• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 1 D.R. 31/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 1 D.R. 31/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

D.R. 31/2017

RANG UNDANG-UNDANG

b e r n a m a

Suatu Akta untuk meminda Akta Tabung Angkatan Tentera 1973.

[ ]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2017.

(2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Pindaan seksyen 2

2. Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 [Akta 101], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—

(2)

(b) dengan memasukkan selepas takrif “personel bersara”

takrif yang berikut:

‘ “skim anuiti veteran” ertinya skim yang ditubuhkan di bawah seksyen 15d bagi pembayaran anuiti;’.

Pindaan seksyen 3

3. Seksyen 3 Akta ibu dipinda—

(a) dalam perenggan (1)(a), dengan memasukkan selepas

perkataan “(3)(a)” perkataan “, dan skim anuiti veteran bagi faedah orang yang dinyatakan di bawah perenggan (3)(aa)”;

(b) dalam subseksyen (2)—

(i) dengan menomborkan semula perenggan (bb) dan (bc) sedia ada masing-masing sebagai perenggan (bc) dan (bd);

(ii) dengan memasukkan selepas perenggan (ba) perenggan yang berikut:

“(bb) pembayaran anuiti menurut skim anuiti veteran;”; dan

(iii) dalam perenggan (bd) yang dinomborkan semula, dengan menggantikan perkataan “perenggan (bb)” dengan perkataan “perenggan (bc)”;

(c) dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas

subperenggan (a)(iii) perenggan yang berikut:

“(aa) faedah di bawah skim anuiti veteran hendaklah diberikan kepada askar-lasykar yang disebut dalam perenggan 15d(1)(a) dan pegawai yang

disebut dalam perenggan 15d(1)(b); dan”; dan (d) dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan

(3)

Pindaan seksyen 9

4. Seksyen 9 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3) Jika seseorang askar-lasykar berkelayakan untuk pencen—

(a) potongan gajinya di bawah subseksyen (1) hendaklah

diteruskan sehingga dia diberhentikan daripada perkhidmatan dengan angkatan tetap Malaysia;

(b) pembayaran di bawah subseksyen (2) hendaklah

terhenti daripada dibuat berkenaan dengan caruman yang dibuat di bawah perenggan (a); dan

(c) segala pembayaran yang telah dibuat di bawah

subseksyen (2) yang masih ada pada kredit akaun askar-lasykar itu hendaklah dikeluarkan dan dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.”.

Pindaan seksyen 9a

5. Seksyen 9a Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (3)—

(i) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “not” dengan perkataan “neither”; (ii) dengan memasukkan selepas perkataan “ganjaran

tamat perkhidmatan” perkataan “dan juga tidak memilih untuk menyertai skim anuiti veteran”; (iii) dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas

koma bernoktah di hujung perenggan itu perkataan “dan”;

(iv) dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “; dan” di hujung perenggan itu dengan noktah; dan

(4)

(b) dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen

yang berikut:

“(3a) Seseorang pegawai yang mencarum di bawah

subseksyen (1) yang telah menamatkan kurang daripada dua puluh tahun perkhidmatan dan tidak memilih untuk dibayar ganjaran tamat perkhidmatan tetapi memilih untuk menyertai skim anuiti veteran hendaklah, apabila genap tempoh perkhidmatannya, dibayar nilai carumannya kepada Tabung dan dividen bagi tempoh caruman itu, dan nilai caruman daripada Kumpulan Wang Disatukan yang direkodkan mengikut subseksyen (2) hendaklah dibayar ke dalam Tabung bagi kredit akaun pegawai itu.”.

Pindaan seksyen 11

6. Seksyen 11 Akta ibu dipinda dalam perenggan (2)(ba) dengan menggantikan perkataan “itu” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “yang ditubuhkan di bawah seksyen 15a”.

Pindaan seksyen 12

7. Seksyen 12 Akta ibu dipinda—

(a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“subseksyen” dengan perkataan “subseksyen (1a) dan”;

dan

(b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen

yang berikut:

“(1a) Jika pengeluaran di bawah perenggan (1)(b) atau (c)

dibuat oleh seorang askar-lasykar yang disebut dalam perenggan 15d(1)(a) atau seorang pegawai yang disebut

dalam perenggan 15d(1)(b)—

(a) pengeluaran itu hanya terpakai bagi—

(i) berkenaan dengan seorang askar-lasykar— (A) carumannya kepada Tabung dan

dividen bagi tempoh caruman itu; dan

(5)

(B) dividen bagi pembayaran yang dibuat di bawah subseksyen 9(2) tetapi tidak termasuk dividen bagi tahun sebelum pemberhentian askar-lasykar itu daripada perkhidmatan dengan angkatan tetap Malaysia; atau

(ii) berkenaan dengan seorang pegawai, carumannya kepada Tabung dan dividen bagi tempoh caruman itu; dan

(b) baki amaun yang ada pada kredit akaun askar-lasykar atau pegawai itu di bawah Akta ini hanya boleh dikeluarkan apabila askar-lasykar atau pegawai itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mati atau dalam hal keadaan yang diluluskan oleh Lembaga.”.

Seksyen baharu 15d

8. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 15c

seksyen yang berikut:

“Penubuhan skim anuiti veteran

15d. (1) Suatu skim yang bernama skim anuiti veteran

hendaklah ditubuhkan bagi pembayaran anuiti kepada—

(a) seorang askar-lasykar yang memenuhi syarat yang

berikut:

(i) dia telah diberhentikan daripada perkhidmatan dengan angkatan tetap Malaysia kecuali atas alasan salah laku; dan

(ii) dia tidak berkelayakan untuk pencen; dan

(b) seorang pegawai yang memenuhi syarat yang berikut:

(i) dia telah menamatkan kurang daripada dua puluh tahun perkhidmatan dan tidak ditamatkan atas alasan salah laku;

(6)

(ii) dia tidak memilih untuk dibayar ganjaran tamat perkhidmatan; dan

(iii) dia telah memilih untuk menyertai skim anuiti veteran.

(2) Anuiti hendaklah dibayar secara bulanan mengikut apa-apa kuantum sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga daripada keuntungan tahunan yang diisytiharkan ke atas—

(a) bayaran yang dikreditkan di bawah subseksyen 9(2)

kepada akaun seorang askar-lasykar yang disebut dalam perenggan (1)(a); atau

(b) nilai caruman daripada Kumpulan Wang Disatukan

yang direkodkan mengikut subseksyen 9a(2) dan

dibayar ke dalam Tabung bagi kredit akaun pegawai yang disebut dalam perenggan (1)(b).

(3) Pembayaran anuiti di bawah subseksyen (2) hendaklah terhenti daripada kena dibayar jika amaun yang disebut dalam perenggan (2)(a) atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan, dikeluarkan di bawah perenggan 12(1a)(b).

(4) Caruman bagi kredit seorang askar-lasykar yang disebut dalam perenggan 15d(1)(a) dan seorang pegawai yang disebut

dalam perenggan 15d(1)(b) tidak boleh dikira bagi maksud

seksyen 15c.”.

Pindaan seksyen 22

9. Seksyen 22 Akta ibu dipinda—

(a) dengan menomborkan semula perenggan (aa) sedia ada

sebagai perenggan (ab); dan

(b) dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan

yang berikut:

“(aa) perkara yang berhubungan dengan pelaksanaan skim anuiti veteran termasuk cara pembayaran anuiti dan peruntukan bagi penamaan orang untuk menerima apa-apa amaun yang ada pada kredit akaun seseorang askar-lasykar dan seseorang pegawai dalam hal kematiannya;”.

(7)

Peruntukan kecualian

10. Akta ini tidak terpakai bagi askar-lasykar yang, pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa, masih berkhidmat dalam angkatan tetap Malaysia dan tidak memilih untuk menyertai skim anuiti veteran, dan peruntukan Akta ibu yang berkuat kuasa sebaik sebelum Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah terpakai bagi askar-lasykar itu seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.

HURAIAN

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 (“Akta 101”). Pindaan yang dicadangkan bertujuan untuk memperuntukkan tentang pembayaran anuiti kepada askar-lasykar yang diberhentikan daripada perkhidmatan, dan pegawai yang telah menamatkan kurang daripada dua puluh tahun perkhidmatan dan memilih untuk menyertai skim anuiti veteran. Pindaan yang dicadangkan juga bertujuan untuk menghendaki supaya pemotongan gaji bagi caruman askar-lasykar yang berkelayakan untuk pencen diteruskan jika perkhidmatan mereka disambung sehingga mereka diberhentikan daripada perkhidmatan dengan angkatan tetap Malaysia.

2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas Akta yang dicadangkan dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan.

3. Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan takrif baharu “skim anuiti veteran”

ke dalam Akta 101.

4. Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 3 Akta 101 untuk membenarkan Tabung digunakan bagi pembayaran anuiti di bawah skim anuiti veteran. 5. Fasal 4 bertujuan untuk meminda subseksyen 9(3) Akta 101 untuk memperuntukkan bahawa caruman seseorang askar-lasykar yang berkelayakan untuk pencen hendaklah diteruskan sehingga dia diberhentikan daripada perkhidmatan dengan angkatan tetap Malaysia dan pembayaran yang dibuat kepada Tabung daripada Kumpulan Wang Disatukan di bawah subseksyen 9(2) Akta 101 hendaklah terhenti dibuat.

6. Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 9a Akta 101 untuk memasukkan subseksyen baharu (3a) untuk memperuntukkan bahawa jika seseorang pegawai yang telah menamatkan kurang daripada dua puluh tahun perkhidmatan memilih untuk menyertai skim anuiti veteran, nilai caruman daripada Kumpulan Wang Disatukan yang direkodkan mengikut subseksyen (2) hendaklah dibayar ke dalam Tabung bagi kredit akaun pegawai itu.

(8)

7. Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 12 Akta 101 untuk memasukkan subseksyen baharu (1a) untuk memperuntukkan bahawa berkenaan dengan seorang askar-lasykar dan pegawai yang baginya skim anuiti veteran terpakai, hanya caruman askar-lasykar dan pegawai itu dan dividen yang ditentukan boleh dikeluarkan. Caruman daripada Kumpulan Wang Disatukan hanya boleh dikeluarkan apabila kematian askar-lasykar dan pegawai itu atau dalam hal keadaan yang diluluskan oleh Lembaga.

8. Fasal 8 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 15d ke dalam

Akta 101 untuk memperuntukkan tentang penubuhan skim anuiti veteran, penentuan kuantum anuiti dan pemberhentian pembayaran anuiti.

9. Fasal 9 bertujuan untuk memasukkan perenggan baharu 22(aa) untuk membenarkan Lembaga, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan yang berhubungan dengan pelaksanaan skim anuiti veteran.

10. Fasal 10 bertujuan untuk memperuntukkan peruntukan kecualian yang berhubungan dengan pemakaian skim anuiti veteran bagi seseorang askar-lasykar yang masih berkhidmat dengan angkatan tetap dan tidak memilih untuk menyertai skim anuiti veteran pada tarikh Akta yang dicadangkan mula berkuat kuasa.

11. Pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam Huraian ini merupakan pindaan yang kecil atau berbangkit.

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang ini.

Referensi

Dokumen terkait

219 yang dibuat dihadapan Notaris Bambang Suwondo, S.H., Notaris di Tangerang, Banten tanggal 16 September 2009, PT Jaya Gardenpolis, perusahaan anak, memperoleh fasilitas

(b) subseksyen 11A (2) dipatuhi dengan mencukupi jika ada berkuat kuasa suatu perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan Negara itu dan yang menunjukkan bahawa

Gambar di atas menjelaskan jenis-jenis usaha yang dilakukan oleh anak jalanan di Kota Pekanbaru dimana yang paling banyak adalah penjual koran, yaitu sebanyak 26,09

Studi ini dilakukan dengan merencanakan layout dan meng- hitung kembali rencana anggaran biaya pembangunan perumahan, menganalisis kelayakan proyek dan mene- tapkan

Berdasarkan hasil penelitian didapatkan bahwa, gambaran tingkat kepatuhan pasien tuberkulosis di Rumah Sakit Umum Provinsi NTB sebagian besar pasien dengan

Fasal 9 bertujuan untuk meminda subseksyen 9(1) Akta 447 untuk membolehkan terma dan syarat lesen ditetapkan dan untuk memasukkan subseksyen baru (2 b ), (2 c )

(1) Jika apa-apa bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain telah disita di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa yang

Walau bagaimanapun, subseksyen itu mengekalkan sekatan dalam subseksyen 15(5) Akta 30 sedia ada yang menetapkan pelajar dan persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar