• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAPORAN JAWATANKUASA EKSEKUTIF MSO MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) MSO KALI KE-9 30 April 2018

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LAPORAN JAWATANKUASA EKSEKUTIF MSO MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) MSO KALI KE-9 30 April 2018"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

LAPORAN JAWATANKUASA EKSEKUTIF MSO MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) MSO KALI KE-9

30 April 2018

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Laporan ini bertujuan untuk membentangkan Laporan Jawatankuasa Eksekutif and aktiviti MSO sepanjang tahun 2017.

1.2 Mesyuarat Tahunan MSO kali ke-9 ini akan diadakan pada 30 April 2018, bertempat di Bilik Gerakan, JPS Malaysia. Kesemua ahli MSO ia-itu seramai 579 ahli dan 15 ahli korporat telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat ini. Pada mesyuarat kali ini, akan diadakan pemilihan EXCO Sessi 2018-2020. 1.3 EXCO MSO mengucapkan tahniah kepada mantan Pengerusi MSO Y. Bhg.

Dato Seri Ir. Haji Zulkifli bin Hassan di atas persaraan beliau sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dan ucapan penghargaan selama menjadi Pengerusi dan menerajui MSO bagi tahun 2016-2017.

1.4 Pada Disember 2017, Y. Bhg Dato’ Ir. Dr. Hj. Md Nasir bin Md. Noh telah di lantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran dan secara automatic mengikut Perlembagaan MSO menjadikan beliau Presiden MSO. EXCO MSO mengucapkan setinggi tahniah kepada Y. Bhg Dato’ Ir. Dr. Hj. Md. Nasir di atas perlantikan beliau.

2.0 KEAHLIAN MSO DAN BILANGAN REGISTRANTS

2.1 Sehingga 31 Disember 2017, ahli MSO telah mencecah seramai 579 ahli individu dan 15 ahli korporat. Ahli MSO ini diperoleh daripada peserta program CPESC, CESSWI dan CISEC yang dijalankan pada setiap tahun. Ahli MSO juga diperolehi daripada peserta Seminar serta Bengkel Saliran Mesra Alam yang telah diadakan. Seminar dan bengkel ini dianjurkan oleh MSO dan JPS dengan kerjasama Perunding Azman, Oii & Rao Sdn Bhd.

2.2 Bilangan registrants pula adalah 317 CPESC, 322 CESSWI, 11 CPSWQ dan 222 CISEC.

3.0 PERKARA-PERKARA YANG HENDAK DILAPORKAN

3.1 Perhubungan Antarabangsa

3.1.1 Jawatankuasa Kecil Perhubungan Antarabangsa diwujudkan untuk memastikan urusan di antara MSO dan pihak EnviroCert International (ECI) terutamanya dari segi pembaharuan pensijilan CPESC, CESSWI, CPSWQ dan CISEC oleh ahli-ahli berjalan lancar. Ir. Leong Kwok Wing telah mengadakan lawatan ke US bertujuan melaporkan status pensijilan CPESC, CESSWI dan CPSWQ di Malaysia dan mengadakan perbincangan bersama pihak ECI berhubung kursus ECI,

(2)

selaras dengan syarat yang termaktub dalam perjanjian antara ECI dan MSO Malaysia.

3.2 Program Pensijilan

3.2.1 Di mesyuarat Lembaga Pengarah ECI di Washington pada 29 Ogos 2017, Mr. Robert Anderson telah kekal sebagai Pengarah Urusan. Mr. Francisco Urueta telah dilantik sebagai Pengerusi Bersama untuk Jawatankuasa Antarabangsa. ECI sekarang mempunyai 5 program pensijilan (certification programs) yang dikendalikan di USA dan 20 negara lain. Program yang terbaru sekali ialah CPISM (Certified Professional in Industrial Stormwater Management) yang sesuai untuk jurutera professional yang mengendalikan air kumbahan (wastewater) di Malaysia.

3.2.2 Buat masa ini ECI sedang dalam proses mewujudkan versi metrik untuk semua peperiksaan. Ini adalah kerana hampir semua negara-negara lain menggunakan unit metrik dalam penggiraan, dan bukan unit Imperial yang hanya digunakan di USA.

3.3 Peperiksaan secara Electronik

3.3.1 ECI adalah dalam proses menukar semua pengendalian peperiksaan mereka kepada sistem elektronik. Ini bermakna, mana-mana calon yang hendak menduduki peperiksaan ECI hanya perlu mendaftarkan diri dengan syarikat yang akan mengendalikan peperiksaan tersebut, dan mereka boleh memilih untuk menduduki peperiksaan tersebut di mana-mana pusat yang berkenaan. Mereka juga boleh memilih masa yang sesuai untuk ke pusat tersebut dan mengambil peperiksaan secara “on-line”. Keputusan peperiksaan akan diperolehi setengah jam selepas peperiksaan selesai. Peperiksaan telahpun dijalankan secara elektronik di USA dan adalah dirancangkan dilaksanakan secara elektronik di Malaysia pada penguhujung tahun 2018.

3.4 Peperiksaan versi Malaysia

3.4.1 Module “Rules and Regulations” untuk peperiksaan yang akan dikendalikan di Malaysia sudah pun diubahsuai supaya mengandungi undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan di Malaysia. Ini telah dapat dilaksanakan setelah beberapa perbincangan dan usaha dijalankan di antara ECI dan MSO pada tahun 2017. Walaubagaimanpun, soalan-soalan berkenaan undang-undang berkaitan di USA masih dikekalkan tetapi dihadkan kepada bilangan yang minima sahaja.

3.4.2 Persediaan untuk peperiksaan ECI versi Malaysia telah pun siap akhirnya. Bahagian yang terakhir yang masih akan di usaha untuk

(3)

diubahsuai ialah “Case Study” yang akan sediakan daripada lokasi yang lebih mencerminkan keadaan di Malaysia.

3.5 Proctor

3.5.1 ECI juga telah melantik Ir. Azman bin Abu Bakar sebagai Proctor untuk Malaysia; dan buat pertama kali selepas 10 tahun seorang tempatan dilantik sebagai proctor. Selama ini semua Proctor yang mengendalikan peperiksaan di Malaysia adalah dari USA dimana MSO terpaksa bayar semua kos termasuk kos penerbangan, elaun dan penginapan.

3.6 ECI Awards 2017

3.6.1 Pada 21 Okt 2017, ECI buat pertama kali dalam sejarahnya telah menganugerahkan Lifetime Achievement Award dan Distinguished Service Award kepada beberapa orang yang telah berjasa kepada ECI dan juga telah memberi sumbangan dalam bidang Erosion and Sediment Control secara amnya. Senarai penerima boleh dirujuk di dalam laman web ECI.

3.6.2 MSO mengucapkan tahniah kepada Dato’ Ahmad Fuad Embi yang telah menerima Distinguished Service Award, suatu pengiktirafan kepada MSO dan Malaysia. Beliau adalah antara 2 penerima awad ini yang bukan daripada USA. Seorang lagi penerima adalah dari Australia. Seramai 13 orang menerima awad dimajlis tersebut.

3.7 Perjanjian ECI – MSO

3.7.1 Perjanjian di antara MSO dengan ECI masih belum diperbaharui semenjak ianya tamat pada tahun 2016 (di lanjutkan secara informal ke 2017). Maklumat terkini daripada ECI adalah mereka akan menggunakan perjanjian ECI dengan Ibero-America (melibatkan Mexico dan lain-lain negara Central America ) sebagai format untuk perjanjian baru ini. Setakat ini MSO masih menunggu ketetapan daripada ECI.

3.8 Professional Development Hours (PDH)

3.8.1 Selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh ECI, semua registrants dikehendaki melengkapkan borang PDH untuk pembaharuan sijil setiap tahun mulai tahun 2017. Semua ahli MSO telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Borang baharu PDH juga telah diedarkan kepada semua ahli dan registrants melalui email semasa pembaharuan pensijilan.

(4)

3.9 Pindaan Perlembagaan MSO

3.9.1 Pindaan perlembagaan MSO kepada Klausa 4.2.3, 4.3, 4.4, 4.5 dan 5.2 berkaitan keahlian yang telah diluluskan di Mesyuarat Agong ke 7 pada 26 Mei 2016, dan telah diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) akan dikuatkuasakan pada tahun 2018. Mulai Januari 2018 kategori keahlian biasa (ordinary members) akan dimansuhkan dan digantikan dengan keahlian seumur hidup dan bayaran fi keahlian RM 100 tanpa perlu pembaharuan setiap tahun. Pendaftaran ahli baru perlu membayar tambahan RM10 yuran pendaftaran.

3.10 Stormwater Management (SWAM 2017) : National Conference on Stormwater Management and Erosion and Sediment Control

3.10.1 Buat pertama kalinya sejak ditubuhkan pada 2001 MSO dengan kerjasama Bahagian Saliran Mesra Alam, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah menganjurkan satu persidangan peringkat kebangsaan mengenai pengurusan air larian dan kawalan hakisan dan kelodakan. Stormwater Management 2017 (SWaM 2017). telah diadakan pada 18-20 September 2017 di TH Hotel and Convention Center, Kuala Terengganu, Terengganu.

3.10.2 SWAM 2017 bertujuan menyediakan forum perbincangan dan mendapat maklumbalas antara jururunding dan pihak regulators mengenai Manual Saliran Mesra Alam dalam merekabentuk and membina sistem pengurusan air larian antara lain untuk :

3.10.2.1 Memberi penerangan mengenai “sustainable approach” pengurusan air larian;

3.10.2.2 Memberi penerangan mengenai arahan dan pekeliling JPS terkini dan pendekatan “Self Regulation”;

3.10.2.3 Memperkenalkan pendekatan ESCP dalam sektor Perlombongan, Pertanian, Perladangan dan Perhutanan, dan 3.10.2.4 Mempertingkatkan pelaksanaan MSMA dan ESCP di Negeri

Sabah dan Sarawak

3.10.3 Seramai 191 peserta daripada syarikat jururunding, kontraktor serta agensi kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan telah menghadiri SWAM 2017. Sebanyak 7 syarikat terdiri daripada syarikat jururunding, kontraktor serta pembekal yang terlibat dalam pengurusan air larian serta erosion and sediment control telah mengambil bahagian dalam pameran yang diadakan sempena SWAM 2017.

(5)

3.11 `Surat Pekeliling JPS Malaysia Bil 6/2017 (Pindaan kepada SP JPS Bil 2/2015

3.11.1 Usaha MSO dalam memperjuangkan keperluan kompetensi dikalangan jurutera dan practitioner ESCP telah berhasil apabila JPS mengeluarkan surat pekeliling JPS Malaysia Bil 6/2017 dan mengenakan syarat baru bagi kelulusan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodakan (ESCP). Mulai 1 September 2017, semua pengemukaan ESCP hendaklah disediakan oleh jurutera perunding dan perlu ditandatangani oleh Jutrutera Profesional yang bertauliah (PE) yang memiliki pertauliahan Certified Profesional in Erosion and Sediment Control (CPESC).

Disediakan oleh:

Urusetia

Pertubuhan Saliran Mesra Alam Malaysia

(6)

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui perubahan tutupan hutan Kabupaten Tasikmalaya pada periode 1990-2011, dan membangun model spasial deforestasi di

menetapkan pada sebagian besar wilayah daerah penyangga atau yang berbatasan langsung dengan TNGHS dengan peruntukan bagi tanaman tahunan yang merupakan bentuk

Formula pembenah tanah organik granul berbasis pukan ayam plus dan pukan sapi plus memiliki efektivitas yang hampir sama dengan kapur dalam meningkatkan pertumbuhan dan hasil

Pengetahuan yang banyak....tanpa punya pengetahuan dasar yang mantappp sama saja dengan "petasan jangwe....dia terbang keatas lalu jatuh dengan cepat" sedangkan kalo

Hasil penelitian pada tabel 1 dapat digunakan untuk mengetahui besar persentase pengaruh ekstrak herba sambiloto (Andrographis paniculata, Nees) terhadap waktu

• Pada turning dan milling kecepatan tinggi, EONTRIM E709 memiliki keseimbangan pendinginan dan pelumasan yang tepat untuk menghasilkan umur tool yang panjang

Pengembangan yang dilakukan menghasilkan produk Skenario Kegiatan Siswa Menanya (SKSM), dan Skenario Fasilitasi untuk Kegiatan Siswa Menanya (SFKSM) pada pokok bahasan

Dalam rangka melaksanakan amanat Undang-Undang Nomor 15 Tahun 2011 tentang Penyelenggara Pemilihan Umum dan Peraturan Badan Pengawas Pemilihan Umum Nomor 10 Tahun