• Tidak ada hasil yang ditemukan

EKONOMI DAN ISLAM CTU 151

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "EKONOMI DAN ISLAM CTU 151"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Pengertian

: Prinsip ekonomi islam menurut bahasa adalah kegiatan ekonomi berdasarkan islam

prinsip ekonomi islam menurut istilah adalah usaha atau upaya untuk mengatur dan menjalankan roda perekonomian yang berasaskan pada nilai-nilai syariat islam.

Pengenalan:

Islam merupakan agama yang lengkap dan menyeluruh. kesempurnaan agama islam bukan sekadar pada nama malah turut meliputi semua aspek kehidupan umatnya termasuklah ekonomi. Dalam blog ini kami akan membincangkan tentang konsep ekonomi dalam islam dengan lebih lanjut dan mendalam.

Ekonomi dalam islam mementingkan konsep muamalat iaitu satu sistem yang mengatur perhubungan sesama manusia dalam memenuhi keperluan hidup masing-masing dan berlandaskan syariat islam. Muamalat dalam islam lebih menekankan perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan terutama ekonomi dan sosial .

Syariat islam juga mementingkan cara sesuatu kekayaan itu diuruskan. Harta kekayaan merupakan amanah Allah kepada manusia, oleh yang demikian wajar bagi manusia untuk menggunakan harta berkenaan ke jalan yang diredai Allah iaitu berlandaskan hukum syarak. Halal dan haram perlulah diberikan perhatian yang sewajarnya kerana ianya penting untuk mendapatkan keredaan Allah di dunia dan akhirat kelak

Perbezaan ekonomi islam dan kapitalis:

Jelaskan Perbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam Dengan Sistem Ekonomi Kapitalisme Yang Diamalkan Di

Barat.

Pengenalan:

o Menurut pandangan Islam : ekonomi ialah satu ilmu yang mengakji kegiatan manusia yang selaras dengan tuntutan sejarah Islam sama ada di peringkata perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapat keredaan Allah s.w.t

o Ekonomi menurut pandangan Barat : Kajian sains sosial tentang bagaimana sumber – sumber ekonomi yang terhad digunakan untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.

Isi-isi :

PERBEZAAN SISTEM EKONOMI ISLAM DENGAN SISTEM EKONOMI KAPITALISME.

Kebebasan Terhadap dan Menurut Nilai-nilai Akhlak :

o ISLAM : Tidak sahaja memberi kebebasan tetapi terhad dalam ekonomi malah ia juga memberikan perlindungan terhadap apa yang diperolehi. Nilai – nilai akhlak dan sifat – sifat menjadi asas pengisian prinsip berkenaan.

o BARAT: kebebasan tidak terhad dan mementingkan keuntungan yang maksimum.

Cara Mendapatkan Harta :

o ISLAM : Cara mendapatkan harta haruslah dengan jalan yang halal ( bukan dengan melakukan amalan riba, penipuan, rasuah, ekspolitasi dan cara – cara yang bertentangan dengan syarak ) tertakluk kepada syariat Islam.

(2)

Peranan Pihak Berkuasa:

o ISLAM : SYARIAH Islam mengharuskan berlakunya campurtangan pihak pemerintah dalam kegiatan – kegiatan ekonomi, sama ada dalam bentuk pengurusan, penyusunan, agihan dan perancangan. Canpurtangan pihak pemerintah adalah bertujuan untuk melindungu dan menjaim kestabilan serta keadilan sosial dengan syarat ia mestilah berlandaskan syariah.

o BARAT : Peranan pemerintah adalah minimum selagi pemilik harta mengikut saluran undang – undang.

Sistem Percukaian :

o ISLAM : sistem percukaian islam disyariatkan. Pemilik harta dikenakan bayaran zakat mengikut kadar dan cukai-cukai yang lain untuk diagihkan kepada pihak – pihak yang berhak bagi mengurangkan jurang antara golongan berharta dan golongan tidak berharta.

o BARAT: Pembayaran cukai tidak disyariatkan dan bertanggungjawab membayar cukai kepada pemerintah serta tanggungjawab lain ( derma dan sumbangan berdasarkan budi bicara ).

Prinsip permuafakatan :

o ISLAM : Menekakan semangat muafakat untuk mengurangkan pertelingkahan antara majikan dengan pekerja, penjual dengan pembeli, pengeluar dengan pengguna.

o BARAT : Hubungan antara majikan dengan pekerja dalam bentuk kontrak yang diwujudkan bagi melicinkan hubungan antara mereka. Kerajaan campurtangan bagi mewujudkan kerjasama antara majikan dengan pekerja. Dengan itu wujud hubungan tiga hala antara kerajaan majikan dan pekerja.

Prinsip Istikhlaf ( pertanggungjawaban ) :

o ISLAM : Manusia adalah khalifah Allah s.w.t di muka bumi ini dan pemegang amanah untuk memakmurkan dunia. Prinsip ini menggariskan pemilikan harta hendaklah melalui cara diredai oleh Allah s.w.t

o KAPITALIS : prinsip ini hanya wujud di kalangan majikan dengan pekerja, penjual dengan pembeli tanpa dikaitkan dengan tuhan.

Prinsip Berkerja dan Ganjaran :

o ISLAM : untung dan rugi adalah lumrah dalam muamalah islam, malah ia menadi asasnya. Berdasarkan prinsip ini, mekanimse seperti ini mudarabah dan syarikat digalakkan dalam aktiviti ekonomi.

o BARAT : Meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan untuk mengelakkan kerugian dan mengambil keuntungan lebih banyak untuk menyelamatkan keadaan semasa berhadapan dengan kerugian.

Prinsip Menjauhkan Perbuatan Merosakkan :

o ISLAM : Melarang segala bentuk keruntuhan akhlak, kerosakan masyarakat, kepincangan keluarga dan kerosakan masyarakat dalam kegiatan ekonomi.

o BARAT : Juga melarang kerosakan tetapi tiada kawalan syariat, cuma dilakukan di atas tanggungjawab moral.

Matlamat Ekonomi :

o ISLAM : Syariat tidak digugurkan ( dikekalkan ). Setiap kali kegiatan ekonomi sama ada kecil atau besar akan menjadi ibadah dan diberi ganjaran pahala jika dilakukan mengikut kehendak – kehendak syarak’

o BARAT : berbentuk sekular dan syariat digugurkan bermula pada abad ke – 16 dan seterusnya.

(3)

KONSEP ASAS EKONOMI ISLAM

Ekonomi dalam islam adalah berlandaskan syariat islam. Oleh yang demikian banyak nilai-nilai murni dalam agama yang diserapkan dalam konsep asas ekonomi islam ini. berikut adalah asas tersebut :

Pemilikan adalah hak Allah

Segala apa yang ada di langit dan bumi adalah milik Allah . Manusia hendaklah berkongsi nikmat ini dengan mewujudkan keseimbangan dan keharmonian dalam masyarakat . firmam Allah dalam surah Al Maidah ayat 17 yang bermaksud ;

Kepunyaaan Allahlah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya .

Islam menggalakkan umatnya agar mensyukuri nikmat kurniaan Allah iaitu dengan menggunakannya ke jalan yang diredai Allah . Antara cara yang boleh digunakan untuk menunjukkan kesyukuran ialah :

· Sentiasa memikirkan kebesaran Allah kerana nikmat yang dikurniakan . · Menggunakan nikmat dengan cara dan jalan yang betul .

· Mengagihkan nikmat yang dikurniakan kepada golongan yang memerlukan . · Tidak kufur dengan nikmat kurniaan Allah

Kebebasan individu

Islam tidak melarang umatnya dalam mencari harta kekayaan dunia. Nabi Muhammad swt dalam satu hadisnya yang bermaksud :

Berkerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya , dan beribadatlah seperti kamu akan mati esok .

Pendidikan islam spm , siri pelangi indigo ,cetakan 2001 mukasurat 275

Daripada hadis di atas jelas menunjukkan kebebasan individu untuk mencari kekayaan dunia. Islam juga membenarkan umatnya menjalankan pelbagai bentuk ekonomi selagi ianya selari dengan apa yang digariskan dalam Al Quran dan al Sunnah.

3.ketidaksamaan ekonomi dalam batasan semulajadi

Perbezan dalam ekonomi memang wujud secara semulajadi di dunia ini . Islam adalah agama yang adil dan sememangnya tidak membiarkan perbezaan ini menjadi terlalu jauh . Kekayaan yang dimiliki oleh golongan tertentu di kongsi dengan orang lain iaitu dengan mengeluarkan zakat harta bagi yang berharta dan zakat fitrah untuk semua orang islam .

4.pengagihan kekayaan secara meluas

Islam memgagihkan kekayaan terhadap umatnya secara sekata tanpa menumpukannya kepada sesuatu kelompok masyarakat sahaja . Semua individu mempunyai hak yag sama

(4)

5. larangan terhadap kegiatan anti-sosial

Semua kegiatan ekonomi dalam islam hendaklah mementingkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat . Segala bentuk ekonomi yang mendatangkan keburukan dan bertengtangan dengan ajaran islam adalah ditegah sama sekali. sebagai contah riba,rasuah , pasaran gelap dan lain-lain lagi yang bertentangan dengan ajaran islam

Perbezaan islam dan barat:

Islam mempunyai perbezaan pandangan yang ketara dengan barat dalam mendefinisikan ekonomi. Perbezaan tersebut adalah seperti berikut .

Hubungkait dengan agama dan tuhan

Ekonomi islam mempunyai hubungan yang rapat dan terus dengan agama. Segala perlakuaan adalah berlandaskan syariat dan hukum-hukum islam. sebagai contoh umat islam ditegah dari mengambil riba kerana ianya bertentangan dengan syariat islam . Barat pula tidak mementingkan nilai-nilai agama menyebabkan agama dipinggirkan secara terus daripada ursan-urusan dunia.Dalam aspek

ekonomi,sebarang cara dibenarkan kerana tiada panduan dan bimbingan daripada agama . Islam menekankan konsep keredaan tuhan manakala barat sebaliknya .

Keadilan dalam urusan dan sosial

Islam mementingkan keadilan dalam ekonomi . Semua orang tidak kira islam ataupun tidak dilayan dengan adil dan tiada dasar diskriminasi diamalkan. Peluang yang sekata ini mewujudkan persaingan yang sihat antara peniaga dan ini akan meningkatkan lagi taraf ekonomi Negara islam dan dalam masa yang sama mengelakkan berlakunya kekecohan dan permusuhan kerana tidak puas hati terhadap pemerintah . Barat pula mementingkan keuntungan semata-mata dan ini mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan. Hal ini menjadikan ekonomi barat tidak seimbang dan tidak sesuai untuk

diamalkan.Muamalat yang diamalkan oleh islam juga membuktikan bahawa islam adalah agama yamg adil dalam urusan berkaitan sosial dan masyarakat

keseimbangan dalam masyarakat

Ekonomi islam merupakan platform yang penting dalam mewujudkan masyarakat yang cemerlang . Hal ini adalah kerana ahli-ahli ekonomi memainkan peranan sebagai pemimpin dan pengkritik dalam masyarakat . Pengaruh daripada ahli-ahli ekonomi ini mampu digunakan untuk menggerakkan masyarakat . Barat pula tidak menggunakan pendekatan ini dalam menstabilkan masyarakat.

(5)

Ahli-ahli ekonomi islam boleh menggunakan ekonomi dalam urusan penyebaran dakwah iaitu dengan mempamerkan aklak yang baik Dengan cara ini golongan bukan islam akan tertarik untuk mendekati islam . Manakala dalam masyarakat islam sendiri ianya membolehkan syariat islam diamalkan dengan meluas. Barat mengasingkan urusan agama dengan ekonomi dan ini menyukarkan agama unuk disebarkan dan dalam masa yang sama mengundang persaingan yang tidak sihat dalam ekonomi contohnya rasuah dan penindasan .

Garis panduan yang tetap dan anjal

Islam telah menggariskan panduan yang tetap dan anjal dalam urusan ekonomi . hukum-hukum dan fatwa menjadi panduan dalam kehidupan umat islam . Segala persoalan dan masalah akan dirujuk kepada hukum yang telah ditetapkan ini dan ini memudahkan urusan umt islam . Sebagai contah hukum yang ditetapkan oleh islam berkaitan dengan arak . Orang islam diharamkan daripada menjual arak tetapi bagaimana pula dengan pasaraya yang menjual arak dan pekerjanya adalah islam ? . Di sini islam memberikan kelonggaran kepada umat islam untuk berurusan walaupun menjual arak itu adalah haram . Nabi Muhammad s.w.t pernah bersabda dalam satu hadis baginda iaitu ;

Pada tahun pembukaan kota Mekkah , sedang dia berada di Makkah bahawa Allah dan rasulnya mengharamkan jual beli arak ,bangkai,babi dan berhala .

Dari jabir ra.

Garis panduan dalam islam adalah berlandaskan sayriat dan hukum-huum islam .

Masyarakat barat tidak memiliki undang-undang dan garis panduan yang tetap . Undang-undang yang dihasilkan juga hanya berlandaskan logik akal dan mengutamakan kepentingan sesetengah pihak . Undang-undang barat juga bebas dan tiada sebarang larangan . Sebagai contah undang-undang kapitalisme yang memeng terkenal dengan dasar penindasannya. .

(6)

definisi ekonomi

Kamus dewan

Ekonomi menurut kamus dewan ditakrifkan seperti berikut :

Politik iaitu ilmu yang berkaitan dengan asas-asas pengeluaran, pembahagian, penggunaan barang-barang, dan perkhitmatan serta masalah yang brsangkutan .

Sistem atau cara pengeluaran (pembahagian dan penggunaan) harta atau barang-barang serta perkhidmatan .

keadaan kekayaan atau kebendaan

urusan atau hal-hal berkaitan rumahtangga

kehematan iaitu cabang ekonomi yang berkaitan dengan asas-asas ekonomi dari segi kebajikan .

Kamus dewan edisi baru 198 , muka surat 304 Kamus Oxford advance learner

Economy ditakrifkan sebagai The relationship between production, trade and money in a particular country region.

Oxford advance learner dictionary, 6th impression 2000 mukasurat 368

Dari bahasa arab

BAHASA ARAB:

Referensi

Dokumen terkait

diperlukannya pencatatan keuangan rumah tangga baik pemasukan ataupun pengeluaran (cash flow ). Faktor pendidikan, dari penjelasan diatas semakin tinggi pendidikan dari

Penguasaan serta pemahaman siswa terhadap materi yang diajarkan guru lemah khususnya dalam mata pelajaran Ilmu Pengetahuan Sosial (IPS).Karena selama ini siswa hanya

 Jaringan drainase sisi Utara rencana Bandara, yaitu saluran drainase yang menyusur dari Sidourip - Durian - Pantai Labu;.  Jaringan drainase sisi Selatan dan jaringan

Kriteria yang digunakan dalam penentuan besaran daya yang diberikan pada implementasi data mining untuk pelanggan baru untuk klasifikasi subsidi dan non

Penelitian ini di perkuat oleh Hasil penelitian Rendiana (2015) Analisis pengaruh efisiensi (BOPO) dan CAR terhadap ROA (studi kasus perbankan syariah yang

Jadi, pesantren mestinya bukan merupakan pendidikan alternatif ketika tidak diterima di lembaga formal atau perguruan tinggi; pesantren harus diarusutamakan, karena

Penerapan hukum terhadap tindak pidana pembobolan dana nasabah yang dilakukan oleh terdakwa Rudi Guiwan pada perkara Putusan Nomor 403/Pid.B/2011/PN.Mks menurut Penulis

Dari gambar 7 diatas adalah gambar dari homepage Portal Pariwista Maluku Tenggara dimana pengguna dapat melihat informasi dari sistem yaitu halaman web dalam sistem