• Tidak ada hasil yang ditemukan

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD8023 Sejarah Pendidikan Islam II (Minggu 1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD8023 Sejarah Pendidikan Islam II (Minggu 1)"

Copied!
29
0
0

Teks penuh

(1)

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM

WD8023

Sejarah Pendidikan Islam II

(Minggu 1)

PENSYARAH:

Ustazah Dr Nek Mah Batri

PhD – Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD – Fiqh Sains & Teknologi (UTM)

(2)

Silibus

Falsafah dan Kurikulum Pendidikan Islam

Tokoh-tokoh pada zaman kegemilangan Islam - Ibn Thufail

- Ibn Khaldun - Al-Ghazali

Tokoh-tokoh zaman moden/kini - Dr. Ismail Al-Farouqi

(3)

Sinopsis

Modul ini bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap wujudnya sistem pendidikan Islam yang dianggap penting oleh masyarakat kita hari ini.

Ini ditinjau dari segi perkembangan sejarah pendidikan Islam dari zaman Rasulullah hingga ke zaman penjajahan Inggeris, sumbangan tokoh-tokoh pendidikan Islam pada zaman

kegemilangan Islam dan pada zaman ini dan cabaran-cabaran yang dihadapi masa kini.

(4)

FALSAFAH ISLAM

FALSAFAH ISLAM

(5)

FALSAFAH ISLAM

Boleh di lihat dari tiga sudut - Etimologi (Bahasa)

- Terminologi (Istilah) - Praktikal

(6)

ETIMOLOGI (Bahasa)

Falsafah berasal dari bahasa Yunani Kuno. Ia adalah „kalimah mu‟arrabah.‟ (Al-Syaibani)

Asal perkataan „Philosophia‟; Philein: Cinta dan Shopia: Kebijaksanaan (hikmah atau wisdom).

Pengertian bebas ia bermaksud „Cintakan Hikmah‟. Dari segi sejarah, Phytagoras ialah orang pertama

menggunakan perkataan falsafah dan menggelarkan dirinya sebagai Pencinta Kebijaksanaan (Lover of Wisdom).

(7)

Cinta bermaksud menghargai sesuatu dan mempunyai perasaan berkobar-kobar untuk memiliki sesuatu.

Hikmah ialah satu pandangan dan fikiran yang jauh, matang dan mendalam serta pengamatan yang tidak dapat dicapai oleh

pengetahuan biasa. Ia juga bererti kebenaran sejati.

Dengan demikian, falsafah bermaksud hasrat atau keinginan yang sungguh-sungguh untuk mencari kebenaran yang sejati (seeking the truth) serta menghayati kebenaran tersebut.

Umumnya, falsafah adalah berfikir. Berfikir secara falsafah adalah secara kritikal dan integral.

(8)
(9)

ETIMOLOGI (Bahasa)

Maksud: Falsafah yang berteraskan ajaran Islam, iaitu bersumberkan wahyu sama ada al-Quran atau al-Sunnah atau kedua-duanya.

Justeru, semua perbincangan tentang falsafah tidak lari daripada prinsip dan matlamat Islam.

Jika diertikan sebagai „cintakan hikmah‟ maka falsafah Islam bererti cintakan hikmah atau kebenaran yang berteraskan wahyu, sumber ajaran Islam.

---HIKMAH mempunyai maksud berbeza. Disebut beberapa kali dalam al-Quran dengan maksud berbeza mengikut qarinah ayat berkenaan.

(10)

TERMINOLOGI (ISTILAH)

Pengertian falsafah yang dikemukakan oleh ahli falsafah adalah berbeza beza.

Wujud satu persamaan iaitu takrifan mereka

berpaksikan kepada elemen elemen seperti manusia, Tuhan dan alam.

(11)

PRAKTIKAL

Falsafah membawa maksud “berfikir secara bersungguh-sungguh, tidak terikat oleh tradisi dan mempunyai ciri-ciri seperti sistematik, radikal, dan sejagat”.

Berfikir secara sistematik – “ Berfikir secara logic dan berurutan”.

Berfikir secara radikal –berfikir sehingga ke akarnya dan menyelesaikan dengan penuh tanggungjawab.

Berfikir secara sejagat- tidak terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja dan merangkumi keseluruhannya.

(12)

RUMUSAN

Falsafah Islam adalah satu perbincangan mendalam untuk: Mengetahui dan mengenal Allah sebagai Zat yang Maha Berkuasa. Dialah yang menghidup dan mematikan makhluk. Mengetahui dan mengenal alam sebagai tempat ujian ءلاتبلاا راد. Alam adalah untuk kegunaan manusia dan diuruskan mengikut kehendak Penciptanya.

Mengenal manusia sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Semua tanggungjawab akan dipersoalkan.

(13)

Pendidikan berasal dari perkataan Latin, educare yang membawa maksud “Memelihara dan Mengasuh”.

Menurut Kamus Pendiddikan (1979) - Pendidikan ialah satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembang kebolehan dan tingkah laku manusia.

Satu proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memproleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi.

(14)

DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Ibnu Khaldun

DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Ibnu Khaldun

Ibn Khaldun mengatakan, bahawa pendidikan merupakan upaya perubahan potensi (al-Taqat al-Quswa) manusia. Jadi pendidikan memegang peranan penting dalam tamadun manusia.

Ibn Khaldun menjelaskan : Manusia sebagaimana makhluk hewani lainnya juga mempunyai sifat hayawaniyat-nya seperti al-hiss (rasa), al-harakat (gerak), memerlukan al-qiza

(makanan) dan tempat tinggal (al-kanni). Manusia berbeza dengan makhluk lain kerana manusia berkeupayaan untuk berfikir. Dengan potensi itu manusia dapat mencari keperluan hidup. Dengan potensinya, manusia dapat berinteraksi dengan sesamanya untuk tujuan-tujuan kesejahteraan hidup bersama. Juga dengan potensinya, manusia dapat menerima ajaran-ajaran dari Allah yang disampaikan oleh para Nabi kepadanya

Ibn Khaldun meletakkan pendidikan dalam kerangka tamadun (al-„Umran). Pendidikan

merupakan bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari tamadun. Tamadun itu sendiri adalah isi pendidikan. Tamadun merupakan konsekuensi logik aktiviti manusia. Melalui kemampuan

(15)

ISLAM DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Al-Ghazali

Pendidikan adalah satu proses yang merangkumi aspek-aspek seperti intelek, latihan jasmani dan pembentukkan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati

(16)

DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Yusuf al-Qardawi (1980)

Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak dan tingkahlaku.

Tujuan: Menyediakan manusia hidup dalam

masyarakat yang sering menghadapai kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan.

(17)

DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Syed Naquib Al-Attas (1979:119)

Pendidikan, menurut Syed Naquib Al-Attas Al-Attas adalah “penyemaian adab dalam diri seseorang – ini disebut dengan ta‟dib.,

Pentingnya makna adab dan kaitannya dengan pendidikan manusia yang baik akan semakin terasa ketika disedari bahawa pengenalan yang

meliputi ilmu, dan pengakuan yang melibatkan tindakan, tentang tempat yang sesuai sangat berhubung dengan kata-kata kunci lainnya dalam pandangan hidup Islam, seperti kebijaksanaan, (hikmah), dan keadilan („adil) realiti dan kebenaran („adil).

Al-Attas memberikan contoh bagaimana adab itu hadir dalam pelbagai tingkat pengalaman manusia. Adab terhadap diri sendiri bermula ketika seseorang mengakui bahawa dirinya terdiri daripada dua unsur. Yang pertama unsur akli dan yang kedua unsur haiwani. Ketika akal seseorang menguasai dan mengawal sifat kehaiwananya, ia sudah meletakkan

(18)

Merubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu dalam masyarakat melalui berbagai-bagai proses.

Proses-proses itu pengajaran, latihan dan indoktrinasi.

Pemindahan nilai-nilai melalui pengajaran ialah memindahkan pengetahuan dari seorang ke seorang dan latihan ialah

membiasakan diri melakukan sesuatu pekerjaan bagi

memperoleh kemahiran sementara proses indoktrinasi pula menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain.

DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Hassan Langgulung (1979)

(19)

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Bermaksud falsafah pendidikan yang berteraskan roh Islam atau falsafah Islam untuk pendidikan (al-Syaibani) Matlamat: Menyediakan manusia dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang cukup agar dia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, serta mengetahui

cara untuk melaksanakan tugasnya sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi.

(20)

SYARAT-SYARAT FALSAFAH SYARAT-SYARAT FALSAFAH

PENDIDIKAN ISLAM

Menurut al-Syaibani dan Mohd Yusuf Ahmad:

Prinsip dan ideologi mestilah selari dengan akidah dan hukum Islam.

Mestilah berkaitan dengan budaya masyarakat Islam.

Bersifat terbuka kepada semua pengalaman manusia, selagi tidak bertentangan dengan prinsip agama.

(21)

SYARAT-SYARAT FALSAFAH SYARAT-SYARAT FALSAFAH

PENDIDIKAN ISLAM

Falsafah Pendidikan Islam haruslah dibina berdasarkan roh alQuran (Abd. Ghani Shamsudin)

Ciri penggubal yang dianggap rukun falsafah

Ahli falsafah seorang yang teguh iman kepada Allah dan RasulNya.

Akhlak yang mulia dan berilmu, merangkumi ilmu dunia dan akhirat.

Melakukan amal soleh sama ada untuk dunia mahupun akhirat.

(22)

KEPENTINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN

Menentukan tujuan, arah dan matlamat pelajaran. Merangka tindakan dan proses.

Menggubal kurikulum dan bahan. Meracangkan kaedah P&P.

Menggariskan cara penilaian.

Merancang pengeluaran dan penghargaan. Merancang satu sistem yang menyeluruh.

(23)
(24)
(25)
(26)

Falsafah Pendidikan Islam pula adalah satu pemikiran yang mendalam tentang tanggungjawab dan proses

mendidik manusia dengan memberi ilmu, berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, supaya mereka mengenal Allah, tahu tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah, dan dapat melaksanakan tanggungjawab itu dengan betul. Ini termasuklah kurikulum, kaedah pengajaran, tujuan dan matlamatnya.

Matlamatnya ialah melahirkan insan soleh/kamil serta

(27)

AKTIVITI KUMPULAN

Secara berkumpulan ( 5 orang setiap

kumpulan)

Bincangkan bagaimana falsafah pendidikan

dapat melahirkan insan soleh/kamil serta

bertamadun yang boleh membawa

kebahagiaan kepada diri, keluarga dan

masyarakat, di dunia dan di akhirat.

(28)

Buku-Buku Rujukan :

Hassan Langgulung, Pendidikan Islam Ahmad Mohd Salleh, Pendidikan Islam

Charles Issawi, (tran, Ali Munawar, Filsafat Ibn Khaldun) MM Syarif, Para Filosof Islam

Yusuf Qardawi, Sistem Pendidikan Ikhwan al-Muslimin

Wan Mohd Noor Wan Daud, The Educational Philosophy and Practise of Syed Muhammad Naquib Al-Attas

Md Hamid Al-Afendi & Ahmed Nabi Baloch (edits), Kurikulum dan Pendidikan

(29)

Referensi

Dokumen terkait

43 Ketika wilayah ini sudah menjadi kawasan destinasi wisata budaya (culture tourism), terjadi pergeseran cara pandang masyarakat terhadap kebudayaannya. Suatu

Berdasarkan hal tersebut di atas, maka penulis mencoba melakukan sebuah penelitian mengenai upaya pembuktian penuntut umum menggunakan barang bukti surat perjanjian sewa mobil

Ketersediaan transportasi umum yang baik akan meningkatkan mobilitas dan aksesibilitas wisatawan untuk menuju destinasi wisata, yang pada akhirnya akan meningkatkan ekonomi

Pada tahap ini dilakukan operasi ekspansi matriks yang dilakukan dengan memangkatkan matriks yang diperoleh pada langkah 4 dengan pangkat e, dalam hal ini e =

Ketika melihat konteks dari percakapan antara Bara dan Velin diatas, maka dapat disimpulkan bahwa tuturan Bara mengandung implikatur berupamaksud untuk memberikan

Namun demikian, responden masih mengharapkan akan terjadi peningkatan jumlah tabungan untuk 6 bulan mendatang sebagaimana tercermin pada kenaikan indeks jumlah tabungan 6 bulan

Berangkat dari realitas inilah penulis mengajukan program pengabdian untuk menghidupkan kembali permainan-permainan tradisional, sebagai tindak lanjut dari penelitian

Hasil dari pengelasan material plat kapal Tanker 3500 LTDW HN.309 yang telah dilakukan dengan 4 (empat) alur pengelasan diatas menunjukkan bahwa pada alur