• Tidak ada hasil yang ditemukan

MASALAH-MASALAH MENGINTEGRASIKAN KBAT DALAM PENGAJARAN SEWAKTU PRAKTIKUM OLEH GURU PELATIH IPG IPOH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MASALAH-MASALAH MENGINTEGRASIKAN KBAT DALAM PENGAJARAN SEWAKTU PRAKTIKUM OLEH GURU PELATIH IPG IPOH"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018

MASALAH-MASALAH MENGINTEGRASIKAN KBAT DALAM PENGAJARAN SEWAKTU PRAKTIKUM OLEH GURU

PELATIH IPG IPOH Kanthasamy Sundara Rajoo

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak. kanthasamy@ipgmipoh.edu.my

Abstrak

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah kemahiran penggunaan minda yang tinggi dan mendorong seseorang itu berfikir sebelum bertindak dengan membuat penjelasan dengan cara menganalisis, menilai, menjana idea, pilihan membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan membuat perancangan. Paradigma kini ialah penguasaan ilmu KBAT dalam kalangan pelajar di sekolah rendah adalah rendah dan tidak memenuhi aspirasi pendidikan abad ke-21 yang diutamakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah-masalah yang wujud dalam mengintegresikan KBAT dalam bilik darjah semasa praktikum. Kajian ini adalah kajian pendekatan kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual formal separa berstruktur sebagai instrumen kajian. Seramai 10 orang guru pelatih telah dipilih sebagai sampel kajian menggunakan kaedah rawak mudah. Hasil temu bual telah dianalisis dengan mengkategorikan masalah-masalah penggunaan KBAT di dalam bilik darjah mengikut aspek-aspek tertentu. Antaranya, adalah aspek-aspek guru pelatih, aspek-aspek pelajar dalam bilik darjah, aspek-aspek guru di sekolah, aspek tiada buku rujukan dan aspek kekangan masa. Hasil kajian ini perlu diberi perhatian sewajarnya kerana akan menggugatkan aspirasi kerajaan dalam memenuhi PPPM 2013-2025.

Kata kunci : Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, kualitatif, temu bual Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

(2)

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018

Abstract

Higher order thinking skills (HOTS) is the use of mind skill and encourages one to think wisely before taking actions in terms of analysing, evaluating, coming up with ideas, making decisions, solving problems and making plans. The current paradigm is the mastery of HOTS among primary school pupils is minimal and does not fully uplift the 21C education as seen in the Malaysian Education Blueprint 2013-2025. In line to this, this study aims to identify the problems prevalent in using HOTS during practicum. This qualitative study uses interview as an instrument. Ten trainee teachers were selected randomly as respondents. The outcome of the interview was analysed and categorised in the use of HOTS in classroom. Amongst them are, trainee teachers, pupils, teachers in schools, absence of reference books and time factor.The outcome of this study needs to be given more attention as it may jeorpadise the MEB 2013-2025.

(3)

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018

Pengenalan

Masyarakat berpelajaran masa kini adalah aset negara pada alaf baharu dalam meninggikan ekonomi negara kita dengan latihan yang dipelajari pada masa kini. Keutuhan sesebuah negara dilihat pada peringkat pengetahuan dan kecekapan yang dimiliki oleh penduduk negara itu (Rajendran, 2001). Dunia abad ke-21 adalah dunia tanpa sempadan. Pelajar terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran baharu yang tidak diduga dalam dunia yang berorientasikan teknologi yang kian pesat berubah setiap detik. Oleh itu, mereka perlulah bersiap sergah untuk melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran abad ke-21.

Selain itu, murid juga perlu membiasakan diri mereka dengan soalan kemahiran aras tinggi kerana soalan-soalan ini dapat mengukur sejauh mana pemikiran murid. Apabila murid sudah membiasakan diri mereka dengan soalan kemahiran berfikiran aras tinggi, maka mereka akan mudah menjawab soalan tersebut berbanding dengan keadaan sekarang di mana murid hanya disoal dengan soalan yang berada di aras rendah. Stein dan Lake (1996) berpendapat, jika kita mahu melihat murid boleh berfikir, mempertimbangkan dan menyelesaikan masalah maka soalan-soalan kemahiran berfikir aras tinggi perlu diperkenalkan. Kerajaan telah menyedari cabaran yang bakal dihadapi oleh pelajar dalam dunia kerancakan perkembangan digital pada abad ke-21.

Objektif kajian

1. Mengenal pasti masalah penggunaan KBAT dalam bilik darjah .

Persoalan Kajian

(4)

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018

Metodologi

Kajian ini adalah kajian pendekatan kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual formal separa berstruktur sebagai instrumen kajian. Pertanyaan bentuk separa berstruktur ini membolehkan para respon atau peserta kajian boleh memberikan pandangan mereka berdasarkan soalan-soalan yang diajukan tanpa disekat. Walau bagaimanapun, pengkaji memberi tumpuan terhadap perbincangan agar tidak melencong kepada perkara-perkara yang tidak relevan dan berkaitan dengan kajian. Pengkaji menemuramah secara bersemuka sepuluh orang guru pelatih yang menjadi sampel dari tiga pengkhususan yang berbeza. Setiap responden ditanyakan soalan yang sama mengikut urutan.

Hasil transkripsi dibaca dan tema-tema dikenal pasti kemudian dikodkan. Setelah itu, proses pengekodan dijalankan sehingga tamat satu transkripsi temu bual bagi seorang peserta kajian. Semua data temu bual dianalisis mengikut proses yang sama iaitu dengan menghasilkan tema-tema atau dipersembahkan dalam bentuk petikan percakapan responden. Kemudian, pengkaji mengkategorikan masalah-masalah penggunaan KBAT di dalam bilik darjah mengikut tema-tema tertentu. Ini memudahkan pengkaji membuat penganalisaan.

Dapatan Kajian

Persoalan Kajian 1 : Apakah masalah penggunaan KBAT dalam bilik darjah?

Hasil temu bual telah dianalisis dengan mengkategorikan masalah-masalah penggunaan KBAT di dalam bilik darjah mengikut aspek-aspek tertentu. Antaranya, adalah

i. Aspek Guru Pelatih

Hasil dapatan temu bual yang dijalankan, didapati masalah guru pelatih itu sendiri merupakan salah satu masalah yang menyebabkan KBAT tidak dapat diajar di dalam bilik

(5)

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018

darjah. Punca utama ialah pengetahuan yang cetek tentang kbat. Pengetahuan tentang KBAT merupakan elemen penting dalam mengintegrasikannya di dalam bilik darjah. Pengetahuan KBAT biasanya merujuk kepada aras Taksonomi Bloom, Kata Kerja Proses, Aras KBAR dan KBAT. Analisis data temu bual menunjukkan responden memang kurang pengetahuan tentang ilmu KBAT (60%). Keputusan kajian ini adalah selari dengan dapatan kajian Sukiman et.al. (2012), Rosnani dan Suhailah (2003) serta kajian Supramani (2006) yang menunjukkan bahawa guru-guru kurang membina soalan-soalan aras tinggi dalam bilik darjah.

ii. Aspek Pelajar Dalam Bilik Darjah

Hasil temu bual yang dijalankan menunjukkan bahawa faktor pelajar di sekolah menjadi masalah dalam melaksanakan KBAT di dalam proses pengajaran. Maklum balas yang diberikan oleh kesemua sepuluh responden kajian, mendapati bahawa pengetahuan asas pelajar di sekolah menjadi masalah dalam mengajar KBAT. Hasil temu bual dianalisis dan dikodkan kepada dua masalah yang utama. Masalah pelajar yang pertama adalah masalah pencapaian pelajar yang lemah dan masalah kedua adalah masalah pembelajaran sehala di dalam bilik darjah. Masalah pelajar yang rendah pencapaian menimbulkan masalah dalam pelaksanakan KBAT di dalam bilik darjah. Pelajar sekolah lebih selesa dengan soalan rutin sahaja. Lagi pun, menurut responden, pelajar lebih bergantung kepada nota dan hafalan sahaja. Analisa temu bual dengan responden, jelas membayangkan kerisauan dalam kalangan mereka. Dapatan kajian ini selari dengan kajian Yahya Othman (2014) menunjukkan bahawa, hampir 30% murid tidak menjawab soalan jika soalan itu berunsur KBAT. Dapatan kajian ini iaitu masalah pengetahuan asas pelajar menjadi masalah dalam melaksanakan KBAT di dalam bilik darjah, juga menampakkan kesamaaan seperti dapatan kajian Nooriza Kassim

(6)

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018

& Effandi Zakaria (2015), bahawa kekangan yang menjadi penghalang kepada guru dalam mengitegrasikan KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah pengetahuan asas murid, kesukaran murid memahami soalan beraras tinggi. Kajian Sukiman et.al (2012), juga menunjukkan persamaan dengan kajian ini. Sukiman berpendapat bahawa pelajar sukar memahami soalan-soalan beraras tinggi walaupun setelah diberikan soalan-soalan dorongan. Rajendran (2001) berkata bahawa murid yang pasif tidak dapat menjayakan kemahiran berfikir semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana murid yang pasif biasanya tidak akan mengeluarkan idea mereka semasa perbincangan dan mereka lebih cenderung untuk mendengar pendapat orang lain. Walaupun membentuk perbincangan berkumpulan bersama rakan, murid pasif masih diam dan hanya menyetujui cadangan rakan mereka dan ini bagaikan merujuk kembali kepada pengajaran menggunakan kaedah tradisional. Pelajar pasif juga lebih cenderung untuk menghafal nota yang diberi. Kenyataan Rajendran dapat menyokong dapatan kajian ini iaitu masalah pelajar menjadi penghalang dalam mengintegrasikan KBAT dalam bilik darjah.

iii. Aspek Guru Di Sekolah

Analisis temu bual menunjukkan bahawa guru-guru di sekolah tidak memberikan penekanan terhadap elemen KBAT di dalam pengajaran mereka. Guru-guru lebih suka mengajar kandungan sahaja berbanding dengan KBAT. Malah, guru di sekolah lebih cenderung untuk menghabiskan sukatan dengan cepat kerana patuh kepada takwim peperiksaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Seterusnya, guru yang berjaya menghasilkan bilangan pelajar yang ramai mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan biasanya akan dilihat sebagai guru yang berkesan. Ini menyebabkan guru - guru lebih memberi tumpuan pengajaran fakta berbanding dengan pengajaran yang

(7)

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018

melibatkan KBAT. Menurut Najeemah (2007) yang berpendapat bahawa para guru sudah biasa mengajar pelajar untuk menghadapi peperiksaan dan berasa was-was apabila dicadangkan supaya daya pemikiran pelajar dikembangkan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dapatan kajian ini menyerupai dapatan kajian Halim Abdullah & Mohini Mohamed 2007 yang berpendapat bahawa sistem yang lebih berorientasikan kepada peperiksaan inilah yang menyebabkan guru lebih suka untuk menghabiskan sukatan pelajaran seawal mungkin supaya pelajar dapat diberikan latih tubi sebelum menghadapi peperiksaan. Tambahan pula, budaya sekolah pada hari ini yang menitikberatkan kecemerlangan dan bilangan A dengan cara menghafal bukan berfikir menyebabkan proses perkembangan KBAT tidak dapat diteruskan dengan jayanya. Kajian yang dijalankan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (2013) menunjukkan hampir 30% murid tidak menjawab soalan berunsur KBAT. Malah, dapatan hasil kajian lepas mendapati bahawa guru kurang mengamalkan kemahiran aras tinggi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka. (Hadi, 2012).

iv. Aspek Tiada Buku Rujukan

Masalah kekurangan buku rujukan KBAT memberikan implikasi negatif dalam melaksanakan KBAT dalam bilik darjah. Responden berpendapat bahawa soalan yang ada di dalam buku teks adalah tidak mencukupi untuk sesi pengajaran dan selalunya tidak cukup KBAT. Buku latihan tambahan yang dibeli di kedai buku, tidak mengandungi soalan KBAT. Kesimpulannya, dapatan menunjukkan bahawa kekurangan buku rujukan KBAT memberikaan masalah kepada guru pelatih dalam melaksanakan KBAT di dalam bilik darjah. Untuk mengatasi masalah ini, KPM haruslah mengambil langkah drastik dalam menerbitkan banyak buku rujukan KBAT. Dapatan menunjukkan bahawa kekurangan buku rujukan

(8)

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018

KBAT memberikaan masalah kepada guru pelatih dalam melaksanakan KBAT di dalam bilik darjah. Untuk mengatasi masalah ini, KPM haruslah mengambil langkah drastik dalam menerbitkan banyak buku rujukan KBAT.

v. Aspek Kekangan Masa.

Analisis temu bual juga menunjukkan bahawa kekangan masa menyebabkan guru pelatih gagal menggunakan KBAT di dalam bilik darjah. Menurut responden kajian, dalam satu jam masa pengajaran, mereka perlu mengajar berpandukan rancangan pelajaran harian yang disediakan. Apabila menggunakan elemen KBAT, mereka tidak sempat menghabiskan apa yang dirancang untuk pengajaran hari itu kerana beberapa sebab seperti pelajar tidak dapat menjawab soalan KBAT guru pelatih.

Kesimpulan

Guru pelatih harus melengkapkan diri dengan ilmu KBAT supaya mereka boleh melaksanakan KBAT di sekolah nanti. Selain itu, IPG juga harus menerapkan mata pelajaran KBAT di IPG. Tambahan pula, Kementerian Pelajaran Malaysia juga harus berganding bahu dengan IPG di seluruh Malaysia untuk menambah baik penerapan KBAT dalam sistem kurikulum pendidikan guru pelatih. Jika perkara ini tidak diberi perhatian sewajarnya maka, matlamat PPPM dalam elemen KBAT tidak akan tercapai.

Tuntasnya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat banyak halangan dalam mengintegrasikan KBAT dalam kalangan guru pelatih di sekolah. KPM dan IPG harus membendung masalah ini daripada berlarutan dengan mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya. Jika tidak memberikan perhatian yang serius maka kita akan melahirkan guru

(9)

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018

pelatih guru pelatih yang kurang pengetahuan KBAT. Ini akan menggagalkan hasrat KPM dalam melahirkan pelajar yang tidak dapat mengharungi abad 21 .

Rujukan

Abdul Halim Abdullah & Mohini Mohamed. 2007. Penggunaan Kemahiran berfikir di kalangan pelajar dalam persekitaran perisian geometri interaktif. 1st International Malaysia Educational Technology Convention.

Hadi, D. R. (2012). KBKK dan Aplikasi dalam P&P. Retrieved from Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia.

Lembaga Peperiksaan. (2013). Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Najeemah. (2007). Penggabungjalinan dan Penyerapan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pemyarah untuk Melahirkan Modal lnsan di !PTA. Monograf Pembangunan Modal lnsan. Serdang: Pusat Pembangunan Akademik Universiti Putra Malaysia

Nooriza Kassim & Effandi Zakaria. (2015). Integrasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Analisis Keperluan Guru. Kertas Seminar . Universiti Medan.

N.S.Rajendran. (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Seminar Projek KBKK: Poster ‘Warisan Pendidikan – wawasan’ anjuran Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM dari 1 hingga 2 Ogos.

(10)

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018

Rosnani Hashim & Suhailah Hamzah. (2003). The teaching of thinking in Malaysia (1st.ed). Kuala lumpur. Research Centre, Internasional Islamic University Malaysia.

Sukiman Saad, Noor Shah Saad & Mohd Uzi Dollah. (2012). Pengajaran Kemahiran Berfikir: Persepsi Dan Amalan Guru Matematik Semasa Pengajaran Dan Pengajaran Di Bilik Darjah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia. Vol.2 No.1

Supramani, S. (2006). “Penyoalan Guru: Pemangkin Pemikiran Aras Tinggi Murid.” Jurnal Pendidikan Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Yahya bin Othman. (2014). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Bahasa Melayu: Peranan Guru Seminar Pasca Siswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu Kali Ketiga.

Referensi

Dokumen terkait

Sebelum tahun 1974 pernikahan usia dini banyak terjadi, bahkan ada yang dengan cara melegandang atau melarikan mempelai perempuan.. Kini pelaku perkawinan melegandang ini bisa

Tanggung jawab tersebut juga diemban oleh organisasi internasional pengelola perikanan di Samudera Hindia yaitu Indian Ocean Tuna Commission (IOTC) yang mendapat

Dari hasil uji diatas diperoleh bahwa jumlah kredit yang disalurkan berpengaruh terhadap laba dikarenakan hasil keuntungan yang diperoleh dalam bentuk bunga pinjaman

Kelemahan dari uang elektronik yaitu dari suatu sistem atau produk yang berinteraksi dan berfungsi dengan produk atau sistem yang lain sehingga tanpa batasan melaui akses

Bentuk-Bentuk partisipasi politik pemilih pemula diikut sertakan dalam sosialisasi yang diselenggarakan oleh KPU, sosialisasi yang disampaikan oleh KPU ini dengan

Mahasiswa Bengkalis di Pekanbaru pada Pilkada Bengkalis tahun 2015 ialah adanya orientasi kognitif yaitu pengetahuan tentang pilkada dan sosok kepemimpinan dari

Hal ini dikuatkan oleh penelitian Effendy (2007) dalam tesisnya tentang “Faktor-faktor yang mempengaruhi Persepsi Para Muzakki Baznas-Dompet Dhuafa untuk Berwakaf Melalui

Sebagaimana dikemukakan oleh Kretner (1995) adalah sebuah proses dimana seseorang atau sebuah organisasi menjawab peluang sekalipun ketersediaan sumber daya yang