1
Majlis Pelancaran MYREN-X
& Inisiatif Kampus Pintar UTeM
2.15 petang : Ketibaan Para Tetamu & Jemputan 2.30 petang : Ketibaan Tetamu Kehormat
2.35 petang : Ketibaan YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr Shahrin bin Sahib Naib Canselor UTeM
2.40 petang Ketibaan YBhg. Academician Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, FASc.
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti 2.50 petang : Ketibaan YB Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
3.00 petang : Ketibaan YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi : Nyanyian Lagu
- Negaraku
- Melaka Maju Jaya - UTeM Terbilang : Bacaan Doa
: Persembahan Multimedia
: Ucapan Aluan oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr Shahrin bin Sahib Naib Canselor UTeM
: Ucapan Pelancaran MYREN-X dan Inisiatif Kampus Pintar Universiti Teknikal Malaysia Melaka
oleh YB Dato’ Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi : Gimik Pelancaran
: Sesi Pertukaran Kontrak
: Lawatan Ke Perpustakaan Laman Hikmah : Lawatan dan Perasmian Kolej Kediaman Satria 5.30 petang : Kudapan Petang
Majlis Bersurai
Atur Cara Majlis
Majlis Pelancaran MYREN-X
& Inisiatif Kampus Pintar
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
3
Majlis Pelancaran MYREN-X
& Inisiatif Kampus Pintar UTeM
Bismillahir Rahman nir Rahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam 1Negaraku Malaysia
Alhamdulillah syukur, kerana dengan limpah kurnia dan izin Allah SWT dapat kita menyaksikan perasmian Majlis Pelancaran MYREN-X dan Inisiatif Kampus Pintar UTeM. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pihak UTeM di atas komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk merealisasikan majlis ini.
Pelaksanaan kampus pintar seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi bagi menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 telah membuka lembaran baharu dalam landskap Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) negara. Ianya bertujuan untuk memperkasakan konsep ekonomi pintar dan digital selaras dengan usaha Kementerian mengadaptasi teknologi digital dalam pendidikan tinggi negara di samping memastikan keterlibatan golongan muda dalam merealisasikan pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Cabaran Pendidikan Tinggi 4.0 yang berkonsep teknologi digital membabitkan penggunaan teknologi untuk urusan harian warga universiti. Dalam memastikan usaha ini tercapai, Kementerian melalui MYREN-X telah meningkatkan kelajuan internet di semua UA. Ini akan memastikan usaha ke arah konsep kampus tanpa tunai, penggunaan aplikasi bacaan kod Respons Pantas (QR Code) dan perkhidmatan mudah alih kepada seluruh warga universiti dapat dijayakan.
Saya amat berbangga dengan usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak UTeM dalam merekayasakan beberapa inisiatif dan strategi dalam memasti serta menyokong perancangan yang telah dibuat oleh Kementerian. Saya yakin ia dapat menjadi pencetus kepada warga IPT yang lain dalam memastikan mereka berupaya melahirkan generasi yang berupaya untuk mengimbangi kemajuan teknologi tanpa melupakan nilai kemanusiaan, selaras dengan visi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).
Saya juga berharap program ini akan dapat meningkatkan lagi inisiatif kesemua IPT untuk menghadapi era Revolusi Industri 4.0. Moga kita bersama-sama berganding bahu menjadi agen perubahan, berdiri teguh dengan Kerajaan, memperkasakan Agenda Transformasi Negara demi merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju disegani di persada antarabangsa.
Sekian Terima Kasih
YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh Menteri Pendidikan Tinggi
Secangkir Kata
Bismillahir Rahman nir Rahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera
Majlis Pelancaran MYREN-X dan Inisiatif Kampus Pintar UTeM diadakan adalah bertujuan untuk memperkasakan inisiatif yang dilaksanakan oleh UTeM dalam mewujudkan satu ekosistem pendidikan dan penyelidikan dalam citra baharu yang menggunakan infrastruktur siber yang moden dan canggih.
Sebagai salah sebuah daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam Negara dan antara empat (4) Rangkaian Universiti Teknikal di Malaysia (MTUN), UTeM diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk melahirkan kumpulan pekerja yang berkemahiran tinggi, berkualiti, berfikiran terbuka, bersikap rasional dan bersedia menerima perubahan baharu, di samping bersedia dan berupaya untuk memenuhi peluang pekerjaan di dalam industri tempatan mahupun global.
Revolusi Industri 4.0 merupakan satu anjakan besar yang memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini, termasuklah sektor pendidikan tinggi. Kita perlu senantiasa cakna dan bersedia untuk melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital untuk kekal berdaya saing. Dalam mendepani Revolusi Industri 4.0 ini, UTeM telah mengenalpasti dan melaksanakan beberapa inisiatif strategik dalam memastikan sistem pendidikan, penyelidikan, pentadbiran dan penyampaian seiring dengan perubahan dalam revolusi ini.
Saya mewakili warga UTeM mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi kerana telah menyediakan kemudahan jalur lebar MYREN-X dan berharap ianya menjadi pemangkin kepada UTeM dalam melaksana dan merealisasikan inisiatif yang besar pada masa akan datang.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Tinggi yang tidak pernah jemu memberikan sokongan dan dorongan berterusan kepada UTeM. Kepada Jawatankuasa Pelaksana dan Pejabat Ketua Pegawai Maklumat UTeM syabas dan terima kasih di atas usaha menganjurkan program ini.
Sekian Terima Kasih
Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib Naib Canselor
Seulas Bicara
5
Majlis Pelancaran MYREN-X
& Inisiatif Kampus Pintar UTeM
Inisiatif Kampus Pintar UTeM
Pelaksanaan kampus pintar membuka lembaran baharu dalam merubah landskap Universiti Awam Malaysia ke arah mewujudkan konsep ekonomi pintar. Inisiatif yang mengaplikasikan teknologi digital untuk setiap urusan dalam kalangan warga kampus ini merupakan satu daripada langkah dalam usaha mendepani cabaran Pendidikan Tinggi 4.0 yang sedang dirangka Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menepati permintaan dan cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Ianya memerlukan penggunaan teknologi terkini yang menggabungkan penggunaan aplikasi sistem, kemudahan infrastruktur rangkaian dan mengambil kira isu keselamatan data dalam melaksanakan urusan seharian warga universiti yang berkaitan pendidikan dan pentadbiran.
Usaha KPT dalam menyediakan kemudahan jalur lebar Malaysian Research and Education Network (MYREN-X) yang berkelajuan 10 Gbps telah memberi peluang kepada pensyarah dan penyelidik dalam menjalankan penyelidikan dan berkongsi maklumat hasil penyelidikan.
Selain daripada itu kemudahan jalur lebar ini membolehkan UTeM meningkatkan penggunaan kemudahan fasiliti ICT dengan lebih baik.
Konsep dunia tanpa batasan yang kini digerakkan dengan IR 4.0 telah diadaptasi oleh UTeM agar ianya kekal sebagai perintis dan peneraju. Malah strategi universiti ke arah menerap dan memantapkan konsep Flipped Learning, MOOC, Smart/ Clear Classroom, U-Learn dan Samsung IOT memerlukan maklumat-maklumat jaring perhubungan yang terbaik yang berupaya untuk menggabungkan audio, video dan sesi pembentangan. Di samping itu, kemudahan jaring perhubungan ini juga berupaya untuk dilakukan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa antara kakitangan, pelajar atau pemegang taruh.
Konsep kampus tanpa tunai dilaksanakan bertujuan untuk memudahkan kakitangan dan pelajar melaksanakan transaksi pembelian di dalam kampus UTeM dengan lebih mudah dan selamat. Pendekatan ini selari dengan perkembangan teknologi terkini yang dilihat menjadi trend dan ianya sinonim dalam kalangan generasi digital masa kini. Inisiatif penggunaan Kad Unidebit Bank Islam dalam kalangan pelajar dan kakitangan UTeM adalah hasil kerjasama UTeM dengan Bank Islam Malaysia Berhad. Untuk memastikan kejayaan pelaksanaan konsep kampus tanpa tunai yang dirancang, beberapa lokasi terminal bayaran telah ditempatkan di kampus UTeM antaranya Kafe Kolej Kediaman, Perpustakaan Laman Hikmah, kaunter-kaunter terimaan bayaran dan Koperasi UTeM. Ini bagi memastikan segala urusan berkaitan pembayaran boleh dilakukan tanpa tunai oleh pelajar atau kakitangan.
Pelaksanaan ini juga adalah menyokong hasrat KPT ke arah mengaplikasikan teknologi digital dalam pendidikan tinggi negara.
Kampus Tanpa Tunai
Kepesatan kemajuan teknologi digital dan komunikasi pada masa ini membolehkan capaian dan perkongsian ke atas maklumat boleh dilaksanakan dengan mudah, pantas dan berkesan. Untuk itu, kemudahan infrastruktur siber memainkan peranan penting dalam memastikan perolehan ke atas maklumat terutama melibatkan Pendidikan dan Penyelidikan berupaya untuk direalisasi dan dikolaborasi.
Usaha ke arah Transformasi Nasional 2050 atau TN50 iaitu memastikan Malaysia dari negara maju ke antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi menjelang tahun 2050 perlu dilaksanakan dengan melengkap dan menyedarkan generasi muda kepentingan Revolusi Industri 4.0. Untuk memastikan matlamat ini dicapai, KPT pada bulan Oktober 2017 telah melancarkan MYREN-X. Ianya merupakan suatu perkhidmatan jalur lebar yang disediakan kepada semua Universiti Awam Malaysia bertujuan untuk mempertingkatkan proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.
Kemudahan jalur lebar MYREN-X yang berkelajuan 10 Gbps telah disediakan kepada UTeM, di mana ianya memberi peluang yang lebih besar dan terbaik kepada UTeM khususnya pensyarah dan penyelidik dalam melaksanakan kajian yang antara lainnya melibatkan analisa data raya, realiti maya, pengkomputeran awam dan sebagainya. Selain dari itu ianya juga menjadi pemangkin kepada UTeM dalam merealisasikan inisiatif meningkatkan fasilti ICT UTeM.
Dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan universiti, UTeM telah berjaya menjalin kolaborasi bersama syarikat telekomunikasi mudah alih iaitu Celcom Axiata Berhad dengan membuat penambahbaikan ke atas mutu perkhidmatan pemandu kenderaan universiti.
Pakej FIRST™ Blue for Business daripada Celcom membantu meningkatkan kecekapan komunikasi di dalam perkhidmatan antara pemandu dan staf yang menggunakan perkhidmatan kenderaan universiti dan juga sesama pemandu universiti. Bahkan pakej ini juga memberikan kelebihan kepada pemandu dengan menjadikan akses kepada laman web www.utem.edu.my sebagai whitelist. Penggunaan whitelist membantu pemandu dari segi penjimatan kos tanpa perlu menggunakan mobile data peribadi. Inisiatif ini secara langsung membantu universiti dalam menguruskan perbelanjaan dengan lebih baik dan berhemah.
Kemudahan Jalur Lebar MYREN-X
Whitelisting Celcom Tingkatkan
Perkhidmatan Kenderaan Universiti
7
Majlis Pelancaran MYREN-X
& Inisiatif Kampus Pintar UTeM
UTeM telah mengambil langkah terkedepan dalam memastikan kecekapan operasi pengurusan dan pentadbirannya dengan menaik taraf kaedah komunikasi konvensional iaitu menggunakan telefon kepada sistem komunikasi digital iaitu UTeM Unified Communication (UTeM UC) di setiap kampus UTeM agar lebih efektif. Sistem UTeM UC yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan bersepadu (solution provider), HBAR Technologies Sdn. Bhd. telah membuka ruang kepada UTeM sebagai antara universiti awam yang paling terkedepan dalam mengguna pakai teknologi terkini. Sistem ini merupakan satu kaedah di mana, kesemua sistem dan kemudahan sedia ada dapat disepadu, diintegrasi dan dikolaborasikan di dalam satu platform. UTeM UC menggabungkan infrastruktur setempat dengan capaian ke internet sedia ada bagi penggunaan aplikasi Voice Over Internet Protocol (VoIP) dan Web Conferencing kepada pengguna.
Melalui kerjasama dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) pula, pihak TM telah menyediakan perkhidmatan Multi Line Session Initiation Protocol (SIP) bagi membolehkan komunikasi suara secara digital berlaku terutamanya di dalam komuniti UTeM dan amnya kepada komuniti luar menerusi rangkaian komputer yang berasakan Internet Protocol. Semua staf universiti menikmati kemudahan ini dengan nombor SIP yang berfungsi sebagai talian urusan rasmi pejabat. Medium komunikasi suara menerusi Multi Line SIP ini merupakan komponen penting di dalam sistem UTeM Unified Communication (UTeM UC). Kemudahan ini begitu memberi impak di mana komunikasi suara boleh dibuat dan dicapai selagi terdapatnya liputan Wifi dan liputan pelan data internet dengan nada suara yang berkualiti.
Secara tidak langsung, kemudahan ini sangat praktikal kepada staf yang menggunakan talian mudah alih. Malahan ianya juga memberikan kesan secara langsung kepada pengurusan perbelanjaan yang lebih berhemah.