• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pendidikan Islam sebagai Mediator Antara

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pendidikan Islam sebagai Mediator Antara"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Pendidikan Islam sebagai Mediator Antara Kurikulum dan Kokurikulum Dalam Membentuk Peribadi Pelajar

Wardatul Aishah, M.

Malaysian Institute of Information Technology, 1016, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +6013-3973620 E-mail: wardatulaishah@unikl.edu.my

Norsazali, A.

Malaysian Institute of Information Technology, 1016, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +6013-3973620 E-mail: norsazali@unikl.edu.my

Azis Jakfar, S.

Malaysian Institute of Information Technology, 1016, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +6013-3973620 E-mail: azis@unikl.edu.my

Mohd Nasrul Hakim, J

Technopreneur Development Department, Chancellery UniKL, 1016, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +019-2184142 E-mail: mnhakim@unikl.edu.my

Abstrak

Artikel ini akan membincangkan berkaitan dengan peranan Pendidikan Islam sebagai mediator dalam membentuk peribadi pelajar. Masyarakat mula sedar mengenai kepentingan peribadi pelajar untuk membawa kepada kemajuan dan kecemerlangan peradaban ummah. Kerana itu, matlamat Pendidikan Islam di Malaysia adalah untuk melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia. Di Universiti Kuala Lumpur, Pendidikan Islam di ajar dengan menggunakan pendekatan kurikulum dan kokurikulum di dalam pelaksanaannya sejajar dengan hasrat Kementerian Palajaran Malaysia (KPM) untuk melahirkan pelajar yang seimbang antara akademik dan peribadi. Justeru, artikel ini akan turut membincangkan berkaitan dengan sumbangan aktiviti kokurikulum di dalam Pendidikan Islam dalam membentuk peribadi pelajar.

Kata Kunci:Pendidikan Islam, Sistem Pendidikan, Kokurikulum, Peribadi Pengenalan

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan yang bersepadu dalam menyampaikan ilmu bagi membentuk diri, mengasuh peribadi, membina kemahiran diri dan menjadi contoh taladan dalam penghayatan cara hidup Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah dengan meningkatkan potensi diri dari sudut spiritual, fizikal, intelek, emosi dan sosial agar menjadi manusia yang bertanggungjawab terhadap Allah, manusia dan persekitaran alam ke arah mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat (Supyan Hussin, 2014)

(2)

Pendidikan Kebangsaan yang mengkehendaki remaja agar dapat menyeimbangi diri dalam kehidupan dan menguasai pelbagai kemahiran bagi mencungkil potensi diri untuk menjadi manusia yang bertanggungjawab kepada Allah, manusia dan alam sekitar.

Pendidikan Islam mempunyai kelas tersendiri dengan pendekatan yang tersendiri dalam usaha untuk memberi ilmu kepada remaja agar ilmu yang hendak di sampaikan di dalam kelas menjadi mudah untuk difahami dan diparaktikkan. Integrasi antara elemen kognitif, afektif dan psikomotor diperlukan di dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini. Pengajaran berpusatkan pelajar juga dituntut pada masa kini agar impak yang diterima mempunyai nilai yang tersendiri kerana ilmu yang diperolehi adalah berasaskan kepada usaha dan pengalaman mereka sendiri. Aspek pemikiran, emosi dan fizikal memainkan peranan dalam membantu memberi kefahaman kepada remaja dalam memahami ilmu Pendidikan Islam.

Syed Othman & Hasnan (2001) bersetuju di dalam artikelnya berkaitan dengan subjek pelajaran agama harus disiap sediakan dengan elemen yang progresif dan positif agar remaja tidak hanya boleh mengerjakan fardhu ain akan tetapi turut berjaya di dalam aspek hidup yang lain. Saranan yang diberikan adalah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah digariskan di dalam sistem pendidikan negara.

Pendidikan di Malaysia

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (Pusat Perkembangan Kokurikulum, 2005)

Matlamat pendidikan di Malaysia berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek serta mempunyai ilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia dan mampu untuk menjaga diri serta boleh menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran negara. Kesemua aspek yang hendak di capai adalah mencakupi aspek kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.

Merujuk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (1987), matlamat Falsafah Pendidikan Negara atau Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan remaja yang mempunyai ciri-ciri seperti (1) percaya dan patuh kepada Tuhan (2) Berilmu pengetahuan (3) Berakhlak mulia (4) Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara (5) Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara (6) Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

(3)

Konsep penerapan nilai murni merentas kurikulum merupakan strategi utama bagi memastikan tercapainya matlamat kesepaduan pendidikan mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, demi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek (Mohd Khairi & Asmawati, 2010). Penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran seiring dengan penekanan yang diberikan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan membolehkan remaja yang terhasil adalah dalam kalangan remaja yang seimbang serta mampu untuk merancang masa depan dengan baik. Remaja juga mampu untuk membuat keputusan dengan wajar dan bertanggungjawab ke atas akhlak dan perilakunya (Mohd Arif et al, 2005). Ini adalah seiring dengan matlamat pendidikan negara yang telah ditetapkan oleh sistem pendidikan di Malaysia.

Peranan Pendidikan Islam : Membentuk peribadi pelajar

Penerapan nilai murni diberi perhatian secara serius apabila bermula dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989 yang memberi galakan kepada guru agar mengamalkan penerapan nilai merentas kurikulum (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988; Mohd Khairi & Asmawati, 2010). Penerapan nilai merentas kurikulum adalah satu pendekatan yang membolehkan guru-guru mengajar pelajar dengan menyepadukan nilai moral, nilai budaya, nilai agama dan nilai estetika dalam pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan nilai adalah sebahagian daripada elemen yang menjadi asas dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN).

Mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya tidak boleh lari dari memasukkan elemen penerapan nilai murni dalam pembelajarannya. Konsep penerapan nilai murni merentas kurikulum merupakan strategi utama bagi memastikan tercapainya matlamat kesepaduan pendidikan mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, demi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek (Mohd Khairi & Asmawati, 2010)

Penerapan nilai murni dan pendekatan yang tepat dalam pengajaran akan membantu remaja untuk mudah memahami dan mengamalkan ilmu yang di ajar di dalam kelas. Ilmu yang dipelajari secara praktikal akan lebih dihayati oleh remaja berbanding dengan ilmu yang diperolehi secara teori kerana pengalaman yang diperolehi akan memberikan impak yang besar kepada diri remaja. Oleh kerana itu, ajaran di dalam Islam amat menekankan gabungan antara teori dan praktikal. Teorinya, remaja akan dapat mempelajari ilmu berkaitan ajaran Islam dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah dan di sekolah menengah. Di sekolah juga, remaja akan didedahkan dengan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum. Keterlibatan dan keaktifan pelajar dalam bidang kokurikulum akan menjadikan pelajar tersebut selangkah lebih maju berbanding dengan mereka yang tidak aktif (Wardatul Aishah et al, 2014)

(4)

serta nilai-nilai murni dalam diri remaja adalah selari dengan Falafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana Pendidikan Islam khususnya meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai tempat teratas menjadikan Pendidikan Islam berperanan untuk membentuk peribadi yang memenuhi ciri-ciri insan kamil (Abdul Halim, 1984)

Selain itu, tujuan Pendidikan Islam adalah untuk melahirkan remaja secara bersepadu, seimbang dan harmonis bagi menjadikan fungsi remaja itu sebagai hamba dan khalifah Allah. Pendidikan Islam juga bereperanan dalam membentuk peribadi remaja yang mempunyai keperibadian seperti :

1. Bertanggungjawab

Sifat tangungjawab ini dapat dibentuk kerana Falsafah Pendidikan Islam menyediakan manusia dengan ilmu pengetahuan yang cukup agar mereka mengenal dirinya serta

tugas dan tangungjawab sebagai hamba dan khalifah

(http://www.ipislam.edu.my/uploaded/PKPI2012PerananGuruPendidikanIslamMener usiFalsafahPendidikanIslamDalamMembentuIndividuMuridYangBerakhlak.pdf)

2. Mengamalkan ajaran Islam

Asas pembinaan falsafah Pendidikan Islam ialah ketauhidan dan keimanan kepada Allah swt justeru, tujuan Pendidikan Islam adalah menuju kepada mencapai keredhaan Allah swt agar mendapat kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat (Asmawati & Fathiyah, 2012). Silibus Pendidikan Islam yang di ajar di UniKL MIIT adalah lebih kepada cara pengamalan Islam dalam kehidupan seharian setiap individu.

3. Seimbang

Keseimbangan antara jasmani, emosi, rohani dan intelek merupakan satu keperluan masa kini bagi melahirkan remaja yang unggul dalam menghadapi cabaran masa kini dan cabaran-cabaran akan datang. Walaubagaimanapun, secara jelasnya tujuan Pendidikan Islam adalah untuk melahirkan insan yang baik iaitu insan yang sempurna pembinaan karakter dan potensi dirinya secara seimbang untuk dibentuk sebagai hamba dan khalifah Allah swt (Rosnani 1999, Al-Attas, 1978)

4. Berfikiran positif

Remaja yang mengahayati dan memahami ilmu Pendidikan Islam akan menjadikan mereka rajin untuk berfikir mengenai sesuatu kejadian. Salah satu Tujuan Pendidikan Islam adalah untuk membangunkan intelek insan agar dapat menyelesaikan masalah kehidupan yang hanya akan di capai melalui aktiviti berfikir (Abdullah, 1982 ; Abdul Haq, 2002)

5. Cergas fizikal

(5)

Pendidikan Islam di Universiti Kuala Lumpur

Mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan subjek wajib bagi pelajar Diploma khususnya di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology (UniKL MIIT). Antara silibus mata pelajaran tersebut ialah berkaitan dengan aspek Aqidah, Ibadah dan Akhlak Islamiyyah.

Secara asasnya, mata pelajaran ini di ajar secara syarahan akan tetapi tuntutan masa kini menjadikan subjek ini di ajar melalui tugasan dan projek yang harus dijalankan oleh pelajar bagi mengukuhkan penerimaan yang akan diperolehi oleh mereka. Ini adalah kerana terdapat perbezaan penerimaan maklumat bagi setiap pelajar (Riza Atiq Abdullah, 2013) yang mebolehkan mereka memahami ilmu yang dipelajari disamping para pensyarah harus menukar cara pengajaran untuk disesuaikan kepada pelajar dalam abad ke 21 yang celik IT dan terdedah kepada pelbagai teknologi yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa.

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan perlu dimiliki dan difahami oleh setiap pensyarah, ini kerana keberhasilan proses pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada cara mengajar pensyarah tersebut. Strategi pengajaran dan pembelajaran mempunyai pelbagai bentuk, pensyarah semestinya arif dalam menyesuaikan strategi pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah mengajar yang bersesuaian agar dalam proses pengajaran dan pembelajaran, objektif dan matlamat pengajaran dapat dicapai

(http://www.kkmas.edu.my/v1/images/pdf/STRATEGI-PENGAJARAN-PEMBELAJARAN.pdf)

Antara kaedah yang dijalankan bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology ialah seperti :

1. Kaedah penyelesaian masalah

2. Kaedah perbincangan dalam kumpulan 3. Kaedah berasaskan projek

4. Kaedah gabungan antara audio dan visual

Kesan daripada kepelbagaian cara pengajaran, remaja akan lebih berkeyakinan, pelbagai kemahiran akan diperolehi dan mereka akan terdedah kepada kemahiran menyelesaikan masalah rentetan daripada tugasan-tugasan yang diberikan adalah lebih menjurus kepada pembinaan diri dan pembentukan karakter berdasarkan aktiviti-aktiviti dan tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan.

Aktiviti kokurikulum dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam

(6)

Kokurikulum juga adalah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang dan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992). Peraturan-peraturan kokurikulum Kebangsaan di bawah Warta Kerajaan, akta Pendidikan 1995, bertarikh 31.12.1997 menjelaskan kokurikulum itu ialah kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari dalam bilik darjah. Aktiviti kokurikulum ini adalah tempat yang paling tepat bagi remaja untuk mencabar diri mereka sama ada mereka mampu untuk berdepan dengan realiti dan cabaran hidup sebenar atau sebaliknya. Graduan yang mempunyai nilai yang tinggi di pasaran adalah graduan yang mempunyai kemahiran pencapaian, pemahaman dan lambang keperibadian di mana kesemua elemen-elemen ini boleh diperolehi dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum (Yorke & Knight, 2003).

Manakala, kokurikulum agama ialah kegiatan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam yang dilakukan secara tidak formal di luar bilik darjah. Kokurikulum agama juga adalah kegiatan dakwah di sekolah yang berlaku secara tidak formal di luar bilik darjah sebagai penjelasan lanjut tentang aktiviti Pendidikan Islam dalam bilik darjah (Abdullah Muhammad Zin et al, 1992; Che Pee Saad, 1995).

Kokurikulum dapat memberikan banyak manfaat dan kepentingan kepada pelajar. Penglibatan remaja di dalam aktiviti kokurikulum membolehkan mereka menggabungjalinkan ilmu yang dipelajari di dalam kelas kepada tindakan mereka di luar kelas (Wardatul Aishah&Nooraini, 2013; Chin Pek Lian, et al, 2005)

Antara aktiviti kokurikulum yang telah dijalankan di UniKL MIIT adalah seperti : 1. Pengimarahan surau seperti solat berjemaah, solat-solat sunat, solat hajat dan

qiamullail

2. Buletin Pendidikan Islam

3. Pembudayaan al-Quran, al-mathurat dan doa-doa pilihan 4. Minggu penghayatan Islam dan nilai-nilai murni

5. Penerbitan risalah berkaitan dengan amalan-amalan Islam dan ilmu fardhu ain.

Kesepaduan antara Falsafah Pendidikan Islam, peranan guru dalam pengajaran dan pembelajaran serta sifat ingin belajar yang tinggi dalam diri pelajar merupakan asas utama yang menjadikan pembentukan diri mereka dapat dicapai dengan cemerlang.

Penutup

Matlamat Falsafah Pendidikan Islam dalam membentuk akhlak adalah proses melatih, mendidik jiwa, jasmani, rohani dan emosi berasaskan al-Quran dan as-Sunnah, pengalaman salafus soleh serta ilmuan para muktabar dengan bertujuan untuk melahirkan manusia yang bertanggungjawab untuk mengimarahkan alam ini (Abdul Halim, 1993). Manakala Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang juga ada di dalam Falsafah Pendidikan Islam negara adalah untuk melahirkan remaja secara bersepadu dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi mengembangkan potensi diri yang tinggi dan berkemahiran dalam pelbagai bidang.

(7)

yang hakikatnya adalah pandangan hidup yang telah digariskan dalam Islam (Asmawati & Fathiyah, 2012).

Gabungan antara kurikulum dan aktiviti kokurikulum dalam Pendidikan Islam akan membolehkan remaja yang terhasil adalah remaja yang mempunyai peribadi yang tinggi. Matlamat pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam adalah untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia. Dengan akhlak ini, maka remaja akan mencorak dan merencana khidupan mereka dengan perkara-perkara yang dapat membantu menaikkan syiar Islam dan kemajuan serta keharmonian negara.

Rujukan

Abdullah Muhammad Zin. 1992. al-Akhlak al-Islamiah wa-Atharuha fi Bina’ al-Majmu’. Kuala Lumpur. Pustaka Antara.

Abdul Halim El-Muhammady. 1993. Pendidikan Islam era 2020: Satu penghayatan menyeluruh. Dalam: Khailani Abdul Jalil & Ishak Ali Syah. Pendidikan Islam era 2020 tasawwur dan strategi. Kajang: Bintang Jaya.

Abdul Halim Mat Diah. 1989. Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur. Angkatan Belia Islam Malaysia.

Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa. 1994. Falsafah dan konsep pendidikan. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Asmawati Suhid. 2005. Pemantapan komponen akhlak dalam Pendidikan Islam bagi menangani era globalisasi. Jurnal Kemanusiaan, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, Bil6. Disember.95-103

Abdul Haq, Mahar. 2002. Educational philosophy of the Holy Quran. New Delhi. Adam Publishers & Distributors.

Ahmad D.Marimba. 1974. Filsafat Pendidikan Islam. Cetakan 3, Bandung. Pt al-Maarif Asmawati Suhid & fathiyyah Mohd Fakhruddin. 2012. Gagasan pemikirn falsafah dalam Pendidikan Islam: Hala tuju dan cabaran. Journal of Islamic and Arabic Education. 4 (2) 57-70

Chin Pek Lian, Low Li Chuen & Vivian Low Yen Yeong. 2005. Masalah Disiplin Pelajar,

Pendekatan dan Penyelesaian. UTM : Skudai

Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat. 2013. http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-kampus/1505-change-teaching-methods-to-help-students.html

(8)

Rosnani Hashim. 1999. Islamization of the Curriculum. The American Journal of Islamic Social Sciences. 16 (2): 27-43

Syed Othman Al Habshi & Hasnan Hakim. 2001. Dasar dan pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan. Kertas kerja dibentangkan di Kongres Pendidikan Melayu di dewan Merdeka ,

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kuala Lumpur, 1-2 September 2001.

Syed Muhammad al-Naqib al-Attas. Islam and secularism. Kuala Lumpur. Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM)

Wardatul Aishah, Azis Jakfar Soraji & Norsazali Abdullah. 2014. Pembentukan sahsiah remaja melalui penglibatan diri di dalam aktiviti di luar kelas. Prosiding Konvensyen Serantau Pengajian Islam 2014; Isu, penilaian dan pemerkasaan (ISBN 978-967-12078-1-9). KUIM, Malaysia.

Wardatul Aishah & Nooraini Othman. 2013. Kokurikulum sebagai medan pembentukan akhlak seimbang dalam kalangan remaja di institusi pengajian tinggi. e- Prosiding

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan (NASDEC 2013). UTM Malaysia

Wardatul Aishah & Nooraini Othman. 2014. Kesedaran kendiri terhadap aktiviti kokurikulum dan keberkesanannya kepada remaja. e- Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR

2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA.

Referensi

Dokumen terkait

iv. Falsafah pendidikan negara menyebut ia bertujuan untuk melahirkan individu yang akan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

2.3 Adalah menjadi matlamat jangka panang Majlis Sukan Negara Malaysia bahawa Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan ini akan menjadi sistem pendidikan jurulatih

Kenyataan ini juga turut dipersetujui oleh Abdul Halim El-Muhammady (1993) yang menyatakan bahawa matlamat falsafah pendidikan Islam dalam membentuk akhlak manusia ialah

iv. Falsafah pendidikan negara menyebut ia bertujuan untuk melahirkan individu yang akan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

• Mewujudkan budaya ilmu di kalangan guru dan murid sejajar dengan salah satu pernyataan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. • Melahirkan generasi yang mencintai

Oleh yang demikian, melalui falsafah dan matlamat Pendidikan Islam yang telah dibincangkan, sewajarnya dikatakan bahawa setiap pembangunan insan termasuk bagi

Pada peringkat ini hala tuju pendidikan negara lebih bersifat untuk melahirkan masyarakat yang mampu bersaing di peringkat global berdasarkan kepada falsafah pendidikan

21 Berdasarkan falsafah di atas, maka telah digariskan matlamat pendidikan Islam iaitu: Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan,