• Tidak ada hasil yang ditemukan

TINDAKAN HASIL PROSES SARINGAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2019

Membagikan "TINDAKAN HASIL PROSES SARINGAN"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Tahun 1 (2010)

© Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010

KEM EN TERIA N PELA JA RA N M A LA YSIA

M A N UA L

IN STRUM EN N UM ERA SI LISA N

SA RIN G A N 3 ( SK / SJKC / SJKT)

SEPTEM BER 2 0 1 0

(2)

Manual Numerasi Lisan Saringan 3 – SK/SJKC/SJKT

2

KAEDAH PELAKSANAAN

Instrumen ini hendaklah ditadbir pada 1 September – 15 Oktober 2010

Murid Tahun 1 yang tidak melepasi Saringan 2 mesti menduduki

saringan ini

Ditadbir oleh guru mengikut masa yang ditetapkan menggunakan

bahasa pengantar di sekolah

Ditadbir secara individu atau kumpulan kecil (bilangan murid dalam

kumpulan kecil tidak lebih daripada 3 orang)

Ditadbir mengikut urutan Item / konstruk

Jika kesemua konstruk telah ditaksir, guru boleh mentaksir semula

mana-mana konstruk yang belum dikuasai oleh murid

Guru disarankan berada dengan murid ketika saringan dilaksanakan

Ditadbir tanpa dipengaruhi oleh sebarang sentimen perkauman dan

tahap kecerdasan murid

Guru

perlu

membantu murid memahami tugasan item

Murid disaring secara telus dan jujur

Guru mesti mencatat pencapaian murid menggunakan Borang

Prestasi Individu seperti yang dilampirkan pada halaman belakang

Manual Am Instrumen Saringan Numerasi

Murid menguasai sesuatu konstruk jika dapat menjawab betul

kedua-dua item yang mengukur konstruk tersebut

Tahun 1 (2010)

(3)

Manual Numerasi Lisan Saringan 3 – SK/SJKC/SJKT

3

TINDAKAN HASIL PROSES SARINGAN

Selepas Saringan 3 dijalankan, murid-murid akan ditempatkan mengikut

penguasaan konstruk berdasarkan jadual di bawah:

Saringan 3

Tidak Menguasai

Konstruk 1 – Konstruk 2

(dibimbing oleh guru pemulihan khas)

Tidak Menguasai mana-mana

Konstruk 3 – Konstruk 9

Program LINUS

Menguasai

Konstruk 1 hingga Konstruk 10

Kelas arus perdana

Murid-murid yang tidak melepasi Saringan 3 akan menduduki

Saringan 1 (Lisan) Tahun 2 yang akan diadakan pada 1 - 28 Februari 2011

.

Murid-murid sama ada menguasai atau tidak 12 konstruk Saringan 3

(Lisan), mesti mengambil Saringan 3 (Bertulis) yang akan diadakan pada 17 –

22 Oktober 2010.

Murid-murid yang mengikuti Program LINUS akan menduduki Saringan

1 Tahun 2. Program LINUS dilaksanakan oleh guru Matematik manakala guru

pemulihan adalah yang sedia ada di sekolah.

Tahun 1 (2010)

(4)

Manual Numerasi Lisan Saringan 3 – SK/SJKC/SJKT

4

PENERANGAN INSTRUMEN SARINGAN 3 (LISAN)

Item 1

Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka

 Guru menyediakan kad angka 1, 6, dan 9

 Guru minta murid menyebut angka-angka tersebut

 Murid menguasai tugasan ini jika menyebut

o satu / one (dalam bahasa pengantar di sekolah)

o enam / six (dalam bahasa pengantar di sekolah)

o sembilan / nine (dalam bahasa pengantar di sekolah) Catatan

1. Jika murid gagal menyebut angka 1, 6, 9, guru boleh menukar kepada angka yang lain seperti berikut, iaitu 2, 3, 4, 5, 7 dan 8 2. Angka-angka dilampirkan dalam lampiran (gunting dan tampal pada kad manila)

Item 2

Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka

 Guru menyediakan 2 set kad angka 2, 4 dan 5

 Guru menyusun kad angka tersebut secara rawak

 Murid diminta memadankan kad angka yang sama

 Murid menguasai tugasan ini jika berjaya memadankan semua kad angka dengan betul

Catatan

1. Jika murid gagal memadankan kad angka yang sama, guru boleh mengulang sekali lagi

Item 3

Konstruk 2 : Keupayaan membilang

 Guru menyediakan 8 getah pemadam

 Guru minta murid membilang satu persatu getah pemadam

 Guru minta murid mengambil 5 getah pemadam

 Guru minta murid membilang bakinya

 Murid menguasai tugasan ini jika berjaya membilang dan menyebut baki getah pemadam dengan betul

Catatan.

1. Jika murid gagal membilang, guru boleh mengulang sekali lagi 2. Guru boleh menggunakan objek lain mengikut kesesuaian

Tahun 1 (2010)

(5)

Manual Numerasi Lisan Saringan 3 – SK/SJKC/SJKT

5

Item 4

Konstruk 2 : Keupayaan membilang

 Guru menyediakan 10 getah pemadam  Guru meletakkan kad angka 7

 Guru minta murid mengambil getah pemadam mengikut kad angka yang telah diletakkan tadi

 Murid membilang getah pemadam mengikut kad angka yang diberi

 Murid menguasai tugasan ini jika berjaya membilang dengan betul Catatan

1. Jika murid gagal membilang, guru boleh mengulang sekali lagi 2. Guru boleh menggunakan objek lain mengikut kesesuaian

Item 5

Konstruk 3: Keupayaan memahami nilai nombor

 Guru menyediakan kad gambar buah epal

 Guru menyediakan kad angka 1,2,3,4,5 dan 6

 Guru minta murid membilang buah epal pada kad gambar tersebut

 Guru minta murid meletakkan kad angka pada kad gambar yang betul

 Murid menguasai tugasan ini jika berjaya memadankan kad gambar dengan kad angka dengan betul

Catatan.

1. Kad gambar buah epal dan kad angka 1,2,3,4,5 dan 6 disediakan pada lampiran(gunting dan tampal pada kad manila)

Item 6

Konstruk 3: Keupayaan memahami nilai nombor

 Guru menyediakan kad gambar buah nanas dan kad gambar buah durian

 Guru menunjukkan kad gambar buah nanas dan kad gambar buah durian kepada murid.

 Guru minta murid membilang buah nanas dan buah durian dalam setiap kad gambar dan menyebut angkanya

 Murid menguasai tugasan ini jika berjaya membilang dan menyebut nilai angka dalam kedua-dua kad gambar itu dengan betul

Catatan

2. Kad gambar buah durian dan kad gambar buah nanas disediakan pada lampiran (gunting dan tampal pada kad manila)

Tahun 1 (2010)

(6)

Manual Numerasi Lisan Saringan 3 – SK/SJKC/SJKT

6

Item 7

Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi.

 Guru menyediakan dua kumpulan getah pemadam yang berbeza

kuantitinya.Contoh: Kumpulan A :8 getah pemadam dan Kumpulan B: 4 getah pemadam

 Guru minta murid melihat perbezaan kuantiti dua kumpulan objek tersebut

 Murid diminta menunjukkan kumpulan yang sedikit.

 Murid menguasai tugasan ini jika dapat menunjukkan kumpulan yang sedikit

Catatan

1. Guru dikehendaki membimbing murid untuk menjalankan tugasan ini

2. Guru boleh menggunakan kumpulan yang besar

Item 8

Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi

 Guru menunjukkan 3 keping kad gambar pokok yang berbeza ketinggian

 Murid diminta menyusun kad gambar tersebut mengikut urutan tinggi ke rendah

 Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyusun kad gambar tersebut mengikut urutan tinggi ke rendah dengan betul

Catatan

1. Kad gambar pokok yang berbeza ketinggian disediakan pada lampiran

Item 9

Konstruk 5 : Mengenal mata wang Malaysia

 Guru menyediakan dua keping kad gambar duit syiling. Sekeping syiling Malaysia dan sekeping syiling negara luar

 Murid diminta menunjukkan kad gambar duit syiling Malaysia

 Murid menguasai tugasan ini jika dapat menunjukkan kad gambar duit syiling Malaysia

Catatan

1. Kad gambar duit syiling Malaysia dan kad gambar duit syiling negara luar disediakan pada lampiran

Tahun 1 (2010)

(7)

Manual Numerasi Lisan Saringan 3 – SK/SJKC/SJKT

7

Item 10

Konstruk 5 : Mengenal mata wang Malaysia

 Guru menyediakan dua keping kad gambar wang kertas Malaysia dan wang kertas negara luar

 Murid diminta menunjukkan kad gambar wang kertas Malaysia

 Murid menguasai tugasan jika dapat menunjukkan kad gambar wang kertas Malaysia

Catatan

1. Kad gambar wang kertas Malaysia dan wang kertas negara luar disediakan lampiran

Item 11

Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu

 Guru menyediakankan sekeping kad gambar aktiviti suasana waktu malam

 Murid diminta menyatakan situasi di dalam gambar

 Murid diminta menyatakan waktu siang atau malam

 Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyatakan waktu malam Catatan

1. Kad gambar aktiviti disediakan pada lampiran

Item 12

Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu

 Guru minta murid menyatakan nama hari (saringan lisan dijalankan)

 Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyatakan nama hari berkenaan

Catatan

1. Guru boleh mempelbagaikan contoh menggunakan hari yang lain

Item 13

Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas

 Guru meletakkan 10 getah pemadam

 Guru minta murid mengambil 3 getah pemadam dan memasukkan ke dalam bekas yang disediakan

 Guru minta murid mengambil 2 getah pemadam lagi dan memasukkannya ke dalam bekas yang sama

 Guru menyoal murid sama ada bilangan getah pemadam bertambah atau berkurang

 Murid menguasai tugasan jika berjaya menjawab bertambah Catatan

1. Guru boleh menggunakan bahan yang lain mengikut kesesuaian

Tahun 1 (2010)

(8)

Manual Numerasi Lisan Saringan 3 – SK/SJKC/SJKT

8

Item 14

Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas

 Guru menyediakan kad simbol (+) dan (–)

 Guru minta murid memilih simbol yang betul dalam Item 13

 Murid menguasai tugasan ini jika berjaya memilih simbol (+) Catatan

1. Kad simbol (+) dan (–) disediakan dalam lampiran (gunting dan tampal pada kad manila)

Item 15

Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia

 Guru menyediakan sekeping duit syiling 10 sen dan sekeping duit syiling 20 sen

 Guru minta murid menyatakan nilai duit syiling itu

 Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyatakan jumlah nilai syiling yang betul

Catatan

1. Guru mesti menggunakan wang syiling sebenar

2. Sekiranya murid gagal dalam percubaan pertama, guru boleh menggantikan gabungan duit syiling yang lain (contoh: 10 sen dan 10 sen)

Item 16

Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia

 Guru menyediakan 2 keping kad gambar gabungan duit syiling

 Guru minta murid menyatakan nilai duit syiling dalam kad gambar tersebut secara berasingan.

 Murid menguasai tugasan jika berjaya menyatakan nilai gabungan duit syiling dengan betul pada kedua-dua kad gambar

Catatan

1. Kad gambar duit syiling disediakan pada lampiran (gunting dan tampal pada kad manila)

Tahun 1 (2010)

(9)

Manual Numerasi Lisan Saringan 3 – SK/SJKC/SJKT

9

Item 17

Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu

 Guru menyediakan sebuah buku teks dan sehelai kertas A4

 Guru minta murid mengangkat buku teks di tangan kiri dan sehelai kertas A4 di tangan kanan

 Guru minta murid menyatakan objek yang lebih berat

 Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyatakan buku teks yang lebih berat

Catatan

1. Guru boleh menggunakan objek lain mengikut kesesuaian

Item 18

Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu

 Guru menyediakan dua biji gelas berisi air (penuh dan tidak penuh)

 Guru minta murid memilih gelas yang penuh berisi air

 Murid menguasai tugasan ini jika memilih gelas yang penuh berisi air

Catatan

1. Guru boleh menggunakan air yang lain seperti air oren dan sirap

Item 19

Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya

 Guru menyediakan kad angka, kad simbol dan getah pemadam

 Guru meyusun kad angka 3 dan 4

 Guru menyediakan 7 getah pemadam

 Guru minta murid meletakkan getah pemadam berdasarkan kad angka 3 dan kad angka 4

 Guru minta murid mengira jumlah getah pemadam dan memilih kad angka yang betul

 Guru minta murid menyatakan operasi yang terlibat sama ada bertambah atau berkurang

 Guru minta murid meletakkan simbol di tempat yang betul

 Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyusun getah pemadam berdasarkan kad angka yang ditunjukkan

 Murid menguasai tugasan ini jika berjaya melengkapkan ayat matematik dengan betul

(10)

Manual Numerasi Lisan Saringan 3 – SK/SJKC/SJKT

10

Item 20

Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya

 Guru menyediakan kad simbol (–), (=), bekas, kad angka 2, 4, 5 dan 6

 Guru minta murid meletakkan 6 getah pemadam ke dalam bekas

 Guru minta murid menyebut bilangan getah pemadam tersebut dan meletakkan kad angka 6 di luar bekas

 Guru minta murid mengeluarkan 2 getah pemadam daripada bekas tadi dan meletakkannya di luar bekas

 Guru minta murid meletakkan kad angka 2 pada getah pemadam tersebut

 Guru minta murid menyatakan sama ada getah pemadam di dalam bekas itu bertambah atau berkurang

 Guru minta murid membilang baki getah pemadam di dalam bekas

 Guru minta murid meletakkan kad simbol (–) dan (=) di tempat yang betul

 Guru minta murid melengkapkan ayat matematik dengan betul iaitu 6 – 2 = 4

 Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyatakan baki dan melengkapkan ayat matematik dengan betul

Item 21

Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat

 Guru membaca masalah yang terdapat dalam instrumen saringan 3

 Guru minta murid memberi jawapan

 Murid menguasai tugasan ini jika menjawab empat / four (dalam bahasa pengantar di sekolah) atau menulis angka 4 atau menunjukkan 4 jari

Catatan

1. Guru boleh mengubah bilangan buku sekiranya murid tidak dapat menjawab Item yang diberikan

Tahun 1 (2010)

(11)

Manual Numerasi Lisan Saringan 3 – SK/SJKC/SJKT Tahun 1 (2010)

© Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010

11

Item 22

Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat

 Guru membaca masalah yang terdapat dalam instrumen saringan 3

 Guru minta murid memberi jawapan

 Murid menguasai tugasan ini jika menjawab tiga / three (dalam bahasa pengantar di sekolah) atau menulis angka 3 atau menunjukkan 3 jari

Catatan

1. Guru boleh mengubah bilangan pensel yang bersesuaian sekiranya murid tidak dapat menjawab Item yang diberikan

Item 23

Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang

 Guru menunjukkan kad gambar (gambar pensel dan klip kertas)

 Guru minta murid menyatakan bilangan klip kertas yang digunakan untuk mengukur panjang pensel

 Murid menyatakan bilangan klip kertas yang digunakan

 Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menjawab 6 klip kertas Catatan

1. Kad gambar pensel dan klip kertas disediakan pada lampiran (gunting dan tampal pada kad manila)

2. Guru boleh membantu murid mengukur dengan cara yang betul

Item 24

Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang

 Guru membaca masalah seperti dalam instrumen saringan 3

 Guru minta murid memberi jawapan

 Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menjawab RM2 secara lisan atau penulisan

Catatan

Referensi

Dokumen terkait

a. Muhammadiyah adalah Gerakan Islam dan Dakwah Amar Ma'ruf Nahi Munkar, beraqidah Islam dan bersumber pada Al-Qur'an dan Sunnah, bercita-cita dan bekerja untuk

• Pasien yang memenuhi kriteria eksklusi tidak disertakan dalam penelitian • Penderita dinilai berdasarkan skor Kalesaran dan Skor Alvarado. • Sampel darah diambil sebelum

Tujuan penelitian ini mempelajari pengaruh elektroakupunktur titik Zusanli (ST 36) dan Zhongwan (CV 12) terhadap perbaikan gambaran histologis duodenum tikus putih

kajian menunjukkan bahwa jenis sarana transportasi laut untuk mengangkut batubara dari pelabuhan Sorong ke berbagai PLTU tersebut, sesuai jarak yang akan ditempuh, kondisi cuaca

Berdasarkan uraian di atas dari 5 jurnal yang telah dilakukan review menunjukkan teknik fisioterapi dada dapat digunakan sebagai terapi non farmakologi untuk

Sumber cahaya yang digunakan adalah laser He-Ne dengan panjang gelombang 632,8 nm dan daya keluaran 5 mW.Hasil penelitian menunjukkan bahwa penyisipan persambungan

Setiap guru mempunyai kepribadian, latar belakang, dan pengalaman mengajar yang berbeda. Semua itu merupakan hal intern guru yang dapat mempengaruhi pemilihan

Dia yang jiwanya rindu untuk mengalami seluruh jangkauan semua nilai dan kebaikan yang diakui dan mengitari semua pantai dari “Laut Tengah” ideal ini, yang mulai dari