• Tidak ada hasil yang ditemukan

Definisi Dan Konsep Teori Fungsionalisme

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Definisi Dan Konsep Teori Fungsionalisme"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Definisi dan Konsep Teori Fungsionalisme.

Analisis Isu berdasarkan perspektif Teori Struktural-Fungsional

Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang

menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat selalu dianggap seperti tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian-bahagian dengan fungsi-fungsi yang tersendiri. Teori fungsionalisme memberi huraian mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi dikekalkan. Masyarakat telah diibaratkan sama seperti organisma yang mempunyai bahagian-bahagian dan setiap bahagian masyarakat dikenali sebagai struktur. Seterusnya kajian dilakukan untuk melihat bagaimana struktur masyarakat berfungsi.

Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat. Brinkerhoff dan White (1989 : 9) telah merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian atau struktur-struktur dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Evolusi pula menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial kepada pembaruan. Maka, tidak dapat dinafikan lagi bahawa ibu bapa, pihak sekolah, rakan sebaya dan media massa saling berperanan dalam mengatasi masalah jenayah yang wujud di kalangan remaja.

Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat sebagai tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian dan fungsinya yang tersendiri. Ianya boleh dihuraikan sebagai suatu organisasi sosial dan bagaimana organisasi itu dikekalkan.

Kajian dilakukan untuk meninjau sejauh mana struktur masyarakat berfungsi. Struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat. Brinkerhoff dan White (1989:9) merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti menentukan setakat mana sesuatu masyarakat itu dapat dipertahankan. Harmoni pula merujuk kepada semangat kerjasama dalam masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat. Evolusi pula digambarkan bagaimana perubahan berlaku terhadap masyarakat akibat dari pembaharuan. Sebagai rumusannya, teori ini menekankan kepentingan persefahaman anggota masyarakat demi keharmonian dan kestabilan masyarakat berkenaan.

Merton (1957) telah membezakan antara apa yang dikenali sebagai fungsi ketara dan fungsi tersembunyi. Fungsi ketara adalah sesuatu yang diketahui dan dikehendaki dalam aktiviti sosial tertentu . Fungsi tersembunyi pula merupakan sesuatu yang tidak disedari atau tidak dijangkakan. Sekiranya sesuatu hasil struktur adalah merupakan apa yang dikehendaki dan diiktiraf dalam sistem, ia telah menjalankan fungsi ketara. Sebaliknya sekiranya hasilan adalah sesuatu yang tidak dikehendaki dan tidak diiktiraf maka ia dikenali sebagai fungsi tersembunyi. Merton juga membuat perbezaan antara fungsi dan disfungsi. Fungsi bermaksud struktur sosial sesuatu masyarakat telah mengalami kesan positif hasil daripada kefungsian sistem. Disfungsi pula bermakna kesan negatif yang dialami oleh masyarakat akibat daripada sistem yang tidak berfungsi. Struktur yang dianggap berfungsi adalah yang mengekalkan apa yang sedia ada dan diharapkan dalam masyarakat manakala yang tidak mengikut kehendak masyarakat dianggap tidak berfungsi.

(2)

memainkan peranan yang sangat penting dalam mewujudkan kestabilan, keharmonian serta evolusi dalam sesebuah masyarakat.

6. Menganalisis Isu Berdasarkan Tiga Konsep Sosiologi 6.1 Mobiliti Sosial

Sekolah yang berbagai aliran sebenarnya terus menjadikan suatu bentuk mobiliti sosial yang berbagai rupa. Sememangnya walaupun selepas kemerdekaan, negara menuju kearah kemajuan ekonomi, pengenalan kaum mengikut sektor pekerjaan masih lagi tidak banyak berubah. Asas pembelajaran di peringkat rendah jauh berbeza di mana masing-masing menggunakan

pendekatan sosio-ekonomi turun-temurun seperti kaum Melayu dengan sawahnya, kaum India dengan ladangnya dan kaum Cina dengan perniagaannya. Ini secara tidak langsung akan mengasingkan kelompok kaum dari satu generasi ke satu generasi.

Keterasingan dalam sistem pendidikan membuatkan para pelajar terus menebal dengan semangat kebangsaan masing-masing. Pergaulan dan juga persefahaman antara kaum juga begitu terbatas di kalangan pelajar. Keterbatasan ini bukan sahaja di sekolah, malahan dalam kehidupan

seharian. Ruang kehidupan yang terbatas ini akhirnya mencipta suatu identiti tersendiri yang sangat berbeza.

Sehingga kini didapati mobiliti mendatar lebih banyak berlaku. Harapan untuk melihat

persefahaman antara kaum melalui sektor pekerjaan yang sama tidak mencapai kejayaan yang memberangsangkan. Semangat kekitaan dalam satu masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu akan tercapai sekiranya sistem persekolahan yang menggabung terus ketiga-tiga aliran ini menjadi satu dapat direalisasikan.

6.2 Pendidikan dan Hubungan Etnik

Etnik bermaksud kumpulan manusia atau bangsa . Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latarbelakang keturunan nenek moyang yang sama.

Mereka mempunyai kesamaan dari segi sejarah,negara asal, bahasa, tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai. Perasaan kekitaan ke dalam kumpulan etnik berkembang menerusi hubungan kekeluargaan, rakan-rakan dan kejiranan yang berkongsi ciri-ciri kehidupan yang rapat.

Kumpulan etnik sememangnya membantu mengekalkan pertalian kumpulan dan mengukuhkan kedudukan etnik berkenaan dalam masyarakat.

Sistem pendidikan yang mewujudkan sistem persekolahan yang berasingan mengikut kaum telah menjuruskan ke arah semangat perkauman yang menebal. Sungguhpun di peringkat menengah, murid-murid terpaksa memasuki sekolah yang beraliran Bahasa Melayu, dapat dilihat dengan jelas tiga kelompok kaum yang berasingan antara satu sama lain.

Merujuk kepada peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh dan juga kuota memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), ianya memang memihak kepada kaum bumiputera. Namun begitu, kini timbul rasa tidak puas hati kaum lain terhadap keutamaman yang diberikan ini. Isu ini amatlah sensitif kerana ianya menyentuh hak-hak keistimewaan Melayu yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan. Kesannya amat berbahaya kepada perpaduan kaum di Malaysia.

6.3 Reformasi Pendidikan

(3)

untuk pembinaan disiplin di kalangan rakyat berbilang kaum.

Sekolah satu aliran dilihat sebagai reformasi pendidikan yang harus diperjuangkan bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional selaras matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan. Melalui cara ini, di samping boleh bergaul secara meluas di antara mereka, secara tidak langsung, mereka juga boleh memahami budaya kaum lain. Jika perkara ini dapat

dipraktikkan, maka masalah semangat perkauman akan terhakis dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling faham-memahami. Kita dapat menyaksikan, keterasingan sekolah rendah ini telah menanamkan semangat perkauman dari awal lagi. Fenomena ini jugalah yang terjadi kepada pelajar sekolah menengah dan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

7. Cadangan Dan Kesimpulan

Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen penting bagi menyatupadukan rakyat. Di negara kita, selepas tercetusnya peristiwa berdarah yang melibatkan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, Menteri Pelajaran pada ketika itu, Datuk Abdul Rahman Yaakoub telah mengarahkan penukaran sekolah aliran Inggeris kepada sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu yang bermula pada tahun 1970.

Pengenalan

Menurut Prof. Datuk Ishak Haron dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Malaysia , Universiti Pendidikan Sultan Idris, isu kelemahan akademik dan prestasi di kalangan

Bumiputera tidak memberansangkan walaupun ia dibincang dan dikaji dari semasa ke semasa sejak beberapa dekad lalu. Beliau menekankan bahawa pembelajaran peringkat rendah yang menjadi asas pendidikan kerana masalah pembelajaran pada tahap rendah akan berterusan ke peringkat menengah dan tinggi.

Menurut kajian yang dijalankan di sekolah kebangsaan terutama di luar bandar menunjukkan bahawa kegagalan murid bumiputera dalam UPSR adalah berpunca daripada kelemahan menguasai kemahiran asas pada Tahun Satu.

Salah satu faktor utama yang menjadi punca isu ini ialah keadaan sosio-ekonomi pelajar yang rendah. Kedaifan ibu bapa mengenai kepentingan pendidikan kerana kurang atau tiada

pendidikan menyebabkan sikap tidak endah terhadap pendidikan anak-anak mereka. Baka juga menjadi faktor penyebab kelemahan akademik dan prestasi pelajar bumiputera . Sub-budaya seperti malas membuat kerja rumah dan ataidak menumpukan perhatian turut mempengaruhi prestasi pelajar. Sekolah dianggap sebagai tempat menghabiskan masa. Bukan hanya keluarga menjadi punca penyebab kelemahan pelajar tetapi juga masyarakat. Masyarakat persekitaran atau setinggan yang kurang menggalakkan pendidikan menjadikan pelajar pasif dan tidak berminat terhadap ilmu.

Penduduk di kawasan luar bandar mempunyai kurang pendidikan terhadap perkembangan semasa. Kedudukannya yang kurang strategik tidak memberi peluang kepada para pelajar mengikuti kelas tuisyen.

(4)

bukan sahaja tertumpu kepada guru semata-mata. Pentadbiran sekolah yang diterajui oleh guru besar yang berpandangan sempit dan tidak bermotivasi juga menjadi punca .

Memandangkan kelemahan akademik dan prestasi pelajar bumiputera

berada pada tahap yang tidak memuaskan, maka beberapa langkah positif telah diutarakan sebagai mengatasi masalah ini. Langkah jangka panjang perlu digariskan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar bumiputera bermula dari pendidikan peringkat rendah dan menengah supaya pelajar bumiputera di IPTA boleh bersaing dengan pelajar lain dalam meningkatkan prestasi. Bilangan pelajar bumiputera yang melanjutkan pelajaran di IPTA mestilah mempunyai kelayakan yang sepatutnya supaya pelajar yang berkualiti benar-benar mendapat peluang. Langkah jangka pendek yang memakan masa antara tiga hingga lima tahun yang boleh dijalankan oleh IPTA ialah meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar di IPTA sekarang.

Usaha-usaha ini patut diberikan perhatian serius dan dilaksanakan dengan berkesan supaya isu ini dapat ditangani dalam jangka waktu yang singkat.

3. Pengenalan

Sesuatu bidang boleh dikaji dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teori. Demikian juga dengan bidang kajian sosiologi. Sosiologi pendidikan melihat masalah sosial melalui dua pendekatan iaitu pendekatan makro dan miro. Pendekatan makro merupakan kajian tentang masyarakat secara keseluruhan, manakala pendekatan mikro berkaitan dengan kehidupan manusia yang dibentuk melalui proses interaksi yang kecil di dalam individu itu sendiri bukan dalam suatu kumpulan masyarakat yang besar.

Pendekatan makro boleh dikaji menggunakan dua teori iaitu teori fungsionalis dan teori knflik. Pandangan teori konflik ialah masyarakat berada di dalam keadaan berubah-ubah, berkonflik dan sentiasa ingin memperjuangkan kepentingan masing-masing. Teori fungsionalis pula mengkaji funsi perlakuan sosial atau institusi dalam aktiviti yang menyumbang kepada penerusan

masyarakat.

Berdasarkan kepada isu kelemahan akademik dan prestasi pelajar bumi, teori fungsionalis didapati lebih menonjol peranannya. Merton (1949) menyokong teori ini dengan membahagikan kepada dua elemen iaitu fungsi nyata dan fungsi tidak nyata. Fungsi nyata merujuk kepada aktiviti yang ditetapkan seperti pengajaran guru sementara fungsi tidak nyata ialah aktiviti-aktiviti yang tersirat seperti kurikulum tersembunyi.

4. Analisis isu berdasarkan teori fungsionalis

Kelemahan akademik dan prestasi pelajar bumi menjadi isu masyarakat yang serius kerana setiap individu mempunyai fungsi yang dipersetujui untuk mencapai matlamat yang sama. Di dalam hal ini, aktiviti yang dipersetujui masyarakat ialah menjadikan individu berpendidikan supaya mesyarakat yang berpendidikan serta mampu mengikuti perkembangan semasa dapat dicapai. Bila prestasi pelajar luar bandar menurun, ia mencerminkan masyarakat luar bandar yang kurang prihatin terhadap pendidikan.

(5)

sosio-ekonomi yang tidak menggalakkan, mempunyai banyak kekangan yang perlu diatasi untuk bersaing dengan pelajar kelas atasan. Keadaan hidup yang serba kekurangan kerana wang menjadi penghalang bagi mendapatkan makanan, tempat tinggal yang selesa dan peralatan yang secukupnya memudarkan minat murid terhadap pendidikan yang agak mencabar bagi tahap perkembangan mereka.

Sosio-ekonomi rendah adalah disebabkan oleh pendidikan yang rendah atau tiada pendidikan. Bila ibu bapa tiada pelajaran, maka mereka juga tidak mengambil berat mengenai pencapaian anak-anak mereka. Anak-anak juga

tidak boleh mengharapkan pertolongan dari segi akademik daripada ibu bapa mereke. Pendekatan fungsionalis menekankan kepentingan pendidikan di sekolah dan di rumah. Jika sekolah dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap pendidikan anak-anak adalah tidak wajar. Pengukuhan dan penekanan perlu disalurkan juga di rumah. Malangnya , ibu bapa yang tidak berpendidikan tidak mampu membantu anak-anak mereka yang akhirnya menjadikan prestasi pelajar bumiputera lemah pada peringkat asas, menengah dan juga IPT.

Para pelajar yang hidup dalam suasana persekitaran yang tidak menggalakkan pendidikan, tidak mempunyai “role model” yang boleh menjadi dorongan kepada mereka. Secara tidak langsung , motivasi luaran yang kurang atau hampir tiada menenggelamkan motivasi intrinsic mereka. Ini menyebabkan pelajar kurang berminat terhadap pendidikan.

Walaupun, istilah keluarga iaitu salah satu institusi yang diberi keutamaan dalam teori

fungsionalis gagal berfungsi, institusi pendidikan boleh mengambilalih tanggungjawab tersebut untuk menjadikan masyarakat mempunyai kemahiran-kemahiran asas. Kewujudan masyarakat bumiputera luar bandar yang mempunyai prestasi yang tinggi merupakan tanggungjawab

bersama institusi keluarga dan institusi pendidikan. Institusi keluarga di masyarakat luar bandar tidak dapat memainkan peranannya sepertimana institusi keluarga di dalam masyarakat bandar. Oleh itu, institusi pendidikanlah harus memikul tanggungjawab dengan serius untuk

meningkatkan prestasi pelajar . Guru-guru di kawasan luar bandar perlu lebih berdedikasi dalam mengajar pelajar-pelajar mereka. Latihan yang mencukupi dan bahan mudah diperolehi perlu digunakan seperti yang dilakukan oleh guru-guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang amat mengambilberat tentang prestasi pelajarnya.

Subbudaya belajar secara positif perlu sentiasa ditekankan terhadap murid dan institusi keluarga serta masyarakat perlu memberi kerjasama supaya subbudaya lain tidak mempengaruhi para pelajar ini. Subbudaya seperti ponteng, malas, tidak memberi tumpuan dan tidak berminat terhadap pendidikan inilah yang bersemadi dalam jiwa pelajar ini sehingga terbawa-bawa ke peringkat IPT. Subbudaya sebegini menyebabkan pelajar bumiputera di IPT tidak dapat bersaing dengan pelajar-pelajar lain. Oleh itu, langkah-langkah perlu juga diambil untuk mengatasi masalah ini di peringkat IPT. Langkah utama yang sewajarnya diberi tumpuan ialah penekanan pendidikan rendah yang kukuh. Justeru itu, persefahaman dan kerjasama dari semua pihak diperlukan dalam memainkan peranan masing-masing agar dapat mencapai matlamat tertentu seperti yang diutarakan dalam teori fungsionalis.

5. Definisi Konsep Institusi Sosial

Kesedaran mengenai ilmu sosiologi amatlah berguna bagi memahami masalah sosial dari perseptif sosial. Beberapa konsep asas diperkenalkan bagi memudahkan kajian yang dijalankan ke atas masyarakat.

(6)

perlu dikhususkan kepada pola tingkahlaku yang telah dipersetujui seperti undang-undang. A.W.Gouldner dan H.Gouldner ( Modern Sociology ) melihat institusi sebagai cara yang standard untuk mengatasi masalah . Malinowski menganggap institusi sebagai konsep utama memahami masyarakat dan kebudayaan.

Sosial adalah berhubung dengan interaksi dalam masyarakat. Institusi sosial bolehlah

dirangkumkan sebagai pola tingkahlakku yang menjadi kebiasaan atau satu pola hubungan sosial yang mempunyai matlamat sosial yang tertentu. Institusi sosial utama ialah institusi keluarga, institusi politik, institusi pendidikan, institusi ekonomi dan institusi agama. Peranan institusi sosial adalah seperti agen-agen penentu dan pengawal yang memastikan masyarakat berjalan dengan lancar.

5.1 Konsep Institusi Sosial

Institusi keluarga dan pendidikan adalah lebih diketengahkan kerana ia mempunyai hubungan secara langsung dengan isu kelemahan akademik dan prestasi pelajar bumiputera . Peranan keluarga dalam menentukan pencapaian pendidikan perlu dipertingkatkan dan diberi penumpuan yang lebih. Walaupun ibubapa tidak berpendidikan, mereka boleh duduk bersama pelajar, melihat kerja mereka , menggalakkan mereka belajar, menyedarkan kepentingan pendidikan dan perubahan status yang mampu dicapai menerusi pendidikan dan pastikan anak-anak mereka menyedari hasrat dan impian ibubapa terhadap mereka. Dorongan sebegini dengan sendirinya mampu menarik minat terhadap pendidikan. Ibubapa juga harus memberi pujian dan ganjaran supaya anak-anak mereka berusaha dengan lebih gigih lagi. Awasi kumpulan rakan yang mereka sertai dan beri bimbingan yang sewajarnya. Pelajar-pelajar di luar bandar tidak mempunyai “role model” yang sewajarnya untuk dijadikan contoh. Oleh litu, ibubapa mestilah mengetahui

siapakah mereka ingin teladani.

Institusi pendidikan harsulah memahami masalah ibubapa di luar bandar dan cuba sedaya upaya mereka untuk mengajar dengan sebaik mungkin. Luar bandar atau bandar tidak harus menjadi halangan bagi seseorang guru itu menjalankan tanggungjawab mereka. Guru telah dilatih dan diberi pendapatan yang agak tinggi supaya dpat merealisasikan matlamat masyarakat dan negara iaitu menyediakan pelajar yang berkaliber dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang termaktub dalam FPK.

Di samping itu, institusi pendidikan juga mempunyai tanggungjawab menjalankan fungsi tidak nyata seperti menyerapkan norma-norma dan nilai-nilai yang perlu dijadikan ikutan. Melalui teladan dan peraturan sekolah, pelajar-pelajar dengan sendirinya mempelajari nilai-nilai yang baik. Sekolah di luar bandar juga haruslah menjalankan aktiviti-aktiviti yang mengikuti

(7)

5.2 Konsep Sosialisasi

Sosialisasi adalah proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institut sosial. Ia juga merupakan proses pembelajaran yang berterusan sepanjang hayat. Konsep sosialisasi mengkehendaki seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap , kemahiran dan peranan uang dapat membentuk personalitinya dan menyatukannya ke dalam kelompok masyarakat. Terdapat tiga peringkat sosialisasi iaitu permulaan (primer) , peryertaan ( sekunder) dan sosialisasi semula ( resosialisasi).

Sosialisasi primer berlaku pada zaman awal kanak-kanak yang baru cuba mempelajari konsep kendiri, personaliti, kemahiran, motor, penaakulan dan kemahiran bahasa. Di peringkat ini, ibubapa dan ahli keluarga perlu membentuk sahsiah yang betul kerana pada usia ini, anak-anak mudah menerima dan mempelajari. Nilai-nilai positif ini yang menentukan tingkahlakunya kelak dalam membuat pertimbangan. Sosialisasi sekunder pula berlaku di luar keluarga. Budaya dipindahkan kepada individu oleh agen-agen seperti rakan sebaya, sekolah, media massa dan juga persatuan. Apabila seseorang berhadapan dengan sesuatu yang baru di suasana yang baru , dia perlu menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Individu tersebut perlu memilih peranan yang bersesuaian dengan dirinya. Individu haruslah dapat membuat pertimbangan yang sesuai dengan suasana barunya. Pelajar bumiputera perlu mendapatkan dan mengikuti perkembangan positif yang dilihat dalam masyarakat kaum Cina, misalnya kecerdikan dalam bidang

perniagaan. Individu patut mengubah sikap yang kurang realiti supaya mampu bersaing dengan individu lain. Pelajar perlu sedar pendidikan sekolah rendah menjadi asas ke arah

kecemerlangan hidup. Oleh itu, usaha yang berpatutan oleh semua pihak harus dilaksanakan. Resosialisasi pula merujuk kepada pengagihan konsep kendiri dan cara hidup yang sedia ada kepada yang baru iaitu mengikut perubahan yang dikehendaki oleh masyarakat. Pelajar di IPTA perlu mengikis segala sifat negatif supaya tidak ketinggalan. Kejutan budaya memang berlaku di situasi yang baru tetapi pertimbangan yang sewajarnya perlu diambil supaya dapat mengekal dan meningkatkan prestasi. Budaya yang sedia ada perlu dicorak semula bersesuaian dengan

keperluan institusi pendidikan.

Oleh itu, pelajar bumiputera haruslah cuba menyesuaikan diri dan cuba memperbaiki kekurangan diri supaya prestasi di peringkat IPTA dapat dipertingkatkan.

5.3 Konsep Kelas Sosial

Kelas sosial merujuk kepada segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa politik , kekayaan, pendapatan, status, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran. Menurut Karl Marx , kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang sama terhadap punca-punca pengeluaran serta hubungan pengeluaran seperti sistem pengagihan dan pertukaran.

Marx mengkategorikan masyarakat kapitalis kepada dua golongan iaitu bourgeoise yang memiliki punca pengeluaran dan proletariat yang hanya mempunyai tenaga kerja. Class-in-self akan menjadi class-for-itself apabila anggota-anggotanya mempunyai kesedaran kelas itu, menyedari identiti, kepentingan seta peranan sosial.

R.J.Stalcup ( 1968) mendefinisikan kelas sosial sebagai :

A level in society made up of people who consider themselves equal due to similarities in family background, level of education, occupation, race and

attitudes toward social issues.

(8)

sama.

Kelas sosial para pelajar selalu dikaitkan dengan kelakuan dan pencapaian pelajar-pelajar di sekolah. Dengan kata lain, latar belakang sosio-ekonomi mempunyai kolerasi terhadap perangai dan pencapaian. Banyak pandangan yang mengaitkan pencapaian pelajar dengan struktur kelas sosial masyarakat. Latar belakang budaya keluarga mempengaruhi pelajar kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. Mereka telah disosialisasikan dalam budaya keluarga yang mungkin berbeza dengan budaya sekolah. Ada juga mengatakan bahawa masalah di sekolah adalah refleksi masalah di rumah. Para pelajar mempunyai nilai-nilai sendiri yang dibawa ke sekolah. Terdapat juga tanggapan bahwa kelas sosial rendah tidak mementingkan kelulusan akademik. Guru harus sedar bahawa disiplin yang berkesan adalah seiring dengan pengajaran yang berkesan. Lebih-lebih lagi, profesion perguruan bukan semata-mata untuk mengajar subjek tetapi juga mendidik manusia. Individu dari kelas sosial perlu dididik dengan sabar kerana mungkin rasa rendah diri mereka menjadi penghalang sehingga tiada motivasi kendiri. Kelas sosial rendah tidak sepatutnya menjadi kekangan malah individu atau pelajar perlu mempunyai sikap positif untuk membuktikan bahawa pelajar dari kelas sosial rendah juga mampu mempunyai prestasi akademik yang tinggi dan mampu bersaing denan pelajar kelas sosial atasan. Masyarakat perlu berikhtiar untuk meningkatkan prestasi di kalangan pelajar dengan memberi kerjasama yang sewajarnya kepada pihak sekolah.

6. Cadangan dan Kesimpulan

Kementerian Pendidikan dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) perlu menapis dan menambah kualiti pelajar bumiputera yang diterima masuk untuk melanjutkan pelajaran di IPTA. Langkah yang drastik perlu dilaksanakan di peringkat sekolah rendah ialah pemantauan prestasi pelajar secara berterusan dari Tahun 1 supaya produk jangka panjangnya memuaskan. Pendidikan prasekolah dapat membantu dalam menangani masalah ini. Kira-kira 40 peratus daripada 500 000 kanak-kanak yang berusia lebih lima tahun di seluruh negara belum berpeluang mengikuti pendidikan prasekolah. Program pendidikan prasekolah Kementerian Pendidikan yang

diperkenalkan pada 1992, akan diperluaskan dengan tambahan 1 500 kelas setiap tahun mulai 2003 hingga 2006 dan

1 600 kelas pada 2007 untuk memberi pendidikan berkualiti.

Penekanan dan pendedahan yang lebih efisien perlu diberikan kepada para pelajar supaya minat dalam bidang Matematik dan Sains dapat dipertingkatkan. Menurut

Dr. Ibrahim dalam kertas kerja”Strategi kebangsaan untuk mengorientasi semula kecenderungan pelajar ke arah sains dan teknologi” , “peranan patut dimainkan oleh setiap rakyat, bukan sahaja guru,tetapi juga ibubapa dalam masyarakat keseluruhannya ..” dalam menigkatkan prestasi dalam Sains dan Matematik. Peruntukan khas untuk sekolah rendah luar bandar haruslah dipertingkatkan untuk memudahkan pembelian kit pembelajaran dan CD interaktif pendidikan. Masyarakat luar bandar tidak mampu menyediakan peralatan yang canggih sebegitu rupa. JKKK kampung di kawasan luar bandar perlu memberikan penekanan kepada pendidikan dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kerana pendidikan bermula dari rumah. Langkah ini dapat menambahkan minat dan menyedarkan kepentingan pendidikan.

(9)

Pengenalan:

Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang amat penting dalam merubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Di sinilah tempat kita menuju wawasan. Di sini jugalah tempat kita membina bangsa kita. Negara tidak akan maju tanpa sistem pendidikan yang berkesan. Jikalau sistem pendidikan dan carta organisasi sahaja yang berkesan tetapi pengurusannya lembab, maka cita-cita negara, dan perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan oleh kerajaan hilang begitu sahaja dan cita-cita serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan hanya tinggal terukir di pejabat atau bilik pengetua dan menjadi rujukan serta kajian ilmiah semata-mata.

Sekolah seringkali diungkapkan sebagai sebuah institusi yang menyeluruh bagi segolongan manusia berkumpul dan bekerja bersama-sama untuk sesuatu tempoh masa yang tertentu. Organisasi seperti ini ditadbirkan secara formal. Oleh sebab sekolah merupakan sebuah organisasi, maka wujudlah suatu budaya yang tersendiri dan berkembang di sekolah.

Budaya secara ringkasnya merujuk kepada cirri-ciri dan hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya. Tylor (1871) menyatakan budaya sebagai “keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan dan kebiasaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat”.

Budaya merupakan apa yang terkandung dalam diri individu hasil daripada pengalaman interaksi sosial dengan masyarakat di sekeliling kita. Menurut T.Marimuthu (1990;96) budaya sekolah terdiri daripada “… nilai-nilai, kepercayaan, pengetahuan dan tradisi, cara berfikir dan tingkah laku yang semuanya berbeza daripada institusi sosial yang lain”.

(10)

Guru dan pelajar berinteraksi dalam menyampai, menyumbang dan menimba ilmu pengetahuan. Proses pengajaran dan pembelajaran tersebut telah melahirkan suatu budaya sekolah. Dalam erti kata lain, budaya sekolah sebahagian besarnya adalah hasil daripada interaksi diantara guru-guru dan pelajar-pelajarnya.

2. Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kewujudan Budaya Sekolah:

Budaya sekolah selalunya kekal untuk satu tempoh yang tertentu.Budaya sekolah biasanya wujud melalui lima faktor:

2.1 Faktor pertama:

Faktor pertama yang mempengaruhi kewujudan budaya sekolah ialah sekolah sebagai sebuah institusi formal, sekolah mewujudkan objektif dan peringkat tingkah laku tertentu di kalangan pelajar mengikut rangkaian peraturan dan undang-undang.

2.2 Faktor kedua:

Sekolah merupakan sebuah organisasi berdasarkan waktu . Sekolah bermula dan tamat pada waktu yang telah ditetapkan . Oleh sebab itu pelajar yang datang lewat akan dikenakan tindakan disiplin atau didenda.

2.3 Faktor Ketiga:

Sekolah juga merupakan institusi yang digred mengikut umur pelajar. Pelajar diasingkan

mengikut umur dan sesetengahnya mengikut kebolehan dan keupayaan. Pelajar yang lebih umur tidak dibenarkan mengulang kelas. Di negara kita , seseorang pelajar hanya dibenarkan

mengulang sekali sahaja dalam tempoh sembilan tahun persekolahan.

2.4 Faktor Keempat:

Upacara dan keramaian yang diadakan di sekolah seperti perhimpunan sekolah , upacara menaikkan bendera dan menyanyi lagu kebangsaan , lagu negeri dan lagu sekolah memberi pelbagai makna atau simbol kepada pelajar. Upacara lain ialah seperti hari ucapan dan penyampaian hadiah, hari sukan tahunan, pameran tahunan, lumba jalan kaki, pesta dan persembahan pentas. Semua upacara dan perayaan ini mengembangkan budaya sekolah yang membawa kepada stabiliti sekolah sebagai sebuah sistem sosial . Perkara lain yang telah menjadi simbol atau lambang budaya sekolah ialah seperti pakaian seragam sekolah, lencana, tali leher, warna sekolah dan sebagainya.

2.5 Faktor kelima:

Dalam konteks yang lebih luas, budaya sekolah ditentukan oleh matlamat institusi berkenaan. Matlamat pendidikan ialah pemindahan budaya , sosialisasi golongan muda, menyerapkan pengetahuan dan kemahiran serta mengembangkan kebolehan pelajar. Sekiranya sekolah hanya memberikan perhatian kepada pemindahan pengetahuan dan kemahiran dengan tujuan lulus dalam peperiksaan, akan wujudlah subbudayanya yang berorientasikan akademik. Sebahagian besar sekolah di negara kita mempunyai budaya akademik yang amat kuat di samping subbudaya yang lain seperti olahraga, sukan, permainan dan persatuan.

(11)

yang nakal dan melanggar peraturan sekolah akan didenda manakala yang baik dan patuh kepada peraturan akan diberi ganjaran seperti puji-pujian dan sebagainya. Maka timbullah satu bentuk budaya yang dikenali sebagai budaya informal di sekolah berkenaan.

Faktor kedua yang mempengaruhi kewujudan budaya sekolah ialah peranan peperiksaan. Peperiksaan mendorong persaingan yang sihat di kalangan pelajar. Mereka berlumba-lumba untuk mencapai kecemerlangan , dan akhirnya mewujudkan suatu budaya sekolah yang formal . Pelajar mempunyai nilai dan persepsi yang positif, tetapi dalam proses bersaing dan berlumba-lumba menimba ilmu , terdapat pelajar yang lemah, dan ketinggalan dalam pelajaran mereka. Maka wujudlah segolongan pelajar yang mempunyai nilai yang negatif. Mereka menimbulkan ‘budaya pelajar’ yang tidak sihat di sekolah .

3. Jenis Budaya Sekolah :

Budaya sekolah di Malaysia bolehlah diklasifikasikan kepada tiga jenis. Tiga jenis budaya yang menunjukkan corak kehidupan dalam budaya sekolah ialah :

a) Budaya Instrumental b) Budaya Ekspresif c) Budaya Moral

Tujuannya ialah pengumpulan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk lulus di dalam peperiksaan di samping menghasilkan pelajar dan warganegara yang baik dan sempurna. Dalam erti kata yang lain ialah, budaya ini mengutamakan matlamat masa hadapan para pelajar.

3.2 Budaya Ekspresif:

Tujuannya ialah untuk memuaskan kehendak kreatif dan seni para pelajar . Aktiviti diadakan untuk mereka menghilangkan ketegangan , serta meluahkan tenaga tanpa sebarang kawalan daripada kakitangan sekolah.Contoh aktiviti ialah seperti menari, melukis, atau bermain muzik mengikut kecenderungan dan minat masing-masing. Tidak terdapat sebarang sekolah di Malaysia yang menekankan budaya ekspresif ini, tetapi terdapat beberapa buah sekolah di Britain dan Amerika Syarikat yang mengamalkannya.

3.3 Budaya Moral:

Tujuannya ialah untuk melahirkan pelajar bermoral yang berkemampuan membuat pertimbangan tentang beberapa tindakan atau tingkah laku yang betul atau salah. Sekolah menghukum setiap kesalahan dan memberikan ganjaran seperti hadiah kepada yang betul atau baik.

4. Aspek Budaya Sekolah:

Dahlke(1958) membezakan tiga aspek yang luas dalam budaya sekolah. Tiga aspek

tersebut ialah Peralatan (Instrumental) Dari aspek ini manusia membuat pilihan terhadap teknik melakukan sesuatu. Ia adalah alat untuk memperoleh objektifnya.

(12)

Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan surat pekeliling mengenai peraturan yang perlu dilaksanakan di sekolah yang meliputi peraturan pakaian seragam, potongan rambut, larangan merokok, lawatan sekolah, pembuangan murid daripada sekolah, penyalahgunaan dadah, peraturan tatatertib sekolah dan peraturan am.

Arahan (Directive). Daripada aspek arahan, para individu memperoleh nilai-nilai semerta, interpretasi mereka tentang hidup, dan matlamat yang mereka kerjakan.

Budaya sekolah seperti ini telah digunakan untuk melahirkan pelajar yang berjaya dan

bertingkah laku mulia. Sebenarnya seluruh budaya sekolah dikuasai oleh nilai domain sekolah, yang berorientasikan akademik, sehinggakan anak-anak digolongkan kepada dua kategori yang luas, iaitu akademik dan bukan akademik.

5. Budaya Sekolah Yang Formal dan Informal:

Dalam membicarakan tentang budaya sekolah, Brembeck (1966), Ivan Reid (1978),

Waller(1932), Sugarman (1967), dan beberapa orang ahli sosiologi yang lain telah mengenal pasti dua bentuk budaya yang dominan di sekolah, iaitu budaya formal dan budaya informal. Brembeck(1966:247) menghubungkaitkan budaya formal yang wujud di sekolah dengan perlakuan pelajar yang positif, iaitu ....culture may be defined as learned and shared behaviour. Sekolah dipercayai akan dapat menyampaikan nilai budaya sesuatu masyarakat kepada

pelajarnya . Nilai tersebut ialah seperti kepercayaan terhadap negara , bahasa dan kesusasteraan, sejarah, tradisi, muzik dan seni, kepercayaan dan perhubungan antara manusia yang sopan dan hormat (1966:247)

Walaupun sekolah mewujudkan nilai yang bertentangan , namun Brembeck percaya nilai yang baik dan positif boleh disemai dan dipupuk, misalnya pelajar boleh diajar dan dilatih

bekerjasama, sama ada mereka bertanding dalam sukan, ataupun bersaing dalam sesebuah kelab. Pendapat Brembeck ini disokong oleh Ivan Reid (1978:50) yang mengatakan, The objective of the formal culture of school is to produce seccessful (achieving), well-behaved pupils. Common sense tells us that schools and teachers spend most of their time attempting to get pupils to behave in fairly closely prescribed ways (the ideal pupil role) in order to achieve.

Dalam perkataan lain , Ivan Reid juga bersetuju bahawa budaya formal sekolah akan dapat menghasilkan pelajar yang berjaya serta berkelakuan baik. Guru akan sentiasa berusaha ke arah mencapai matlamat tersebut. Sebaliknya , menurut Ivan Reid (1978:45) budaya sekolah yang tidak formal akan menghasilkan pelajar yang berbakat lain daripada academic ability, iaitu mereka akan menyerlah dalam fighting/sporting ability. Maksudnya ialah mereka lebih

cenderung dalam bidang yang bukan akademik seperti sukan, permainan, persatuan, atau kerja amal. Mereka dikatakan mempunyai budaya sendiri yang dikenali sebagai pupil culture( Waller, 1932) atau sebagai youth culture (Parsons, 1942). Mereka selalu menimbulkan masalah disiplin di sekolah seperti merokok, ponteng sekolah, atau bergaduh. Oleh sebab itulah, mereka sering digelarsebagai pengacau ataupun ‘samseng’ di negara kita. Golongan pelajar ini seringkali mempunyai klik sendiri, iaitu kumpulan-kumpulan sebaya yang suka melepak, meminati lagu-lagu pop dan rock, ponteng sekolah dan sebagainya. Pada keseluruhannya mereka ini lemah dalam bidang akademik.

6. Kesan Budaya Sekolah:

(13)

iaitu;

a) Aktiviti akademik (pencapaian yang tinggi dan murid yang lembap), b) Pelanggaran peraturan tatatertib (perosak akhlak dan pengacau), c) Masalah emosi ( takut dan menarik diri).

Budaya sekolah yang formal yang terlalu berorientasikan akademik. Ramai pelajar yang berasal daripada keluarga yang taraf sosioekonominya rendah tidak berupaya memenuhi permintaan yang tinggi daripada budaya akademik ini. Seluruh struktur dan organisasi sekolah dibentuk ke arah membantu pelajar agar lulus dalam peperiksaan dengan kelulusan yang baik.

Untuk meninggikan taraf dan mutu usaha akademik, pelajar dibahagikan ke dalam jurusan mengikut kebolehan. Guru yang paling berpengalaman ditempatkan dalam jurusan yang pelajarnya berkebolehan lebih tinggi. Akibatnya , pelajar yang lemah diabaikan. Apabila membahagikan jurusan mengikut kebolehan pelajar (dinilai daripada ujian kelas) di peringkat sekolah rendah, pelajar daripada keluarga yang berada yang telah menghadiri pelajaran

prasekolah akan diasingkan dan mereka akan terus memperoleh kejayaan yang membanggakan, manakala mereka yang daripada keluarga miskin akan menjadi semakin lemahtahun demi tahun. Inilah salah satu daripada sebab mengapa sekumpulan murid masih belum dapat mengikuti pelajarannya setelah enam tahun bersekolah.

7. Kesimpulan:

Secara simplistik, ciri-ciri yang saya anggap tergolong di bawah budaya sekolah ialah budaya ilmu, budaya insan yang kamil seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan, budaya kepimpinan, budaya kerja, budaya komunikasi dan seterusnya budaya bilik

darjah.Budaya sekolah yang sihat itu ialah ciri-ciri budaya dan sub-budaya yang dapat menyumbangkan kepada perwujudan dan pertumbuhan sekolah sebagai institusi pendidkan dengan erti kata yang sebenarnya, yang mana dapat membantu merealisasikan segala yang tersurat dan yang tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.3 Menganalisis Isu Berdasarkan Tiga Konsep Sosiologi 1.3.1 Definisi Modenisasi

(14)

nilai-nilai lama kepada yang dikatakan baru. Gaya hidup tradisi telah berubah sebagai gaya hidup moden.

1.3.2 Modenisasi

Salah satu alasan utama yang menjurus kepada masalah jenayah di kalangan remaja adalah disebabkan oleh proses modenisasi. Dalam dunia yang serba moden ini, masyarakat yang inginkan kemewahan menjadi semakin individualistik dan materialistik.

Masyarakat moden tidak lagi menerima suratan takdir. Mereka mempercayai bahawa usaha mereka boleh membawa kebaikan. Jika dibanding dengan masyarakat tradisional, masyarakat industri moden mempunyai cita-cita tinggi. Mereka mahukan prestij, gaji tinggi dan barang-barang materialistik.

Masyarakat moden tidak lagi menganggap saudara-mara mereka, jiran atau orang sekampung sebagai kelompok rujukan. Mereka mempunyai hubungan yang luas – diluar batasan sosial dan fizikal. Terdapat beberapa adat resam tradisional yang sudah tidak diamalkan lagi dalam

masyarakat moden. Masyarakat moden lebih senang menerima pembaharuan dan memandang kepada masa depan.

Keadaan ini telah menyebabkan remaja kini terbiar dan tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa yang sibuk dengan kerja masing-masing. Dengan ini, remaja akan membantah dengan cara tersendiri untuk mendapatkan perhatian. Ini akan menjadi satu penggalak kepada masalah jenayah.

1.3.3 Kelas Sosial

Terdapat banyak kajian tentang hubungan di antara latar belakang keluarga yang tidak stabil dengan kerosakan akhlak di kalangan anak-anak muda. Pelajar-pelajar yang datang dari keluarga bermasalah dengan taraf sosio ekonomi yang rendah adalah antara faktor utama pelajar terjebak dalam kancah masalah disiplin atau lebih teruk lagi iaitu jenayah.

Di rumah, kekeluargaan dan penerimaan (acceptance) tidak wujud bagi sebilangan pelajar. Selain itu, bilangan ibu bapa dan penjaga yang bekerja di luar rumah, semakin meningkat menyebabkan pelajar berasa terbiar dan tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

Dapatan yang dinyatakan ini bertepatan dengan hujah-hujah dan dapatan kajian Athur & Ericson (1992); Kosterman (1996) ; yang jelas menunjukkan faktor keluarga merupakan alasan utama menyebabkan masalah disiplin. Keadaan ini akan menjadi semakin teruk jika masalah ini tidak ditangani.

1.3.4 Budaya Sekolah

Budaya sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. Sekolah itu sendiri lahir daripada keperluan masyarakat. Pendidikan nilai amat diutamakan. Seorang murid warganegara Malaysia adalah dikehendaki menerapkan nilai-nilai material dan bukan material ala Malaysia. Sekiranya beliau mengengkari nialai-nilai berkenaan, maka berlakulah penyelewengan budaya. Sekarang kurikulum pendidikan Malaysia mengutamakan penerapan nilai-nilai murni dalam mata pelajaran yang tentunya bertujuan membina budaya masyarakat. Walau bagaimana pun, terdapat juga amalan-amalan budaya yang berbeza di kalangan kumpulan-kumpulan di sekolah yang biasanya berlaku secara tidak formal. Ini disebut subbudaya.

(15)

contoh-contoh subbudaya di kalangan kumpulan-kumpulan murid adalah seperti subbudaya ponteng, subbudaya lepak, subbudaya botak dan subbudaya black metal.

Kelahiran subbudaya ada kaitan dengan faktor hubungan murid dengan rakan-rakan dan komuniti di luar sekolah seperti kehidupan kampung atau rumah pangsa. Masalah-masalah ini perlu ditangani sebelum remaja-remaja ini melakukan sesuatu yang tidak diingini iaitu jenayah.

1.4 Cadangan dan Kesimpulan

Sama ada disedari atau tidak kebanyakan masalah yang melanda remaja masa kini adalah

disebabkan oleh tekanan serta permasalahan yang wujud di dalam persekitaran. Terdapat banyak faktor yang perlu ditimbang sebelum kita boleh menuding jari siapa penyumbang utama isu ini. Bak kata pepatah “mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”. Maka, adalah wajar bagi masyarakat dan pihak berkuasa untuk mencari punca bagi masalah jenayah ini.

Sebagai penjaga kepada anak-anak, ibu bapa perlu lebih peka dan sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anaknya. Masyarakat pula patut mengambil langkah untuk mengubah budaya yang menganggap seks sebagai suatu topik larangan. Ibu bapa patut bersikap terbuka dan membincangkan isu ini dengan anak-anak mereka. Mata pelajaran seks juga perlu dimasukkan dalam sistem pendidikan kita dan guru perlu diajar bagaimana untuk mengajar tajuk ini daripada membiarkan mereka mengajar tanpa latihan sebenar.

Akhir sekali, marilah kita dengan penuh sedar dan keinsafan bergabung fikiran, tenaga, kepakaran dan pengalaman, bertindak mencari jalan penyelesaian walaupun usaha yang

dilaksanakan nanti belum pasti dapat menghapuskan permasalahan ini tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk membendung daripada terus merebak memusnahkan anak bangsa, rakyat dan negara yang tercinta.

Referensi

Dokumen terkait

Menurut Sabatier (1986) memodifikasi model mereka pada tahun (1973), mengidentifikasi tiga faktor bebas (independen faktor) yang mempengaruhi keberhasilan

dari konflik interrole yang memberikan tekanan peran di skctor kerja dan keluarga saling bertentangan. Hasil penelitian tersebut membuktikan bahwa tekanan dalam

The used media in the implementation of learning trajectory of ordering decimal numbers in this study was picture of number line, LCD projector, body scales, cards of

Magyarországon, az AKI PÁIR adatai szerint a fizikai piacon azonban az egy évvel korábbinál 21 százalékkal magasabb termelői áron, tonnánként 45,3 ezer

Pembinaan ini dilakukan secara terus-menerus, terutama mengenai objek dan tarif pajak, sehingga antara pajak pusat dan pajak daerah saling melengkapi.Metode analisis yang

2. Kongres Pemuda Kedua adalah kongres pergerakan pemuda Indonesia yang melahirkan keputusan yang memuat ikrar untuk mewujudkan cita-cita berdirinya negara Indonesia, yang

Nilai difusivitas panas bahan merupa- kan salah satu sifat panas yang dibutuhkan untuk menduga laju perubahan suhu bahan sehingga dapat ditentukan waktu optimum yang

Deskripsi penalaran matematis KT dalam menyelesaikan soal persamaan kuadrat tersebut dapat disimpulkan bahwa pada saat mengidentifikasi bentuk persamaan kuadrat, KT