• Tidak ada hasil yang ditemukan

UHIT 2302/UICL 2302 PEMIKIRAN SAINS & TEKNOLOGI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "UHIT 2302/UICL 2302 PEMIKIRAN SAINS & TEKNOLOGI"

Copied!
48
0
0

Teks penuh

(1)

UHIT 2302/UICL 2302

PEMIKIRAN SAINS & TEKNOLOGI

(2)

2

BAB 1: MANUSIA & PEMIKIRAN

BAB 2: AGAMA, PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI

BAB 3: PERKEMBANGAN ILMU DAN SAINS

BAB 4: PEMIKIRAN FALSAFAH DAN SAINS: GREEK, ISLAM, BARAT

BAB 5: PENCAPAIAN SAINS MERENTAS SEMPADAN

BAB 6: REVOLUSI INDUSTRI & KESANNYA TERHADAP KEMANUSIAAN

BAB 7: ETIKA & NILAI DALAM PEMIKIRAN SAINS & TEKNOLOGI

(3)

BAB 2

AGAMA DAN PEMIKIRAN

SAINS & TEKNOLOGI

(4)

OBJEKTIF BAB 2

1.

Mengenalpasti konsep ilmu dan

ketamadunan.

2.

Menghuraikan peranan pelbagai

agama dalam pemikiran sains

dan teknologi.

3.

Menjelaskan Islamisasi sains dan

kesepaduan ilmu.

(5)

PENGENALAN

Selaras dengan kedudukan agama

sebagai pemangkin perkembangan

tamadun, maka jelaslah bahawa

hubungan antara agama dengan

pemikiran sains dan teknologi adalah

amat rapat ibarat isi dengan kuku.

Bab ini membincangkan tentang

hubungan agama dengan pemikiran sains

dan teknologi termasuk konsep ilmu dan

ketamadunan, peranan agama dalam

ilmu, dan Islamisasi sains yang mendokong

kesepaduan ilmu.

(6)

AGAMA & ILMU

Agama amat mementingkan budaya ilmu

dan menyeru penganutnya menjauhi

lembah kejahilan.

Antara jalan utama yang menggalakkan

budaya ilmu dan menghindarkan manusia

daripada lembah kejahilan ialah melalui

pendidikan. Justeru, pendidikan amat

dituntut dalam agama dengan syarat ilmu

itu mestilah bermanfaat dan tidak

bercanggah dengan prinsip agama.

(7)

Sambungan…

Terdapat salah faham dalam kalangan

masyarakat Islam terhadap pengajian ilmu

sains yang dilabel sebagai ilmu sekular

atau ilmu keduniaan semata-mata.

Salah faham tersebut adalah kesan

daripada pandangan yang

membahagikan ilmu kepada ilmu agama

dan ilmu dunia. Hakikatnya,

pembahagian tersebut adalah kurang

tepat dan perlu diubah kerana membawa

beberapa kesan negatif.

(8)

Sambungan…

Antara kesan negatif daripada

pandangan yang membahagikan ilmu

kepada ilmu agama dan ilmu dunia ialah;

1)

Ketaksuban kepada pengajian ilmu

agama yang mendorong kepada

kebencian terhadap pengajian ilmu sains.

2)

Gejala memperlekeh golongan ilmuwan

agama yang dilihat ketinggalan zaman.

3)

Gejala memperlekeh golongan saintis

yang dilihat terlalu materialistik dan

berfikiran secular.

(9)

Sambungan…

 Pembahagian yang lebih tepat ialah membahagikan ilmu kepada dua, iaitu ilmu fardu ain (tanggungjawab

individu) dan fardu kifayah (tanggungjawab komuniti).

 Menerusi pembahagian tersebut pemikiran positif masyarakat Islam terhadap pengajian sains dapat dipertingkatkan kerana melibatkan tanggungjawab menunaikan kewajipan yang bersifat individu (fardu ain) atau melepaskan tanggungjawab sesebuah masyarakat (fardu kifayah).

 Pembahagian tersebut memungkinkan suatu cabang dalam ilmu sains yang asalnya bersifat fardu kifayah bertukar menjadi fardu ain, iaitu apabila keperluan terhadapnya menjadi terdesak dan boleh

memudaratkan jika tidak dipelajari oleh masyarakat.

(10)

KONSEP ILMU & KETAMADUNAN

 Manusia adalah makhluk berakal yang dijadikan

Tuhan dan terdiri daripada dua unsur, jasad dan roh atau fizikal dan spiritual pada satu masa.

Menurut al-Quran (al-Baqarah, 2: 30), kejadian Nabi

Adam sebagai manusia pertama telah dibekalkan dengan ilmu untuk membantunya melaksanakan tugas sebagai khalifah di bumi dengan diajar oleh

Allah untuk mengetahui nama segala benda.

 Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa akal yang dimiliki oleh manusia berfungsi membezakan antara manusia dengan makhluk lain. Daripada akal inilah manusia dapat membangun dan

memperkembangkan potensi diri serta alam seluruhnya menurut apa yang direncanakan.

(11)

Sambungan…

DEFINISI ILMU

 Persoalan berkaitan definisi ilmu mendapat perhatian yang meluas dalam kalangan ilmuwan sama ada

Muslim mahupun non-Muslim. Antara persoalan utama tentang ilmu ialah apakah yang dimaksudkan dengan ilmu? Apakah ada sesuatu yang bukan ilmu? Apakah ilmu sama dengan maklumat?

 Menurut Wan Mohd Nor Wan Daud, soalan-soalan ini perlu ditanya dan dijawab dengan betul kerana

kesilapan memahami pengertian ilmu akan

menghasilkan usaha yang sia-sia, merugikan, dan merosakkan. Ilmu walaupun susah ditakrifkan, tetapi

maknanya tidak begitu susah untuk difahami.

(12)

Sambungan…

Umumnya istilah ilmu dalam Kamus Inggeris

disebut sebagai ‘knowledge’ dan

‘science’ yang diterjemah dalam bahasa

Melayu sebagai tahu, pengetahuan, dan

kepandaian.

Secara etimologinya, kata ilmu berasal

daripada bahasa Arab “alima, ya’lamu,

ilman”. Justeru, ilmu adalah kata benda

abstrak daripada kata kerja “alima” yang

meletakkannya antara “alim” (yang

mengetahui) dan ma’lum (yang diketahui).

(13)

Sambungan…

S. M. Naquib Al-Attas (1975: 154) mentakrifkan ilmu sebagai ketibaan sesuatu makna hasil daripada

maklumat yang benar ke dalam diri seseorang.

Kebenaran sesuatu ilmu itu adalah apabila merujuk kepada Allah sebagai sumber asal segala ilmu.

Takrifan tersebut menunjukkan bahawa autoriti ilmu

adalah di bawah kekuasaan Allah sebagai sumber sebenar ilmu. Allah S.W.T selaku Pencipta sekalian

alam bersifat Maha luas ilmu pengetahuan-Nya. Dialah Yang Maha Mengetahui hakikat segala ilmu

dan makna sesuatu yang dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki oleh-Nya. Ini menunjukkan

bahawa konsep ilmu menekankan makna kebenaran dan bukannya kepalsuan kepada jiwa seseorang.

(14)

Sambungan…

Dari segi falsafah, ilmu merupakan kumpulan

pengetahuan yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakannya daripada yang lain.

 Menurut Jujun Suriasumantri, ciri-ciri keilmuan ini didasarkan pada tiga jawapan yang diberikan

kepada tiga persoalan pokok, iaitu: apakah yang ingin kita ketahui? bagaimanakah kita

memperolehi pengetahuan? dan apakah nilai pengetahuan tersebut bagi kita? Persoalan pertama merujuk kepada teori ontologi (teori wujud), manakala persoalan kedua merujuk

kepada epistemologi (teori ilmu), dan persoalan ketiga pula merujuk kepada aksiologi (teori nilai).

(15)

Sambungan…

Kalangan masyarakat Barat yang telah

melepaskan diri daripada ikatan ajaran

Kristian melihat bahawa ilmu hanya

kegiatan bersifat akal semata-mata.

Berpunca daripada aktiviti akal yang

berfikir inilah lahirnya ilmu. Akal manusia

inilah yang menyimpan segala maklumat

serta pengalaman insan, kemudian

memprosesnya dan seterusnya

menganalisis.

(16)

Sambungan…

Islam menuntut supaya ilmu dan pemikiran manusia

disepadukan bertujuan membolehkan orang berilmu – para

sarjana, pemikir, saintis, cendekiawan dan ulama

mengembangkan diri, masyarakat dan alam sekitar sebagai usaha pengabdian diri kepada Allah dan penyempurnaan amanah sebagai khalifah. Aplikasi ilmu itu pula hendaklah sesuai dengan kehendak Allah sebagaimana ditegaskan dalam al-Quran [al-Baqarah, 2:269] yang bermaksud:

 “Ia memberi hikmah kebijaksanaan [ilmu yang berguna]

kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang

menggunakan akal fikirannya”.

(17)

Sambungan…

Islam meletakkan martabat ilmu

pengetahuan yang tertinggi ialah

mengenal Allah dengan sebenar-benar

pengenalan yang membawa kepada

keyakinan dan mampu meletakkan

manusia ke tahap yang tinggi dari segi nilai

dan kedudukannya.

Justeru, pengertian berilmu pengetahuan

ialah mencari keredaan Allah kerana tiada

keselamatan dan kebahagiaan yang

hakiki melainkan terletak dalam keredaan

Allah jua.

(18)

Sambungan…

Kesimpulannya, ilmu merupakan suatu

sistem yang menghasilkan kebenaran

dan salah satu daripada usaha manusia

untuk memperadabkan dirinya

(memajukan tingkat kehidupan manusia

dari aspek jasmani dan rohani).

Ilmu juga meliputi pengetahuan dan

cara yang dikembangkan oleh manusia

untuk mencapai tujuan tersebut.

(19)

PERANAN AGAMA DALAM ILMU

Antara peranan yang dimainkan oleh

agama dalam ilmu ialah;

1)

Memperluas pandangan semesta

2)

Integrasi akidah, syariah, dan akhlak

3)

Menyeimbangkan antara

kerohanian, rasional, dan emosi

(20)

AKTIVITI BERKUMPULAN (1)

Bincangkan peranan agama berikut

dalam sains menurut perspektif:

Islam, Hindu, Buddha, Kristian

dari aspek;

i- penerimaan dan penolakan

ii- konflik antara sains dan agama

(21)

AKTIVITI BERKUMPULAN (2)

Bincangkan peranan agama dalam

aktiviti Sains dan Teknologi berikut:

1.

Vaksinisasi

2.

Pemindahan organ

3.

Pembedahan plastik dan kosmetik

4.

Big data

5.

Live/story

(22)

PEMIKIRAN SAINS DALAM HINDU:

KITAB UPANISHADS

Upanishads adalah koleksi teks kitab agama

dan falsafah yang ditulis di India antara c. 800 SM dan C. 500 BCE, ketika masyarakat India mula mempersoalkan perintah agama Veda tradisional.

Menjurus kepada pemikiran yang lebih filosofik. Persoalan Roh Agung merangkumi;

prinsip karma, moksha, dan samsara menjadi

semakin dominan.

Kehidupan manusia dikaitkan dengan

samsara.

Proses kelahiran semula (reincarnation)Kebebasan abadi (moksha)

(23)

DEFINISI ISTILAH

(dalam Hinduisme dan Buddhisme)

Karma ialah sejumlah tindakan seseorang dalam keadaan kewujudan ini dan sebelumnya yang dilihat sebagai menentukan nasib mereka pada masa depan.

Mokhsa bererti pelepasan atau kebebasan

daripada ikatan duniawi dan putaran reinkarnasi atau Punarbawa kehidupan.

Samsara ialah kitaran kematian dan kelahiran semula yang mana kehidupan material di dunia adalah terikat.

Dharma ialah keseluruhan proses memisahkan diri daripada samsara dan mencapai moksha yang harus dipenuhi oleh setiap individu.

(24)

sambungan…

Kebebasan abadi dicapai melalui:

1)

Jnana-marga, iaitu pembebasan dengan

cara ilmu pengetahuan.

2)

Karma-marga, iaitu pendekatan yang

menekankan pembebasan melalui

perbuatan baik.

3)

Bhakti-marga, iaitu pendekatan dengan

cara meningkatkan hubungan kerohanian

dengan rasa kasih sayang yang tinggi

terhadap Tuhan.

(25)

PEMIKIRAN SAINS DALAM

KONFUSIANISME

Konfusianisme sering dicirikan sebagai

sistem falsafah sosial dan etika dan bukan

agama. Malah, Konfusianisme dibina

atas asas agama kuno untuk

mewujudkan nilai sosial, institusi, dan

cita-cita transenden masyarakat Cina

tradisional.

Prinsip Lima Hubungan & Konsep Lima

Nilai.

Patung sebagai tanda hormat

.

(26)

PRINSIP LIMA HUBUNGAN

26

PEMERINTAH & RAKYAT BAPA & ANAK LELAKI SUAMI & ISTERI ABANG & ADIK LELAKI RAKAN SESAMA LELAKI

(27)

KONSEP LIMA NILAI

BAIK HATI ADIL SOPAN BIJAKSANA TAAT

27

(28)

PEMIKIRAN SAINS DALAM BIBLE

(KRISTIAN)

 Bible atau Holy Bible merupakan kitab suci bagi

penganut Kristian. Bible berasal daripada perkataan Greek, iaitu Biblos yang bermaksud buku.

Gabungan Old Testament (Judaism) dan New

Testament (Gospel) mempunyai 66 buah buku.

 Hubungan ajaran Kristian dan sains dapat

dikenalpasti melalui dua bentuk, iaitu penjelmaan diri Tuhan dalam book of nature (alam) dan naratif sejarah serta petunjuk keajaiban dalam book of

scripture (penulisan).

Menurut Augustine, book of nature lebih mudah

difahami dan dihayati secara langsung berbanding

book of scripture yang perlukan kepada celik huruf.

(29)

sambungan

 Menurut pengkaji Bible, terdapat teori saintifik seperti teori

Big Bang dan teori evolusi dalam teks Bible, antaranya;

1. Alam semesta mempunyai permulaan. (Kejadian 1:1). 2. Alam semesta dikawal oleh hukum-hukum alam, dan

bukannya keadaan emosi para dewa-dewi. (Ayub 38:33; Yeremia 33:25).

3. Sungai dan mata air berasal daripada air yang tersejat

daripada lautan dan sumber lain lalu jatuh kembali ke bumi dalam bentuk hujan, salji, atau hujan batu. (Ayub 36:27, 28; Pengkhutbah 1:7; Yesaya 55:10; Amos 9:6).

4. Gunung-ganang timbul dan tenggelam, dan gunung yang

ada sekarang sebelumnya sudah ada di dasar laut. (Mazmur 104:6, 8).

(30)

sambungan

5) Kebersihan melindungi kesihatan. Dalam hukum

yang diberikan kepada bangsa Israel, terdapat arahan tentang pentingnya mencuci pakaian

setelah menyentuh mayat, mengasingkan orang yang mempunyai penyakit berjangkit, dan

menanam najis agar tidak membawa penyakit. (Imamat 11:28; 13:1-5; Ulangan 23:13)

6) Sebahagian pengkaji sejarah seperti Hooykaas

(1972) turut mengakui bahawa ajaran Kristian merupakan instrumen yang memacu kemajuan negara Barat.

(31)

PEMIKIRAN SAINS DALAM AL-QURAN

Al-Quran merangkum pelbagai jenis ilmu

pengetahuan. Menurut Sardar, al-Quran

umpama “cahaya pembimbing” untuk

digunakan dalam menunjukkan jalan yang

lurus ke arah ilmu dan keselamatan.

Walaupun tema utama al-Quran adalah

mengenai ciptaan Allah, beberapa tema

saintifik seperti biologi, astronomi,

meteorologi, botani, zoologi, dan

kosmologi turut disentuh.

(32)

Sambungan…

 Selain mengandungi petunjuk tentang

perundangan dan halal-haramnya sesuatu aktiviti, adab dalam muamalat (pergaulan) antara

manusia dalam bidang ekonomi, perniagaan, sosio budaya, peperangan dan perhubungan antarabangsa, al-Quran juga mengandungi

maklumat ataupun isyarat tentang perkara yang telah menjadi tumpuan kajian sains, umpamanya tentang cap jari tangan sebagai alamat

pengenalan manusia, penciptaan bumi dan

langit, bentuk bumi yang bulat dan berpusing di atas paksinya serta beredar mengikut orbitnya mengelilingi matahari, dan tentang penciptaan makhluk yang berpasangan.

(33)

Sambungan…

Al-Quran melihat sains dalam kerangka

pengalaman manusia seluruhnya, iaitu akal

dan menuntut ilmu mempunyai tempat yang

amat tinggi dalam masyarakat Islam, tetapi

ia tunduk kepada nilai dan etika al-Quran.

Dalam kerangka ini, akal dan wahyu berjalan

seiringan dan tiada konflik antara Islam dan

sains. Walau bagaimanapun, suatu konflik

boleh timbul apabila sains dan metodenya

dijadikan nilai serba menyeluruh sehingga

mengorbankan nilai-nilai lain dalam Islam.

(34)

Sambungan…

 Menurut Sulaiman Noordin, dalam tamadun Islam, alam tabii (semulajadi) yang menjadi fokus

pengajian ilmu sains dianggap sebagai kitab Allah

yang terbuka atau kitab kedua yang mengandungi

tanda-tanda (rahsia-rahsia) kebesaran dan kebijaksanaan Allah.

 Ini bermakna segala penemuan sains pada asasnya bermatlamatkan sains semata-mata, tetapi apabila disertakan dengan semangat keilmuan Islam, ia

akan dapat membuka fikiran manusia ke arah memikirkan kebesaran dan kebijaksanaan Allah, Tuhan Pencipta seluruh alam semesta.

(35)

KESEPADUAN ILMU

Kesempurnaan Islam sebagai agama

yang mendorong umatnya kepada

budaya ilmu terbukti dengan

sebahagian daripada ajaran Islam

seperti zakat, fara’id, dan puasa turut

memerlukan ilmu ‘aqliah bagi

melaksanakan ibadah tersebut.

Ilmu-ilmu inilah yang dikenali sebagai

ilmu sains.

(36)

Sambungan…

 Ketegasan Islam dalam proses pencarian ilmu

dibuktikan dengan fakta bahawa wahyu pertama

diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW memberi penekanan kepada pembacaan

sebagai wahana penting dalam usaha keilmuan.

 Asas galakan membaca dinyatakan dalam ayat 1 surah al-’Alaq yang bermaksud:

Terjemahan: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).

(37)

Sambungan

Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan atas setiap

umat Islam, sama ada lelaki atau wanita. Tuntutan ini berdasarkan petunjuk sebuah hadis riwayat Ibn Majah bahawa menuntut ilmu adalah satu kewajipan ke

atas setiap orang Islam.

Menurut Imam al-Ghazāli, kewajipan menuntut ilmu

yang tersebut dalam hadis ini terbahagi kepada dua, iaitu wajib fardu ain dan wajib fardu kifayah.

Pembahagian ini berdasarkan jenis sesuatu ilmu yang dituntut. Mempelajari ilmu-ilmu yang berasaskan

wahyu seperti ilmu tauhid, hadis, tafsir, dan fikah adalah wajib fardu kifayah. Mempelajari ilmu-ilmu yang berasaskan akal seperti perubatan dan

matematik termasuk dalam wajib fardu kifayah.

(38)

Sambungan…

 Dengan menuntut ilmu, seseorang akan dapat

melepaskan dirinya daripada belenggu kejahilan, malah Islam memberi kemuliaan dan kedudukan yang tinggi kepadanya. Lebih utama daripada itu, Islam membezakan antara golongan yang berilmu dengan golongan yang tidak berilmu. Antara ayat al-Quran yang menjelaskan

perbezaan tersebut ialah firman Allah S.W.T (az-Zumar 39: 9) yang bermaksud:

Terjemahan: Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat

menerima pelajaran.

(39)

Sambungan…

Allah SWT turut menjelaskan bahawa

golongan yang berilmu diangkat

kedudukan mereka beberapa darjat lebih

tinggi daripada golongan yang tidak

berilmu. Maksud firman Allah S.W.T

(al-Mujadalah 58: 11) menjelaskan hal ini:

Terjemahan: Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.

(40)

Islamisasi Sains: Alternatif Penyelesaian

 Isu mutakhir yang menarik dalam pemikiran sains lewat kurun ke-20 tentang sains Islam ialah

persoalan berkaitan Islamisasi sains.

 Tokoh utama yang membahaskan persoalan ini termasuklah Ismail Faruqi, Syed Hosein Nasr, Syed Naguib al-Attas, Ziauddin Sardar, Osman Bakar dan yang seangkatan dengannya.

 Di samping itu, terdapat kecenderungan saintis Barat untuk mengkaji al-Quran dalam perspektif sains. Antara saintis Barat yang begitu berminat

dengan sains al-Quran termasuklah Maurice Bucaille, Keith Moore dan Garry Miller.

(41)

Sambungan…

 Maurice Bucaile telah memeranjatkan saintis Eropah apabila beliau menulis bukunya dalam

bahasa Perancis, La Bible, le Coran et la Science, yang diterjemahkan oleh beliau bersama- sama Alastair Pannell ke dalam bahasa Inggeris dengan tajuk The Bible, The Quran and Science. Beliau

membandingkan fakta saintifik yang terdapat dalam al-Quran dan Bible.

 Beliau meneliti fakta saintifik yang sangat jitu dan tepat dalam al-Quran yang berkaitan dengan

kosmologi, astronomi, zoologi, botani, geologi, dan embriologi. Sebahagian fakta saintifik tersebut

hanya ditemui dalam penyelidikan sains kurun ke-19 dan 20 sedangkan al-Quran telah diturunkan kepada rasul terakhir pada awal kurun ke-7.

(42)

Sambungan…

 Angkatan Islamisasi sains yang dikemukakan oleh S. H. Nasr dan kumpulannya bertujuan melihat

sains sebagai satu disiplin yang berakar umbi dalam tamadun Islam, yang mempunyai latar belakang sejarah, falsafah, dan pemikiran.

 Ada kritikan terhadap Islamisasi sains oleh penulis seperti Sardar, Abdus Salam, dan Hoodbouy yang menganggap sains adalah neutral kerana

dipengaruhi pemikiran positifisme barat.

 Akan tetapi, golongan ini tidak mendapat tempat dalam aliran perdana.

(43)

Sambungan…

Apakah rasional Islamisasi sains?

 Sejarah perkembangan sains merakamkan dengan jelas bahawa sains dipengaruhi

paradigma. Sains yang berkembang dalam tamadun Islam berkembang berlandaskan

paradigma tauhid. Matlamatnya adalah untuk melahirkan saintis bertakwa.

 Sains Islam berbeza daripada sains Yunani

disebabkan Yunani membina sains berlandaskan falsafah metafizik mereka. Ayat al-Quran dan

hadis menjadi pendorong kajian sains tamadun Islam.

(44)

Sambungan…

 Kajian dilakukan dengan nama tuhan. Aktiviti

sains adalah ibadat. Kelahiran optik ada

hubungannya dengan ayat al-Quran tentang cahaya. Aljabar yang telah diasaskan berkaitan dengan ayat faraid. Trigonometri lahir kerana

hubungannya dengan ibadat haji, puasa dan solat. Geologi dan arkeologi dikaji kerana ada

hubungan dengan kajian tentang sejarah Firaun, Zulqarnain dan Ashab al-Kahfi. Kartografi atlas

yang terletak di atas glob digunakan dalam

pelayaran dan pengiraan arah kiblat. Semua ilmu tersebut lahir dalam tamadun Islam yang berkait rapat dengan al-Quran.

(45)

Sambungan…

Gagasan pengislaman ilmu bermula pada

kurun ke-20 dan digiatkan di seluruh dunia

oleh rangkaian ahli akademik. Mereka

berhasrat untuk menapis falsafah yang

tersirat dalam fahaman akademik tersebut

yang bercanggah dengan kemurnian

Islam.

Gagasan ini berperanan melakukan

perkara yang sama seperti peranan yang

dimainkan oleh Skolastikisme Eropah awal

kurun ke-13 yang menapis ilmu Islam yang

dibawa masuk ke Eropah.

(46)

Sambungan…

Di Malaysia, dasar sains sedang membina

paradigma acuan sendiri untuk

pembangunan yang sepadu.

Gagasan kesepaduan ilmu mula diiktiraf

oleh kerajaan apabila Falsafah Pendidikan

Negara telah digubal pada tahun 1988

dengan penekanan dan ungkapan yang

jelas tentang aspek kerohanian, selain

kecemerlangan daya intelek, dalam

rangkai kata falsafah tersebut.

(47)

KESIMPULAN

Islam adalah agama yang lengkap dan menyeluruh kerana

mengambil perhatian terhadap segala aspek kehidupan manusia sama ada dari segi rohani atau jasmani. Hal ini bersesuaian dengan ajaran Islam yang merupakan suatu cara hidup dan tidak sekadar melibatkan ibadah semata-mata atau upacara tertentu sahaja.

Perspektif Islam terhadap kehidupan adalah amat luas dan

bermakna. Islam melihat seluruh kehidupan seorang Muslim

adalah suatu amanah dan ibadah, termasuklah mempelajari ilmu-ilmu sains selagi ia menuruti kehendak syariat dan tidak menjurus ke jalan maksiat.

Seharusnya umat Islam tidak ketinggalan dalam mengejar

kemajuan sains memandangkan ia adalah sebahagian daripada tuntutan ajaran Islam.

(48)

Agama berhubungan dengan Tuhan,

ilmu berhubungan dengan alam,

agama membersihkan hati,

ilmu mencerdaskan otak,

agama diterima dengan iman,

ilmu diterima dengan logika.

Referensi

Dokumen terkait

Pendapat para ahli tentang penelitian klik di sini. Berdasarkan definisi-definisi tersebut dapat diambil kesimpulan sebagai berikut. 1) Penelitian adalah usaha menarik kesimpulan

Berdasarkan hasil penelitian yang dilakukan pada siswa kelas V SD 1 Gondangmanis Kudus dapat disimpulkan bahwa model Think Pair Share berbantuan media kartu

Saat ini di Kota Balikpapan masih banyak masyarakat yang belum memahami tentang bahaya ketinggian bangunan yang melebihi batas rekomendasi yang dikeluarkan, untuk itu

Jika anda tidak mengenali diri sendiri, anda mungkin akan melakukan kesilapan semasa membuat pemilihan kerjaya.. Jika ini berlaku, anda tidak

Tujuan penelitian ini ialah untuk meningkatkan keaktifan belajar matematika siswa kelas VIII SMP Muhammadiyah 6 Surakarta pada materi teorema Pythagoras dengan

Peran penting UK di PPUW sejauh ini telah dianggap mampu berfungsi dengan baik dan sesuai dengan tujuan, yaitu membantu perkembangan santri, yang sejatinya adalah merupakan

Jika pernyataan “Persamaan matematika tersebut dibuat dengan kurang dari atau sama dengan 15 batang tusuk gigi.” diubah menjadi “Persamaan matematika tersebut dibuat dengan

Selain itu juga dimungkinkan karena mekanisme kerja dari terpenoid sebagai larvasida nabati yang terkandung di dalam ekstrak biji karika terhadap larva nyamuk