6.1 Kesimpulan
Merancang keluarga dengan menjarakkan kehamilan bukan lagi satu perkara yang menjadi tabu kepada masyarakat di Malaysia kini. Disebabkan pendedahan dan kesedaran tinggi mengenai kesihatan meyumbang kepada faktor memelihara kesejahteraan kesihatan ibu dan anak menjadi faktor utama dalam amalan perancangan keluarga. Di samping itu, kos sara hidup yang semakin meningkat ditambah dengan kesibukan kerja menyebabkan bilangan ahli keluarga kini semakin mengecil berbanding 20 tahun dahulu. Lantaran itu tidak hairanlah kebanyakan pasangan suami isteri terutama golongan muda memilih untuk merancang keluarga bagi menjarakkan kehamilan atau pun
menghadkan bilangan anak. Masalah ekonomi keluarga dan masalah usia yang tidak sesuai untuk hamil juga dikesan sebagai antara faktor utama mengapa mereka memilih untuk mencegah kehamilan. Malah dalam memilih sesuatu kaedah yang sesuai dengan pengguna itu juga pelbagai faktor yang mempengaruhinya seperti tahap keberkesanan, kos yang diperlukan serta kekerapan penggunaannya.
Dapat disimpulkan bahawa tahap amalan perancang keluarga dikalangan wanita Malaysia kini secara keseluruhannya berada di tahap sederhana. Walaupun kebanyakan wanita di Negara ini merancang keluarga, namun tidak semua daripada mereka mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai kaedah pencegah kehamilan. Bukan sahaja kaedah-kaedah lain malah mereka juga kurang arif mengenai kaedah sedang mereka amalkan sekarang.
Dengan perkembangan dunia perubatan yang semakin maju, sebenarnya tiada lagi istilah tidak tahu atau termengandung yang biasa digunakan oleh kaum wanita sebagai alasan setiap kali hamil lagi. Pelbagai kaedah merancang keluarga yang selamat, berkesan, mudah diguna, tiada kesan sampingan dengan kadar kos yang berpatutan mudah didapati kini.
6.2 Cadangan
adalah bermula dengan meningkatkan kesedaran sewaktu usia muda lagi. Penerapan pendidikan seks dikalangan pelajar sekolah memerlukan pemahaman yang terbuka dikalangan pelajar serta ibu bapa bagi mengelakkan tanggapan yang salah dikalangan mereka. Pendedahan awal kepada pendidikan seks sejak dibangku sekolah mampu menangani masalah kehamilan dan keguguran dikalangan remaja Asia yang kian meningkat. Sikap yang betul terhadap kontraseptif boleh dibentuk sejak awal usia. Ini kerana pemahaman yang luas terhadap pencegah kehamilan lebih – lebih lagi yang melibatkan mitos kontraseptif oral adalah kunci kepada wanita dalam membuat pilihan ke atas kesihatan dan perancang keluarga. Maka dalam situasi seumpama ini, kita perlu melengkapkan generasi muda dengan pengetahuan dan pendidikan seks sewajarnya iaitu sebaik-baiknya sebelum mereka mencubanya.
Amalan kaedah kontraseptif bukan hal berkaitan wanita sahaja malah ia juga memerlukan penglibatan suami dalam bersama-sama menentukan bilangan ahli keluarga. Justeru kempen kesedaran perlu dilakukan dikalangan lelaki bagi meningkatkan pengetahuan serta kefahaman mereka mengenai fungsi serta peranan yang perlu dimainkan oleh suami dalam proses merancang keluarga. Timbulnya kesedaran dikalangan golongan lelaki sekaligus meningkatkan bilangan sokongan suami terhadap amalan perancang keluarga. sokongan inilah yang diperlukan oleh kebanyakan wanita kerana sebahagian mereka hanya lebih kepada bertepuk sebelah tangan disebabkan kurangnya kesedaran suami tentang kesejahteraan kesihatan isteri serta anak yang bakal lahir. Program kesedaran ini boleh dijalankan menerusi kutbah Jumaat di masjid, pejabat-pejabat, media massa atau tempat yang menjadi tumpuan lelaki. Penting
bagi seorang lelaki untuk turut sama berganding bahu dalam amalan perancang keluarga dalam menuju ke arah pembentukan keluarga yang terancang dan harmoni.
Krisis makanan global serta peningkatan harga barangan asas membebankan jutaan golongan berpendapatan rendah di Malaysia. Ditambah dengan situasi politik yang lembap serta peningkatan kos sara hidup menyebabkan tidak ramai yang mampu untuk merancang keluarga. Walaupun kerajaan Malaysia membekalkan alat perancang keluarga di klinik-klinik kesihatan kerajaan secara percuma, namun masih ramai lagi masyarakat yang berpendapatan rendah kurang arif mengenai amalan perancang keluarga lebih-lebih lagi yang tinggal di kawasa pedalaman. Situasi ini menyukarkan pekembangan yang baik mengenai amalan perancang keluarga di Malaysia. Langkah utama yang perlu dilakukan adalah dengan melakukan lawatan rumah ke rumah di kawasan kampung serta pedalaman sekaligus menyampaikan maklumat serta informasi yang berguna kepada ahli rumah. Cadangan ini memerlukan penglibatan anggota kesihatan yang ramai serta proaktif dalam membendung kehamilan yang tidak dirancang dikalangan wanita sekaligus mengelakkan penambahan beban ekonomi keluarga dengan menghadkan bilangan ahlinya. Ibu bapa juga dapat menabung lebih banyak bagi penjagaan dan pendidikan anak-anak dan membantu mengurangkan kemiskinan.
Seluruh negara di dunia berdepan dengan masalah kehamilan tanpa dirancang berikutan kekurangan atau ketidaktepatan penggunaan alat pencegah kehamilan. Bagi mengelakkan masalah ini menjadi lebih teruk satu program
yang efektif perlu dilakukan bagi membendung masalah ini secara berkesan. Antara langkah kesedaran yang boleh dilakukan adalah dengan mewujudkan sambutan Hari Kesedaran Perancangan Keluarga Sedunia. Dengan sambutan Hari Kesedaran Perancangan Keluarga Sedunia ini, Malaysia akan menyertai 70 negara lain di seluruh dunia bagi mengukuhkan pemahaman lelaki dan wanita dalam membuat keputusan terbaik berkaitan perancang keluarga dan menjadi ibu bapa hanya apabila mereka bersedia. Masyarakat di negara ini juga bakal berpeluang mendalami ilmu perancang keluarga, kaedah pencegah kehamilan serta seks dan kesihatan reproduktif. Acara juga mungkin boleh membabitkan sesi interaktif dan demonstrasi kaedah pencegahan selain aktiviti pendidikan dan sebagainya. Aktiviti ini diharapkan dapat membuka minda komuniti masyarakat Malaysia yang berbilang usia dan jantina mengenai perancang keluarga, selain mendidik masyarakat tentang pilihan alat pencegahan bagi mengurangkan kehamilan tidak dirancang.
Kajian serta pembangunan mengenai kaedah perancang keluarga yang berterusan sangat penting bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan perancang keluarga di Malaysia. Kualiti serta mutu alat perancang keluarga yang digunakan perlulah ditingkatkan bagi mengurangkan komplikasi yang mengundang kesan buruk kepada individu yang menggunakannya. Sebagai contoh kajian mengenai pil kontraseptif yang sesuai untuk semua golongan. Pil kontraseptif diketahui sebagai antara alat perancang keluarga yang mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi, namun tidak semua wanita boleh mengamalkannya. Wanita yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis atau darah tinggi tidak boleh mengamalkan kaedah pil kontraseptif
sedangkan mereka lebih memerlukannya berbanding dengan wanita yang sihat. Begitu juga risiko penggunaan kaedah Intrauterine contraceptive device ( IUCD ) dikalangan wanita. Banyak kes alat perancang keluarga IUCD yang tidak dapat dikeluarkan apabila tiba waktu untuk dikeluarkan. Ini menimbulkan masalah kepada pengguna untuk melakukan pembedahan semata-mata untuk mengeluarkan alat tersebut. Diharapkan dengan kajian serta pembangunan perancang keluarga yang dijalankan dapat mengurangkan risiko penggunaanya sekaligus memberikan pilihan kepada pengguna untuk mengamalkannya tanpa ragu-ragu.
RUJUKAN
Ashi A. Islam And Arbotion, http://www.momin.com/abortion [20 Januari 2009] Beers M. H. et al. (2003) Family planning : The Merck Manual Of Medical
Information, Pocket Books, New York. 1282-1291.
Bourgeois F. J. Et al. (2008) Contraception: Obstetric And Gynecology Recall 3rd Ed. Lippicott Williams & Wilkins, Philadelphia. 434-452.
Burton R, Savage W. & Reader F. (1990), The morning after pill is the wrong name for it and Women’s knowledge of post coita contraception in Tower
Hamlets: British journal family planning. 119-121
Donovan C. et al. (1999) Fertility control: The John Hopkins Manual of
Gynecology and Obstetrics, Lippicott Williams & Wilkins, Philadelphia. 199-212.
Duncan G. et al. (1990) Termination of pregnancy: lessons for prevention, British Journal Family Planning, 112-117.
Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.195-196
Johnston T. A. & Howie P. W. (1985), Potential use of post coita contraception to prevent unwanted pregnancy: British Medical Journal, 1040-1041.
Laldin M. A., 2008, Salah tanggapan perancang keluarga. http://www.utusanonline.com/arkib [12 September 2008]
Reuters , 2009, Dilema polusi populasi, http://www.kosmo.com.my/kesihatan [ 15 Disember 2008]
Rosevear S. K. (1996) Contraception after pregnancy and post partum care : Handbook Of Obstetric Management. Blackwell Science. Cambridge.
337-341.
Shian Y. L. 2009, Didikan seks bukan tabu. http://www.kosmo.com.my/kesihatan [20 Oktober 2008]
Siraj H. H. (2008) kehamilan terancang kesihatan reproduktif. Mingguan Malaysia . Ruangan Kesihatan 28 Disember 2008. 20-23
Yusof K. 1987, Perancangan keluarga dan kontraseptif: Kepentingan Obstetrik Dan Ginekologi Sosial Dan Klinikal, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. 205-215.
LAMPIRAN Lampiran A
Penganalisaan Data Dalam Bentuk Graf Bar.
1. Bangsa responden yang menyertai kajian.
3. Agama responden yang menyertai kajian.
4. Tahap pendidikan responden yang menyertai kajian.
6. Tahap amalan perancang keluarga responden.
7. Faktor utama responden merancang keluarga.
9. Tempoh responden mengamalkan kaedah perancang keluarga tersebut.
10. Sumber responden mendapatkan informasi mengenai kaedah perancang
11. Faktor utama yang mempengaruhi responden untuk memilih kaedah perancang
keluarga.
13. Tahap kepuasan responden dalam mengamalkan kaedah perancang keluarga.
14. Punca responden tidak berpuas hati dengan kaedah perancang keluarga yang diamalkan.
15. Tahap sokongan yang diberikan suami untuk responden merancang keluarga.
16. Tahap penglibatan suami responden dalam mengamalkan kaedah perancang keluarga.
kelamin.
18. Keyakinan responden terhadap kaedah perancang keluarga dalam melindungi dirinya dari penyakit bawaan kelamin.
20. Pengetahuan responden mengenai kaedah penggunaan pil kontraseptif kecemasan.
21. Pengetahuan responden mengenai tempat untuk mendapatkan pil kontraseptif kecemasan.