• Tidak ada hasil yang ditemukan

Assignment HBML4203

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Assignment HBML4203"

Copied!
33
0
0

Teks penuh

(1)

Daftar Isi kandungan

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Daftar Isi Kandungan 0

2. Sekapur Sirih 1

3. Soalan Tugasan 2

4. 1.1 Definisi Konsep 1.1.1 Kesusasteraan

1.1.2 Kesusasteraan Melayu 4 – 5 3 – 4

5. 1.2 Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu

1.2.1 Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu Tradisional 1.2.2 Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden

5 5 – 8 9 – 11 6. 1.3 Bentuk-Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden

1.3.1 Novel 1.3.2 Cerpen 1.3.3 Drama 1.3.4 Sajak 11 – 12 12 13 – 14 14 – 16 7. 1.4 Aliran dalam Kesusasteraan Melayu Moden

1.4.1 Klasikisme 1.4.2 Romantisisme 1.4.3 Realisme 1.4.4 Naturalisme 1.4.5 Absurdisme 1.4.6 Surealisme 1.4.7 Islaminisme 16 16 – 17 17 17 – 18 18 18 19 9. 1.5 Kritikan Sastera

1.5.1 Pengenalan Kritikan Sastera 1.5.2 Sinopsis Kasut Kelopak Jantung 1.5.3 Tema & Persoalan

1.5.4 Plot

1.5.5 Watak dan Perwatakan 1.5.6 Latar 1.5.7 Sudut Pandangan 1.5.8 Gaya Bahasa 19 20 21 22 – 24 24 – 25 25 – 26 26 – 28 29 – 30 10. Penutup 30 11. Rujukan 31

(2)

SEKAPUR SIRIH

Bersyukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan limpah izinNYA maka saya dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan.Dengan kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih saya kepada Pensyarah Kursus iaitu ENCIK HASNAN LEE BIN TUBAH yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Setinggi-tinggi rasa terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang mengikuti kursus ini yang banyak membantu memberi idea semasa dalam perbincangan sepanjang tempoh saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Kepada keluarga yang tersayang terima kasih jua saya titipkan kerana memahami tugas saya sebagai seorang pendidik dan pelajar.Semoga usaha murni kita untuk mencapai kejayaan akan kita kecapi bersama nanti.

(3)

SOALAN TUGASAN

Anda telah dipilih oleh pihak sekolah anda untuk membentangkan kertas kerja dalam

Seminar Kesusasteraan Melayu anjuran Jabatan Pelajaran Daerah di tempat anda.Sediakan kertas kerja tersebut dengan selengkapnya yang mengandungi bahan-bahan

berikut:-(a)Pengenalan kesusasteraan, sejarah dan perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional dan moden, termasuk bentuk-bentuk serta aliran-aliran dalam penulisan sastera.

(b)Kritikan sastera berdasarkan teori-teori kesusasteraan,unsur-unsur intrinsik dalam karya sastera , selain kefahaman, pemahaman serta penghayatan sesuatu teks sastera sekolah menengah

( C ) Persembahan pembentangan kertas kerja dalam bentuk ‘Power Point’ yang meliputi keseluruhan kandungan utama kertas kerja

(4)

1.1 Definisi Konsep 1.1.1 Kesusasteraan

Kesusasteraan merupakan sebuah hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Dari segi hurufiahnya, perkataan kesusteraan bermaksud ‘ kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Kesusteraan boleh dimaksudkan segala pengucapan yang indah samada dalam bentuk lisan atau tulisan. Kesimpulannya kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya manusia ia merupakan ekspresi diri manusia dan juga menifestasi manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri.

Hashim Awang ( 1987 ) mengatakan kesusasteraan itu adalah “Ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi atau daya pengucapannya. ” Ali Ahmad (1994) berpendapat, Sastera berasal daripada bahasa Sanskrit CASTRA, yang disebut SYSTRA yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara menyeluruhnya dimaksudkan persuratan yang bersifat halus dan indah. Muhammad Hj Salleh (1995) berpendapat, kesusteraan merujuk kepada karya-karya lisan serta juga lisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai perkataan. Manakalan Kamus Dewan menyimpulkan bahawa kesusasteraan merupakan kesemua hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan ditujukan kepada khalayak. Khalayak bermaksud pembaca bagi karya yang bertulis atau penonton drama. Kesusasteraan merupakan ciptaan seni yang dinyatakan dengan bahasa yang indah dan mengandungi isi yang baik lagi berfaedah.

Kesusasteraan dapat mengisi banyak keperluan dan menyebarkan berbagai-bagai nilai yang mungkin tidak dapat ditanggap dengan serta merta. Kesusasteraan mungkin tidak sama menarik dengan suatu permainan computer atau program televisyen, tetapi ia memberikan sesuatu yang berbeza. Ramai sarjana telah memberikan pendapat yang tidak kurang pentingnya kepada pengkaji dan pelajar kesusasteraan. Jika kita berpegang kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ali Ahmad ‘satu perkara asas bagi ilmu kesusasteraan’ tentulah apapun yang ingin dikaji, dinilai dan dianalisis dalam bidang kesusasteraan itu dahulu. Faham makna kesusasteraan bererti menguasai asas kepada pengkajian kesusasteraan.

(5)

Ali Ahmad(1994) menyusur lebih jauh ke dalam makna kesusasteraan dengan mengupas asal-usul kata sastera.Menurutnya ‘sastera berasal daripada bahasa Sanskrit castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci. Sastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan persuratan.

Sarjana kesusasteraan menyimpulkan bahawa sekurang-kurangnya kesusasteraan mempunyai dua fungsi yang jelas

iaitu:-1.Pendidikan/Pengajaran/Didaktik - Memang tidak dapat dinafikan bahawa karya-karya kesusasteraan sebenarnya sarat dengan unsur pendidikan/pengajaran/didaktik. Pengarang-pengarang yang menghasilkan sesuatu karya sastera merupakan sekumpulan manusia yang telah menimba banyak pengalaman. Pengalaman-pengalaman ini diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang terangkum di dalamnya pelbagai bidang. Pengalaman mereka ini dijadikan prosa atau puisi dan diadun dengan unsur-unsur pengajaran, moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya.

2.Kesusasteraan berfungsi memberi kepuasan estetik - Hashim Awang mendefinisikan estetik dalam Glosari Mini Kesusasteraan sebagai’Kajian atau sains tentang keindahan dalam sastera atau seni lainnya. Dengan maksud yang lain, estetik adalah satu bentuk perasaan indah yang muncul sama ada dalam diri penulis ataupun pembaca. Penulis cerita akan merasa tenteram dan damai apabila mampu menghasilkan sesuatu cerita yang dapat menyentuh perasaannya dan juga pembaca dari segi isi ceritanya mahupun aspek-aspek lain penulisannya. Bagi pembaca pula,dengan membaca karya yang mempamerkan keindahan akan merasa satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dalam dirinya.

1.1.2 Kesusasteraan Melayu

Kesusteraan Melayu adalah hasil ciptaan yang ditulis melalui perantaraan Bahasa Melayu dan lahir sebagai hasil daripada keistimewaan sifat masyarakat melayu. Kandungannya haruslah mencerminkan persoalan tentang masyarakat bangsa Melayu sama ada pada zaman silam zaman moden hari ini. Kesusteraan Melayu mengandungi 4 unsur utama

:-i. Unsur Intelek : Karya sastera haruslah menimbulkan satu-satu fikiran tertentu yang bernilai dan menarik. Sastera ditulis dengan tujuan tertentu seperti soal-soal

(6)

masyarakat, moral, ekonomi, politik dan sebagainya. Karya sastera sebagai bahan untuk pembaca mendapat panduan dan pengetahuan.

ii. Unsur Emosi : Membezakan karya sastera dengan bukan sastera. Berkait dengan perasaan manusia iaitu perasaan pengarang dan pembaca seperti perasaan sedih, gembira dan sebagainya.

iii. Unsur Imaginasi : Ketajaman daya penglihatan dan gaya pengamatan (daya khayalan) pengarang terhadap sesuatu benda atau peristiwa yang dilukisnya melalui perantaraan bahasa.

iv. Unsur teknik : Soal bagaimana pengarang menyusun peristiwa dalam cerita, memilih kata-kata, menyusun adegan dan sebagainya.

Oleh itu Kesusteraan Melayu boleh disimpulkan sebagai ciptaan seni yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai alat penyampaian. Ia merupakan satu cabang kegiatan seni masyarakat Melayu yang terawal dan terpenting. Kesusteraan lahir bersama kelahiran masyarakat sebagai alat untuk menyatakan perasaan, keazaman, keinginan, pengalaman dan pengetahuan masyarakat. Kesusasteraan Melayu merupakan kesusteraan yang berfungsi untuk mengajar dan menghibur. Kesusteraan Melayu tercipta sepanjang masa, mengalami proses perkembangan dan perubahan.

Dua faktor luar yang mempengaruhi penghasilan karya dalam bahasa Melayu iaitu pengaruh animisme yang terlihat dalam mitos dan legenda. Satu lagi ialah pengaruh Arab-Parsi. Kesusasteraan Melayu dapat berkembang pesat kerana adanya kecenderungan dan usaha-usaha pembembangan agama Islam menggunakan sastera sebagai alat penyebarannya. Kesusteraan Melayu terbahagi kepada d ua iaitu Kesusteraan Melayu Tradisional dan Kesusteraan Melayu Moden.

1.2 Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu

1.2.1 Sejarah dan Perkembangan Kesusasteraan Melayu Tradisional.

Kesusasteraan Melayu Tradisional merupakan satu bidang kajian yang sangat luas dan sentiasa berkembang dan melahirkan penemuan-penemuan baru yang pelbagai sifatnya.Menurut Profesor Ismail Hussein; Kesusasteraan Melayu tradisional adalah semua gejala kesusasteraan yang berbentuk lisan atau bertulis tetapi tidak bercetak

(7)

Berdasarkan pernyataan di atas, amat jelas kepada kita bahawa kesusasteraan Melayu Tradisional merupakan satu wahana yang luas dan terdiri daripada berbagai-bagai bentuk dan sifat.Pengkaji kesusasteraan Melayu membahagikan kesusasteraan Melayu Tradisional kepada dua golongan yang utama iaitu Kesusasteraan Lisan dan Kesusasteraan Tulisan

Kesusasteraan lisan(tradisi lisan) lahir di kalangan masyarakat Melayu yang lazimnya terdiri daripada kaum tani dan nelayan.Mereka ini tinggal di kawasan yang jauh di pedalaman, desa-desa dan pinggir pantai.Pada waktu tersebut sistem tulisan belum lagi muncul dan masyarakat lazimnya buta huruf.Walaupun tidak menguasai sistem tulisan, daya kreativiti mereka dalam bidang kesusasteraan tidak pula mati begitu sahaja.Sebaliknya ia dikembangkan melalui pertuturan atau penceritaan secara lisan.Atas sebab itulah hasil-hasil kesusasteraan yang dicipta oleh kelompok ini disebut sebagai kesusasteraan lisan kerana penyampaian cerita secara lisan.Kesusasteraan lisan dikenali juga sebagai kesusasteraan rakyat.

Kesusasteraan lisan ini pula terbahagi kepada mitos, legenda dan cerita rakyat yang masing-masingnya mempunyai keistimewaan yang tersendiri.Sebagai contoh mitos merupakan cerita yang banyak berkaitan dengan unsur-unsur ajaib dan supernatural.Mitos tidak berdasarkan logik tetapi ia amat dipercayai oleh golongan rakyat Melayu satu ketika dahulu.Genre ini mengandungi cerita tentang unsur-unsur keagamaan dan dianggap benar oleh masyarakat dan menceritakan juga tentang kewujudan dewa-dewi.

Sastera Melayu tradisional juga menonjolkan legenda yang merupakan watak manusia yang pernah hidup atau dipercayai mempunyai hubungan dengan sejarah.Perwatakan tokoh-tokoh dalam legenda sengaja dilebih-lebihkan untuk melihat keistimewaan pada legenda yang diceritakan.

Cerita rakyat seperti cerita jenaka, cerita binatang dan cerita dongeng pula diceritakan adalah sebagai penghibur pada zaman dahulu .Cerita rakyat ini dianggap milik bersama dan dijadikan alat komunikasi kerana tidak adanya kemudahan bekalan elektrik seperti zaman moden.Cerita jenaka berlatarkan rakyat biasa dan watak-watak utamanya ialah manusia biasa dan bukan golongan bangsawan atau raja-raja.

Cerita binatang pula ialah cerita teladan yang secara tersirat mengandungi pengajaran.Haiwan yang diberi sifat sebagai manusia menjadi watak utama yang memberi

(8)

pengajaran kepada pembaca.Cerita dongeng pula ialah cerita yang direka untuk dijadikan teladan semata-mata dan ia merupakan warisan nenek moyang orang Melayu.Biasanya tema utama yang disampaikan dalam cerita dongeng ialah pengembaraan.

Kesusasteraan tulisan(tradisi tulisan) muncul apabila orang Melayu mula menerima pengaruh luar.Pengaruh luar yang awal menyerap ke dalam kebudayaan Melayu adalah pengaruh India.Melalui kemasukan pengaruh India, orang Melayu diperkenalkan dengan sistem tulisan.Walau bagaimanapun, sistem tulisan ini tidak meluas dan akhirnya pupus.Kedatangan agama Islam ke alam Melayu membuka satu lembaran baru dalam kamus kesusasteraan Melayu.Agama Islam muncul bersama-sama dengan sistem tulisan yang lengkap bersumberkan Al-Quran sebagai kitab suci ornag Islam.Sistem tulisan Arab Islam ini kemudiannya disesuaikan dengan sebutan dalam bahasa Melayu.Orang Melayu kini mempunyai sistem tulisan yang dinamakan tulisan Jawi.

Tradisi tulisan lebih condong kepada istana menjadikan istana sebagai pusat penyebaran ilmu pada masa itu.Di istana lahirlah tokoh-tokoh sasterawan Melayu Tradisional yang menghasilkan karya sama ada yang asli ataupun salinan semula kerana pada masa itu mesin cetak belum wujud.Semua hasil karya ini sama ada lisan atau bertulis merupakan satu dokumen penting yang merakamkan segala perihal kehidupan masyarakat Melayu Tradisional.Ia adalah himpunan daya kreativiti masyarakat Melayu tradisional yang menyerlahkan daya fikir, akal budi,sentuhan jiwa, cita rasa, jati diri dan kebijaksanaan masyarakat Melayu (Mutiara Sastera Melayu Tradisional 2003:xiv)

Sebagai kesimpulannya, sebagaimana yang dinyatakan oleh Harun Mat Piah kesusasteraan Melayu Tradisional merujuk kepada karya yang mempunyai ciri-ciri seperti di

bawah:-• bersifat kolektif dan dianggap sebagai milik bersama masyarakat • hasil karya bersifat feudal

• karya yang terbatas pencipta dan khalayak • dihasilkan sebelum 1800

(9)

• bersifat fungsional ,pelbagai genre

• perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional tidak dibatasi oleh zaman,tarikh dan waktu

• gaya bahasa yang berbeza daripada gaya bahasa kini

• hasil karya yang bersifat statis kerana tidak memperlihatkan keragaman tema dalam sesuatu genre

Kesusasteraan Tradisional merupakan himpunan karya-karya kesusasteraan dalam semua bentuk yang terhasil sejak manusia wujud tetapi tidak melepasi zaman selepas wujudnya mesin cetak.Jenis Kesusasteraan Melayu Tradisional membawa pembaca menerokai dua cabang kesusasteraan Melayu Tradisional iaitu Prosa Tradisional yang dipecahkan kepada naratif dan bukan naratif.Naratif pula dipecahkan lagi kepada naratif lisan dan naratif tulisan.Naratif lisan terdiri daripada mitos,legenda, dan cerita rakyat.Manakala naratif tulisan terdiri daripada sastera sejarah,sastera hikayat, sastera panji dan sastera epik.

Prosa tradisional bukan naratif pula terdiri daripada sastera undang-undang, sastera agama sastera kitab, sastera ketatanegaraan.Puisi tradisional juga boleh dipecahkan kepada puisi yang berbentuk naratif dan bukan naratif.Puisi tradisional yang digolongkan berbentuk naratif ialah syair, dan yang bukan naratif ialah pantun,gurindam, ghazal, berzanji, seloka, peribahasa dan mantera.

Sejarah kesusasteraan Melayu Tradisional menyorot tentang tahap, tokoh dan persoalan dan latar masyarakat.Persoalan dan latar masyarakat dalam kesusasteraan Melayu tradisional berkisar pada keagungan raja dan Negara, kepahlawanan, kesetiaan rakyat dan gambaran masyarakat.Tokoh-tokoh yang terkenal pada zaman ini ialah seperti Tun Seri Lanang, Hamzah Fansuri, Bukhari al-Jauhari, Nuruddin al-Raniri, Sheikh Daud al-Fatani, Raja Ali Haji, Syed Muhammad bin Zainal Abidin dan Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani.

(10)

1.2.2 Sejarah dan Perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden

Syed Muhammad Naquib Al-Attas di dalam bukunya mengatakan bahawa Islam telah membawa kepada kemodenan ke alam Melayu.Sehubungan dengan itu, beliau berpegang teguh kepada kecemerlangan Islam telah mengubah setiap aspek kehidupan umat Melayu.Salah satu daripada perubahan tersebut ialah di dalam bidang persuratan.Agama Islam telah memberi sumbangan terpenting ke arah tamadun bangsa Melayu melalui penyebaran ilmu.Maka , Hamzah Fansuri telah dianggap sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden berdasarkan ketinggian mutu karya-karya yang telah beliau hasilkan.

Perkara lain yang dijadikan asas kepada kemodenan itu ialah perubahan yang berlaku di dalam isi kandungan karya yang dicipta.Karya-karya telah ditulis dengan mengemukan idea-idea yang berpijak di bumi nyata, meninggalkan segala bentuk amalan menulis sastera tradisional.

Bentuk kesusasteraan Melayu moden ialah seperti penghasilan karya novel.Genre novel di dalam kesusasteraan Melayu moden merupakan kesinambungan daripada genre hikayat dan cerita lipur lara di dalam prosa Melayu tradisional.Kemudian novel Melayu asli dihasilkan yang berlatarkan Tanah Melayu dan mengemukakan watak bangsa Melayu.Pada tahun 1970-an dan 1980-an, novel banyak berkisarkan persoalan moral dan agama yang dinamakan sebagai novel berunsur Islam.Bentuk seterusnya ialah novel remaja dan satu lagi bentuk novel yang dikhaskan untuk bacaan kanak-kanak dipanggil novel kanak-kanak.

Cerpen juga adalah salah satu genre kesusasteraan Melayu moden.Ciri-ciri cerpen adalah cerpen tidak mementingkan watak utama,latar dan tempatnya tidak jelas dan tiada unsur konflik yang memerlukan peleraian.Terdapat tiga jenis cerpen iaitu cerpen panjang, cerpen berunsur Islam dan cerpen berdasarkan karya tradisional.

Sajak ialah satu-satunya genre puisi di dalam kategori Puisi Melayu moden.Puisi moden telah dihasilkan oleh Omar Mustafa pada tahun 1913.Sajak mempunyai pelbagai jenis dan bentuk seperti sajak kabur yang mana gambaran yang diberikan tidak jelas.Sajak protes yang menggambarkan unsur-unsur protes di dalamnya dan sajak-sajak eksperimen yang mengkonkritkan idea dan kata, memanipulasikan kata, suku kata dan tanda baca dan ada yang menggunakan rajah-rajah tertentu.

(11)

Seterusnya ialah genre drama moden dibahagikan kepada dua kategori iaitu drama konvensional.Drama konvensional ialah drama sandiwara dan drama realism.Drama sandiwara pula dipecahkan lagi kepada drama sejarah, drama puruba dan drama pra-realisme.Di antara tiga jenis drama ini, yang banyak dihasilkan ialah drama ssejarah bersesuaian dengan semangat kebangsaan yang meluap-luap di kalangan rakyat pada masa itu.Drama realism pula terhasil menggunakan cerita yang diambil daripada masalah-masalah yang timbul dalam kehidupan seharian.Oleh kerana itu ia dihasilkan menggunakan bahan, setting, dialong dan cara pementasan yang realistik.Satu lagi jenis drama ialah drama absurd yang mempersoalkan hal-hal yang berhubung dengan kejiwaan dan konflik batin manusia.

Asas kesusasteraan Melayu Moden yang dikarang oleh Abdullah Munsyi menjadi pegangan para pengarang selepas beliau pada tahun-tahun 1860-an dan seterusnya.Pengaruh luar dan teknologi moden telah menyebabkan terhasil dan tersebar karya sastera dalam bahasa Melayu.Karya-karya yang dimaksudkab itu tersiar dalam akhbar dan majalah yang tumbuh akibat kemasukan teknologi percetakan.Apabila syarikat-syarikat percetakan didirikan, genre-genre sastera seperti novel dicetak dalam bentuk buku.Pada era sebelum Perang Dunia Kedua, lahir akhbar, majalan,cerpen, sajak dan novel.Pelopor puisi Melayu moden atau sajak ialah Muhammad Yassin Maamor atau Punggok.

Dalam memperkatakan perkembangan kesusasteraan Melayu Moden , peranan golongan intelek agama iaitu mereka yang cerdik dan pandai dalam hal agama Islam tidak dapat dipertikaikan.Mereka mempunyai latar belakang,pendidikan dan penulisan yang berunsur Islam.Sehubungan dengan itu, mereka mengajak golongan belia keluar daripada kebudayaan kuning melalui penerbitan majalah agama.

Zaman Asas 50 merupakan sebuah persatuan penulis yang bertujuan untuk mempertingkatkan martabat sastera dan budaya melalui penciptaan karya-karya yang mengandungi pemikiran kea rah kemajuah; menyatukan seluruh kaum penulis serta menjaga kebajikan dan memberi perlindungan kepada para penulis.Zaman Asas 50 telah berjaya membawa aliran baru dalam perkembangan bahasa dan sastera.Aliran yang dimaksudkan ialah aliran romantisisme iaitu aliran sastera yang memberi penekanan kepada perasaan romantik, pilu dan sedih.Aliran realisme ialah aliran yang menggembleng isu masyarakat yang memperjuangkan keadilan sosial.

(12)

Selepas perang sehingga tahun 1970-an penulisan novel tidak begitu menggalakkan namun kemunculan penulis skrip dan drama telah mengambil tempat.Dalam dekad 50-an dunia persajakan Melayu telah terhasil sejajar dengan faktor kepesatan penghasilan novel, cerpen dan drama.Zaman Mutakhir adalah zaman dalam tahun-tahun 1980-an.Cerpen-cerpen berkembang pesat dalam dekad ini kerana majalah, akhbar , sayembara dan kumpulan cerpen memberi sumbangan yang amat bermakna.Pengarang veteran terus berkarya sekalipun penulis baru muncul dari semasa ke semasa.

1.3 Bentuk-bentuk Kesusasteraan Melayu Moden.

1.3.1 Novel

Novel berasal dari bahasa Italia (novella),German ( novelle), dan Yunani (novellus) yang membawa maksud sebuah karya prosa fiksyen yang panjang. Novel merupakan karya fiksyen yang mengungkap aspek-aspek yang lebih mendalam dan disajikan dengan halus. Menurut Kamus Dewan novel didefinisikan sebagai cerita dalam bentuk prosa, biasanya panjang dan kompleks yang berkaitan dengan pengalaman dan kelakuan sosial. Menurut Hashim Awang novel adalah prosa cerita yang panjang dan menceritakan kisah hidup manusia pada sesuatu tempat dan dalam suatu masa tertentu untuk menlahirkan satu persoalan kehidupan yang

menarik. Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) (1995 : 694) Novel adalah karangan prosa yang panjang mengandung rangkaian cerita kehidupan seseorang dengan orang-orang disekelilingnya dengan menonjolkan watak dan sifat setiap pelaku. Novel adalah salah satu karya fiksyen berbentuk prosa. Sebuah novel mempunyai ciri-ciri seperti:

i. ditulis dengan gaya narasi, yang kadang-kadang digabungkan dengan maklumt untuk menggambarkan suasana;

ii. bersifat realistik, kerana ia merupakan tanggapan pengarang terhadap situasi persekitarannya;

iii. Ia lebih panjang, biasanya lebih dari 10,000 patah perkataan dan iv. Jalan ceritanya lebih kompleks.

(13)

Novel merupakan kesinambungan daripada genre hikayat dan cerita lipur lara. Syed Syeikh Al-Hadi dianggap sebagai Bapa Pernovelan berdasarkan kajian yang menunjukkan bahawa Hikayat Setia Asyik Kepasa Maksyuknya atau Hikayat Faridah Hanum merupakan novel pertama yang dihasilkannya. Selain Syed Syeikh al-Hadi, Abdul Rashid Talu merupakan novelis pertama yang menghasilkan novel Melayu asli seperti Kawan Benar (1927), Iakah Salmah? dan 12 Kali

Sengsara. Pada tahun 1960-an dan 1970-an, banyak novel bermutu dihasilkan. Manakala pada tahun 1970-an dan 1980-an, persoalan moral dan agama kembali mendominasi Kesusasteraan Melayu Moden. Ini adalah disebabkan kesedaran mendalam para pengarang untuk mengajak khalayak mempraktikkan ajaran Islam.

Berikut merupakan bentuk-bentuk novel yang ada dalam Kesusasteraan Melayu moden seperti, novel saduran, novel Melayu asli, novel berunsur Islam, novel remaja, novel kanak-kanak, novel popular, novel konvensional, novel sejarah, novel absurd dan novel tak konvensional.

1.3.2 Cerpen

Cerita pendek atau sering disingkat sebagai cerpen adalah suatu bentuk prosa naratif. Cerita pendek cenderung padat dan menjurus kepada tujuannya berbanding kepada karya fiksyen yang lebih panjang seperti novel. Cerita pendek berasal dari latar sebuah situasi yang digambarkan singkat yang dengan cepat tiba pada tujuannya, dengan selaras dengan cerita lisan. Cerpen cenderung untuk menghasilkan cerita kurang kompleks berbanding novel. Ia biasanya

memusatkan perhatian pada satu kejadian, mempunyai satu plot, jumlah watak yang terbatas dan mencakupi waktu yang singkat.

Cerpen mula muncul awal tahun 1920 yang bertajuk Kecelakaan Pemalas karya Nor bin Ibrahim yang lebih berlatarbelakangkan negara-negara Barat dan Timur Tengah. Kemudian terdapat persoalan baru iaitu gesaan mencapai kemajuan dalam bidang pelajaran dan penguasaan ilmu melalui’ Berusaha Itu Perbendaharaan yang Kekal’ dan beberapa cerpen lain seperti ‘Si Buta Menyesal Menjadi Celik, Dari Perangkap Ke Penjara dan Kejadian Dalam Estet. Asas 50 melahirkan tiga cerpenis iaitu Keris Mas, Usman Awang dan Awa nil-Sarkam yang melahirkan cerpen seperti Patah Tumbuh, Degup Jantung dan Putih Mata. Kesemua cerpen ini merupakan cerpen konvensional kerana ia tidak mementingkan watak utama, latar tempat dan masa yang tidak jelas dan tiada unsur konflik yang memerlukan peleraian. Cerpen absurd seperti Gap-gup-gup memanfaatkan aliran absurdisme. Di samping itu terdapat cerpen panjang,

(14)

cerpen berunsurkan Islam dan cerpen berdasarkan karya tradisional. Bentuk-bentuk cerpen dalam Kesusasteraan Melayu Moden ialah cerpen konvensional, cerpen abdurd, cerpen panjan

1.3.3 Drama

Drama bermaksud perbuatan atau tindakan. Ia berasal dari bahasa Yunani “draomai” yang bermaksud berbuat, berlaku, bertindak dan sebagainya. Drama adalah hidup yang dilukiskan dengan gerakan. Konflik dari sifat manusia merupakan sumber pokok drama. Bentuk-bentuk drama dalam Kesusasteraan Melayu Moden ialah Drama Tradisional, Drama bangsawan dan drama sandiwara.

Drama tradisional mengikut pendapat Amin Sweeney ialah karya drama yang dianggap oleh masyarakat yang mewarisinya sebagi hasil yang diwarisi secara turun temurun dari generasi yang lampau. Antara seni drama tradisional yang popular dalam masyarakat melayu adalah seperti berikut :

• Main Puteri - Drama tradisional ini berkembang dengan popular sekali di kampung-kampung di Kelantan. Drama ini digunakan untuk mengubati orang sakit. Tok Puteri memainkan peranan sebagai pawang atau bomoh untuk mengawal penyakit yang dibawa oleh roh-roh atau semangat jahat.

• Makyung - drama tradisional yang popular di Kelantan. Drama ini berasal daripada ritual memuja roh datuk nenek. Permianan makyung ini dikatakan berasal dari negeri Patani. • Menora - sejenis drama tradisioanal Melayu yang dikatakan dipengaruhi oleh seni

darama Siam. Menora telah menjadi popular dinegeri Perlis, Kedah dan Kelantan. • Wayang Kulit - sejenis drama tradisional Melayu yang terbahagi kepada beberapa jenis

seperti wayang golek, wayang wang, wayang topeng dan wayang beber. Kini hanya wayang kulit yang masih kekal.

Drama bangsawan merupakan perintis kepada persembahan drama moden. Namun, ia tidak melibatkan penggunaan skrip berbanding drama moden. Penggiatnya menghafal dialog-dialog penting sebagai jalan cerita diikuti dengan dialog-dialog lain secara spontan semasa beraksi di pentas. Cerita Bangsawan berkisar kepada kisah raja-raja yang melibatkan alam kayangan dan nyata. Watak-wataknya terdiri daripada pahlawan, putera, puteri yang kacak dan cantik, hamba,

(15)

jin dan raksasa. Persembahan bangsawan melibatkan penggunaan panggung, teknik lampu mengikut cara barat dan menggunakan set saiklorama. Biasanya tirai-tirainya mengandungi tiga hingga tujuh set yang berbeza. Antaranya tirai istana, hutan, laut, awan kampung, gua dan kosong. Terdapat juga set-set kadbod yang dilukis mengikut jalan cerita yang boleh disorong-tarik. Seni persembahan bangsawan juga dicirikan melalui teknik extra turn yang berfungsi sebagai penukar babak supaya pelakon boleh bersedia. Lazimnya dipenuhi dengan segmen nyanyian. Oleh kerana bangsawan memberi pengajaran, tirai dan kadbodnya berfungsi sebagai penarik emosi kepada penonton.

Drama Sandiwara merupakan jenis drama pada umumnya yang menggunakan percakapan (dialog), baik yang hanya dinikmati dari suaranya, maupun yang dipentaskan langsung di panggung. Drama sandiwara inilah yang masih tergolong karya sastra karena masih memiliki unsur bahasa di dalamnya. Walaupun drama jenis ini memiliki nama khusus, yaitu sandiwara, namun pada kenyataannya, kebanyakan orang menyebutnya dengan “drama” saja. Untuk drama yang dipentaskan langsung di panggung, biasanya disebut juga dengan drama teater atau teater saja. Kata teater tersebut merupakan serapan dari bahasa Inggris, yaitu theater yang bermakna tempat pertunjukan atau panggung. Sehingga, drama teater sebenarnya memiliki maksud drama panggung atau drama yang dipentaskan di panggung.

1.3.4 Sajak

Sajak satu-satunya genre puisi dalam kategori Puisi Melayu Moden yang berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima dan

sebagainya. Tema merupakan persoalan pokok atau persoalan utama yang dikemukakan dalam sesebuah puisi. Tema boleh juga diertikan sebagai idea pusat atau idea dasar. Sajak dihasilkan berdasarkan keindahan bahasa dari segi

:-• Metafora iaitu gaya bahasa kiasan atau perbandingan. Sifat gaya bahasa ini ringkas, padat, tersusun rapi dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Satu daripada perkataan itu bersifat konkrit, iaitu nyata (maujud) dan menjadi objek untuk difikirkan. Satu

perkataan lagi bersifat abstrak (mujarad), iaitu tidak nyata, yang menjadi pembanding • Personifikasi ialah gaya bahasa yang memberikan keadaan, suasana dan benda bersifat

(16)

• Perulangan merupakan gaya bahasa dalam puisi yang terdapat pengulangan perkataan, ungkapan, baris dan juga rangkap.

• Anafora - Gaya bahasa yang mengulang satu perkataan atau lebih pada awal baris puisi. Pengulangan ini menimbulkan kesan keindahan bunyi dan bertujuan untuk menguatkan pernyataan maksud.

• Epifora - Gaya bahasa yang mengulang perkataan pada akhir baris puisi yang bertujuan untuk menegaskan maksud dan menimbulkan keseragaman rima (skema atau susunan bunyi dalam baris-baris puisi).

• Inversi - Ayat songsang, sama ada songsang sebahagian atau songsang penuh.

• Responsi – contohnya : Tenaga yang sedang gilang-gemilang, Beban yang berat dapat dijulang.

• Sinkop - Pemendekan atau penyingkatan sesuatu kata.

• Aliterasi - Pengulangan huruf/bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris sajak; biasanya pada awal perkataan yang berturutan. Pengulangan menimbulkan kesan keindahan bunyi

• Asonansi - Pengulangan bunyi vokal (a, e, i, o, dan u) yang sama pada perkataan yang berturutan dalam baris-baris puisi. Pengulangan begini menimbulkan kesan kehalusan, kelembutan, kemerduan atau keindahan bunyi.

• Melankoli - Nada atau suasana yang terpancar daripada sesebuh puisi seperti nada murung, hiba dan sayu

• Jeda - Proses pembacaan sama ada senyap mahupun kuat terutama sewaktu mendeklamasikan puisi. Lazimnya jeda bermaksud pemberhentian seketika arus penuturan atau pendeklamasian sesuatu baris puisi untuk menandakan batas hubungan antara bahagian perkataan, frasa atau kalimat yang terdapat dalam sesuatu baris itu. Jeda juga memberikan ruang kepada seseorang pendeklamasi mengambil nafas terutama apabila mendeklamasikan sesuatu kalimat yang panjang.

• Simili - Gaya bahasa yang membandingkan sesuatu benda, keadaan atau suasana dengan jelas. Ini kerana perbandingan itu menggunakan kata-kata tertentu, iaitu bagai, seperti, bak, laksana, dan umpama.

• Hiperbola - Gaya bahasa puisi yang pemilihan perkataannya membawakan pernyataan marah kian menyemarak

(17)

• Diksi - Pemilihan serta penyusunan perkataan yang mengutamakan ketepatan, tekanan dan keistimewaan puisi. Ini termasuklah sifat perkataan tersebut seperti denotatif (perkataan yang bermakna selapis atau tersurat), konotatif (berkaitan dengan hal-hal peribadi seseorang sama ada yang riang, gembira, manis mahupun pahit – bunga bermaksud gadis atau kupu-kupu malam membawa konotasi perempuan yang rendah akhlak), bahasa kiasan (bahasa figuratif, iaitu bahasa penyair untuk mengemukakan sesuatu perasaan dan pemikiran secara bandingan atau secara tidak langsung – ombak kehidupan), perkataan yang menggunakan imbuhan dan sebagainya.

1.4Aliran Dalam Kesusasteraan Melayu Moden 1.4.1 Klasikisme

Klasikisme- yang bermaksud sesuatu yang bermutu dan tinggi nilainya.Sumber lain menyatakan bahawa klasik bererti karya yang tinggi nilainya dan sering dijadikan took ukur atau karya sastera zaman kuno yang bernilai kekal. Klasik berasal dari perkataan classic yang bermaksud yang bermutu tinggi nilainya. Ia merujuk kepada karya sastera yang agung terutamanya karya zaman Greek dan Latin. Klasik juga boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang memiliki kedudukan yang diakui dan tidak diragui. Dalam kesusasteraan, klasik berupa karya yang tinggi nilainya dan sering menjadi kayu pengukur atau karya sastera zaman kuno yang bernilai kekal. Klasikisme merupakan satu aliran yang berpegang kepada pemikiran bahawa karya sastera mestilah mengutamakan bentuk, isi dan penuh dengan emosi. Aliran ini juga sangat mementingkan nilai yang terkandung dalam sesebuah karya. Pengarang aliran klasikisme ini patuh kepada konvensi sastera yang sedia ada, misalnya, konvensi pantun mestilah dipatuhi, isinya telah dikenalpasti dan matlamatnya juga telah ditentukan.

1.4.2 Romantisisme

Romantisisme merupakan aliran yang memfokuskan kepada perasaan. Perasaan merupakan ungkatapan romantic, sedih dan pilu terhadap orang yang dikasihi Romantisisme adalah sebuah karya sastera yang berasal dari Eropah Barat pada abad ke-18 pada masa Revolusi Industri. Aliran in merupakan revolusi yang melawan norma-norma kebangsawanan, sosial dan politik

(18)

dan reaksi terhadap rasionalisme dalam sastera. Gerakan ini menekankan emosi yang kuat sebagi sumber dari pengalaman. Ia juga mengesahkan imaginasi individu sebagai otoriti kritis yang memungkinkan kebebasan dari pemahaman klasik tentang bentuk dalam seni. Aliran karya sastera ini memfokuskan kepada perasaan. Konsep ini muncul di Eropah sebagai reaksi kepada rasionalisme. Aliran ini beranggapan bahawa fikiran manusia adalah terbatas. Tafsiran ini berkaitan dengan karya yang bergelumang dengan perasaan. Perasaan itu merupakan ungkapan romantik yang bukan saja.

1.4.3 Realisme

Realisme adalah aliran yang memperjuangkan keadilan sosial dalam kehidupan yang melibatkan isu-isu kemasyarakatan Realiti boleh didefinasikan secara longgar sebagai sesuatu yang benar dan bukan khayalan atau rekaan. Dalam bidang penulisan sastera, aliran yang mengemukakan gambaran masyarakat berdasar kejadian yang sebenar dikenali sebagai realisme. Aliran realisme ini telah mula tumbuh dalam abad 19 di Eropah sebagai suatu penolakan terhadap aliran romantisme yang berlalu berisi angan-angan kosong dan perasaan cinta-kasih yang berlebih-lebihan. Dalam kesusasteraan Melayu, konsep realisme mula bertapak dalam tahun 50-an dengan diasaskan oleh ASAS '50 (Angkatan Sasterawan '50). Sasterawan-sasterawan ASAS '50 'terpaksa' memilih aliran realisme ketika itu untuk melaksanakan cita-cita mereka memperjuangkan keadilah, kemakmuran dan kemajuan masyarakatnya yang dalam belenggu

penjajahan itu.

Menurut konsep realisme ASAS '50, karya sastera harus mendorong masyarakat/pembaca ke arah mengubah dan memperbaiki nasib manusia. Kerana itulah mereka melaungkan slogan 'Seni Untuk Masyarakat'. Sehingga ke hari ini, realisme telah menjadi begitu ampuh dalam penulisan sastera Melayu sehingga seolah-olah itulah satu-satunya aliran sastera yang dikenali oleh sasterawan-sasterawan kita. Akibat daripada kecenderungan untuk memihak kepada politik dan idea-idea sosialis, muncul satu cabang baru dalam realisme iaitu realisme sosialis.

1.4.4 Naturalisme

Naturalisme merupakan aliran yang menggambarkan sesuatu objek di dalam bentuk sebenarnya Aliran naturalisme lahir sebagai reaksi terhadap aliran pendidikan Aristotalian-Thomistik. Naturalisme lahir pada abad ke 17 dan mengalami perkembangan pada abad ke 18. Naturalisme

(19)

berkembang dengan cepat dalam bidang sains. Ia berpandangan bahawa "Learned heavily on the knowledge reported by man's sense". Naturalisme berasal dari perkataan “nature.” .

Naturalisme merupakan teori yang menerima “nature” (alam) sebagai keseluruhan realiti. Istilah “nature” mempunyai berbagai-bagai maksud. Istilah naturalisme adalah berlawanan dengan istilah supernaturalisme yang mengandung pandangan dualistik terhadap alam dengan adanya kekuatan yang ada (wujud) di atas atau di luar ala. Aliran naturalisme didukung oleh tiga aliran besar yaitu realisme, empirisme dan rasionalisme. Pada peringkat ini, para penulis yang mendukungnya dan mengemukakan karya yang isi dan persoalannya benar wujud di dalam masyarakat, terutama kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat.

1.4.5 Absurdisme

Absurdisme adalah suatu fahaman atau aliran yang didasarkan pada kepercayaa bahawa manusia secara umum tidak bererti dan tidak masuk akal. Kesedaran para pengikut aliran ini terhadap tata tertib sering bertentangan dengan kepentingan masyarakat umum. Aliran absurdisme berkaitan dengan eksistensialisme dan nihilisme.

Manusia seolah-olah kehilangan segala-galanya selepas Perang Dunia Kedua. Keadaan ini telah membentuk kekosongan dalam jiwa manusia kecuali jiwa para pengarang. Karya-karya yang dihasilkan bertentangan dengan kenyataan dan tidak masuk akal dan mustahil. absurdisme-karya-karya yang dihasilkan adalah yang bertentangan dengan kenyataan dan tidak masuk akal. 1.4.6 Surealisme

Surealisme adalah sebuah aliran kesusastreraan yang menjelajahi dan merayakan alam mimpi dan fikiran bawah sedar melalui penciptaan sebuah karya. Para surealisme dipengaruhi oleh Sigmund Freud iaitu seorang psikonalisis dari Austria. Surealisme ialah gerakan budaya yang bermula pada pertengahan tahun 1920-an.

Surealisme merupakan seni dan penulisan yang paling banyak dikenal. Karya ini memiliki unsur kejutan, barang tak terduga yang ditempatkan berdekatan satu sama lain tanpa alasan yang jelas. Banyak seniman dan penulis surealis yang memandang karya mereka sebagai ungkapan gerakan ahli falsafah yang pertama dan paling maju. Karya tersebut merupakan artifak, dan Andre Breton

(20)

mengatakan bahwa surealisme berada di atas segala gerakan revolusi. Surrealisme-karya yang tidak rasional dalam kehidupan manusia iaitu aspek bawah sedar.

1.4.7 Islaminisme

Islaminisme adalah sebuah fahaman yang pertama kali dicetuskan oleh Jamal-al Din sebagai tokoh fahaman politik alternative dalam menyatukan Negara-negara di Daerah Palastin. Aliran ini muncul di Malaysia akibat tercetusnya polemic sastera Islam. Menurut aliran ini, karya sastera yang terhasil perlu mengikut lunas Islam. Karya harus perlu melukiskan kejernihan hidup orang bertakwa dan menggambarkan ketidaktenteraman orang yang menjauhi Islam. Keislaman-melukiskan kernihan hidup orang yang berhati mulia dan bertawakal.

1.5 Kritikan Sastera Berdasarkan Teori Kesusasteraan, Unsur-Unsur Intrinsik Dalam Karya Kasut Kelopak Jantung

1.5.1 Pengenalan

Menurut takrif Kerlinger, teori ialah suatu himpunan konsep, definisi dan saranan yang berkaitan antara satu sama lain. Ia memberi gambaran teratur berkaitan sesuatu fenomena dengan menyatakan hubungan antara angkubah untuk menerangkan dan meramalkan fenomena tersebut. Abdul Aziz merumuskan bahawa teori pada dasarnya ialah satu set dakwaan atau prinsip tentang sesuatu fenomena. Fenomena yang dimaksudkan di dalam kes ini ialah kesusasteraan.Hashim Awang menyimpulkan erti kesusasteraan sebagai ciptaan seni yang berfaedah kepada khalayak dan disampaikan melalui bahasa. Daripada huraian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ‘teori kesusasteraan’ bermaksud prinsip asas yang mendasari pengetahuan dan perkembangan sesuatu fenomena(ciptaan seni).

Dalam menjelaskan kritikan menggunakan teori kesusasteraan, penulis akan mengkaji karya prosa moden iaitu cerpen Kasut Kelopak Jantung (Ghazali Lateh) menggunakan Teori Klasik Kesusasteraan iaitu menggunakan Teori Moral. Teori ini memberi penekanan kepada aspek kesan yang timbul akibat pembacaan karya kreatif, menonton atau mendengar puisi.

(21)

Kegiatan sastera baik lakonan, pembacaan teks dan berpuisi dianggap dapat memberi kesan langsung kepada penonton, pendengar atau pembaca. Aspek psikologi seperti emosi , perasaan dan sikap menjadi indikator dalam kritikan ini.

1.5.2 SINOPSIS ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG

Cerpen ini mengisahkan Cikgu Harun yang menerima bungkusan hadiah setiap tahun, terutamanya pada Hari Guru teringat semula peristiwa yang berlaku tiga puluh tahun dahulu sewakta beliau bertugas sebagai guru di kawasan pedalaman. Cikgu Harun sememangnya seorang guru yang tegas dalam soal keceriaan pelajar dan kelas. Beliau memarahi Ahmad yang tidak memakai kasut sekolah walaupun sudah tiga minggu sesi pesekolahan bermula. Di padang sekolah, Ahmad sekali lagi dimarahi Cikgu Harun kerana tidak membawa pakaian sukan. Oleh sebab itu, Cikgu Harun mendenda Ahmad dengan menyuruhnya mancari tali rafia untuk mengikat kelopak jantung pisang pada bahagian kakinya untuk dijadikan “kasut”. Ahmad merupakan murid yang patuh akan arahan gurunya terus mengikat kelopak jantung pisang. Dia berasa malu atas denda yang dikenakan oleh Cikgu Harun yang sebenarnya mahu Ahmad membeli kasut sekolah demi keselamatan kakinya. Selepas hari persekolahan tamat, Ahmad berlari ke rumah supaya kasut kelopak jantungnya tidak dikesan oleh kawan-kawan. Sejak hari itu, Ahmad tidak hadir ke sekolah. Cikgu Harun hairan akan perkara tersebut dan mengetahui bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah. Cikgu Harun yang berasa kesal atas dendanya terhadap Ahmad pula mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui perkara yang sebenar. Akhirnya, dia mengetahui bahawa Ahmad tinggal bersama ibunya yang uzur dan tua tidak mampu membeli kasut sekolah dan terpaksa mengambil upah memetik cili di kebun orang lain. Cikgu Harun yang tersentuh akan kedaifan Ahmad telah membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform sekolah. Ahmad yang berterima kasih atas pemberian Cikgu Harun telah belajar dengan gigih dan menjadi seorang pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut. terkemuka. Sejak itu, Ahmad menghadiahkan kasut kepada Cikgu Harun sebagai membalas jasa gurunya, Cikgu Harun.

(22)

1.5.3 Tema dan persoalan

Penghargaan seorang murid terhadap jasa guru yang ikhlas membantunya sewaktu murid itu miskin dengan menekankannya kepentingan memakai kasut. Dalam cerpen Kasut Kelopak Jantung kita dapat melihat dengan jelas tema yang hendak disampaikan oleh penulis iaitu berkenaan dengan mengenang jasa guru. Ahmad seorang murid yang memegang watak utama dalam cerpen ini mempunyai nilai moral yang amat tinggi apabila amat mengingati jasa gurunya satu waktu dahulu. Ingatannya terhadap gurunya iaitu Cikgu Harun telah dikenangnya sehingga beliau bekerja dengan menghadiahkan sepasang kasut pada setiap tahun apabila menjelangnya Hari Guru.

Persoalan yang diutarakan dalam Kasut Kelopak Jantung ialah tentang ketegasan guru di sekolah demi mendisiplinkan murid. Buktinya, Cikgu Harun yang tegas menyebabkan Ahmad takut untuk merenung wajahnya. Selain itu, Ahmad dimarahi Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakaian sukan

Persoalan kedua ialah keperihatinan guru terhadap masalah murid. Ini dapat dilihat daripada sikap Cikgu Harun yang prihatin akan kemiskinan keluarga Ahmad dan telah membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform sekolah.

Keikhlasan murid membalas jasa guru turut ditimbulkan dalam persoalan cerpen ini. Ini dapat dilihat daripada sikap Ahmad. Walaupun Ahmad sudah besar dan berjawatan tinggi, namun dia tetapi mengingati jasa Cikgu Harun dengan menghadiahinya sepasang kasut pada setiap Hari Guru. Setiap Hari Guru, Cikgu Harun akan menerima hadiah berupa kasut berjenama mahal daripada anak muridnya yang mengingati jasa gurunya itu walaupun sudah 30 tahun berlalu.

(23)

Persoalan kepentingan memakai kasut di sekolah dapat dilihat dengan ketegasan Cikgu Harun memastikan murid memakai kasut supaya muridnya tidak mengalami kecederaan kaki semasa mereka di sekolah.

1.5.4 PLOT

Plot atau alur adalah struktur rangkaian kejadian dalam cerita yang disusun sebagai urutan bahagian-bahagian dalam keseluruhan fiksyen atau cerpen. Dengan demikian, plot merupakan perpaduan unsur-unsur yang membangun cerita sehingga menjadi kerangka utama cerita. Plot merupakan kerangka dasar yang amat penting. Plot mengatur bagaimana tindakan-tindakan harus berkaitan satu sama lain, bagaimana suatu peristiwa mempunyai hubungan dengan peristiwa lain, serta bagaimana watak digambarkan dan berperanan dalam peristiwa itu. Terdapat beberapa perkara yang harus ditekankan untuk menghasilkan plot. Antaranya ialah :

 Dialog – pertuturan antara watak yang dapat menghidupkan cerita. Buktinya, “Ahmad, mana kasut?” tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras.

 Monolog – watak bercakap sendiri tanpa didengar atau disedari oleh sesiapa. Bukti: “Jauh juga rumah Ahmad,” bisik hati kecil Cikgu Harun.

 Monolog dalaman – kata-kata seseorang watak di dalam hati yang tidak diketahui oleh sesiapa.

Bukti: Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang mahu murid-murid berhenti sekolah. Jika tidak ada murid, dari mana datangnya kerjaya seorang guru. Murid dan guru itu saling melengkapi. Kini, seorang murid hendak berhenti sekolah. Jika itu terjadi, negara akan kehilangan seorang warga yang berpendidikan. Cikgu Harun mula disapa penyesalan yang bukan sedikit ketika itu.  Kejutan – peristiwa yang tidak disangka-sangka oleh pembaca.

Bukti: Ahmad terkejut dengan kehadiran Cikgu Harun di rumahnya dan Cikgu Harun terkejut melihat Ahmad masih memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang yang didenda oleh Cikgu Harun.

(24)

Bukti: Besok, tempat duduk Ahmad kosong. Cikgu Harun sedar bahawa Ahmad tidak datang. Selama ini, Ahmad tidak pernah ponteng sekolah. Dia rajin ke sekolah walaupun terpaksa berjalan tanpa kasut. Hari berikutnya juga Ahmad tidak datang. Hari selepasnya pun begitu. Kini, seminggu sudah Ahmad tidak hadir. Cikgu Harun berasa ada sesuatu yang tidak kena. Dia cuba mendapatkan maklumat daripada murid-murid yang lain.  Pemerian – gambaran suasana atau keadaan oleh penulis.

Bukti: Sebaik sahaja sampai si sebuah rumah, tidak ada penghuni dilihat oleh Cikgu Harun dalam rumah yang layak disebut pondok itu. Cikgu Harun memandang sekeliling. Suasana sepi sekali. Dia pasti itulah rumah Ahmad seperti yang diberitahu oleh anak-anak muridnya yang lain.

 Imbas kembali – teknik watak mengingati peristiwa yang sudah berlaku.

Bukti: Cikgu Harun mengingati peristiwa yang sudah berlaku lebih 30 tahun, kejadian beliau mendenda anak muridnya memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang

Selain perkara yang perlu untuk membentuk plot sesebuah cerita, plot terbentuk daripada permulaan, perkembangan, perumitan, puncak dan peleraian. Plot ini dimulakan pada 16 Mei, Hari Guru, Cikgu Harun menerima sebungkus hadiah yang tidak dipos. Cikgu Harus tahu benar pengirim hadiah itu dan bertanya kepada diri sendiri sama akan hadiah itu dihantar dengan ikhlas atau sindir atau kedua-duanya.

Perkembangan plot pula dapat dilihat daripada urutan cerita seperti di

bawah:-i. Cikgu Harun mengingati peristiwa yang telah berlaku 30 tahun yang lalu apabila menerima bungkusan hadiah daripada salah seorang anak muridnya.

ii. Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakakian sukan ke sekolah.

iii. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang.

iv. Ahmad berasa malu dan sedih. Dia terasa seperti disindir oleh Cikgu Harun dan banyak murid yang mentertawakannya.

Dalam sebuah plot cerita terdapat pertentangan atau kerumitan yang berlaku. Keadaan ini dapat dilihat dari bahagian

(25)

ii. Kawan Ahmad menyampaikan khabar bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah. iii. Cikgu Harun tersentuh dan berasa menyesal atas tindakannya mendenda Ahmad.

iv. Cikgu Harun mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad dan mendapati ibunya sudah uzur dan Ahmad bekerja sebagai pemetik cili untuk menampung kehidupan keluarga.

Puncak merupakan klimaks sesebuah plot cerita. Pada ketika inilah kita boleh membuat tanggapan apakah yang akan berlaku selepas itu. Ini dapat dilihat daripada bahagian:-

i. Ahmad memberitahu punca sebenar dia tidak ke sekolah, yakni tidak mampu membeli kasut sekolah sebagaimana yang diarahkan oleh Cikgu Harun.

ii. Cikgu Harun membuat keputusan untuk membelikannya sepasang kasut sekolah baharu dan sepasang pakaian sekolah baharu serta mengarahkan Ahmad supaya kembali ke sekolah.

iii. Ahmad hanya mampu mengucapkan terima kasih atas bantuan Cikgu Harun.

Peleraian merupakan penamat sesebuah plot cerita. Peleraian boleh menjadi penghujung cerita, samada peleraian yang menyedihkan, menggembirakan atau memerlukan penonton atau pembaca membuat tanggapan sendiri. Contohnya, dalam cerpen Kasut Kelopak Pisang

:-i. Cikgu Harun sudah bersara tetapi jasanya tetap dikenang oleh Ahmad.

ii. Ahmad menghadiahi Cikgu Harun sepasang kasut berjenama pada setiap Hari Guru. iii. Cikgu Harun sedar bahawa hadiah itu diberikan oleh Ahmad dengan hati yang ikhlas

sebagaimana ditulis dalam surat yang disertai bersama bungkusan kasut itu. Amad sudah berjaya menjawat jawatan tinggi.

1.5.5 WATAK DAN PERWATAKAN

i. CIKGU HARUN - Cikgu Harun sudah bersara daripada pekerjaan guru. Beliau pernah mengajar di kawasan pedalaman 30 tahun yang lalu. Dia yang prihatin akan kebajikan murid telah menghadiahkan sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut kepada Ahmad. Beliau yang pernah bertegas dengan anak muridnya itu mendapat balasan baik daripada anak muridnya yang

menghadiahinya sepasang kasut berjenama mahal pada setiap sambutan Hari Guru.

(26)

ii. AHMAD

Ahmad merupakan seorang murid miskin yang tinggal di hujung kampung, kawasan pedalaman. Dia terpaksa mengambil upah memetik cili hanya untuk mengumpulkan wang demi membeli kasut sekolah lantaran ibunya yang tua dan uzur. Ahmad tidak pernah ponteng sekolah malah sentiasa mengikut arahan gurunya, Cikgu Harun. Walaupun Cikgu Harun mengarahkannya memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang, dia tetap menurut perintah tersebut. Ahmad akhirnya menjadi seorang yang berjawatan tinggi di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar masih mengingati jasa gurunya dengan menghadiahi Cikgu Harun sepasang kasut pada Hari Guru.

iii. IBU AHMAD

Ibu Ahmad seorang wanita separuh umur yang sudah uzur. Dia tinggal bersama anaknya, Ahmad di sebuah pondok usang di hujung kampung. Walaupun miskin harta, ibu Ahmad amat menghormati tetamu kerana menjemput Cikgu Harun masuk ke rumah sementara menunggu Ahmad pulang ke rumah. Ibu Ahmad tidak bekerja lagi kerana sudah uzur. Oleh sebab itu, Ahmad terpaksa mengambil upah memetik cili demi menampung perbelanjaan keluarga di samping membeli kasut sekolah.

1.5.6 LATAR 1. Latar Tempat

i. Rumah Cikgu Harun di bandar - Cikgu Harun menerima bungkusan kasut baharu di rumahnya.

ii. Kawasan pedalaman - Cikgu Harun pernah bekerja sebagai guru di kawasan pedalaman lebih tiga puluh tahun yang lalu.

iii. Bilik darjah - Cikgu Harun pernah menegur Ahmad kerana tidak berkasut ke sekolah. Selain itu, Cikgu Harun juga bertanya kepada pelajar-pelajarnya tentang sebab Ahmad tidak hadir ke sekolah.

iv. Padang sekolah - Di kawasan padang, murid-murid melakukan aktiviti sukan dan bersenam kecuali Ahmad. Di situlah juga Ahmad didenda memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang.

(27)

v. Rumah Ahmad - Cikgu Harun pergi ke rumah Ahmad untuk menjenguknya dan mengenal pasti sebab dia tidak hadir ke sekolah.

vi. Kebun sayur - Ahmad bekerja sebagai pemetik cili di kebun sayur untuk menampung perbelanjaan keluarga.

vii.Pekan - Cikgu Harun pergi ke pekan untuk membeli sepasang kasut sekolah baharu dan sepasang uniform sekolah baharu kepada Ahmad supaya dia dapat ke sekolah semula. 2. Latar Masa

i. Zaman moden - Cikgu Harun sudah bersara dan tinggal di bandar pada zaman moden ini. Selain itu, Ahmad sudah menjadi pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka.

ii. 30 tahun yang lalu - Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakakian sukan ke sekolah. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang. Ahmad berasa malu dan sedih. Dia terasa seperti disindir oleh Cikgu Harun dan banyak murid yang mengetawakannya.

iii. Tempoh seminggu - Selepas didenda oleh Cikgu Harun, Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu dan kawannya memberitahu Cikgu Harun bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah.

iv. Waktu pagi tiga minggu selepas sekolah dibuka - Ahmad dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut sekolah dan tidak membawa pakaian sukan untuk aktiviti pendidikan jasmani di padang.

v. Suatu petang selepas seminggu Ahmad tidak hadir ke sekolah. - Cikgu harun pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui sebab dia mahu berhenti sekolah.

vi. 16 Mei - Cikgu Harun mendapat hadiah berjenama mahal daripada muridnya setiap sambutan Hari Guru.

vii.Selepas sekolah tamat / tengah hari - Ahmad yang malu selepas didenda memakai kasut kelopak jantung telah lari ke rumah.

(28)

Latar Masyarakat a. Masyarakat guru

Bukti: Cikgu Harun yang sudah bersara mengingati peritiwa yang berlaku lebih 30 tahun yang lalu.

b. Masyarakat pelajar

Bukti: Ahmad merupakan pelajar sekolah yang belajar dalam tahun tiga di kawasan pedalaman. Dia pernah dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut ke sekolah dan tidak membawa pakaian sukan.

c. Masyarakat miskin

Bukti: Ahmad dan ibunya tinggal di sebuah pondok kecil kerana hidup dalam kesederhaan. Lagipun, Ahmad terpaksa mengambil upah memetik cili dalam usia yang muda.

d. Masyarakat yang mengenang jasa guru

Bukti: Ahmad seorang murid yang amat mengenang jasa Cikgu Harun. Setiap kali sambutan Hari Guru, dia akan menghantar bungkusan berisi kasut berjenama mahal untuk dihadiahkan kepada Cikgu Harun. Hal ini membuktikan bahawa dia amat menghargai jasa gurunya walaupun sudah berjaya dalam kehidupan.

e. Masyarakat yang tabah menghadapi kemiskinan

Bukti: keluarga Ahmad tabah menghadapi kemiskinan hidup. Dia dan ibunya tinggal di sebuah pondok di hujung kampung

1.5.7 Sudut Pandangan

Pada pandangan saya, antalogi Kasut Kelopak Jantung ini sarat dengan nilai murni yang boleh dipraktikkan di kalangan masyarakat hari ini yang semakin tandus dengan nilai-nilai baik

terutama nilai hormat menghormati dan nilai mengenang jasa baik orang lain. Antara nilai murni yang dapat kita lihat dalam antologi Kasut Kelopak Jantung ini ialah nilai

:-i. Menghormati orang yang lebih tua

Pengajaran : Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua dan yang lebih berpengalaman daripada kita.

Bukti: Ahmad amat menghormati Cikgu Harun dan tidak pernah mengingkari arahannya.

(29)

ii. Keinsafan

Pengajaran : Kita mestilah sedar akan kesilapan yang kita lakukan supaya tidak mengulanginya.

Bukti: Cikgu Harun sedar bahawa dendanya agak keterlaluan dan dia tersentuh dengan keputusan Ahmad yang mahu berhenti sekolah kerana tidak mampu membeli kasut sekolah.

iii. Keikhlasan

Pengajaran : Kita mestilah ikhlas semasa memberikan hadiah kepada seseorang. Bukti: Cikgu Harun tahu bahawa anak muridnya, Ahmad ikhlas memberikannya hadiah berupa sepasang kasut berjenama demi menghargai jasa gurunya.

iv. Ketabahan

Pengajaran :Kita mestilah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri.

Bukti: Ahmad dan ibunya tabah menghadapi kemiskinan dan dia sanggup mengambil keputusan untuk berhenti sekolah demi bekerja memetik cili untuk menampung perbelanjaan keluarga.

v. Kesabaran

Pengajaran : Kita mestilah sabar menghadapi segala masalah dalam kehidupan. Bukti: Cikgu Harun sabar menghadapi masalah anak muridnya, Ahmad yang tidak membawa kasut dan pakaian sukan.

vi. Kegigihan

Pengajaran : Kita mestilah gigih belajar supaya menjadi manusia yang berjaya. Bukti: Ahmad gigih belajar tidak pernah ponteng sekolah walaupun miskin sehingga berjaya menjadi seorang pengurus besar syarikat kasut berjenama.

vii. Bertanggungjawab

Pengajaran :Kita mestilah memikul tugasan yang diberikan dengan penuh bertanggungjawab.

Bukti: Cikgu Harun seorang guru yang bertanggungjawab kerana dia memastikan semua anak muridnya memakai pakaian sekolah yang sesuai untuk menjalankan aktiviti bersenam di padang.

(30)

viii. Kesungguhan

Pengajaran : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh demi mengubah kehidupan keluarga yang miskin.

Bukti: Ahmad belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya menjawat jawatan tinggi dalam sebuah syarikat kasut berjenama.

ix. Baik hati

Pengajaran : Kita mestilah menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang

memerlukannya mengikut kemampuan kita demi mengurangkan beban mereka. Bukti: Cikgu Harun membelikan Ahmad sepasang kasut sekolah dan sepasang uniform sekolah

1.5.8 Gaya Bahasa

Penyusunan cerpen ini telah disusun dengan begitu indah dengan permulaan cerita dengan dimulakan oleh Cikgu Harun yang menerima hadiah dari seseorang tanpa diketahuinya siapakah orang itu.Ingatan Cikgu Harun terhadap seorang muridnya yang miskin , yang pernah didendanya satu ketika dahulu telah mengingatkan Cikgu Harun siapakah pemberi hadiah tersebut.

Di sini jelas kepada kita bahawa nilai dan sikap tegas Cikgu Harun satu ketika dahulu telah membuahkan kejayaan kepada anak muridnya. Kesungguhan Cikgu Harun untuk membantu anak murid tersebut telah menjadi semangat kepada anak murid untuk meraih kejayaan di masa hadapan.

Gaya bahasa dalam cerpen Kasut Kelopak Jantung dapat kita lihat dari segi pemilihan kata, penyusunan ayat, dan sebagainya.Aspek yang menjadi focus stail dan gaya bahasa merupakan satu keistimewaan dalam cerpen ini.Kehidupan orang Melayu yang dipenuhi dengan penggunaan bahasa yang puitis , indah dan menarik menguatkan lagi unsur-unsur intrinsik dalam cerpen ini. Dalam pernyataan Kadang-kadang Ahmad dilihatnya seperti lurus bendul.(hal 82)Penggunaan peribahasa lurus bendul menunjukkan sifat moral atau sifat yang baik seorang murid terhadap gurunya yang bersifat jujur dalam semua keadaan.

Untuk memperindahkan sesuatu teks sastera, teks tersebut juga hendaklah disertai dengan latar atau setting.Latar ialah segala unsur atau aspek yang mengiringi dan mendampingi perkembangan sesebuah tema dan persoalan yang menjadi pokok pemikiran pengarang.Unsur

(31)

dalam latar ialah tempat, cara hidup watak , budaya dan masa.Latar masyarakat terdiri daripada mereka yang hidup di kampung.Watak utama yang hidup di kampung hidup dalam kesusahan namun mempunyai keperibadian moral yang amat tinggi.Watak diceritakan dengan nilai moral yang baik seperti patuh, bertanggungjawab dan seorang yang gigih berusaha.

Latar tempat dalam cerpen yang dikaji ialah di dalam kelas darjah tiga iaitu kelas Ahmad , di padang sekolah Ahmad dan di rumah Ahmad sendiri.Latar masa pula ialah peristiwa 30 puluh tahun yang lalu.

Refleksi psikologi yang menyentuh dan meninggalkan kesan kepada pembaca atau penonton yang mengamati sesebuah karya menunjukkan ukuran dan kesan pengaruh sesebuah karya itu terhadap khalayak.Begitulah , penghasilan teori moral yang digunakan dalam mengkritik cerpen ini yang mana jelas keprihatinan Cikgu Harun untuk membantu anak muridnya Ahmad setelah melihat kemiskinan hidup Ahmad .Bantuan yang dihulurkan oleh Cikgu Harun kepada Ahmad dapat menyedarkan kepada kita sebagai pembaca teori moral juga dapat disalurkan dengan baik dalam karya sastera.Unsur humanisme, ideology dan agama menjadi perkara utama dalam kritikan moral dalam sesebuah teks sastera.

Penutup

Demikianlah gambaran tentang bagaimana sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional dan kesusasteraan moden Negara kita.Perjalanan untuk mencapai kemajuan sehingga kini bukanlah berlangsung secara licin, tetapi penuh ranjau dan onak yang mencabar kegigihan tokoh-tokoh penjuang bahasa dan sastera Negara kita.

Hasilnya kini, para pelajar kita dapat melihat khazanah sastera yang begitu indah sehingga dapat dijadikan teks untuk mereka belajar, mengkaji dan mendalami keindahan sastera yang kita warisi dari generasi ke generasi.

(32)

RUJUKAN

A.Wahab Ali,2000.Kritikan Estetik Sastera.Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Dr Harun Jaafat,2009.HBML 4203 Kesusasteraan Melayu .Open University Malaysia, Selangor Darul Ehsan

Hashim Awang,1988.Kritikan Kesusasteraan – Teori dan Penulisan.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Masri Karjah,2010.Antologi Kasut Kelopak Jantung & Novel Istana Menanti.Oxford Fajar Sdn Bhd.

Mustafa Mohd Isa,1999.Kajian Teks Melayu Klasik Terpilih.Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Sahlan Mohd Saman, 1986.Sastera Bandingan Konsep Teori dan Amalan.Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd

Shamsuddin Jaafar,1995.Membesar Bersama Kesusasteraan.Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

S.Othman Kelantan.100 tahun Pergerakan Bahasa dan Sastera Melayu 1888-1988,Dewan Bahasa dan Pustaka

Teuku Iskandar,1995.Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad.Shah Alam:Malindo Printers Sdn Bhd

(33)

Referensi

Dokumen terkait

Disertasi adalah karya puncak seorang akademisi yang disuguhkan ke publik dengan prinsip “sempurna dulu” sebelum dibaca orang lain agar pembaca memberi kesan baik

Sehubungan dengan adanya pendekatan psikologi sastra dalam memahami karya sastra, baik melalui pendekatan pengarang sastra, proses kreatif, maupun para pembaca karya

c. Tokoh dan penokohan berkaitan dengan diri sendiri, dengan diri pembaca sehingga mudah dipahami. Cerita pendek merupakan karya sastra yang adalah refleksi kehidupan. Oleh

Ornamen suku Dayak merupakan komponen estetis utama dalam proses perwujudan karya ini. Ornamen suku Dayak merupakan aspek yang memberi kesan etnisitas kuat pada

Disertasi adalah karya puncak seorang akademisi yang disuguhkan ke publik dengan prinsip “sempurna dulu” sebelum dibaca orang lain agar pembaca memberi kesan baik

Makna modifikasi adalah memberi sentuhan baru untuk menghasilkan tampilan yang berbeda tanpa harus meninggalkan jejak asli dari karya tersebut (Avantie,2010 :78). Oleh

Saran yang diajukan : 1 Guru bahasa dan sastra Indonesia sebaiknya dapat menggunakan novel “Eliana” karya Tere-Liye sebagai bahanpembelajarankarakter, 2 kepada pembaca novel “Eliana”

Kafilah Cinta karya el Alyyi dari tinjauan sosiologi sastra merepresentasikan dengan baik permasalahan umum dalam masyarakat sekaligus dapat bertindak sebagai inspirasi untuk pembaca