• Tidak ada hasil yang ditemukan

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD ( H)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "CIMB ISLAMIC BANK BERHAD ( H)"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Bertarikh pada haribulan 20

Antara

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (671380-H)

Dan

[NAMA PIHAK]

(2)

SURAT KUASA WAKIL INI yang dibuat pada haribulan , 20

diberikan kepada CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (671380-H), sebuah syarikat yang

diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat, 1965 dan mempunyai pejabat berdaftarnya di Tingkat 13, Menara CIMB, Jalan Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur dan tempat perniagaannya di alamat yang dibentangkan di dalam Perkara

1(a) dalam Jadual (“Bank”); oleh pihak yang nama dan butir-butirnya adalah seperti yang

dibentangkan di dalam Perkara 1(b) dalam Jadual (“Penyerah Hak” yang mana ungkapan

ini akan merujuk kepadanya dalam kapasitinya sebagai Penggadai Harta jika hakmilik individu terhadap Harta telah dikeluarkan).

Bahawasanya:

Kecuali bertentangan dengan konteks atau ditakrifkan dengan nyata sebaliknya di dalam Surat Kuasa Wakil ini, kata-kata dan ungkapan yang digunakan di dalam Surat Kuasa Wakil ini hendaklah membawa maksud yang sama yang diberikan kepadanya di dalam Perjanjian Kemudahan Murabahah (yang ditakrifkan di dalam Klausa 2) dan/atau Suratikatan Penyerahan Hak (yang ditakrifkan di dalam Klausa 3(b)) di bawah.

1

Harta

(a) Penyerah Hak adalah pemilik benefisial keseluruhan petak/bidang harta yang

termasuk sebarang petak aksesori, bangunan dan/atau lekapan, yang didirikan atau akan didirikan di atas atau membentuk sebahagian daripada bidang tanah yang

diterangkan dengan lebih khusus di dalam Perkara 2 dalam Jadual (“Harta”) selaras

dengan Perjanjian Jual Beli bertarikh hari dan tahun yang dinyatakan di dalam

Perkara 3 dalam Jadual (“Perjanjian Jual Beli” di mana berkenaan mengikut

keadaan) yang mana ungkapannya hendaklah jika konteks membenarkannya termasuk perjanjian tempat letak kereta (jika ada) yang dibuat antara Penyerah Hak di satu pihak dan pihak yang diterangkan di dalam Perkara 4 dalam Jadual (“Pemaju/Penjual”) di pihak kedua dan pihak (jika ada) yang diterangkan di dalam

Perkara 5 dalam Jadual jika berkenaan (“Pemilik”) di pihak terakhir, di mana

Pemaju/Penjual dengan kebenaran Pemilik (jika berkenaan) bersetuju menjual dan Penyerah Hak bersetuju membeli Harta pada harga dan menurut terma-terma dan syarat-syarat yang disebut di dalam Perjanjian Jual Beli.

(3)

(b) (Jika berkenaan) Dalam keadaan di mana Penyerah Hak bukan pembeli pertama dan dokumen hakmilik/hakmilik strata berasingan terhadap Harta belum lagi

dikeluarkan oleh pihak berkuasa relevan, ungkapan “Perjanjian Jual Beli” akan

merujuk kepada Perjanjian Jual Beli Utama yang bertarikh hari dan tahun yang

dinyatakan di dalam Perkara 6 dalam Jadual (“Perjanjian Jual Beli Utama”) antara

pihak yang dinamakan di dalamnya dan seperti yang diterangkan di dalam Perkara

7 dalam Jadual (“Pembeli Asal”) dan Pemaju yang diterangkan di dalam Perkara 8

dalam Jadual (“Pemaju”) dan butir-butir penuh semua penjualan, ‘sub-sales’,

penyerahan hak dan penyerahan hak semula sehingga perjanjian antara Penyerah Hak dan Penjual yang diterangkan di dalam Suratikatan Penyerahan Hak yang dirujuk di dalam Klausa 3 di bawah.

2

Kemudahan Pembiayaan Harta Komoditi Murabahah-i

Atas permintaan Penyerah Hak, Bank bersetuju memberikan kepada Penyerah Hak satu kemudahan pembiayaan harta-i di bawah konsep Shariah iaitu Komoditi

Murabahah (selepas ini dirujuk sebagai “Kemudahan”) berdasarkan terma-terma

dan tertakluk kepada syarat-syarat yang dibentangkan di dalam Perjanjian Kemudahan Murabahah bertarikh hari dan tahun yang dinyatakan di dalam Perkara

9 dalam Jadual (selepas ini dirujuk sebagai “Perjanjian Kemudahan Murabahah”).

3

Dokumen Hakmilik/Hakmilik Strata Berasingan

(a) *Wang yang perlu dibayar di bawah Dokumen Transaksi dan Dokumen Cagaran

(“Jumlah Dicagar”) dicagar oleh gadaian bertarikh hari dan tahun yang dinyatakan di dalam Perkara 10(a) dalam Jadual / dirancang agar dicagar oleh gadaian (“Gadaian”) terhadap Harta.

(b) *Dokumen hakmilik/hakmilik strata berasingan terhadap Harta *telah/belum

dikeluarkan oleh pihak berkuasa relevan.

(c) Sementara menunggu pengeluaran *dokumen hakmilik/hakmilik strata berasingan

terhadap Harta oleh pihak berkuasa relevan dan pendaftaran Gadaian, Penyerah Hak telah, melalui Suratikatan Penyerahan Hak bertarikh hari dan tahun yang dinyatakan di dalam Perkara 10(b) dalam Jadual, menyerah hak dengan mutlak kepada Bank antara lainnya semua hak hakmilik dan kepentingannya dalam dan terhadap Perjanjian Jual Beli dan Harta berdasarkan terma-terma dan syarat-syarat yang masing-masing dibentangkan di dalamnya.

(4)

4

Kuasa Wakil

(a) Penyerah Hak bersetuju memberikan Surat Kuasa Wakil kepada Bank berdasarkan

terma-terma yang terkandung selepas ini.

(b) Selaras dengan Perjanjian Kemudahan Murabahah dan untuk balasan yang

dinyatakan di dalamnya Penyerah Hak dengan ini secara tidak boleh batal melantik Bank atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Bank atau mana-mana dan semua pengurus besar, penolong pengurus besar atau pengurusnya dan

penggantinya atau pengganti mereka sebagai wakil Penyerah Hak (“Wakil”) dan

dalam nama Penyerah Hak dan bagi pihak Penyerah Hak untuk berurusan dengan Harta dengan sepenuhnya dan dengan berkesan sama seperti yang boleh dilakukan oleh Penyerah Hak sendiri dalam apa jua cara pun termasuk:-

(i) menguatkuasakan semua waad di dalam Perjanjian Jual Beli;

(ii) memberikan pajakan atau penyewaan Harta atau mana-mana bahagian

daripadanya kepada mana-mana orang pada sebarang jumlah sewa dan berdasarkan sebarang terma yang dianggap wajar oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya dan untuk membenarkan orang tersebut mendapat milikannya dan untuk menerima penyerahan pajakan dan penyewaan;

(iii) menerima dan menyempurnakan pindah milik Harta daripada Pemaju/

Penjual/ Pemilik, mengikut keadaan, bagi pihak Penyerah Hak dan untuk menggadainya kepada Bank untuk menjamin pembayaran Jumlah Dicagar dan keberhutangan lain yang perlu dibayar di bawahnya, setelah dokumen hakmilik atau hakmilik strata individu relevan terhadap Harta dikeluarkan atau pada bila-bila masa selepas itu dan untuk menyempurnakan semua dokumen yang perlu termasuk memorandum pindah milik berkaitan dengan Harta dan Gadaian (yang hendaklah di dalam bentuk dan cara yang memuaskan Bank);

(iv) mengambil dan menerima penyerahan dokumen hakmilik atau hakmilik

strata individu yang relevan berkaitan dengan Harta;

(v) menyerah hak atau memindah milik atau menjual Harta atau mana-mana

bahagian daripadanya sama ada melalui triti persendirian atau melalui lelongan awam bagi sebarang balasan dan tertakluk kepada sebarang pengecualian, perizaban, waad dan syarat, jika ada, yang dianggapnya wajar dan untuk memberikan resit bagi semua atau mana-mana bahagian wang pembelian atau balasan lain yang diterima dan menggunakannya untuk menjelaskan Jumlahj Dicagar dan sebarang keberhutangan lain yang perlu dibayar di bawahnya;

(vi) memohon dan mendapatkan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri untuk

memindah milik dan/atau menggadai Harta, jika kebenaran tersebut diperlukan;

(vii) melakukan semua tindakan jua yang perlu, sesuai sampingan atau wajar

untuk menguatkuasakan dan melaksanakan sepenuhnya sebarang perjanjian bagi penjualan dalam sedemikian cara sehingga semua estet, hak, hakmilik dan kepentingan Penyerah Hak dalam dan terhadap Harta (tetapi tertakluk

(5)

kepada sebarang pengecualian, perizaban, waad dan syarat yang disebut sebelum ini) boleh diserah hak atau dipindah milik dengan berkesan dan mutlak kepada pembeli atau setiap pembelinya dan menurut sebarang cara dan bentuk yang boleh diarahkan atau ditetapkan olehnya atau oleh mereka; (viii) membuat permohonan yang perlu bagi tujuan mendapatkan kelulusan pihak

berkuasa relevan bagi penyerahan, pecah sempadan, penyatuan, penukaran atau perubahan apa-apa syarat atau sekatan penggunaan tanah yang mungkin dikehendaki oleh Bank, untuk menyerahkan hakmilik kepada pihak berkuasa yang sesuai bagi tujuan tersebut dan untuk memungut hakmilik yang sesuai daripada pihak berkuasa tersebut setelah selesai proses relevan;

(ix) memungut semua wang dan pembayaran dalam sebarang bentuk dan apa

cara pun jua yang mungkin kena dan perlu dibayar kepada Penyerah Hak oleh mana-mana orang terhadap dan berbangkit daripada Harta dan untuk memberikan penerimaan dan pelepasan yang wajar dan berkesan terhadapnya;

(x) menyebabkan Surat Kuasa Wakil ini didaftarkan di pejabat pendaftaran

Mahkamah Tinggi Malaya atau Mahkamah Majistret Sabah atau pejabat pendaftaran mana-mana pejabat tanah di Sarawak (mengikut keadaan);

(xi) melakukan semua tindakan, perkara dan benda termasuk memulakan dan

mendakwa atau membela sebarang prosiding berhubung dengan Perjanjian Jual Beli, sebarang kontrak lain, sebarang kontrak bagi penjualan Harta atau mana-mana bahagian daripadanya atau pembatalan kontrak tersebut atau mendapatkan balik sebarang deposit atau wang lain yang dibayar di bawahnya atau sebarang perkara atau benda sampingan pada penyiapan sebarang kontrak sedemikian;

(xii) menggantikan dan melantik satu atau lebih daripada satu wakil di bawah

Wakil untuk semua atau mana-mana tujuan yang disebut sebelum ini sebagaimana yang dianggap wajar oleh Bank;

(xiii) melakukan semua tindakan pun jua dan menyempurnakan semua dokumen yang perlu untuk menguatkuasakan sebarang atau semua perkara yang disebut sebelum ini termasuk memberikan resit, menyempurnakan semua dokumen termasuk sebarang kontrak penjualan, penyerahan hak atau pindah milik memihak kepada pihak ketiga dan menyempurnakan dokumen tersebut sama ada melalui pendaftaran atau sebaliknya.

5

Pengisytiharan oleh Penyerah Hak

Penyerah Hak dengan ini mengisytiharkan bahawa:

(a) semua dan setiap resit, suratikatan, perjanjian, pindah milik, suratcara, dokumen

atau benda yang diberikan, dibuat, disempurnakan atau dilakukan oleh Bank atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Bank bagi tujuan yang disebut sebelum ini adalah wajar, sah dan berkesan bagi semua niat dan tujuan seolah-olah telah diberikan, dibuat, disempurnakan atau dilakukan oleh Penyerah Hak sendiri;

(6)

(b) Penyerah Hak dengan ini bersetuju untuk menanggung rugi Bank dan mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Bank terhadap semua kos, caj, perbelanjaan, fi (termasuk fi guaman atas dasar peguamcara dan anakguam sendiri) dan kerugian yang mungkin ditanggung oleh Bank atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Bank semasa melaksanakan dengan sah kuasa yang dengan ini diberikan kepada Bank atau orang yang diberi kuasa oleh Bank;

(c) Penyerah Hak dengan ini bersetuju meratifikasi semua yang dilakukan oleh Wakil

bagi pihak Penyerah Hak semasa bertindak selaras dengan kuasa yang diberikan kepada Wakil oleh Surat Kuasa Wakil ini;

(d) Penyerah Hak dengan ini mengakui dan mengesahkan bahawa Surat Kuasa Wakil

ini telah diberikan untuk balasan yang bernilai dan adalah tidak boleh batal kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Bank; dan

(e) Penyerah Hak selanjutnya mengakui dan mengesahkan bahawa Surat Kuasa Wakil

ini adalah di samping dan tanpa prejudis kepada sebarang dokumen cagaran lain berkaitan dengan pemberian Kemudahan.

6

Pengganti Terikat

Surat Kuasa Wakil ini akan mengikat waris, wakil diri, pelikuidasi, penerima dan pengganti hakmilik Penyerah Hak mengikut keadaan dan hendaklah terus berkuat kuasa untuk manfaat Bank, dan pengganti dan pemegang serah hak Bank.

(7)

[BAHAGIAN SETERUSNYA DI DALAM MUKA SURAT INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG]

(8)

Penyempurnaan

PADA MENYAKSIKANNYA Penyerah Hak telah menurunkan tandatangannya.

PENYERAH HAK Ditandatangani oleh (No. K/P •) di hadapan: Saksi Nama: No. K/P:

(9)

(Klausa Pengesahan)

Saya, , seorang Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi *Malaya/Sabah & Sarawak yang menjalankan amalan di

dengan ini memperakui bahawa tandatangan Penyerah Hak yang dinamakan di atas, telah ditulis dalam kehadiran saya pada haribulan , 20 , dan adalah, dalam pengetahuan saya sendiri, tandatangan yang betul

yang telah memaklumkan kepada saya bahawa dia telah cukup umur dan bahawa dia telah menyempurnakan suratcara ini secara sukarela.

Tandatangan saya sebagai saksi

(10)

J

ADUAL

(yang hendaklah dianggap dan ditafsirkan sebagai sebahagian penting Surat Kuasa Wakil ini)

Perkara Deskripsi Butir-butir

1(a)

Tempat Perniagaan Bank

1(b) Nama dan Butir-butir

Penyerah Hak

2.

Butir-butir Harta

3.

Tarikh Perjanjian Jual Beli

4.

Butir-butir Pemaju/Penjual

5.

Butir-butir Pemilik

6. Tarikh Perjanjian Jual Beli Utama

7.

Butir-butir Pembeli Asal

(terpakai jika Penyerah Hak bukan pembeli pertama)

8.

Butir-butir Pemaju

(terpakai jika Penyerah Hak bukan pembeli pertama)

9.

Tarikh Perjanjian

(11)

10(a). Tarikh Gadaian

(jika berkenaan)

10(b). Tarikh Suratikatan

Penyerahan Hak

[BAHAGIAN SETERUSNYA DI DALAM MUKA SURAT INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG]

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil model distribusi populasi penduduk untuk wilayah Bandung, diperoleh nilai densitas populasi untuk masing-masing kelas lahan pada wilayah administrasi tingkat

Data sekunder adalah data yang berasal dari sumber lain seperti hasil penelitian sebelumnya, jurnal dan Iain-lain, yang digunakan untuk mendapatkan dan menggali teori-teori yang

Jika konsumen tidak mengenal merek yang lama dan produknya, maka merka mengevaluasi perluasan merek bedasarkan pada pengalaman mereka dengan kategori perluasan merek

Rata-rata pertambahan tinggi pohon, diameter batang dan diameter tajuk sentang pada plot agroforestri tumbuh lebih besar dibandingkan pada plot monokultur, hal ini diduga

Affandi (2002), Wibowo (2008), Sudarmadi (2007) yang melakukan penelitian tentang pengaruh budaya atau organisasi dan pengaruhnya terhadap kepuasan dan kinerja

Dengan visi ini, USU perlu memiliki kemampuan untuk menjadikan dirinya sebagai tempat pembelajaran oleh masyarakat secara lebih luas (tidak lagi terbatas hanya

Berdasarkan data dan cuplikan wawancara pada subjek T1 dan T2 yang merupakan siswa yang berada pada kategori kemampuan awal matematika tinggi, menunjukkan bahwa kedua