• Tidak ada hasil yang ditemukan

Undang-Undang Sivil (Pindaan) 1 D.R. 35/2018 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Undang-Undang Sivil 1956.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Undang-Undang Sivil (Pindaan) 1 D.R. 35/2018 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Undang-Undang Sivil 1956."

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

D.R. 35/2018

RANG UNDANG-UNDANG

b e r n a m a

Suatu Akta untuk meminda Akta Undang-Undang Sivil 1956.

[ ]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Undang-Undang Sivil

(Pindaan) 2018.

(2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan

oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Pindaan seksyen 2

2. Akta Undang-Undang Sivil 1956 [Akta 67], yang disebut

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dengan

memasukkan selepas takrif “executor” takrif yang berikut:

‘ “persons with disabilities” has the meaning assigned to it

in the Persons with Disabilities Act 2008 [Act 685];’.

(2)

Pindaan seksyen 7

3. Seksyen 7 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang

berikut:

“Compensation to persons entitled for loss occasioned

by death”;

(b)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“and child,” dengan perkataan “child and any person

with disabilities under the care,”;

(c)

dalam proviso kepada subseksyen (3)—

(i)

dalam subperenggan (iv)(a)—

(A) dengan menggantikan perkataan “fifty five

years” dengan perkataan “sixty years”; dan

(B) dengan memotong perkataan “was in good

health but for the injury that caused his

death and”; dan

(ii) dalam subperenggan (iv)(d)—

(A) dengan menggantikan perkataan “fifty four

years” dengan perkataan “fifty-nine years”;

dan

(B) dengan menggantikan perkataan “figure 55”

dengan perkataan “figure 60”;

(d)

dalam subseksyen (3

a

), dengan menggantikan perkataan

“ten” dengan perkataan “thirty”;

(e)

dengan menggantikan subseksyen (3

b

) dengan subseksyen

yang berikut:

“(3

b

) A claim for damages for bereavement shall

only be for the benefit of—

(3)

(b)

the child of the person deceased; and

(c)

the parents of the person deceased.”;

(f)

dalam subseksyen (3

c

), dengan menggantikan perkataan

“paragraph (3

b

)(b) for the benefit of the parents of the

person deceased” dengan perkataan “subsection (3

b

)”;

dan

(g)

dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan

“paragraph (3

b

)(b)” dengan perkataan “subsection (3

b

)”.

Pindaan seksyen 11

4. Seksyen 11 Akta ibu dipinda—

(a) dengan menomborkan semula subseksyen yang sedia ada

sebagai subseksyen (1); dan

(b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang

dinomborkan semula itu subseksyen yang berikut:

“(2) Where interest is awarded under subsection (1)

for recovery of damages under section 6

a

of the

Limitation Act 1953 [Act 254], the interest may be

given for the whole or any part of the period between

the starting date and the date of the judgement.

(3) For the purposes of subsection (2), “starting

date” has the meaning assigned to it in the Limitation

Act 1953.”.

Pindaan seksyen 28

a

5. Subseksyen 28

a

(2) Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subperenggan (c)(i)—

(i) dengan menggantikan perkataan “fifty-five years”

dengan perkataan “sixty years”; dan

(ii) dengan memotong perkataan “was in good health

but for the injury and”; dan

(4)

(b)

dalam subperenggan (d)(ii)—

(i) dengan menggantikan perkataan “fifty-four years”

dengan perkataan “fifty-nine years”; dan

(ii) dengan menggantikan perkataan “figure 55” dengan

perkataan “figure 60”.

Kecualian

6. (1) Apa-apa tindakan atau prosiding di bawah seksyen 7 dan 28

a

Akta ibu dan perkara yang berhubungan dengan tindakan atau

prosiding itu yang telah dimulakan atau belum selesai sebaik

sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada

tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta

ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(2) Apa-apa tindakan yang dimulakan pada atau selepas tarikh

permulaan kuat kuasa Akta ini bagi apa-apa kausa tindakan yang

terakru sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah

diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

HURAIAN

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Undang-Undang Sivil 1956 (“Akta 67”) untuk meluaskan kategori orang yang boleh membuat tuntutan ganti rugi bagi kehilangan penanggung, untuk melanjutkan had umur bagi maksud mentaksir kehilangan pendapatan dalam tuntutan ganti rugi bagi kehilangan penanggung dan bagi kecederaan diri, untuk meminda peruntukan bagi menentukan pendarab untuk mentaksir kehilangan pendapatan dan kehilangan pendapatan masa hadapan, untuk menaikkan jumlah ganti rugi bagi kesedihan dan untuk meluaskan kategori orang yang berhak untuk menuntut ganti rugi bagi kesedihan.

2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan.

3. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 67 untuk memasukkan takrif “persons with disabilities” ke dalam Akta 67.

4. Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 7 Akta 67.

Subfasal 3(a) bertujuan untuk menggantikan nota bahu kepada seksyen 7 Akta 67 untuk menyatakan orang yang berhak untuk menuntut ganti rugi bagi kehilangan penanggung.

(5)

Subfasal 3(b) bertujuan untuk meminda subseksyen 7(2) Akta 67 untuk meluaskan kategori orang yang boleh menuntut ganti rugi bagi kehilangan penanggung kepada orang kurang upaya di bawah jagaan orang yang kematiannya disebabkan oleh perbuatan salah, pengabaian atau peninggalan. Dengan pindaan yang dicadangkan ini, mana-mana orang kurang upaya mengikut pengertian Akta Orang Kurang Upaya 2008 [Akta 685] yang di bawah jagaan orang yang mati itu kini boleh menuntut ganti rugi bagi kehilangan penanggung. Peruntukan sedia ada subseksyen 7(2) Akta 67 hanya membenarkan isteri, suami, ibu atau bapa dan anak si mati untuk menuntut ganti rugi bagi kehilangan penanggung. Subperenggan 3(c)(i)(A) bertujuan untuk meminda subperenggan (iv)(a) proviso kepada subseksyen 7(3) Akta 67 untuk melanjutkan had umur bagi maksud mentaksir kehilangan pendapatan dalam tuntutan ganti rugi bagi kehilangan penanggung. Sebelum pindaan ini, kehilangan pendapatan tidak akan dipertimbangkan jika orang yang mati itu telah mencapai umur lima puluh lima tahun pada masa kematiannya. Walau bagaimanapun, memandangkan umur persaraan bagi pegawai perkhidmatan awam telah dilanjutkan ke umur enam puluh tahun mengikut Akta Pencen (Pindaan) 2011 [Akta A1409] dan umur persaraan minimum bagi pekerja di bawah kontrak perkhidmatan dengan majikan telah ditetapkan pada umur enam puluh tahun mengikut Akta Umur Persaraan Minimum 2012 [Akta 753], pindaan yang dicadangkan kepada peruntukan itu adalah selaras dengan kedua-dua undang-undang tersebut memandangkan kini seseorang itu boleh bekerja sehingga umur enam puluh tahun.

Subperenggan 3(c)(i)(B) bertujuan untuk meminda subperenggan (iv)(a) proviso kepada subseksyen 7(3) Akta 67 untuk memotong kehendak “kesihatan yang baik” sebelum kematian si mati. Ini adalah kerana dengan perkembangan teknologi dalam bidang perubatan dan rawatan perubatan seseorang masih boleh bekerja dengan produktif walaupun orang itu tidak sihat. Dengan pindaan yang dicadangkan ini, faktor kesihatan akan hanya dijadikan asas bagi mengurangkan award bagi kehilangan pendapatan.

Perenggan 3(c)(ii) bertujuan untuk meminda subprenggan (iv)(d) proviso kepada subseksyen 7(3) Akta 67 berkenaan dengan pengiraan pendarab bagi pentaksiran kehilangan pendapatan.

Subfasal 3(d) bertujuan untuk meminda subseksyen 7(3a) Akta 67 untuk menaikkan amaun ganti rugi bagi kesedihan daripada sepuluh ribu ringgit yang sedia ada kepada tiga puluh ribu ringgit.

Subfasal 3(e) bertujuan untuk meminda subseksyen 7(3b) Akta 67 untuk memasukkan anak kepada si mati dalam kategori orang yang berhak untuk menuntut ganti rugi bagi kesedihan. Sebelum pindaan ini, hanya pasangan kepada si mati dan ibu bapa kepada si mati yang merupakan orang yang belum dewasa dan tidak pernah berkahwin yang boleh membuat tuntutan bagi kesedihan di bawah subseksyen 7(3a) Akta 67.

5. Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 11 Akta 67 sebagai pindaan berbangkit kepada kemasukan seksyen baharu 6a ke dalam Akta Had Masa 1953 [Akta 254]. Seksyen baharu 6a Akta 254 membolehkan seseorang untuk mengambil tindakan atas kecuaian yang melibatkan kerosakan pendam dalam kes pembinaan yang ditemukan di luar tempoh had masa enam tahun dari

(6)

tarikh kausa tindakan itu terakru. Disebabkan terdapat suatu pelanjutan tempoh had masa di bawah seksyen baharu itu, maka pindaan yang dicadangkan ini bertujuan untuk memperuntukkan bahawa apa-apa bunga yang diberikan oleh Mahkamah bagi mendapatkan ganti rugi di bawah seksyen baharu 6a Akta 254 hendaklah bagi semua atau sebahagian daripada tempoh antara penemuan kerosakan itu dengan tarikh penghakiman, dan bukannya daripada tarikh kausa tindakan itu terakru.

6. Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 28a Akta 67.

Perenggan 5(a)(i) bertujuan untuk meminda subperenggan 28a(2)(c)(i) Akta 67 untuk melanjutkan had umur bagi maksud mentaksir kehilangan pendapatan masa hadapan dalam tuntutan ganti rugi bagi kecederaan diri yang tidak menyebabkan kematian. Sebelum pindaan ini, kehilangan pendapatan masa hadapan tidak akan diambil kira jika plaintif telah mencapai umur lima puluh lima tahun pada masa kecederaannya. Walau bagaimanapun, memandangkan umur persaraan bagi pegawai perkhidmatan awam telah dilanjutkan ke umur enam puluh tahun mengikut Akta Pencen (Pindaan) 2011 [Akta A1409] dan umur persaraan minimum bagi pekerja di bawah kontrak perkhidmatan dengan majikan telah ditetapkan pada umur enam puluh tahun mengikut Akta Umur Persaraan Minimum 2012 [Akta 753], pindaan yang dicadangkan kepada peruntukan itu selaras dengan kedua-dua undang-undang tersebut memandangkan kini seseorang itu boleh bekerja sehingga umur enam puluh tahun.

Perenggan 5(a)(ii) bertujuan untuk meminda subperenggan 28a(2)(c)(i) Akta 67 untuk memotong kehendak “kesihatan yang baik” sebelum kecederaan plaintif. Ini adalah kerana dengan perkembangan teknologi dalam bidang perubatan dan rawatan perubatan seseorang masih boleh bekerja dengan produktif walaupun orang itu tidak sihat. Dengan pindaan yang dicadangkan ini, faktor kesihatan akan hanya dijadikan asas bagi mengurangkan award bagi kehilangan pendapatan masa hadapan.

Subfasal 5(b) bertujuan untuk meminda subperenggan 28a(2)(d)(ii) Akta 67 berkenaan dengan pengiraan pendarab bagi pentaksiran kehilangan pendapatan masa hadapan.

7. Fasal 6 memperkatakan peruntukan kecualian.

8. Pindaan lain yang tidak diperkatakan dengan khusus dalam Huraian ini merupakan pindaan yang kecil atau berbangkit.

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.

Referensi

Dokumen terkait

maklumat bertulis atas sumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta

Fasal 32 bertujuan untuk memasukkan perenggan baharu 85(1)(i) ke dalam Akta 555 yang memperuntukkan bahawa seseorang yang berupa bertindak atas apa-apa kapasiti yang disebut

Walau bagaimanapun, subseksyen itu mengekalkan sekatan dalam subseksyen 15(5) Akta 30 sedia ada yang menetapkan pelajar dan persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar

(2) Walau apapun perenggan 15(2)(b), tiap-tiap buku daftar strata berkomputer di bawah Jadual ini hendaklah tidak termasuk mana-mana pernyataan dalam Borang 3e

(1) Sebelum apa-apa perjanjian jualan kredit dibuat berkenaan dengan apa-apa barang atau kelas barang, penjual atau pemberi kemudahan kredit, atau mana-mana orang yang bertindak

Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 9 a Akta 101 untuk memasukkan subseksyen baharu (3 a ) untuk memperuntukkan bahawa jika seseorang pegawai yang telah menamatkan

Fasal 25 bertujuan untuk meminda seksyen 126 bagi membolehkan Suruhanjaya menjalankan pemeriksaan ke atas orang yang berdaftar atau mana-mana orang lain yang terlibat dalam

Jika mana-mana kayu, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Lembaga