• Tidak ada hasil yang ditemukan

Research Complete

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Research Complete"

Copied!
63
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang

Pencegah kehamilan atau dikenali juga sebagai kontrasepsi ialah satu proses menghalang persenyawaan atau mencegah atau memperlambatkan percantuman sperma dan telur. Kaedah yang telah diperaktikkan sejak berkurun tahun dahulu ini berperanan sebagai alat bagi menghalang kehamilan yang tidak dirancang sekaligus mengurangkan kes pengguguran bayi secara sengaja yang jelas bertentangan dengan agama Islam dan perlembagaan.

Fungsi sebenar kaedah perancang keluarga ini adalah untuk menghalang keseluruhan proses persenyawaan dari berlaku secara sempurna lantas mengelakkan kelahiran bayi yang tidak diingini. Malah sejajar dengan perkembangan zaman, pelbagai kajian telah dilakukan bagi meningkatkan lagi tahap keberkesanan serta kefungsian kaedah kontraseptif. Ini meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan perancang keluarga di Malaysia yang menjurus kepada perspektif kesihatan iaitu bagi memastikan kesihatan ibu dan anak dan seterusnya kesejahteraan keluarga melalui menjarakkan kehamilan

Kontrasepsi boleh dibahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu secara kekal atau secara sementara. Kaedah secara kekal merangkumi kaedah

(2)

bilateral tubule ligation, histerektomi serta vasektomi. Manakala kaedah secara sementara pula melibatkan kaedah penggunaan hormon (pil, suntikan, implan dan tampalan transdermal), kaedah barrier (kondom, cervical cap dan diagfram), intrauterine contraceptive devices serta kaedah semulajadi (azal dan kalendar).

Merancang keluarga secara kekal atau pemandulan secara sukarela ini dipilih hanya apabila pasangan suami isteri telah bersetuju untuk tidak mahu hamil dan mempunyai anak lagi. Kaedah ini dapat dilakukan ke atas suami ataupun isteri dengan melakukan pembedahan yang akan menutup tiub yang menghasilkan sperma (lelaki) atau telur (wanita). Bagi lelaki akan dilakukan pembedahan vasektomi manakala bagi wanita pula akan dilakukan pembedahan bilateral tubule ligation. Pembedahan histerektomi pula melibatkan pembuangan uterus wanita secara kekal sekaligus menyebabkan wanita tersebut sama sekali tidak dapat hamil buat selama-lamanya.

Disebabkan keberkesanan kaedah ini adalah 100% maka wanita tersebut tidak akan hamil seumur hidupnya. Kaedah ini sesuai untuk mereka yang telah berusia atau yang menghidap penyakit serius yang mungkin boleh mengancam nyawa ibu serta bayi yang bakal lahir atau melibatkan organ reproduktifnya.

Manakala merancang keluarga secara sementara pula terdiri daripada beberapa kaedah. Secara lazimnya, wanita serta pasangan akan lebih biasa dengan penggunaan kaedah hormon melalui pil pencegah kehamilan. Terdapat dua jenis pil kontraseptif yang terdiri daripada satu hormon sahaja iaitu hormon progestin atau gabungan hormon. Pil yang terdiri daripada gabungan hormon dikenali sebagai Combined Oral Contraceptive Pills (COCP). Ia merupakan

(3)

kombinasi estrogen yang terdiri daripada ethinyl estradiol (EE) dan estradiol (E2). Pil-pil mengandungi hormon-hormon estrogen dan progestin atau hanya mengandungi hormon progestin sahaja.

Selain kaedah pil oral kontraseptif penggunaan suntikan depo provera serta implan menjadi pilihan bagi mereka yang mudah lupa. Ini kerana penggunaan pil memerlukan penggunanya untuk makan pil tersebut setiap hari. Ini menjadi satu permasalahan kepada mereka yang mudah lupa serta tidak suka menelan pil. Walaupun agak menyakitkan namun penggunaan suntikan depo provera ini hanya dilakukan sebulan sekali iaitu pada hari ke 28 hingga 30 hari haid. Suntikan ini mengandungi lima miligram estradiol cypionate dan 25 miligram medroxyprogesterone acetate. Jikalau suntikan ini sesuai untuk wanita, ia akan mengalami kekurangan haid atau tidak mengalaminya lansung.

Kaedah implan pula merupakan menggunakan hormon progestin sintetik terdiri daripada enam kapsul kecil yang fleksibel (sebesar batang mancis). Namun kaedah terkini dikatakan hanya menggunakan dua kapsul kecil. Kapsul-kapsul ini akan ditanam di bawah kulit lengan di bahagian atas dan mencegah kehamilan secara berkesan selama tiga atau lima tahun bergantung pada pilihan pengguna. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.1 peratus (1 dalam 1,000) akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

Terdapat juga kaedah yang tidak menyakitkan serta tidak memerlukan penggunaan yang kerap. kriteria ini sesuai bagi penggunaaan tampalan tompok

(4)

estrogen dan progestin yang memberi tindakbalas terhadap kulit secara perlahan. Cara ini dikatakan lebih mudah dan dianggap sebagai sebahagian daripada kulit (bagi golongan islam yang ingin mandi hadas besar). Penggunaannya pula secara mingguan iaitu untuk tempoh tiga minggu dan satu minggu lagi pula tampalan dibuka. Walaupun kelihatan mudah namun malangnya ia dikatakan tidak efektif bagi wanita yang mempunyai berat badan melebihi 90 kilogram.

Hasil daripada penyelidikan dan teknologi yang sedia ada, baru-baru ini terdapat para penyelidik yang menghasilkan hormon kontraseptif bagi lelaki (MHC) yang dikatakan masih dalam tempoh percubaan. MHC ini digunakan untuk menghalang pembentukan sperma dan kaedah ini dikatakan amat sukar kerana ia boleh menghilangkan sifat kelakian seseorang. Malah sebagai tambahan, lelaki perlu mengambil hormon lain untuk mengekalkan sifat kelakiannya. MHC ini perlu diambil secara suntikan sekali setiap lapan minggu.

Secara keseluruhannya kaedah hormon ini memerlukan penggunaan bahan kimia yang mungkin boleh menimbulkan masalah pada hati serta tidak sesuai untuk semua golongan. walaupun begitu kaedah ini banyak memberikan kesan sampingan yang baik kepada wanita seperti mengurangkan potensi untuk mendapat kanser endometrium dan ovari serta ada sesetengahnya yang mencantikkan kulit. Kaedah jenis ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali wanita yang merokok atau yang mempunyai sejarah keluarga yang berpenyakit jantung. Wanita-wanita yang mempunyai sejarah penyakit kanser payu dara atau endometrial dan darah beku juga tidak dibenar menggunakan kaedah

(5)

tersebut. Antara kesan sampingan yang boleh dilihat mual, sakit kepala, peningkatan berat badan, sakit pada bahagian payu dara, pendarahan dan masalah tekanan.

Kaedah kontraseptif barrier seperti penggunaan kondom berfungsi dengan menjadi penghalang kepada sperma daripada melepasi serviks semasa proses ejakulasi. Keberkesanan kaedah ini agak kurang kerana ada kemungkinan alat yang digunakan bocor atau tidak menghalang kemasukan sperma ke dalam serviks dengan sepenuhnya. Penggunaan kaedah ini juga dikatakan menimbulkan ketidakselesaan semasa hubungan kelamin berlaku kepada pasangan yang menggunakannya. Biarpun begitu penggunaan kondom dikatakan dapat menghalang jangkitan penyakit bawaan seksual dari pesakit kepada orang lain sekaligus mengurangkan risiko penularan virus HIV serta penyakit bawaan seksual yang lain melalui hubungan seksual. Dengan kehadiran pelbagai jenama kondom dipasaran, ia mudah serta murah untuk didapatkan oleh mana-mana pasangan.

Cervical cap mempunyai fungsi yang hampir sama dengan kondom namun agak berbeza dari segi bentuk dan kaedah penggunannya. Inovasi pencegahan kehamilan ini semakin popular dan lebih daripada sejuta wanita telah menggunakannya di eropah. Ia mengandungi tahap kombinasi hormon pencegah kehamilan yang rendah. Wanita akan memasukkannya ke dalam faraj sendiri dan agak mudah digunakan kerana ia boleh digunakan sekali sebulan. Bagi wanita yang merancang keluarga, kaedah ini mempunyai kepercayaan yang tinggi dan merupakan kawalan kitaran haid yang cemerlang.

(6)

Penggunannya merupakan rahsia dan tiada sesiapa yang mengetahui seseorang wanita akan menggunakannya dan lelaki juga tidak perasan atau merasainya ketika melakukan hubungan seks.

Intrauterine contraceptive devices (IUCD) merupakan alat anjal berbentuk ‘T’ yang dimasukkan ke dalam rahim oleh doktor atau pengamal perubatan bagi mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterus. Ia juga berfungsi untuk mencegah persenyawaan dengan menghalang ovum dari memasuki ruang uterus. Ini sekaligus mengelakkan dari berlakunya persenyawaan.

Kaedah konsepsi yang tidak memerlukan alat kontraseptif seperti kaedah azal pula memerlukan kawalan pada pihak lelaki untuk melakukan proses ejakulasi di luar vagina. Kaedah ini memerlukan kawalan yang sepenuhnya sekaligus menjadikannya agak kurang berkesan untuk diamalkan. Begitu juga dengan kaedah kalendar yang dibimbangi tidak dapat menahan diri dari melakukan hubungan seksual atau kesilapan dalam pengiraan waktu subur wanita.

Namun pemilihan dalam merancang keluarga ini terpulang kepada kesesuaian serta keinginan wanita itu sendiri tambahan pula pengguguran haram jelas bertentangan dengan peruntukan undang-undang negara dan pengguguran hanya diunjurkan sekiranya melibatkan keselamatan nyawa ibu yang terancam akibat kehamilan. Disebabkan itulah perkhidmatan perancang keluarga amat diperlukan.

Bagi memastikan ketepatan hasil kajian yang bakal diperoleh, kajian mengenai amalan perancang keluarga ini hanya melibatkan 30 orang responden

(7)

wanita yang telah berkahwin serta mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Manjoi sahaja. Ini kerana majoriti pengamal perancang keluarga di daerah Manjoi ini adalah mereka yang telah berkahwin. Wanita yang belum berkahwin dianggap tidak merancang keluarga kecuali mereka yang mengamalkan seks bebas atau pelacur.

Daerah Manjoi dipilih kerana ia merupakan kawasan penempatan masyarakat pelbagai lapisan. Walaupun Manjoi merupakan daerah yang mempunyai populasi masyarakat melayu paling ramai di Malaysia namun begitu ia masih lagi didiami oleh komuniti masyarakat pelbagai bangsa, lapisan usia serta taraf ekonomi yang berbeza. Disini pengkaji akan cuba melihat perkaitan diantara perkara-perkara diatas dengan tahap amalan perancang keluarga yang sedang dikaji.

1.2 Kenyataan masalah

Sejajar dengan perkembangan zaman pelbagai kaedah kontraseptif telah dicipta bagi meningkatkan lagi keberkesanan dalam merancang keluarga. Malah kesan penggunaan pelbagai kaedah kontraseptif ini juga banyak memberikan kebaikan tidak kurang juga kesan buruk terhadap manusia.

Contohnya penggunaan pil oral kontraseptif dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pelvik begitu juga dengan kanser ovari dan endometrial. Namun ironiknya ia juga dikatakan mempunyai kesan sampingan disebabkan kesan penggunannya seperti mual, peningkatan berat badan, ketenderan

(8)

kaedah ini terdapat pelbagai kaedah lain yang lebih selamat untuk diamalkan tanpa meninggalkan kesan yang mudarat.

Namun malangnya akibat dari kurangnya pengetahuan dalam merancang keluarga, selain kaedah kondom dan pil tidak ramai wanita Malaysia yang sedia maklum mengenai kehadiran kaedah kontraseptif lain yang kurang popular. Walaupun tahap keberkesanan serta keselamatan sesetengah kaedah kontraseptif yang kurang popular ini agak tinggi, namun mungkin disebabkan kurangnya kempen serta pendedahan kepada masyarakat umum mengenainya menyebabkan ia kurang dimalkan.

Bukan itu sahaja, malah disebabkan kurangnya kempen yang dijalankan mengakibatkan wanita tersebut sama sekali tidak tahu jenis kaedah yang sesuai untuknya apatah lagi cara penggunaanya. Malah ada juga sesetengah wanita yang mempunyai sejarah atau menghidapi penyakit yang berbahaya mengamalkan sesuatu kaedah kontraseptif secara semborono tanpa mendapatkan nasihat perubatan.

Kesan kurangnya kefahaman tentang sesuatu kaedah kontraseptif itu juga mengakibatkan seseorang wanita itu terdedah kepada kesan sampingan yang tidak baik disebabkan komplikasi penggunaan kaedah tersebut. Ini sekaligus menyebabkan wanita yang sama sekali tidak sesuai untuk mengamalkannya terdedah kepada bahaya.

Maka menjadi tujuan utama pengkaji untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pengamalan sesuatu kaedah konsepsi yang popular serta tidak popular diamalkan. Ia juga menjadi tanggungjawab kita semua untuk

(9)

menggalakkan lagi amalan perancang keluarga di kalangan wanita serta menimbulkan kesedaran yang baik mengenainya sekaligus memberikan kesan positif terhadap aspek pembangunan keluarga.

1.3 Objektif Kajian

Antara objektif utama kajian ini dilakukan adalah untuk menilai amalan perancang keluarga serta kaedah yang digunakan di kalangan wanita yang telah berkahwin. Ini bagi mengenalpasti bilangan meraka yang telah berkahwin serta merancang keluarga.

Dalam pada itu pengkaji juga akan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan kaedah perancang keluarga tersebut. Apabila dapat mengenalpasti jenis kaedah yang digunakan serta faktor yang mempengaruhi penggunannya barulah objektif yang terakhir dapat dipenuhi iaitu dengan mencadangkan beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi menggalakkan pengamalan kaedah perancang keluarga di kalangan mereka yang telah berkahwin.

1.4 Definisi Operasional

Kajian mengenai amalan perancang keluarga dikalangan wanita yang telah berkahwin di Klinik Kesihatan Manjoi adalah kaji selidik yang dilakukan untuk menilai amalan serta mengenalpasti kaedah yang digunakan untuk merancang bilangan anak atau menjarakkan kehamilan di kalangan wanita yang

(10)

mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan kaedah kontraseptif dikalangan responden yang terpilih.

Kajian ini hanya akan melibatkan responden wanita yang telah berkahwin serta mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Manjoi sahaja. Kaum lelaki atau wanita yang belum berkahwin tidak dipilih sebagai responden kerana tidak menepati tajuk kajian yang dilakukan.

Kajian akan dijalankan keatas 30 orang responden wanita yang telah berkahwin sahaja. Pengkaji menggunakan kaedah questionnaire serta closed ended question bagi mendapatkan maklumat daripada responden. Data yang diperoleh dari responden akan dikumpulkan di dalam satu ‘master sheet’ dan dianalisis satu persatu serta dipamerkan menggunakan kaedah graf. Segala hasil kajian juga akan dipersembahkan dalam bentuk Microsoft word.

1.5 Kepentingan Kajian

Keberkesanan sesuatu kaedah menjadi salah satu faktor mengapa seseorang wanita itu memilih untuk mengamalkan sesuatu kaedah kontraseptif. Namun tahap keberkesanan sesuatu kaedah itu juga tidak sama bagi setiap individu. Mungkin disebabkan faktor kecuaian atau cara penggunaan yang salah menjadi salah satu sebab mengapa kaedah tersebut tidak berkesan terhadap

(11)

individu yang lain. Malah terdapat pelbagai faktor lain juga yang boleh dijadikan punca seseorang wanita itu memilih untuk mengamalkan sesuatu kaedah kontraseptif.

Salah satu faktor lainnya adalah kepercayaan yang tidak benar terhadap kesan penggunaan sesuatu kaedah kontraseptif itu yang sekaligus mengakibatkan timbulnya tanggapan negatif wanita terhadap penggunaan kaedah tersebut. Lantas menyebabkan kurangnya minat kaum wanita untuk mengamalkannya dan menyebabkan kerugian besar terhadap wanita Malaysia. Alangkah malangnya jikalau seseorang wanita itu tidak dapat merancang keluarga dengan berkesan hanya disebabkan salah faham yang tidak benar mengenainya. Salah faham yang tidak benar ini perlu diubah.

Malah ada juga sesetengah wanita yang sama sekali tidak tahu bagaimana untuk menggunakan alat kontraseptif ketika ia amat diperlukan. Contohnya ramai wanita yang tidak tahu mengenai kaedah kontraseptif kecemasan dan bagaimana untuk mendapatkannya. Ini kerana tidak semua pasangan ‘menyediakan payung sebelum hujan’. Di luar sana masih ramai yang memerlukannya namun kurang pengetahuan mengenainya. Walaupun isu ini sering dipandang remeh tetapi hakikatnya ia boleh menyebabkan seseorang wanita itu hamil tanpa dirancang hanya disebabkan kurangnya pengetahuan. Bagi wanita yang menghidapi penyakit yang menyebabkan dia tidak sesuai untuk hamil boleh mengakibatkan wanita tersebut serta bayi yang bakal lahir terdedah kepada bahaya.

(12)

Diharapkan dengan kajian yang dilakukan terhadap amalan perancang keluarga ini dapat mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan seseorang wanita itu memilih sesuatu kaedah kontraseptif. Ini sekaligus dapat meningkatkan lagi keberkesanan kaedah kontraseptif tersebut dengan menambahkan lagi pengetahuan masyarakat umum mengenai cara penggunaannya serta kesesuainnya dengan individu itu sendiri. Malah menjadi tugas pengkaji juga untuk menukar persepsi negatif masyarakat terhadap amalan perancang keluarga ini dengan menyarankan langkah-langkah yang sesuai untuk meningkatkan lagi kesedaran wanita mengenai kaedah perancang keluarga. Maka ini menjadi sebab utama mengapa kajian ini perlu dilakukan.

BAB2

(13)

2.1 Definisi perancang keluarga

Perancang keluarga atau lebih dikenali sebagai kontraseptif merupakan kaedah yang digunakan untuk menghalang proses persenyawaan di antara telur dan sperma daripada berlaku serta menghalang telur yang telah disenyawakan daripada melekat pada dinding uterus (Beer, 2003)

Begitu juga dengan perincian definisi yang diberikan oleh (Siraj, 2008) bahawa Pencegah kehamilan atau kontrasepsi ialah satu proses menghalang persenyawaan atau mencegah atau memperlambatkan percantuman sperma dan ovum. Kontrasepsi kini semakin menjadi trend masyarakat untuk merancang keluarga. Ia bukan sahaja memberi kebaikan kepada keluarga dan komuniti untuk membina kesihatan reproduktif. Beliau juga menafsirkan bahawa kesihatan reproduktif adalah keadaan sihat dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan hanya kerana tiada penyakit dalam semua perkara yang berkaitan dengan sistem reproduktif, fungsi dan prosesnya.

2.2 Kepentingan perancang keluarga

Perancang keluarga juga adalah baik untuk kesihatan orang perempuan kerana membolehkan mereka mempunyai anak apabila mereka sudah bersedia. Bagi perempuan yang hamil semasa masih muda, iaitu kurang daripada dua puluh tahun, mereka mungkin menghadapi risiko yang besar. Dengan

(14)

penyakit-penyakit yang boleh mengakibatkan kematian seperti pendarahan,anemia, sepsis dan eklamsia. Kekerapan melahirkan anak menjadikan tubuh badan seseorang perempuan susah sembuh daripada sebarang ketengangan rohani dan jasmani (Yusof ,1987).

Kesan buruk kehamilan kepada wanita yang tidak dibenarkan untuk hamil disebabkan masalah kesihatan boleh menyebabkan kematian kepada wanita serta bayi yang bakal lahir. Justeru dengan merancang keluarga mungkin kematian ini dapat dielakkan. Ini bertepatan dengan statistik serta kajian yang dilakukan oleh Siraj (2008) bahawa Malaysia kini mempunyai seramai 14.05 juta penduduk wanita di mana 7.59 juta terdiri daripada mereka yang berumur 15 hingga 49 tahun dan sepertiga jumlah penduduk malaysia berumur 10 hingga 24 tahun.Dalam hal ini, perancang keluarga penting kerana dapat menyelamatkan kira-kira 175,000 wanita setiap tahun, mengurangkan sebanyak 2.7 juta kematian bayi, mengurangkan kematian 1.8 juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun, serta satu pertiga daripada kematian yang berkaitan kehamilan dan kelahiran dapat dielakkan.

Walaupun ia dapat mengurangkan gejala sosial komuniti namun ia sebenarnya memberi kesan positif terhadap pembangunan keluarga. Pencegah kehamilan dapat memberi kebaikan kepada wanita, pasangan, anak-anak dan komuniti. Jikalau dibandingkan daripada tidak menggunakan apa-apa agen atau alat bagi tujuan berkenaan apa salahnya untuk menggunakan alat kontraseptif. Sudah tentu, penggunaan kontraseptif menjanjikan keputusan yang lebih baik jika dibandingkan dengan pasangan yang tidak mengamalkan sebarang kaedah.

(15)

2.3 Tahap amalan

Di United Kingdom lebih dari separuh kehamilan yang berlaku tidak diingini oleh pasangan. Dukacitanya kurang dari separuh kehamilan yang tidak diingini itu berakhir dengan pengguguran. Pada tahun 1992 kadar keguguran yang dicatatkan adalah 27.5 bagi setiap 100 kehamilan yang dapat dikesan. Kadar ini didapati semakin meningkat sejak tahun 1980 lagi (Lambron et al, 1999).

Di dalam kajian yang dilakukan terhadap 733 wanita yang telah menggugurkan kandungannya di Oxford (Duncan et al, 1990) lebih 40% mengaku bahawa mereka sama sekali tidak mengamalkan kaedah kontraseptif semasa melakukan hubungan kelamin. Ini menunjukkan bahawa amalan konraseptif amat diperlukan untuk menghalang kehamilan yang tidak diingini serta menghalang pengguguran kandungan yang dirancang.

Amalan perancang keluarga merupakan fenomena biasa dikalangan mereka yang telah berkahwin. Disebabkan penggunaanya yang amat meluas, pelbagai kajian telah dilakukan bagi meningkatkan lagi mutu, kualiti serta keberkesanan kaedah kontraseptif yang digunakan. Selaras dengan kenyataan (Donovan, 1999) yang menerangkan bahawa terdapat 5 kaedah utama yang digunakan untuk merancang kehamilan iaitu kaedah semulajadi, kaedah barrier, kaedah intrauterine contraceptive device, kaedah hormon dan kaedah pemandulan secara sukarela.

(16)

Kaedah semulajadi merupakan cara untuk merancang kehamilan tanpa menggunakan sebarang alat kontraseptif. Contoh kaedah semulajadi yang sering diamalkan adalah secara hazal, kiraan kalendar, ujian mukus serviks, suhu badan serta keinginan untuk tidak melakukan hubungan kelamin. Kaedah barrier pula merangkumi penggunaan kondom, diagfram serta servical cap. Ketiga-tiga alat ini digunakan untuk menghalang kemasukan sperma ke dalam ruang uterus sekaligus menghalang sperma daripada disenyawakan. Agak berbeza dengan kaedah barrier, alat intrauterine contraceptive devices dimasukkan terus kedalam ruang uterus berbanding dengan servical cap yang hanya dimasukkan ke ruang serviks. Menghalang persenyawaan tetapi dengan cara yang berbeza, kaedah hormon digunakan untuk menghalang penghasilan ovum semasa proses ovulasi. Ini berlaku disebabkan kesan dari tindakbalas hormon. Kaedah hormon juga merangkumi penggunaan pil, suntikan serta implan. Namun satu-satunya kaedah yang digunakan untuk menghalang kehamilan secara kekal adalah menerusi kaedah pemandulan secara sukarela. Kaedah pemandulan ini dilakukan secara pembedahan seperti vasectomy, bilateral tubul ligation, serta histrectomy. Sebelum pembedahan dilakukan, pengguna mestilah mempunyai keinginan yang tekad untuk tidak mempunyai zuriat lagi pada masa akan datang (Donovan, 1999).

2.4 Faktor yang mempengaruhi penggunaan.

Kesan dari kemajuan dalam bidang ginekologi pada masa kini, pengguna disediakan dengan pelbagai pilihan bagi memilih kaedah kontraseptif yang

(17)

menepati kehendak serta kesesuaian pengguna. Bagi menepati kesesuaian pengguna pelbagai faktor boleh mempengaruhi mereka dalam memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah kontraseptif. Salah satu faktor utama adalah dari aspek keberkesanannya. Rata-rata pengguna sudah tentu ingin mengamalkan kaedah yang paling berkesan. Maka antara kaedah yang dikesan mempunyai tahap keberkesanan paling tinggi adalah kaedah pemandulan secara sukarela.

Melalui dua kajian yang dilakukan oleh (Yusof, 1987) dan (Lambrou, 1999) menyatakan bahawa kira-kira terdapat 100 juta pasangan menggunakan kaedah ini untuk mengawal kehamilan. Bilangan orang yang memilih pemandulan secara sukarela ini telah bertambah secara tiba-tiba dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Mengikut statistik tahap amalan penggunaan kaedah perancang keluarga di United Kingdom pada tahun 1989 menunjukkan bahawa kaedah pemandulan secara sukarela ini mempunyai jumlah pengguna yang paling ramai iaitu seramai 13.6 juta orang. Manakala kaedah secara pengiraan kalendar pula mempunyai kadar pengguna yang paling sedikit iaitu kurang dari 400 ribu orang. Ini disebabkan oleh tahap keberkesanan kaedah pemandulan secara sukarela ini adalah 100 peratus dan pengguna dijamin tidak akan hamil sehingga bila-bila.

Selain faktor keberkesanan, faktor kesihatan juga mempengaruhi pengguna untuk memilih kaedah yang paling sesuai buat mereka. Ini kerana tidak semua kaedah sesuai untuk tahap kesihatan pengguna. Contohnya, kaedah pil kontraseptif tidak sesuai untuk diamalkan oleh mereka yang menghidap Diabetes Mellitus. Ini kerana kajian menunjukkan penggunaan

(18)

kaedah ini boleh menyebabkan penurunan kadar penyerapan glukos yang boleh dikaitkan dengan kehadiran progestin iaitu salah satu komponen yang digunakan dalam kaedah pil kontraseptif. Ia juga mempercepatkan kadar penggantungan terhadap insulin bagi pesakit Diabetes jika penggunaan kaedah ini diteruskan (Bourgeois, 2008). Ini sekaligus menjelaskan bahawa penggunaan kaedah kontraseptif yang salah mungkin boleh menyebabkan kondisi sesuatu penyakit itu bertambah teruk serta mengakibatkan komplikasi yang tidak baik terhadap pesakit.

Mencegah kehamilan bukan sahaja disebabkan oleh faktor kesihatan malah ia juga boleh dipengaruhi oleh faktor budaya. Dalam kajian yang dilakukan oleh (Helman, 1990) menyatakan bahawa budaya yang berlainan mempunyai sikap yang berlainan terhadap pencegahan hamil, pengguguran dan membunuh anak. Misalnya salah satu sebab kenapa sesebuah masyarakat itu mengamalkan sikap membunuh anak ialah mungkin kerana dipengaruhi oleh saiz penduduknya, bekalan makanannya dan kawasan ekologi yang dialaminya. Dasar-dasar kependudukan sesebuah budaya itu termasuklah sikap toleransi terhadap amalan pengguguran, penerimaan amalan pengguguran dalam keadaan tertentu sahaja atau larangan ketat yang digunakan terhadap kehamilan tanpa mengira peringkatnya. Di barat perdebatan berkenaan pengguguran tertumpu pada persoalan sama ada seseorang perempuan berhak untuk mengawal badan dan kesuburannya dan sama ada kandungan itu dianggap sebagai ‘orang’ yang mempunyai hak yang sama seperti anggota-anggota lain masyarakat itu ataupun sebagai suatu organ atau pengumpulan sel.

(19)

Namun di dalam prinsip islam jelas menyatakan bahawa seseorang wanita itu tidak sama sekali dibenarkan untuk membatalkan kehamilan atau menggugurkan kandungannya melainkan atas sebab-sebab kesihatan yang mengancam nyawa ibu serta bayi yang bakal lahir. ini kerana bayi yang bakal lahir tersebut mempunyai kehormatan walaupun terhasil dengan cara perhubungan jenis yang haram seperti zina. Bayi itu juga mempunyai hak untuk hidup dan melihat dunia sama seperti manusia lain (Ashi, 2008)

Dalam statistik yang dilakukan (Duncan, 1990) mencatatkan bahawa 30 peratus wanita tidak tahu mengenai kaedah kontraseptif kecemasan manakala 10 peratus lagi tidak tahu di mana untuk mendapatkannya. keputusan yang hampir sama juga telah dilaporkan melalui dua kajian yang berbeza iaitu (Johnston & Howie, 1985) dan (Burton et al, 1990). Ini mungkin disebabkan oleh kurangnya kempen serta informasi yang diberikan lantas menyebabkan kurangnya pengetahuan mengenai kaedah perancang keluarga di kalangan pengguna. Statistik ini juga jelas menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pengguna itu juga menjadi salah satu faktor yang menyebabkan mengapa seseorang pengguna itu tidak mengamalkan sesuatu kaedah kontraseptif.

Kebaikan dalam mencegah penularan jangkitan penyakit bawaan seksual menjadi salah satu sebab mengapa pengguna di India memilih untuk menggunakan kaedah kondom bagi mencegah kehamilan. Di India lebih kurang 20 peratus pengguna kondom yang telah ditemubual mengakui menggunakannya hanya sebagai kaedah kontraseptif manakala 93 peratus pula menggunakannya untuk tujuan kontraseptif dan mencegah dari dijangkiti

(20)

penyakit bawaan kelamin dari pasangan (Durex-mode, 1996). Penggunaan kondom bukan hanya sesuai bagi mereka yang mempunyai penyakit bawaan kelamin malah ia juga sesuai bagi mereka yang bimbang akan dijangkiti penyakit dari pasangan masing-masing.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Rekabentuk Kajian BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian yang digunakan untuk kajian ini adalah retroseksional jenis kuantitatif

(21)

Daerah Manjoi dipilih kerana ia merupakan kawasan penempatan masyarakat pelbagai lapisan. Walaupun Manjoi merupakan daerah yang mempunyai populasi masyarakat melayu paling ramai di Malaysia namun begitu ia masih lagi didiami oleh komuniti masyarakat pelbagai bangsa, lapisan usia serta taraf ekonomi yang berbeza. Disini pengkaji akan cuba melihat perkaitan diantara perkara-perkara diatas dengan tahap amalan perancang keluarga yang sedang dikaji.

3.3 Sampel Kajian

Kajian yang akan dijalankan ini berfokus kepada amalan perancang keluarga dikalangan wanita yang telah berkahwin. Kesemua responden yang dipilih secara rawak adalah mereka yang telah berkahwin serta datang untuk mendapatkan rawatan di Klinik Manjoi

3.3.1 Saiz Sampel

Dalam kajian ini seramai 30 orang responden akan dipilih dikalangan pesakit wanita yang telah berkahwin serta hadir untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan Manjoi. Corak persampelan ini akan dilakukan dengan pemilihan secara tidak kebarangkalian bertujuan. Pesakit wanita yang telah berkahwin dipilih kerana ianya merupakan kumpulan pengkaji. Ini dapat memudahkan proses kajian pengkaji dari segi pemahaman, hubungan dan kerjasama dari responden.

(22)

3.3.2 Kriteria Responden

Pemilihan responden hanya melibatkan wanita yang telah berkahwin dan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Manjoi sahaja. Lelaki serta wanita yang belum berkahwin tidak dipilih kerana tidak menepati tajuk kajian yang dilakukan.

3.4 Alat Kajian

Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang lebih mudah untuk difahami oleh responden. Borang soal selidik ini digunakan bagi mengumpul data pesakit serta jawapan mereka berdasarkan soalan yang diajukan. Maklumat yang berkaitan dengan amalan perancang keluarga juga diperolehi daripada akhbar, buku – buku , internet dan juga nota – nota daripada pengajar.

Soalan yang akan diajukan di dalam borang soal selidik adalah berkonsep ‘Closed Ended Questions’ sahaja. Responden hanya perlu menjawab beberapa soalan mudah. Kaedah ini dipilih kerana ia adalah mudah dan tidak akan membazirkan banyak masa kerana masa untuk menjawab soalan tersebut adalah sebentar sahaja.

Soalan yang akan diajukan adalah sebanyak 15 soalan yang akan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Dalam Bahagian A, beberapa soalan mengenai latar belakang responden seperti umur, status, taraf pendidikan dan latar belakang keluarga akan diajukan. Manakala

(23)

dalam Bahagian B pula akan diajukan soalan mengenai tahap amalan perancang keluarga responden. Kaedah ini dipilih kerana ia memudahkan pengkaji mengumpul data-data yang diperlukan dan mempercepatkan proses penganalisaan data secara efektif dan efisyen.

3.4.1 Pilot Study

Dalam pada itu sebelum soalan diajukan kepada responden satu kaedah iaitu ’pilot study‘ akan dijalankan yang bertujuan untuk menilai kebolehpercayaan soalan kaji selidik. Seramai 5 orang pesakit wanita diambil untuk menjawab soalan tersebut bagi menguji kefahaman mereka.

3.5 Aspek Etika

Bagi tidak melanggar aspek etika didalam kajian, pengkaji telah memohon kebenaran dari pihak kolej serta klinik kesihatan sebelum memulakan kajian. Borang keizinan juga perlu diisi oleh responden bagi mengelakkan salah faham serta masalah yang mungkin timbul di kemudian hari.

Aspek etika adalah satu isu yang sangat sensitif, maka isu ini telah dikeluarkan daripada soalan dalam kajian ini. Aspek yang berkaitan dengan sensitiviti agama, kaum dan adab resam adalah isu yang tidak akan ditanya kepada responden. Ini kerana perkara ini boleh menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan seseorang individu.

(24)

3.6 Pengumpulan Data

Pengumpulan data pula bermula dengan mengagihkan borang soal selidik kepada 30 orang responden yang dipilih secara rawak. Penerangan akan diberikan kepada responden dan seterusnya respondan diberikan masa untuk menjawab soalan yag diberikan. Setelah responden selesai menjawab, borang soal selidik akan dipungut kembali bagi memudahkan proses penganalisaan data dilaksanakan dan mengelakkan keciciran data. Borang soal selidik ini akan dikutip sendiri oleh pengkaji tanpa melibatkan pihak ketiga bagi mengelakkan kebocoran maklumat serta menjaga privasi responden.

3.7 Penganalisaan Data

Penganalisaan data yang akan dilakukan adalah berdasarkan kepada maklumat yang akan diperolehi daripada 30 orang responden yang telah menjawab soalan yang diajukan. Segala maklumat yang diperolehi akan dikumpulkan dan pengkaji akan membuat penganalisaan berdasarkan soalan yang telah dijawab. Data-data yang diperolehi dianalisa satu persatu dengan jelas dan sempurna. Ia akan dicatatkan di dalam satu borang yang dikenali sebagai ‘master sheet’. Fungsinya agar proses penganalisaan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan sistematik. Maklumat yang telah diperolehi juga akan diukur dari segi frekuensi dan peratusan dan dijelaskan dengan jadual, carta dan graf. Oleh itu, penyelidik akan menggunakan program ‘Microsoft Excel’ untuk menghasilkan jadual, graf dan carta.

(25)

Segala penemuan dalam penganalisaan tersebut pula akan disampaikan dalam bentuk penemuan dan perbincangan. Ini seterusnya dapat membantu pengkaji dalam menilai tahap amalan perancang keluarga, mengenalpasti faktor yang mempengaruhi penggunaan sesuatu kaedah perancang kehamilan dan pengkaji juga dapat merangka langkah – langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan amalan perancang keluarga dikalangan wanita yang telah berkahwin.

3.8 Limitasi

Semasa menyediakan kajian ini terdapat juga permasalahan yang timbul seperti kekurangan sumber rujukan, ketiadaan masa untuk berjumpa penyelia disebabkan penempatan klinikal yang jauh dan sentiasa berubah, perubahan jadual penempatan klinikal semester 5 dan 6 di mana kajian ini terpaksa di lakukan semasa pengkaji bercuti. Masa yang tidak mencukupi menyebabkan saiz sampel yang kecil serta tidak mewakili populasi. Sekiranya masa yang lebih panjang diberikan, maka kajian boleh menggunakan responden yang lebih ramai dan hasil kajian boleh digunapakai untuk mewakili populasi.

(26)

BAB 4

PENGANALISAAN DATA

Penganalisaan data telah menggunakan analisis statistik deskriptif kuantitatif di mana hasil kajian akan diterangkan dalam bentuk jadual yang menunjukkan kekerapan serta peratusan skor bagi soalan-soalan yang diajukan kepada responden. Kesemua data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan ‘Microsoft Excel’.Bahagian ini mengemukakan keputusan statistik deskriptif kuantitatif yang telah diperolehi melalui kaedah kekerapan dan peratusan.

4.1 Bahagian 1 : Penilaian Data Demografi.

Keputusan jadual 1 menunjukkan bahawa majoriti iaitu seramai 60% responden terdiri dari mereka yang berbangsa Melayu dan hanya 26.7%

(27)

responden sahaja berbangsa Cina serta 13.3% berbangsa India.

Manakala dari aspek umur pula keputusan merekodkan bahawa majoriti iaitu seramai 16.7% responden terdiri daripada mereka yang berada dalam lingkungan umur kurang dari 19 tahun. Manakala bilangan mereka yang terdiri dalam lingkungan umur 20 hingga 29 tahun adalah seramai 20% responden, 30 hingga 39 tahun seramai 23.3% responden serta 40 hingga 49 tahun seramai 40% responden.

Selain dari aspek bangsa dan umur responden juga dinilai dari aspek agama. Keputusan jadual 1 juga mencatatkan bahawa majoriti iaitu seramai 60% dari responden terdiri daripada mereka yang beragama islam. Manakala 10% responden beragama kristian, 13.3% responden beragama hindu serta 16.7% terdiri daripada mereka yang beragama Buddha.

Mungkin disebabkan kesan daripada pembangunan pesat negara, hanya seramai 6.7% responden mendapat pendidikan formal di sekolah rendah sahaja. Manakala tahap pendidikan tertinggi di peringkat sekolah menengah sahaja adalah seramai 30% responden, peringkat diploma seramai 46.7% responden dan peringkat ijazah atau yang lebih tinggi adalah seramai 16.7% responden. dikalangan mereka yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah.

Daripada jumlah responden yang dinilai, keputusan merekodkan bahawa majoriti iaitu 50% daripada responden yang mengamalkan perancang keluarga adalah terdiri daripada mereka yang tidak bekerja atau suri rumah sahaja. Manakala 23.3% responden terdiri daripada pekerja kerajaan, 20% responden

(28)

pelajar.

Jadual 1: Penilaian data demografi.

Perkara Frekuensi Peratusan (%)

Bangsa Melayu 18 60 Cina 8 26.7 India 4 13.3 Lain-lain 0 0 Umur Sambungan Jadual 1

Perkara Frekuensi Peratusan (%)

< 19 tahun 5 16.7 20 – 29 tahun 6 20 30 – 39 tahun 7 23.3 40 – 49 tahun 12 40 50 tahun > 0 0 Agama Islam 18 60 Kristian 3 10 Hindu 4 13.3 Buddha 5 16.7 Lain-lain 0 0 Tahap pendidikan

Tiada pendidikan formal 0 0

Sekolah rendah 2 6.7

Sekolah menengah 9 30

Diploma 14 46.7

Ijazah, sarjana & PHD 5 16.7

Pekerjaan

Tiada / suri rumah 15 50

Pekerja kerajaan 7 23.3

Pekerja swasta 6 20

(29)

4.2 Bahagian 2 : Penilaian Amalan Perancang Keluarga Dikalangan Wanita Yang Telah Berkahwin.

4.2.1 Tahap amalan perancang keluarga responden.

Amalan kaedah perancang keluarga merupakan salah satu kriteria utama dalam pemilihan responden. Maka seharusnya 100% responden sedang mengamalkan kaedah perancang keluarga.

4.2.2 Faktor utama responden merancang keluarga.

Keputusan Jadual 2 merekodkan bahawa faktor utama 46.7% memilih untuk merancang keluarga bertujuan untuk memelihara kesihatan ibu dan bayi. Manakala selebihnya sebanyak 43.3% responden mengamalkan perancang keluarga adalah untuk mengurangkan tanggungan ekonomi keluarga dan 10% responden lagi malu untuk hamil disebabkan usia yang telah lanjut.

Jadual 2 : Analisis faktor utama responden merancang keluarga.

Faktor Frekuensi Peratus(%)

Kurang tanggungan

ekonomi 13 43.3

Pelihara kesihatan ibu

dan bayi 14 46.7

Malu hamil ketika berusia 3 10

Tiada masa untuk memberikan perhatian pada anak.

0 0

Lain – lain 0 0

4.2.3 Jenis kaedah perancang keluarga yang diamalkan responden.

(30)

memilih untuk menggunakan pil kontraseptif sebagai alat perancang keluarga. Berbeza dengan 6.7% responden lain yang memilih kaedah semulajadi, 13.3% responden memilih kaedah barrier, 6.7% responden memilih kaedah suntikan atau implant, 10% memilih kaedah intrauterine contraceptive device dan selebihnya 3.3% memilih kaedah pembedahan sebagai kadah perancang keluarga.

Jadual 3 : Analisis jenis kaedah perancang keluarga yang diamalkan responden.

Jenis kaedah Kekerapan Peratus(%)

Semulajadi 2 6.7 Barrier 4 13.3 Pil kontraseptif 18 60 Suntikan / implant 2 6.7 IUCD 3 10 Pembedahan 1 3.3

4.2.4 Tempoh responden mengamalkan kaedah perancang keluarga.

Dapatan kajian merekodkan bahawa tempoh majoriti iaitu 33.3% responden mengamalkan kaedah perancang keluarga yang diamalkan sekarang adalah kurang dari 1 tahun sahaja. Manakala 20% responden pula telah mengamalkannya dalam tempoh kurang 5 tahun, 13.3% responden kurang 10 tahun, 3.3% responden lebih 10 tahun dan 30% selebihnya pula tidak konsisten dalam mengamalkan mana – mana kaedah perancang keluarga.

4.2.5 Sumber responden mendapatkan informasi mengenai kaedah perancang keluarga.

(31)

Hasil soal selidik yang dijalankan, data merekodkan bahawa majoriti iaitu 50% responden mendapat informasi mengenai kaedah perancang keluarga melalui rakan–rakan serta ahli keluarga. Namun berbeza dengan peratusan responden yang mendapat informasi melalui media massa iaitu sebanyak 6.7%, melalui kempen atau ceramah seramai 10% responden manakala melalui nasihat pengamal perubatan yang bertauliah sebanyak 33.3% responden.

4.2.6 Faktor utama yang mempengaruhi responden untuk memilih kaedah perancang keluarga.

Keputusan Jadual 4 mencatatkan bahawa majoriti iaitu 40% responden memilih untuk mengamalkan sesuatu kaedah perancang keluarga itu disebabkan oleh tahap keberkesanannya yang tinggi. Hanya 3.3% responden sahaja memilih sesuatu kaedah perancang keluarga dengan tujuan utama untuk melindungi dirinya dari penyakit bawaan kelamin. Manakala responden selebihnya memilih kaedah perancang keluarga berdasarkan kosnya yang murah seramai 30% responden, mudah didapati seramai 6.7% responden serta tidak memerlukan penggunaan yang kerap seramai 20% responden.

Jadual 4 : Analisis faktor utama yang mempengaruhi responden untuk memilih kaedah perancang keluarga.

Faktor utama Frekuensi Peratusan (%)

Tahap keberkesanan

yang tinggi 12 40

(32)

Selesa untuk diamalkan 0 0 Tidak perlu digunakan

dengan kerap 6 20

Melindungi dari penyakit

kelamin 1 3.3

Lain – lain 0 0

4.2.7 Tahap keberkesanan kaedah perancang keluarga yang diamalkan.

Keputusan yang didapati menunjukkan 86.7% responden mengakui bahawa tahap keberkesanan kaedah perancang keluarga yang diamalkan adalah sangat tinggi. Namun sebaliknya 13.3% responden mengakui kaedah perancang keluarga yang diamalkan sekarang adalah kurang berkesan sama sekali.

4.2.8 Tahap kepuasan responden dalam mengamalkan kaedah perancang keluarga.

Keputusan kajian merekodkan bahawa majoriti iaitu 40% responden mengakui berpuas hati dengan kaedah perancang keluarga yang diamalkan sekarang. Manakala 13.3% responden lagi mengakui sangat berpuas hati. Namun berbeza dengan responden lain yang mengakui kurang berpuas hati seramai 33.3% responden dan sangat tidak berpuas hati seramai 13.3% responden. Disini dapat disimpulkan bahawa 53.3% responden mengakui berpuas hati dengan kaedah yang digunakan manakala selebihnya 46.6% responden pula tidak berpuas hati.

(33)

perancang keluarga yang diamalkan.

Hasil kajian mencatatkan bahawa majoriti iaitu 30% responden tidak berpuas hati dengan kaedah yang digunakan disebabkan oleh penggunaan kaedah tersebut yang kerap atau setiap hari. Berbeza dengan 3.3% responden lain pula tidak berpuas hati disebabkan kos yang diperlukan untuk mengamalkan kaedah tersebut adalah mahal. Selebihnya tidak berpuas hati kerana kaedah tersebut susah untuk didapati seramai 6.7% responden, tidak selesa untuk diamalkan 10% responden, penggunaannya yang menyakitkan 6.7% responden, tidak selesa untuk diamalkan 10% responden serta disebabkan kesan sampingannya seramai 23.3% responden. Hanya 6.7% responden sahaja mengakui tidak ada sebab untuk tidak berpuas hati dengan kaedah yang diamalkan.

4.2.10 Tahap sokongan yang diberikan suami untuk responden merancang keluarga.

Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti iaitu 90% responden disokong oleh suami masing – masing untuk merancang keluarga. Berbeza dengan 10% responden lagi tidak diberikan sokongan oleh suami untuk merancang keluarga.

4.2.11 Tahap penglibatan suami responden dalam mengamalkan kaedah perancang keluarga.

(34)

Keputusan kajian mencatatkan bahawa majoriti iaitu 76.7% responden mengakui penglibatan responden sendiri dan suami dalam merancang keluarga. Berbeza dengan 6.7% responden yang mengakui hanya suami sahaja yang terlibat dalam kaedah perancang keluarga. Manakala selebihnya 16.7% responden pula mengakui hanya responden sahaja yang terlibat dalam mengamalkan kaedah perancang keluarga.

4.2.12 Keyakinan responden terhadap suami yang tidak menghidapi penyakit bawaan kelamin.

Hasil soal selidik merekodkan bahawa majoriti iaitu 86.7% responden mengakui sangat yakin bahawa suami mereka tidak menghidapi penyakit bawaa kelamin. Manakala selebihnya 13.3% responden pula mengakui bahawa kurang yakin sama ada suaminya menghidapi penyakit bawaan kelamin atau tidak.

4.2.13 Keyakinan responden terhadap kaedah perancang keluarga dalam melindungi dirinya dari penyakit bawaan kelamin.

Keputusan kajian memaparkan bahawa majoriti iaitu 63.3% responden mengakui kurang yakin terhadap kaedah perancang keluarga yang diamalkan sekarang dalam melindungi dirinya dari penyakit bawaan kelamin. Berbeza dengan 10% responden yang lain yang mengakui bahawa sangat yakin dengan kaedah yang diamalkan. Manakala 26.7% responden pula tidak pasti sama ada kaedah perancang keluarga yang diamalkan sekarang dapat melindungi dirinya

(35)

dari penyakit bawaan kelamin atau tidak.

4.2.14 Tujuan responden mengamalkan kaedah perancang keluarga.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti iaitu 90% responden menggunakan kaedah perancang sebagai tujuan kontraseptif sahaja. Manakala 10% responden lagi menggunakan kaedah perancang keluarga dengan tujuan sebagai kontraseptif dan mencegah diri dari penyakit bawaan kelamin

4.2.15 Pengetahuan responden mengenai kaedah penggunaan pil kontraseptif kecemasan.

Keputusan kajian mencatatkan bahawa majoriti iaitu 83.3% responden mengakui kurang pengetahuan mengenai kaedah penggunaan pil kontraseptif kecemasan. Manakala selebihnya hanya 16.7% responden sahaja mengakui mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai kaedah penggunaan pil kontraseptif kecemasan.

4.2.16 Pengetahuan responden mengenai tempat untuk mendapatkan pil kontraseptif kecemasan.

. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti iaitu 90% responden tidak tahu mengenai tempat untuk mendapatkan pil kontraseptif kecemasan. Sebaliknya pula hanya 10% responden sahaja yang mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai tempat untuk mendapatkan pil kontraseptif kecemasan

(36)

BAB 5

PERBINCANGAN

5.1 Amalan Perancang Keluarga Dari Aspek Demografi.

5.1.1 Amalan perancang keluarga mengikut pecahan bangsa.

(37)

majoriti daripada suku kaum di daerah Manjoi yang mengamalkan kaedah perancang keluarga. Jikalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, daripada 30 orang responden 60% terdiri daripada bangsa Melayu, diikuti bangsa Cina 26.7% dan bangsa India seramai 13.3%. Perkara ini disebabkan Manjoi merupakan kawasan daerah yang dihuni oleh komuniti masyarakat Melayu paling ramai di Malaysia. Ditambah lagi dengan adat tatasusila Melayu yang tidak pernah menghalang seseorang wanita itu merancang keluarga untuk kebaikannya. Justeru tidak mustahil jikalau majoriti wanita yang mengamalkan kaedah perancang keluarga di daerah Manjoi ini terdiri daripada mereka yang berbangsa Melayu.

5.2 Halangan untuk hamil disebabkan pertambahan usia.

Wanita yang berumur 40 hingga 49 tahun dikesan sebagai pengamal perancang keluarga paling ramai di daerah Manjoi. Pertambahan usia menyebabkan kebanyakan wanita malu untuk hamil ditambah lagi dengan risiko masalah kesihatan yang bakal muncul jikalau wanita tersebut disahkan hamil. Dapatan kajian ini disokong oleh (Obgyn, 2007) yang menyatakan bahawa walaupun perubatan moden boleh menolong wanita berusia lebih 35 tahun mengalami kehamilan yang selamat, komplikasi perubatan pada usia sebegini adalah lebih tinggi berbanding dengan wanita yang lebih muda. Risiko untuk melahirkan anak cacat juga menjadi tinggi apabila usia semakin tua. Ini mungkin disebabkan ketidaknormalan pada telur disebabkan oleh kromosom yang tidak normal. Secara kasarnya, 1 dalam 1400 bayi yang dilahirkan oleh wanita pada usia 20’an mengalami sindrom down dan kadar ini akan menjadi 1 dalam 100

(38)

apabila usia ibu mencecah 40’an. Fakta ini menjadi salah satu sebab mengapa wanita yang berumur 40 tahun ke atas mengelakkan diri daripada hamil dengan mengamalkan kaedah perancang keluarga.

5.1.3 Perancang keluarga dari sudut agama.

Islam adalah agama yang membenarkan umatnya untuk merancang keluarga asalkan memenuhi kehendak syariat. Ini sekaligus mendorong wanita Islam di daerah Manjoi untuk merancang keluarga. Ini dibuktikan dengan jumlah majoriti iaitu 60% responden wanita yang merancang keluarga adalah mereka yang beragama Islam. Dapatan kajian ini juga disokong oleh (Laldin, 2008) yang menyatakan bahawa tiada satu pun ayat di dalam al Quran yang melarang amalan perancang keluarga. malah ia selaras dengan konsep asas Islam, agama yang memperjuangkan kesenangan, kualiti dan kesederhanaan. Tambah beliau lagi Institusi keluarga adalah unit sosial yang penting dalam masyarakat dan sungguhpun Islam menggalakkan lelaki dan perempuan berkahwin untuk tujuan mendapatkan zuriat. Namun begitu perancangan keluarga hanya boleh diamalkan dengan persetujuan suami dan isteri sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan keluarga untuk menjarangkan anak atas sebab kesihatan, pendidikan dan kesejahteraan keluarga.

5.2 Faktor Utama Amalan Perancang Keluarga.

Dapatan kajian merekodkan bahawa faktor utama 46.7% responden mengamalkan kaedah perancang keluarga adalah untuk memelihara kesihatan

(39)

ibu dan bayi yang bakal lahir. Ini kerana amalan perancang keluarga memberi ruang kepada ibu yang baru melahirkan anak untuk rehat dan pulih sepenuhnya sebelum bermulanya proses kehamilan yang seterusnya. Malah peluang untuk ibu menghidap darah tinggi dan kencing manis adalah tinggi bagi wanita yang melebihi usia 35 tahun. Kejadian bayi meninggal di dalam kandungan serta kecenderungan untuk melahirkan bayi yang lebih kecil saiznya adalah tinggi dikalangan kumpulan usia tersebut (Obgyn, 2007). Malah kehamilan dikalangan sesetengah wanita juga boleh meningkatkan komplikasi mengandung seperti pregnancy induce hypertension (PIH) serta gestational diabetic mellitus (GDM). Lantas menyebabkan wanita yang tergolong dalam kumpulan mereka yang berisiko tersebut merancang keluarga untuk mengelakkan kehamilan yang mungkin boleh membahayakan nyawa ibu serta bayi yang bakal lahir.

Bukan sahaja masalah kesihatan tetapi masalah tanggungan ekonomi keluarga yang semakin meningkat juga menyebabkan 43.3% responden wanita di daerah Manjoi memilih untuk merancang keluarga. Situasi ini hampir sama seperti di Filipina (Reuters, 2009) di mana masyarakatnya digalakkan untuk merancang keluarga bagi mengurangkan beban ekonomi negara yang semakin bertambah. Walaupun mendapat tentangan pihak gereja namun rakyat-rakyat miskin terpaksa mengamalkan kaedah perancang keluarga kerana tidak mampu untuk membiayai kos perbelanjaan keluarga yang besar. Mereka tiada pilihan lain untuk mengelakkan penambahan kos perbelanjaan melainkan dengan merancang keluarga. Sebab itulah amalan perancang keluarga ini digalakkan dikalangan mereka yang kurang berkemampuan di Malaysia bagi

(40)

5.3 Faktor Utama Yang Mempengaruhi Pemilihan Kaedah Perancang Keluarga.

5.3.1 Keberkesanan dan tahap puas hati pengguna terhadap kaedah perancang keluarga yang diamalkan.

Antara kriteria utama seseorang wanita untuk memilih sesuatu kaedah perancang keluarga adalah dari aspek keberkesanannya. Ini dibuktikan dengan tahap keberkesanan kaedah yang paling tinggi menjadi faktor utama 40% responden untuk memilih sesuatu kaedah kontraseptif. Kajian juga mencatatkan dari 18 responden yang mengamalkan kaedah pil kontraseptif, 17 daripadanya mengakui sangat berkesan. Ini disebabkan keberkesanan kaedah ini yang hampir 100%. Ia bertepatan dengan kajian Bourgeois (1998) yang mengakui bahawa keberkesanan kaedah pil kontraseptif adalah antara yang paling tinggi berbanding kaedah-kaedah perancang keluarga yang lain. Perkara ini sekaligus meningkatkan lagi keyakinan wanita untuk merancang keluarga secara infektif dan teratur. Malah dapatan kajian menunjukkan daripada 16 responden yang mengakui berpuas hati dengan kaedah perancang keluarga yang digunakannya sekarang, kesemua mereka menyatakan kaedah yang diamalkannya berkesan untuk mencegah kehamilan. Ini menunjukkan bahawa ketidakpuashatian seseorang pengguna itu terhadap sesuatu kaedah yang diamalkan bergantung juga pada tahap keberkesanannya.

Keputusan kajian yang dijalankan di daerah Manjoi juga mencatatkan daripada 14 responden yang tidak berpuas hati dengan kaedah yang digunakan

(41)

9 daripadanya disebabkan penggunaannya yang kerap. Penggunaan pil kontraseptif dan kondom merupakan kaedah yang perlu diamalkan setiap hari atau kerap. Misalnya pil kontraseptif perlu dimakan oleh wanita yang mengamalkannya setiap hari walaupun tidak melakukan hubungan seks pada hari itu. Wanita itu juga berpotensi untuk lupa memakan pil tersebut disebabkan kesibukan rutin harian. Begitu juga dengan penggunaan kaedah kondom yang memerlukan penggunanya untuk memakainya sebelum melakukan hubungan kelamin. Kedua - dua kaedah ini meningkatkan peluang wanita tersebut untuk tidak mengamalkan kaedah perancang keluarga sekaligus menyebabkan komplikasi hamil tanpa dirancang.

5.3.2 Pengaruh rakan-rakan dan keluarga dalam merancang keluarga.

Dapatan kajian merekodkan bahawa rakan-rakan dan keluarga merupakan sumber utama 50% responden wanita di daerah Manjoi untuk mendapatkan informasi mengenai kaedah perancang keluarga. ini menunjukkan bahawa rakan-rakan dan keluarga merupakan individu yang paling ramai mempengaruhi responden dalam memilih kaedah yang paling sesuai buat mereka. Pengaruh ini disebabkan kecenderungan responden untuk berkongsi masalah serta informasi mengenai seks dikalangan rakan-rakan yang rapat dengan mereka. Ini menjadikan rakan-rakan dan keluarga merupakan agen yang paling sesuai untuk menyampaikan informasi mengenai kaedah perancang

(42)

mengenai amalan perancang keluarga dikalangan remaja melalui rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang remaja. Ini kerana kebanyakan remaja pada peringkat ini lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding ahli keluarga atau ibu bapa sendiri. Apabila mereka berdepan dengan masalah, mereka akan rujuk kepada rakan. Jadi, remaja boleh direkrut dan dilatih menjadi kaunselor rakan sebaya untuk meningkatkan pengetahuan mengenai kaedah perancang keluarga dikalangan remaja (Shian, 2009).

5.3.3 Kos mempengaruhi pemilihan kaedah perancang keluarga.

Kaedah perancang keluarga yang hanya melibatkan kos yang murah sering menjadi pilihan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Tidak ramai yang mampu mengamalkan pil kontraseptif, implanon dan suntikan kerana kos penggunaannya yang tinggi serta mahal. Kos yang digunakan untuk merancang keluarga sahaja sudah cukup untuk membebankan mereka. Seperti situasi di Filipina (Reuters, 2009) dimana Ketika sebahagian kecil masyarakat kelas pertengahan di Filipina menggunakan kaedah perancang keluarga, jutaan wanita miskin tidak berkemampuan melakukannya. Kos bekalan pil perancang untuk tempoh sebulan bernilai sekitar AS$0.86 (RM2.80), lebih kurang separuh daripada pendapatan harian hampir setengah daripada populasi penduduk. Mereka tiada pilihan lain selain tidak merancang keluarga. Justeru itu, kekurangan kaedah pencegah kehamilan bermakna bahawa ramai wanita terpaksa mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungan kerana bimbang mereka tidak mampu menyara anak yang bakal lahir itu lantaran

(43)

kesempitan hidup yang dialami. Walaupun situasi di sini tidak seteruk di Filipina namun kos masih mempengaruhi amalan perancang keluarga di Malaysia. Melalui kajian yang dilakukan di daerah Manjoi dari 9 responden yang memilih kaedah perancang keluarga atas dasar kos yang murah, 5 daripadanya memilih kaedah barrier dan semulajadi untuk diamalkan. Kos untuk menggunakan kaedah barrier dan semulajadi adalah yang paling murah jikalau dibandingkan dengan kaedah – kaedah perancang keluarga yang lain. Walaupun tahap keberkesanan kaedah semulajadi sangat rendah namun mereka terpaksa mengamalkannya semata-mata untuk mengurangkan beban ekonomi keluarga.faktor pengguna tidak berpuas hati dengan amalan perancang keluarga.

5.3.4 Penyakit bawaan kelamin dan perancang keluarga.

Kebanyakan wanita yang telah berkahwin di daerah Manjoi yakin bahawa suami mereka sama sekali tidak menghidap penyakit bawaan kelamin. Hanya segelintir 13.3% sahaja yang tidak yakin atau ragu-ragu mengenai status kesihatan suami mereka. Disebabkan faktor keyakinan terhadap suami yang tinggi inilah menyebabkan majoriti responden tidak melindungi diri mereka dari penyakit bawaan kelamin. Ini disokong melalui dapatan kajian yang menunjukkan hanya 10% responden benar-benar yakin bahawa alat perancang keluarga yang digunakan dapat melindungi mereka dari penyakit bawaan kelamin. Manakala majoriti 90% responden pula kurang yakin atau tidak pasti sama ada alat perancang keluarga yang mereka gunakan dapat melindungi diri mereka atau tidak. Statistik ini amat membimbangkan, ia kerana menunjukkan

(44)

bahawa majoriti wanita Malaysia tanpa disedari mendedahkan diri mereka kepada penyakit yang mungkin boleh mengancam nyawa!. Situasi ini bukan sahaja membahayakan diri mereka malah generasi akan datang dengan penyakit hepatitis B, sindrom kurang daya tahan badan akut (AIDS), gonorea, sifilis dan bermacam-macam lagi.

Lebih membimbangkan lagi hanya 10% responden menggunakan alat perancang keluarga sebagai alat kontraseptif dan mencegah penyakit bawaan kelamin manakala 90% responden selebihnya menggunakannya hanya sebagai alat kontraseptif sahaja. Dapatan kajian ini tidak disokong oleh Durex (1996) yang menyatakan bahawa di India lebih kurang 20% pengguna kondom yang ditemubual mengakui menggunakannya hanya sebagai kaedah kontraseptif manakala 93% pula menggunakannya untuk tujuan kontraseptif dan mencegah dari penyakit bawaan kelamin dari pasangan. Situasi di India mungkin agak berbeza jika dibandingkan dengan situasi di Malaysia. Di mana jumlah pesakit AIDS di India lebih ramai berbanding di Malaysia, ini meningkatkan risiko wanita di India untuk dijangkiti penyakit AIDS tanpa perlindungan lebih tinggi. Begitu juga bilangan pelacur miskin di India yang ramai menyebabkan sebahagian besar wanita di sana tidak yakin dengan status kesihatan suami berbanding dengan wanita di Malaysia. Mungkin di atas faktor inilah menyebabkan sebahagian besar wanita di Malaysia tidak melindungi diri mereka dari penyakit bawaan kelamin daripada pasangan.

(45)

Pil kontraseptif kecemasan hanya digunakan apabila pasangan telah terlajur membenarkan sperma masuk ke dalam ruang serviks tanpa sebarang perlindungan. Walaupun penggunaan pil ini amat penting namun hanya segelintir 16.7% responden wanita di daerah Manjoi sahaja mempunyai tahap pengetahuan mengenai pil ini dan cuma 10% responden sahaja yang tahu di mana untuk mendapatkanya. Dapatan kajian ini disokong oleh statistik yang dilakukan Duncan (1990) mencatatkan bahawa 30 peratus wanita tidak tahu mengenai kaedah kontraseptif kecemasan manakala 10 peratus lagi tidak tahu di mana untuk mendapatkannya. keputusan yang hampir sama juga telah dilaporkan melalui dua kajian yang berbeza iaitu (Johnston & Howie, 1985) dan (Burton et al, 1990). ini menunjukkan bahawa walaupun pil ini penting kepada mereka yang tidak ‘menyediakan payung sebelum hujan’, tetapi masih ramai yang tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi mengenainya. Kesan daripada kurangnya pengetahuan ini mendedahkan wanita-wanita ini untuk hamil tanpa dirancang meskipun terdapat kaedah mudah untuk mengelakkkannya.

(46)

BAB 6

KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.1 Kesimpulan

Merancang keluarga dengan menjarakkan kehamilan bukan lagi satu perkara yang menjadi tabu kepada masyarakat di Malaysia kini. Disebabkan pendedahan dan kesedaran tinggi mengenai kesihatan meyumbang kepada faktor memelihara kesejahteraan kesihatan ibu dan anak menjadi faktor utama dalam amalan perancangan keluarga. Di samping itu, kos sara hidup yang semakin meningkat ditambah dengan kesibukan kerja menyebabkan bilangan ahli keluarga kini semakin mengecil berbanding 20 tahun dahulu. Lantaran itu tidak hairanlah kebanyakan pasangan suami isteri terutama golongan muda memilih untuk merancang keluarga bagi menjarakkan kehamilan atau pun

(47)

menghadkan bilangan anak. Masalah ekonomi keluarga dan masalah usia yang tidak sesuai untuk hamil juga dikesan sebagai antara faktor utama mengapa mereka memilih untuk mencegah kehamilan. Malah dalam memilih sesuatu kaedah yang sesuai dengan pengguna itu juga pelbagai faktor yang mempengaruhinya seperti tahap keberkesanan, kos yang diperlukan serta kekerapan penggunaannya.

Dapat disimpulkan bahawa tahap amalan perancang keluarga dikalangan wanita Malaysia kini secara keseluruhannya berada di tahap sederhana. Walaupun kebanyakan wanita di Negara ini merancang keluarga, namun tidak semua daripada mereka mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai kaedah pencegah kehamilan. Bukan sahaja kaedah-kaedah lain malah mereka juga kurang arif mengenai kaedah sedang mereka amalkan sekarang.

Dengan perkembangan dunia perubatan yang semakin maju, sebenarnya tiada lagi istilah tidak tahu atau termengandung yang biasa digunakan oleh kaum wanita sebagai alasan setiap kali hamil lagi. Pelbagai kaedah merancang keluarga yang selamat, berkesan, mudah diguna, tiada kesan sampingan dengan kadar kos yang berpatutan mudah didapati kini.

6.2 Cadangan

(48)

adalah bermula dengan meningkatkan kesedaran sewaktu usia muda lagi. Penerapan pendidikan seks dikalangan pelajar sekolah memerlukan pemahaman yang terbuka dikalangan pelajar serta ibu bapa bagi mengelakkan tanggapan yang salah dikalangan mereka. Pendedahan awal kepada pendidikan seks sejak dibangku sekolah mampu menangani masalah kehamilan dan keguguran dikalangan remaja Asia yang kian meningkat. Sikap yang betul terhadap kontraseptif boleh dibentuk sejak awal usia. Ini kerana pemahaman yang luas terhadap pencegah kehamilan lebih – lebih lagi yang melibatkan mitos kontraseptif oral adalah kunci kepada wanita dalam membuat pilihan ke atas kesihatan dan perancang keluarga. Maka dalam situasi seumpama ini, kita perlu melengkapkan generasi muda dengan pengetahuan dan pendidikan seks sewajarnya iaitu sebaik-baiknya sebelum mereka mencubanya.

Amalan kaedah kontraseptif bukan hal berkaitan wanita sahaja malah ia juga memerlukan penglibatan suami dalam bersama-sama menentukan bilangan ahli keluarga. Justeru kempen kesedaran perlu dilakukan dikalangan lelaki bagi meningkatkan pengetahuan serta kefahaman mereka mengenai fungsi serta peranan yang perlu dimainkan oleh suami dalam proses merancang keluarga. Timbulnya kesedaran dikalangan golongan lelaki sekaligus meningkatkan bilangan sokongan suami terhadap amalan perancang keluarga. sokongan inilah yang diperlukan oleh kebanyakan wanita kerana sebahagian mereka hanya lebih kepada bertepuk sebelah tangan disebabkan kurangnya kesedaran suami tentang kesejahteraan kesihatan isteri serta anak yang bakal lahir. Program kesedaran ini boleh dijalankan menerusi kutbah Jumaat di masjid, pejabat-pejabat, media massa atau tempat yang menjadi tumpuan lelaki. Penting

(49)

bagi seorang lelaki untuk turut sama berganding bahu dalam amalan perancang keluarga dalam menuju ke arah pembentukan keluarga yang terancang dan harmoni.

Krisis makanan global serta peningkatan harga barangan asas membebankan jutaan golongan berpendapatan rendah di Malaysia. Ditambah dengan situasi politik yang lembap serta peningkatan kos sara hidup menyebabkan tidak ramai yang mampu untuk merancang keluarga. Walaupun kerajaan Malaysia membekalkan alat perancang keluarga di klinik-klinik kesihatan kerajaan secara percuma, namun masih ramai lagi masyarakat yang berpendapatan rendah kurang arif mengenai amalan perancang keluarga lebih-lebih lagi yang tinggal di kawasa pedalaman. Situasi ini menyukarkan pekembangan yang baik mengenai amalan perancang keluarga di Malaysia. Langkah utama yang perlu dilakukan adalah dengan melakukan lawatan rumah ke rumah di kawasan kampung serta pedalaman sekaligus menyampaikan maklumat serta informasi yang berguna kepada ahli rumah. Cadangan ini memerlukan penglibatan anggota kesihatan yang ramai serta proaktif dalam membendung kehamilan yang tidak dirancang dikalangan wanita sekaligus mengelakkan penambahan beban ekonomi keluarga dengan menghadkan bilangan ahlinya. Ibu bapa juga dapat menabung lebih banyak bagi penjagaan dan pendidikan anak-anak dan membantu mengurangkan kemiskinan.

Seluruh negara di dunia berdepan dengan masalah kehamilan tanpa dirancang berikutan kekurangan atau ketidaktepatan penggunaan alat pencegah kehamilan. Bagi mengelakkan masalah ini menjadi lebih teruk satu program

(50)

yang efektif perlu dilakukan bagi membendung masalah ini secara berkesan. Antara langkah kesedaran yang boleh dilakukan adalah dengan mewujudkan sambutan Hari Kesedaran Perancangan Keluarga Sedunia. Dengan sambutan Hari Kesedaran Perancangan Keluarga Sedunia ini, Malaysia akan menyertai 70 negara lain di seluruh dunia bagi mengukuhkan pemahaman lelaki dan wanita dalam membuat keputusan terbaik berkaitan perancang keluarga dan menjadi ibu bapa hanya apabila mereka bersedia. Masyarakat di negara ini juga bakal berpeluang mendalami ilmu perancang keluarga, kaedah pencegah kehamilan serta seks dan kesihatan reproduktif. Acara juga mungkin boleh membabitkan sesi interaktif dan demonstrasi kaedah pencegahan selain aktiviti pendidikan dan sebagainya. Aktiviti ini diharapkan dapat membuka minda komuniti masyarakat Malaysia yang berbilang usia dan jantina mengenai perancang keluarga, selain mendidik masyarakat tentang pilihan alat pencegahan bagi mengurangkan kehamilan tidak dirancang.

Kajian serta pembangunan mengenai kaedah perancang keluarga yang berterusan sangat penting bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan perancang keluarga di Malaysia. Kualiti serta mutu alat perancang keluarga yang digunakan perlulah ditingkatkan bagi mengurangkan komplikasi yang mengundang kesan buruk kepada individu yang menggunakannya. Sebagai contoh kajian mengenai pil kontraseptif yang sesuai untuk semua golongan. Pil kontraseptif diketahui sebagai antara alat perancang keluarga yang mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi, namun tidak semua wanita boleh mengamalkannya. Wanita yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis atau darah tinggi tidak boleh mengamalkan kaedah pil kontraseptif

(51)

sedangkan mereka lebih memerlukannya berbanding dengan wanita yang sihat. Begitu juga risiko penggunaan kaedah Intrauterine contraceptive device ( IUCD ) dikalangan wanita. Banyak kes alat perancang keluarga IUCD yang tidak dapat dikeluarkan apabila tiba waktu untuk dikeluarkan. Ini menimbulkan masalah kepada pengguna untuk melakukan pembedahan semata-mata untuk mengeluarkan alat tersebut. Diharapkan dengan kajian serta pembangunan perancang keluarga yang dijalankan dapat mengurangkan risiko penggunaanya sekaligus memberikan pilihan kepada pengguna untuk mengamalkannya tanpa ragu-ragu.

(52)

RUJUKAN

Ashi A. Islam And Arbotion, http://www.momin.com/abortion [20 Januari 2009] Beers M. H. et al. (2003) Family planning : The Merck Manual Of Medical

Information, Pocket Books, New York. 1282-1291.

Bourgeois F. J. Et al. (2008) Contraception: Obstetric And Gynecology Recall 3rd Ed. Lippicott Williams & Wilkins, Philadelphia. 434-452.

Burton R, Savage W. & Reader F. (1990), The morning after pill is the wrong name for it and Women’s knowledge of post coita contraception in Tower

Hamlets: British journal family planning. 119-121

Donovan C. et al. (1999) Fertility control: The John Hopkins Manual of

Gynecology and Obstetrics, Lippicott Williams & Wilkins, Philadelphia. 199-212.

Duncan G. et al. (1990) Termination of pregnancy: lessons for prevention, British Journal Family Planning, 112-117.

Referensi

Dokumen terkait

membantu dalam proses pencapaian visi misi UIN Ar-Raniry Banda Aceh, (2) Pelaksanaan bimbingan dalam mengatasi masalah sosial pribadi yaitu melalui program mentoring/tsaqafah

dimensi utama, yaitu dimensi spiritual, intelektual, mental, dan fisikal yang terarah pada perubahan mutu dari keempat dimensi sumber daya manusia aparatur

Bagi dunia pendidikan Model penelitian ini merupakan model kompleks diagram jalur namun model penelitian ini dapat dikebmangkan lagi dengan menambah faktor-faktor yang

yang terlalu pendek kurang dari 85 hari akan memperpendek panjang laktasi yang berakibat kepada berkurangnya jumlah produksi susu pada laktasi yang sedang berjalan

Hasil pengamatan tinggi tanaman kacang tanah serta analisis ragamnya diketahui bahwa interaksi pupuk kandang kotoran ayam dan abu sekam padi tidak berpengaruh,

Hasil penelitian ini sejalan dengan hasil penelitian yang diperoleh oleh (Supriyanto, 2014) yang menyatakan bahwa pendidikan kepala keluarga mempunyai

Perencanaan perumahan melalui pengembangan kawasan perumukiman Desa Singorojo, tepatnya di RW 03 dapat diterapkan karena mempunyai karakter-karakter yang sesuai

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id