dan jaket pendek dan memulakannya dengan memberi ‘kueh ih’ yang juga dikenali sebagai ‘sang ih’ yang bermaksud untuk memperkenalkan. ‘Ih’ pula adalah simbol bagi benda yang baik untuk perkahwinan. Selain dari ‘sang ih’, tanglung, kain merah atau ‘chye kee’ akan diletakkan di pintu utama.

Upacara pertukaran cincin dan hadiah juga dilakukan dengan penggunaan bunga rampai dan pembakaran setanggi. Selain itu, muzik yang dimainkan adalah kumpulan ronggeng, boria dan pancaragam serunai Cina semasa perlangsungan perkahwinan. Upacara perkahwinan akan berlangsung selama 12 hari bagi orang-orang kaya manakala golongan biasa ialah pada hari pertama dan hari kedua belas sahaja.

(6)
(7)

Kesimpulan

Referensi

Dokumen terkait

Karena probabilitas jauh lebih kecil dari 0.05 maka variabel independen klaster industri tekstil, proporsi kepemilikan asing, status kepemilikan kredit, dan hambatan

Rerata jumlah koloni jamur Trichoderma sp pada berbagai perlakuan kompatibilitas berbagai macam filtrat kompos dengan berbagai macam pupuk organik pada medium.

Penelitian bertujuan untuk mengkaji saluran pemasaran bandeng meliputi besarnya biaya, keuntungan, margin pemasaran serta efisiensinya, mengetahui apa saja faktor-faktor yang

(4) Untuk mengisi kekosongan jabatan wakil kepala daerah sebagaimana dimaksud pada ayat (3) yang berasal dari partai politik atau gabungan partai politik dan masa jabatannya

PAL Indonesia (Persero) yaitu memahami perencanaan tugas-tugas ITPM yang mencakup (1) memilih tugas-tugas ITPM mengindikasikan kriteria sangat baik; (2)

)rgan a!domen yang daat mengalami herniasi antara lain gaster& oment#m& #s#s hal#s& kolon& lien dan hear$ *#ga daat terjadi hernia inkarserata ma##n

Kegiatan Tugas Akhir diakhiri dengan penulisan hasil kerja praktek atau penelitian tersebut dalam bentuk Laporan Tugas Akhir untuk program D3, yang akan dievaluasi

Penulis menguraikan hasil penelitian dan pembahasan guna menjawab pertanyaan-pertanyaan dalam rumusan masalah yaitu: proses pelaksanaan lelang barang jaminan hak