• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pembangunan kemahiran menyelesaikan masalah menerusi aktiviti kokurikulum khidmat masyarakat dalam kalangan pelajar UTHM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pembangunan kemahiran menyelesaikan masalah menerusi aktiviti kokurikulum khidmat masyarakat dalam kalangan pelajar UTHM"

Copied!
58
0
0

Teks penuh

(1)

KALANGAN PELAJAR UTHM

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknik Dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(2)

ABSTRAK

Perkembangan dunia masa kini dan era globalisasi, majikan tidak hanya mementingkan pencapaian akademik, kemahiran teknikal atau hard skills sahaja tetapi juga kepada kemahiran insaniah atau soft skills. Hal ini dapat dibuktikan dengan apabila terdapat rungutan-rungutan dari pihak majikan iaitu graduan yang dihasilkan oleh pihak IPT di Malaysia ini lemah dari kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah atau tidak mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan tidak mempunyai daya kepimpinan dalam diri mereka. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji penerapan, kesedaran dan penguasaan pelajar terhadap elemen-elemen kemahiran menyelesaikan masalah. Kajian ini berbentuk kajian kes dan sampel bagi kajian ini adalah seramai 30 pelajar yang mengikuti aktiviti kokurikulum berkredit khidmat masyarakat di UTHM. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis dokumen, pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Data bagi analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual dianalisis oleh pengkaji yang merupakan instrumen utama di dalam kajian ini manakala soal selidik yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For the Social Science (SPSS) for Windows, Version 20.0. Secara keseluruhan, hasil kajian mendapati bahawa terdapat penerapan, kesedaran dan penguasaan bagi elemen-elemen kemahiran menyelesaikan masalah menerusi aktiviti kokurikulum khidmat masyarakat di UTHM. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat oleh pengkaji di antaranya ialah pihak pentadbiran meletakkan syarat kepada pelajar yang mengikuti aktiviti kokurikulum khidmat masyarakat pada semester satu diteruskan hingga semester dua selain itu juga pensyarah menilai ketujuh-tujuh kemahiran insaniah yang digariskan oleh pihak KPT. Cadangan yang diusulkan oleh pengkaji diharapkan dapat memantapkan dan melahirkan graduan yang berketrampilan bukan sahaja cemerlang dari segi kemhiran teknikal malah cemerlang dari segi kemahiran insaniah.

(3)

ABSTRACT

The development of the present world and the era of globalization, employers are not only concerned with academic achievement, technical skills or hard skills but also the soft skills or soft skills. This can be proved by when there are complaints from employers of graduates produced by the higher education institutions in Malaysia are weak in communication skills, problem-solving skills or do not have high creativity and do not have the leadership in them. Accordingly, this study aims to examine the application, and the students' awareness of the elements of problem-solving skills. This study is a case study and sample for this study are 30 students enrolled in community service creditworthy co-curricular activities provided by the University. The instrument used in this study is an analysis of documents, observation, interviews and questionnaires. Data for document analysis, observation and interviews were analyzed by the researcher who is the main instrument in this study and the questionnaires were analyzed using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) for Windows, Version 20.0. Overall, the study found that there is adoption, awareness and mastery of the elements of problem-solving skills through community service co-curricular activities provided by the University. There are a number of recommendations made by the researchers of which is the administration put a condition on students in co-curricular activities in the first semester of community service continues to semester two other lecturers also evaluate the seven soft skills outlined by the KPT. Recommendations proposed by the researchers hoped to strengthen and produce graduates who are competent not only excel in technical skills even excel in soft skills.

(4)

KANDUNGAN TAJUK i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SIMBOL xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 5

1.3 Penyataan masalah 9 1.4 Tujuan kajian 10 1.5 Objektif kajian 10 1.6 Persoalan kajian 11 1.7 Kepentingan kajian 11 1.8 Skop kajian 12 1.9 Batasan kajian 13 1.10 Definisi istilah 14 1.11 Kerangka teori 15

(5)

1.12 Kerangka konsep 17

1.13 Rumusan bab 17

BAB II KAJIAN LITERATUR 19

2.1 Pengenalan 19

2.2 Pengenalan kepada kokurikulum 20 2.3 Keperluan kokurikulum dan pelaksanaannya di

UTHM 20

2.3 Kesan positif penglibatan pelajar dalam

kokurikulum 19

2.4 Kepentingan kokurikulum 21

2.5 Kelemahan kokurikulum 26

2.6 Peranan kokurikulum dalam pembangunan

kemahiran insaniah 29

2.7 Persatuan khidmat masyarakat 30

2.8 Kemahiran insaniah 31

2.9 Kemahiran menyelesaikan masalah 34 2.10 Pendekatan kotemporari atau terkini dalam

penyelesaian masalah 52

2.10.1 Algorithma 52

2.10.2 Heruistik 53

2.11 Faktor-faktor yang menghalang penyelesaian

masalah 54

2.11.1 Ketetapan fungsi 54

2.12 Kemahiran menyelesaikan masalah menerusi

persatuan khidmat masyarakat 54

2.13 Sorotan Kajian 56

(6)

BAB III METODOLOGI 58

3.1 Pengenalan 58

3.2 Reka bentuk kajian 58

3.3 Populasi dan sampel kajian 59

3.4 Lokasi kajian 60

3.5 Instrumen kajian 60

3.5.1 Kaedah analisis dokumen 61

3.5.2 Kaedah pemerhatian 61

3.5.3 Kaedah temu bual 63

3.5.4 Kaedah borang soal selidik 65 3.5.4.1 Penyediaan soal selidik 65

3.5.4.1.1 Bahagian A 66

3.5.4.1.2 Bahagian B 66

3.5.4.1.3 Bahagian C 67

3.5.4.1.4 Bahagian D 68

3.6 Kerangka operasi 69

3.7 Kaedah analisis data 70

3.7.1 Analisis dokumen 71

3.7.2 Analisis pemerhatian 71

3.7.3 Analisis temu bual 74

3.7.4 Analisis soal selidik 75

3.8 Kesahan 76

3.9 Pembolehubah 78

3.10 Andaian kajian 79

3.11 Rumusan bab 79

BAB IV ANALISIS DATA 80

4.1 Pengenalan 80

4.2 Kebolehpercayaan 80

4.3 Demografi responden 81

(7)

4.3.2 Taburan responden mengikut umur 83 4.3.3 Taburan responden mengikut bangsa 84 4.3.4 Taburan responden mengikut kursus 85 4.4 Analisis penerapan pelajar terhadap penerapan

elemen kemahiran menyelesaikan masalah dalam aktiviti kokurikulum khidmat masyarakat UTHM 85 4.5 Analisis kesedaran pelajar terhadap penerapan

elemen kemahiran menyelesaikan masalah dalam aktiviti kokurikulum khidmat masyarakat UTHM 97 4.6 Analisis penguasaan pelajar terhadap penerapan

elemen kemahiran menyelesaikan masalah dalam aktiviti kokurikulum khidmat masyarakat UTHM 102

4.7 Kesimpulan 107

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN 108

5.1 Pengenalan 108

5.2 Perbincangan dan kesimpulan 108

5.2.1 Penerapan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar yang mengikuti aktiviti kokurikulum khidmat

masyarakat 109

5.2.2 Kesedaran kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar yang mengikuti aktiviti kokurikulum khidmat

masyarakat 112

5.2.3 Penguasaan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar yang mengikuti aktiviti kokurikulum khidmat

(8)

5.3 Cadangan 115 5.3.1 Cadangan bagi meningkatkan kemahiran

menyelesaikan masalah dalam diri pelajar 116 5.3.2 Cadangan kajian lanjutan 116

5.4 Penutup 117

RUJUKAN 118

LAMPIRAN

(9)

SENARAI JADUAL

2.1 Pecahan mata pelajaran kokurikulum di UTHM 21 2.2 Istilah lain bagi kemahiran insaniah mengikut negara 32 3.1 Tiga aspek tiga penjuru kajian kes 62

3.2 Skala Likert pada bahagian B 66

3.3 Skala Likert pada bahagian C 67

3.4 Skala Likert pada bahagian D 68

3.6 Kaedah analisis yang telah digunakan mengikut

persoalan kajian 71

3.7 Kaedah analisis yang digunakan dalam pemerhatian 73 3.8 Pecahan-pecahan item mengikut elemen kemahiran

menyelesaikan masalah 76

3.9 Justifikasi pemilihan pakar 77

3.10 Perubahan yang dilakukan setelah disarankan

(10)

4.1 Kebolehpercayaan bagi setiap domain kemahiran

menyelesaikan masalah 81

Maklumat diri responden 56

4.2 Analisis silibus terhadap penerapan elemen

kemahiran menyelesaikan masalah 86 4.3 Analisis jadual pemerhatian terhadap penerapan elemen

kemahiran menyelesaikan masalah 89 4.4 Penerapan elemen kemahiran menyelesaikan

masalah dalam khidmat masyarakat berdasarkan analisis

temu bual 93

4.5 Analisis kekerapan dan peratusan keseluruhan

Bagi item penerapan elemen kemahiran menyelesaikan

masalah 95

4.6 Kesedaran pelajar terhadap penerapan elemen kemahiran menyelesaikan

masalah dalam kursus khidmat masyarakat

berdasarkan analisis temu bual 98

4.7 Analisis kekerapan dan peratusan keseluruhan bagi item kesedaran penerapan elemen kemahiran

menyelesaikan masalah 100

4.8 Analisis temu bual penguasaan pelajar terhadap penerapan elemen kemahiran meyelesaikan masalah

dalam kursus khidmat masyarakat 103

4.9 Analisis kekerapan dan peratusan bagi item

(11)

SENARAI RAJAH

1.1 Model Konseptuak Soft Skill 8

1.2 Kerangka teori 16

1.3 Kerangka konsep 17

2.1 Kaedah penyelesaian masalah berasaskan Model Polya 42

3.1 Kerangka operasi kajian 69

4.1 Carta taburan responden mengikut jantina 82 4.2 Carta taburan responden mengikut umur 83 4.3 Carta taburan responden mengikut bangsa 84 4.4 Carta taburan responden mengikut kursus 85 4.5 Graf kekerapan melawan elemen kemahiran

Menyelesaikan masalah menerusi jadual pemerhatian 92 4.6 Ahli kursus khidmat masyarakat berbincang dengan

(12)

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/TATANAMA/ISTILAH

FPK – Falsafah Pendidikan Kebangsaan IPTA – Institut Pengajian Tinggi Awam KI – Kemahiran Insaniah

KPT – Kementerian Pengajian Tinggi PK – Pusat Kokurikulum

(13)

SENARAI LAMPIRAN

A Carta Gantt projek sarjana 137

B Silibus kursus kokurikulum khidmat masyarakat 140

C Senarai semak pemerhatian 156

D Dapatan pemerhatian 159

E Skrip temu bual 176

F Dapatan temu bual 178

G Borang soal selidik 189

H Kebolehpercayaan borang soal selidik 196

I Analisis borang soal selidik 202

J Borang pengesahan instrumen 215

(14)

BAB I

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Produktiviti merupakan nilai atau kuantiti output yang dapat dihasilkan oleh unit input. Output ialah keluaran atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi (Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, 1991). Produktiviti ini boleh dianggap seperti graduan yang telah dihasilkan oleh sesebuah IPT. Situasi ini menggambarkan graduan yang dilahirkan oleh pusat pengajian tinggi di negara kita merupakan satu produk yang amat bernilai bagi negara kita. Hal ini adalah kerana jatuh bangun sesebuah negara adalah bergantung kepada bakal pemimpin yang dihasilkan pada masa sekarang. Sekiranya sesebuah negara itu banyak melahirkan bakal pemimpin yang tidak mempunyai produktiviti yang tinggi maka negara itu pasti mengalami masalah yang amat besar pada masa akan datang.

Masalah produktiviti dalam kalangan graduan universiti bukan lagi merupakan sesuatu yang dianggap janggal dewasa ini. Produktiviti yang tidak bermutu bagi sesebuah organisasi adalah membawa kepada masalah pengangguran (IPPTN, 2003). Hal ini sering dibincangkan sama ada di peringkat kementerian, universiti malah juga merupakan suatu isu yang sering mendapat perhatian pihak media dan juga masyarakat umum. Salah satu isu yang dikatakan merupakan faktor penyebab ialah disebabkan kekurangan dan kelemahan graduan yang dikeluarkan oleh pihak institusi pengajian tinggi itu sendiri (Penelope, 2002). Pihak institusi pengajian tinggi sering menekankan bahawa pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan program pendidikan yang dilaksanakan mampu menyediakan tenaga mahir yang diperlukan oleh negara. Namun terdapat banyak rungutan dari pihak majikan yang mengatakan bahawa kebanyakan graduan yang

(15)

dikeluarkan gagal memenuhi keperluan seperti mana yang diharapkan. Graduan tidak mampu berfikir secara kritikal, kurang kemahiran menyelesaikan masalah, kurang kemahiran komunikasi dan kerja kumpulan, kurang kemahiran menggunakan kemudahan ICT (Information and Comunication Technology), lemah berbahasa Inggeris dan sebagainya merupakan antara keluhan yang sering diutarakan oleh pihak majikan (Hassan, Hassan & Buang 2010).

Isu produktiviti juga merupakan isu yang sering diperkatakan di luar negara. Topik hangat yang kini dipersoalkan ialah kualiti graduan yang dihasilkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan. Menurut IPPTN, 2003 mendapati kegagalan graduan menembusi pasaran kerja adalah kerana mereka tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh industri iaitu kemahiran komunikasi, kualiti peribadi dan kekurangan kemahiran interpersonal. Menurut Mohamed, Mohd Isa & Shafii (2007), graduan yang dihasilkan oleh IPTA dan IPTS di negara ini dikatakan tidak mampu berfikiran secara kritikal, kurang kemahiran menyelesaikan masalah, kurang kemahiran berkomunikasi dan kerja berkumpulan, kurang kemahira menggunakan kemudahan ICT dan lemah berbahasa Inggeris. Dapatan kajian ini dikukuhkan lagi dengan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Robert, et al (2002), mengenai kesukaran untuk mengisi kekosongan jawatan di industri adalah kerana kekurangan kemahiran generik seperti kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kemahiran teknologi maklumat dan inisiatif. Dapatan kajian seperti ini adalah bercanggah dengan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ini adalah kerana FPK secara umumnya ada menyentuh tentang kepentingan pendidikan iaitu untuk membangunkan aspek-aspek intelektual dengan meningkatkan daya berfikir selain daripada aspek-aspek jasmani, rohani, intelektual dan juga emosi.

Hal ini menunjukkan bahawa matlamat yang penting dalam pendidikan Malaysia ialah pembangunan modal insan dalam menyediakan tenaga kerja yang berketrampilan dan berupaya menghadapi cabaran masa depan. Hal ini juga telah diperkatakan, iaitu tujuan pendidikan adalah untuk pembangunan sahsiah dan membentuk keupayaan pelajar secara holistik melalui pembelajaran kemahiran khusus, merealisasikan keupayaan intelektual, fizikal dan kerohanian serta melahirkan modal insan yang cemerlang. IPT merupakan pemacu kecemerlangan ilmu seharusnya berupaya melahirkan graduan yang berpotensi tinggi dengan menunjukkan keterampilan berkomunikasi, kreatif dan berinivasi dalam

(16)

menyelesaikan masalah, mempunyai bakat kepimpinan dan memiliki sifat oportunis dalam melihat peluang dan berdaya saing agar dapat menyumbang kepada kemajuan negara (Amzah & Amzah, 2011). Pelan tindakan pengajian tinggi negara (2007-2010). Konsep pendidikan ini juga disokong oleh ahli falsafah yang terkenal iaitu Plato (Mohammad, Esa, & Junoh, 2008). Plato berpendapat bahawa pendidikan adalah satu proses untuk membentuk individu yang mulia. Sistem persekolahan yang terbaik adalah sistem pesekolahan yang meliputi keseluruhan kehidupan masyarakat Malaysia, iaitu ia tidak hanya terhenti apabila seseorang individu tamat persekolahan atau tamat pengajian di institusi-institusi pengajian tinggi, tetapi ia menjadi kesinambungan dalam kehidupan hingga ke hari tua dengan memberi sumbangan bagi memartabatkan bangsa dan negara (Mior, 2011). Hal ini menunjukkan bahawa pendidikan sebenarnya adalah proses yang berterusan dan boleh ditimba dimana-mana sahaja.

Bagi merialisasikan visi ini, kerajaan khususnya pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memperkenalkan kemahiran insaniah (KI) kepada semua pelajar IPT yang meliputi kemahiran kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi, pembelajaran berterusan, keusahawanan, etika dan moral professional,dan kemahiran penyelesaian masalah. KI merupakan kemahiran generik Bernd (2008). KI merangkumi aspek kemahiran generik. KI adalah elemen yang dikenal pasti amat kritikal dalam dunia pekerjaan yang bersifat global, apatah lagi dengan perubahan teknologi yang begitu pantas. Hal ini adalah kerana pengertian KI menjurus kepada penguasaan seseorang pelajar dalam kemahiran-kemahiran yang bersifat non-academic tetapi lebih berfokus kepada pembangunan keterampilan diri, personaliti dan kemanusiaan Yahaya. et al (2007).

Hal ini juga disokong oleh Dora, Kudus,Hassan & Ali (2008), iaitu kemahiran insaniah atau modal insan merupakan satu usaha ke arah melahirkan insan mahasiswa yang berpengetahuan, berkemahiran, inovatif, memiliki jati diri, beretika, mempunyai pendidikan, terlatih dan mempunyai pekerjaan yang sewajarnya. Kemahiran insaniah ini mempunyai tujuan pendidikan yang tersendiri hal ini adalah untuk pembangunan sahsiah dan membentuk keupayaan pelajar secara holistik melalui pembelajaran kemahiran khusus, merealisasikan keupayaan intelektual, fizikal dan kerohanian serta melahirkan modal insan yang cemerlang (Mohamad, 2006).

(17)

Memiliki ketrampilan akademik semata-mata masih tidak menjamin seseorang graduan mendapat pekerjaan akibat dari persaingan sengit di dunia pasaran kerjaya hari ini. Kebanyakan majikan bukan sahaja menjadikan pencapaian akademik sebagai kriteria utama pemilihan, tetapi juga meletakkan penguasaan kemahiran insaniah (soft skills) dalam kalangan graduan sebagai kriteria pemilihan bakal pekerjanya (Abu, Kamsah & Razzaly 2008, Lange & Technicon, 2000). Menurut Mohammad (2010), pihak majikan hari ini bukan sahaja mencari pekerja yang cerdik dan hanya memiliki kelulusan akademik yang cemerlang tetapi mampu berfikir secara kritis dan memiliki ciri-ciri kepimpinan. Ini dapat dibuktikan melalui proses temuduga yang dijalankan. Penemuduga tidak bertanya soalan yang berkaitan dengan pengajian tetapi membuka ruang pemikiran yang lebih luas bagi melihat sejauh mana keupayaan calon berfikir secara kritis. Hal ini menunjukkan bahawa kemahiran insaniah mempunyai kepentingan yang setara dengan pencapaian akademik yang cemerlang.

Menurut Crebert (2004), kajian yang dijalankan oleh beliau di Universiti Griffth telah mendapati bahawa kerja berpasukan merupakan faktor yang utama bagi pembelajaran yang berkesan terhadap pelajar universiti. Ini membawa maksud bahawa kemahiran insaniah merupakan satu kemahiran yang penting bagi menghasilkan graduan yang berkualiti. Menurut Othman & Mustafa (2006), pembelajaran berasaskan masalah (Problem-Based Learning–PBL) merupakan salah satu strategi pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu kemahiran menyelesaikan masalah turut dapat ditingkatkan. PBL adalah falsafah ataupun idea yang diasimilasikan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan meningkatkan kemahiran kepada pelajar.

Penerapan pendekatan PBL dalam penerapan pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar menguasai kemahiran insaniah secara tidak langsung. Elemen pembelajaran secara aktif dimasukkan sebagai dasar dalam proses PBL, iaitu pembelajaran secara aktif menyediakan pelajar berinteraksi secara dua hala dalam sesuatu isu (Howard, Wee & Lynda, 2007). Selain itu menurut Ibrahim (2004), PBL adalah strategi yang boleh membina tiga jenis kemahiran yang dianggap laris di sektor pekerjaan iaitu pekerjaan iaitu pengetahuan dan kemahiran dalam work related area dan soft skill.

Menurut Edwin & Phillip (1998), PBL merupakan satu kaedah yang bagus digunakan bagi bidang perubatan dan pengurusan, hal ini adalah kerana

(18)

kaedah pembelajaran ini menggunakan kaedah penghujahan bagi menyelesaikan sesuatu perkara. Hal ini disokong oleh Assain & Safar (2011), aktiviti kokurikulum boleh menerapkan kemahiran insaniah dalam diri pelajar terutamanya kemahiran menyelesaikan masalah. Bagi merialisasikan pembangunan modal insan ini, kokurikulum merupakan wadah yang paling berkesan. Aktiviti kokurikulum adalah aktiviti yang bercorak pendidikan dan juga adalah sebahagian daripada pengalaman pembelajaran. Kegiatan ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, seperti gerak kerja unit beruniform, persatuan, kelab, sukan dan permainan (Tahir, & Othman, 2007).

1.2 Latar Belakang Masalah

Peningkatan kepada permintaan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi memberi kesan kepada peningkatan persaingan dalam kalangan graduan untuk mendapatkan tempat sewajarnya dalam sektor pekerjaan. Kesan persaingan tersebut mendatangkan permasalahan pengangguran dalam kalangan graduan (Mohamad, Harun & Aris 2009). Pengangguran dalam kalangan graduan adalah fenomena di banyak negara dan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti kadar pertumbuhan ekonomi yang perlahan, permintaan industri berubah di luar jangkaan dan graduan yang dihasilkan tidak sepadan dengan permintaan industri (Pelan Tindakan Pengajian Tinggi 2007-2010). Menurut Ishak, Ismail & Sidin (2008), pengangguran dalam kalangan siswazah merupakan satu pembaziran, khususnya kepada negara kerana kos pendidikan dan latihan yang ditanggung oleh kerajaan amatlah tinggi dan tempoh masa untuk mendapatkan ijazah adalah panjang.

Permasalahan ini juga bertambah rumit apabila terdapat rungutan-rungutan dan kebimbangan yang disuarakan oleh para pihak majikan sejak akhir-akhir ini bahawa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak menyediakan pelajarnya dengan ilmu dan kemahiran yang secukupnya untuk mereka melangkah ke alam pekerjaan (Tahir, Yassin & Mustapha 2008). Kegagalan siswazah mendapat pekerjaan adalah disebabkan mereka tidak mempunyai kemahiran insaniah yang diperlukan oleh majikan (Jill, 2004). Didapati juga para siswazah kita lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris, berfikiran sempit, tiada ciri kepimpinan, semangat kekitaan dan tiada kemahiran berkomunikasi (Assain & Safar, 2011,

(19)

Hassan & Ghaffar, 2011). Ini turut diakui oleh Husaini & Ahmad (2008), bahawa masalah pengganguran dikalangan mahasiswa adalah kurangnya kemahiran generik yang meliputi kemahiaran komunikasi, bekerjasama, etika dan keusahawanan. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di setiap institusi pengajian tinggi adalah pelengkap kepada proses keilmuan dengan tujuan membina sahsiah dan kemahiran insaniah pelajar bagi mengwujudkan modal insan negara yang berkualiti (Selamat et al, 2011)

Menurut Haron et al (2010), kegiatan kokurikulum diharapkan dapat membentuk personaliti pemimpin dalam diri pelajar. Melalui kegiatan kokurikulum yang dijalankan di sekolah dapat memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri dengan aktif secara individu atau berkumpulan, meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemumukan nilai dengan sikap positif dan memupuk sikap yakin diri dan berani. Menurut Crebert (2004) & Kent (2009), pelajar yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum dalam kehidupan hariannya mampu untuk menguruskan masa dengan bijak, ini kerana pelajar berkenaan telah mempelajari menguruskan kehidupan hariannya dengan berdisiplin. Walker (2010), pula menerangkan, aktiviti kokurikulum di Kolej Sweet Briar, Amerika Syarikat, dijalankan selari dengan aktiviti kurikulum untuk memajukan misi pendidikan kolej tersebut. Switzer (2002), menjelaskan bahawa sebahagian kanak-kanak telah berhadapan dengan cabaran yang besar menerusi program kokurikulum di Sekolah Georgiana Molloy Angelican, Australia. Menurutnya lagi, kanak-kanak telah memperoleh kemahiran menerusi aktiviti sukan, lakonan di pentas, latihan di bengkel atau aktiviti perkhemahan. Mohler (2002), pula berpendapat, Truman State University, Amerika Syarikat sewajarnya lebih proaktif mempromosikan aktiviti kokurikulum di kalangan para pelajarnya.

Pelbagai nilai kemahiran insaniah dapat diterapkan dalam diri pelajar diantaranya ialah kemahiran penyelesaian masalah. Kemahiran menyelesaikan masalah merupakan kemahiran yang memerlukan para pelajar bergerak secara aktif dalam kumpulan-kumpulan kecil dan menyelesaikan masalah yang diberikan secara berhati-hati. Selain itu juga penyelesaian masalah ialah sebagai satu pembangunan kurikulum dan sistem pendidikan yang serentak membangunkan kedua-dua strategi penyelesaian masalah. Ini bermakna melalui proses ini pelajar-pelajar dapat menggerakkan minda mereka secara aktif dan ini dapat membantu proses pembelajaran mereka (Idrus, Mohd Dahan & Abdullah, 2010). Kemahiran

(20)

ini dapat ditimba oleh pelajar sebagai contoh ketika para pelajar melibatkan diri dalam persatuan yang dianjurkan oelh pihak IPT atau pihak sekolah. Menurut Manaf & Fauzee (2002), dimana penglibatan para pelajar dalam kegiatan perkumpulan seperti Pengakap, Pandu Puteri, Kadet Polis, Tentera dan Bulan Sabit Merah bukan sahaja digalakkan tetapi dijadikan sebagai bahagian penting untuk mengukur pretasi para pelajar itu sendiri.

Berdasarkan kepada Model Konseptual Soft Skill kemahiran menyelesaikan masalah atau kemahiran berfikir secara kritis dapat ditingkatkan dalam diri pelajar melalui penglibatan mereka dalam persatuan seperti kokurikulum khidmat masyarakat dan keusahawanan.

Rajah 1.1 : Model Konseptual Soft Skill

Dalam sistem pendidikan Malaysia dan global, kokurikulum adalah pelengkap kepada kurikulum. Kokurikulum memainkan peranan yang penting dalam perkembangan menyeluruh (holistik) pelajar-pelajar. Jika diurus, dirancang dan dilaksanakan, aktiviti-aktiviti tersebut akan meransang setiap pelajar untuk meminati sesuatu kemahiran sepanjang hayat, sebagai contoh sukan atau muzik. Ini akan membantu pelajar tersebut untuk mempunyai perkembangan yang

(21)

seimbang apabila dewasa kelak. Semua aktiviti-aktiviti kokurikulum menitik beratkan interaksi sosial dan setiap aktiviti mempunyai objektifnya yang tersendiri. Sebagai contoh, sukan mengembangkan ketahanan, semangat berpasukan dan keadilan. Aktiviti kesenian dan kebudayaan mencerapkan perasaan kelembutan dan menghargai bangsa yang mempunyai adat resam dan pelbagai budaya. Aktiviti pasukan beruniform pula bertujuan untuk pelajar menjadi warganegara yang berguna dengan menanamkan sifat tidak bergantung kepada orang lain. Selain daripada menanamkan nilai-nilai murni, aktiviti-aktiviti kokurikulum juga mengenalkan pelajar kepada semangat keusahawanan, belajar menghadapi risiko dan menghargai seni dan budaya iaitu semuanya adalah penting bagi perkembangan yang menyeluruh atau holistic pelajar-pelajar.

Hal ini adalah kerana melalui persatuan pelajar akan didedahkan dengan cara-cara mengendalikan sesuatu projek atau masalah (PBL). Menurut Ismail & Ashaari (2010), pembelajaran aktif merupakan salah satu pendekatan pembelajaran yang menggalakkan penglibatan pelajar secara langsung. Salah satu contoh pendekatan pembelajaran aktif ialah pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah. Selain itu juga pendekatan pembelajaran seperti ini memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman dan kemahiran menyelesaikan masalah sendiri.

Pelbagai tindakan yang telah diambil oleh pelbagai pihak bagi meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar IPT sebagai contoh aktiviti kokurikulum berkredit yang telah dilaksanakan oleh pihak IPT terutamannya di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM). Pihak UTHM juga telah menyenaraikan program khidmat masyarakat sebagai salah satu persatuan di dalam aktiviti kokurikulum berkredit. Hal ini adalah kerana kokurikulum khidmat masyarakat merupakan salah satu medium yang terbaik bagi meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah ini. Selain itu menurut Shafie (komunikasi peribadi, Mei 2, 2012), pelajar UTHM yang menyertai kelas khidmat masyarakat didedahkan dengan aktiviti-aktiviti masyarakat seperti aktiviti keluarga angkat, gotong royong, sukaneka bersama penduduk setempat. Perkara sedemikian dapat meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana mereka diminta untuk melakukan satu program yang berkaitan dengan khidmat masyarakat. Apabila mereka merancang aktiviti tersebut mereka akan berusaha bersama-sama menangani masalah yang timbul sepanjang aktiviti

(22)

tersebut. Disini mereka diuji dari segi kekretifan pemikiran mereka bagi menyelesaikan masalah. Dengan ini diharapkan masalah pengangguran ini dapat diatasi dengan jayanya sekiranya pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam bidang kokurikulum.

1.3 Penyataan Masalah

Adalah tidak wajar menyalahkan sektor industri sepenuhnya terhadap masalah pengangguran kerana itu adalah hak industri dan majikan dalam menentukan kriteria bagi bakal pekerja. Oleh itu adalah tanggungjawab graduan untuk memperlengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran sewajarnya sejak dari pengajian di peringkat universiti lagi. Aktiviti kokurikulum merupakan wadah yang sesuai bagi meningkatkan kemahiran insaniah seperti kemahiran berpasukan, kemahiran berkomunikasi, kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar di IPT. Bagi meningkatkan minat pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, pihak pentadbiran UTHM telah melaksanakan program iaitu pelajar perlu mengambil kursus kokurikulum sebagai kursus wajib atau berkredit. Pelbagai aktiviti kokurikulum telah disenaraikan oleh pihak pentadbiran sebagai contoh sukan bola sepak, taekwando, kompang, khidmat masyarakat, dan fotografi. Pemilihan kokurikulum yang dibuat oleh pihak universiti adalah bertujuan meningkatkan kemahiran insaniah seperti kemahiran menyelesaikan masalah dalam diri pelajar bagi memenuhi permintaan pihak majikan apabila pelajar ingin memohon pekerjaan.

Menurut Skala Kemahiran Insaniah Malaysian (my3s) pemguasaan komunikasi serta pemikiran kritis dan penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar IPTA masih lagi berada ditahap yang tidak memuaskan walhal pelbagai inisatif telah diambil bagi mengatasi masalah ini sebagai contoh pihak UTHM telah membelanjakan wang yang banyak bagi menganjurkan aktiviti dalam persatuan. Hal ini adalah kerana pihak UTHM berharap dengan membiayai perbelanjaan pelajar bagi menganjurkan program seperti program khidmat masyarakat pelajar dapat meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam diri mereka. Ketika pelajar melibatkan diri dalam persatuan ini mereka diminta menganjurkan program bersama-sama masyarakat sekeliling. Pihak UTHM juga seolah-olah mengadaikan nama baik universiti dengan membenarkan

(23)

pelajar-pelajar yang tidak mempunyai pengalaman ini menganjurkan program bersama-sama masyarakat sekeliling. Pelajar ini diminta menjalankan program ini bersama-sama dan hanya dipantau oleh pensyarah. Harapan pihak UTHM adalah dengan wujudnya kokurikulum khidmat masyarakat ini kemahiran insaniah dalam diri pelajar dapat diterapkan terutamanya kemahiran menyelesaikan masalah. Hal ini adalah kerana dalam persatuan ini pelajar dilatih supaya berfikir secara kreatif dan kritis bagi menyelesaikan masalah. Mereka akan dilatih menggunakan konsep pembelajaran berasaskan masalah. Kemahiran menyelesaikan masalah merupakan kemahiran yang menggunakan akal fikiran bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh yang demikian, pengkaji ingin mengkaji adakah terdapat penerapan, kesedaran dan penguasaan elemen-elemen kemahiran menyelesaikan masalah menerusi kokurikulum khidmat masyarakat dalam kalangan pelajar UTHM.

1.4 Tujuan Kajian

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan aktiviti kokurikulum khususnya kokurikulum khidmat masyarakat dalam penerapan kemahiran menyelesaikan masalah. Jesteru itu penambahbaikan boleh dibuat pada masa hadapan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berkemampuan dari semua aspek di samping memastikan pelajar dapat menguasai kesemua kemahiran yang diperlukan.

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut:

(i) Mengenal pasti penerapan elemen kemahiran menyelesaikan masalah menerusi kokurikulum khidmat masyarakat dalam kalangan pelajar UTHM.

(ii) Mengenal pasti kesedaran bagi penerapan elemen kemahiran menyelesaikan masalah menerusi kokurikulum khidmat masyarakat dalam kalangan pelajar UTHM.

(24)

(iii) Mengenal pasti penguasaan bagi penerapan elemen kemahiran menyelesaikan masalah menerusi kokurikulum khidmat masyarakat dalam kalangan pelajar UTHM.

1.6 Persoalan Kajian

(i) Adakah terdapat penerapan elemen kemahiran menyelesaikan masalah menerusi kokurikulum khidmat masyarakat dalam kalangan pelajar UTHM?

(ii) Bagaimanakah kesedaran pelajar bagi penerapan elemen kemahiran menyelesaikan masalah menerusi kokurikulum khidmat masyarakat dalam kalangan pelajar UTHM?

(iii) Bagaimanakah penguasaan pelajar bagi penerapan elemen kemahiran menyelesaikan masalah menerusi kokurikulum khidmat masyarakat dalam kalangan pelajar UTHM?

1.7 Kepentingan Kajian

Penyelidikan yang dijalankan memberi manfaat kepada beberapa pihak seperti berikut,

(i) Pelajar

Dapatan penyelidikan dijangka dapat membantu para pelajar meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam diri mereka.

(ii) UTHM

Dapatan penyelidikan dijangka dapat memberi impak yang positif kepada perlaksanaan kokurikulum di UTHM. Dapatan penyelidikan ini dapat menjadi landasan kepada pihak pengurusan di UTHM untuk mengubah atau mengubal situasi perlaksanaan kegiatan kokurikulum terutamanya kokurikulum khidmat masyarakat daripada situasi kurang memberi penekanan terhadap penyertaan

(25)

pelajar kepada memberi penekanan terhadap penyertaan pelajar dalam kokurikulum walaupun kokurikulum yang tidak berkredit.

(iii) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia

Dapatan penyelidikan ini dapat menberi panduan kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia terutamanya dalam merancang sukatan kokurikulum yang seragam untuk semua institut pendidikan tinggi dengan memasukkan elemen kemahiran meyelesaikan masalah dalam kokurikulum tersebut. Di samping itu juga diharapkan penyelidikan ini dapat memberi makluman berkaitan kepentingan kokurikulum ini kepada pensyarah dan pengawai pendidikan supaya mereka mempunyai tanggapan bahawa penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum ini dapat memberi faedah kepada diri mereka dan pelajar.

(iv) Pihak Industri

Dapatan penyelidikan boleh dijadikan sumber rujukan pihak industri untuk mendapat maklumat awal berkaitan graduan UTHM. Pihak industri dapat mengetahui bahawa graduan UTHM memiliki kelulusan teknikal dan juga memiliki kemahiran insaniah yang mereka telah pelajari menerusi aktiviti kokurikulum. Maklumat seperti ini merupakan maklumat yang penting kepada industri untuk merancang pembangunan sumber manusia teruamanya daripada segi penyediaan, orientasi dan latihan pekerjaan kepada pekerja-pekerja graduan UTHM.

1.8 Skop Kajian

(i) Responden

Responden yang terlibat dalam kajian ini hanyalah dalam kalangan pelajar UTHM. Pelajar-pelajar ini dipilih kerana mereka terlibat dalam aktiviti kokurikulum khidmat masyarakat yang telah ditetapkan oleh pihak UTHM.

(26)

(ii) Kemahiran insaniah

Kemahiran insaniah difokuskan kepada satu kemahiran insaniah iaitu kemahiran menyelesaikan masalah. Kemahiran ini dipilih berdasarkan justifikasi kemahiran tersebut diketengahkan oleh mereka yang membicarakan kepentingan kokurikulum dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar di UTHM.

(iii) Kokurikulum khidmat masyarakat

Persatuan kokurikulum yang terlibat dalam kajian ini adalah kokurikulum khidmat masyarakat. Hal ini adalah kerana kebarangkalian kemahiran menyelesaikan masalah ada dalam kokurikulum khidmat masyarakat tersebut.

1.9 Batasan Kajian

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pengkaji, batasan kajian adalah seperti berikut:

(i) Populasi kajian hanya melibatkan pelajar yang mengambil kokurikulum khidmat masyarakat sebagai aktiviti kokurikulum mereka di UTHM.

(ii) Kejujuran responden juga merupakan salah satu batasan kajian yang dianggap penting. Hal ini adalah kerana kajian yang dijalankan adalah berdasarkan kepada soal selidik yang diberikan kepada responden.

(iii) Pengkaji juga mengambil kira faktor masa sebagai batasan kajian. Pengkaji mengalami masalah kekangan masa semasa menjalankan kajian ini kerana kajian ini memerlukan pengkaji membuat pemerhatian di setiap minggu yang telah dipilih oleh pengkaji.

(27)

(iv) Pengkaji tidak mempunyai pengalaman dalam membuat kajian terutamanya dalam bidang sains sosial. Pengkaji mengalami masalah-masalah semasa membuat kajian. Oleh itu pengkaji membuat kajian hanya dengan mengikut prosedur-prosedur yang tertentu yang telah digariskan untuk dijadikan panduan untuk pengkaji.

1.10 Definisi Istilah Operasi

Beberapa definisi istilah telah dikenal pasti untuk mengelakkan kekeliruan didalam kajian:

1.10.1 Pembangunan

Menurut Kanesan Abdullah et.al (2012), pembangunan merupakan proses holistik yang merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi serta memiliki sikap,nilai dan etika positif, berdaya saing dan progresif.

Dalam penyelidikan ini pembangunan membawa maksud penerapan, kesedaran dan penguasaan pelajar bagi kemahiran menyelesaikan maalah terutamanya dalam kokurikulum khidmat masyarakat.

1.10.2 Penerapan

Menurut Syed Hamid, Abdullah & Raji (2004), penerapan merupakan satu proses berfikir bagi membolehkan murid-murid meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru.

Dalam penyelidikan yang dijalankan penerapan membawa maksud perbuatan pensyarah dan pelajar yang menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran insaniah menerusi kokurikulum khidmat masyarakat. Menerusi proses tersebut pensyarah mengajar KI dan para pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran insaniah apabaila mereka memasuki alam pekerjaan kelak. Kemahiran yang dimaksudkan adalah kemahiran menyelesaikan masalah.

(28)

1.10.3 Kesedaran

Menurut TCTSG (2000), kesedaran membawa maksud keupayaan untuk mengenal pasti proses dan memahami elemen-elemen kritikal di dalam maklumat. Dalam penyelidikan yang dijalankan kesedaran membawa maksud kesedaran para pelajar berkaitan penerapan elemen kemahiran menyelesaikan masalah yang wujud dalam aktiviti kokurikulum khidmat masyarakat.

1.10.4 Penguasaan

Menurut Muhammad, Abdullah, Basiron, Jasmi & Mohd Noor (2006), membawa masud perihal menguasai atau menguasakan.

Dalam penyelidikan yang dijalankan penguasaan membawa maksud kemampuan para pelajar untuk menguasai kemahiran insaniah dan berupaya mengaplikasikannya dalam dunia pekerjaan kelak.

1.10.5 Kokurikulum

Menurut Fadzil & Ahmad (2010), kokurikulum merupakan kegiatan berkumpulan iaitu kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberi peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.

Dalam penyelidikan yang dijalankan kokurikulum merujuk kepada aktiviti luar bilik darjah yang diikuti oleh para pelajar seperti kokurikulum khidmat masyarakat.

1.10.6 Kemahiran Insaniah (KI)

Merangkumi aspek-aspek kemahiran insaniah yang melibatkan elemen kognitif tang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti nilai positif, kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi, dan pembelajaran berterusan (Jabatan Institut Pengajian Tinggi Malaysia, 2006)

(29)

Dalam penyelidikan yang dijalankan, Kemahiran Insaniah merujuk kepada kemahiran menyelesaikan masalah. Kemahiran menyelesaikan masalah ini akan dilihat dalam aktiviti kokurikulum khidmat masyarakat yang dipelajari oleh para pelajar.

1.11 Kerangka Teori

Pembelajaran adalah sebahagian dari kehidupan manusia dan proses ini boleh berlaku bila-bila dan iaitu-mana sahaja sama ada secara formal atau pun tidak formal. Selain itu pelajar juga mempunyai pelbagai gaya pembelajaran. Teori gaya pembelajaran yang sesuai bagi kajian ini adalah gaya pembelajaran Kolb, 1984 (Yusof, Othman & Karim, 2005). Hal ini adalah kerana, teori gaya pembelajaran Kolb menekankan kepada pengalaman individu dalam memperoleh pengetahuan dan membenarkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan yang mereka perolehi di sekolah atau bilik darjah dalam kehidupan seharian untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan (Othman & Othman 2004). Teori Kolb ini mempunyai empat dimensi yang utama pengalaman konkrit iaitu pembelajaran melalui pengalaman, pengalaman refleksi iaitu pembelajaran melalui pemerhatian, konseptualisasi abstrak iaitu pembelajaran melalui pengalaman dan eksperimen aktif iaitu pembelajaran melalui penggunaan.

Empat dimensi ini adalah selari dengan tahap-tahap kitaran pembelajaran yang dimulai dengan mengambil tindakan (taking action), diikuti dengan memerhatikan keputusan (seeing results), memikirkan tentang keputusan (thinking about results) dan akhirnya merancang untuk akan datang (planning for next time) (Mohamad, Nasir & Saat 2004)

Dalam kajian ini, pengkaji menyatakan bahawa pelajar dapat meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam diri mereka apabila mereka terlibat secara langsung ketika mereka menjayakan projek atau aktiviti di luar kelas. Pelajar yang mengikuti kokurikulum khidmat masyarakat diminta untuk menjalankan projek bersama-sama masyarakat sekeliling. Pelajar ini akan didedahkan dengan cara-cara mengendalikan program bersama-sama atau sebagai satu pasukan oleh pensyarah yang hanya membuat pantauan sahaja. Tugas pensyarah hanyalah memberi garis panduan manakala pelajara haruslah menlaksanakan projek tersebut. Hasil daripada pembelajaran itu pelajar dapat

(30)

menimba pengalaman melalui pemerhatian dan dapat membetulkan kesalahan ketika melaksanakan projek yang akan datang. Hal ini membuktikan bahawa teori yang sesuai digunakan dalam kajian ini adalah teori Kolb.

Rajah 1.2 : Gaya Pembelajaran Kolb

1.12 Kerangka Konsep

Kerangka konsep kajian yang dihasilkan oleh penyelidik adalah diadaptasi daripada teori gaya pembelajaran kolb. Penyelidik telah merangka satu kerangka kajian yang sesuai dengan objektif kajian yang telah ditetapkan. Pemboleh ubah yang telah digunakan oleh pengkaji ialah pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar. Pemboleh ubah bebas dalam kajian ini ialah kokurikulum khidmat masyarakat manakala pemboleh ubah bersandar pula ialah elemen-elemen kemahiran menyelesaikan masalah.

Kajian ini memfokuskan kepada elemen-elemen kemahiran menyelesaikan masalah yang disesuaikan dengan teori gaya pembelajaran kolb. Rajah adalah seperti dibawah. (Pemerhatian) Pengalaman Konkrit ASIMILATOR DIVERGER Pemerhatian Reflektif AKOMODATOR KONVERGER Eksperimentasi Aktif Konseptualisasi Abstrak Abstrak / aktif (Tindakan) (Pemikiran) Konkrit / reflektif (Intuisi) Abstrak /reflektif Abstrak / aktif

(31)

(Adaptasi daripada Gaya Pembelajaran Kolb) Rajah 1.3 : Kerangka Konsep

Dalam kajian ini pengkaji telah menetapkan bahawa elemen menyedari kewujudan masalah dan memahami masalah berada di bahagian pemerhatian reflektif. Hal ini adalah kerana berdasarkan teori Kolb, aktiviti yang dilakukan adalah pemerhatian. Seterusnya, pengkaji telah menetapkan elemen meneroka plihan-pilihan bagi jalan penyelesaian berada di bahagian pengalaman konkrit. Elemen meninjau kesan dan akibat dari pemilihan jalan pengakaji telah menetapkan elemen tersebut berada di bahagian konseptualisasi abstrak dan elemen memilih pilihan yang terbaik sebagai jalan penyelesaian berada di bahagian eksperimentasi.

1.13 Rumusan Bab

Bab I merupakan pengenalan mengenai kajian ini. Dalam bab pengenalan, pengkaji menerangkan tentang konsep kemahiran menyelesaikan masalah dimana elemen-elemen yang terdapat didalam kemahiran menyelesaikan masalah itu terbahagi kepada 5 elemen yang utama seperti menyedari masalah, memahami

Pelajar UTHM yang terlibat dalam kokurikulum Kokurikulum khidmat masyarakat Pengalaman Konkrit Meneroka Pilihan-pilihan bagi Jalan Penyelesaian

Ekserimentasi

Memilih Pilihan yang terbaik sebagai Jalan Penyelesaian Pemerhatian Reflektif Menyedari kewujudan masalah Memahami Masalah Konseptualisasi Abstrak

Meninjau Kesan dan Akibat dari Pemilihan Jalan Penyelesaian

(32)

masalah, meneroka pilihan-pilihan penyelesaian, meninjau kesan akibat pilihan dan memilih pilihan terbaik sebagai penyelesaian. Seterusnya, di dalam penyelidikan ini juga pengkaji ingin mengkaji penerapan elemen-elemen kemahiran menyelesaikan masalah, kesedaran dan penguasaan elemen-elemen kemahiran menyelesaikan masalah dalam diri pelajar yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum. Bab I ini juga menjelaskan tentang latar belakang masalah, penyataan masalah, objektif kajian, skop kajian turut disertakan supaya pembaca dapat mengetahui dan memahami tujuan sebenar kajian ini dilakukan oleh pengkaji. Definisi istilah terdapat dalam bab ini bagi memudahkan pembaca untuk lebih memahami definisi-definisi yang banyak terdapat dalam kajian ini. Seterusnya dalam Bab II pengkaji mengkaji dengan lebih mendalam lagi tentang kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk kajian.

(33)

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Pembangunan modal insan merupakan elemen penting yang seharusnya diberikan tumpuan terutamanya dalam rangka negara yang sedang membangun seperti negara kita. Hal ini adalah untuk mencapai wawasan 2020 dan sekaligus menjadi negara yang berdaya saing pada peringkat antarabangsa. Menurut Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), pembangunan modal insan telah menjadi teras utama pembangunan di negara kita. Matlamat utama bagi membangunkan modal insan ini adalah melahirkan insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan inovatif.

Perkembangan teknologi dan arus globalisasi menjanjikan persaingan yang sangat hebat. Dalam memenuhi keperluan k-ekonomi dan globalisasi, Malaysia perlu mengubah aktiviti ekonomi kepada industri berteknologi tinggi dan berasaskan pengetahuan. Persiapan dan persediaan yang mencukupi telah memastikan sesebuah negara bukan sahaja dapat terus bertahan malah mampu untuk bersaing dan mencapai yang dikehendaki (Matson & Prusak, 2010). Daya saing dan produktiviti industri bergantung pula kepada kewujudan tenaga kerja yang berpendidikan, mahir, berketerampilan dan bermotivasi tinggi yang menjadi aset utama bagi merealisasikan hasrat ini atau kini diistilahkan sebagai pekerja berpengetahuan (Mohamad Hanipah, Tin & Sulaiman, 2012). Keperibadian pekerja yang mahir dapat diwujudkan ketika di peringkat sekolah dan seterusnya di peringkat universiti. Pendidikan di universiti adalah untuk membekalkan ilmu, kemahiran, dan sikap untuk pelajar berkebolehan menangani kelangsungan hidup dan menghadapi perubahan dalam hidup masing-masing. Pendidikan di institusi

(34)

pengajian tinggi juga dianggap sebagai kemuncak sistem pendidikan iaitu-mana negara. Oleh itu, ciri-ciri dan kualiti pendidikan universiti.

2.2 Pengenalan Kepada Kokurikulum

Kokurikulum juga dikenali sebagai kurikulum tambahan (extra-curriculum) atau pendidikan untuk waktu lapang atau aktiviti kelas tambahan (extra-class activites). Aktiviti-aktiviti kokurikulum merupakan sebahagian kurikulum formal yang merangkumi aktiviiti-aktiviti persatuan, kelab, permainan dan sukan serta unit beruniform yang dijalankan di luar bilik darjah (Sang, 2000). Program sukan rekreasi telah menjadi suatu bahagian yang penting bagi memberi pengalaman kepada pelajar di luar bilik darjah atau pelajar-pelajar kolej dan universiti di United States (Turman et al, 2005).

2.3 Keperluan Kokurikulum Dan Pelaksanaannya Di UTHM

Aktiviti kokurikulum telah dikenalpasti sebagai elemen terpenting yang menghubungkan para pelajar dengan dunia luar Haron & Idris (2010). Sebagai contohnya melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh badan beruniform, persatuan atau kelab, kebudayaan atau kesenian dan juga sukan pelajar dapat membentuk diri menjadi seseorang yang berdisiplin dan membolehkan mereka berkhidmat kepada masyarakat. Menurut Sofian, Yusof & Yusof (2002), gerak kerja kokurikulum mempunyai banyak nilai pendidikan yang boleh disemai dan dibentuk, dipupuk dan disemai secara langsung dan tidak langsung ke dalam diri murid, pelajar, mahasiswa dan malahan guru pelatih di pusat latihan perguruan. Pada peringkat institut pengajian tinggi awam dan swasta, objektif kokurikulum lebih terperinci dan mengkhusus kepada satu matlamat jangka panjang.

Menurut Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara (2011-2015), pada peringkat pengajian tinggi, aktiviti kokurikulum ini adalah wajib bagi semua pelajar untuk mengambilnya selama dua semester kerana penyertaan dalam kokurikulum melibatkan mata merit yang diambil kira oleh pensyarah yang mengendalikan aktiviti tersebut. Mata merit ini bergantung kepada segala aktiviti yang diikuti dan diceburi oleh seseorang mahasiswa sepanjang pengajian mereka di IPT. Di UTHM bebanan jam kredit adalah sebanyak 1 jam kredit (Pusat

(35)

Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan UTHM, 2007). Selain daripada memastikan keberkesanan aktiviti kokurikulum dalam mendidik dan menjana pelajar yang berketrampilan, mempunyai sifat kepimpinan inovatif, kreatif dan jati diri yang jitu dalam diri pelajar, pihak pengurusan kokurikulum juga bertanggungjawab meyediakan kemudahan infrastruktur seperti peralatan sukan, stadium, jurulatih bertauliah, modul pengajaran yang sentiasa dikemaskini mengikut keperluan pelajar dan kaedah penilaian yang bersesuaian (Abdullah, 2002). Di akhir pengajian, pelajar akan diberikan transkipsi kokurikulum berdasarkan aktiviti yang tercatat di dalam buku merit. Kegiatan kokurikulum ini boleh dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti itu.

Terdapat empat bidang kokurikulum yang telah dikenalpasti iaitu sukan, persatuan, kesenian dan badan beruniform.

Jadual 2.1 : Pecahan Mata Pelajaran Kokurikulum Di UTHM Komponen Sukan Komponen Persatuan Komponen Kesenian Komponen Badan Beruniform Badminton Bola Baling Bola Keranjang Bola Lisut Bola Sepak (L) Bola Tampar Golf Hoki Kayak Memanah Sepak Takraw Ping Pong Tenis Ragbi Keusahawanan Khidmat Masyarakat Fotografi Koir Silat Sunda Taekwando Videografi Muzik Moden Gamelan Kompang

Silat Cekak Hanafi

Pertolongan Cemas Pertahanan Awam Kelana Siswa Suksis Palapes 2.4 Kepentingan Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum. Ada banyak faedah kegiatan kokurikulum. Menurut J.Klesse & D‟Onofrio (2000), kegiatan kokurikulum dapat

(36)

didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan. Setiap pelajar diwajibkan supaya menyertai sekurang-kurang satu daripada setiap aktiviti tersebut. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja dapat memberikan keseronokan malahan dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pelajar yang menyertainya. Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar agak mengecewakan (Zehner, 2011). Ada pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar tidak mahu melibatkan diri mereka dalam aktiviti ini. Sikap tidak acuh pelajar ini telah menyebabkan kerajaan mewajibkan kegiatan ini dan menjadi syarat unntuk pemilihan ke universiti. Sebenarnya, kokurikulum mempunyai banyak kebaikan yang tersirat yang tidak dipahami oleh sesetengah pihak.

Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dapat menyihatkan badan mereka (Buntat &Jailani, 2010). Peluh yang keluar dapat menghilangkan toksik badan. Pelajar boleh menjadi ahli kelab sukan seperti pasukan bola sepak dan pasukan bola tampar. Untuk menang dalam pertandingan yang disertai, pelajar akan menjalani latihan. Sekurang-kurangnya latihan itu dijalankan tiga kali seminggu. Dengan latihan itu pelajar akan menjadi cergas kerana mengeluarkan peluh dan ini dapat mengelakkan pelajar dari mendapat sakit.

Pelajar yang menghadapi era persekolahan zaman ini memang penuh masalah, jadi pembabitan dalam kokurikulum mampu mengurangkan tekanan (Alias & Fauzee 2002). Kegiatan yang dijalankan itu mampu mengalih fikiran pelajar sejenak daripada persiapan peperiksaan mereka yang penuh dengan penghafalan dan membuat latihan. Minda mereka dapat berehat sebentar apabila melakukan aktiviti yang berbeza iaitu kokurikulum. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa-masa yang telah ditetapkan. Penetapan masa ini menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan masa mereka dengan bijak. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti ini mengutamakan aktiviti kokurikulum dan pembelajaran mereka. Ringkasnya, mereka kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak (Mohd Noor & Borhan, 2010).

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti itu dapat memenuhkan masa lapang. Mereka tiada masa untuk terlibat dengan gejala sosial. Gejala sosial yang selalu membabitkan golongan para remaja ini adalah seperti wabak AIDS, gejala dadah, masalah alam sekitar, wabak pelbagai jenis penyakit dan kemerosotan pelajaran.

(37)

Isu dan permasalahan ini bukan sahaja membabitkan negara kita Malaysia malah juga negara barat (Said & Talib, 2000). Mereka sentiasa sibuk dengan aktiviti kokurikulum akan menghabiskan masa mereka di sekolah. Sebagai contoh, jika mereka aktif dalam bidang sukan, mereka akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah (Tahir. & Othman 2007).

Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui aktiviti kokurikulum ini. Kokurikulum menyediakan satu “medan” yang sesuai kepada pelajar untuk memimpin atau mengetuai sesuatu pertubuhan. Situasi ini memberikan mereka satu keyakinan terhadap kemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu (Manaf. & Fauzee., 2002). Mereka mula menyedari bakat yang ada dan berupaya untuk mengembangkannya serta mengasahnya menjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi seperti memimpin pertubuhan belia, syarikat dan mungkin juga negara. Salah satu kebaikan yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum ialah para pelajar dapat meningkatkan daya kepemimpinan (Hassan & Safar, 2010). Daya kepemimpinan ini dapat dipupuk apabila seseorang pelajar dilantik sebagai ketua dalam sesuatu kegiatan. Daya kepemimpinan ini juga amat berguna kepada para pelajar apabila sudah dewasa. Sebagai contohnya, pelajar yang pernah memimpin sesuatu pertubuhan seperti pengakap, kadet remaja, dan sebagainya, mereka akan lebih yakin untuk menjadi pemimpin sesuatu organisasi pada suatu hari nanti. Oleh itu, daya kepemimpinan ini haruslah dipupuk sejak awal lagi kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya (Gilchrist & Gilchrist, 2009).

Malahan, aktiviti kokurikulum membuka minda dan mata pelajar tentang erti persahabatan dan pergaulan (Robert, William & Timothy, 2002). Mereka akan bertemu dengan pelbagai orang dalam menjalankan aktiviti kokurikulum itu. Mereka mengenal jenis manusia sebenar terutama apabila menghadapi masalah untuk menganjurkan sesuatu aktiviti. Mereka juga mengenali erti persahabatan yang sejati. Pengalaman ini semua akan mengajar pelajar erti kehidupan yang tidak boleh mereka peroleh di luar. Semangat perpaduan ini adalah amat penting dalam mewujudkan negara yang aman dan makmur (Chek Pi &.Fauzee, 2002). Semangat perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam sesuatu kegiatan. Sebagai contohnya, pelajar berbilang kaum mewakili pasukannya untuk bertanding dalam acara sukan yang

(38)

RUJUKAN

Ab Rahman,M.A. & Puteh,A. (Disember 1998). Pendidikan Kreativiti : Pengalaman Universiti Utara Malaysia. Universiti Utara Malaysia : Sekolah Bahasa dan Pemikiran Saintifik

Abd Ghani,K.D., Nayan,S., Sheikh Mohd Ghazali,S.A.I. & Shafie,L.A. (2010). Critical Internal And External Factors That Affect Firms Strategic Palnning. International Research Journal of Finance and Economics. ms50-59

Abdul Rahman,Z. & Yusof, A. (2002). Pergerakan Pengakap Melahirkan Generasi Berketrampilan. Kokurikulum Peranan Dan Implikasi. Sentul: Utusan Publications

Abdullah, S.C. (11 Oktober,2002). Kokurikulum : UIAM Tetapkan Dua Jam Kredit. Keramat: Berita Harian

Abdullah,M.S. (1997). Permasalahan Aktiviti Ko-kurikulum Di Sekolah-sekolah Menengah Agama Yayasan Islam Kelantan Daerah Pasir Mas. Universiti Utara Malaysia : Tesis Ijazah Sarjana.

Abu Bakar,Z. (2008). Teori-teori Pekembangan. Psikologi Pendidikan.Penerbit UTM: Seri Kembangan

Abu, M.S., Kamsah, M.Z. & Razzaly, W. (2008). Laporan Kajian Soal Selidik Penerapan Kemahiran Insaniah (KI) Di Kalangan Pelajar Dalam Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Di Institut Pengajian Tinggi Awam.

(39)

Jawatankuasa Penerapan KI Kepada Pelajar IPTA Peringkat Kebangsaan 12 Februari 2008. ms 1-56

Ahmad, L. & Yusof, A. (2002), Pengaruh Penglibatan Pelajar Dalam Kokurikulum Terhadap Kecemerlangan Akademik. Sekincan : Utusan Publications

Ahmad,N.S., Amzah, F. & Che Aman, R. (2009). Kemahiran Komunikasi Guru Pelatih Universiti Sains Malaysia. Jurnal Pendidik dan Pendidikan,Jil 24. ms 125-142

Aklili,S., Abd Wahab,D., Abdullah,S. Mohd Yassin,R. Sahari,J. & Muhamad,N. (2009). Penerapan Daya Cipta Dalam Pembelajaran Berasaskan Hasil. Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam BIna (PeKA 09). ms 358-367

Ali, M. & Noordin,S. (2010). Hubungan Antara Kemahiran Berfikir Kritis Denga Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi,52.ms 45-55

Ali, N., Mustaffa,M.S, & Ahmad,R. (2005). Pendekatan Temubual sebagai Metod Kajian Kes, suatu Persepsi Di Kalangan Pelajar Perempuan Cemerlang Terhadap Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling.

http://eprints.utm.my/2212/1/91.DrMuhdSharif%26Roslee.pdf. Dicapai pada 11Oktober 2011

Alias, Z. & Annafatmawaty (2010). Pembangunan Kemahiran Insaniah (KI) melalui Program Berasaskan Keusahawanan: Kajian Kes Terhadap Kumpulan Inkubator Keusahawanan Di Politeknik Merlimau Melaka. MyTEDT10‟ : Keusahawanan. Sungai Petani Kedah. ms 12-21

Alias,A.F & Fauzee,M.S.O (2002), Pembentukan Mental Dan Fizikal Kanak-Kanak Melalui Sukan. Keramat: Utusan Publications

(40)

Amit, B.M. (2004), Qualitative Research In Sociology: British Libarary Cataloguing: SAGE Publications.

Amzah, F. & Amzah, R. (2011). Meningkatkan Kemahiran Insaniah Bakal Guru Di Universiti Sains Malaysia Melalui Projek Kemasyarakatan. Prosiding Seminar Majlis Dekan-dekan Pendidikan IPTA2011. ms 1132-1143

Ariffin,S.R., Haron, Z., Idris,S., Najmuddin,N.A.,Samsuri,S., Hassan,B. &

Hamid,N.A (2009). Tahap Penguasaan Kemahiran Pemikiran Kritikal Dan Penyelesaian Masalah Pelajar-pelajar Sains dan Hubungannya Dengan Pencapaian Pelajar.

http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP/SITIZULIANAA P010398D2006TTP.pdf. Dicapai pada 20 Oktober 2011

Asikin,A. (2011). Implementasi Pendekatan Pemecahan Masalah (Problem Solving) Melalui Lembar Kerja Siswa (LKS) Untuk Meningkatkan Kompetensi Matematika Siswa Kelas VIII B SMP Negeri Watumalang. http://eprints.uny.ac.id/2382/1/IMPLEMENTASI_PENDEKATAN_PEM ECAHAN_MASALAH__%28PROBLEM_SOLVING%29_MELALUI_L EMBAR_KERJA_SISWA_%28LKS%29__UN.pdf. Dicapai pada 20 September 2011

Assain, F.A. & Safar, H.M. (2011). Penerapan Kemahiran Insaniah Di Sekolah Menengah Teknik : satu Analisis Perbandingan.

http://www.polipd.edu.my/20111007_Fadilah_Hasmadi.pdf. Dicapai pada 12 Oktober 2011.

Awang,D.H.T., Omar,A.H. & Sariffudin, R.S. (2005). Aplikasi Perisian NVIVO Dalam Analisis Data Kualitiatif.

http://eprints.utm.my/2220/1/p24.Dayang_Hjh_Tiawa.pdf. Dicapai pada 11 Mei 2011

(41)

Ayob, F.H., Sulaiman, M.N. & Othman, M. (2004). Pengoptimuman Penyelesaian Masalah Penjadualan Waktu Kuliah Dengan Teknik Algoritma Genetik. Jurnal Teknologi, 40 (D) Jun 2004. ms 119-132.

Bahari, M. J. (2008). Faktor-faktor Yang Menghalang Penglibatan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Seremban https://www.ipislam. edu.my/uploaded /file/jaflus.pdf. Dicapai pada 11Oktober 2011.

Bernd, S. (2008). The Importance of Soft Skills: Education Beyond Academic Knowledge. Journal of Language and Communication. ms 146-154

Buntat,Y. & Jailani,N. (2010). Penglibatan Pelajar Wanita Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Dala Aktiviit Sukan Di UTM.

http://eprints.utm.my/10549/1/Penglibatan_Pelajar_Wanita_Tahun_Akhir_ Fakulti_Pendidikan_Dalam_Aktiviti_Sukan_Di_UTM.pdf. Dicapai pada 5 September 2011.

Chek Pi, S. & Fauzee,M.S. (2002). Kokurikulum Menjana Ke Arah Keseimbangan Pelajar. Kokurikulum Peranan Dan Implikasi. Sekincan : Utusan

Publcations.

Chua, Y.P. (2006). Kaedah Penyelidikan : Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Petaling Jaya : Mc Graw Hill Sdn Bhd

Chikumba,S. (2011). Development Of Soft Engineering Skills For Industrial Engineering technologists Through Effective Mentoring.

http://www.waceinc.org/philly2011/conference_proceedings/Refereed%20 Papers/South%20Africa/STEADY~1.PDF. Dicapai pada 10 Oktober 2011

Crebert,G. (2004). Developing Generic Skills At University, During Work Placement And In Employment: Graduates‟ Perceptions. http://www. polytechnic.edu.na/academics/schools/engine_infotech/civil/generic_skills

(42)

_library/docus/developing_generic_skills_02.pdf. Dicapai pada 19 Oktober 2011

Crebert,G. (2004). The Development of Employability Skills In Novice Workers. Adeloide : NCVER ltd

Dahrir, S. & Yusof, B. (2002). Matlamat Dan Implikasi Kokurikulum Terhadap Pelajar. Keramat: Utusan Publications

Darusalam,G. (2008). Kesahan Dan Kebolehpercayaan Dalam Kajian Kualitatif Dan Kuantitatif. http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/ghazali.pdf. Dicapai pada 20 November 2011

Dawi, A.H. (2002), Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Edisi Kedua. Ipoh : Quantum Books.

Dora, M.T., Kudus, N., Hassan, M.A. & Ali, R. (2008). Kemahiran Insaniah: 7 Kompetensi Unggul Mahasiswa. Universiti Teknikal Malaysia Air Keroh : Penerbit Universiti UTEM

Dougles S. Franklin (2007). Student Development And Learning In Campus Recreation: Assessing Recreational Sports Directors‟ Awareness, Perceived Importance, Application Of And Satisfaction With Cas Standards. http://etd.ohiolink.edu/send. Dicapai pada 20 Oktober 2011

Edwin, M.B. & Phillip, H. (1998), Problem-Based Learning in Medical and Managerial Education: United States: SkyLight Training and Publishing, INC.

Esa, A. (2011). UTHM Lecture Series 5/2011: Kokurikulum Membangun Kemahiran Insaniah : Koleksi Penyelidikan. UTHM : Penerbit UTHM.

(43)

Esa, A., Yunos, J.M. & Kaprawi, N.(2004). Peranan Kokurikulum Dalam Pembangunan Kemahiran Generik. Jurnal Sains Sosial: Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Bil 1.ms 81-94

Fadzil, N.S. & Ahmad, J. (2010). Kepentingan Kokurikulum Dalam Pendidikan Di Sekolah Menengah. http://file.upi.edu/Direktori/PROCEEDING/UPI-UPSI/2010/Book_1/KEPENTINGAN_KOKURIKULUM_DALAM_PEN DIDIKAN_DI_SEKOLAH_MENENGAH.pdf. Dicapai pada 20 Oktober 2011

Gani,A.W.I., Siarap,K. & Mutafa,H (2006). Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran.Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang. Kajian Malaysia Vol XXIV, No 1 & 2. ms 203-225

Ghazali,D. (2008). Kesahan dan Kebolepercayaan Dalam Kajian Kualitatif dan Kuantitatif. http:// www.ipislam.edu.my/ uploaded/file/ ghazali .pdf. Dicapai pada 20 Oktober 2011

Gliem,J.A. & Gliem,R.R. (2003). Calculating, Interpreting And Reporting

Cronbach‟s Alpha Reliability Coefficient For Likert-Type Scales. Midwest Research To Practice Conference In Adult, Continuing And Community Education. ms 82-88

Gilchrist,N. & Gilchrist,L.A. (2009). A Curricular- Co-Curricular Approach To Student Leadership Development. Research In Higher Education Journal-Volume 3. ms 1-6

Gordon,W. (2001). Social Work.

http://www.unesco.org/education/mebam/module_3.pdf. Dicapai pada 20 November 2011

(44)

Guan, L.S (1997). Guru Sebagai Penyelidik: Faktor-faktor yang mrempengaruhi Kekerapan Aktiviti Kajian Tindakan Di Sekolah. Universiti Utara

Malaysia: Thesis Ijazah Sarjana.

Hamzah,A. (2008). Kaedah Kualitatif Dalam Penyelidikan SosioBudaya.

http://portalfsss.um.edu.my/portal/uploadFolder/pdf/KAEDAH%20KUAL ITATIF%20DALAM%20PENYELIDIKAN%20SOSIO%20BUDAYA%2 0(Azizah).pdf . Dicapai Pada 15 Oktober 2011

Haron, W.S (2009). Hubungan Personaliti, Kemahiran Sosial, Kebimbangan Dan Rakan Sebaya Dengan Tingkah Laku Devian Di Kalangan Pelajar

Universiti.

http://dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/123456789/5839/1/HUBU NGAN%20PERSONALITI,%20KEMAHIRAN%20SOSIAL,%20KEBIM BANGAN%20DAN%20RAKAN%20SEBAYA%20DENGAN%20TING KAH%20LAKU%20DEVIAN%20DI%20KALANGAN%20PELAJAR% 20UNIVERSITI.pdf. Dicapai pada 19 November 2011

Haron, Z. & Idris, A. A. (2010). Persepsi Pelajar Terhadap Penerapan Kemahiran Generik Dalam Aktiviti Kokurikulum Di Kalangan Pelajar Tahun Dua Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Skudai.

http://eprints.utm.my/10848/1/Persepsi_Pelajar_Terhadap_Penerapan_Ke mahiran_Generik_Dalam_Aktiviti_Kokurikulum_Di_Kalangan_Pelajar_T ahun_Dua_Fakulti_Pendidikan.pdf. Dicapai pada 2 November 2011.

Harun,M.T & Salamuddin,N. (2006). Modul Program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi UKM: Satu Kesinambungan.

http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2003/taibUKMk k.pdf. Dicapai pada 19 Oktober 2011.

Hashim, A.H.M., & Bakar, M.A. (2010). Mengenalpasti Kecederaan Yang Dialami Oleh Atlet Silat Olahraga Semasa Kejohanan Silat.

http://eprints.utm.my/10910/1/Mengenalpasti_Kecederaan_Yang_Dialami _Oleh_Atlet.pdf .Dicapai pada 1 November 2011

(45)

Hashim, F.M (2011). Penerapan Kemahiran Insaniah Di Sekolah Menengah Teknik : Satu Analisis Perbandingan.

http://www.polipd.edu.my/v3/sites/default/files/20111007_Fadilah_Hasma di.pdf. Dicapai pada 23 November 2011

Hashim,S. & Abd Wahab,J. (2008). Program-program Pemulihan Tingkah Laku. Remaja Dan Tingkah Laku. ms 136-160

Hassan, H. , Ahmad, A. & Bahari, A. (2009). Kemahiran Insaniah Dan

Kepentingan Penerapannya Dalam Program Baktisiswa Perdana UniMAP. http://dspace.unimap.edu.my.Dicapai pada 23 November 2011

Hassan, S.C , Hassan, N.C & Buang, N.A (2010). Penguasaan Kemahiran Insaniah (Kemahiran Keusahawanan) Dalam Kalangan Guru Sekolah Di Malaysia. Proceedings Of The 4th Conference on Teacher Education, Join Conference UPI & UPSI, 852-863

Hassan, Z. & Ghaffar, M.N. (2011). Perubahan Sosial Di Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan UTM. Journal Of Edupres, Volume 1. ms 197-208

Hassan,J. & Safar,S.A. (2010). Pembinaan Kecemerlangan Diri Pimpinan Pelajar Menerusi Penglibatan Dalam Aktiviti Kokurikulum Di Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai. http://eprints.utm.my/10788/1. Dicapai Pada 19 November 2011.

Hsu,C.C. & Sandford,B.A. (2007). The Delphi Technique: Making Sense Of Consensus. Parctical Assessment,Research & Evaluation,Vol 12,No 10. ms 1-8.

Howard S. B., Wee K. N. & Lynda (2007). Principles and Practice of aPBL. Singapore: Pearson Prentice Hall

Referensi

Dokumen terkait

Untuk mendukung pemakaian dan meningkatkan aplikasinya dalam mendukung keamanan pangan, maka pengembangan dilakukan uji aktivitas antibakteri bawang putih terhadap bakteri

Hasil analisis prospektif sistem pengelolaan berkelanjutan hutan rakyat di Kabupaten Bogor menunjukkan bahwa, atribut-atribut yang bisa dijadikan sebagai

pihak yang berhak (pemegang hak atas tanah). sehingga dengan demikian dapat dikatan bahwa perbuatan melawan hukum oleh Pemerintah Daerah Dompu adalah sebab,

Musrenbang Kecamatan merupakan sebuah forum musyawarah tahunan para pemangku kepentingan di tingkat Kecamatan untuk mendapatkan masukan kegiatan prioritas dari

Ikan kuro yang dominan tertangkap relatif ukuran kecil yaitu 234-255 mm; Pola pertumbuhan ikan kuro adalah Allometrik Positif yang artinya pertambahan bobot lebih cepat

Perkembangan CPUE ikan kakap putih ( Lates calcarifer ) di perairan Sungai Kumbe Distrik Malind Kabupaten Merauke pada ketiga Stasiun Penelitian Perkembangan CPUE ikan

Dalam pembahasan ini, akan mendeskripsikan kondisi makro ekonomi 35 kabupaten/kota di Jawa Tengah yang meliputi masalah tingkat kemiskinan, laju pertumbuhan PDRB, tingkat

Pada suhu beku dalam freezer surimi ikan mujair akan menjadi lebih awet karena mikroba tidak dapat tumbuh dan proses kimia dari enzim masih terus berlangsung dan