PASU SARAWAK
Satu lagi yang dulunya pernah menjadi kegilaan pengunjung yang datang ke Sarawak, terutamanya Kuching ialah Pasu Sarawak. Ini kerana pasu Sarawak ini unik dari segi bentuknya. Penghasilan pasu di Sarawak bermula seawal zaman Neolitik atau zaman purba lagi dan ini terbukti dengan penemuan bekas pasu di Gua Niah, Sarawak. Pasu dan barang barang tembikar memang sinonim dengan masyarakat Sarawak. Pada peringkat permulaan, corak yang dihasilkan pada pasu-pasu ini adalah lukisan yang menggambarkan kepercayaan.
Walaubagaimanapun, kehadiran pedagang Cina ke Sarawak pada kurun ke-19 telah membawa perubahan dan pengaruh besar dalam menghasilkan corak Pasu Sarawak yang kita lihat pada hari ini. Tembikar yang diperbuat daripada tanah liat melalui beberapa proses yang rumit lagi unik sebelum siap sebagai barangan hasil kraf yang bernilai. Ia dibentuk dan dibakar dalam tanur bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar serta bagi memastikan ia mempunyai kekuatan yang lebih dan kalis air.
Gambar 1.1 : Pasu Sarawak
Di Malaysia, hasil seni tembikar yang terkenal ialah labu Sayong dan Pasu Sarawak yang juga merupakan kraf kebanggaan negara dan telah terkenal di seluruh dunia. Pasu Sarawak adalah hasil kraf yang membawa kembali tamadun manusia yang berusia 1,000 tahun Sebelum Masehi yang menggunakan tangan dalam membuat peralatan memasak dan kegunaan rumah tangga. Namun, perubahan demi perubahan kepada seni kerja tangan seramik Sarawak ini telah terbukti berjaya menggamit hati peminatnya. Inilah salah satu produk yang wajib dibawa balik sebagai cenderamata sekiranya pergi ke Sarawak. Penemuan pasu Iban di Gua Niah, Sarawak, membuktikan kerja tangan ini telah wujud sejak beratus tahun yang lampau. Antara kaum pribumi yang mewarisi kerja tangan ini adalah orang Iban.
Penghasilan pasu Iban dipercayai mempunyai unsur-unsur kerohanian kerana fungsinya lebih ke arah upacara-upacara rasmi kaum Iban. Kini pasu-pasu itu bukan sahaja dijadikan bekas minuman tetapi telah dipelbagaikan kepada barangan hiasan dalaman seperti lampu sisi, bekas payung, pasu bunga, bekas pot puri, tempat habuk rokok dan sebagainya.Pasu Sarawak adalah hasil kraf yang membawa kembali tamadun manusia yang berusia 1,000 tahun Sebelum Masehi yang menggunakan tangan dalam membuat peralatan memasak dan kegunaan rumah tangga. Namun, perubahan demi perubahan kepada seni kerja tangan seramik Sarawak ini telah terbukti berjaya menggamit hati peminatnya.
Menurut Dehnet (1998), sebelum rakyat dan kerajaan Malaysia memulakan salah satu skim pembangunan yang agresif, China telah menjalankan perniagaan dengan Orang Ulu dan Dayak, dan komoditi penting dalam hubungan itu adalah dalam perusahaan tembikar atau pasu.
Kepentingan kraftangan
Kraftangan adalah ungkapan unik budaya atau masyarakat tertentu melalui pertukangan dan bahan-bahan tempatan. Dengan peningkatan globalisasi, bagaimanapun, produk akan menjadi lebih commoditized dan tukang mencari produk mereka bersaing dengan barang-barang dari seluruh dunia. Ia tidak lagi mungkin untuk melihat masyarakat tradisional tukang dan produk mereka secara berasingan daripada trend pasaran global dan persaingan. Kraftangan adalah sebahagian daripada pasaran aksesori rumah yang lebih besar, termasuk buatan tangan, buatan tangan semi, dan barang mesin buatan. Pasaran aksesori rumah dipengaruhi oleh trend fesyen, corak pembelian pengguna, dan keadaan akhir ekonomi di pasaran. Dalam banyak kes, tukang berada di luar berhubung dengan pasaran akhir mereka, yang membentangkan satu cabaran kepada mereka yang ingin mengeksport produk mereka (Barber & Krivoshlykova, 2006).
Kraftangan merupakan sektor dan eksport produktif komoditi penting bagi negara-negara membangun. Pertumbuhan pasaran antarabangsa bagi produk aksesori rumah dan peningkatan minat barangan global telah membuka peluang pasaran baru untuk tukang. Walaupun pengeluaran meluas, bagaimanapun, terdapat kekurangan takrifan am mengenai kraftangan, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencirikan sektor ini luas dan agak tidak berstruktur (Mikkelsen & Hagen-Wood, 1998).
Nilai estetika pasu sarawak
Pasu Sarawak juga mempunyai nilai estetika tersendiri kerana produk kraftangan ini
telah menjadi tarikan masyarakat kerana keunikan tersendiri yang telah di ikiraf sebagai salah
satu produk yang bermutu tinggi dan juga ekslusif di Sarawak.
Salah satu nilai estetika yang ada pada Pasu Sarawak ialah kita boleh lihat dari segi
motif yang terdapat pada pasu tersebut. Motif yang diukir pada Pasu Sarawak kebanyakkan
melalui kepercayaan mereka yang menghasilkan. Kebanyakkan juga motif yang dihasilkan
merupakan semula jadi dan berbentuk bebas.
Begitu juga, Pasu Sarawak mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri oleh kerana ia
dibuat daripada tanah liat oleh seseorang pengusaha penghasilan Pasu Sarawak ini. Ia juga
bukan sahaja boleh dijadikan sebagai barangan perhiasan tetapi ia berfungsi sebagai alat
penyimpan air pada suatu masa dahulu. Pasu Sarawak ini telah mengalami perubahan yang
amat ketara kerana ia pada asalnya berwarna hitam sahaja tetapi sekarang mengikut dengan
arus pemodenan ia telah dihasilkan dengan pelbagai bentuk dan warna yang menarik