• Tidak ada hasil yang ditemukan

@UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "@UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan"

Copied!
37
0
0

Teks penuh

(1)

PengurusanKewangan.com

Penulis: Zaidi Ismail (UrusInsan.Net) & Warga UrusInsan. Bonus Rahsia:

Bonus ini disediakan untuk kemudahan umum dalam lebih memahami penggunaan OD dan kembali kepada asas kewangan yang kukuh. Ingatlah, walaupun 1000 tahun yang berlalu, asas kewangan tidak pernah berubah. Berikut adalah beberapa petikan yang pernah dibincangkan satu ketika dahulu. Moga bermanfaat.

p/s- Ini hanya pendapat dan perbincangan tidak semestinya tepat! Anda perlu kaji ianya sesuai untuk anda atau tidak. Harap maklum.

RAHSIAKAN BONUS INI

TERPULANG KEPADA PEMBELI UNTUK MEMBUAT PILIHAN! TUJUANNYA ADALAH UNTUK MELIHAT ADAKAH MEREKA SANGGUP MEMBERI KOMITMEN UNTUK MENGELUARKAN

(2)

1)

Akaun Overdraft & Simpanan Biasa

Saya nak bertanya tentang akaun overdraft dan akaun simpanan biasa. Mengikut kefahaman saya, semua wang masuk dan keluar sebaiknya diuruskan melalui akaun overdraft. Soalan pertama, boleh tak sekiranya saya menggunakan akaun simpanan biasa sebagai platform saya. Saya memasukkan modal/simpanan awal sebanyak rm11k dan semua pendapatan saya masukkan ke dalam akaun simpanan. Wang keluar bulanan, simpanan dan pelaburan saya ambil dari akaun ini. Adakah cara saya ini berkesan dan berbaloi? Soalan kedua, jika baki akaun overdraft tidak boleh kurang dari 50%, adakah baki akaun simpanan juga perlu dikekalkan sebegitu supaya ianya stabil? Secara ringkasnya, saya hendak membandingkan penggunaan akaun mana yg lebih berfaedah dan menguntungkan sebagai alat dlm menguruskan kewangan saya.

JAWAPAN:

Pertama overdraft atau OD yg diperbincangkan adalah OD/ASB yakni OD yg didapati dari cagaran ASB. OD <--- ASB

dan akaun simpanan pula adalah akaun simpanan di bank yg tidak dicagarkan.

D

iambil contoh yg diberikan oleh anda

OD (RM10,500) <---ASB ( 11K) * berdasarkan 95% dari nilai ASB Oleh itu anda boleh menggunakan OD sebanyak RM10,500

disamping pada waktu yg sama anda mendapat atau enjoy 8% kadar keuntungan dari ASB. Dengan kata lain, anda boleh gunakan wang ASB tanpa perlu mengeluarkan ASB dan anda masih enjoy

keuntungan penuh ASB.

Manakala akaun simpanan pula :- Akaun Simpanan (11K),

Jika anda guna akaun simpanan nilainya semakin susut dan anda tidak menikmati keuntungan darinya. Tanpa saya perlu menjawab dengan lebih lanjut, cuba anda fikirkan mana rasanya yg lebih

(3)

ASB Loan

ASB Loan, soalan common yg sering saya terima, Ianya tergantung kepada keadaan, matlamat dan objektif kewangan anda.

Contoh 1 :

Jika anda tidak mempunyai sebarang simpanan di ASB pada waktu ini, Loan ASB amat merugikan. Anda boleh membuat pengiraan sendiri @ boleh didapati forum-forum lain dan di Internet.

Contoh 2 :

Jika anda telah mempunyai simpanan ASB = Nilai loan ASB yg akan anda ambil (dan tujuan anda adalah untuk Fast Track simpanan anda) maka ini boleh menguntungkan anda (dgn syarat bayaran bulanan anda adalah lebih rendah dari nilai simpanan bulanan anda. Ini kerana anda tidak perlu membayar bayaran bulanan loan ASB tersebut.

Contoh 3

Jika anda telah mencagarkan Sijil ASB anda untuk mendapatkan OD/ASB, serta telah menggunakan OD/ASB anda, perlu diingat bahawa anda mempunyai komitment terhadap OD anda, menambah Loan ASB mungkin membebankan anda, ini kerana anda mungkin belum mahir menggunakan OD anda.

Setelah penstrukturan semula kewangan anda dengan menggunakan OD/ASB, anda seharusnya mempunyai nilai simpanan yg boleh anda lakukan ke ASB anda semula, oleh itu besar kemungkinan anda tidak memerlukan loan ASB tersebut.

Dividen ASB

Saya nak bertanyakan tentang RM57K dalam OD. kalau kita gunakan OD tersebut tanpa di top-up, adakah bonus/dividen ASB akan dikira berdasarkan balance OD ataupun 57K?

(4)

Penggunaan OD

Katakanlah saya buat OD about 15K. Saya gunakan untuk bayar rumah 1K/month. Saya gunakan OD tersebut untuk 10month payment w/o top-up the OD, saya simpan kat ASB 1K/month . Bila dah cukup 10K saya convert ke sijil dan saya gunakan utk top-up my OD. Adakah ini kaedah betul utk tingkatkan simpanan ataupun top-up OD yg digunakan setiap bulan, selebihnya simpan kat ASB?

JAWAPAN:

Pertama dividen + Bonus ASB dikira dari jumlah keseluruhan simpanan ASB, itu termasuk Sijil ASB dan juga simpanan setiap bulan.

Kedua, tiada sebab untuk Top Up OD jika kita menggunakannya 50% dari nilai OD dan selebihnya adalah untuk kegunaan kecemasan. Kecemasan disini dikira yg membabitkan nyawa sahaja. Selain daripada itu bukan dikira kecemasan.

Ketiga, OD digunakan sebagai ganti wang sendiri atau leverage dari menggunakan wang kita sendiri yg mana sepatutnya disimpan bagi meningkatkan pendapatan dari dividen + Bonus (cashflow) atau dari hasil pelaburan (Capital Growth).

Keempat, oleh kerana kesemua pendapatan sekeluarga dimasukkan ke OD, tiada sebab kenapa OD kita akan susut mendadak kecuali terlebih guna atau boros dalam kegunaan OD kita.

Kelima - OD hanya tools atau alat kewangan, ianya bukan

penyelesaian kepada masalah atau matlamat kewangan kita, oleh itu demi mencapai matlamat kewangan kita, pelbagai alat kewangan lain perlu digabungkan dan ini memerlukan konsep serta kreativiti dalam mengurus kewangan.

(5)

Pengalaman Memohon OD

Sesiapa yang nak bermula buat OD guna Sijil ASB, meh aku ceritakan sikit cara-cara dia

(aku pun mula2-mula tak tau sangat tapi dah 2 kali buat)

1) Pergi Kaunter Utama PNB kat sebelah Tabung Haji tu. Kat sini je yg boleh buat sijil...Tempat lain memang tak boleh… Aku dah tanya... 2) Dalam tu, ada Kaunter Perkhidmatan Pelanggan. Kalau nak tanya apa-apa kat sini la tempat nya… Citer la kat dia apa tujuan korang nak berurusan....Jangan segan2...Kalau tak diorang pun boring.. sebab kerja tak ade pulak...

3) Sijil sekeping 10K...klu ada 30k..buat la 3 keping...lagi kecik lagi bagus..itu yang aku belajar .. sebab senang nak tebus ke hangus ke..hehehehe ...so isi la 2 keping borang kalau 20k...

sekeping kena caj RM2.

4) Dah selesai isi borang tu... pergi ambik nombot kat kaunter khidmat pelanggan tadi tu...

5) Bila kena panggil, serahkan borang tu. Nanti dia tanya nak buat 2 keping ke...takpun kita cakap terus je saya nak buat 2 keping sijil. Pro active skit la... Hehehe... Lepas tu tunggu jap...

5) Tak sampai 10 minit, sijil tu pun siap la...semak betul-betul nama , No kad pengenalan & No Akaun kita kat sijil tu... Kalau dah puashati, Boleh la pergi RHB yang terdekat dengan tempat korang..

Di RHB:

1) Pergi jumpa Personal Banker dia yang duduk kat meja luar kaunter 2) Cakap kat diorang nak apply OD gunakan sijil ASB.

3) Isi borang dan hantar terus. (Mintak salinan sijil kita tu) 4) Tanya kat banker tu, bila boleh dapat...Lain tempat lain pula stylenya.

(6)

Pengiraan Bayaran OD

Saya nak tanya, macam mana pengiraan bayaran untuk OD? Contohnya:

Dalam OD ada RM 10K

lepas tu kita pakai RM 3500, Balance RM 6500

Berapa bank akan charge? Sebab bank akan charge berdasarkan daily interest. Mesti Banyak nak kena bayar...

Masih tak faham.. JAWAPAN:

Sebagai contoh - RHB bank - kadar faedah (BLR +0.25%).

Kadar Faedah / 365 hari (setahun) X kegunaan X jumlah hari guna. 7% / 365 hari X RM3500 X 30 hari = RM20.13

Kalau mahal gak tak tahu laa kan.

PS : Kadar faedah diatas tidak di kompaun, ini bermakna pengguna tidak dikenakan kadar faedah yg digandakan, ianya akan dipotong terus dari akaun semasa anda selepas 30 hari. sebab tu pengguna OD tak perasan pun RM20 tu, sebab dah tolak terus kdari akaun. Senang kira macam nie je , setiap RM1000 yg digunakan selama 30 hari (sebulan) pengguna dikenakan kadar faedah RM6, kalau berbelas ribu, sendiri mau ingat laa. Kalau susah sangat tengok je statement yg dihantar tiap-tiap buat, patikan anda simpan dan failkan

statement anda, simpan minima selama setahun sebelum dilupuskan.

Selamat menggunakan kemudahan yang ada dengan betul dan semoga anda mencapai matlamat kewangan anda.

(7)

PERINGATAN DAN PANDUAN

OD/ASB hanyalah satu alat kewangan, tidak lebih dari itu dan jangan salah guna dan buat hutang baru pulak atau menjadi boros atau ingat boleh guna OD beli kereta BMW pulak ... yang penting simpanan, lebih banyak simpanan, lebih banyak pendapatan tahunan kita dan lebih kurang jumlah hutang yg dibayar setiap tahun. Simpanan yang tinggi juga boleh digunakan sebagai modal untuk memiliki harta dan kekayaan.

Harta ialah sesuatu yg memberikan pendapatan (income), kalau ada tanah atau rumah sekalipun tapi tak bagi kita pendapatan / income itu beban namanya sebab kita kena keluar duit perbelanjaan untuk tanah dan rumah tersebut, maka ianya adalah beban. Beban ini harus ditukar ke harta yang memberikan pendapatan.

Kalau nak beli kereta buat teksi, itu saya sokong sebab teksi boleh menjana pendapatan, tapi kalau nak beli BMW dan Mercedes sebab nak rasa seronok , boleh tunjuk kat org dan tambah hutang, orang bodoh je buat kerja macam tu, susah senang kita sendiri yg tanggung bukan orang lain.

Arwah ibu saya pernah pesan kat saya, jangan perasan yang orang lain bercakap tentang kita sebab besar kemungkinan mereka sedang bercakap tentang diri mereka sendiri.

(8)

Sila lihat gambarajah diatas. Secara ringkas,

penstrukturan semula kewangan peribadi adalah seperti berikut:- 1. Jangan menggunakan OD lebih dari 50% dari nilainya,

ingat anda juga perlukan wang kecemasan.

2. Selesaikan hutang yang paling tinggi interest (along, kad kredit, pinjaman pengguna dan diikuti oleh pinjaman interest rendah). Dengan kata lain hutang yg tidak memberi pulangan dahulu. Jika anda menggunakan kad kredit, pastikan anda guna kad kredit yg tidak ada interest yakni Islamik Credit Card atau Caj Kad. pastikan anda membayar nilai penuh yg anda guna pada kad tersebut setiap bulan.

3. Kalau OD anda tidak cukup untuk menyelesaikan semua hutang, bersabar, selesaikan yang paling kritikal dan diikuti dengan yang kurang kritikal. Jika ada hutang yg boleh dipindahkan (defer) maka, lakukannya untuk meminjam masa, pastikan anda membayar hutang anda bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil keatas anda.

(9)

4. Bayaran bulanan hutang yg kini tidak perlu dibayar selepas

diselesaikan oleh OD haruslah mula disimpan ke ASB semula, ingat, lebih banyak anda simpan, lebih byk pendapatan tahunan anda utk membantu anda membayar hutang-hutang lain pula.

5. Berbelanja berhemah, lakukan bayaran bulanan sebanyak mungkin secara automatik dan jangan berbelanja melebihi

pendapatan, anda gagal lakukan ini, segala matlamat kewangan anda akan gagal, pusing la dok tang mana pun, anda tetap akan

menambah hutang jika masih berbelanja melebihi pendapatan.

SAVE , SAVE, SAVE dan SAVE sebanyak yg mungkin, maksimumkan ASB anda dahulu sebelum memikirkan untuk melabur di tempat lain pula.

(10)

TAK TAHU GUNA KAD KREDIT

Kalau tak ada kad kredit dan tak tahu guna kad kredit, saranan saya ialah jgn guna. Kalau nak guna belajar dulu.

Cara guna kad kredit amat mudah.

1. Bayar full amaun sebelum Due Date ikut statement bulanan. 2. Guna kad kredit dari masa Statement Date hingga ke Due Date. 3. Jangan guna kad kredit antara waktu Due Date dan Statement Date (ini juga dikenali sebagai waktu bertenang atau cooling off period) utk mengelak dari dikenakan finance charges.

4. Jangan bayar minimum payment, ALWAYS PAY FULL untuk mengelakkan dikenakan interest.

5. Interest FREE period adalah antara statement date dan due date (20 hari)

Kalau pening, tak faham, lebih baik jangan guna kad kredit.

Caj Kad Al-Rajhi.

1. Bayar Full amount sebelum due date ikut statement bulanan. 2. Guna antara statement date dan due date.

3. Tiada cooling off period.

4. Jika tidak membuat bayaran penuh kad akan digantunmg penggunaan.

5. Interest FREE period 55 Hari

Sekali lagi, kalau tak faham lebih baik jangan guna caj kad.

PS : Anda tak boleh tambah pendapatan dari kad kredit atau Caj Kad (sebab ianya duit pinjam yg kena bayar balik dalam masa 20 hari atau 55 hari bergantung jenis kad), anda hanya boleh mengurangkan kadar faedah jika kad kredit atau caj kad digunakan bersama dgn OD anda (bg mengurangkan interest OD anda)

(11)

MODAL TANPA HUTANG

Budget bulanan saya dan isteri ada lebihan dlm RM500 untuk saving. Mohon pandangan rakan2, sekiranya saya bercadang mengambil PL untuk membuat platform OD/ASB, yang mana lebih wajar;

1. buat loan di mana monthly repayment cover dlm RM500 2. buat loan di mana monthly repayment cover less than RM500 3. buat loan semaksima mungkin

p/s: saving saya ketika ini hanya ada RM2500 setelah digunakan utk kecemasan pada awal tahun..

JAWAPAN:

Jika anda boleh savings RM500 sebulan, adalah lebih baik jika anda terus menyimpan seperti biasa bagi menghasilkan modal tanpa hutang (500 X 18 bulan = 9k), dalam masa 18 bulan anda akan mempunyai modal untuk dijadikan sebagai ASAS ditambah dengan simpanan yg sedia ada (9k + 2.7K = 11.7K).

Jika anda mempunyai pilihan untuk membuat simpanan, jangan berhutang untuk menyimpan, anda akan rugi dalam jangka masa panjang kelak. seperti juga perniagaan, modal perniagaan yg baik adalah dari modal sendiri bukan dari modal pinjaman. Kita

meminjam @ leverage untuk membesarkan perniagaan bukan untuk memmulakan perniagaan. Begitu juga dengan simpanan. Jangan guna duit hutang untuk dijadikan simpanan.

Teruskan simpanan anda, tiada salahnya. Jangan gelojoh dan jangan tamak, anda perlu bersyukur kerana anda boleh menyimpan RM500 setiap bulan tidak seperti kebanyakan orang yg langsung tidak mahu menyimpan demi masa depan mereka sendiri.

(12)

MENGAPA ASB DAN OD?

Saya kira semua dah tahu kenapa / mengapa kita guna OD/ASB sebagai pelantar asas kepada pengurusan kewangan (Kalau ada tools yg lebih baik, saya akan guna yg lebih baik dari OD/ASB). Untuk orang Melayu khasnya dan golongan bumiputera Amnya, ASB adalah merupakan satu alat mendatangkan pendapatan. Biarpun ianya digelar sebagai alat pelaburan tapi jika diperhatikan betul2, ASB tidak memberikan peningkatan modal (capital gain). Kita beli RM1 dan bila jual unit saham ASB masih pada keadaan RM1, tidak seperti amanah saham yg lain yg memberikan peningkatan modal (capital gain), beli RM1 dan pada keadaan tertentu boleh jual RM1.20

misalnya, keuntungan adalah pada peningkatan modal dan dividen diberikan dalam bentuk unit percuma, tidak seperti ASB.

Fikir-fikirkanlah.

Dengan kata lain, gomen nak kasi duit free kat orang melayu tapi orang melayu masih nak buang duit pergi labur kat internet atau kat tempat-tempat yang tak sepatutnya, hanya kerana tamak dan orang tamak selalu rugi. selepas lepas ini saya harap takda lagi yg tanya sebab apa OD/ASB digunakan.

Antara sebab asas kepada OD/ASB dipilih sebagai tool dan pelantar asas adalah kerana :-

1. Preservation of Capital ( pengekalan modal) yakni wang asal didalam ASB dijamin dan tidak akan susut.

2. ASB memberikan pendapatan dalam bentuk dividen + bonus dari modal asal dalam ASB dan pendapatan ini digunakan untuk

membayar kadar faedah yg dikenakan keatas OD , pembelian

(13)

3. OD/ASB memberikan kemudahan penggunaan wang ASB tanpa perlu mengeluarkan modal asal ASB. Mana nak jumpa boleh guna waktu yg sama dapat pendapatan dari penggunaan.

4. Penambahan wang simpanan ASB boleh dilakukan bila-bila masa biarpun ASB tersebut telah ditukar ke OD/ASB.

5. Simpanan terjamin dan mempunyai nilai tukaran / leverage seperti OD, takda tools lain yg menyamainya dan lebih murah berbanding OD/ASB.

6. Nilai capping simpanan yg tinggi (sekitar RMN200K seorang tanpa compounding).

7. Kita guna OD sebab OD cuma kenakan charge keatas jumlah yang digunakan sahaja bukan jumlah OD yang diberikan tidak seperti pinjaman yang mengenakan kadar faedah keatas keseluruhan pinjaman tidak kira kita menggunaknnya atau tidak.

Penggunaan OD/ASB bergantung kepada keadaan semasa, kadar faedah, pulangan dan keperluan individu terbabit.

OD/ASB hanyalah tools atau alat kewangan, ianya bukan

penyelesaian kepada masalah kewangan. Penyelesaian kewangan bermula dari minda kita , kemudian diikuti oleh sikap dan seterusnya perbuatan kita. Kebebasan kewangan ialah satu proses yg boleh

(14)

SESUAI ATAU TIDAK?

Cuma nak mintak pandangan, aku sendiri tak ada banyak hutang sangat dan setiap bulan bayar tak pernah miss dan ada la sedikit simpanan yang dikredit terus dari gaji ke tabung haji. Orang macam aku nie perlu ke buat OD/ASB??? Sebab aku dok cari jalan untuk menambah tabungan, itu belum clear lagi dan belum nampak jalan.

JAWAPAN

Saya tak tau nak cakap perlu ke tidak...Hanya anda yang kenal diri anda. Nak senang carik jalan senang... yang penting tentukan MATLAMAT! Contoh ko nak pi penang.. ko pikir dulu.. matlamat penang... nak pi sana berapa hari... untuk ape.. tetapkan semua tu dulu... Lepas tu barulah pikir naik bas.. kereta.. motor.. kapal terbang.. naik sampan.. dan pastikan jalan yang ko pilih utk pegi penang tu tak menyusahkan ko... dan sesuai dgn keadaan semasa tu...

Sama jugak dgn kewangan.. kalau target menyimpan... macam mane nak menyimpan... basic simpanan mestilah belanja kurang dari pendapatan.. baru boleh simpan... atau pun guna OD/ASB utk simpanan atau belanja.... dalam kata lain pakai duit ASB dalam masa yang sama enjoy 8% dividen tahunan sebab duit ASB tadi dah tukar jadi sijil.. pastu Apply OD untuk digunakan bagi perbelanjaan (belanja mesti kurang dari pendapatan) ... gaji bulan tu semua sekali boleh masuk ASB (utk mereka yg tak de komitmen bayaran bulanan)... yg ade bayaran bulanan utk tempoh yg lama.. tolak dulu bayaran tu.. lepas tu baru masukkan dlm simpanan... ni bukan la gambaran 100%... tapi lebih kurang macam nie la yang aku buat sekarang... +/- income lebihan dari pendapatan lain.

(15)

APAKAH PENGURUSAN KEWANGAN YANG BETUL?

Sebenarnya tiada satu jenis pengurusan kewangan yang betul, semuanya betul dan semuanya salah. Apa yg terlalu banyak difokuskan ialah tools @ alat kewangan yakni produk kewangan. Bagi saya, apa yang penting adalah MATLAMAT dan FAHAM DIRI SENDIRI. Ingat! Proses merancang serta mengurus kewangan adalah bersifat individu, ini kerana keperluan kewangan setiap individu adalah berbeza (unik) sifatnya.

Hati-hatilah jangan yg dikejar tak dapat yg dikendong berciciran. Pengurusan kewangan bukanlah produk kewangan (tak kira la produk kewangan apa sekalipun), pengurusan kewangan adalah objektif serta proses kewangan. Jika anda (sesiapa shj) terlalu fokus pada tools (sebagai contoh misalnya ambil PL dan kemudiannya buat modal OD/ASB) saya kira ianya hanyalah penyelesaian sementara selagi individu terbabit tidak faham konsep,

falsafah serta proses merancang dan mengurus kewangan yang pasti Individu terbabit akan ditimpa masalah kewangan semula. Bagi saya ini adalah salah induestri kewangan di negara ini, apa yg berlaku ialah mereka terlalu fokus untuk menjual produk kewangan mereka (dari produk perbankkan, insurans dan lain2) sehingga membuatkan masyarakat umum tidak sedar akan kejahilan mereka dalam mengurus kewangan. Tiada pendidikan kewangan diberikan, apa yg ada hanyalah iklan yang menyuruh orang ramai membeli produk mereka. Akhrnya masyarakat umum (95%) hanyalah pengguna produk kewangan dan bukannya mengurus kewangan mereka.

Saya tingalkan satu soalan, tanya diri anda. Apa itu penstabilan kewangan? Setelah anda memilih atau menggunakan tools kewangan,

(16)

Perbezaan ASB dan Unit Trust.

Apakah perbezaan pelaburan yg dibuat antara ASB dan Unit Trust (UT) yang terdapat di Malaysia? Apa kelebihan jika kita menggunkan tools spt OD/ASB berbanding OD/UT? Mungkin ASB lebih stabil dan juga sebaliknya. Tetapi kadang-kadang UT ini memberikan

keuntungan yang tinggi. JAWAPAN:

ASB diwujudkan sebagai sumber pendapatan kepada pencarum (sebab tu beli RM1 dan jual pun RM1) manakala UT pula adalah merupakan satu pelaburan modal (contoh beli RM0.5, jual RM1). Perbezaan ketara antara keduanya selain daripada jaminan kerajaan (beli RM1, jual RM1) dalam apa jua keadaan hatta ekonomi merudum sekalipun, memberikan kestabilan kepada ASB.

Manakala UT komersil pula tiada jaminan pada modal asal (kecuali beberapa UT terbaru yg berada dipasaran) , sebagai conton UT PB takda jaminan modal, jadi terdapat kemungknan kerugian dari segi modal (beli RM0.5 , jual RM0.1).

Antara perbezaan lain ialah bagaimana ASB dan UT komersil di strukturkan, oleh kerana ASB memberikan pendapatan dari melalui Dividen + Bonus (mempunyai cara pengiraannya yg tersendiri)

manakala peningkatan modal UT pula melalui jumlah bilangan UT yg boleh di translasikan melalui penjualan UT tersebut dan disamping unit percuma yang diberikan (disini diperlukan pengiraan Dollar Cost Averaging), untuk menikmati hasil peningkatan modal hanya melalui penjualan unit UT tidak seperti ASB.

(17)

Antara perbezaan lain ialah kos pengendalian unit amanah tersebut, pendapatan dari ASB dikecualikan dari cukai, kos pengendalian akan dikenakan diakhir tahun dan telah ditolak dan kita mendapat

pendapatan bersih setelah itu, dgn kata lain PNB akan pastikan keuntungan, tiada komisyen kepada agen dan sebagainya, dengan kata lain kita memaksimakan setiap RM1 yg dilaburkan. Manakala UT komersil pula melibatkan komisyen kepada agen (Cuba tanya agen berapa komisyen dia???), kos pengendalian tinggi oleh Fund Managers (syarikat UT) dan dikenakan cukai setelah penjualan

(Sila semak undang-undang cukai anda), dgn kata lain setiap RM1 yg dilaburkan bukan RM1 sebenar, mungkin dari RM1 hanya 80 sen sahaja yg dilaburkan sebab nak kena bayar banyak kos berkaitan. Tidak dinafikan bahawa ada UT yg memberikan pulangan yg tinggi (8 hingga 15% dan ada setinggi 20%) akan tetapi untuk menikmati keuntungan tersebut anda perlu menjual unit anda, ini bermakna setiap kali anda menjual unit anda, anda kehilangan potensi "Capital Gain" dari "Dollar Cost Averaging" anda.

Secara ringkas, terdapat banyak perbezaan lain diantara ASB dan UT dan begitu juga perbezaan antara OD/ASB dengan OD/UT atau OD/ ASB dengan OD/Hartanah, semuanya bergantung dengan

keperluan / objektif kewangan anda (semua ini hanyalah tools / alat kewangan) macam spannar , screwdriver , tukul besi , paku dan sebagainya, setiap satu ada fungsinya sendiri, jika tersalah akan memakan diri. Bagi saya , kos adalah merupakan kriteria penting dalam memilih satu-satu tools kewangan , ini termasuk juga

komplikasi dan pemaksimaan penggunaan disamping penghasilan pendapatan dari tools yg digunakan, semua ini perlu

(18)

Biasanya saya akan sarankan sebagai individu bumiputera untuk memaksimakan ASBnya dahulu sebelum mula melabur di UT.

Individu terbabit juga perlu diversify (mempelbagaikan) pelaburannya seperti penuhkan ASB, UT (tidak lebih dari 20% dari pelaburan), hartanah (tidak lebih dari 30%) , Saham (tidak lebih dari 20%) , Equiti syarikat / perniagaan (tidak lebih dari 15%) , pelaburan eksotik (tidak lebih dari 15%) dan mempunyai simpanan tunai sebanyak setahun pendapatan. Semua ini bergantung kepada objektif kewangan anda, tiada satu jalan terbaik, setiap dari kita adalah unik dari segi

keperluan dan kehendak. Kesimpulan :-

ASB - Bagi pendapatan manakala UT - Bagi peningkatan modal

Saya akan ikut cara Warrent Buffet jika dilihat dari sudut pelaburan. ASB - Saya akan cuba penuhkan secepat mungklin (lagi cepat ianya penuh, lebih banyak pendapatan saya (free money) - paling lama 15 tahun utk penuhkan ASB.

UT - Untuk Capital Gain - saya akan guna kaedah "buy and keep", jangka masa panjang (20 hingga 25 tahun).

Dgn kata lain, jika saya akan abiskan masa 10 hingga 15 tahun pertama utk penuhkan ASB , kemudian mula melabur di UT untuk 20 hingga 25 tahun akan datang (kemudian jual utk persaraan) dan pindahkan wang keuntungan kepada tools yg lebih stabil untuk mendapatkan pendapatan persaraan (tabung amanah dll). Itu kalau saya, org lain saya tak tahu.

(19)

Pertanyaan Tentang Insuran

Saya sendiri belum lagi memilki apa-apa insurance kerana kewangan agak tight sedikit. Walau bagaimanapun saya dah ada Takaful Siswa untuk 2 orang anak saya yang berusia 3 tahun dan 2 tahun, dalam RM60 sebulan. Saya nak tanya pandangan tentang takaful mana satu yang patut saya fikirkan. Saya pening tak tahu nak pilih yang mana satu sebab terlampau banyak produk insurans sekarang. Matlamat saya untuk mendapat perlindungan sekeluarga sekiranya berlaku kemalangan atau kematian

JAWAPAN:

Pertama sekali, saya bukanlah seorang agen insurance dan saya tidak jual apa-apa jenis insurance, apa yg bakal dipaparkan hanyalah merupakan pendapat serta saranan saya sahaja.

Sebelum kita lihat apa keperluan perlindungan anda (insurance). Apakah objektif kewangan anda? Jika saudara memerlukan pindahan risiko kerana takut jika sesuatu berlaku kepada anda (kemalangan, sakit dan kematian) maka saudara perlu membuat plan melindungi bukan sahaja diri anda malah keluarga anda bg membolehkan mereka meneruskan hidup biarpun tanpa perlu anda menyumbang dari segi kewangan (tugas ini diambil alih oleh pihak ketiga -

Insurance / takaful).

Manakala jika objektif anda adalah untuk memberikan anak-anak anda peluang pendidikan (bantuan kewangan pendidikan) maka insurance / takaful bukanlah alat kewangan yg sesuai. Ini kerana insurance / takaful tidak memberikan pulangan yg tinggi (mana anda tahu berapa banyak yg diperlukan untuk menyediakan kos

(20)

kita mendapati bahawa anda tidak lagi mampu untuk membayar premium insurance tersebut? atau secara tiba-tiba anda memerlukan wang setelah sekian lama membayar premium, bolehkah anda

mengeluarkannya dari insurance / takaful anda?

Sila teliti dan fikirkan antara dua objektif diatas, yg mana satu objektif utama anda? objektif satu , dua atau kedua-duanya? Jika objektif pertama anda adalah perlindungan berikut adalah pendapat saya :-

1. Rule of Thumb - Jumlah coverage anda adalah 5 tahun

pendapatan tahunan anda. Walaubagaimanapun anda boleh bermula dengan perlahan-lahan, tidak perlu coverage yg terlalu besar pada mulanya, bermulalah dengan premium yg kecil dahulu mengikut kesesuaian kondisi kewangan anda.

2. Premium untuk insuran tidak perlu besar (semuanya bergantung kepada coverage serta objektif anda). Pemindahan risiko dan

perlindungan adalah kunci utama. Jika saya ditempat anda, saya akan fokus pada perlindungan kemalangan serta kesihatan

(hospitalization), faedah kematian telahpun termaktub. Oleh itu PA (kemalangan) serta Health Insurance (termasuk hospitalisasi) adalah insurance yg akan saya ambil. Life Insurance atau Insurance hayat tidak diperlukan.

3. Bergantung kepada siapa majikan anda / isteri , jika kedua-duanya pekerja swasta, memang disarankan ambil perlindungan insurance / takaful. Tapi kalau salah seorang merupakan bekerja di perkhidmatan awam / badan berkanun / Syarikat GLC (yg sudah ada perlindungan). Maka perlindungan tambahan tidak perlu kecuali anda rasakan perlu dan setelah di teliti anda boleh "double claim”. Kalau tidak buang masa je bayar premiums akhirnya samaada tak

(21)

Jika objektif anda adalah yg kedua - Tabungan Pendidikan.

1. Saya akan fokus pada simpanan (penuhkan ASB anda suami dan isteri)

2. Mula menabung minima RM50 sebulan di SSPN (Skim Simpanan Pendidikan National) Kenapa la "org kita" tak nak guna kemudahan yg telah disediakan. Cari juga yg susah dan menyusahkan diri. Antara kelebihan/keistimewaan SSPN yang boleh didapati adalah: - a. Penerima manfaat/anak akan diberi keutamaan untuk

mendapatkan pinjaman pendidikan daripada PTPTN apabila mereka diterima masuk ke IPT.

b. Manfaat perlindungan takaful/insurans dan khairat/pampasan kematian diberi secara percuma kepada pendeposit yang layak; c. Kadar keuntungan atau dividen yang sekurang-kurangnya setara dengan kadar pasaran;

d. Dividen/keuntungan SSPN akan dikecualikan daripada cukai pendapatan;

e. Semua simpanan adalah dijamin oleh Kerajaan (tertakluk kepada pindaan Akta 566); dan

f. Pendeposit yang layak akan ditawarkan insentif kewangan dalam bentuk geran sepadan atau matching grant yang bersamaan dengan jumlah simpanan.

Jika anda mempunyai kedua-dua objektif, maka anda perlu melaksanakan kedua-dua saranan yg telah diketengahkan.

(22)

Jika saya berada ditempat anda,

Berikut adalah langkah yang akan saya ambil.

1. Menilai semual objektif kewangan (senaraikan objektif kewangan yg diingini) serta menyenaraikan tindakan yg bakal diambil.

2. Menstrukturkan semula kewangan (meletak priority ditempatnya dan diikuti perkaran yg kurang priority sebagai tindakan terakhir), "Do one thing at a time and take action".

3. Cuba melupuskan hutang atau mengurangkan jumlah hutang yg ada serta meningkatkan aliran tunai positif secepat mungkin.

4. Menstruktukan semula insurance / takarul yg ada mengikut objektif serta keperluan yg betul (gunakan tools yg betul pada tempatnya).

5. Membuat simpanan tetap setiap bulan

6. Menstabilkan aliran tunai serta situasi kewangan secepat mungkin (tidak buat hutang baru atau menambah perbelanjaan bulanan). 7. Mula belajar dgn aggresive perancangan kewangan peribadi melalui pergaulan, seminar, pembacaan dan sebagainya . "Get Educated in Personal Finance".

Akhir kata, saya tidak akan endorse mana-mana syarikat kewangan, insurance dan sebagainya. Ini kerana setiap dari kita saya percaya boleh buat keputusan sendiri berdsarkan fakta bukan fantasi atau "sales pitch" dari penjual yg hanya cuba menjual produk yg kita tidak perlukan.

Sesiapun agen insurance / takaful anda, pastikan mereka adalah yg jujur. Tanya mereka tentang komisyen yg mereka terima bagi setiap skim insurance yg cuba mereka jual pada anda, biar mereka sertakan bersama bukti. Tanya juga peratusan yang diambil oleh syarikat insurance dari setiap wang premium yang anda bayar dan perapa peratus sebenarnya dari wang premium tersebut digunakan untuk

(23)

INGAT !!! Anda yg patut didahulukan bukan mereka. Mereka perlu "SERVE ANDA" bukan sebaliknya. Dapatkan maklumat lengkap

berkenaaan dgn setiap skim yg ditawarkan dan buat perbandingan yg jelas berpandukan objektif asal kewangan anda.

APA ERTI ALAT KEWANGAN? (TOOLS)

Seperti pandangan sebelum ini, apa sahaja "TOOLS" yg bersesuaian boleh digunakan untuk mencapai objektif kewangan kita. Kalau anda rasa UT/OD boleh digunakan silakan, tiada siapa yg menghalang. Begitu juga 'Clean OD" , Term Loan + OD , FLexi Homeloan , OD/ASB , simpanan , Hartanah malah hutang dengan along pun boleh kalau nak, dengan syarat "TOOLS" tersebut memberikan pulangan dan tidak menyusahkan diri kita.

Bagi saya "TOOLS" kurang penting , yg penting adalah OBJEKTIF kewangan kita, selagi kita tidak tahu apa sebenarnya objektif kewangan kita selagi itulah kebanyakan dari kita sibuk mencari "TOOLS" yg kononnya boleh menyelamatkan kita atau mungkin seperti ramai orang mencari "TOOLS" yg boleh menjadikan mereka kaya. Sekali lagi kita bermimpi, "TOOLS" kewangan tidak boleh menjadikan anda kaya.

Saya ingin nyatakan disini bahawa tiada satu "TOOLS" pun yg akan menyelamatkan masalah kewangan anda atau menjadikan anda kaya dan sebagainya. Perancangan kewangan adalah satu proses dan untuk berjaya dalam kewangan peribadi, kita harus faham proses tersebut. "TOOLS" yg digunakan hanyalah sebahagian daripada

(24)

Prosesnya mudah.

1. Tetapkan Objektif Kewangan dan kemudian rancang bagaimana untuk mencapainya.

2. Lupuskan semua hutang yg tidak memberi pulangan 3. Kurangkan Perbelanjaan dan Tingkatkan simpanan 4. Stabilkan kewangan

5. Tingkatkan Harta yang memberikan pulangan 6. Lindungi Diri dan Harta

7. Bebas Kewangan 8. Ulang Proses Diatas.

Rasanya dalam merealisasikan setiap proses diatas tiada satu "TOOLS" pun yg disebut.

(25)

SIMPANAN ASAS PENGURUSAN KEWANGAN!

Bercerita pasal simpanan, ramai yg bertanya macm mana saya boleh menyimpan / melabur 70% daripada pendapatan saya. Perseolannya disini ialah bukan macam mana tapi bila ianya bermula. Ianya bermula ketika saya berumur 12 tahun ketika saya mahu membeli basikal untuk saya kesekolah. Ketika itu saya kenal nilai wang. Saya mula menyimpan wang hasil dari belanja sekolah dan hasil jualan karipap dan nasi lemak disekolah. Persoalan pokok yg patut ditanya pada diri sendiri ialah bukan nilai , jumlah atau mcm mana utk menyimpan tapi dah mula menyimpan

ke belum?

Tak guna asyik tanya macam mana sedangkan tidak mula menyimpan RM10 sebulan sekalipun, inikan pula nak tanya mcm mana nak menyimpan RM1K atau RM10K sebulan. Persoalannya ialah kenapa tak mula menyimpan? Biarpun hanya RM10 sebulan. Kenapa tidak bermula? Apa yg anda tunggu? Dari RM10 sebulan setelah 3 bulan ianya akan menjadi satu rutin ... Lepas itu anda anda mula cuba menyimpan RM20 sebulan sehingga ianya menjadi rutin. Lepas itu RM50 sebulan, RM100 sebulan, RM300 sebulan, RM500 sebulan dan 5 tahun kemudian anda dapati anda menyimpan RM1K sebulan dan selama anda menyimpan selama 5 tahun anda mungkin telah mengumpul lebih RM10K. Fenomena ini dikenali sebagai "Conditioning" atau kebiasaan ... Bagi saya menyimpan 70% daripada pendapatan saya adalah perkara biasa. Bagi saya kalau tidak boleh menyimpan itu luar biasa kerana saya telah belajar mula menyimpan

(26)

Sama juga seperti mengumpul hutang, bila dah biasa berhutang, mula-mula RM10 pinjam kawan naik jadi RM50, lepas tu pinjam RM100 lepas tu pinjam dari kad kredit RM200, lepas tu tambah RM400 naik jadi RM1K , naik jadi RM2k , hutang along RM5K dan seterusnya. Sebab tu ada orang tak boleh tidor malam dengan lena sebab berhutang. Tapi yang mana dah biasa atau "condition" dalam keadaan berhutang, biarpun bernilai jutaan ringgit, dia boleh tidor bukan sahaja dalam keadaan lena malah kuat berdengkur. Sama seperti pertanyaan bagaimana hendak menguruskan badan. Persoalannya ialah bukan bagaimana tapi sudah bermula atau belum? Dah mula bersenam atau belum ... Dah mula makan sarapan yang berkhasiat atau belum ..Dah mula kurangkan makan siang dan malam atau belum? Kalau itu pun belum, macam mana anda masih sibuk bertanya bagaimana caranya nak kuruskan badan. Ini kerana anda tahu caranya cuma anda yang tidak mahu bermula. Terpulang!

MATLAMAT KEWANGAN?

Pastikan setiap sesuatu yg kita buat dengan duit kita tuh, kita kene tanye diri kita soalan2 berikut:

1. Untuk apa aku simpan? Kenapa tak guna je? 2. Kenapa nak belanja? Ape faedahnye?

3. Kenapa bagus simpan kat situ? Kenapa tak simpan kat tempat lain?

4. Siapa yang untung? Aku ke dia?

Pelbagai lagi persoalan mudah yang boleh menduga akal dan diri kita sendiri... Semoga berjaya!

(27)

MASALAH NAK BERKAHWIN?

Saya ini baru bertunang dan nak kena buat simpanan perkahwinan, gaji bulanan saya RM 1500 dan saya baru nak belajar menyimpan di ASB. Katakan la saya dapat simpan RM900 sebulan maka dalam setahun saya dapat simpan RM 900 x 12 = RM 10, 800 Boleh ke saya buat OD untuk simpanan ASB. Lepas tu gunakan duit OD tu utk perkahwinan saya. Kiranya simpanan ASB tu tak terusik dan kita masih leh dapat dividen kan? Untuk pengetahuan juga, tunang saya tidak mempunyai gaji yang lumayan. Kebanyakan gajinyer diberi kepada keluarga kerana masalah kewangan.

So, masalah hantaran dipikul oleh saya seorang. JAWAPAN:

Anda boleh menyimpan RM900 sebulan, apa yang susahnya? RM900 X 10 bulan = RM9K

RM900 X 20 bulan = RM18K RM900 X 30 bulan = RM27K

Maka pilih sahaja berapa lama yang perlu untuk menyimpan supaya cukup untuk matlamat kewangan anda. Jangan ambil sikap

"dah nak terberak baru nak buat tandas"

Anda cuma perlukan masa, takkan dah tak tahan sangat nak

menikah kot? Kalau tunang anda dah tak sabar nak kahwin, suruh dia cari duit bantu anda, kalau dating boleh sama-sama , makan boleh sama-sama esok lusa "tidur" pun bersama takan tak boleh cari duit bersama?? Logik kan?

Teman wanita saya sendiri dah 3 tahun ajak kahwin, jawapan saya mudah "my way or the highway" , saya kata kat dia "kalau nak

(28)

tahu, saya fikir senang dan buat cara senang , saya tak suka menyusahkan diri saya dan juga orang lain kelak.

Jadi saranan saya, ambil masa, kumpul duit dan tak perlu tergesa-gesa. Kalau nak diikutkan kalau setakat nikah RM500 pun tak abis, tapi sebab nak tunjuk kat orang kampung punya pasal, nak hantaran la , kenduri kendara laa , ambil gambar laa , bersanding la.. sebab tu RM20K pun tak cukup.

Lagi satu, belum kahwin, tunang dah sibuk nak selesaikan masalah kewangan orang lain "kaum keluarga punya masalah" , diri sendiri tak tolong dulu, tapi sibuk nak tolong orang lain. Inilah masalah dan penyakit orang Melayu secara umum, sibuk nak bantu orang lain sebelum bantu diri sendiri. Saya pun tolong adik beradik jugak, tapi saya tolong dengan ilmu dan saya pastikan saya kaya dulu baru bantu yang lain.

Tepuk dada tanya iman. dimana kedudukan anda sekarang dan ambil keputusan untuk ambil tindakan yang perlu, bukan ambil tindakan "bodo" ikut nafsu dan buat perkara ikut hati. Setakat nikah kahwin nie, bila-bila boleh buat, esok kalau nak pun boleh

(29)

KENAIKAN BLR?

Bagaimana pula sekiranya BLR akan naik pada masa hadapan? Apakah penggunaan OD & ASB ini masih lagi relevan?

JAWAPAN:

Semuanya tergantung kepada kadar kenaikan dan juga keadaan semasa ketika itu. Saya tidak dapat melihat masa depan, namun jika kita membuat persediaan untuk menghadapinya, kita akan berada didalam keadaan yang lebih mantap dan selesa. Semuanya

bergantung kepada perkembangan semasa.

Oleh kerana itu simpanan tunai beserta asset kekal amat penting untuk "hedge" apa juga tekanan kewangan masa hadapan. Potfolio individu harus diimbangi antara asset kekal dan pendapatan dari assets. Ini termasuklah asset kekal yang dapat memberikan kenaikan nilai pada kadar yang boleh di "sustain". Biarpun terdapat

penguncupan nilai tambah pada asset kelak, namun ianya hanyalah percatuan atas asset kekal dan nilai sebenar asset akan pulih dalam jangka sederhana.

Bagi penggunaan alat kewangan pula, ianya tergantung pada keadaan ketika itu dan juga "availability" yang ada ketika itu. Diingatkan berkali-kali bahawa bukan tools yang menyelesaikan masalah atau memberi masalah, semuanya tergantung kepada cara kita menggunakannya.

(30)

ADAKAH IDEA ANDA OK?

Saya tidak akan kata OK atau TIDAK OK "IDEA" apa jua idea anda. Bagi saya, semuanya bermula dengan objektif atau "niat" anda buat semua ini. Selebihnya cuma cara / kaedah / teknik sahaja.

Seperti mana Isac Newton , Albert Einstein dan nama-nama saintis besar atau orang-orang terkaya didunia lain jika kita membaca

biography (kisah hidup mereka) seperti Bill Gates atau Warrent Buffet bukan bermula dengan "macam mana aku nak kaya" tetapi mereka bermula dengan "bagaimana aku boleh membuat sesuatu" atau "bagaimana aku boleh mencipta sesuatu" , ianya bermula dengan keinginan untuk menjadi atau mendapatkan sesuatu yang lebih baik.

Isac Newton seorang pemikir berfikir bagaimana sesuatu itu berkait sehingga berjumpa "gravity" , manakala Einstein pula memikirkan "teori relativiti" sebelum berjumpa formula "e=mc2", Bill Gates hanya mahu mencipta sebuah mesin / perisian yang memudahkan urusan kerja seharian manusia sebelum menghasilkan "Microsoft" manakala "the Omaha Cronicles" Warrent Buffet hanya mahu mencari nilai tambah sebelum menjadi "pelabur professional".

Oleh itu semuanya bermula dengan "objektif" atau "niat" sebelum boleh mencari formula. Kita menggunakan OD/ASB kerana mengikut hukum dan objektif berikut: -

1. Rule no 1 = Never loose your money 2. Rule no 2 = Never forget rule no 1

OD/ASB menepati objektif tersebut. Anda kena bertanya pada diri sendiri apa yang cuba saudara capai = matlamat / objektif saudara dan apakah dengan menggunakan teknik / kaedah yang sedang

(31)

Perbincangan diatas bukanlah dari seorang penasihat dan pakar bertauliah. Ianya adalah pendapat peribadi, cadangan dan saranan yang difikirkan terbaik untuk dilaksanakan. Kami tidak

bertanggungjawab jika anda mengalami kerugian dalam

menggunakan kaedah yang disarankan. Tujuan utama pendedahan dan perkongsian ini dilakukan adalah untuk membuka minda dan jalan kepada anda dalam menetapkan matlamat supaya lebih mudah menguruskan kewangan anda. Mungkin ada sesetengah perkataan dan ayat diatas Nampak seolah-olah agak keras namun ianya terbukti menyedarkan dan membuka mata yang telah

tertutup selama ini. Semoga apa yang kami paparkan ini dapat membantu anda, sekurang-kurang anda tahu apa yang perlu dilakukan jika dalam keadaan sedemikian. Wang anda adalah hak anda.

Jangan lupa keluarkan zakat kerana sumber pendapatan anda bukanlah 100% bersih. Semoga Berjaya!!!

(32)

PENAJA 1:

Bagaimana untuk Menyimpan sehingga 140% atau lebih daripada Pendapatan anda.

Adakah anda tahu bahawa jika anda tidak mempunyai sebarang simpanan, OD atau pinjaman peribadi, anda masih boleh menyimpan 100% daripada perbelanjaan anda dengan menggunakan kad kredit dengan kadar faedah 0%?

Ini satu kenyataan, anda boleh menggunakan kad kredit anda 0% interest FREE dan wang yang biasanya anda belanja akan dapat disimpan di ASB sebagai contoh dengan kadar 8% setahun. Bayangkan jika perbelanjaan makan & minum, duit minyak, tol, roadtax kereta, insurance kereta, bayaran ansuran rumah, ansuran kereta dan macam-macam lagi yang boleh digunapakai oleh kad kredit anda kini boleh terus disimpan ke akaun simpanan atau pelaburan anda.

Jika dulu anda berbelanja sebanyak RM1K misalnya, kini 100% boleh disimpan terus ke akaun simpanan atau pelaburan anda, oleh itu jika selama ini sebagai contoh anda berbelanja 40% daripada pendapatan anda , 10% utk simpanan dan selebihnya untuk membayar hutang, kini anda boleh menyimpan hampir 90% daripada pendapatan anda terus ke akaun simpanan atau pelaburan anda, ini bermakna jika pendapatan bersih anda adalah sebanyak RM 2000 sebulan, dengan menggunakan kaedah dan teknik anda boleh menympan sehingga RM1800 daripada pendapatan anda.

Jika selama ini anda telahpun berjaya menyimpan lebih daripada 50% daripada simpanan anda, kini anda boleh menympan atau melabur lebih daripada 140% daripada pendapatan anda, bunyi

(33)

pengetahuan tentang alat kewangan / tools kewangan seperti kad kredit, anda pasti tidak akan dapat mengetahui kaedah serta cara yang betul menggunakan kad kredit utk kelebihan anda.

Bagaimana ianya dilakukan? senang dan mudah sahaja, jangan guna satu belanja kad kredit anda sepertimana pihak bank mahu anda menggunakan kad kredit anda, anda hanya perlu guna "opposite" atau "bertentangan" dengan apa yang disyorkan oleh pihak bank (kad kredit anda). Mengikut telunjuk mereka adalah untuk mengkayakan mereka, anda perlu bijak dan mereka yang perlu ikut telunjuk anda, barulah mereka bekerja untuk anda dan seterusnya mengkayakan diri anda.

Semua ini diterangkan didalam group "Urusinsan Millionaires Inside" Jumpa anda didalam forum group Millionaires Inside

Salam Zaidi Ismail UrusInsan.Net

(34)

PENAJA 2:

Menyimpan @ Melabur sehingga 2X Pendapatan Anda.

Anda sudah tahu bagaimana untuk menyimpan sehingga 140% dari pendapatan bulanan anda daripada hanya menggunakan kad kredit anda dengan betul. Pernahkah anda terfikir yang mana anda boleh menyimpan atau melabur sehingga 2X pendapatan anda, kini ramai telah boleh menyimpan 100% daripada pendapatan mereka, mereka telah master satu daripada pelbagai teknik dan kaedah membuat simpanan atau pelaburan.

Bunyinya pelik dan ganjil bukan, Kini anda boleh menyimpan @ melabur sehingga 2X pendapatan anda setiap bulan. Teknik ini adalah sebahagian daripada teknik "exelerated savings" atau

kebanyakan bertanya saya macam mana nak "boost" savings mereka. Teknik ini adalah salah satu daripadanya.

Tahukah anda, jika anda menggabungkan penggunaan kad kredit dan OD/ASB, anda boleh menyimpan sehingga 2X pendapatan anda? Menggunakan kad kredit dengan betul sahaja membolehkan anda menyimpan sehngga 140% daripada pendapatan anda dan jika

digabungkan pula dengan OD/ASB dan dengan bantuan ASB sendiri, anda kini boleh menyimpan sehingga 2X pendapatan anda tanpa menyusutkan OD anda.

Objektif asal penggunaan teknik ini adalah untuk memaksimakan ASB anda secepat mungkin (samaada RM200K utk individu atau RM400K utk suami isteri) ini bagi membolehkan anda mendapat pendapatan tahunan ASB lebih RM16K setahun utk individu atau RM32K setahun utk suami isteri bergantung kepada dividen + bonus ASB. Bayangkan jika anda mempunyai pendapatan RM2000 sebulan, anda kini boleh menyimpan di ASB sehingga RM4000 sebulan (dalam

(35)

@ 8 tahun utk RM400K) ini tidak diambil kira jika pendapatan anda bertambah setiap tahun. Ianya seperti menentang hukum alam, tetapi ianya masih boleh dilaksanakan jik dilakukan dengan betul. Sungguh menakjubkan bukan? Bagaimana ianya boleh dicapai? Apakah cara pelaksanaannya? Berapakah tempoh masa ianya dilakukan? Tanpa perlu membuat sebarang pinjaman , apa yg anda perlukan hanyalah kad kredit dan OD/ASB anda.

Semua ini banyak lagi yg diterangkan didalam group "Urusinsan Millionaires Inside"

Salam Zaidi Ismail UrusInsan.Net

(36)

PENAJA 3:

Menyelesaikan Pinjaman Rumah anda dalam masa 5 tahun. Anda pasti sudah tahu bagaimana untuk menyelesaikan hutang rumah anda dari 30 tahun kepada hanya 15 tahun, anda juga boleh melakukannya sendiri daripada 15 tahun kepada hampir 10 tahun sahaja, ianya sgt mudah.

Tapi tahukah anda cara untuk menyelesaikan pinjaman perumahan anda kepada hanya 5 tahun atau kurang? bergantung kepada objektif kewangan anda, anda boleh menyelesaikan pinjaman perumahan anda kepada 5 tahun atau kurang. Baru-baru ini, abang saya sendiri mengenengahkan peluang ini kepada saya.

"Di, aku nak buat rumah kat kampung, aku perlukan RM25K untuk membina sebuah banglo dikampung diatas tanah sendiri, RM22K akan diberikan oleh kerajaan manakala selebihnya hampir RM25K memerlukan perbelanjaan sendiri, ada cara tak selain dari guna duit simpanan, tanya beliau kepada saya"

Cabaran ini memberikan saya satu peluang untuk mencuba teknik yang sedang saya rencanakan. Setelah mengambil kira faktor usia dan pendapatan abang saya (usia 45 tahun pendapatan bersih RM 1,700 sebulan dgn 6 orang anak). Saya mencadangkan pinjaman perumahan yg sedia ada dilangsaikan secepat mungkin. Setelah dikira , dibelek dan dengan menggunakan teknik ini, kami dapat membayar penuh pinjaman perumahan tersebut dalam masa kurang dari 2 tahun (baki pinjaman adalah sebanyak RM36K).

Alat yg digunakan adalah KWSP2, OD/ASB dan kad kredit, baki terkini KWSP2 abang saya ialah sebanyak RM2K sahaja (selebihnya telah dikeluarkan sebelum ini). Setelah proses ini selesai kelak, abang saya bakal mempunyai rumah yg tiada pinjaman perumahan dan

(37)

juga mempunyai cukup wang (RM25K) untuk membina rumah persaraan beliau kelak.

Bagaimana saya dan abang saya melakukannya?

Ikuti sambungan kisah ini di group "Urusinsan Millionaires Inside"

Salam Zaidi Ismail UrusInsan.Net

Lawati & Sertai Kami Secara Percuma Di:

www.urusinsan.net

Anda Juga Berpeluang Membuat Wang

Dengan Affiliate Ebook Ini:

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa stimulasi psikosial pada anak yang bersekolah di TK adalah paling baik, dan stimulasi psikososial anak yang berlatar pendidikan pra sekolah

Bila ikatan opiat ini dighentikan dengan mendadak atau diganti dengan obat yang bersifat antagonis opioid, maka akan terjadi peningkatan efek adenilsilase pada siklik AMP

Pada tampilan tabel 1 model summary besarnya koefisien determinasi ditunjukkan pada nilai adjusted R 2 yaitu 0,143, hal ini berarti 14,3% variabel kecurangan laporan

mendemontrasikan cara mengurutkan bilangan, b) guru menerapkan metode diskusi terbimbing, c)guru melakukan evaluasi dengan model satu amplop untuk satu soal. Selama

penulis yaitu dengan melakukan pengamatan secara lapangan terhadap hukum Islam dan Undang-Undang No. 8 tentang perlindungan konsumen terhadap praktek jual beli

Alat Pembayaran dengan Menggunakan Kartu (APMK) adalah seluruh instrumen sistem pembayaran yang pada umumnya berbasis kartu antara lain: kartu Anjungan Tunai Mandiri, kartu

Rekam medis menjadi sangat penting dalam era ini dengan adanya komitmen pemerintah untuk menyediakan pelayanan kesehatan masyarakat semesta ( universal health