• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisis lagu johanns dan danial dorf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Analisis lagu johanns dan danial dorf"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Pengenalan

Zaman Baroque ( 1600 – 1750 ) adalah zaman pergolakan dalam politik, sains, dan kesenian dalam masyarakat Eropah Barat. Dalam era klasik barat, muzik Zaman Baroque ialah muzik yang mempunyai unsur-unsur emosi yang paling tinggi. Istilah “baroque” di ambil daripada perkataan Portugis iaitu “barroco”. Peralihan zaman Renaissance ke zaman Baroque membawa banyak perubahan dalam aspek muzikal. Kecenderungan pencipta muzik beralih daripada tekstur polyphony kepada tekstur homophony. Era Baroque memperkenalkan stail baru monody iaitu nyanyian solo dengan iringan alat muzik

instrumental. Monody dipelopori oleh penulis, artis dan pemuzik Florentine yang dikenali sebagai Camerata yang mengenengahkan seni drama muzikal Greek kuno. Ahli-ahli

Camerata begitu berminat membincangkan tentang lenouve musiche ( the new music ) yang lebih versatile ekspresif. Mereka menyedari bahawa stail ini bukan hanya sesuai untuk puisi yang pendek malah berkesan digunakan pada keseluruhan drama. Dengan itu terhasillah satu seni muzikal yang penting pada Zaman Baroque iaitu Opera.

Ciri-ciri muzik zaman Baroque

Penekanan diberikan kepada bahagian alat muzik bertali. Antara alat muzik yang paling banyak digunakan ialah violin, viola dan selo. Penggunaan alat muzik lute telah lama pudar pada tahun 1620 an. Alat muzik utama dalam keluarga woodwind adalah flut, obo dan bason. Alat muzik brass seperti horn, trompet dan trombond digunakan dalam orchestra besar dan jarang digunakan dalam persembahan solo. Alat muzik tuba tidak digunakan dalam era Baroque.

Muzik mode diganti oleh nada major dan minor. Pergerakan kord yang menggunakan kord triad diperkenalkan. Tanda masa, baluk, tanda nada dan baluk dipopularkan dan

(2)

Pada zaman Baroque, muzik instrumental amat terkenal dan diminati. Alat-alat muzik bertali dan tiup kayu digunakan secara meluas dalam ensemble dan orkestra.

Enam bentuk muzik instrumental yang utama dicipta dan digunakan pada zaman tersebut ialah :

Suite Sebuah komposisi instrumental biasanya dalam gaya tarian. Ianya merangkumi beberapa pergerakan. Suite juga merupakan suatu bentuk kesatuan muzikal yang umumnya dipentaskan. Dance suite meruapakan satu set tarian yang terkenal di abad ke 17. Biasanya terdiri dari prelude, Allemade, Courante, Sarabande, dan Gigue. Masing-masing mewakili jenis tarian dengan irama yang tertentu.

Sonata Perkataan sonata adalah merujuk kepada beberapa jenis komposisi muzik pada zaman Baroque. Sonata merujuk kepada sebuah karya muzik untuk satu atau lebih alat muzik dalam beberapa pergerakan. Sonata biasa dikategorikan sebagai “sonata da chiesa” ( sonata untuk gereja ) atau “sonata da camera” ( sonata untuk dewan ). Contohnya Sonata for two Violins, Piano Sonata, Trio Sonata dan sebagainya.

Theme and Variation Komposisi di mana satu tema yang utama dimainkan dan kemudian tema ini akan mempunyai beberapa variasi yang berlainan.

Conserto Komposisi muzik instrumental yang digubah untuk satu alat muzik solo diiringi oleh orkestra. Conserto merujuk kepada sebuah pertunjukan instrumental solo dengan iringan orkestra. Berkembang dengan beberapa gaya dibawahnya seperti concerto grosso iaitu sebuah consert kecil yang terdiri oleh para solois.

Tocata Merujuk kepada komposisi alat muzik seperti organ dan keyboard. Merangkumi pergerakan kord yang pendek dan biasanya akan menonjolkan teknik bermain alat muzik oleh perfomer.

(3)
(4)

Lagu Air On G String ini adalah dalam nada D major. Tanda masa pula dalam meter

Lagu ini dimainkan dalam bentuk A,B,C.

Bahagian A adalah dari bar 1 ke bar 6. Kemudian frasa ini diulang dan berakhir di bar 7. Bahagian B bermula dari bar 8 dan berakhir di bar 11.

Bahagian C bermula dari bar 12 dan berakhir di bar 19.

Melodi era Baroque adalah berdasarkan satu idea muzik asas yang diulang dan dipelbagaikan. Idea asas diulang pada pic, sama ada yang lebih tinggi atau rendah. Hiasan (ornaments) digunakan pada melodi atau not yang panjang. Faktor ini menyebabkan melodi zaman Baroque susah untuk dinyanyikan dan diingati. Alat muzik yang digunakan ialah violin dan piano kerana komposisi-komposisi zaman barok hanya mempunyai dua bahagian sahaja iaitu bahagian melodi dan bes sahaja. Tetapi lagu ini juga telah disusun untuk dimainkan dengan alat muzik bertali seperti violin, viola, selo dan contra bass. Bahagian irama banyak menggunakan not semikuaver untuk menghasilkan perasaan berterusan. Oleh itu hasil karya ni bermula dengan satu mud asas yang diulang secara berterusan sehingga ke akhirnya. Melodi yang panjang penuh dengan ornamentasi tetapi hanya mempunyai satu motif. Satu emosi dari permulaan lagu hingga ke akhirnya. Lagu ini dimainkan dalam dinamik lembut. Pertukaran dinamik secara mendadak sama ada daripada kuat ke lembut atau sebalik. Tekstur untuk lagu ini adalah polifonik kerana setiap alat muzik mempunyai peranannya yang tersendiri.

(5)
(6)

Pachelbel’s Canon in D oleh Danial Dorff.

Lagu ini adalah dalam nada D major.

Alat muzik yang digunakan ialah Violin 1, Violin II, Viola dan Cello.

Canon bermaksud melodi dimainkan secara contrapuntal di mana frasa melodi yang dimainkan oleh satu alat muzik akan di imitasi oleh alat muzik yang lain.

Canon adalah antara jenis imitasi contrapuntal yang dipopularkan pada Zaman Baroque. Frasa yang dimainkan oleh violin 1 diimitasi oleh violin II bermula dari bar ke 5. Kemudian diimitasi oleh Viola dari bar ke 9.

(7)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

(8)

NAMA

: JURITA BINTI OSMAN

NO. KAD PENGENALAN

: 691010-08-5120

OPSYEN

: PPG MUZIK (FEB 2012)

KOD / NAMA KURSUS

: MZU 3202 MUZIK DUNIA

NAMA PENSYARAH

: EN. SUFIAN BIN SUKHAIRI

TARIKH SERAHAN

: 16 SEPTEMBER 2014

RUJUKAN

Taylor, E. (1989). The AB guide to music theory. London: ABRSM

http://www.scribd.com

http://www.slideshare.net

http://hishamidrus.blogspot.com

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

(9)
(10)
(11)
(12)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

NAMA

: JURITA BINTI OSMAN

NO. KAD PENGENALAN

: 691010-08-5120

OPSYEN

: PPG MUZIK (FEB 2012)

KOD / NAMA KURSUS

: MZU 3119 ( CIPTAAN DAN ENSEMBEL II )

TAJUK

: LAPORAN ORKESTRA

NAMA PENSYARAH

: EN. ISA AMRI

TARIKH SERAHAN

: 18 OKTOBER 2014

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

(13)

Referensi

Dokumen terkait

[r]

Semua kegiatan yang berhubungan dengan informasi dapat ditemukan pada internet, lain halnya sebuah band silverstone ini masih ditemukan kendala dalam penginputan dan pemberian

29 RE 029 Xanthophyllum ellipticum (Blume) Miq Polygalaceae 30 RE 030 Alstonia angustifolia Wallich Apocynaceae 31 RE 031 Pentace triptera Masters Tiliaceae 32 RE 032

Hasil penelitian diperoleh bahwa cara belajar dan fasilitas belajar memiliki pengaruh yang positif dan signifikan terhadap prestasi belajar siswa, baik secara parsial

Hukum Perdata dalam materi PKn termasuk dalam materi Hak dan Kewajiban Warga Negara. Hak dan kewajiban warga negara disini dalam arti hubungan timbal balik antara warga

Hal tersebut disebabkan karena selama proses pembelajaran guru hanya menggunakan pendekatan teacher center, tidak menggunakan media pembelajaran, sumber belajar hanya

Pengaruh Word of Mouth Communication kepada calon konsumen adalah dapat mempengaruhi mereka untuk berkeinginan atau minat terhadap produk yang ditawarkan tersebut dengan mencari

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui toksisitas akut dan lethal dose 50 serta kriteria ketoksikan ekstrak etanol daun Pepolo ( B. javanica Blume) terhadap