• Tidak ada hasil yang ditemukan

Konsep Pengawasan Syariah Dalam Perbanka

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Konsep Pengawasan Syariah Dalam Perbanka"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

Working Paper in Islamic Economics and Finance No. 0811

Konsep Pengawasan Syariah Dalam Perbankan Islam : Suatu Strategi Pengukuhan

Mohd Nasran Mohamad1, Amir Husin2, Ahmad Dahlan Salleh3, Salmy Edawati Yaakub4

Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Bangi, 43600 Selangor, D.E. Malaysia

This Draft May 2008

1

Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik dan Perhubungan Antarabangsa merangkap Pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

2

Ketua Jabatan Syariah merangkap pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

3

Pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

4Pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bangi 43600, Selangor, Malaysia Fax: 603-89215789 http://www.ukm.my/ekonis

(2)

PENDAHULUAN

Dewasa ini, penyelidikan mengenai ekonomi Islam telah memberikan petunjuk bahawa lebih kurang tiga ratus institusi-institusi kewangan telah dapat menerapkan seluruh proses kewangannya mengikut syariat Islam dengan purata kekayaan mencecah dua ratus billian dollar Amerika Syarikat yang tersebar lebih kurang 50 negara di dunia. Perkembangan seperti inilah yang menjadi tanda terpenting dalam sistem kewangan global yang mengambil masa lebih kurang tiga kurun, sehingga memaksa sebahagian institusi perbankan di barat untuk membuka kaunter-kaunter bank Islam di bawah bank konvensional yang mereka miliki.

Badan-badan pengawasan syariah dikategorikan sebagai salah satu tiang asas bagi proses kewangan Islam. Ianya juga merupakan peranan yang sangat penting dalam menetapkan proses kewangan Islam mengikut perundangan Islam.

Oleh kerana wujudnya pelbagai halangan atau rintangan yang dihadapi oleh institusi-institusi perbankan dan badan-badan pemantau undang-undang secara khusus, dan keinginan-keinginan yang besar untuk merealisasikan ketentuan-ketentuan syariat dan manfaatnya terhadap proses pengukuhan dan pemantapan, maka kami kemukan kertas kerja ini agar dapat memberi sedikit tinjauan dan pandangan terhadap perkara-perkara yang dibincangkan.

Kertas kerja ini mempunyai matlamat memberikan penilaian terhadap seluruh operasi badan-badan pemantau perundangan dalam perbankkan Islam terutama bagi pihak-pihak tertentu, kakitangan, pemerhati bagi perbankan dan institusi-institusi kewangan Islam sehingga dapat memberikan lebih kepercayaan terhadap institusi-institusi berkenaan.

DEFINISI JAWATANKUASA SYARIAH DAN PENGAWASAN SYARIAH Terdapat beberapa definisi yang dikemukan oleh penulis-penulis kontemporari mengenai jawatankuasa syariah dan pengawasan syariah dalam perbankan Islam, antaranya:

Definisi oleh Prof. Dr. Husien Shehatah:“Pengawasan yang berterusan, penyelidikan dan penganalisaan semua kerja, perilaku dan etika yang dilakukan oleh setiap individu, kumpulan, institusi, unit-unit dan lain-lainnya untuk mengenalpasti bahawa semua kerja dan operasi dalam lembaga-lembaga itu telah menerapkan hukum-hukum dan kaedah-kaedah syariat Islam. Proses ini dilakukan dengan cara menggunakan prasana, metode dan cara yang bersesuaian dengan syariat Islam. Termasuk juga menjelaskan tentang penyelewengan, kesalahan-kesalahan dan membuat pembetulan dengan segera serta menghantar laporan kepada pihak-pihak yang berkaitan ang mengandungi catatan-catatan, nasihat-nasihat, tunjuk ajar dan cara perkembangan ke arah yang lebih baik”1.

1

(3)

Prof. Dr. Jamaluddin ‘Atiyyah menjelaskan: “Pengertian pengawasan syariah mesti meliputi: semangat untuk merealisasikan bagi seorang ahli kewangan yang berupa kempen mengenai idea-idea kewangan, pencetus bagi realiti kerjaya di hadapan para penyokong dan pendiri. Ini kerana golongan ini memiliki kesan yang besar untuk menentukan perjalanan dan pemantauan, dengan semangat yang tinggi serta kemampuan untuk menyingkap penyelewengan-penyelewengan kemudian memberikan tindakbalas yang baik dengan pertolongan daripada para pakar dalam bidangnya”1

Faris Abu Mu’ammar memberikan takrifan mengenainya dengan pengertian berikut:

“Semua unsur-unsur dan aktifiti pemantauan yang telah digunakan untuk mengenalpasti pengamalan sistem kewangan di perbankan Islam berlandaskan konsep syariat Islam”2.

Dengan berpandukan kepada beberapa definisi di atas, dapat kita membuat kesimpulan bahawa maksud daripada jawatankuasa syariah dalam perbankkan Islam itu ialah:“Badan bebas yang terdiri daripada ahli-ahli pakar fikh perundangan Islam, para pakar ekonomi yang dituntut bagi mereka agar dapat melaksanakan aktiviti perbankkan Islam, memantau dan memberikan penyeliaan dalam rangka mengenalpasti penerapan hukum-hukum dan kaedah-kaedah syariat Islam serta fatwa dan keputusan-keputusannya diterapkan dalam institusi kewangan tersebut”.

Terdapat pelbagai nama bagi badan fatwa dan pengawasan syariah antaranya: Badan Pengawasan Syariah, Penasihat Syariah, Jawatankuasa Pengawasan Syariah, Pemantau Syariah, Jawatankuasa Agama, Majlis Perundangan Islam, Lembaga Perundangan Islam, Jawatankuasa Fatwa, Lembaga Fatwa dan Insitusi Fatwa.

SUMBER RUJUKAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM

Idea penubuhan badan pengawasan syariah adalah selari dengan penubuhan instistusi kewangan Islam kerana keadaan yang memaksa untuk mengenalpasti kadar penerapan perundangan Islam dalam operasi perbankan atau untuk mengenalpasti supaya tiada pertembungan antara operasi yang dilakukan oleh perbankan terhadap pelanggannya dan institusi-institusi berkenaan dengan kaedah-kaedah syariat Islam. Termasuk juga usaha untuk penyelarasan garis panduan dengan amalan supaya semua aktiviti institusi kewangan bersama realitinya benar-benar sesuai dengan apa yang digariskan. Sebenar pengawasan syariah pada awal pemerintahan Islam merupakan tugas dan tanggungjawab yang paling utama bagi seorang hakim atau pemerintah. Ia dilakukan dengan badan-badan yang pelbagai seperti badan hisbah (badan pengawasan harga dan timbangan dalam perniagaan) yang berlandaskan kepada tanggungjawab seorang muslim untuk menghindarkan diri daripada perkara-perkara mungkar dan melakukan perkara yang makruf. Wali hisbah juga boleh mencampuri urusan berkaitan akidah dan ibadah serta yang berhubungkait dengan cara, aktiviti pekerjaan, industri-industri dan urusan mua’malat. Contoh amalan seorang muhtasib dalam urusan muamalat ialah: akad haram, judi, penipuan dalam jualan barangan, penipuan dalam harga barangan dan penjualan minuman keras yang dilarang oleh syariat Islam walaupun antara kedua-dua pihak sama-sama reda dalam transaksi berkenaan.

1

Jamaluddin Atiyyah, al-Bunuk al-Islamiah, hlm. 76. 2

(4)

Jika larangan tersebut adalah perkara yang disepakati oleh para fuqaha’ maka wajib

kepada wali hisbah menegah dan melarang daripada berlakunya urusan tersebut. Wali hisbah juga boleh menghalang aktiviti pengibirian haiwan ternakan yang dapat menghasil susu (al-Tasriyah) kerana termasuk juga dalam unsur-unsur penipuan. Mereka juga wajib menegah berlakunya pengurangan atau lebihan dalam timbangan serta mengambil hak piutang daripada orang-orang yang menangguh untuk menjelaskan pembayaran sedangkan mereka mampu untuk membayarnya1.

Dalil yang menunjukkan kepada semua perkara di atas ialah firman Allah(s.w.t.) yang maksudnya :              

Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya”. (al-Imran: 104).

Para ulama fikh samaada ulama terdahulu atau sekarang telah bersepakat bahawa wajib melaksanakan amar ma’ruf dan nahi munkar kerana mengharap pahala dan reda Allah (s.w.t.) dan kerja badan fatwa dan pengawasan syariah adalah termasuk dalam kategori ini.

Mengikut lojik akal pula, jika terdapat sebuah lembaga atau badan yang mengambilberat tentang semua aktiviti dan urusan manusia dan mengadakan pemantauan terhadap semua tempat-tempat perkhidmatan awam dalam sesuatu negara, seperti operasi perbankan dan institusi-institusi kewangan dan urusannya dalam menerapkan hukum-hukum syariat, maka ianya akan membawa seribu rahmat. Akan tetapi jika hukum-hukum syariat itu tidak dilaksanakan dalam urusan badan-badan tersebut, maka ia akan membawa kepada kerosakan dan kehancuran kehidupan masyarakat. Allah(s.w.t.) berfirman:

                     

Maksudnya: Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang Yang beriman. ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). dan orang-orang Yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut Yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (al-Baqarah: 257).

1

(5)

Identiti sesebuah institusi kewangan Islam itu tidak dapat dikenalpasti jika tidak wujud peraturan dan undang-undang atau garis panduan pematuhan syariah tanpa badan pengawasan berterusan yang boleh menghalang daripada berlakunya perkara-perkara syubhah dan dilarang. Oleh yang demikian, perkara-perkara ini adalah wajib untuk dilaksanakan. Kaedah menyatakan: Perantara bagi sesuatu yang wajib adalah wajib hukumnya untuk dilaksanakan1.

MATLAMAT DAN PERANAN BADAN PENGAWASAN SYARIAH DALAM INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

Berikut adalah matlamat dan peranan terpenting bagi badan pengawasan syariah dalam institusi-institusi kewangan Islam2:

I. Membimbing dan memantau semua aktiviti institusi-institusi kewangan Islam bagi mengenalpasti kadar penerapan hukum-hukum syariat Islam di dalam institusi-institusi kewangan tersebut dalam semua urusannya serta mengetahui sejauhmana ianya sah menurut perundangan.

II. Mendedahkan pelbagai penyelewengan, kesalahan, idea atau pendapat, menilai dan membuat teguran kepada institusi tersebut agar menjauhi perkara-perkara yang telah dilarang.

III. Mendedahkan sistem mu’amalah yang halal yang dilaksanakan oleh institusi kewangan Islam.

IV. Mengemukakan alternatif yang bersifat Islam dan halal bagi semua bentuk

mu’amalah institusi-institusi kewangan Islam dan membaharui sistem pelaburan yang baik.

V. Menyokong institusi-institusi kewangan Islam, kakitangan dan para pelanggannya untuk beriltizam dalam semua urusan dengan undang-undang syariat Islam dan memberikan pengetahuan kepada mereka mengenai prinsip-prinsip perundangan asas untuk mengembangkan kesedaran dalam menerapkan sistem kewangan Islam dan transaksi-transaksi yang diamalkan.

VI. Memberikan keselesaan bagi peraturan-peraturan asas, panduan-panduan, akad-akad dan persepaduan yang telah disahkan oleh institusi kewangan demi mengelakkan berlakunya penyelewengan terhadap hukum-hukum syariat Islam. VII. Mengadakan pengawasan yang berterusan, mengaudit dan mencari penyelesaian

yang menjamin perlaksanaan urusan yang sesuai dengan kaedah-kaedah dan hukum-hukum syariat Islam, mendedahkan pelbagai masalah, kesukaran serta mencari jalan penyelesaian yang wajar.

1

Al-Zarkasyi,al-Manthur fi Qawaid al-Fiqh, jil. 1, hlm. 235. 2

(6)

VIII. Menghantar apa-apa ketetapan atau rang undang-undang yang sesuai, memberikan pendapat, catatan-catatan yang lazim kepada majlis pentadbiran kewangan tentang apa sahaja perkara yang berhubungkait dengan transaksi-transaksi institusi kewangan tersebut.

IX. Bekerjasama dalam mempersiapkan penyelidikan yang global mengenai permasalahan dan aktiviti-aktiviti yang mempunyai kepentingan khusus, yang memerlukan kepada penyelidikan lanjut daripada perundangan yang sedia ada serta mengambil rujukan-rujukan perkara berkenaan daripada kitab-kitab fikh. X. Memastikan tentang format peraturan-peraturan, rajah-rajah, sijil-sijil, kad-kad

dan lain-lain produk dan khidmat pelanggan adalah mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh syariat Islam.

XI. Menjawab pelbagai soalan pelanggan terutama mengenai keabsahan beberapa prosedur dan transaksi, di mana mereka kadang-kadang menyangka bahawa proses yang diterapkan tidak sah menurut syariat Islam. Memberikan penjelasan mengenai pandangan badan perundangan jika sememangnya ia memiliki pandangan dalam masalah berkenaan. Jika tidak, maka seorang pemantau boleh mengemukakan perkara-perkara berkenaan kepada badan perundangan untuk mendapatkan jawapan.

XII. Memberikan fatwa terhadap semua masalah sistem kewangan dan segala perkara-perkara yang lahir didalamnya, terutama transaksi yang belum mempunyai panduan fatwa yang difatwakan sebelumnya untuk mendedahkan hukumnya secara syariat sebelum dipraktikkan oleh pihak bank.

XIII. Pelaksanaan institusi kewangan dalam aspek-aspek perundangan, seperti mengadakan seminar, nadwah atau kerjasama mengadakan bengkel kerja kewangan Islam dan membentuk penyelesaian mengenai tajuk-tajuk yang dibahaskan dan yang mempunyai masalah.

XIV. Mengenalpasti pelaksanan jawatankuasa pelaksanaan dalam institusi kewangan untuk mendedahkan semua bentuk transaksinya kepada badan pemantau melalui seorang pemantau perundangan yang bertauliah.

XV. Mempersiapkan laporan tahunan bagi majlis jawatankuasa atau suruhanjaya semasa mesyuarat badan perundangan, mendedahkan laporan berkenaan sebagai ringkasan daripada apa-apa yang telah ditemui, terutama mengenai pelbagai pendapat tentang transaksi-transaksi institusi kewangan yang dilaksanakan mengikut piawai perancangan dan makluman-makluman yang telah dilaksanakan. Laporan ini mesti dibaca bersama dengan laporan pemantau pegawai kewangan syarikat dalam mesyuarat-mesyuarat suruhanjaya yang bersifat bebas dan telus.

STRUKTUR AGENSI FATWA DAN PENGAWASAN SYARIAH DALAM INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

(7)

Amalan sistem organisasi dalam badan pengawasan syariah di institusi kewangan Islam adalah berbeza antara satu sama lain terutama mengenai perkara-perkara berikut: Mengikut majlis jawatankuasa, Mengikut suruhanjaya umum, Mengikut pengerusi atau pengarah secara umum.

Ahli jawatankuasa pengawasan syariah hendaklah memiliki kebebasan yang komprehensif dan mesti mengikut suruhanjaya umum yang di iktiraf oleh badan berkenaan dan mereka mempunyai hak mutlak untuk mengatur dan memecat anggota badan berkenaan1.

Pembentukan badan pengawasan syariah, pemilihan ahli jawatankuasa dan manfaat perkhidmatan badan berkenaan.

Ahli jawatankuasa badan ini mesti terdiri dari tiga orang, dan boleh meminta pertolongan golongan pakar dalam mengatur semua urusan, ekonomi, peraturan-peraturan dan lain-lain untuk menyelsaikan segala permasalahan yang diajukan kepada mereka dan mereka tidaklah semestinya ahli jawatankuasa ini terdiri daripada pengerusi-pengerusi bank atau penanam-penanam modal yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap badan tersebut.

Ahli jawatankuasa badan ini boleh juga terdiri daripada ulama’-ulama’ yang bukan bidang fikh, namun mereka mempunyai kepakaran dalam pensukturan institusi-institusi kewangan Islam, dan mereka mempunyai pengetahuan mengenai fikh

mu’amalah dan permasalahan-permasalahan ekonomi semasa. Perkhidmatan ahli jawatankuasa ini mesti mendapat perakuan daripada majlis pentadbiran dan disahkan oleh penyumbang modal dalam mesyuarat suruhanjaya umum.

Struktur badan pengawasan syariah

Badan ini terdiri daripada bahagian-bahagian berikut:

A. Bahagian amanah pengawasan syariah(Amanah Rahsia): Yang dimaksudkan dengan bahagian ini ialah sistem pentadbiran yang menyediakan dan menguruskan semua urusan bagi badan pemantau dan biasanya terdiri daripada pengarah badan yang meliputi tugas mesyuarat-mesyuarat yang wajib dihadiri, menyediakan pembentang, membuat makluman kepada pihak-pihak yang berkenaan agar dapat menghadiri dan memberikan kerjasama.

B. Jawatankuasa pengawasan syariah: Biasanya terdiri daripada seorang penyelia atau lebih yang bertugas menghadiri setiap mesyuarat badan pengawasan syariah. Tugasnya yang paling penting ialah mengadakan semakan bagi keabsahan semua urusan yang telah dilaksanakan dengan cara mengaudit semua langkah-langkah operasi, meneliti semua dokumen-dokumen mengikut pandangan perundangan Islam mengikut tempoh yang berterusan yang ditetapkan oleh badan tersebut serta memberikan pengetahuan kepada kakitangan dalam institusi kewangan yang ada mengenai prinsip-prinsip perundangan asas untuk mengembangkan kesedaran menyelian sistem kewangan Islam dengan berpandukan kepada hukum-hukum

mu’amalah syariat.

1

(8)

C. Jabatan Fatwa: Biasanya terdiri daripada pengarah badan pengawasan syariah dengan beranggotakan tiga orang atau lebih. Tugasnya ialah meneliti tentang

keabsahan semua mu’amalah dan akad-akad dalam mana-mana institusi kewangan dan menjawab segala permasalahan yang diutarakan oleh para kakitangan,pelabur dan pelanggan.

D. Pusat penyelidikan dan kembangan yang bertugas mengembangkan maklumat-maklumat dan komunikasi yang lazim bagi perlaksanaan tugas-tugas badan pemantauan.

E. Bahagian penyelerasan dan maklumat: Tugasnya iaitu menyelaraskan dan mengadakan pemantauan yang berterusan dalam rangka menyediakan maklumat. Bahagian ini mesti melaksanakan tugas secara berterusan dan memantau dengan cara menyempurnakan segala perkara yang bertujuan untuk mencapai matlamat yang ditentukan iaitu memberikan curahan tenaga bagi pencapaian strategi institusi kewangan Islam, memberikan rancangan-rancangan, konsep-konsep agar institusi beriltizam untuk menerapkan hukum-hukum syariat Islam dalam semua urusannya.

Jumlah ahli jawatankuasa badan pengawasan syariah dan cara pemilihannya. Mempunyai ramai ahli jawatankuasa adalah lebih baik kerana seorang ahli sahaja walaupun pengetahuannya tinggi tidak mungkin berkemampuan untuk melakukan semua kerjaya badan ini. Ini kerana terdapat pelbagai bentuk dan cara mu’amalah

kewangan Islam. Sesuatu urusan juga menuntut seorang pakar fikh untuk sentiasa tekun rajin dan baik dalam tugasannya. Oleh yang demikian, ada peraturan-peraturan yang khusus yang menetapkan tanda aras bagi pemilihan dan pelantikan ahli jawatankuasa badan pemantau syariat islam ini.

Syarat-syarat yang mesti dipenuhi dalam pelantikan anggota badan pengawasan syariah.

Bagi memberi melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang elektif bagi institusi-institusi kewangan yang perpanduan kepada syariat dan agama, maka bagi ahli jawatankuasa mesti memiliki sifat-sifat yang telah disyaratkan oleh para ulama samaada bersifat am atau khusus, iaitu1:

a) Beragama Islam. b) Baligh.

c) Berakal.

d) Memahami hukum-hukum syariat. e) Bersifat adil dan saksama.

f) Mempunyai kemampuan jiwaraga dalam menjalankan tugas. g) Memahami maqasid-maqasid atau gagasan perundangan Islam. h) Memahami strategi dan politik perundangan semasa.

i) Memahami fikh semasa.

1

(9)

j) Rendah diri dan beraklak mulia1.

Sebagai tambahan, sifat-sifat diri yang berupa anugerah Allah s.w.t. seperti: bijak, cergas dan rajin yang menyokong kepada kejayaan kerjayanya, yang terpenting ialah mesti memiliki kepakaran yang bersesuaian, mempunyai pengalaman dalam bidang kewangan dan cara-cara perlaksanaannya mengikut acuan dan peraturan-peraturan yang telah dikeluarkan oleh pihak-pihak rasmi yang bertanggungjawab terhadap institusi kewangan Islam.

STRATEGI PENGUKUHAN BADAN PENGAWASAN SYARIAH

Badan atau agensi pengawasan syariah dalam instistusi-intsitusi kewangan Islam mendapat perhatian khusus daripada golongan pakar samaada dalam bidang undang-undang dan syariat Islam serta orang ramai.

Tidak dinafikan bahawa badan ini telah berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan kewajibannya terutama mengenai pemberian fatwa, bimbingan dan pemantauan perundangan Islam bagi institusi-institusi kewangan Islam. Kita tidak boleh mengetepikan apa yang dinyatakan oleh sebahagian masyarakat mengenai agensi ini. Terdapat juga sebahagiannya mengajukan kritikan dan kesan syubhat yang lahir daripada satu pandangan mengikut pandangan orang yang mengajukannya sehingga memerlukan penelitian dan perhatian yang serius. Namun adanya catatan-catatan dan penilaian yang dilakukan oleh badan ini turut memberikan kecemerlangan untuk mengembangkan semua urusan dan dapat mencapai dengan hasil yang gemilang. Berikut ini dinyatakan catatan-catatan dan kritikan-kritikan penting yang diajukan oleh para pemerhati institusi-institusi kewanagn Islam secara umum dan kepada badan atau agensi pengawasan syariah secara khusus, iaitu:

Kadar pematuhan keputusan-keputusan institusi-institusi fatwa dan pengawasan syariah.

Terdapat yang mengatakan bahawa institusi-institusi ini bukanlah satu lembaga penasihat. Walaupun begitu, keputusannya mempunyai suatu pematuhan wajib kerana keputusan-keputusan badan ini merupakan penerapan yang sebenar bagi operasi bank-bank Islam. Dengan kata lain, pelaburan itu boleh dilaksanakan sebagai salah satu

syarat mu’amalah dalam institusi-institusi kewangan dan untuk mengenalpasti pematuhan semua keputusan dan ketentuan badan pengawasan syariah dengan adanya ketetapan pelbagai peraturan yang telah digariskan. Salah satunya adalah undang-undang yang diwartakan di Yaman2 yang menyatakan bahawa pendapat badan pemantau perundangan itu dianggap sebagai pendapat yang mesti diterima untuk menentukan keabsahan cara yang dilaksanakan oleh sesebuah institusi-institusi kewangan.

Apa yang telah menjadi peraturan asas dalam Bank Islam Dubai3 yang menyatakan bahawa: Badan fatwa dan pengawasan syariah itu dapat menjadi penyelia bagi

1

Lihat: al-Jassas,Ahkam al-Quran, jil. 2, hlm. 317;al-Qawanin al-Fiqhiyyah, hlm. 282;Hawasyi al-Syarwani, jil. 6, hlm. 29;Raudah al-Tolibin, jil. 10, hlm. 220;Kassaf al-Qina’, jil. 3, hlm. 35;Majmu’ Fatwa Syeikh Islam Ibn Taimiah, jil. 28, hlm. 137;al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 240.

2

Sesyen 3, Kanun 17 daripada undang-undang Yaman. 3

(10)

sesebuak bank dan ia mempunyai hak untuk mengenalpasti keselarasan semua transaksi dengan hukum-hukum syariat Islam serta mereka mempunyai hak untuk mempertikaikan semua proses yang tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan. keputusan ahli majlis penasihat syariah wajib untuk memberikan sokongan samaada daripada pendapat ramai atau majoriti.

Inilah apa yang menjadi kewajipan badan pengawasan syariah yang memiliki bidang kuasa yang berkenaan dengan ijtihad dan pandangan-pandangan dan tidak boleh badan ini hanya menjadi badan penasihat sahaja, dan badan tersebut tidak akan berfungsi jika hanya terhad kepada tugas berkenaan, padahal sebenar badan itu merupakan institusi tinggi yang memiliki bidang kuasa tertentu.

Apabila agensi ini hanya berfungsi sebagai pemberi pendapat bagi soalan yang diutarakan samaada dengan cara bertulis atau dalam pertemuan dengan golongan bertanggungjawab seperti yang sentiasa dilakukan oleh institusi-institusi kewangan Islam perlu diubah dengan memberikan peranan yang sempurna dan menyeluruh kepada mereka dengan mengadakan pemantauan terhadap semua proses dan urusan institusi kewangan Islam dan perlaksanaan hukum syariat Islam di dalamnya1.

Wajib mengukuhkan ketetapan-ketetapan perundangan tertentu dalam badan fatwa dan pengawasan syariah.

Mengukuhkan ketetapan-ketetapan bersepadu yang dikeluarkan oleh Majlis Antarbangsa adalah sememangnya betul dan mesti dilaksanakan oleh badan pengawasan syariah sebagai sandaran dan panduan. Ini kerana kewujudan badan ini dalam institusi kewangan atau dalam sebuah negara tertentu tidak terdapat had oleh kewujudan badan berkenaan, dan ia tidak mencakupi sesebuah institusi kewangan atau negara. Pertukaran pandangan antara beberapa penasihat syariah mengenai semua proses kewangan yang disepakati bersama tidak akan mempunyai manfaat besar kerana institusi kewangan itu akan bersandar kepada pandangan yang diamalkan oleh institusi kewangan lain atau ia mempunyai pandangan lain dan tiada langkah yang boleh menyatukan perbezaan kedua-dua pandangan ini bagi teori bahan penasihat yang berbeza.

Mengadakan sumber rujukan yang disepakati oleh semua pihak berlandaskan syariah adalah perlu bagi sesebuah institusi kewangan supaya tidak berlaku pertembungan dan perbezaan pendapat.

Penentuan ketetapan-ketetapan perundangan yang disahkan oleh majlis perundangan antrabangsa bagi mendedahkan hukum-hukum perundangan yang berkenaan dengan urusan kewangan samaada berbentuk saham, pelaburan dan perkhidmatan serta perkara-perkara yang berkenaan dengan masalah yang mempunyai banyak pandangan dalam perbahasan fikah. Ini bertujuan untuk memastikan perkara yang paling sesuai diamalkan oleh sesebuah institusi kewangan dengan jayanya.

Neraca ketetapan syarak yang dikeluarkan oleh Majlis Perundangan Antarbangsa meliputi topik-topik yang telah dikaji dengan teliti, antaranya:

1

(11)

I. Ketetapan-ketetapan mengenai sistem pelaburan dan subsidi, seperti sistem al-murabahah(pengambilan keuntungan) atau sistem musyarakah(bersyarikat). II. Ketetapan-ketetapan mengenai transaksi-transaksi baru seperti transaksi

al-siyanah(pemeliharaan) dan transaksi al-imtiyaz(permit perniagaan).

III. Ketetapan-ketetapan mengenai sebahagian perkhidmatan kewangan, seperti kad kredit.

IV. Ketetapan-ketetapan mengenai penyelesaian beberapa masalah dalam proses kewangan, seperti masalah pembiayaan hutang.

Kita mesti yakin dengan wujudnya ketetapan-ketetapan yang dikeluarkan oleh majlis perundangan ini, sebab ia telah dikaji dengan teliti dan disahkan dan ia dianggap sebagai proses penetapan ketetapan-ketetapan akaun bagi setiap tahap yang mesti dilaksanakan.

Sikap tidak terbuka dalam sesetengah badan pengawasan syariah.

Dari aspek lain, sistem pengurusan sebahagian badan-badan penasihat syariah dalam institusi-insitusi kewangan Islam tidak jelas dan tidak diketahui dalam banyak situasi. Ini menyebabkan hilangnya peranan yang diharapkan yang semestinya dilakukan oleh badan berkenaan. Adakah peranan badan itu hanya tertumpu kepada pemberian pendapat dan perlaksanaan mesyuarat sahaja atau ia hanya berfungsi sebagai penyelia kepada semua urusan sesebuah institusi kewangan menurut pandangan syarak atau ia hanya pemberi fatwa sebagi sebuah bahan bukti yang mesti diamalkan oleh institusi-insitusi kewangan?. Kita dapat menentukan cara dan bidang tugasan penasihat syariah dengan mewujudkan seorang ahli lembaga yang khusus dalam institusi-insitusi kewangan yang bertugas untuk mengadakan pemantauan secara langsung dengan merapatkan hubungan dengan seluruh kakitangan dan mereka dapat merujuk kepadanya jika diperlukan. Tidak semestinya ahli penasihat syariah disandarkan para ulama yang tidak mempunyai kepakaran, atau mereka sibuk dengan pelbagai urusan sehingga sukar baginya untuk berjumpa dengan kakitangan di sesebuah dan peranannya tidak berfungsi seperti yang diharapkan1.

Apabila peranan badan penasihat dalam beberapa institusi kewangan berfungsi sebagai pengeluar fatwa untuk memberikan kelesesan bagi semua proses yang dijalankannya atau yang dilaksanakan oleh institusi kewangan Islam, maka ia akan sempurna kerana mengikut semua pandangan-pandangan yang telah dikeluarkan oleh badan penasihat tersebut. Perlu dijelaskan juga, tugas ahli jawatankuasa penasihat syariah hanya pengeluar atau pemberi hukum sahaja bahawa sesuatu produk itu lulus dan patuh syariah atau ditetapkan untuk mengenalpasti perlaksanakan hukum-hukum berkenaan? Apabila tugasnya merupakan perkara yang kedua, maka soalan yang ingin ditimbulkan ialah adakah badan-badan ini dapat menjalankannya, tanpa ada di dalamnya orang-orang yang pakar dalam bidangnya? Jika tidak sedemikian, siapakah yang akan melaksanakannya? Adakah bank pusat atau institusi-insitusi kewangan khusus yang akan melaksanakannya atau juru audit yang disahkan, disamping tugas-tugas mereka sebagai pemantau atau penyelidik bagi semua transaksi-transaksi bank? Oleh itu, mesti diberi perhatian bahawa ahli penasihat syariah perlu mengaudit semua proses yang dilaksanakan oleh institusi-insitusi kewangan Islam dalam bentuk

data-1

(12)

data kewangan yang dihasilkan sehingga boleh ditetapkan hukum baginya. Sistem pemantauan seperti inilah yang jarang dilaksanakan dan inilah cara yang terbaik untuk mereka menyelesaikan semua permasaalahan dalam medan yang betul.

Cara Pemilihan Ahli Jawatankuasa Badan Penasihat Syariah.

Dalam banyak perkara, biasanya pemilihan ahli jawatankuasa penasihat syariah ditentukan oleh majlis jawatankuasa tertinggi, dan biasanya kedudukan ahli penasihat syariah berada di bawah majlis pentadbiran yang berfungsi sebagai salah satu unit yang bergerak sesuai dengan pandangan majlis. Dengan demikian, mereka kehilangan hak kebebasan dan kurangnya pemerhatian jawatankuasa bank terhadap ketetapan dan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh ahli penasihat syariah tersebut.

Kami sarankan agar pemilihan ahli jawatankuasa badan penasihat ini dilakukan oleh suruhanjaya umum sepertimana yang telah dijelaskan tadi sehingga ia benar-benar berfungsi dan seterusnya dapat mengambil hak dan kebebasan dari suruhanjaya umum yang telah melaktik mereka. Kerajaan boleh juga menentukan peraturan yang membincangkan pemilihan ahli jawatankuasa pengawasan syariah bagi institusi-insitusi kewangan Islam seperti yang telah dilakukan di negara Emeriat Arab Bersatu yang mewartakan: “Berdasarkan kepada keputusan kabinet jemaah menteri maka dibentuk badan pengawasan tertinggi yang mengandungi unsuri-unsur perundangan, peraturan berkanun serta penyeliaan institusi-insitusi kewangan yang berfungsi untuk memantau urusan perbankan dan institusi-insitusi kewangan, serta syarikat-syarikat pelaburan Islam dalam rangka mengetahui keabsahan semua urusannya mengikut hukum-hukum syariat Islam”1.

Seorang Penasihat Syariah dalam Institusi Kewangan Islam

Sesetengah institusi mempunyai seorang sahaja ahli penasihat syariah walaupun walaupun kemampuan ilmu penasihat ini tidak mampu untuk menjalankan seluruh tanggungjawab dan tugas-tugas yang telah dibicarakan di atas. Sebahagian institusi-insitusi kewangan Islam telah merujuk kepada penasihat-penasihat luar yang berfungsi sebagai perunding bagi mengatasi kekurangan di atas. Dapat dikata dengan realiti ini, jawatankuasa bank itulah yang menentukan bagi keperluan terhadap penasihat-penasihat tersebut ahli jawatankuasa itu juga yang menentukan untuk mengikut pandangan-pandangan yang diajukan oleh mereka, dan mungkin sahaja dapat diminta daripada mereka penulisan laporan tahunan bagi suruhanjaya umum atau untuk keperluan promosi bagi bank berkenaan atau untuk kepentingan-kepentingan lain. Akan tetapi cara ini akan memberi kesan kepada peranan penting ahli majlis penasihat syariah tersebut.

Oleh itu, kami dapat menyatakan bahawa sekurang-kurangnya badan penasihat mesti terdiri daripada tiga orang ahli jawatankuasa, dan keanggotaan itu diutamakan bagi seseorang yang memiliki kepakaran dalam perundangan dan yang lain memiliki kepakaran dalam ekonomi, ditambah lagi dengan ulama-ulama syariah. Sudah cukup

1

(13)

bagi seorang mufti untuk menangani permasalahan individu, tetapi bagi urusan dalam sebuah institusi-insitusi kewangan besar yang memberikan perkhidmatan kepada orang ramai, maka fatwa itu mesti dikeluarkan oleh lebih kurang tiga orang dalam suatu ahli majlis untuk memberikan hukum bagi setiap perkara sebab Allah(s.w.t.) pasti bersama dengan jemaah dan itulah cara pemberian fatwa yang paling efektif1. Kebanyakan ulama-ulama yang sama dalam pelbagai institusi syariah.

ulama yang mempunyai peranan yang besar akan sentiasa dikenal dan tidak asing bagi mengistinbat hukum dalam urusan yang berhubungkait dengan ekonomi dan kewangan seperti Syeikh Yusuf al-Qaradawi yang menyatakan suatu pernyataan: Saya adalah penasihat syariah kepada enam bank Islam bersama beberapa ulama. Oleh kerana kepercayaan orang ramai yang menyebabkan mereka sentiasa dijadikan rujukan bagi permasalahan ekonomi di dalam beberapa bank dan tempat bahkan di tempat yang jauh sekalipun2.

Oleh yang demikian, kita melihat bahawa seorang ulama boleh menjadi penasihat di beberapa institusi kewangan Islam. Ada golongan yang bertanya dan menyatakan bahawa jarang sekali mereka menemui ulama-ulama yang mempunyai kepakaran seperti ulama yang telah disebutkan di atas, maka jawapannya ialah pihak berwajib perlu melatih dan memberi sokongan sepenuhnya kepada golongan muda dan berpengalaman agar mereka menjadi rujukan ketika diperlukan dan memanfaatkan peranan mereka dalam institusi-institusi kewangan Islam.

Antara tugas badan pengawasan syariah ialah mesti mempunyai hubungan yang baik dengan ahli jawatankuas perbankan supaya penerapan pematuhan syariah dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tiada Hubungan yang jelas antara Badan Penasihat Syariah dalam institusi-institusi kewangan Islam dengan kakitangan yang ada di dalamnya.

Ketiadaan hubungan yang jelas ini atau walaupun sedianya ada tetapi ia tidak tidak dimaklumkan. Oleh yang demikian, maka yang nampak adalah faktor negatif yang ada dalam setiap ahli penasihat syraiah dan seterusnya badan ini tidak berfungsi dengan baik bahkan tidak dapat berinteraksi dengan para kakitangan dengan baik. Akhirnya badan ini diketepikan dan tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik, sedangkan mereka mempunyai tanggungjawab dan tugas yang berat dan pelbagai.

Kami dapat mengungkapkan idea dalam menjaga hubungan kedua-dua lembaga ini iaitu: Mengadakan bengkel kerja (work shop) atau pertemuan berkala antara ahli badan pemantau syariah dengan para kakitangan dan para pegawai pentadbiran dengan tujuan untuk menjawab semua soalan yang dikemukakan dan untuk melatih para pekerja di dalam institusi-institusi kewangan Islam serta membekalkan kepada mereka maklumat syariah sehingga dapat menjalankan tugasnya berdasarkan ilmu dan pengetahuannya3.

1

Majalah al-Iqtisad al-Islamiyy, bil. 238, hlm. 18. 2

Majalah al-Iqtisad al-Islamiyy, bil. 238, hlm. 19. 3

(14)

Meletakkan posisi Badan Pengawasan syariah ini dalam dokumen rasmi institusi-institusi kewangan Islam.

Kebanyakan badan pengawasan syariah ini tidak mahu mencampuri hal peraturan institusi dan peraturan asas yang terdapat dalam institusi-institusi kewangan Islam1. Puncanya ialah kerana instistusi kewangan itu merasa syak terhadap transaksi kewangan yang dilakukan kepada badan pengawasan ini atau kerana institusi kewangan ini tidak mahu memberikan kekuatan dan tempat bagi mereka untuk menjalankan tugas disebabkan institusi tersebut menginginkan agar mereka tidak mempunyai bidang kuasa yang boleh mengurangkan kedudukan dan kuasa majlis jawatankuasa atau penasihat kewangan yang terdapat dalam institusi-institusi kewangan itu.

Kami dapat menyatakan bahawa jika hanya berupa suatu ketentuan bagi penerapan hukum-hukum syariat Islam dalam institusi-institusi kewangan Islam, maka ketentuan ini tidak akan efektif dan dititikberatkan. Akan tetapi jika badan fatwa dan pengawasan syariah telah wujud dengan jayanya, ia pasti akan dapat menjalankan tugas dan kewajibannya dengan baik.

Kelemahan peranan badan fatwa dan pengawasan syariah dalam menyelidik permasalahan yang ada.

Kelemahan ini sentiasa ada dalam institusi-institusi kewangan Islam kerana majlis jawatankuasanya berkeyakinan bahawa semua perkara ini adalah dibawah tanggungjawabnya dan bagi badan pengawasan syariah mereka tiada urusan di dalamnya hanya berperanan sebagi penyelidik bagi akad-akad yang telah dijalankan untuk disahkan menurut tuntutan syariat. Inilah punca yang menyebabkan peranan mereka tidak berfungsi dengan baik.

Kami mencadangkan agar turut serta dalam penyelidikan, pemikiran dan projek-projek baru, serta menggesa mereka melakukan penyelidikan dan percubaan-percubaan dalam bidang ini supaya peranan mereka lebih berkesan dalam semua aktiviti institusi-institusi kewangan yang pelbagai ragam. Wajib bagi mereka yang bertanggungjawab untuk keluar mengadakan pemantauan syariah dalam institusi-institusi kewangan Islam dan menyesuaikannya dengan pandangan agama, mendapatkan pandangan daripada perbahasan fikah yang sediaada atau strategi perundangan bagi semua proses kewangan yang selama ini dilaksanakan oleh bank-bank konvensional (yang mengandungi riba). Mereka dituntut untuk berusaha dan mendapatkan jawapan bagi permasaalahan di atas dengan cara meletakkan syarat -syarat yang membolehkannya untuk kembali kepada sistem kewangan Islam. Usaha seperti ini sangatlah penting terutama dalam tahap tertentu dan tidak membiarkan berlakunya secara berterusan, akan tetapi kita mesti masuk dalam dunia ekonomi Islam dengan matlamat sistem dan mekanisme yang baik, dan kesemuanya itu memerlukan usaha dan kerja yang berganda2.

Peranan badan-badan kemasyarakatan kurang mengambil berat dan bidang yang terbatas.

1

Taqwim Amal Haihat al-Riqabah al-Syariyyah fi al-Masorif al-Islamiah, Lajnah Asatizah al-Khubara’, hlm. 122. 2

(15)

Peranan masyarakat kurang memberi keyakinan kepada kemajuan sistem kewangan Islam dan masyarakat juga kurang minat ingin tahu secara mendalam mengenai hal-hal sedemikian. Kadang-kadang mereka masih berpegang kepada pemikiran traditional dan ianya amat menyusahkan dan membebankan.

Pihak berwajib perlu menjelaskan kepada semua masyarakat awam tentang bidang tugas badan-badan pengawaan syariah dan memberi kefahaman kepada mereka produk-produk kewangan Islam serta menyeru mereka untuk bergabung tenaga memajukan sistem ekonomi Islam1.

Maka bagi badan ini mesti mempunyai peranan dalam membimbing dan mengarahkan institusi-institusi kewangan Islam terutama di dalam memenuhi keperluan kaum muslimin itu sendiri dengan mendirikan lembaga-lembaga kebajikan untuk orang-orang fakir dan miskin dan menolong para pelajar cemerlang dan gemilang2.

Tidak mengiklankan peranan badan pengawasan syariah.

Tidak dinafikan, bahawa institusi-institusi ekonomi dan kewangan Islam telah dilabelkan badan yang mempunyai banyak kekurangan dan urusan transaksi yang terbatas. Padahal realiti sebenar yang mesti kita ketahui ialah bahawa badan ini diam dan tidak menolak tohmahan dan celaan yang telah ditujukan kepada institusi-institusi kewangan Islam. Puncanya ialah kerana badan ini tidak banyak berperanan dalam aspek perikalanan dan organisasi sebuah institusi-institusi kewangan tidak merasa puas hati dengan peranan mereka dalam bidang periklanan kerana menurut mereka bidang ini hanya berhubungkait dengan jawatankuasa pelaksana sahaja dan orang lain tidak boleh menanganinya3.

Percanggahan antara badan-badan fatwa dengan majlis pengawasan syariah dalam beberapa perkara dan permasalahan, tanpa ada penyelesaian.

Banyak pihak-pihak sama ada daripada individu atau institusi-institusi rasmi yang memandang pelik dan hairan bahkan mengkritik wujudnya perselisihan antara hasil-hasil ijtihad syariah tentang satu perbahasan dalam institusi-institusi kewangan Islam. Contohnya jawatankuasa pengawasan syariah Bank Faisal telah menyatakan hukum halal bagi perkara yang diharamkan oleh jawatankuasa pengawasan syariah dalam Syarikat al-Rajhi jawatankuasa fatwa Bank Islam Dubai telah mengharamkan perkara yang dihalalkan oleh Bait al-Tamwil Kuwait. Maka masyarakat kehilangan kepercayaan kepada badan ini, bahkan ada orang yang memanfaatkan situasi yang keliru ini dengan tujuan mendapatkan sesuatu daripada institusi-institusi kewangan Islam.

Dalam keadaan seperti ini penulis melihat bahawa agar dibuat lembaga tertinggi fatwa yang dapat memberikan jawapan bagi pelbagai masalah kewangan dan ekonomi dan menggesa semua pihak untuk melaksanakan apa yang telah diputuskan. Tugas jawatankuasa dan badan-badan yang berada di bawah institusi-institusi kewangan ialah mengadakan pemantauan bagi perlaksanaan keputusan yang dikeluarkan oleh

1

Taqwim Amal Haihat al-Riqabah al-Syariyyah fi al-Masorif al-Islamiah, Lajnah Asatizah al-Khubara’, hlm. 124. 2

Majalah al-Iqtisad al-Islamiyy, bil. 238, hlm. 18. 3

(16)

lembaga tertinggi tersebut. Perkara-perkara kecil hendaklah disembunyikan dan diselesaikan dengan bijak oleh institusi-insitusi kewangan berkenaan1.

Undang-undang pengawasan tidak jelas.

Setelah diperhati sebahagian institusi-institusi kewangan Islam tidak mempunyai undang-undang khusus dan berkanun untuk memantau segala urusan kewangan Islam.

Oleh itu penulis menegaskan bahawa mesti dikaji dan diteliti kembali peraturan yang berkenaan dengan pemantauan perundangan dalam institusi-institusi kewangan Islam dengan tujuan untuk membaikpulihkan taraf dan mengukuhkan perlaksanaan proses kewangan yang mengamalkan semua keputusan syariat Islam yang berhubungkait dengan ketentuan yang telah dikeluarkan oelh badan fatwa dan penasihat syariah2.

Wujudnya Fatwa-fatwa yang dikeluarkan

Badan-badan syariat ini telah banyak mengeluarkan fatwa-fatwa yang berhubungkait dengan transaksi kewangan komtemporari. Hal ini menunjukkan kepada keluasan perbahasan fikah untuk menjawab semua perkara yang berkenaan dan kepentingan masyarakat menunjukkan kepada kepelbagaian fatwa dan amalan fatwa yang telah dikeluarkan dalam realiti seharian. Namun kadang-kadang fatwa-fatwa ini hilang dan pudar begitu sahaja dan hanya wujud dalam bentuk jurnal dan tersimpan di perpustakaan, ia tidak diketahui kecuali oleh para penyelidik dan pembaca yang aktif dalam bidang berkenaan dan ia sangat jauh dari pengetahuan khalayak.

Oleh yang demikian, fatwa-fatwa ini mesti dapat dikumpul dan disebar kepada khalayak sehingga mereka dapat membahasnya dan agar pengetahuan itu dapat menjadi hujah dan bukti bagi orang-orang yang masih dalam keraguan terhadap institusi-institusi kewangan Islam. ini perlu dimainkan peranan oleh badan-badan penasihat syariah di semua institusi kewangan Islam3.

Kurangnya rujukan dan karya-karya berkaitan.

Sebenar, salah satu tugas agensi ini adalah memperbanyakkan rujukan dan karya-karya terutama fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan. Oleh kerana ahli agensi ini melihatnya sebagai perkara remeh temeh untuk menulis dan mengarang buku serta mengumpulkan fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan, maka inilah yang menjadi punca daripada kurangnya rujukan dan karya-karya tersebut. Bahkan tiada usaha untuk menyebarkan semua kajian dan laporan-laporan yang telah dilakukan juga menjadikan perkara ini sukar untuk diambil manfaatnya terutama mengenai ijtihad dan hukum-hukum perundangan yang telah dilakukan oleh badan tertentu dalam institusi-institusi kewangan Islam.

Oleh itu, kami memberi cadangan agar semua laporan bagi keputusan-keputusan mesti dilengkapi dengan dalil-dalil syariat, pendapat-pendapat yang bercanggah

1

Al-Masorif al-Islamiah, Dirasat syariyyah, hlm. 19;Al-Riqabah al-Syariyyah ala al-Masorif al-Islamiah, Bank al-islami li al-Tanmiyah, Jeddah, hlm. 72.

2

Jamaluddin Atiyyah,al-Bunuk al-Islamiah, hlm. 73. 3

(17)

dengan fatwa berkenaan dan menyebutkan penyelewengan yang dilakukan oleh institusi-institusi kewangan Islam serta kadar kerjasama institusi ini untuk mengadakan pembetulan1. Penyebaran laporan-laporan ini akan banyak memberikan manfaat bagi Badan-badan Perundangan cawangan yang berada di bawah institusi-institusi kewangan Islam, sepertimana juga akan bermanfaat bagi khalayak, pemerhati kerjaya institusi-institusi kewangan Islam, para pelajar, para penyelidik dan para ekonomi.

Aktifiti Budaya Ilmu dan Pembelajaran.

Sehingga kini, aktiviti budaya ilmu dan pengajaran kurang dititikberatkan dan jarang-janrang diadakan terutama kepada masyarakat umum. Oleh itu, kami mempunyai cadangan agar jawatankuasa institusi-institusi kewangan Islam dapat memikirkannya dan mengadakan kerjasama dengan badan pengawasan syariah sepertimana berikut:

i. Mendirikan institusi-institusi pembelajaran dan menerbitkan jurnal-jurnal. ii. Mengadakan seminar Ilmiah dan menyertainya.

iii. Membantu para penyelidik dalam bidang ekonomi Islam.

iv. Mengadakan latihan dan bengkel kerja bagi kakitangan dalam institusi-institusi kewangan Islam dan di tempat-tempat lain.

v. Mendirikan sekolah-sekolah yang berada di bawah institusi-institusi kewangan Islam.

KESIMPULAN

Di akhir tulisan ini, penulis ingin mengemukakan beberapa saranan dan cadangan penting mengenai tajuk ini, iaitu:

Keperluan yang sangat mendesak adalah menentukan badan tertinggi yang menyelia badan fatwa dan pengawasan syariah dalam institusi-institusi kewangan Islam, berperanan menyelia, menyatukan pandangan-pandangan, menghindarkan perselisihan dalam permasalahan syarak, bahkan juga boleh ikut campur dalam perlantikan ahli jawatankuasa badan pengawasan syariah jika berkelayakan dan mempunyai keparakaran, terutama dalam aspek agama dan taqwa.

Badan tertinggi ini terdiri daripada pengerusi-pengerusi badan pengawasan syariah dalam institusi-institusi kewangan Islam dan beberapa ulama lain. Ia juga boleh menjalankan tugas latihan dan tunjuk ajar dalam hal pemantauan institusi-institusi kewangan Islam serta prosedur penyelidikan mengenai urusan kewangan. Perlu juga menubuhkan institusi pengawasan syariah bagi membuat penilaian teknik, proses dan lain-lain agar dipercayai oleh semua pihak.

Perlu melahirkan seorang fakih yang pakar ekonomi iaitu seseorang yang boleh mengumpulkan antara fikah perundangan Islam dan kepakaran ekonomi kerana banyak manfaat dan faedah pulangan kepada badan-badan berkenaan dan institusi-institusi kewangan Islam.

1

(18)

Menerbitkan Ensiklopedia ekonomi Islam iaitu yang mengandungi hukum-hukum syariat Islam yang diperlukan oleh perbankan Islam dan institusi-institusi kewangan Islam untuk menjadinya sebagai rujukan kepada agensi fatwa dan pengawasan syariah. Menerbitkan juga pada setiap tahun sebuah jurnal yang mengandungi hukum-hukum yang berhubungkait dengan bentuk-bentuk transaksi terutama hal-hal semasa dan pencetakannya perlu berkesinambungan (seperti dicetak setiap sepuluh tahun sekali) dan tetap mengandungi isu-isu baru dan semasa.

Memastikan penggunaan istilah pengawasan syariah yang merangkumi aspek-aspek berikut:

I. Usaha untuk mendirikan sebuah institusi kewangan Islam.

II. Peletakan peraturan asas dan umum melalui akta yang mewajibkan penerapan hukum-hukum syariat Islam secara khusus.

III. Pemilihan kakitangan bagi setiap institusi kewangan Islam.

IV. Pendedahan metod yang sebenar yang mesti dilaksanakan dengan pelbagai cara seperti, penyediaan cacatan, papan kenyataan, rajah, borang-borang dan rancangan-rancangan urusan kewangan Islam.

V. Pemantauan dan pengawasan berterusan bagi proses perlaksanaan mengikut panduan yang telah digariskan.

VI. Format akad-akad dan bentuk transaksi yang baru mengikut ketetapan syariat. VII. Membersihkan akad-akad yang dilarang oleh syariat Islam dan diganti dengan

alternatif lain.

VIII. Pemantauan terhadap semua urusan kewangan dan penelitian dari aspek perundangan.

IX. Menanamkan kesedaran kepada kakitangan dan menggesa mereka untuk berbudaya mengikut perundangan Islam.

Akhirnya, kami memohon kepada Allah (s.w.t.) agar sentiasa memberikan taufiq dan kejayaan bagi seluruh jawatankuasa dan golongan yang bertungkus lumus dalam menjayakan agenda ini, selawat dan salam hanya bagi baginda Rasulullah (s.a.w.), keluarganya dan para sahabatnya.

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim.

Al-Gharnati, Muhamad bin Juzi(m. 741H), Qawanin Fiqhiyyah, Dar Ilm li al-Malayin, 1979M.

Al-Jassas, Ahmad bin Ali(m. 370H), Ahkam al-Quran, dar ihya’ al-Turath, beirut, 1418H.

al-Mawardi, al-Qadhi Ali bin Muhamad(m. 450H), al-Ahkam al-Sultaniyyah, Dar Ibn Qutaibah, Kaherah, 1409H.

(19)

Al-Qusyairi, Muslim bin al-Hajjaj(m. 256H), sahih Muslim, Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi, Beirut.

Al-Syirwaniyy, Abdul Hamid, hawasyi al-Syirwani, Dar al-Fikr, Beirut.

Al-Zarkhasyi, Muhamad bin Bahadir(m. 794H), al-Manthur fi Qawaid al-Fiqh, Wizarah al-Awqaf, Kuwait.

Auf Mahmud Kufrawiyy, Nuqaud wa Masarif fi Nizam Islamiyy, Dar al-Jamiah al-Misriyyah, Iskandariah, Mesir.

Hasan Yusuf Daud, Riqabah Syariyyah fi Masorif Islamiyyah, Maahad al-Alami li al-Fikr al-Islamiyy, Cetakan 1, 1417H.

http://www.alislami.co.ae/

http://www.nbs.ae/ar/

Ibn Taimiah, Majmu’ Fatawa Ibn Taimiah, Riyadh.

Jamaluddin Atiyyah, al-Bunuk al-Islamiyyah, al-Muassasah al-jamiiyyah li al-Dirasat, cetakan 2, Beirut, 1413H.

Maahad Alami li Fikr Islamiyy, Lajnah Asatizah, Taqwim Amal Haihat al-Riqabah al-Syariyyah fi al-Masarif al-Islamiyyah.

Majalah al-Iqtisad al-Islami, Bank Dubai al-Islami, Dubai, bil. 238.

Majalah al-Iqtisad al-Islami, Jamiah al-Malik Abdul Aziz, Jeddah, bil. 16 dan 17. Majalah al-Jamiah al-Islamiyah, Gazzah, jil. 3, bil. 1, Syaaban 1415H.

Referensi

Dokumen terkait

Jasa Raharja (Persero) Perwakilan Malang dalam memberikan ganti kerugian yang dialami korban atau ahli waris ketika terjadi kecelakaan lalu lintas jalan dan

Terdapatnya pengaruh yang positif antara kepemimpinan, lingkungan kerja dan iklim organisasi terhadap semangat kerja karyawan dikarenakan seseorang pemimpin

Analisis didasarkan pada peraturan Dirjen Perhubungan dan Transportasi, tingkat pelayanan dan kinerja curbside berdasarkan standar IATA ( International Air

Berdasarkan hasil penelitian yang peneliti telah lakukan pada SMK Negeri 1 Sukoharjo, maka dapat disimpulkan sebagai berikut : (1) terdapat pengaruh yang

Dalam hal ini, akan diperbandingkan antara ajaran yang dinamai Jatisunda ( Sunda Wiwitan ) yang dijadikan pedoman hidup orang Sunda masa pra-Islam dengan ajaran agama

Adapun apabila dihubungkan dengan hasil penelitian Jumly dan Diah (2009), memang dalam penelitian sebelumnya tidak terdapat hubungan antara pendapatan dan keputusan pembelian, hal

705,600 Upah minimum untuk jenis usaha Kendaraan Bermotor, komponen serta jasa penunjangnya, barang logam dan jasa pembuatannya, industri elektronik dan jasa

Namun ada hal yang menarik pada cerita di film ini, bahwa anime Samurai Champloo juga menunjukkan budaya-budaya populer dari luar yang bukan merupakan budaya asli dari