• Tidak ada hasil yang ditemukan

Faktor Utama Yang Mempengaruhi Pemilihan Kaedah Perancang Keluarga

Dalam dokumen Research Complete (Halaman 40-44)

Jadual 4 : Analisis faktor utama yang mempengaruhi responden untuk memilih kaedah perancang keluarga

5.3 Faktor Utama Yang Mempengaruhi Pemilihan Kaedah Perancang Keluarga

5.3.1 Keberkesanan dan tahap puas hati pengguna terhadap kaedah perancang keluarga yang diamalkan.

Antara kriteria utama seseorang wanita untuk memilih sesuatu kaedah perancang keluarga adalah dari aspek keberkesanannya. Ini dibuktikan dengan tahap keberkesanan kaedah yang paling tinggi menjadi faktor utama 40% responden untuk memilih sesuatu kaedah kontraseptif. Kajian juga mencatatkan dari 18 responden yang mengamalkan kaedah pil kontraseptif, 17 daripadanya mengakui sangat berkesan. Ini disebabkan keberkesanan kaedah ini yang hampir 100%. Ia bertepatan dengan kajian Bourgeois (1998) yang mengakui bahawa keberkesanan kaedah pil kontraseptif adalah antara yang paling tinggi berbanding kaedah-kaedah perancang keluarga yang lain. Perkara ini sekaligus meningkatkan lagi keyakinan wanita untuk merancang keluarga secara infektif dan teratur. Malah dapatan kajian menunjukkan daripada 16 responden yang mengakui berpuas hati dengan kaedah perancang keluarga yang digunakannya sekarang, kesemua mereka menyatakan kaedah yang diamalkannya berkesan untuk mencegah kehamilan. Ini menunjukkan bahawa ketidakpuashatian seseorang pengguna itu terhadap sesuatu kaedah yang diamalkan bergantung juga pada tahap keberkesanannya.

Keputusan kajian yang dijalankan di daerah Manjoi juga mencatatkan daripada 14 responden yang tidak berpuas hati dengan kaedah yang digunakan

9 daripadanya disebabkan penggunaannya yang kerap. Penggunaan pil kontraseptif dan kondom merupakan kaedah yang perlu diamalkan setiap hari atau kerap. Misalnya pil kontraseptif perlu dimakan oleh wanita yang mengamalkannya setiap hari walaupun tidak melakukan hubungan seks pada hari itu. Wanita itu juga berpotensi untuk lupa memakan pil tersebut disebabkan kesibukan rutin harian. Begitu juga dengan penggunaan kaedah kondom yang memerlukan penggunanya untuk memakainya sebelum melakukan hubungan kelamin. Kedua - dua kaedah ini meningkatkan peluang wanita tersebut untuk tidak mengamalkan kaedah perancang keluarga sekaligus menyebabkan komplikasi hamil tanpa dirancang.

5.3.2 Pengaruh rakan-rakan dan keluarga dalam merancang keluarga.

Dapatan kajian merekodkan bahawa rakan-rakan dan keluarga merupakan sumber utama 50% responden wanita di daerah Manjoi untuk mendapatkan informasi mengenai kaedah perancang keluarga. ini menunjukkan bahawa rakan-rakan dan keluarga merupakan individu yang paling ramai mempengaruhi responden dalam memilih kaedah yang paling sesuai buat mereka. Pengaruh ini disebabkan kecenderungan responden untuk berkongsi masalah serta informasi mengenai seks dikalangan rakan-rakan yang rapat dengan mereka. Ini menjadikan rakan-rakan dan keluarga merupakan agen yang paling sesuai untuk menyampaikan informasi mengenai kaedah perancang

mengenai amalan perancang keluarga dikalangan remaja melalui rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang remaja. Ini kerana kebanyakan remaja pada peringkat ini lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding ahli keluarga atau ibu bapa sendiri. Apabila mereka berdepan dengan masalah, mereka akan rujuk kepada rakan. Jadi, remaja boleh direkrut dan dilatih menjadi kaunselor rakan sebaya untuk meningkatkan pengetahuan mengenai kaedah perancang keluarga dikalangan remaja (Shian, 2009).

5.3.3 Kos mempengaruhi pemilihan kaedah perancang keluarga.

Kaedah perancang keluarga yang hanya melibatkan kos yang murah sering menjadi pilihan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Tidak ramai yang mampu mengamalkan pil kontraseptif, implanon dan suntikan kerana kos penggunaannya yang tinggi serta mahal. Kos yang digunakan untuk merancang keluarga sahaja sudah cukup untuk membebankan mereka. Seperti situasi di Filipina (Reuters, 2009) dimana Ketika sebahagian kecil masyarakat kelas pertengahan di Filipina menggunakan kaedah perancang keluarga, jutaan wanita miskin tidak berkemampuan melakukannya. Kos bekalan pil perancang untuk tempoh sebulan bernilai sekitar AS$0.86 (RM2.80), lebih kurang separuh daripada pendapatan harian hampir setengah daripada populasi penduduk. Mereka tiada pilihan lain selain tidak merancang keluarga. Justeru itu, kekurangan kaedah pencegah kehamilan bermakna bahawa ramai wanita terpaksa mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungan kerana bimbang mereka tidak mampu menyara anak yang bakal lahir itu lantaran

kesempitan hidup yang dialami. Walaupun situasi di sini tidak seteruk di Filipina namun kos masih mempengaruhi amalan perancang keluarga di Malaysia. Melalui kajian yang dilakukan di daerah Manjoi dari 9 responden yang memilih kaedah perancang keluarga atas dasar kos yang murah, 5 daripadanya memilih kaedah barrier dan semulajadi untuk diamalkan. Kos untuk menggunakan kaedah barrier dan semulajadi adalah yang paling murah jikalau dibandingkan dengan kaedah – kaedah perancang keluarga yang lain. Walaupun tahap keberkesanan kaedah semulajadi sangat rendah namun mereka terpaksa mengamalkannya semata-mata untuk mengurangkan beban ekonomi keluarga.faktor pengguna tidak berpuas hati dengan amalan perancang keluarga.

5.3.4 Penyakit bawaan kelamin dan perancang keluarga.

Kebanyakan wanita yang telah berkahwin di daerah Manjoi yakin bahawa suami mereka sama sekali tidak menghidap penyakit bawaan kelamin. Hanya segelintir 13.3% sahaja yang tidak yakin atau ragu-ragu mengenai status kesihatan suami mereka. Disebabkan faktor keyakinan terhadap suami yang tinggi inilah menyebabkan majoriti responden tidak melindungi diri mereka dari penyakit bawaan kelamin. Ini disokong melalui dapatan kajian yang menunjukkan hanya 10% responden benar-benar yakin bahawa alat perancang keluarga yang digunakan dapat melindungi mereka dari penyakit bawaan kelamin. Manakala majoriti 90% responden pula kurang yakin atau tidak pasti sama ada alat perancang keluarga yang mereka gunakan dapat melindungi diri mereka atau tidak. Statistik ini amat membimbangkan, ia kerana menunjukkan

bahawa majoriti wanita Malaysia tanpa disedari mendedahkan diri mereka kepada penyakit yang mungkin boleh mengancam nyawa!. Situasi ini bukan sahaja membahayakan diri mereka malah generasi akan datang dengan penyakit hepatitis B, sindrom kurang daya tahan badan akut (AIDS), gonorea, sifilis dan bermacam-macam lagi.

Lebih membimbangkan lagi hanya 10% responden menggunakan alat perancang keluarga sebagai alat kontraseptif dan mencegah penyakit bawaan kelamin manakala 90% responden selebihnya menggunakannya hanya sebagai alat kontraseptif sahaja. Dapatan kajian ini tidak disokong oleh Durex (1996) yang menyatakan bahawa di India lebih kurang 20% pengguna kondom yang ditemubual mengakui menggunakannya hanya sebagai kaedah kontraseptif manakala 93% pula menggunakannya untuk tujuan kontraseptif dan mencegah dari penyakit bawaan kelamin dari pasangan. Situasi di India mungkin agak berbeza jika dibandingkan dengan situasi di Malaysia. Di mana jumlah pesakit AIDS di India lebih ramai berbanding di Malaysia, ini meningkatkan risiko wanita di India untuk dijangkiti penyakit AIDS tanpa perlindungan lebih tinggi. Begitu juga bilangan pelacur miskin di India yang ramai menyebabkan sebahagian besar wanita di sana tidak yakin dengan status kesihatan suami berbanding dengan wanita di Malaysia. Mungkin di atas faktor inilah menyebabkan sebahagian besar wanita di Malaysia tidak melindungi diri mereka dari penyakit bawaan kelamin daripada pasangan.

Dalam dokumen Research Complete (Halaman 40-44)

Dokumen terkait