• Tidak ada hasil yang ditemukan

Fenomenologi dan Tradisi Liberalisme Bar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Fenomenologi dan Tradisi Liberalisme Bar"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Fenomenologi dan Tradisi Liberalisme Barat: Cabaran dan Peranan Intelektual Muslim di Asia Tenggara

Wan Fariza Alyati Wan Zakaria

Pendahuluan

Kertas ini cuba mengkaji fenomenologi (phenomenology) sebagai satu aliran falsafah kontemporari dalam tradisi liberalisme1 yang dipelopori oleh Barat semenjak Zaman Pencerahannya (The Enlightenment)2. Gerakan liberalisme di Barat telah berjaya membuahkan sekularisme sebagai satu sintesis kepada hubungan dialektika antara agama dan sains di era Kebangkitan (The Renaissance). Penulis dalam hal ini cuba memetakan fenomenologi sebagai satu komponen utama dalam meta naratif logosentrisme yang bersumberkan pandangan sekular Barat3. Kecenderungan sebilangan intelektual Muslim, termasuk di Asia Tenggara, untuk menerimapakai idea-idea Barat tanpa proses penyaringan yang berlandaskan kepada kerangka pandangan dunia Islam telah berlangsung sejak abad ke 16/17 Masehi dan masih berterusan – tanpa membawa kesan atau pengaruh positif yang

1 Dari sudut bahasa, terminologi liberalisme adalah berasal dari bahasa Latinb liber (bebas) iaitu satu fahaman atau aliran yang muncul di Eropah Barat pada abad ke-18 dan 19M. Aliran ini dirintis oleh Locke, Rousseau, Adam Smith dan J.S.Mill berasaskan kepada kebebasan individu dan berjuang ke arah kebebasan (Jaffary Awang dan Kamaruddin Salleh, 2007, Pemikiran Islam dan Isu-isu Semasa, Bangi: Jabatan Usuluddin dan Falsafah, hlm:154).

2

Antara karya yang baik untuk memahami Enlightenment serta kritik Barat terhadapnya, sila rujuk

The Enlightenment: A Sourcebook and Reader, suntingan Paul Hyland et.al, 2003, London: Routledge Taylor & Francis Group dan The Crisis of European Sciences and Transcendental Phenomenology tulisan Edmund Husserl, 1970, terjemahan oleh David Carr. Evanston: Northwestern University Press. Dalam eseinya yang terkenal ‘What is Enlightenment?’ (1784), Immanuel Kant menjelaskan bahawa:

“Enlightenment is man's release from his self-incurred tutelage. Tutelage is man’s inability to make use of his understanding without direction from another. Self-incurred is this tutelage when it cause lies not in lack of reason but in lack of resolution and courage to use it without direction from another.Sapere aude! [Dare to know!]’Have the courage to use your own reason!’ – that is the motto of enlightenment.” (Hyland et.al 2003:54).

Menurut Peter Gay dalam The Enlightenment: An Interpretation, Enlightenment (1966) adalah gerakan falsafah abad ke 18 Masehi yang ditandai oleh kritik budaya, keraguan terhadap agama dan transformasi politik yang berlaku di Eropah, dalam bentuk program sekuralisme, humanisme, kosmopolitanisme dan kebebasan (freedom) sebagai prinsip-prinsip utamanya. (Hyland et.al 2003:389).

(2)

memberangsangkan dalam merubah situasi permasalahan umat Islam masa kini. Dalam hal ini, penulis meneliti pandangan Malik Bennabi (1905-1973) dalam kajiannya The Qur’anic Phenomenon (2001) sebagai satu wacana alternatif yang telah cuba digarap oleh intelektual Muslim era kontemporari.

Fenomenologi dan Tradisi Liberalisme Barat

Dari segi sejarahnya, falsafah telah menjadi sumber kepada kelahiran pelbagai disiplin ilmu sains. Kemudian sains telah menjadi satu autonomi yang tersendiri, sekalipun menerimapakai beberapa paradigma falsafah semasa. Hasilnya, hubungan antara falsafah dan sains lebih menjurus kepada dialog dan kritik daripada semata-mata mencetuskan sains baru (Ihde & Zaner 1977:1). Sejak Zaman Pencerahan, falsafah telah menjadi pencetus utama tradisi rasionalisme dan liberalisme yang mengeluarkan Barat daripada pengaruh dan kongkongan Gereja dan sistem monarki. Aliran-aliran dalam falsafah seperti rasionalisme, empirisisme, humanisme dan sebagainya telah menobatkan akal (reason) sebagai sumber kebenaran dan manusia (man) sebagai tuan kepada dirinya sendiri, bukan lagi kuasa eksternal dalam bentuk supernatural power. Walau bagaimanapun, setelah meratanya kesan enlightenment dan terserlahnya kepincangan hasil daripada fahaman falsafah-falsafah ini, terdapat kalangan intelektual Barat yang mula mengkritik dan mempertikai asas-asas program enlightenment yang dianggap menjadi punca kepada krisis sosial, politik dan ekonomi yang dialami oleh masyarakat Barat era post-enlightenment atau era moden. Gerakan intelektual yang dikenali sebagai counter-enlightenment ini terutamanya diwakili pada peringkat awalnya oleh ahli-ahli falsafah seperti Edmund Burke (1729-1797) yang menentang Revolusi Perancis (1789-1799) dan ahli-ahli gerakan Romantik (Romantic movement) yang mendakwa apa yang disebut sebagai “...the excessive rationalism of Enlightened thinking” (Hyland et.al 2003:377-8).

Sambungan kepada gerakan counter-enlightenment juga boleh didapati dalam kritikan Friedrich Hegel (1770-1831) dan Karl Marx (1818-1883) tentang dialektika dan kandungan enlightenment akibat daripada perkembangan kapitalisme dan pertentangan kelas pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20 Masehi4. Pengalaman totalitarianisme dan holocaust di Eropah selepas Perang Dunia Kedua pula jelas semakin mengikis keyakinan ramai intelektual Barat terhadap konsep kemajuan (progress) dan seluruh idea kemodenan (modernity). Karya kritis berjudul The Dialectic of Enlightenment (1947) oleh Theordore Adorno (1903-1969) dan Marx Horkheimer (1895-1973) yang mewakili ‘The Frankfurt School’ contohnya, cuba membongkar sisi negatif enlightenment yang menganggap bahawa kefahaman rasional telah membawa kepada eksploitasi dan penindasan. Usaha kritik terhadap prinsip-prinsip enlightenment ini diteruskan oleh ahli-ahli falsafah kontemporari seperti Jurgen Habermas (1929-) yang menganggap bahawa projek

enlightenment masih belum selesai (ibid:378), juga Michel Foucault, Jacques Derrida, Edmund Husserl, Martin Heidegger dan lain-lain.

(3)

Berbeza dengan tema kritikan ahli-ahli falsafah abad ke 19/20 Masehi yang merujuk kepada sejarah perkembangan dan pergolakan kelas dalam masyarakat Barat, kritik terhadap enlightenment oleh tokoh-tokoh falsafah abad ke 20/21 Masehi seperti Foucault, Derrida, Husserl dan Heidegger contohnya, berpijak atas landasan yang fundamental, iaitu prinsip deconstruction5 dalam konteks apa yang

disebut sebagai post-structuralism6. Aplikasi prinsip atau pendekatan/metode ini

terutamanya dapat dikaji secara jelas dalam fenomenologi yang dipelopori oleh dua tokohnya yang utama iaitu Edmund Husserl (1859-1938) dan Martin Heidegger (1889-1976). Kesan fenomenologi ke atas disiplin-disiplin sains dan sains sosial mulai jelas pada akhir-akhir ini. Harapan Husserl supaya fenomenologi dapat menformulasikan semula sains moden. Hal ini berdasarkan metode fenomenologi yang mengambilkira sejarah dan falsafah sains dengan mengenalpasti peranan konkrit pemerhati-pemerhati (observers), keberadaan (temporality) dan sejarah, serta realiti fizikal yang dibentuk menerusi instrumen-instrumen seperti keadaan sosio-politik, institusi-institusi dan sistem ekonomi dan sosial dan lain-lain lagi (Ihde & Zaner 1977:2).

Fenomenologi sebagai Satu Disiplin dalam Falsafah Kontemporari

Secara umumnya, fenomenologi difahami sebagai: (1) satu bidang atau disiplin dalam falsafah, dan (2) sebagai satu gerakan dalam sejarah falsafah. Dari segi etimologi, perkataan fenomenologi berasal dari bahasa Greek phainomenon

iaitu bermaksud appearance . Secara literalnya, fenomenologi adalah kajian tentang "fenomena" atau “appearances of things”, atau sesuatu sepertimana ia muncul dalam pengalaman kita, atau cara-cara bagaimana kita mengalami sesuatu pengalaman serta makna sesuatu itu dalam pengalaman kita. Fenomenologi mengkaji pengalaman sedar (conscious experience) sebagaimana yang dialami daripada pandangan subjektif atau orang pertama (first person) (http://plato.stanford.edu/entries/phenomenology/, 12 Disember 2007).

Menurut Britannica Concise Encyclopedia (Electronic), fenomenologi merupakan satu daripada cabang disiplin ilmu falsafah yang berasal dari pemikiran Edmund Husserl. Husserl telah membina metode fenomenologi bagi maksud membolehkan “satu penjelasan deskriptif tentang struktur-struktur penting bagi sesuatu yang diberikan secara langsung”. Metode ini menekankan pengalaman langsung atau “the immediacy of experience”. Ia juga satu usaha untuk mengasingkan pengalaman-pengalaman tersebut daripada semua asumsi atau anggapan tentang kewujudan atau pengaruh daripada penyebab kejadian tersebut

5

Deconstruction adalah satu pendekatan atau metode yang dibina oleh Jacques Derrida (1930-), seorang ahli falsafah Perancis yang merujuk kepada analisis dekstruktif yang diperkenalkan oleh Martin Heidegger (1889-1976). Asas utama metode ini ialah mempersoalkan konsep autoriti yang telah

(4)

serta meletakkan struktur penting kepadanya. Ia juga menjuruskan perhatian kajian ahli falsafah kepada data asli mengenai kesedaran (consciousness), tanpa percampuran atau pengaruh daripada teori-teori metafizik atau andaian-andaian saintifik. Konsep life-world digunakan oleh Husserl bagi merujuk dunia personal seorang individu sebagai sesuatu yang dirasai pengalamannya secara langsung.

Dalam Dictionary of Theories (2002: 408-9), fenomenologi diistilahkan maknanya sebagai satu deskripsi atau kajian tentang penampakan (the description or study of appearances). Justeru apa-apa kajian mendalam tentang sesuatu fenomena boleh disebut sebagai fenomenologi. Menurut Husserl, fenomena adalah objek-objek pengalaman (objects of experience) atau sikap-sikap (attitudes) yang ditanggapinya sebagai essence, dengan tujuan memberikan analisis bersifat a priori

(deduksi bersifat teoretikal, bukannya empirikal) serta mengelak daripada psikologisme yang berasaskan sains empirikal. Dengan kata lain, fenomenologi bagi Husserl adalah satu metode kritik kepada objektiviti sains empirikal yang menekankan kepada pemerhatian (observation) dan perujian (experiment).

Dalam bidang sains sosial, pengaruh fenomenologi dapat dilihat dalam disiplin sosiologi, antropologi, sains politik, linguistik dan ekonomi. Justeru sifat fenomenologi boleh dianggap sebagai bercirikan interdisiplin (ibid:3). Justeru fenomenologi – sepertimana juga kritik sastera (literary criticism)7 - berfungsi

sebagai suatu kritikan kepada definisi dan kandungan sains/ilmu era Cartesianism8

dan Logical Positivism9 yang nyata bersifat objektif dan teknikal. Sekalipun

demikian, penulis berpandangan bahawa realitinya muhasabah Barat terhadap

enlightenment yang cuba dipelopori oleh fenomenologi sebagai satu gerakan intelektual masih dalam kerangka tradisi yang sama, iaitu liberalisme yang akarnya adalah bertunjangkan prinsip-prinsip serta idea sekularisme.

7LaCapra (1983:15) menganggap kritik sastera dan falsafah sebagai “the heavy sectors” dalam teori moden yang bersifat self-reflexive dan self-critical dalam sejarah intelektualisme [Barat]. Kedua-dua disiplin ini, seperti juga fenomenologi, cuba melihat dan menilai sejarah intelektual Barat secara kritis menjangkaui formalisme teks dan sejarah. Pendekatan historisis yang menanggapi sejarah dalam bentuk kontekstualitinya, sekaligus menyempitkan pemahaman terhadap teks sejarah, merupakan asas kritikan oleh Martin Heidegger (iaitu apa yang disebutnya sebagai “thinking the unthought”), dan juga konsep perungkaian (deconstruction) oleh Jacques Derrida (ibid:29). Baik Heidegger mahupun Derrida, kedua-duanya mewakili aliran anti-positivisme dalam sejarah intelektual Barat. Dalam bukunya Rethinking Intellectual History, LaCapra (1983: 36-69) menggariskan enam (6) konteks yang didasari oleh niat (intentions), motivasi, masyarakat, budaya, badan teks (the corpus), dan struktur (structure/analogous concept). Enam konteks tersebut ialah:

(1) Hubungan antara niat penulis (the author’s intentions) dan teks (the text). (2) Hubungan antara kehidupan penulis (the author’s life) dan teks.

(3) Hubungan masyarakat dengan teks. (4) Hubungan budaya dengan teks.

(5) Hubungan teks dengan korpus penulis (the corpus of a writer).

(6) Hubungan antara mode perbincangan (mode of discourse) dengan teks.

8 Cartesianism merujuk kepada tradisi falsafah yang dipelopori oleh Rene Descartes. Ia adalah satu bentuk rasionalisme yang berpegang kepada prinsip dualisme metafizik tentang minda (mind) dan jirim (matter). (Britannica’s Electronic Concise Encyclopedia).

(5)

Objek Kajian Fenomenologi

Persoalan utama yang menjadi perbahasan ahli fenomenologi ialah tentang bagaimana minda menanggapi sesuatu dalam ketidakhadirannya (absence) secara yang bermakna. Persoalan ini menimbulkan isu representasi atau perwakilan yang melahirkan fungsi tanda (signs) dan simbol (symbols), serta isu antara intuisi (intuition) dengan niat (intention) (Elliot 2005:16). Pada asasnya, struktur kepelbagaian pengalaman yang dikaji dalam fenomenologi merangkumi (http://plato.stanford.edu/entries/phenomenology/, 12 Disember 2007):

Struktur bagi bentuk-bentuk pengalaman ini termasuk apa yang disebut oleh Husserl sebagai "intentionality", iaitu hubungan langsung pengalaman terhadap sesuatu yang wujud di dunia melalui kesedaran (consciousness) bahawa ia adalah satu kesedaran tentang atau mengenai sesuatu. Justeru idealnya, intentionality

merujuk kepada tindakan penting bagi suatu kehidupan yang sedar (the essential act of conscious life) atau “...constitutes precisely what it is to be conscious...” (Elliot 2005:30). Menurut pandangan klasik Husserl yang merujuk kepada Realist Phenomenology, pengalaman kita ditujukan atau "intends" terhadap sesuatu hanya melalui konsep, fikiran, idea, imej tertentu, yang kemudiannya menjadi makna atau kandungan terhadap pengalaman yang diberi (a given experience). Hasil pengalaman itu menurut Husserl, adalah berbeza dengan apa yang objek

pengalaman tersebut wakili atau maknakan

(http://plato.stanford.edu/entries/phenomenology/, 12 Disember 2007).

Struktur asas kepada kesedaran yang bersifat intentional ini melibatkan pelbagai bentuk pengalaman lagi. Ia boleh diringkaskan seperti dalam gambarajah di bawah (http://plato.stanford.edu/entries/phenomenology/, 12 Disember 2007):

(6)

Dengan itu perspektif fenomenologi membawa conscious experience kepada suasana-suasana (conditions) yang membantu memberikan kelangsungan tujuan (intentionality) terhadap pengalaman itu. Suasana-suasana itu adalah latar belakang keluarga, pendidikan, budaya setempat, geografi, konteks sosio-ekonomi dan sebagainya. Cara kita mengkaji conscious experience ialah dengan berfikir secara mendalam tentang jenis-jenis pengalaman yang dialami daripada perspektif atau pandangan orang yang mengalaminya (first-person point of view) (http://plato.stanford.edu/entries/phenomenology/, 12 Disember 2007).

Walau bagaimanapun, memandangkan kebiasaannya kita tidak menilai sesuatu pengalaman semasa kita mengalaminya, maka proses memahami pengalaman tersebut biasanya berlaku selepas pengalaman tersebut selesai. Sebagai contoh, semasa kita mengalami perasaan marah, kita biasanya tidak dapat menilai pengalaman ‘kemarahan’ tersebut kerana diri kita dikuasai oleh sifat marah. Justeru pemahaman berlaku apabila kita berfikir semula untuk memahami suasana pengalaman tersebut.

Intentio nality

Kesedaran temporal (

Kesedaran ruang (

Aktiviti linguistik

Aktiviti sosial

Perha tian ( Kesedaran

tentang individu lain (

Tujuan/niat dalam tindakan ( Tindakan yang terkandung (

Kepelbagaian peranan diri

(7)

Metode fenomenologi atau fenomenologi sebagai satu metode?

Edo Pivcevic dalam artikelnya berjudul ‘Concepts, Phenomenology and Philosophical Understanding’ menegaskan bahawa terdapat perbezaan antara metode fenomenologi dan apa yang dirujuk sebagai ‘fenomenologi’. Menurut beliau, “Phenomenology is more than just a method; it is a philosophical attitude whereby experiences are made the main topic of philosophical concern. Phenomenology regards experiences as the main philosophical theme, just as Linguistic Analysis regards language as the main philosophical theme.” Walaupun kedua-kedua sikap ini boleh dianggap sebagai bersifat one-sided, Pivcevic menganggap bahawa metode-metode yang digunakan boleh diaplikasi secara positif (Pivcevic pnyt. 1975:283).

Ahli fenomenologi klasik telah membahagikan metode fenomenologi kepada tiga (http://plato.stanford.edu/entries/phenomenology/, 12 Disember 2007):

(1) Penjelasan sejenis pengalaman berdasarkan apa yang dijumpai dari pengalaman lepas tersebut. Metode ini adalah yang dibincangkan oleh Husserl dalam bentuk deskripsi/penjelasan terhadap pengalaman yang telah dilalui.

(2) Interpretasi terhadap jenis pengalaman yang dialami dengan bentuk-bentuk yang relevan dengan konteksnya. Metode ini adalah yang dibincangkan oleh Heidegger serta pengikutnya sebagai hermeneutics, iaitu seni interpretasi menurut konteksnya, terutama konteks sosial dan linguistik/bahasa.

(3) Analisa terhadap bentuk bagi jenis pengalaman.

Metode-metode kajian terhadap conscious experience adalah merupakan permulaan kepada kajian fenomenologi, yang mana pengalaman ini kemudiannya memberi penjelasan kepada suatu conscious phenomena. Dalam ertikata lain, kesedaran tentang adanya conscious experience membolehkan kita mengetahui adanya conscious phenomena. Ini boleh dianalogikan dengan adanya kesedaran tentang pengalaman rasa cinta atau marah membolehkan kita menyedari tentang adanya fenomena cinta atau marah (sama ada pengalaman itu berlaku pada diri sendiri atau pada orang lain). Sepertimana yang ditegaskan oleh Husserl dan juga ahli-ahli fenomenologi yang lain, kita jarang sekali menyedari aktiviti-aktiviti praktikal yang dilakukan seperti berjalan, bercakap dengan bahasa loghat kita dan sebagainya kerana ia telah menjadi suatu kebiasaan (habit) dan kita tidak lagi memberi tumpuan dan perhatian kepada perbuatan tersebut.

(8)

pengalaman itu timbul sebagaimana ia timbul, dan juga bagaimana ia mewakili atau terhasil sebagaimana ia. Justeru dapat ditegaskan bahawa fenomenologi menjurus kepada penganalisaan suasana yang memungkinkan wujudnya

intentionality, suasana melibatkan kemahiran dan tabiat, latar belakang sesuatu praktik sosial, termasuk juga bahasa dan bagaimana ia mempunyai kedudukan istimewa dalam hubungan/urusan manusia.

Kepelbagaian metode fenomenologi ini beberapa aliran dalam fenomenologi, antaranya (http://plato.stanford.edu/entries/phenomenology/, 12 Disember 2007):

Kepelbagaian metode ini juga menjelaskan signifikasi fenomenologi sebagai satu trend atau ‘fenomena’ dalam perbahasan falsafah kontemporari Barat dewasa ini, terutama sekali merujuk kepada aliran hermeneutical phenomenology yang dipelopori oleh Heidegger. Hermeneutical phenomenology yang secara

Transcendental phenom enology

Realist phenom enology

Existential phenom enology

(9)

kebiasaannya juga dikenali sebagai hermeneutics10, telah menjadi tema dominan

dalam falsafah kontemporari Barat, khususnya apabila merujuk perbahasan tentang kemodenan dan pascamoden.

Cabaran fenomenologi dalam pemikiran Islam dan peranan intelektual Muslim di Asia Tenggara

Timbul satu persoalan di sini tentang apa perlunya memahami fenomenologi – sama ada fenomenologi sebagai satu metode, ataupun metode-metode dalam fenomenologi sebagai satu disiplin dalam falsafah? Sebagaimana yang telah dimaklumi, interaksi serta pengaruh sekularisasi dan modenisasi Barat terhadap dunia Islam telah lama menjadi satu fenomena, termasuk di rantau Asia Tenggara. Justeru tidak menghairankan jika tema-tema serta metode-metode fenomenologi, khususnya dalam hermeneutical phenomenology/hermeneutics ini telah menyelinap masuk ke dalam pemikiran Islam kontemporari, terutama menerusi karya-karya tokoh-tokoh pemikir Islam mutakhir seperti Mohammed Arkoun (1928-), Abdul Karim Soroush (1945-), Nasr Hamid Abu Zayd (1943-) dan Hassan Hanafi (1935-).

Tema umum yang juga metode utama fenomenologi iaitu interpretasi terhadap jenis pengalaman yang dialami dengan bentuk-bentuk yang relevan dengan konteksnya, termasuk menanggapi dan menginterpretasi fenomena sejarah (iaitu hasil pengalaman manusia secara individu atau secara kolektif, atau disebut juga sebagai collective consciousness) dalam bentuk kontekstualitinya dan relativitinya. Termasuk dalam interpretasi fenomena sejarah juga ialah interpretasi teks sejarah (interpretation of historical texts). Cabaran fenomenologi justeru terletak pada dasar utamanya yang menanggapi pengalaman, fenomena sejarah dan teks dalam paradigma bersifat kontekstual dan relatif. Dalam konteks Asia Tenggara, kemunculan pengaruh serta gerakan liberalisme agama pada dasarnya berhubungkait dengan paradigma yang digunapakai dalam fenomenologi seperti yang telah dijelaskan oleh penulis di atas.

Justeru penulis berpandangan bahawa apa yang amat diperlukan pada tahap ini ialah suatu wacana alternatif dalam pemikiran Islam masa kini dalam melihat isu liberalisme agama secara lebih metodologikal dan terarah. Dalam hal ini, penulis menganggap respon Malik Bennabi (1905-1973), seorang tokoh pemikir Islam kelahiran Algeria, amat signifikan dan perlu mendapat pengkajian lebih mendalam oleh para intelektual Muslim. Eksplorasi Bennabi merupakan suatu respon yang matang terhadap cabaran intelektual yang dihadapkan oleh pemikiran falsafah dan sains moden. Bennabi secara khusus di dalam bukunya berjudul The Qur’anic Phenomenon cuba mengkaji metode fenomenologi dalam kajiannya terhadap Al-Qur’an. Beliau cuba mereformulasikan isu i’jaz atau mukjizat Al-Qur’an dalam konteks falsafah dan sejarah fenomena agama dan gerakan kenabian. Metode beliau cuba mengajak minda agar membaca sejarah keagamaan manusia secara

(10)

yang berbeza, serta memahami situasi manusia melangkaui aspek-aspek yang menjadi perhatian orang Islam (El-Mesawi 2004: xxii).

Dalam membangunkan argumentasinya, Bennabi telah menggunakan pendekatan yang bersifat kompleks dan multi-layered yang mengambilkira pelbagai disiplin dan cabang ilmu seperti falsafah, arkeologi, sejarah, kosmologi, sosiologi, antropologi dan psikoanalisis dalam pemeriksaan beliau terhadap konsep agama dan kenabian sebagai suatu fenomena objektif yang menjangkaui seluruh konteks sejarah dan sosio-budaya. Pendekatan bersifat inter-disiplin oleh Bennabi ini menurut El-Mesawi (2004: xvii), berjaya menangani kekurangan dan kelemahan teori-teori reductionist dan subjectivist yang relatifnya telah wujud begitu lama dalam pengkajian tentang agama serta fenomena beragama oleh pelbagai disiplin sains sosial.

Bennabi, sepertimana Durkheim (1858-1917), telah memulakan kajian beliau dengan pemerhatian terhadap fenomena beragama di kalangan masyarakat. Sebagaimana Durkheim juga, beliau menganggap agama telah menjadi “...the condition for human life in all ages and climes.” Namun tidak seperti ahli-ahli sosiologi dan antropologi moden yang melihat fenomena beragama ini dalam interpretasi sejarah, subjektiviti dan positiviti, Bennabi melihat manifestasi keberagamaan yang pelbagai sepanjang sejarah manusia sebagai suatu bukti keperluan terhadap agama atau kehendak beragama merupakan fitrah manusia atau the inherent religiosity of human nature (ibid:xviii).

Menurut Bennabi (2004:1-2), pengkajian beliau dalam The Qur’anic Phenomenon ialah untuk membina satu metode analitik dalam mengkaji fenomena Al-Qur’an sebagai wahyu yang terakhir. Metode ini digunakan untuk mencapai dua tujuan iaitu: (1) untuk memberi peluang kepada generasi muda Islam mengkaji agama secara serius dan (2) mencadangkan penambahbaikan di dalam spirit dan metode tafsir Al-Qur’an yang klasik. Justeru beliau mengambilkira dua faktor penting yang perlu diambil perhatian untuk mencapai matlamat tersebut, iaitu:

Bennabi (2004:2-4) melihat bahawa pengkajian tekstual dan kontekstual moden Al-Qur’an yang dilakukan oleh golongan Orientalis serta sebilangan intelektual Muslim yang terpengaruh dengan metodologi Orientalis yang hanya

T A F S I R

F a k t o r

F a k t o r k e f a h a m a n d a n

k o n s e p s u a l i s a s i i s u

(11)

melihat dan mengkaji Al-Qur’an sebagai teks semata-mata, atau melihat mukjizatnya hanya daripada perspektif kesejarahannya semata-mata sebagai sesuatu yang merbahaya kerana ia akan menentukan orientasi sejarah Muslim pada masa hadapan; lebih khusus lagi, ia akan mempengaruhi spirit keagamaan dan pemikiran generasi muda Islam. Bagi beliau, permasalahan tafsir Al-Qur’an, khasnya persoalan i’jaz, merupakan persoalan iman atau akidah Muslim.

Kedua-dua faktor yang dijelaskan oleh Bennabi bukanlah faktor yang baru dalam perbincangan tafsir Al-Qur’an sejak dahulu. Permasalahan sebenar ialah persoalan berkaitan pemahaman dan penghuraian faktor nature sejarah perkembangan budaya umat Islam, khususnya dalam bentuk kajian sosio-antropologikal (jika mengambilkira konteks disiplin ilmu moden). Nilai-nilai sejarah dan budaya yang fleksibel ini memerlukan pemahaman tentang konsep keanjalan Shari’ah dalam rentasan masa dan ruang sepertimana yang difahami oleh Imam Abu Hanifah, Syafi’ie dan Ibn Khaldun contohnya. Hal ini menuntut penyegaran terhadap kandungan pemikiran Islam hari ini melalui apa yang penulis anggap sebagai the conceptual framework of the Islamic thought. Rangka konseptual inilah yang perlu dikembangkan, dengan dibekali pemahaman yang mendalam terhadap realiti empat konsep masa: (1) masa yang abadi (eternal time); (2) masa lalu (past time); masa kini (present time) dan masa hadapan (future time). Dalam kerangka ini, konsep relativiti Islam bukanlah relativiti mutlak sebagaimana yang diperjuangkan oleh golongan post-modernist Barat, tetapi relativiti yang diikat oleh paradigma tauhid.

Penutup

Fenomenologi, seperti juga pelbagai bentuk dan aliran falsafah Barat yang berkembang subur pada hari ini, merupakan produk sejarah dan pemikiran Barat. Justeru penerimaan secara membuta tuli, sepertimana juga penolakan membuta tuli, bukanlah satu kaedah yang mampu menangani implikasi atau kesannya dalam pemikiran Islam semasa. Pendekatan yang menolak sesuatu pandangan tanpa penghujahan yang kritis dan analitis juga tidak akan menyelesaikan banyak masalah yang melanda ummah pada hari ini. Secara umumnya, perbincangan Bennabi memerlukan perhatian yang serius daripada para sarjana Islam dalam mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan pemikiran umat Islam hari ini. Justeru cabaran sebenar bagi intelektual Muslim ialah menyediakan wacana alternatif yang Islami dan relevan dengan keperluan sebenar ummah.

Bibliograf Buku

(12)

Critchley, Simon. 1992. The Ethics of Deconstruction: Derrida and Levinas. Oxford: Blackwell.

Edo Pivcevic (ed.).1975. Phenomenology and Philosophical Understanding. Cambridge: Cambridge University Press.

Elliot, Brian. 2005. Phenomenology and Imagination in Husserl and Heidegger. London: Routledge Taylor & Francis Group.

Goldmann, Lucien. 1973. The Philosophy of the Enlightenment The Christian Burgess and the Enlightenment. Trans. Henry Maas. Cambridge: The MIT Press.

Gould, Carol C. 2003. Constructivism and Practice: Toward a Historical Epistemology. Lanham: Rowman & Littlefield Publishers Inc.

Husserl, Edmund. 1970. The Crisis of European Sciences and Transcendental Phenomenology: An Introduction to Phenomenological Philosophy. Trans.David Carr. Evanston: Northwestern University Press.

Ihde, Don & Zaner, Richard M (eds.). 1977. Interdisciplinary Phenomenology. The Hague: Martinus Nijhoff

LaCapra, Dominick. 1983. Rethinking Intellectual History: Texts, Contexts, Language. Ithaca: Cornell University Press.

Mayhall, C.Wayne. 2003. On Logical Positivism. United States: Thomson Wadsworth.

Powell, Jim. 1997. Derrida for beginners. New York: Writers and Readers Publishing.

Vattimo, Gianni. 1985. The End of Modernity: Nihilism and Hermeneutics in Postmodern Culture. Trans.Jon R.Snyder. Baltimore: The John Hopkins University Press.

Wan Fariza Alyati Wan Zakaria. 2007. Logosentrisme dan Cabarannya dalam Konteks Islam di Malaysia Era Pasca kemerdekaan. Dalam Islam di Malaysia Pasca Kemerdekaan. Kamarudin Salleh et.al. Bangi: Jabatan Usuluddin dan Falsafah.

Sumber Internet

Referensi

Dokumen terkait

Simpulan yang dapat ditarik adalah sapi bali di daerah Ungasan, Kutuh, dan Peminge telah tertular rabies, serta kerugian yang di alami oleh peternak dari tiga

Hasil penelitian pada pertumbuhan tanaman sayur-sayuran, bahwa tanaman sayur kangkung lebih menyukai pada penyiraman sedang, dengan interval waktu 900 sekon.Tetapi pada

Namun, berdasarkan uji korelasi variabel asupan makanan dengan kadar glukosa darah, diperoleh hasil bahwa secara keseluruhan, tidak terdapat hubungan yang bermakna

[r]

57/PUU-VIII/2010 berkaitan dengan APBN-P 2010 mengenai anggaran kesehatan, jaminan sosial, Dana Penyesuaian Infrastruktur Daerah (DPID), Dana Percepatan Pembangunan

Untuk itu, orang tua perlu memahami kegiatan yang dapat mereka lakukan untuk menumbuhkan minat anak terhadap kegiatan literasi melalui upaya menciptakan rumah kaya literasi,

Di samping itu, dapatan kajian Laible, Carlo dan Scott (2004) di USA selari dengan kajian pengkaji di mana ia menunjukkan ibu bapa merupakan orang yang paling rapat

Using a descriptive method, this case study aimed to describe the stages, to identify the problems, and to explore the techniques of solving problems used by respondents in the