Tujuan
Tujuan eksperimen ini adalah untuk menulenkan dua jenis garam iaitu kuprum(II) sulfat, CuSO4 dan magnesium nitrat, MgNO3 dengan menggunakan proses penghabluran semula.
Teori
Teknik penulenan garam yang digunakan dalam eksperimen ini adalah proses penghabluran semula. Penghabluran semula secara amnya merupakan sebuah proses dimana campuran bendasing dan sebatian yang dikehendaki dapat diasingkan dengan melarutkanya kedalam satu pelarut yang sesuai.Proses ini menyebabkan salah satu diantara sebatian dan bendasing itu dapat dikeluarkan daripada larutan. Sekaligus meninggalkan yang lain di dalam larutan yang secara tidak langsung memisahkan keduaduanya. Proses ini diberi nama penghabluran kerana hablur yang biasanya terhasil apabila sebatian tersisa.
Penghabluran tercipta di dunia kerana para ahli kimia ingin mengunakan sebuah sebatian tetapi sebatian itu telah tercemar dengan sebuah bendasing. Penghabluran merupakan salah sebuah cara yang dapat mengasing sebatian yang diingini daripada bendasing yang mencemarkannya.
Bahan & Radas
o Magnesium nitrat, MgNO3
o Kuprum(II) sulfat, CuSO4
o Air suling
o Bikar 100 cm3
o Mangkuk penyejat
o Rod kaca
o Kasa dawai
o Tungku kaki tiga
o Penunu bunsen
o Corong turas
o Kertas turas
Prosedur
Penghabluran semula kuprum(II) sulfat, CuSO4
1. 5 g hablur kuprum(II) sulfat, CuSO4 tidak tulen dimasukkan ke dalam bikar 100 cm3
2. Seperti dalam rajah 1.a, air suling ditambah ke dalam bikar berisi kuprum(II) sulfat, CuSO4 sehingga larut
3. Seperti dalam rajah 1.b, campuran kuprum(II) sulfat, CuSO4 dipanaskan mengunakan penunu bunsen secara perlahanlahan sambil dikacau mengunakan rod kaca hingga satu larutan tepu panas terhasil
4. Campuran kuprum(II) sulfat, CuSO4 dituras ketika panas untuk mengasingkan bendasing tak larut dalam campuran
5. Campuran kuprum(II) sulfat, CuSO4 dipanaskan sehingga satu pertiga tiga daripada isipadu asal untuk memekatkan larutan
6. Campuran kuprum(II) sulfat, CuSO4 dipindahkan ke dalam mangkuk penyejat dan dibiarkan sehingga kering dan menjadi hablur kuprum(II) sulfat, CuSO4. 7. Hablur kuprum(II) sulfat, CuSO4 dimasukkan kedalam plastik untuk
persampelan.
Penghabluran semula magnesium nitrat, MgNO3
1. 5 g hablur magnesium nitrat, MgNO3 tidak tulen dimasukkan ke dalam bikar 100 cm3
2. Seperti dalam rajah 2.a, air suling ditambah ke dalam bikar berisi magnesium nitrat, MgNO3 sehingga larut
3. Seperti dalam rajah 2.b, campuran magnesium nitrat, MgNO3 dipanaskan mengunakan penunu bunsen secara perlahanlahan sambil dikacau mengunakan rod kaca hingga satu larutan tepu panas terhasil
4. Campuran magnesium nitrat, MgNO3 dituras ketika panas untuk mengasingkan bendasing tak larut dalam campuran
5. Campuran magnesium nitrat, MgNO3 dipanaskan sehingga satu pertiga tiga daripada isipadu asal untuk memekatkan larutan
6. Campuran magnesium nitrat, MgNO3 dipindahkan ke dalam mangkuk penyejat dan dibiarkan sehingga kering dan menjadi hablur kuprum(II) sulfat, CuSO4. 7. Hablur magnesium nitrat, MgNO3 dimasukkan kedalam plastik untuk
persampelan.
Rajah 2.a Rajah 2.b
magnesium nitrat, MgNO3
Perbincangan
MgNO3 tidak tulen adalah dalam kuantiti yang minimum agar masa yang diambil untuk larutan kuprum(II) sulfat, CuSO4 dan magnesium nitrat, MgNO3 untuk menjadi hablur bertambah singkat.
Larutan yang ditapis menggunakan kaedah penurasan dibuat ketika larutan masih panas. Hal ini kerana, langkah ini dapt mengelakkan garam daripada mengalami penghabluran awal apabila larutan dituras apabila ianya telah sejuk.
Larutan juga tidak boleh disejukkan secara mendadak. Jika larutan disejukkan secara mendadak, akan berlakunya “rapid precipitation” di mana hablur yang terhasil adalah dalam bentuk yang tidak lengkap. Hablur yang mempunyai bentuk yang tidak lengkap mempunyai bendasing terperangkap di dalamnya dan menyebabkan hablur itu menjadi tidak tulen.
Terdapat banyak ralat yang berlaku semasa menjalankan eksperimen. Antara ralat yang berlaku adalah larutan tersejat apabila dipanaskan. Apabila sebuah larutan itu terlalu lama dipanaskan, lautan itu akan tersejat sendiri menyebabkan eksperimen terpaksa dimulakan semula dengan menambahkan air suling kepada larutan yan tersejat tadi.Cara untuk mengatasi ralat ini adalah dengan meminimumkan masa larutan itu di dalam bentuk tepu. Hal ini dapt dicapai dengan menapis larutan dengan pantas apabila ianya mencapai bentuk tepu.
Kesimpulan
Rujukan
Proper Purification of Crystalline Solids.,
https://www.erowid.org/archive/rhodium/chemistry/equipment/recrystallization. html