DUTY 04 : TANGGAM Objektif
(i) Mengenalpasti pelbagai jenis tanggam dan kegunaannya. (ii) Mengetahui kaedah pembinaan tanggam.
(iii) Mengetahui bahagian tanggam. (iv)Mengetahui kepentingan tanggam.
Pengenalan
Kaedah tanggam merupakan teknik penyambungan kayu yang telah diamalkan oleh orang melayu terutamanya dalam pembinaan rumah dan istana warisan. Dalam seni bina warisan melayu, kaedah tanggam menggabungkan setiap bahagian tunggal bangunan untuk membentuk satu ikatan kerangka yang kukuh. kekuatan ini bergantung pada mutu jalinan kaedah penyambungan tersebut. satu ciri unik dalam sistem tanggam tradisi ialah wujudnya elemen pengunci sebagai pengukuh keseluruhan kerangka bangunan. "Pemeting" atau "cemat penetap" dipasang pada komponen terakhir sesuatu bentuk sambungan yang bertindak sebagai pengunci. sambungan tanggam yang direka dengan baik dan kemas boleh dipasang atau ditanggalkan setiap satu persatu untuk tujuan pengubahsuaian dan seterusnya boleh dipasang semula.
Ia boleh dileraikan mengikut urutan dan pada sambungan-sambungan tertentu, ia tidak dikunci dan mudah dipisahkan. ini membolehkan kerja penyambungan, baik pulih, pengubahsuaian, pembesaran, pemisahan hinggalah perobohan dan pembinaan semula dilakukan tanpa merosakkan bahagian kayu terbabit. Proses pembinaan tanggam boleh dilakukan ndengan memnggunakan peralatan tangan dan mesin. Tanggam digunakan dengan meluas dalam pertukangan kayu dan perbuatan perabot. Kebirataan dalam teknik tanggam ini menjadikanya sebagai salah satu saya cipta warisan melayu yang unggul.
1. JENIS-JENIS TANGGAM
Tanggam-tanggam yang digunakan dalam pembinaan bangunan dan perabot telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi. Tiap–tiap jenis tanggam ini mempunyai kegunaan yang tertentu mengiKut cara tradisi. Pembinaan tanggam dalam kerja ketukangan kayu adalah amat diperlukan untuk menghasilkan satu sambungan diantara kayu yang kuat dan baik supaya ianya sentiasa selamat dan tidak rosak atau lemah. Jenis–jenis tanggam yang digunakan perlulah sesuai dengan keadaan kerja yang diperlukan supaya dapat memenuhi kehendak diatas itu. Tanggam-tanggam ini boleh dikelaskan kepada 4 kategori utama mengikut fungsi dan penggunaannya seperti :
i. Tanggam melebar J Tanggam Glu Gesel J Tanggam Penatap
J Tanggam Lidah Dan Lurah J Tanggam Tetingkat
ii. Tanggam siku J Tanggam Temu
J Tanggam Temu Tetingkap
J Tanggam Temu Tetingkap Lidah Berparit J Tanggam Rencong Biasa
J Tanggam Bajang Tunggal J Tanggam Bajang Biasa J Tanggam Bajal Hujung Litup
iii. Tanggam pemidang
J Tanggam Lekap – (penjuru, penjuru rencong, dan lekap-T) J Tanggam Kekang – (penjuru biasa, penjuru rencong) J Tanggam Penetap
J Tanggam Lubang Dan Putting – (biasa, berjanjang, berbahu tinggi rendah, berbahu sebelah)
iv. Tanggam memanjang J Tanggam Skaf
J Tanggam Plat Sambut J Tanggam Sambung Jari J Tanggam Sambut Lekap
2. BAHAGIAN TANGGAM A = BAHU B = JANJANG C = PUTING D = LUBANG E = BAHU F = BAJANG G = SOKET
TASK 04.01 : TANGGAM MELEBAR
Tanggam melebar digunakan untuk menyambung beberapa keping papan kecil untuk dijadikan kepingan papan yang lebar bagi kegunaan seperti membuat pintu, permukaan perabot, dinding dan lantai. Penyambungan beberapa papan kecil itu dilakukan secara tepi ke tepi dengan menggunakan bahan pelekat seperti glu.
Bil Jenis Tanggam Melebar Kegunaan
1. TANGGAM GLU GESEL
Tanggam ini dibuat dengan menyediakan tepi kedua kepingan papan secara lurus dan bersegi tepat dan diglukan. Untuk memastikan lekatan yang semmpurna antara papan-papan, proses ini dilakukan dengan bantuan apit panjang. Semua papan yang hendak di sambung itu disediakan dan disapu dengan glu disebelah tepinya, kemudian semuanya diapitkan sekaligus. Glu yang berlebihan akan keluar apabila papan-papan diapitkan. Tanggam ini dibuat dengan menyambung beberapa papan jalur supaya menjadi sekeping papan yang lebar dan dgunakan untuk membuat permukaan meja,tempat duduk, pintu, panel dan sebagainya. Untuk membuat tanggam ini, kayu yang dipilih hendaklah mengikut ira kayu dan juga lebih tebal daripada tebal yang dikehendaki supaya
memudahkan untuk diketam(diratakan).
i. permukaaan meja
ii. tempat duduk iii. pintu panel, dll.
2. TANGGAM LIDAH DAN LURAH
Tanggam ini adalah tanggam lebar yang lazim digunakan dalam pembinaan lantai papan, lapisan dinding kayu dan panel. Tanggam ini boleh dibuat sama ada dengan alat-alat tangan ataupun mesin. Pada tiap-tiap kepingan papan, dibuat lidah disatu tepian lurah ditepi yang lain. Ia dipasang dengan diapit dan diserong bagi papan lantai dan pelapis dinding. Bagi kerja-kerja perabot, tanggam ini boleh digunakan kerana kuat dan teguh.
i. pembinaan lantai papan ii. pelapisan dinding kayu iii. penelan iv. kerja-kerja perabot
3. TANGGAM TETINGKAT
Tepi kedua-dua papan dibuatkan tinggat dan dipasang dengan glu dan pengapit. Fungsi tingkat ini ialah untuk menambahkan luas permukaan yang diglukan.
i. menambah luas permukaan
4. TANGGAM PENETAP
Tanggam ini sama dengan tanggam temu tetapi bezanya ialah antara papan-papan kecil dipasangkan penetap untuk
menambahkan kekuatan pegangan. Penetap-penetap ini dipasangkan dengan menggerudi lubang-lubang ditepi papan mengikut jarak yang ditentukan, diglu dan diapit. Panjang penetap yang berkesan hendaklah tidak kurang daripada enam kali diameternya supaya dimasukkan kedalam tepi kedua-dua papan. Tebal papan yang sesuai untuk tanggam ini hendaklah tidak kurang daripada 12mm.
ii. untuk menambah kekuatan pengangannya iii. banyak digunakan pada perabot yang dihasilkan secara pasangkan sendiri
iv. terdapat pada pemidang lintang dan pemidang tegak kerusi dan meja
TASK 04.02 : TANGGAM PEMIDANG
Tepi kedua-dua papan dibuatkan tinggat dan dipasang dengan glu dan pengapit. Fungsi tingkat ini ialah untuk menambahkan luas permukaan yang diglukan.
Bil Tanggam Pemidang Kegunaan
1. TANGGAM LEKAP
Tanggam ini dibuat dengan menorah kedua-dua bahagian kepingan kayu yang akan dilekapkan. Tarahan ini hendaklah setengah tebal papan supaya apabila dilekapkan
permukaannya berkeadaan rata. Tanggam lekap ini boleh dibuat dalam 5 cara iaitu :
Tanggam Lekap Siku / Berpenjuru – digunakan pada sudut pemidang yang kecil.
Tanggam Lekap Penjuru Rencong – digunakan untuk membuat kumai seperti pada rangka gambar dan sebagainya kerana pelitupanya dapat melindungi ira hujung kayu.
Tanggam Lekap ‘T’ – digunakan dalam pembinaan pemidang pada lintang bertemu dengan pemidang
i. tanggam lekap siku atau pepenjuru- ia digunakan pada sudut pemidang yang kecil. ii. tanggam lekap
penjuru rencong - ia digunakan untuk membuat kumai seperti pada rangka gambar dan sebagainya kerana pelitupannya dapat melindungi ira hujung kayu. iii. tanggam lekap
T- ia digunakan dalam pembinaan pemidang pada pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak secara bersilang
tegak secara bersilang dan jauh dari hujungnya.
Tanggam Lekap Bajang T – ia adalah serupa dengan lekap T, tetapi ia lebih kuat menahan tarikan dari sebelah luar.
Tanggam Lekap Palang – ia digunakan pada dua permukaan kayu yang bersilang.
dan jauh dari hujungnya. iv. tanggam lekap
bajang T- ia adalah serupa dengan lekap T tetapi ia lebih kuat menahan tarikan dari sebelah luar. v. tanggam lekap palang- ia digunakan pada dua keping kayu yang bersilang.
2. TANGGAM PENETAP
Ia adalah sejenis tanggam temu yang dikukuhkan dengan penetap. Penetap sebesar 1/3 tebal kayu dimasukkan kedalam tepi kayu sedalam 3 kali diameter. Tanggam ini terdapat pada pemidang lintang dan pemidang tegak kerusi dan meja. Tanggam ini juga banyak digunakan pada perabot yang
i. untuk menambah kekuatan pegangannya. ii. banyak digunakan pada
dihasilkan secara dipasang sendiri. perabot yang dihasilkan secara pasangkan sendiri. iii. terdapat pada
pemidang lintang dan pemidang tegak kerusi dan meja. 3. TANGGAM LUBANG DAN PUTING
Tanggam ini adalah kategori paling kuat dalam kategori tanggam emidang. Ia mempunyai pelbagai bentuk dan tiap-tiap bentuk pula mempunyai fungsi yang tertentu. Antara bentuk yang biasa digunakan ialah :
Tanggam Lubang Dan Puting Biasa – kedua-dua keping kayu yang akan disambungkan hendaklah sama tebal. Bahagian hujung pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak. Bahagian putting dikerat pada hujung pemidang lintang dan tebalnya ialah lebih kurang 1/3 daripada tebal kayu berkenaan. Lebar puting tidak sepatutnya melebihi 6 kali tebalnya. Jika lebar pemidang lintang tersebut lebar, maka eloklah dibuat dua putting. Lubang dibuatkan pada pemidang tegak mengikut saiz puting. Seberapa boleh, gunakan saiz pahat yang hampir dengan saiz lubang apabila menebuk lubang. Tanggam ini boleh dipasakkan dengan menembusi muka pemidang tegak dan putting untuk menguatkannya. Akan tetapi, kayu pasak yang digunakan itu akan mencacatkan rupa permukaan pemidang tegak terutamanya jika tanggam ini digunakan untuk membuat perabot.
i. tanggam lubang puting biasa- ia digunakan untuk membuat perabot. ii. tanggam lubang puting berjanjang - ia digunakan apabila pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak pemidang pada hujungnya seperti pada kaki meja dan kerusi. iii. tanggam
lubang puting tinggi rendah- digunakan apabila
Tanggam Lubang Dan Puting Berjanjang – tanggam ini digunakan apabila pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak. Pemidang pada hujungnya seperti pada kali meja dan kerusi. Ukuran panjang janjang ini sama dengan tebal putting. Fungsi janjang ini adalah untuk mengelakkan pemidang lintang daripada beralih kedudukannya atau berpiuh jika pemidang tegak mengecut.
Tanggam Lubang Dan Puting Berbahu Tinggi Rendah – sebelah bahu dikerat panjang sedikit untuk menerima tetingkat pada pemidang tegak. Tanggam ini digunakan apabila pemidang dibuat bertingkat seperti pada panel pintu.
pemidang dibuat bertetingkat seperti pada panel pintu.
Tanggam Lubang Dan Putting Berbahu Sebelah – tanggam ini digunakan apabila kayu pemidang lintah lebih nipis daripada kayu pemidang tegak seperti dalam pembinaan kaki meja biasa. Putting ini Cuma mempunyai sebelah bahu sahaja dan tebalnya ialah ½ tebal kayu melintang.
4. TANGGAM KEKANG
Tanggam ini kadangkala digunakan sebagai ganti bagi
tanggam lubang dan putting. Tanggam ini terdiri daripada dua bahagian pin dan cabang. Pin dan cabang ini dibuat dari 1/3 tebal kayu. Terdapat 3 bentuk tanggam kekang yang
digunakan iaitu : i. tanggam kekang T- ia digunakan untuk menggantikan tanggam lubang dan puting biasa
Tanggam Kekang T – ia digunakan untuk
menggantikan tanggam lubang dan putting biasa pada pertemuan kedua-dua bahangian kayu jauh dari hujungnya.
Tanggam Kekang Penjuru – nama lain bagi tanggam ini ialah tanggam lubang dan putting terbuka. Ia digunakan pada penjuru pemidang.
Tanggam Kekang Penjuru Rencong – cabang tanggam ini direncongkan pada kedua-dua belah atau sebelah sahaja. Ia digunakan apabila satu tanggam yang lebih kuat daripada tanggam lekap rencong dikehendaki seperti pada pemidang kaca dan
pada pertemuan kedua-dua bahagian kayu jauh dari hujungnya. ii. tanggam kekang penjuru -nama lain bagi tanggam ini ialah tanggam lubang puting terbuka. Ia digunakan pada penjuru pemidang. iii. tanggam kekang penjuru rencong- cabang tanggam ini direncong pada kedua-dua belah atau sebelah sahaja. ia digunakan apabila satu tanggam yang lebih kuat daripada tanggam lekap rencong dikehendaki seperti pada
sebagainya. pemidang kaca dan sebagainya.
TASK 04.03 : TANGGAM SIKU
Tepi kedua-dua papan dibuatkan tinggat dan dipasang dengan glu dan pengapit. Fungsi tingkat ini ialah untuk menambahkan luas permukaan yang diglukan.
Bi l
Jenis Tanggam Siku Kegunaan
1. TANGGAM TEMU TETINGKAT
Ia juga dikenali sebagai tanggam penjuru hujung litup. Hujung salah satu kepingan kayu dipotong lurus dan dimasukkan kedalam tingkat melintang dikepingan kayu kedua. Tetingkat ini menambah luas permukaan kayu yang diglukan serta mengukuhkan kedudukannya apabila dipakukan seperti tanggam temu, tanggam ini juga digunakan dalam pembuatan kotak, penjuru perabot dan laci yang murah buatanya.
i. kotak
ii. penjuru perabot iii. laci
2. TANGGAM TETINGKAT LIDAH BERPARIT
Satu daripada hujung kayu dibuat lidah berbahu sebelah dan pada hujung kayu kedua pula dibuatkan parit untuk menerima lidah tersebut. Dibandingkan dengan tanggam temu tetingkat, tanggam ini adalah lebih kuat. Ia juga
i. membuat kotak ii. membuat perabot iii. membuat laci
digunakan untuk membuat kotak, perabot dan laci. 3. TANGGAM RENCONG BIASA
Tanggam ini adalah cara yang paling senang untuk
menghasilkan sedut kotak yang tidak menunjukkan keratan kayu. Kedua-dua kepingan kayu hendaklah sama tebal. Sambungannya dilekatkan dengan glu dan dikukuhkan dengan sekeping lidah yang dimasukkan kedalam lurah yang digergajikan dipenjurunya secara melintang.
i. penyambungan antara sudut kotak ii. penyambungan
antara sudut laci
4. TANGGAM BAJANG TUNGGAL
Tanggam ini mempunyai satu pin pada hujung kayu yang pertama dan soket pada hujung kayu yang kedua. Ia merupakan tanggam siku yang paling kuat. Pin ini dibuat mengikut ekor punai. Curam pada tepi bajang biasanya dibuat mengikut kadar 1 : 6. Tanggam ini digunakan untuk pembinaan rangka kayu dan juga bagi tanggam pemidang.
i. pembinaan rangka kayu
ii. pembinaan tanggam pemidang
5. TANGGAM BAJANG BIASA i. pembinaan kotak
Tanggam ini mempunyai dua atau lebih bajang yang bentuknya seperti ekor punai. Keratan hujung kayu boleh dilihat pada kedua-dua belah muka tanggam. Curam pada tepi bajang diserongkan mengikut kadar 1:6, tanggam ini digunakan dalam pembinaan kotak yang memerlukan sudut yang kuat seperti belakang laci dan pemidang dulang.
iii. pemidang dulang
6. TANGGAM BAJANG HUJUNG LITUP
Pembinaan tanggam ini adalah serupa dengan tanggam bajang biasa kecuali soketnya tidak ditembuskan supaya menutup ira hujung kayu pin. Litup dihujung soket ini biasanya satu per tiga hujung kayu. Tanggam ini digunakan untuk menyambung diantara gelegar lintang dengan gelegar sambut, sambungan antara papan tepi dengan hadapan laci dan sebagainya.
i. sambungan antara papan tepi
ii. sambungan hadapan laci
7. TANGGAM TEMU i. pembinaan kotak
ii. pembinaan peti biasa
Ia dikenali sebagai tanggam sudut tepi. Hujung papan kayu diluruskan dan bertemu secara bersudut tepat. Ia boleh diglukan dan dipakukan atau diskrukan. Jenis tanggam ini digunakan pada binaan kotak atau peti biasa yang dibuat secata tepat.
TASK 04.03 : TANGGAM MEMANJANG
Tanggam memanjang digunakan apabila menyambung dua batang kayu atau beroti untuk menjadikannya lebih panjang. Kerja seperti ini biasanya dilakukan dalam pembinaan bangunan.
Bil Jenis Tanggam Memanjang Kegunaan
1. TANGGAM SKAF
Tanggam ini banyak digunakan untuk memanjangkan kayu tutup tiang, gulung-gulung dan juga gelegar. Panjang tanggam skaf biasanya 2 hingga 21/2 kali ukuran lebarnya. Ditengah-tengah tanggam ditebuk lubang untuk menerima baji lipat dan dikukuhkan dengan memasang 2 atau 4 bolt bersama nat.
i. memanjangkan kayu tutup tiang dan gelegar
2. TANGGAM PLAT SAMBUNG
Sebagai ganti kepada tanggam skaf kedua-dua keeping kayu. Dikerat lurus pada hujungnya dan
disambungkan bersama dua keping logam. Plat kayu juga digunakan di kedua-dua belahnya dengan bolt dan nat. Panjang plat biasanya ialah 4 kali lebar kayu
i. sebagai ganti kepada tanggam skaf, kedua-dua keping kayu dikerat pada hujungnya. ii. disambungkan
bersama dua keping logam(plat kayu juga boleh digunkan) di kedua-dua belahnya dengan menggunakan bolt dan nat
yang berkenaan.
3. TANGGAM SAMBUNG JARI
Tanggam ini biasanya digunakan pada kayu bersaiz kecil terutamanya bagi kayu yang diproses dengan mesin. Panjang sambungan tanggam ini ialah 2 kali lebar kayu. Sambungan jari biasanya dilekarkan dengan glu. Contohnya tanggam ini boleh didapati pada kayu susur tangan bagi sesebuah tangga.
i. tanggam ini biasa digunakan pada kayu bersaiz kecil
terutama bagi kayu yang diproses menggunakan mesin. ii. panjang sambung ini ialah 2kali lebar kayu. iii. sambungan jari biasa
dilekatkan dengan glu.
4. TANGGAM SAMBUNG LEKAP
Pada hujung kedua-dua keeping kayu dibuang separuh tebalnya dan dilekatkan sepanjang dua kali lebar kayu. Ia digunakan dalam pembinaan perabot yang
tanggamnya tidak menerima tegangan yang
berlebihan. Tanggam ini boleh dikukuhkan dengan bolt dan nat.
i. pada hujung kedua-dua keping kayu dibuangkan separuh tebalnya dan
dilekapkan sepanjang dua kali lebar kayu. ii. ia digunakan pada
pembinaan perabot yang tanggamnya tidak menerima tegangan yang berlebihan.
iii. tanggam ini boleh dikukuhkan dengan bolt dan nat.
Kesimpulan
'Pemeting' atau nama panggilan lain 'cemat penetap' yang digunakan pada sistem tanggam adalah bertujuan sebagai 'pengunci sambungan' supaya tidak tanggal. Kadangkala pemeting tidak perlu digunakan kepada setiap tanggam kerana susunan pemasangan setiap elemen bangunan atau objek telah disusun dan mengikatkan keseluruhan tanggam pada bangunan tersebut.
Dalam pembinaan Rumah Melayu Tradisi, kepentingan sistem tanggam sudah tidak dapat dinafikan lagi kerana tanpa tanggam, bangunan tersebut tidak dapat didirikan. Sistem tanggam telah memainkan peranan yang penting dimana ia merupakan satu-satunya cara untuk menyambungkan setiap elemen bangunan untuk membentuk satu komponen bangunan yang lengkap.Oleh kerana hasil pembuatannya yang telah dirancang dengan baik dan begitu berhati-hati, komponen bangunan yang telah lengkap dan siap dipasang, boleh dibuka atau ditanggalkan setiap satu untuk tujuan pengubahsuaian dan boleh dipasang semula setiap satu. Ini adalah bersesuaian dengan cara kehidupan masyarakat Melayu Tradisi sejak azali. Sistem tanggam juga telah direka bentuk supaya dapat mengukuhkan keseluruhan kerangka
TANGGAM YANG DIGUNAKAN DI DALAM PROJEK RAK KASUT
TANGGAM LEKAP
Tanggam ini dibuat dengan menarah kedua-dua hujung bahagian keping kayu yang akan dilekapkan.
Tarahan ini hendaklah setengah tebal papan supaya apabila dilekapkan permukaannya berkeadaan rata.
Tanggam lekap ini boleh dibuat dalam 5 cara iaitu Tanggam lekap siku atau penjuru
Tanggam lekap penjuru rencong Tanggam lekap T
Tanggam bajang T Tanggam lekap palang
Cara yang digunakan dalam projek rak kasut ini adalah : J Tanggam lekap – tanggam lekap siku atau penjuru
Ia digunakan pada sudut pemidang yang kecil . Contoh tanggam lekap siku atau penjuru
Projek ini menggunakan tanggam ini untuk menghasilkan kerangka pintu.
Peralatan : pita ukur keluli, sesiku L, pensel tukang, gergaji putting, pahat peraut, tukul kuku kambing, ragun meja.
Bahan : kayu (22mm x 44mm x 180mm), glu, paku. Langkah kerja :
i. Merancang tanda pada kedua-dua hujung kayu dengan sesiku L. tolok penanda digunakan ukuran separuh ketebalan kayu.
ii. Memotong hujung kayu secara melintang.
iii. Membelah hujung kayu bagi mendapatkan lekap dengan pahat peraut. iv. Mencantumkan tanggam dan kukuhkan dengan glu dan paku.
v. Uji ketepatan dengan sesiku L.
RUJUKAN
RUJUKAN ELEKTRONIK