• Tidak ada hasil yang ditemukan

Toll Group Kod Amalan Membantu anda menghayati Cara Toll

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Toll Group Kod Amalan Membantu anda menghayati Cara Toll"

Copied!
64
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Cara kita Berniaga

11-24

Mengenai Kod Ini

5-9

Kakitangan kita

31- 45

Hubungan Luaran

47-53

Komunikasi

55-60

Maklumat Hubungan

63

Selamat Datang daripada Pengarah Urusan,

Brian Kruger 5

Apa itu Cara Toll? 6

Menghayati Kod kita 8

Hadiah, Hiburan dan Hospitaliti 48

Sumbangan Politik 50

Derma Amal 52

Berkomunikasi dengan Media 56

Berkomunikasi dengan Pasaran Saham 58

Media Sosial 60

Rasuah dan Korupsi 12

Dagangan Orang Dalam 14

Saingan 16

Alam Sekitar dan Tenaga 18

Percanggahan Kepentingan 20

Kesihatan dan Keselamatan 22

Harta Intelek 24

Peraturan Perdagangan 26

Sistem Maklumat 28

Tingkah Laku Tempat Kerja 32

Kesamarataan dan

Menguruskan Kepelbagaian 34

Hubungan Peribadi 36

Perjalanan dan Perbelanjaan 38

Alkohol dan Dadah 40

Privasi 42 Undang-undang Buruh

dan Buruh Kanak-kanak 44

Kod Amalan versi 002. 30.01.2015

Berkuat kuasa: 30.01.15 Kemas kini: 30.01.15 Tarikh disemak: 30.01.15 Pemilik: Jason Holandsjo

Pengurus Pematuhan Kumpulan

(3)
(4)
(5)

Saya ingin memperkenalkan anda kepada Kod Amalan Toll.

Di Toll, kita benar-benar mengambil kira cara kita mencapai sesuatu, di samping matlamat yang kita capai. Kita mempunyai beberapa nilai dan prinsip yang membimbing kita ke arah membuat keputusan yang terbaik untuk diri kita dan perniagaan kita. Kita namakan pendekatan ini

Cara Toll.

Kita menghargai:

• integriti dan amanah • keselamatan

• penambahbaikan yang berterusan • kerja berpasukan

• bersikap terbuka dan telus.

Kita menjangkakan semua kakitangan kita menghayati nilai-nilai ini, diberi kuasa dan boleh dipercayai, dan bertanggungjawab atas tindakan mereka.

Budaya kita penting kepada kita dan kita sentiasa cuba memupuk dan melindunginya. Ia membantu kita menarik pekerja, pelanggan dan pembekal yang terbaik, dan memenuhi jangkaan pemegang saham kita.

Kod Amalan kita menerangkan cara untuk kita terus melindungi reputasi kita yang cemerlang. Ia menggariskan piawaian syarikat kita dan cara kita memilih untuk melaksanakan perniagaan. Kadang-kadang ia bukan cara yang paling cepat atau paling mudah, tetapi kita tetap bertegas bahawa ia cara yang betul.

Kod ini, dan membiasakan diri anda dengan kandungannya.

Kami menjangkakan anda berpegang pada piawaian yang kita nyatakan di dalam dokumen ini, dan menggalakkan anda bersuara jika anda percaya orang lain tidak berkelakuan dengan sepatutnya. Di Australia, kita juga mempunyai hotline pelaporan yang membolehkan anda membuat laporan secara awanama; maklumat lanjut boleh didapati di muka surat 8-9. Kami sedang dalam proses melancarkan hotline ini di peringkat antarabangsa. Untuk ketersediaan dan akses, sila lawat intranet Kumpulan.

Jika anda ada sebarang soalan atau ingin maklumat lebih lanjut mengenai Kod Amalan, sila bercakap dengan pengurus anda, pengurus HR atau hubungi Pengurus Pematuhan Kumpulan.

Brian Kruger

Dengan mengikuti

Kod Amalan ini kita akan

dapat melindungi reputasi

cemerlang Toll.

(6)

Cara Toll menerangkan cara kita melaksanakan

sesuatu di Toll, perkara yang penting kepada

kita, dan kaedah yang kita gunakan dalam mencapai matlamat kita. Ia seolah-olah tali yang menghubungkan semua 45,000 orang kakitangan kita di lebih 50 negara dan enam bahagian operasi.

Ia membantu membimbing keputusan dan tindakan kita untuk memastikan kita semua bekerja bersama-sama untuk menyampaikan penyelesaian yang terbaik kepada pelanggan kita. Ia mengandungi intipati matlamat kita dan cara kita berusaha ke arah itu. Ia mengandungi:

• tujuan utama kita • misi kita

• wawasan kita • nilai kita

• kepercayaan teras kita

Tujuan utama kita merumuskan sebab-sebab

kewujudan kita dan inilah teras dalam semua yang kita lakukan.

Misi kita menerangkan kerja kita dan wawasan kita menggariskan kedudukan kita di masa depan.

Dengan menyudahkan misi kita setiap hari, kita berusaha ke arah mencapai wawasan kita.

Nilai-nilai dan kepercayaan teras kita

menerangkan cara kita berhubung antara satu sama lain dan dengan pelanggan kita. Ini perkara-perkara yang kita tidak mungkin boleh berlebih-kurang.

Inilah perkara-perkara yang kita perlu sentiasa ingat semasa berkerja sehari-hari di Toll.

Apa itu Cara Toll?

Nilai dan kepercayaan teras, bersama-sama kod, polisi dan prosedur kita menentukan jangkaan orang lain terhadap kita dan apa yang kita boleh jangkakan daripada orang lain di Toll.

Unsur-unsur Cara Toll memberikan kita pemahaman yang sepunya sebab kewujudan kita, arah kita dan cara kita bekerja untuk mencapai matlamat kita.

Cara Toll akan dicerminkan melalui tingkah laku semua orang, setiap hari di tempat kerja kita. Ia menyediakan panduan untuk keputusan dan tindakan kita sambil bersama-sama kita membina semangat dan kekuatan Toll.

Sebagai pekerja Toll, anda dikehendaki mengkaji semula Kod ini dari masa ke masa.

(7)

Misi kita

Tujuan utama kita

Nilai-nilai kita

Kita menghubungkan manusia

dan produk

Misi kita ialah untuk menggerakkan sumber-sumber penting, pengetahuan dan semangat kita untuk menyampaikan penyelesaian logistik yang optimum untuk pelanggan kita

• Kita ingin:

• Menyediakan keupayaan rantaian bekalan sejagat yang tiada tandingannya

• Menjadi komponen penting ke arah kejayaan pelanggan kita

• Menjadi jabatan-jabatan yang secara individunya cemerlang dan secara kolektifnya tiada tolok bandingan

• Mencipta nilai yang boleh dikekalkan untuk pemegang saham kita

Dan hasilnya kita akan:

• Diiktiraf sebagai pembekal logistik di rantau Asia Pasifik yang paling berjaya

Kita percaya bahawa:

• Semua kecederaan boleh dielakkan dan semua orang berhak untuk pulang ke rumah dengan selamat

• Manusia bekerja paling baik apabila mereka diberi kuasa, dipertanggungjawabkan dan diiktiraf • Jika kita menunjukkan rasa hormat

kepada orang lain, kita sendiri akan dihormati

• Kita tidak mungkin betul sepanjang masa dan belajar daripada kesilapan sendiri adalah sebahagian daripada proses kemajuan

• Cara kita mencapai kejayaan sama penting dengan kejayaan itu sendiri • Kita mesti bertindak secara beretika dan

mengikut undang-undang

• Kejayaan pelanggan kita menghasilkan kejayaan kita

Integriti &

amanah Keselamatan Penambahbaikan yang berterusan Kerja berpasukan Sifat terbuka & telus

Wawasan kita

Kepercayaan teras kita

(8)

Menghayati Kod kita

Mengapa kita perlu mempunyai Kod?

Kod Amalan digunakan untuk membantu kita memahami cara kita patut bertindak balas terhadap keadaan tertentu semasa bekerja di atau untuk Toll. Kod ini ialah panduan etika anda, ia akan membantu anda membuat keputusan yang tepat setiap masa, melindungi anda sebagai pekerja dan Toll sebagai syarikat.

Cara Toll berkisar tentang kita semua diberikan kuasa dan bertanggungjawab atas tindakan kita. Untuk memastikan anda memberikan diri anda peluang terbaik untuk berjaya, sila biasakan diri dengan Kod Amalan.

Apa perlu saya buat jika saya tidak

bersetuju dengan Kod ini?

Selalunya, Kod Amalan menterjemahkan cara kita menggunakan undang-undang dan memastikan kita bertingkah laku secara sah. Dalam keadaan tertentu, kita mencipta peraturan tambahan yang berdasarkan undang-undang untuk menjadikan Toll lebih beretika dan selamat untuk bekerja.

Kita telah membangunkan Kod ini setelah

mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar bidang. Mereka ini faham undang-undang dan dasar-dasar yang terpakai dalam bidang kepakaran mereka, dan telah mentafsirkannya dalam cara yang sesuai dengan Toll dan untuk membantu kita menguruskan reputasi kita yang cemerlang.

Jika anda tidak bersetuju dengan Kod, anda digalakkan untuk berbincang dengan pengurus anda seawal mungkin. Walau bagaimanapun, Kod ini sebagai panduan kita beroperasi sebagai sebuah organisasi, dan anda perlu menyokongnya dengan cara mengikut peraturan ini jika anda ingin terus bekerja di, untuk atau dengan Toll.

Bagaimana jika saya ada soalan?

Jika anda tidak pasti tentang perkara tertentu di dalam Kod, sila berbincang dengan pengurus anda, atau pengurus SM atau pakar bidang yang berkaitan. Di belakang Kod Amalan pada halaman 63, anda akan dapati senarai hubungan. Anda boleh menghubungi orang-orang ini jika anda tidak pasti tentang dasar yang mereka teraju atau uruskan. Anda boleh mengakses dasar-dasar dan garis panduan lengkap di intranet yang boleh membantu anda lebih memahami kewajipan anda.

(9)

sekiranya saya nampak Kod

ini dilanggar?

Sebagai pekerja, anda bukan sahaja perlu menghayati Kod ini tetapi juga memastikan rakan sekerja anda, pembekal dan pelanggan juga mematuhi prinsip-prinsip kita.

Jika anda mengesyaki seseorang yang anda kenal mungkin telah melanggar Kod kita semasa bekerja di,untuk atau dengan Toll, anda perlu melaporkannya kepada pengurus anda seawal mungkin.

Jika anda tidak dapat bercakap dengan pengurus anda atas apa-apa sebab tentang isu ini, anda perlu memanjangkannya kepada Pengurus Sumber Manusia (SM) Unit Perniagaan anda

atau Pengurus SM Bahagian, atau pakar bidang

yang berkaitan.

Jika anda masih berasa pandangan anda tidak didengar, anda perlu hubungi Pengarah Sumber Manusia Kumpulan atau Pengurus

Pematuhan Kumpulan.

Jika satu pilihan pun tidak boleh diambil, anda patut majukan pandangan anda kepada Hotline Pendedahan Toll.

Ini hotline telefon bebas, sebarang pandangan boleh dirakamkan dan dilaporkan semula ke perniagaan bagi pihak anda. Anda tidak perlu memberikan nama anda atau apa-apa maklumat jika anda tidak mahu, walaupun berbuat demikian akan memudahkan orang lain membuat susulan dengan anda tentang pendedahan anda.

Hotline Pendedahan sangat berguna jika ada apa-apa aktiviti haram yang anda syaki di Toll. Hotline ini boleh diakses dengan menelefon 1800 80 0011, kemudian tekan 855 831 9876.

Kami sedang melaksanakan rancangan untuk melancarkan akses kepada hotline ini di semua lokasi Toll. Apabila tersedia, butiran ini akan diumumkan di Intranet Kumpulan.

Bagaimana jika saya melanggar

Kod ini?

Berbincang dengan pengurus anda.

Berbincang dengan Pengurus SM Bahagian anda.

Berbincang dengan Pengurus SM Unit Perniagaan anda.

Berbincang dengan Pengarah SM Kumpulan, atau jika ia bukan berkenaan dengan kakitangan, berbincang dengan

Pengurus Pematuhan Kumpulan.

Jika anda tidak dapat bercakap dengan mana-mana orang-orang yang disebut tadi dan memilih untuk kekal awanama, hubungi

Hotline Pendedahan Toll di 1800 80 0011, kemudian tekan 855 831 9876.

pelanggaran Kod?

Jika anda ahli komuniti, rakan niaga, pelanggan atau pembekal dan telah menyaksikan pelanggaran Kod Amalan, sila berhubung dengan kami.

E-mel sama ada kepada Pengarah SM Kumpulan atau Pengurus Pematuhan Kumpulan.

Adakah anda melaporkan pelanggaran di luar Toll? Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Langkah 5

(10)
(11)

Cara kita

Berniaga

Rasuah dan Korupsi 12 Dagangan Orang Dalam 14 Saingan 16 Alam Sekitar dan Tenaga 18 Percanggahan Kepentingan 20 Kesihatan dan Keselamatan 22

Harta Intelek 24

Sama ada menguruskan aset kita — termasuk kakitangan, jenama, pengetahuan, peralatan dan harta - atau memenuhi tanggungjawab sosial dan alam sekitar, di Toll, cara kita mencapai kejayaan

sama penting dengan kejayaan itu sendiri. Subjek yang diliputi di dalam seksyen Kod kita ini, disokong oleh nilai-nilai pembimbing dan prinsip-prinsip yang digariskan

dalam Cara Toll, mentakrifkan cara kita

(12)

Rasuah ialah menawarkan manfaat kepada orang lain sedangkan orang tersebut tidak berhak kepada manfaat tersebut.

Toll tidak akan bertolak ansur dengan rasuah atau pembayaran yang tidak wajar atau sogokan dalam apa jua bentuk, kepada sesiapa pun. Ini termasuk wang kopi untuk mempercepatkan transaksi rutin kerajaan dan rasuah untuk mendapatkan kontrak. Kami juga mengutuk rasuah dan korupsi walaupun ia diamalkan secara meluas di negara atau rantau tempat Toll beroperasi.

Rasuah dan Korupsi

Toll tidak akan melibatkan diri dalam dalam apa jua bentuk amalan

perniagaan yang korup. Ini termasuk urusan perniagaan yang

menyalahi undang-undang, tidak bermoral atau tidak serasi dengan

piawaian etika kita.

Sentiasa

Maklumkan kepada pengurus anda atau wakil undang-undang bahagian serta-merta jika anda dilibatkan ke dalam perbincangan tentang rasuah dengan menggunakan peranan anda dengan Toll, atau syak jika seseorang yang anda kenal di Toll terlibat dalam merancang atau melakukan rasuah. Melaporkan dengan segera jika rasuah diminta daripada anda atau seseorang yang anda kenal di Toll — walaupun anda diancam sebarang jenis bahaya.

Menolak rasuah jika ditawarkan kepada anda oleh pembekal atau hubungan lain yang bersangkutan dengan peranan anda di Toll.

Pastikan anda menyimpan rekod mana-mana transaksi perniagaan seperti yang dikehendaki oleh peranan anda, dan simpan selama mana ia diperlukan di sisi undang-undang.

Jangan sekali-kali

Melibatkan diri dalam apa-apa perbualan, bersekongkol, atau secara langsung memberi rasuah kepada sesiapa ketika bekerja di Toll.

Bertindak balas secara positif jika diminta rasuah oleh sesiapa saja ketika berurusan sebagai pekerja Toll, melainkan jika anda rasa keselamatan anda terancam.

(13)

Bagaimana kalau...

Unit perniagaan Toll anda sedang merundingkan kontrak dengan sebuah syarikat antarabangsa yang besar dan pelanggan mencadangkan anda memberi diskaun dan mereka akan memberi ganjaran perniagaan berulang di masa depan.

Apa patut anda buat?

Tidak mengapa menawarkan diskaun dan rebat selagi ia direkodkan dengan sempurna di dalam perjanjian dengan pelanggan dan di dalam akaun dalaman kita, dan dibayar kepada pelanggan, bukan kakitangannya. Ia tidak sama dengan rasuah atau sogokan kerana ia dibuat secara telus dan faedahnya kepada syarikat pelanggan, bukan kepada mana-mana individu yang terlibat menganugerahkan kontrak tersebut.

Lebih lanjut

Polisi: Polisi Anti Rasuah Toll Group Maklumkan: Pengurus anda, Penasihat

Undang-undang Unit Perniagaan atau Bahagian anda, atau Pengurus Pematuhan Kumpulan

Sokongan kepada anda

Toll faham dalam keadaan tertentu, permintaan rasuah mungkin diiringi ancaman, termasuk keganasan fizikal. Kita mengutamakan kesihatan dan keselamatan kakitangan kita. Jika anda pernah terdedah kepada tuntutan sebegini – atau rasa atau tahu jika ada pekerja lain – lakukan apa saja yang anda perlu lakukan untuk kekal selamat dan laporkan kepada pengurus anda, Unit Perniagaan atau Bahagian Penasihat Undang-undang dengan segera.

Ancaman juga termasuk kehilangan perniagaan. Anda tidak akan dikritik atau dihukum atas apa-apa kehilangan perniagaan akibat enggan melibatkan diri atau akibat memaklumkan kepada pengurusan tentang permintaan atau aktiviti rasuah.

Cara Toll

Kita percaya manusia bekerja paling baik apabila mereka diberi kuasa,

dipertanggungjawabkan dan diiktiraf.

Nilai yang tinggi terhadap Keterbukaan

dan Ketelusan dalam semua urusanperniagaan

kita, dan pendirian tegas kita terhadap sebarang bentuk rasuah atau korupsi menggambarkan penghayatan kita terhadap Integriti dan Amanah.

(14)

Sepanjang pekerjaan anda dengan Tol, anda mungkin tahu maklumat penting organisasi ini, atau mana-mana pesaing atau rakan niaga Toll, sebelum ia diumumkan kepada orang ramai. Jika maklumat ini boleh memberi kesan kepada harga saham syarikat, ia dikenali sebagai maklumat dalaman dan tidak boleh digunakan untuk keuntungan peribadi oleh sesiapa pun. Apabila ia diketahui umum, maklumat ini boleh memberi kesan kepada harga saham Toll atau mana-mana pesaing atau rakan niaga kita.

Contoh-contoh maklumat dalaman Toll:

• Prestasi kewangan Kumpulan berbanding belanjawan atau ramalannya.

• Menang atau kalah mana-mana kontrak pelanggan penting

• Penggabungan, pemerolehan, jualan atau usaha sama yang sebenar atau cadangan • Keputusan untuk memulakan atau menutup

operasi di dalam sektor atau negara tertentu. Perbualan santai dalam suasana sosial tentang projek yang anda bekerja, atau khabar angin di dapur kakitangan, yang menyebabkan anda atau orang lain mendagangkan saham Toll, adalah cukup berat hingga boleh menyebabkan anda dan orang lain dikenakan tindakan undang-undang yang serius.

Pengawalseliaan maklumat dalaman terpakai kepada semua kakitangan, kontraktor dan rakan niaga termasuk syarikat bersekutu kita dan keluarga mereka di mana sahaja di dunia. Walaupun Toll disenaraikan di Bursa Sekuriti Australia (ASX), maklumat tentang operasi kita di luar Australia masih boleh memberi kesan yang besar terhadap harga saham kita.

Dagangan Orang Dalam

Menggunakan, atau membantu orang lain menggunakan,

maklumat dalaman mengenai Toll atau mana-mana pesaing atau

rakan niaga Toll untuk keuntungan kewangan bukan sahaja tidak

beretika, bahkan haram di sisi undang-undang.

Sentiasa

Kekalkan maklumat sulit jika anda percaya ia maklumat dalaman atau sensitif.

Laporkan sebarang khabar angin atau kebocoran maklumat kepada penyelia atau pengurus anda dengan segera.

Ambil tahu bila dan bagaimana anda boleh berdagang dengan selamat dengan membaca Polisi Dagangan Sekuriti Toll Group. Berbincang dengan pengurus anda atau hubungi Sekretariat Syarikat jika anda ragu-ragu.

Jangan sekali-kali

Berkongsi maklumat dalaman, walaupun dengan rakan sekerja lain, melainkan perlu untuk membolehkan mereka melakukan tugas mereka di Toll.

Berbincang tentang maklumat dalaman dengan kawan, keluarga atau rakan sekutu. Jika mereka menggunakan maklumat ini, anda berdua dikira melanggar undang-undang.

Beli atau jual saham Toll atau mana-mana syarikat lain, sama ada secara langsung atau melalui orang atau entiti lain seperti dana persaraan sendiri atau amanah keluarga ketika anda mempunyai maklumat dalaman. Walaupun anda yakin anda tidak bergantung pada maklumat tersebut apabila membuat keputusan pelaburan, undang-undang tetap menganggapnya sebagai dagangan orang dalam.

(15)

Bagaimana kalau...

Anda sedang bekerja pada tender utama untuk pelanggan baru yang berpotensi. Pelanggan berpotensi ini boleh menjadi pelanggan terbesar Toll, dengan peluang pekerjaan untuk beberapa unit perniagaan yang berlainan. Anda tahu Toll berjaya memenangi tender ini. Ini boleh menyebabkan harga saham meningkat. Patutkah anda membeli sedikit saham?

Apa patut anda buat?

Polisi Dagangan Sekuriti Toll Group menetapkan garis panduan yang jelas berkenaan dagangan saham yang selamat. Tidak boleh berdagang dengan pengetahuan maklumat dalaman yang anda mungkin ada tentang perniagaan atau maklumat kewangan Toll yang penting. Sesiapa yang berdagang saham Toll ketika mengetahui maklumat dalaman ini dikira melakukan kesalahan dan mereka akan menghadapi tindakan undang-undang yang serius. Adalah tidak beretika dan menyalahi undang-undang untuk berdagang saham Toll dengan maklumat dalaman tidak kira kaedah dagangan yang digunakan, sama ada di bawah nama sendiri atau melalui ahli keluarga atau amanah keluarga.

Lebih lanjut

Polisi: Polisi Dagangan Sekuriti Toll Group Maklumkan: Pengurus anda,

Sekretariat Syarikat

Sokongan kepada anda

Selaras dengan nilai-nilai kita untuk bersikap

Terbuka dan Telus, Toll mendedahkan

sepenuhnya semua maklumat yang sensitif terhadap harga saham kepada pasaran melalui Bursa Sekuriti Australia (ASX), yang diwajibkan oleh peraturan penyenaraian ASX.

Mana-mana kakitangan Toll yang tidak pasti tanggungjawab mereka atau maklumat mana yang boleh didedahkan pada bila-bila masa hendaklah mendapatkan nasihat daripada pengurus mereka atau Sekretariat Syarikat.

Cara Toll

Salah satu kepercayaan teras kita di Toll ialah untuk bertindak secara beretika dan mengikut undang-undang pada setiap masa

dan dagangan orang dalam adalah bertentangan dengan kepercayaan ini. Bukan sahaja individu menghadapi risiko penjara jika melakukan jenayah ini, ia juga menggugat integriti Kumpulan, dan keupayaan orang ramai untuk berdagang saham kita dengan penuh keyakinan dan kepercayaan.

(16)

Kita percaya kejayaan pelanggan kita menghasilkan kejayaan kita Sama seperti perniagaan kita, perniagaan pelanggan kita hanya boleh berjaya jika mereka boleh membeli barangan atau perkhidmatan daripada pembekal mereka pada terma yang boleh diterima. Inilah cara pasaran yang adil dan berdaya saing berfungsi.

Saingan

Toll tidak akan melibatkan diri dalam kelakuan haram di sisi

undang-undang yang mengurangkan persaingan dalam

pasaran yang kita ceburi.

Sentiasa

Berhati-hati dengan sebarang tingkah laku atau perbincangan anti-persaingan kerana ia tidak wajar dan tidak sah, dan boleh membuat anda dipertanggungjawabkan secara peribadi. Memaklumkan pengurus langsung anda atau wakil undang-undang bahagian mengenai sebarang kemungkinan aktiviti anti-persaingan atau yang disyaki dengan segera.

Berhati-hati apabila menghadiri forum persatuan dagangan agar perbincangan tidak menyentuh apa-apa yang berkaitan dengan anti-persaingan, iaitu harga, tender, perkongsian pasaran dan lain-lain.

Mengundur diri daripada perbualan atau aktiviti yang anda fikir mungkin anti-persaingan dan merujuk dengan segera kepada pengurus anda atau Penasihat Undang-undang Unit Perniagaan atau Bahagian.

Membincangkan sebarang perkiraan perkhidmatan eksklusif dengan Penasihat Undang-undang Unit Perniagaan anda atau Bahagian untuk memastikan perkiraan khas ini bukan jenis anti-persaingan.

Jangan sekali-kali

Merancang untuk, atau melibatkan diri dalam penetapan harga dengan bersetuju dengan pesaing Toll untuk menetapkan harga atau sebarang unsur harga, seperti surcaj, diskaun atau formula harga.

Bersepakat tentang harga dengan pesaing kita.

Mengambil bahagian dalam, atau kekal berbincang idea-idea atau pelan anti-persaingan.

Memberikan atau meminta maklumat tender daripada pesaing, atau berpakat untuk menolak pelanggan atau pembekal tertentu. Membuat perkiraan anti persaingan untuk tidak bertanding dalam pasaran-pasaran tertentu.

(17)

Sokongan kepada anda

Orang yang memerlukan sokongan untuk peranan mereka akan menerima latihan pematuhan yang kerap supaya mereka jelas tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dibincangkan mengenai persaingan, dan perkara yang mereka perlu lakukan sekiranya tidak pasti.

Dalam ekonomi sejagat, tingkah laku di sesebuah negara boleh menjejaskan kerjasama di negara lain. Sesetengah pengawal selia telah mengambil tindakan dengan berjaya berdasarkan perbincangan yang berlaku di luar kawasan kuasa mereka. Sebarang kelakuan anti-persaingan yang dibawa ke perhatian pihak pengurusan Toll oleh sesiapa pun akan dipandang serius.

Cara Toll

Toll bertindak dengan integriti dalam semua

urusannya dengan pelanggan, pembekal dan pesaing. Jika kita mahu menyumbang ke arah kejayaan pelanggan kita, mereka perlu berupaya membeli perkhidmatan kita pada terma yang adil dan kompetitif. Melakukan apa-apa saja untuk

menghalang prinsip ini boleh dianggap mempunyai kelebihan jangka pendek tetapi ia akhirnya akan menjahanamkan pelanggan kita, dan akhirnya merugikan Toll. Seterusnya ini memberi kesan kepada pihak-pihak berkepentingan yang lain, termasuk pekerja dan pemegang saham. Semua orang di Toll dijangka bertindak secara beretika dan sah dari segi undang-undang

pada setiap masa dan persaingan dilindungi di bawah undang-undang di kebanyakan negara yang kami beroperasi. Di Toll, anda tidak dibenarkan menghadkan persaingan dalam apa-apa cara, tidak kira walaupun ia diterima sebagai amalan biasa di negara atau kawasan yang kita beroperasi.

Bagaimana kalau...

Anda berada di majlis sarapan pagi persatuan perdagangan dan perbincangan bertukar ke arah keadaan pasaran yang sangat tidak menguntungkan. Pelbagai cadangan dilontarkan dan ada satu yang sangat mendapat perhatian. Perniagaan akan lebih lega jika persetujuan dibuat untuk tidak berperang harga selama 12 bulan akan datang — atau sehingga keadaan pasaran bertambah baik sedikit.

Apa patut anda buat?

Tindakan terbaik dalam situasi ini ialah untuk menyuarakan bantahan anda kepada cadangan ini dan segera meninggalkan perbualan dan majlis ini. Anda hendaklah memberitahu pengurus anda atau Unit Perniagaan yang berkenaan atau Bahagian Penasihat Undang-undang dengan segera. Perbualan dan/atau niat seperti ini menyalahi undang-undang dan berpotensi memberi kesan serius terhadap pelanggan-pelanggan kita, dan juga kepada reputasi individu yang terlibat dan syarikat-syarikat yang mereka wakili.

Lebih lanjut

Polisi: Polisi Percanggahan Kepentingan

Toll Group

Maklumkan: Pengurus anda, Penasihat

Undang-undang Unit Perniagaan atau Bahagian anda, atau Pengurus Pematuhan Kumpulan

(18)

Industri logistik memindahkan dan mengangkut barang-barang yang penting kepada

pertumbuhan dan kemakmuran semua

masyarakat. Sebagai peneraju dalam industri ini, Toll memberi tumpuan ke arah perjalanan logistik dan pengangkutan yang lebih mampan alam. Dengan berbuat demikian, kita boleh memainkan peranan dengan penuh tanggungjawab dan memenuhi keperluan semasa masyarakat kita tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka sendiri. Ini termasuk impak alam sekitar akibat pelepasan, air kumbahan, bahan buangan, dan penggunaan sumber yang timbul daripada operasi kita. Kita menangani impak ini secara langsung di seluruh operasi kita. Pengetahuan baru dan inovasi teknologi yang menarik memberi kita peluang untuk memperbaiki cara kita beroperasi dan mengurangkan kesan alam sekitar kita dengan cara yang lebih bijak dan lebih mudah diukur. Dalam jangka masa pendek, ini bermakna menjadi lebih bersih, lebih hijau, lebih senyap dan lebih bijak. Kita mencapai semua ini dengan menggunakan teknologi dan amalan baru yang akan

mengurangkan penggunaan sumber yang tidak boleh diperbaharui dan mengurangkan pelepasan karbon dan risiko terhadap perubahan iklim. Dalam jangka masa panjang, kita akan berpindah kepada sumber tenaga yang boleh diperbaharui bila ia mudah didapati, dan mengurangkan pelepasan dan impak alam sekitar yang lain, agar kita dapat menjalankan operasi kita dengan cara yang lebih mapan.

Saiz Toll yang semakin berkembang dan fokus sejagatnya, digabungkan dengan keupayaan kita untuk menyampaikan penyelesaian logistik yang bersepadu, bermakna kita mempunyai peranan penting untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar.

Kita semua terlibat dalam usaha ini, dan kita mesti memainkan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab dalam menangani cabaran alam sekitar yang kita hadapi.

Alam Sekitar dan Tenaga

Toll komited untuk mengurangkan kesannya terhadap alam

sekitar sambil menyampaikan perkhidmatan yang terbaik

kepada pelanggan.

Sentiasa

Mengikut polisi dan prosedur alam sekitar. Bertanggungjawab secara peribadi terhadap alam sekitar dalam tindakan sehari-hari, tidak kira peranan atau tempat bekerja di Toll. Timbang rasa dan tindakan anda dihargai. Contohnya, matikan lampu yang tidak perlu di tempat kerja anda dan kitar semula sisa.

Cadangkan cara yang lebih baik kepada pengurus anda untuk mengurangkan, mengguna semula dan mengitar semula. Melaporkan dengan segera sebarang isu alam sekitar yang anda sedari kepada pengurus anda, Pengurus Besar Kumpulan, Alam Sekitar dan Tenaga, atau Pengurus Pematuhan Kumpulan.

Jangan sekali-kali

Mengabaikan tanggungjawab yang kita semua pikul untuk mengambil kira kesan terhadap alam sekitar daripada setiap pekerjaan kita.

Takut untuk memaklumkan kepada

pengurusan tentang sebarang kebimbangan alam sekitar atau tenaga, atau menawarkan cadangan anda untuk penambahbaikan.

(19)

Sokongan kepada anda

Kami menyokong kakitangan kami dalam membangunkan dan mengekalkan minda bertanggungjawab terhadap alam sekitar dalam segala yang kita lakukan di Toll.

Kami menggalakkan anda untuk terus membuat cadangan untuk mengurangkan kesan alam sekitar dan memastikan semua idea dinilai dengan teliti dan dilaksanakan di mana sahaja yang boleh. Sebarang isu yang dibangkitkan akan ditangani dengan tujuan untuk mencegah dan menambah baik secara berterusan.

Secara keseluruhannya, usaha kita untuk menjadi mesra alam akan membantu kita meringankan kesan alam sekitar oleh Toll.

Cara Toll

Kita beriltizam untuk diiktiraf sebagai pembekal logistik yang paling berjaya di Asia Pasifik. Untuk mencapai matlamat ini kita

mempunyai tanggungjawab bersama untuk

menambahbaik secara berterusan sebagai

organisasi yang mesra alam dan progresif. Komitmen kita terhadap tanggungjawab alam sekitar di Toll secara langsung menyokong

wawasan kita dalam mencipta nilai yang mapan dan mencerminkan nilai-nilai Integriti dan Amanah kita dan berusaha ke arah Penambahbaikan Berterusan dalam semua

yang kita lakukan.

Bagaimana kalau...

Latihan Pemandu Hijau Bijak Toll Group yang anda tamatkan baru-baru ini mengarahkan anda cara memandu kenderaan yang mengurangkan pengeluaran asap. Anda tahu anda memang pemandu yang cekap, anda secara sentiasa mencapai sasaran

penghantaran. Walaupun sesetengah tabiat memandu anda menyebabkan asap yang lebih banyak daripada perlu, anda tahu anda perlu sedikit masa dan kesungguhan untuk berubah, dan memandu dengan lebih bijak.

Apa patut anda buat?

Selaras dengan komitmen Toll untuk menjadi bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan kepercayaan teras kita bahawa cara mencapai kejayaan sama penting dengan kejayaan itu sendiri, anda akan disokong sepenuhnya untuk membuat perubahan yang sejajar dengan latihan pemandu anda. Kita perlu membantu mengurangkan kesan alam sekitar Toll, dan mengurangkan pelepasan bahan api adalah kunci kepada komitmen ini. Sentiasa bincangkan sebarang kebimbangan yang anda ada tentang mengubah cara anda, termasuk kesannya terhadap pencapaian sasaran penghantaran anda atau mana-mana Petunjuk Prestasi Utama (KPI) lain, dengan pengurus anda.

Lebih lanjut

Polisi: Polisi Alam Sekitar Toll Group, Polisi

Tenaga Toll Group

Maklumkan: Pengurus anda, Pengurus

Besar Alam Sekitar dan Tenaga, atau Pengurus Pematuhan Kumpulan.

(20)

Percanggahan kepentingan wujud apabila hubungan peribadi kita, penyertaan dalam aktiviti luar atau kepentingan dalam perniagaan lain mempengaruhi, atau boleh mempengaruhi, keputusan yang kita buat bagi pihak Toll. Sebagai contoh, jika anda mempunyai kepentingan kewangan atau kawalan dalam pembekal Toll, tentu akan berlaku percanggahan kepentingan jika anda terlibat membuat keputusan untuk menawarkan kepada pembekal tersebut apa-apa kerja Toll atau kontrak berterusan dengan Toll. Setiap keputusan yang kita buat dalam peranan kita di Toll perlu dibuat secara adil dan tanpa berat sebelah. Ini biasanya tidak mungkin terjadi jika terlalu hampir secara peribadi kepada sesuatu. Percanggahan kepentingan juga boleh berlaku jika anda sendiri tiada percanggahan, tetapi ahli keluarga anda mungkin mendapat manfaat daripada keputusan yang anda buat bagi pihak Toll. Dalam konteks ini, keluarga termasuk

pasangan anda, anak, ibu bapa, datuk dan nenek, adik-beradik, pasangan serumah, anak tiri atau cucu. Dalam contoh di atas, ini bermakna masih akan ada percanggahan kepentingan yang jelas walaupun ahli keluarga anda yang mempunyai kepentingan kewangan atau kawalan dalam salah satu pembekal Toll – atau pembekal baru yang dipertimbangkan untuk perniagaan Toll.

Percanggahan Kepentingan

Aktiviti dan kepentingan peribadi kita hendaklah tidak

bercanggah dengan tanggungjawab kita di Toll.

Sentiasa

Maklumkan kepada pengurus anda dengan segera jika anda dalam keadaan yang telah, atau mungkin melibatkan, percanggahan kepentingan.

Berhati-hati dengan kemungkinan percanggahan kepentingan berkaitan dengan hubungan peribadi anda di luar kerja. Rujuk kepada bahagian Hubungan Peribadi Kod Amalan dan pastikan anda biasa dengan Polisi Hubungan Peribadi Toll. Undur diri daripada sebarang proses membuat keputusan berkenaan pembekal jika anda atau ahli keluarga anda mempunyai kepentingan dalam keputusannya.

Jangan sekali-kali

Memegang kepentingan kewangan atau mengambil peranan sebagai pengarah, pegawai atau pekerja dengan mana-mana pesaing, pelanggan atau pembekal Toll, tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada pengurus anda atau Pengurus Besar Unit Perniagaan. Keadaan ini hendaklah dielakkan apabila mungkin. Menerima apa-apa tawaran, atau hadiah atau faedah lain yang boleh menjejaskan keupayaan anda, atau orang lain atau organisasi lain, daripada bertindak adil atau mempengaruhi keputusan perniagaan. Menggunakan dana, kemudahan, peralatan, kakitangan atau ilmu Toll, untuk mendapatkan kepentingan peribadi atau perniagaan di luar Kumpulan tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada pengurus anda.

Melibatkan diri dalam aktiviti luaran, seperti hubungan peribadi termasuk dengan pekerja Toll lain, yang boleh menjejaskan pertimbangan anda, atau yang boleh mengganggu keupayaan anda untuk melakukan kerja anda atau membuat keputusan bagi pihak Toll.

(21)

Sokongan kepada anda

Toll memandang serius percanggahan kepentingan dan tidak akan bertolak ansur dengan sesiapa sahaja yang meneruskan aktiviti atau penglibatan peribadi yang boleh mempengaruhi keutuhan keputusan yang diambil bagi pihak Toll.

Kami sedar situasi ini mungkin timbul dan kami akan menyokong anda jika anda menghadapi percanggahan ini dan anda mengambil langkah segera untuk keluar daripadanya, dan memaklumkan pengurus anda.

Cara Toll

Kita hanya boleh membuat keputusan perniagaan yang adil dan saksama jika kita bebas daripada perasaan berat sebelah.

Mengelakkan percanggahan kepentingan, membantu kita menghayati nilai-nilai Integriti dan Amanah, Keterbukaan dan Ketelusan di Toll.

Bagaimana kalau...

Anda diminta oleh ahli jawatankuasa sekolah anak-anak anda untuk menggunakan kenderaan Toll untuk mengangkut peralatan sekolah ke dewan tempatan untuk acara pengumpulan dana. Ini untuk tujuan yang baik dan kenderaan tersebut tidak akan digunakan oleh Toll pada hujung minggu semasa ia diperlukan.

Apa patut anda buat?

Anda patut bertanya kepada pengurus anda dan jika beliau rasa Toll boleh membantu, besar kemungkinan mereka akan setuju.

Lebih lanjut

Polisi: Polisi Percanggahan Kepentingan

Toll Group

Maklumkan: Pengurus anda, Pengurus

Pematuhan Kumpulan, atau Pengurus Pemerolehan Kumpulan

(22)

Di Toll kita semua bertanggungjawab untuk bertindak dengan selamat dan ini adalah syarat pekerjaan untuk semua orang di Toll.

Melalui pendekatan strategik untuk keselamatan kita - Fikirkan keselamatan. Bertindak dengan selamat Jaga keselamatan. - kita ada satu cara

yang konsisten menguruskan keselamatan, serta beberapa garis panduan dan kayu ukur prestasi. Setiap orang bertanggungjawab bertindak dengan selamat, tanpa risiko kepada diri mereka sendiri atau orang lain. Pengurusan bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan untuk kesihatan dan keselamatan tempat kerja.

Untuk memastikan semua kakitangan boleh melakukan perkara yang dijangkakan daripada mereka, latihan keselamatan akan kerap dibuat, begitu juga dengan alat-alat untuk membantu anda bekerja dengan selamat.

Keselamatan ialah nilai teras di Toll dan intipati segala-galanya

yang kita lakukan. Kita percaya bahawa semua kecederaan

boleh dielakkan. Ini sebagai dasar kepada kepercayaan kita

bahawa setiap orang berhak untuk pulang ke rumah dengan

selamat, dan bersama-sama kita menjayakannya.

Sentiasa

Memaklumkan kepada pengurus anda atau wakil kesihatan dan keselamatan pekerjaan jika anda berada dalam keadaan yang anda tahu, atau rasa boleh, mendatangkan bahaya kepada kesihatan atau keselamatan atau orang lain.

Melaporkan bahaya yang mungkin timbul, kemalangan yang nyaris berlaku atau isu kesihatan dan keselamatan lain terus kepada pengurus anda atau wakil kesihatan dan keselamatan pekerjaan. Maklumat ini membolehkan kita menghapuskan bahaya di tempat kerja sebelum seseorang tercedera.

Pastikan anda tahu cara untuk bekerja dengan selamat, jika anda tidak pasti atau ada soalan, berbincang dengan pengurus anda untuk bantuan atau latihan lanjut. Pastikan anda tahu tanggungjawab anda berkenaan kesihatan dan keselamatan anda – dan kesihatan dan keselamatan ahli pasukan anda.

Ikut prosedur kerja yang berkenaan dengan peranan anda di Toll.

Jangan sekali-kali

Takut untuk berhenti dan bertanya soalan jika anda tidak pasti dengan tugas yang anda lakukan.

Berada dalam keadaan yang boleh menimbulkan ancaman kesihatan dan keselamatan diri anda atau orang lain dalam peranan anda dengan Toll.

Mengambil jalan pintas atau mengabaikan prosedur kerja anda.

Mengabaikan bahaya atau kejadian yang nyaris kemalangan.

(23)

Sokongan kepada anda

Toll memastikan semua pekerja, kontraktor, pelanggan dan pelawat faham akan kewajipan mereka tentang kesihatan dan keselamatan. Kami memberikan anda induksi, latihan, sumber, kemudahan dan peralatan yang diperlukan untuk anda bekerja dengan selamat.

Apa-apa kebimbangan mengenai kesihatan dan keselamatan atau cadangan penambahbaikan yang dibangkitkan akan ditangani secara serius dan tindakan yang sewajarnya diambil.

Kita juga percaya semua orang yang bekerja dengan kita — daripada pekerja pejabat hingga pemandu dan kakitangan gudang — mempunyai peranan memastikan kakitangan kita dapat pulang ke rumah dengan selamat.

Toll memacu penambahbaikan berterusan dalam kesihatan dan keselamatan dengan memantau objektif dan sasaran keselamatan. Kita berunding dan melibatkan diri dengan semua pihak

berkepentingan dan terus memantau, mengaudit dan menyemak sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan kita untuk memastikan peningkatan yang berterusan.

Cara Toll

Keselamatan ialah satu daripada lima nilai teras

kita di Toll. Anda akan mendengar dan belajar tentang strategi kesihatan dan keselamatan sejagat kita — Fikirkan keselamatan. Bertindak dengan selamat Jaga

keselamatan. Kita berusaha untuk memastikan

kakitangan kita sihat dan selamat sepanjang masa dan untuk menegakkan kepercayaan kita bahawa semua kecederaan boleh dielakkan dan semua orang berhak pulang ke rumah

dengan selamat.

Bagaimana kalau...

Anda dan pasukan anda tertekan untuk memenuhi sasaran pada akhir bulan ini. Anda telah selesai induksi dan latihan dalam kerja anda dan tahu bahawa ada prosedur yang anda perlu ikuti. Anda sedar ada cara yang lebih cepat tetapi lebih berisiko untuk menyudahkan kerja anda, ia akan menjimatkan masa anda dan pasukan anda.

Apa patut anda buat?

Perkara-perkara penting pun masih perlu dibuat dengan selamat. Kita lebih suka memberitahu pelanggan bahawa kita gagal menepati tarikh akhir kerana bekerja dengan selamat, daripada kita menyebabkan seseorang cedera dalam bertungkus-lumus menepati tarikh akhir kita. Kita kemudian akan berbincang cara menepati tarikh akhir yang realistik sambil memastikan kakitangan kita terus sihat dan selamat.

Lebih lanjut

Polisi: Polisi Kesihatan dan Keselamatan

Kerja Toll Group

Maklumkan: Pengurus anda, wakil

Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Unit Perniagaan atau Kumpulan anda

(24)

Toll komited untuk membangunkan cara-cara baru dan inovatif untuk menyampaikan penyelesaian yang unggul kepada para pelanggan kami. Kita hanya boleh melabur dalam membangunkan proses, peralatan dan pengetahuan baru untuk melakukan perkongsian ini jika kita boleh melindungi pelaburan tersebut.

Harta Intelek (IP) termasuk paten, hak cipta, tanda dagangan dan rahsia perdagangan. Jika anda mencipta sebarang jenis IP ketika anda bekerja dengan Toll, ia akan kekal milik Toll semasa dan selepas pekerjaan atau tugas anda berakhir. IP Toll ialah antara aset yang paling berharga. Atas sebab ini, IP yang dimiliki oleh Kumpulan perlu ditangani dalam cara yang sama seperti harta Toll yang anda boleh lihat atau sentuh sama seperti kenderaan pengangkutan atau peralatan pejabat kita.

Menggunakan harta intelek yang dimiliki oleh orang lain atau

berkongsi harta intelek yang dimiliki oleh Toll tanpa kelulusan

sewajarnya boleh menyebabkan tindakan undang-undang

yang serius.

Sentiasa

Berhati-hati apabila anda mencipta atau menggunakan IP Toll sedia ada.

Prihatin mengambil semua langkah-langkah yang diperlukan untuk melindungi IP Toll apabila berbincang atau berkongsi dengan pihak-pihak lain seperti pembekal atau pelanggan.

Memulangkan semua IP kepada Toll apabila pekerjaan anda dengan Toll telah berakhir. Menghormati IP milik orang lain apabila melakukan kerja anda di Toll. Contohnya, jika anda ingin menggunakan IP mana-mana organisasi lain, seperti logo pelanggan di dalam bahan pemasaran kita, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis mereka sebelum berbuat demikian.

Menghubungi Unit Perniagaan yang berkaitan atau Bahagian Penasihat Undang-undang jika anda memerlukan bantuan atau tidak pasti.

Jangan sekali-kali

Menggunakan IP milik orang lain tanpa kelulusan undang-undang yang patut. Menggunakan IP yang dicuri, seperti perisian cetak rompak, bila-bila masa atau atas apa-apa sebab semasa bekerja dengan Toll. Menggunakan IP yang anda bangunkan di bawah majikan terdahulu pekerjaan anda dengan Toll, tanpa kebenaran bertulis majikan tersebut.

(25)

Sokongan kepada anda

Toll akan memastikan anda mempunyai sumber yang cukup untuk melakukan kerja anda tanpa perlu menggunakan IP organisasi lain secara tidak patut.

Jika anda membangunkan idea, proses atau peralatan baru yang memerlukan perlindungan, hubungi Unit Perniagaan anda atau Penasihat Undang-undang Bahagian supaya Toll boleh mendaftar IP ini.

Cara Toll

Menghormati dan melindungi harta Toll, termasuk IP kita, adalah sambungan kepada kepercayaan teras kita berkenaan menghormati dan bertindak secara beretika dan mengikut undang-undang di Toll.

Dengan membolehkan anda, Toll menyokong pembentukan dan pembangunan IP.

Perkembangan ini berdasarkan kepercayaan kita dalam Penambahbaikan Berterusan, salah

satu nilai teras kita.

Bagaimana kalau...

Anda menggunakan proses pengurusan projek Toll yang dibangunkan dan dipaten oleh Toll. Selepas setahun dengan Toll, anda berhenti dan mula bekerja dengan pesaing dan anda teringin membawa IP Toll ini bersama anda kerana ia berkaitan dengan pekerjaan baru anda. Ini akan membebaskan anda daripada perlu membangunkan atau belajar pendekatan baru dalam peranan baru anda.

Apa patut anda buat?

Menggunakan harta intelek yang dimiliki oleh individu atau perniagaan lain tanpa memperoleh kelulusan sewajarnya tidak dapat diterima sama sekali. Jika anda mencipta atau menggunakan sebarang jenis IP ketika anda bekerja dengan Toll, ia akan kekal milik Toll semasa dan selepas pekerjaan anda. Jika anda tidak pasti apa yang dikira sebagai IP dan dilindungi oleh undang-undang, berbincang dengan pengurus anda atau Penasihat Undang-undang Unit Perniagaan atau Bahagian sebelum bertindak.

Lebih lanjut

Polisi: Polisi Harta Intelek Toll Group Maklumkan: Pengurus anda, Penasihat

Undang-undang Unit Perniagaan atau Bahagian anda

(26)

Khususnya, Toll mematuhi semua peraturan negara dan antarabangsa yang menyekat atau melarang perdagangan, atau mengenakan sekatan ekonomi (iaitu sekatan terhadap

perdagangan dan urusan kewangan yang sesuatu negara kenakan terhadap negara lain lagi atas sebab-sebab politik) berkenaan:

• Eksport ke negara tertentu

• Transaksi dengan kerajaan, entiti atau individu yang menjadi subjek sekatan ekonomi • Import atau urusan berkenaan hartanah, yang

berasal dari negara yang disekat

• Perjalanan atau pengangkutan ke, dari atau melalui negara yang disekat

• Pelaburan baru atau urusan-urusan lain di negara yang disekat atau dengan kerajaannya, di peringkat global atau dengan individu-individu atau entiti tertentu

• Pemindahan perisian, data teknikal atau teknologi terhad melalui apa jua cara • Sokongan aktiviti boikot.

Peraturan Perdagangan

Toll mematuhi semua undang-undang, peraturan dan sekatan

negara dan antarabangsa apabila menjalankan perniagaan di

seluruh dunia.

Sentiasa

Mematuhi setiap aspek Polisi Kawalan Perdagangan Toll, termasuk pematuhan ketat dengan sekatan perdagangan, kekangan atau sekatan ekonomi di semua negara dan rantau yang anda menjalankan perniagaan bagi pihak Toll.

Mendapatkan penjelasan daripada pengurus anda atau Penasihat Undang-undang Unit Perniagaan atau Bahagian jika anda tidak pasti sama ada sesuatu perkara di bawah undang-undang perdagangan atau kaedah-kaedah yang menyekat, mengharamkan atau mengenakan sekatan ekonomi kerana ia boleh memberi kesan terhadap kerja yang anda jalankan dalam peranan anda dengan Toll.

Jangan sekali-kali

Menjalankan aktiviti perdagangan yang di luar undang-undang, peraturan dan sekatan kebangsaan dan antarabangsa apabila menjalankan perniagaan bagi pihak Toll, tidak kira tempat anda bekerja di Toll. Membuat apa-apa urusan perniagaan dengan individu atau kerajaan yang tertakluk pada sekatan perdagangan atau sekatan ekonomi.

Memulakan perniagaan di negara baru tanpa memeriksa jika ada apa-apa sekatan atau kekangan perdagangan dikenakan.

(27)

Sokongan kepada anda

Kawalan perdagangan ialah bidang undang-undang negara dan antarabangsa yang sangat serius dan ketidakpatuhan boleh mengakibatkan kesan yang serius kepada individu, perniagaan dan kerajaan. Peraturan yang mengawal sekatan perdagangan, larangan dan sekatan ekonomi, dan sasaran sekatan, juga kerap berubah. Atas sebab-sebab ini, pastikan anda biasa dengan Polisi Kawalan Perdagangan Toll Group kerana ia berkaitan dengan peranan anda. Toll akan membantu anda dengan menyediakan panduan-panduan atau nasihat tambahan jika perlu. Berbincang dengan pengurus anda, Penasihat Undang-undang Unit Perniagaan atau Bahagian, atau Pengurus Pematuhan Kumpulan berkenaan apa-apa isu atau pertanyaan yang anda ada mengenai kawalan perdagangan.

Cara Toll

Cara kita mencapai kejayaan adalah sama penting dengan kejayaan itu sendiri.

Sekatan perdagangan, larangan dan sekatan ekonomi hendaklah diambil berat dan mesti dihormati dan dikuatkuasakan mengikut undang-undang. Pentingnya pematuhan digariskan oleh kepercayaan teras Toll bahawa semua pekerja dijangka untuk bertindak secara beretika dan mengikut undang-undang pada setiap masa.

Cara anda dan Toll melaksanakan perniagaan membuktikan nilai teras Integriti kita.

Bagaimana kalau...

Anda sedang berusaha memenangi kontrak baru dengan syarikat serantau yang besar dan sebahagian daripada keperluannya ialah Toll dikehendaki memberikan sokongan logistik kepada setiap bahagian perniagaan, termasuk di kawasan yang anda tahu buat masa itu dikenakan sekatan perdagangan. Ia bukan larangan penuh tetapi hanyalah perdagangan yang dihadkan.

Apa patut anda buat?

Ini sangat mudah. Toll sentiasa mematuhi sekatan perdagangan dan sekatan yang ditetapkan di bawah undang-undang dan peraturan negara dan antarabangsa. Jika anda tahu sesebuah negara atau rantau tertentu tertakluk pada mana-mana larangan atau sekatan anda hendaklah menyatakannya kepada pelanggan

kemudian memaklumkannya dengan segera kepada mana-mana hubungan di bawah. Toll kemudian dengan terhormat perlu menarik diri daripada proses tender yang berkaitan dengan kawasan tersebut. Jika anda tidak pasti, dapatkan nasihat sebelum mengambil apa-apa tindakan atau membuat apa-apa keputusan bagi pihak Toll.

Lebih lanjut

Polisi: Polisi Kawalan Perdagangan

Toll Group

Maklumat Hubungan: Pengurus anda,

Penasihat Undang-undang Unit Perniagaan atau Bahagian anda, atau Pengurus Pematuhan Kumpulan

(28)

Kegunaan peribadi yang munasabah telefon syarikat dan sistem komputer biasanya dibenarkan jika dibekalkan, namun pastikan ini dengan pengurus anda kerana ia bergantung pada jenis pekerjaan anda.

Adalah penting untuk mengambil kira jenis maklumat yang anda kongsi menggunakan sistem maklumat dan teknologi Toll. Tiada siapa yang patut membuat atau berkongsi sesuatu yang boleh membuat orang lain berasa tidak selesa atau dimalukan di tempat kerja Toll.

Pekerja dan kontraktor Toll yang menggunakan mana-mana sistem maklumat Toll hendaklah sedar bahawa Toll menggunakan sistem pengawasan elektronik untuk memantau dan mengaudit penggunaan semua sistem ini. Semua pengguna peralatan dan aplikasi IT Toll adalah terikat dengan Polisi Penggunaan Boleh Diterima IT. Ini menetapkan jangkaan dan tanggungjawab atas anda semasa mengendalikan peranti-peranti ini.

Sistem Maklumat

Toll menyediakan pelbagai sistem maklumat dan teknologi untuk

menyokong kita melakukan pekerjaan. Sistem ini, dan semua data

yang disimpan di dalamnya, adalah milik Toll Group.

Sentiasa

Mempertimbangkan dengan wajar sama ada penggunaan peribadi peralatan Toll anda boleh dianggap berpatutan. Jika ia memakan terlalu banyak masa anda, berpotensi merosakkan rangkaian atau sistem Toll yang berkaitan, akan menyebabkan kos tambahan kepada Toll, menyalahi undang-undang atau tidak beretika, anda perlu mengkaji semula aktiviti anda.

Menyemak dengan pengurus anda atau wakil IT tempatan jika anda tidak pasti tentang apa-apa isu yang berkaitan dengan penggunaan sistem maklumat dan teknologi Toll.

Memaklumkan kepada pengurus anda atau wakil IT tempatan jika anda sedar rakan sekerja melihat atau berkongsi bahan yang tidak sesuai, atau berkelakuan tidak sesuai dengan penggunaan sistem maklumat atau peralatan Toll.

Jangan sekali-kali

Menggunakan sistem teknologi maklumat Toll untuk melihat atau menghantar bahan yang tidak sesuai di dalam atau di luar Kumpulan, termasuk pornografi atau bahan lucah atau bahan yang menggalakkan keganasan, kebencian, tingkah laku pengganas atau sikap tidak bertoleransi terhadap orang lain.

Berasa takut untuk memaklumkan kepada pihak pengurusan sebarang penyalahgunaan sistem maklumat atau peralatan Toll.

Memberi kata laluan anda kepada orang lain, termasuk pengurus anda.

(29)

Sokongan kepada anda

Setiap orang berhak merasa dihormati di tempat kerja. Toll akan menyokong anda berkenaan apa-apa isu yang boleh membuat anda berasa tidak pasti atau selesa dengan apa-apa yang berlaku di tempat kerja anda tanpa rasa takut. Ceritakan sebarang kebimbangan kepada pengurus anda atau wakil IT.

Kita diberikan akses dan boleh menggunakan sistem maklumat dan peralatan Toll untuk melakukan kerja kita. Kita diamanahkan untuk menghormati harta tersebut dan sedar akan penggunaan yang diterima dalam peranan kita, termasuk apa-apa kegunaan peribadi. Jika anda tidak pasti, berbincang dengan pengurus anda atau wakil IT.

Cara Toll

Penggunaan sistem maklumat atau peralatan Toll secara tidak bertauliah, tidak patut, atau salah adalah bertentangan dengan kepercayaan teras kita iaitu jika kita menunjukkan rasa hormat kepada orang lain, kita sendiri akan dihormati. Ini terpakai bagi Toll sebagai syarikat

dan untuk setiap orang daripada kita sebagai pekerja Toll.

Penggunaan sistem maklumat dan peralatan Toll yang betul oleh kakitangan Toll juga membuktikan sokongan terhadap nilai Integriti dan Amanah kita.

Bagaimana kalau...

Anda memang sebahagian daripada pasukan kerja Toll selama beberapa tahun tetapi baru-baru ini seseorang mengedarkan jenaka kesat melalui e-mel. Jenaka ini kebanyakannya menyakitkan hati dan kandungannya memalukan, berbahasa kesat dan berunsur diskriminasi. Pengurus anda tiada dalam senarai kiriman dan anda tidak ingin mana-mana rakan sekerja anda menghadapi masalah.

Apa patut anda buat?

Dalam keadaan seperti ini, anda perlu memaklumkan kepada pengurus anda dengan segera memandangkan kemungkinan orang lain seperti anda terasa dan lebih teruk lagi, menjadi tidak selesa di tempat kerja mereka. Anda juga boleh merasa yakin bahawa selaras dengan prosedur aduan Toll, kerahsiaan anda akan dijaga. Anda sepatutnya sentiasa berasa dihormati di tempat kerja anda dan Toll akan memandang serius pelanggaran hak ini.

Lebih lanjut

Polisi: Polisi Penggunaan Boleh Diterima

IT Teknologi Maklumat (IT) Toll Group, Polisi Keselamatan IT Toll Group

(30)
(31)

Tingkah Laku Tempat Kerja 32 Kesamarataan dan Menguruskan

Kepelbagaian 34 Hubungan Peribadi 36 Perjalanan dan Perbelanjaan 38 Dadah dan Alkohol 40

pada kakitangan yang kita ada, dan kita percaya kakitangan kita memang cemerlang.

Bermula daripada berusaha untuk menarik, mengambil dan membangunkan kakitangan yang terbaik, hingga mewujudkan peluang untuk anda menyumbang pengetahuan dan idea, kami percaya manusia bekerja paling baik apabila diberikan kuasa, dipertanggungjawabkan dan diiktiraf.

Kuncinya ialah

cara kita berhubung

(32)

Polisi ini menggariskan komitmen kami berkenaan tingkah laku di tempat kerja, tingkah laku yang dijangkakan daripada semua pekerja Toll dan akibat daripada tidak bertingkah laku dalam cara yang sesuai.

Kita telah menetapkan piawaian tingkah laku minimum yang terpakai di semua negara tanpa mengira undang-undang tempatan, adat dan norma-norma yang mungkin kurang ketat.

Piawaian ini mencerminkan nilai-nilai kami dan anda diwajibkan berkelakuan selaras dengan keperluan ini semasa bertindak untuk atau bagi pihak Toll.

Tingkah Laku di Tempat Kerja

Kita semua bertanggungjawab atas akibat kelakuan

kita terhadap rakan sekerja, pelanggan, pembekal dan

masyarakat tempat kita beroperasi.

Sentiasa

Melayan semua orang selaras dengan kepercayaan kita bahawa jika anda menunjukkan rasa hormat anda juga akan dihormati sebagai nilai-nilai kita berkenaan integriti dan amanah, keselamatan, kerja berpasukan, bersikap terbuka dan telus dan penambahbaikan yang berterusan;

Menyokong dan menggalakkan komitmen Toll berkenaan tingkah laku di tempat kerja yang positif.

Mematuhi Undang-undang.

Mengambil bahagian dalam latihan tingkah laku di tempat kerja.

Turut serta dengan terbuka dalam penyiasatan tempat kerja.

Menangani individu secara sama rata dalam semua aspek pekerjaan seperti pengambilan, pampasan/faedah, latihan, kenaikan pangkat, pertukaran dan penamatan.

Bersuara jika anda ternampak tingkah laku yang tidak sesuai atau anda tidak pasti langkah yang perlu diambil, sila bercakap dengan pengurus anda, pengurus SM atau hubungi Hotline Pendedahan Toll.

Jangan sekali-kali

Mendiskriminasi, mengganggu, mencerca, membuli, memburuk-burukkan, menipu, menganiaya atau mengancam untuk bertindak ganas terhadap pekerja lain atau sesiapa jua. Melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang. Di kebanyakan negara, membuli dan mengganggu di tempat kerja boleh dihukum mengikut undang-undang. Berdiam diri dengan tingkah laku di tempat kerja yang menyalahi undang-undang atau tidak beretika. Jika anda menjadi mangsa atau ternampak tingkah laku sebegini di tempat kerja, ikut saluran yang betul untuk menyuarakan kebimbangan anda.

(33)

Sokongan kepada anda

Kita komited untuk menyediakan tempat kerja yang bebas daripada diskriminasi, buli, gangguan, keganasan dan cercaan dan mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak patut.

Dengan menyedarkan semua orang yang ada kena-mengena dengan Toll kena-mengenai nilai-nilai kita, dan menyediakan latihan yang sesuai di seluruh Toll, kita boleh menyokong satu sama lain di tempat kerja dengan berkesan.

Cara Toll

Bertindak dengan integriti dan mengikut undang-undang dan melayan orang secara terhormat adalah sebahagian daripada

kepercayaan teras kita. Jangkaan tingkah laku tempat kerja kita berkisar tentang prinsip dan dan jangkaan utama ini.

Kami percaya bahawa jika anda tidak dilayan dengan adil, anda berhak untuk menyuarakan kebimbangan anda dan kami komited untuk mendengar aduan anda dan mengambil tindakan agar selaras dengan Cara Toll.

Bagaimana kalau...

Anda perempuan yang bekerja di persekitaran yang didominasi lelaki. Anda sering dipanggil pelbagai nama atau mendengar orang merujuk kepada anda menggunakan istilah menghina. Walaupun ia membuat anda berasa tidak selesa, anda satu-satunya perempuan di situ dan tidak mahu membuat kecoh kerana jika anda mengadu, orang akan tahu siapa yang mengadu.

Apa patut anda buat?

Anda tidak sepatutnya berasa tidak selesa di tempat kerja anda dan anda sepatutnya dapat menyuarakan kebimbangan anda. Walaupun agak mencabar untuk membangkitkan isu seperti ini, mungkin bukan anda seorang yang berasa tidak selesa. Anda patut cuba menyelesaikan isu ini dengan individu yang terlibat. Jika ini tidak menyelesaikan masalah, bawa isu ini kepada perhatian pengurus anda. Jika anda tidak dapat bercakap dengan pengurus anda tentang masalah ini, bawa isu ini ke wakil SM Unit Perniagaan atau Bahagian. Sebagai sebuah organisasi, kita tidak akan membiarkan tingkah laku ini dan akan berusaha membetulkannya secepat mungkin.

Lebih lanjut

Polisi: Polisi Tingkah Laku Toll Group Maklumkan: Pengurus anda, wakil SM Unit

(34)

Memastikan peluang sama rata dalam pekerjaan bermakna menganggap pekerja dan bakal pekerja secara adil dan saksama tanpa mengira umur, bangsa, kaum, jantina, pandangan politik, aktiviti hubungan industri, status pekerjaan, kepercayaan agama, seksualiti, sejarah jantina, status

perkahwinan, hamil atau bakal hamil, menyusu, status penjagaan atau tanggungjawab keluarga, ciri-ciri fizikal, hubung kait peribadi atau latar belakang budaya.

Semua orang di Toll hendaklah dilayan dengan adil,dengan terhormat dan bermaruah. Sesiapa sahaja yang bertindak bertentangan dengan polisi ini sepatutnya dilaporkan.

Kepelbagaian

Menghormati orang lain adalah salah satu daripada kepercayaan

teras kita di Toll. Kita menghargai dan menggalakkan sumbangan

ahli-ahli pasukan dengan keupayaan, pengalaman dan perspektif

yang berbeza.

Sentiasa

Mengalu-alukan orang lain dengan cara yang terhormat ke persekitaran kerja mereka tanpa rasa berat sebelah berdasarkan keadaan atau sifat-sifat peribadi.

Bertingkah laku dengan integriti, berbudi bahasa dan menghormati orang lain. Melengkapkan latihan yang disediakan oleh Toll berkenaan dengan kepelbagaian serta piawaian dan amalan kesamarataan.

Memaklumkan kepada pihak pengurusan apa-apa tindakan atau tingkah laku yang tidak selari dengan komitmen kami ke arah kesamarataan dan kepelbagaian di Toll.

Jangan sekali-kali

Menunjukkan tidak ambil peduli atau tidak hormat kepada sesiapa saja berdasarkan keadaan peribadi atau sifat mereka. Menerima atau membiarkan tingkah laku oleh orang lain yang bercanggah dengan pandangan Toll berkenaan kesamarataan dan kepelbagaian − tidak kira terhadap anda sendiri atau orang lain di Toll.

(35)

Sokongan kepada anda

Kita semua bertanggungjawab terhadap Polisi Kesamarataan dan Kepelbagaian Toll. Setiap bahagian dan unit perniagaan mempunyai

tanggungjawab untuk menyebarkan jangkaan kami kepada semua kakitangan dan kontraktor di bawah kawalan operasi Toll. Kita semua dijangka untuk menyokong dan menggalakkan polisi ini dalam tingkah laku di tempat kerja setiap hari. Proses pengambilan dan pemilihan Toll direka untuk menarik pelbagai jenis pemohon dan untuk mengambil kakitangan yang terbaik berdasarkan kriteria kerja yang berkaitan dan tanpa mengambil kira sifat-sifat, latar belakang atau keadaan individu. Kita berusaha untuk memastikan tempat kerja kita bebas daripada kelakuan yang tidak sesuai dan mengambil tindakan yang perlu untuk mencegah atau menghentikan tingkah laku yang tidak boleh diterima.

Kita memastikan ini dengan:

• Menyediakan latihan yang sesuai.

• Menjangkakan semua orang mematuhi semua undang-undang yang mentadbir diskriminasi dan gangguan di tempat kerja.

• Mengadakan prosedur disiplin dan aduan untuk merekodkan mana-mana tindakan atau tingkah laku yang tidak selaras dengan kepercayaan dan nilai-nilai kita.

Cara Toll

Komitmen kita kepada kesamarataan dan

kepelbagaian adalah penting untuk menggerakkan sumber-sumber penting, pengetahuan dan semangat kita ke arah menyampaikan hasil yang terbaik untuk anda, pelanggan dan Toll.

Ia mencerminkan kepercayaan teras kita dalam

menunjukkan rasa hormat kepada orang lain dan dihormati kembali, kerana kita percaya

Bagaimana kalau...

Anda sebahagian daripada pasukan projek yang bermesyuarat setiap Jumaat untuk menilai minggu yang baru berlalu dan merancang untuk minggu depan. Walau bagaimanapun, ahli baru pasukan telah menyatakan bahawa dia tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana atas sebab kepercayaan agama. Mengubah waktu mesyuarat akan menyusahkan seluruh pasukan.

Apa patut anda buat?

Semua orang berhak dihormati di tempat kerja mereka, tidak kira pilihan peribadi atau kepercayaan mereka. Atas sebab ini, jangan kecualikan ahli pasukan anda tetapi gunakan peluang ini untuk berbincang dengan pengurus dan ahli pasukan anda tentang cara-cara lain menguruskan jadual mesyuarat anda untuk memastikan pandangan ahli baru pasukan dapat didengar. Ini mengenai menguruskan interaksi dan komunikasi antara ahli pasukan, bukan mengecualikan sesiapa.

Lebih lanjut

Polisi: Polisi Kesamarataan dan

Kepelbagaian Toll

Maklumkan: Pengurus anda, wakil SM Unit

(36)

Percanggahan kepentingan boleh timbul dalam pelbagai cara dan anda hendaklah sentiasa berhati-hati mempertimbangkan keadaan jika keupayaan anda membuat keputusan perniagaan mungkin dikompromi atau kesetiaan anda menjadi berbelah bahagi.

Jika anda terlibat dalam hubungan peribadi dengan orang lain di tempat kerja atau dengan pelanggan atau pembekal, anda mesti mengelakkan daripada bertindak secara tidak wajar, menunjukkan berat sebelah dan penyalahgunaan kuasa dan sebarang tingkah laku yang boleh mewujudkan percanggahan kepentingan. Walaupun kami faham keadaan ini boleh berlaku dari masa ke masa, yang penting ialah anda bersifat terbuka dan jujur mengenainya dan membuat pengubahsuaian, jika perlu.

Hubungan Peribadi

Semua orang di Toll berhak diberi layanan yang sama rata dan

hubungan peribadi tidak sepatutnya mengganggu, atau dilihat

sebagai mengganggu hak ini.

Sentiasa

Memaklumkan kepada pengurus atau wakil SM sebarang hubungan peribadi yang boleh menimbulkan percanggahan kepentingan, sebenar atau dianggap, contohnya, hubungan dengan pengurus anda, ahli pasukan atau pembekal pihak ketiga. Melayan semua orang di tempat kerja secara sama rata, tanpa berat sebelah atau penyalahgunaan kuasa tidak kira hubungan peribadi.

Menggunakan hanya fakta-fakta yang berkaitan dengan kerja apabila membuat keputusan dalam peranan anda dengan Toll.

Jangan sekali-kali

Menyembunyikan atau meminta orang lain menyembunyikan hubungan peribadi anda daripada pengurus anda.

Menggunakan peranan anda di Toll untuk memberi kelebihan kepada seseorang yang anda kenal secara peribadi.

(37)

Sokongan kepada anda

Toll akan menyokong sesiapa sahaja yang memaklumkan kepada pengurusan tentang hubungan peribadi yang boleh menimbulkan percanggahan kepentingan, sama ada sebenar atau dianggap di tempat kerja.

Tiada sebab sekali-kali untuk melayan orang lain secara tidak sama, berat sebelah atau menyalahgunakan kuasa. Kami akan memandang serius semua aduan dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani keadaan tersebut.

Cara Toll

Kita percaya bahawa hubungan kerja antara kakitangan kita mestilah berdasarkan saling menghormati dan nilai-nilai teras Integriti dan Amanah kita.

Pengurus tidak sepatutnya mempunyai hubungan pelaporan langsung atau tidak langsung atau tanggungjawab membuat

keputusan dengan individu-individu yang mereka ada hubungan peribadi.

Toll juga mewajibkan pekerja mengelakkan hubungan pelaporan langsung atau tidak langsung dengan saudara-mara atau orang-orang yang mereka ada hubungan rapat. Ini akan membantu mengurangkan kemungkinan percanggahan kepentingan, sebagai contoh dalam bidang pengawasan, kerahsiaan, keselamatan, keselamatan atau moral.

Bagaimana kalau...

Anda bertanggungjawab membuat

keputusan mengambil kerja beberapa orang buruh kontrak jangka pendek untuk jabatan anda. Anda menjalin hubungan peribadi dengan salah seorang kontraktor yang dikemukakan oleh agensi pengambilan. Anda tahu beliau sedang mencari kerja dan boleh bekerja dengan baik.

Apa patut anda buat?

Anda perlu mengumpul dan menganalisis semua maklumat yang berkenaan daripada calon yang berpotensi. Kemudian jelaskan keadaan kepada pengurus anda dan maklumkan bahawa anda ada hubungan dengan salah seorang pemohon. Minta mereka membuat keputusan tersebut dalam hal ini. Jika rakan anda ialah calon yang sesuai untuk berkhidmat dengan Toll, akan ada kemungkinan beliau mendapat kerja ini bagaimanapun.

Lebih lanjut

Polisi: Polisi Hubungan Peribadi Toll Group Maklumkan: Pengurus anda, wakil SM Unit

(38)

Polisi Pengurusan Perjalanan dan Polisi Pengurusan Perbelanjaan Pekerja Toll Group terpakai kepada semua pekerja, ahli keluarga pekerja, perunding dan kontraktor Toll Group yang perlu menempah dan membuat perjalanan berkaitan perniagaan bagi pihak Toll.

Memandangkan tahap perjalanan perniagaan kita di seluruh Kumpulan, kita dapat bekerjasama dengan vendor untuk mendapatkan nilai yang paling baik. Adalah penting anda menggunakan pembekal-pembekal ini untuk memastikan kita mendapat manfaat daripada skala ekonomi untuk perjalanan yang berkaitan dengan perniagaan.

Pengurusan perbelanjaan juga merupakan proses yang penting untuk organisasi sebesar kita. Bersikap telus dan menguruskan sistem dengan wajar membolehkan kita menguruskan data perbelanjaan dengan berguna dan membantu kita merancang perbelanjaan masa depan.

Toll menyediakan garis panduan perjalanan Kumpulan yang

menetapkan had perbelanjaan perjalanan, sambil membolehkan

kakitangan bertanggungjawab secara peribadi dalam kerja

seharian mereka.

Sentiasa

Bertanggungjawab secara peribadi untuk memastikan anda bersedia membuat sebarang perjalanan yang perlu diambil bagi pihak Toll agar anda dapat mengurangkan risiko peribadi. Contohnya, pastikan anda maklum dengan nasihat perjalanan yang disediakan oleh pihak berkuasa yang

berkenaan berkenaan negara atau rantau yang anda lawat pada waktu tertentu.

Menempah semua tambang penerbangan mengikut polisi berikut:

• Kelas ekonomi / koc untuk semua perjalanan, atau

• Kelas perniagaan untuk mana-mana perjalanan antarabangsa yang jumlahnya melebihi lapan jam

Pekerja Toll dalam Kumpulan Kerja 1, 2 atau 3 layak untuk kelas perniagaan bagi perjalanan melebihi tiga jam.

Memastikan semua perjalanan (iaitu termasuk penerbangan, penginapan, sewa kereta, transfer, tiket kereta api, feri dan lain-lain) ditempah melalui syarikat pengurusan pelancongan keutamaan Toll di negara atau rantau anda. Hanya di tempat yang perkhidmatan mereka tiada, tempahan boleh dibuat terus dengan pembekal.

Memastikan perjalanan diluluskan oleh seseorang yang ditauliahkan untuk memberi kelulusan sebelum menempah mana-mana perjalanan. Rujuk kepada Polisi Pengurusan Perjalanan untuk maklumat pegawai yang boleh mentauliahkan perjalanan, atau minta pengurus anda, wakil Sumber Manusia atau Pemerolehan Kumpulan untuk mengesahkan maklumat ini untuk anda.

Memastikan perbelanjaan berkaitan perjalanan anda berpatutan, mempunyai resit dan menggunakan kad korporat selaras dengan polisi ini.

Meminta nasihat pengurus anda jika anda tidak pasti sama ada perbelanjaan adalah sesuai dan sah.

Referensi

Dokumen terkait

Tidak ada keraguan bahwa membaca shalawat dan salam adalah bagian dari pernghormatan (tahiyyah), maka ketika kita diperintah oleh Allah untuk membaca shalawat

Bila ikatan opiat ini dighentikan dengan mendadak atau diganti dengan obat yang bersifat antagonis opioid, maka akan terjadi peningkatan efek adenilsilase pada siklik AMP

Dari hasil pengujian, didapatkan kesimpulan bahwa aplikasi CE pada SVM mampu mengklasifikasi data dua kelas dengan akurasi yang sebanding dengan metode SVM standar..

Hasil penelitian ini sesuai dengan hasil penelitian yang dilakukan oleh Glasser dkk, Collin dkk dan Midena E dkk yang menemukan bahwa nilai photostressrecovery

Prestasi belajar merupakan hasil belajar yang diperoleh oleh siswa setelah mengikuti proses belajar mengajar yang dilakukan oleh guru Peranan orangtua sangatlah

sains sebagai satu disiplin yang berakar umbi dalam tamadun Islam, yang mempunyai latar belakang sejarah, falsafah, dan pemikiran.  Ada kritikan terhadap Islamisasi sains oleh

08 Mana satu peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang anda mesti pakai untuk mengelakkan daripada terhidu bahan yang memudaratkan semasa kerja

11 Jika sebuah ruang terbatas disahkan sebagai tidak selamat untuk dimasuki, apa yang akan berlaku jika anda masuk.. Anda akan mengalami