• Tidak ada hasil yang ditemukan

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

CTU 151: PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM Maruwiah Ahmat 1 Menjelaskan Tamadun awal 3 Perkembangan Tamadun Islam 3.1 Tamadun Zaman Awal 3.2 Tamadun Zaman Pertengahan 3.3 Tamadun Islam Zaman Kontemporari 2

Hasil Pembelajaran Kandungan

PENGENALAN

PENGENALAN

3

PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM

Zaman Awal – zaman Nabi Muhammad SAW dan Khulafa’ al-Rasyidin

Zaman Pertengahan – Zaman Kerajaan Bani Ummayah, Kerajaan Bani Abbasiyyah dan Kerajaan Uthmaniyyah

Zaman Kontemporari (Zaman Moden) – termasuk perkembangan Islam di Nusantara dan Malaysia

PENDAHULUAN

4

Kelahiran Islam di Makkah dan kemunculan kerajaan

Islam pertama di Madinah merupakan titik bersejarah lahirnya tamadun baharu yang merubah sejarah dunia.

Nabi Muhammad SAW merupakan tokoh yang paling

dicontohi dalam membentuk tamadun Islam kemudiannya sesuai peranannya sebagai Rasul terakhir.

Kejayaan dan kegemilangan yang dicapai tamadun

Islam kemudiannya adalah berasaskan kepada nilai-nilai yang terkandung dalam ajaran Islam itu sendiri yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

5

Pada kurun ke-18 dan ke-19 M, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam

terakhir tumbang pada 1924. Kepesatan pembelajaran ilmu pengetahuan telah mewujudkan Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari

negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.

PENDAHULUAN

6

Sistem Pemerintahan

 Tidak terdapat satu bentuk kerajaan yang teratur/sistem

pemerintahan yang kukuh.

 Dikuasai oleh suku atau puak-puak Arab yang berpecah

mengikut sistem kabilah.

 Sistem politik Arab Jahiliah tidak seragam - faktor

perbezaan daerah, keturunan yang memerintah atau kuasa asing yang menjajah.

 Sistem politik berkabilah - primitif di mana peraturan yang

diwujudkan hanyalah untuk kabilah mereka sendiri.

 Ketua kabilah – Sheikh, adalah orang yang

bertanggungjawab terhadap kabilah.

(2)

7

Sosial

Terbahagi kepada dua kelompok iaitu masyarakat Arab Hadhari dan Arab Badwi

Memandang rendah kepada wanita (Tidak boleh mewarisi harta dan boleh dijual beli atau dijadikan hamba seks).

Menanam hidup-hidup bayi perempuan. Mengamalkan budaya tilik nasib

Kelebihan dan kepandaian dalam bidang kesenian dan sastera seperti sajak, puisi dan pidato. Sikap positif: menghormati tetamu dan menepati janji

SEMENANJUNG ARAB SEBELUM ISLAM

8

SEMENANJUNG ARAB SEBELUM ISLAM

Ekonomi

Selepas keruntuhan empangan Maarib dalam kerajaan Sabak

menyebabkan ketidakstabilan politik dan kemerosotan ekonomi masyarakat Arab.

Pengeluaran pertanian di selatan Semenanjung Tanah Arab

merosot dengan teruk akibat tiada sistem pengairan yang baik.

Aktiviti pertanian terhad, hanya tertumpu di kawasan subur yang

mempunyai oasis seperti di Yaman.

Mengusahakan pertanian dan juga perdagangan sebagai

sumber ekonomi sehingga ke negeri Syam dan Yaman.

Barang dagangan terdiri daripada buah-buahan binatang

ternakan, pakaian, hamba, patung berhala, rempah dan emas.

9

Kepercayaan

Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada dua iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi.

Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka. Agama - Menyembah berhala dan kepercayaan lain

Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama Wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Terdapat 360 buah berhala di sekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Latta, Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.

SEMENANJUNG ARAB SEBELUM ISLAM

10

Zaman Awal

Zaman Nabi Muhammad

Zaman Perkembangan

Zaman Khulafa’ ar-Rasyidin

Zaman Kecemerlangan

Zaman kerajaan Bani Umayyah, Abbasiyah, dan

Uthmaniyah

Zaman Kejatuhan

SEMENANJUNG ARAB SEBELUM ISLAM

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

11

Zaman Nabi Muhammad SAW

Zaman Nabi Muhammad SAW merupakan asas kepada ajaran dan tamadun Islam.

Zaman Nabi Muhammad dan zaman Khulafa’ al-Rashidin menjadi model tamadun Islam.

Tamadun Islam telah berkembang pada zaman Khulafa’ al-Rashidin walaupun bukan berbentuk material.

Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan prinsip asas yang lengkap untuk diikuti oleh umatnya melalui Al-Quran dan Sunnah.

12

BIODATA NABI MUHAMMAD SAW

Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiul

Awal Tahun Gajah.

Baginda lahir dalam kalangan bani Hasyim dari Arab

Quraisy.

Bapanya bernama Abdullah ibn Abdul Mutalib dan

ibunya Aminah bint Abdul Wahhab (dari suku Zuhrah).

Bapanya meninggal dunia ketika berusia 25 tahun

semasa dalam perjalanan dari Syam ke Mekah.

Ibunya meninggal dunia di Abwak ketika Nabi berusia

6 tahun.

(3)

13

Setelah ibunya meninggal dunia baginda dijaga

oleh datuknya Abdul Mutalib.

Nabi Muhammad SAW pernah disusukan oleh Suwaibah al-Aslamiyah (hamba Abu Lahab) dan

Halimah al-Sakdiyah.

Baginda dijaga didesa oleh Halimah sehingga

berusia lima tahun.

Setelah peristiwa pembedahan dada Nabi, baginda

dipulangkan ke Mekah.

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

14

Baginda berkahwin dengan Khadijah ketika umur

baginda 25 tahun.

Baginda dikurniakan 7 orang anak; 4 perempuan

dan 3 lelaki, semua anak lelaki meninggal waktu kecil.

Pekerjaan baginda ialah menggembala kambing

dan kemudian berniaga di Syam dan di pasar-pasar sekitar Mekah.

Baginda pernah digelar al-Amin ketika berjaya

menyelesaikan perbalahan antara suku kaum di Mekah tentang perletakan semula Hajar al-Aswad.

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

15

Nabi Muhammad SAW Menerima Wahyu Nabi Muhammad SAW gemar berkhalwat di Gua

Hira’ terutama semasa bulan Ramadhan.

Baginda menerima wahyu pertama pada 17 Ramadhan – Surah al-Alaq, ayat 1-5 yang meminta baginda mengenal tuhannya.

Surah yang kedua ialah Surah al-Mudaththir, ayat

1-4, yang secara rasminya menyeru agar baginda berdakwah – bangunlah, berikan peringatan.

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

16

Makkah

• 13 tahun (610-622 M)

• Tujuan dakwah- Mengesakan Allah SWT • Bidang dakwah- Akidah dan Akhlak

Madinah

• 10 tahun (622-632 M)

• Tujuan dakwah – Mengesakan Allah dan mengembangkan ajaran Islam • Bidang dakwah – merangkumi semua

aspek kehidupan

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

17

Period Makkah (610-622 M)

Dakwah Rasulullah s.a.w di Mekah berjalan selama 13 tahun. Tumpuan baginda Rasulullah:

Pembangunan akidah

Membenteras maksiat dan kejahilan

Membenteras perhambaan

Pemulihan akhlak

Pembelaan kaum wanita

18 Dakwah kepada ahli keluarga dan sahabat rapat Dakwah kepada sahabat dan keluarga mereka Dakwah kepada Bani Hasyim

Peringkat dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah.

Dakwah secara sulit Dakwah secara terus-terang/terbuka

(4)

19

Kuasa dan

pengaruh

Persamaan

taraf

Sumber

ekonomi

Takut mati

Iri hati

Sebab

Dakwah

ditentang

di Mekah

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

20

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

Hijrah berlaku pada

622 Masihi

Nabi Muhammad SAW berumur 53 tahun.

Sahabat yang mengiringi baginda ialah Saidina

Abu Bakar as-Siddiq.

Tugas pertama ialah mendirikan masjid.

Masjid berperanan sebagai

tempat ibadah dan

penyebaran agama Islam.

21

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

Hijrah adalah sebuah tonggak sejarah besar dalam

perjalanan dakwah Nabi Muhammad SAW.

Hijrah adalah peristiwa yang sangat menentukan bagi

kejayaan Nabi Muhammad SAW mengembang risalah dalam rangka mengeluarkan manusia dari beraneka kegelapan menuju cahaya kebenaran.

Sebelum peristiwa Hijrah terjadi, Nabi Muhammad

SAW telah berusaha sekuat tenaga untuk mengajak manusia ke jalan Tuhan.

Akan tetapi, usaha beliau kurang membuahkan hasil

ketika di Makkah kerana masyarakat di situ mempertahankan agama mereka atas faktor tertentu.

22 Jemputan dari masyarakat Arab Yathrib/Madinah Selepas berlakunya perjanjian Aqabah

Setelah mendapat wahyu dari Allah SWT Setelah melihat umat Islam

ditekan dan dipulau oleh masyarakat Arab Mekah

Untuk meluaskan penyebaran Islam

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

23

Hikmah Hijrah

1. Kegagalan tidak mesti menjadikan seseorang berputus asa dalam berjuang mencapai maksud dan tujuan yang telah ditetapkan. Jika manusia mengalami kegagalan di suatu tempat, di sebuah metod dan cara, maka hendaklah dia mencari tempat, cara atau metod baharu dalam mencapai kejayaan.

2. Dakwah di Makkah dilaksanakan secara personal, peribadi, pintu ke pintu dan tidak didukung oleh kekuatan politik. Di samping itu, memang Makkah bukanlah tempat yang sesuai untuk berdakwah kerana percaturan politik yang begitu tinggi. Dakwah selalu menerima tekanan politik.

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

24

3. Nabi diperintahkan hijrah oleh Allah SWT dan meninggalkan Makkah untuk mencari tempat yang lebih aman dan sihat untuk memulakan sesuatu yang baik.

4. Tiga tahun sebelum hijrah, Nabi Muhammad SAW dilanda kesedihan yang amat berat sehingga tahun itu disebut tahun duka cita (‘amul huzni).

Dua orang yang paling baginda cintai meninggal dunia, iaitu isteri baginda, Khadijah dan bapa saudara baginda, Abu Talib.

(5)

25

Nabi Muhammad SAW dalam merangka Piagam Madinah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu.

Langkah yang diambil oleh baginda dalam membentuk Piagam Madinah.

Langkah pertama

 Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai

tempat orang Islam beribadat dan tempat baginda menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran.

Langkah kedua

 Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin, bagi

mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar.

Langkah ketiga

 Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama

mempertahankan Madinah dari ancaman luar.

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

ZAMAN AWAL

26

Period Madinah (622-632 M)

Sumbangan baginda terhadap pembinaan tamadun

Islam di Madinah:

1.Aspek sosial

o Mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin

o Mewujudkan perjanjian antara masyarakat berbilang kaum o Kedudukan wanita dibela o Membina masjid – pusat ibadah,

bermesyuarat, pusat komuniti dsb.

ZAMAN AWAL

27

2. Aspek Politik

Nabi Muhammad SAW menggubal dan membentuk

perlembagaan Madinah bersumberkan al-Quran

Perlembagaan Madinah – 47 fasal: 23 fasal – hubungan sesama umat Islam 24 fasal – hubungan umat Islam dengan bukan Islam

Implikasi perjanjian – memantapkan kedudukan politik umat Islam dan wujud keamanan.

Baginda melantik gabenor, pemungut cukai dan hakim dari

kalangan sahabat di beberapa wilayah spt. Yaman, Uman, Najran, Hadramaut.

Nabi Muhammad SAW turut mengasaskan majlis syura berfungsi

sebagai majlis perwakilan dan badan perundangan bagi membuat dasar pemerintahan dan menjaga kepentingan rakyat.

28

3. Aspek Ekonomi

Memperkenalkan cukai – zakat, jizyah (cukai kepala), kharaj (cukai tanah), fai’ (cukai dari orang bukan Islam dengan jalan damai) dan ‘usyur (cukai perniagaan) Menghapuskan amalan riba

Penggunaan mata wang dinar (emas) dan dirham (perak)

Menubuhkan baitulmal bagi mengurus sumber ekonomi seperti zakat, sedekah, jizyah, ghanimah dsb di mana setiausaha pertamanya bernama Hanzalah. Menggalakkan umat Islam menceburkan diri dalam

perniagaan, pertanian dan penternakan

ZAMAN AWAL

29

4. Aspek Dakwah

Rasulullah s.a.w menghantar para pendakwah dari kalangan sahabat ke seluruh Semenanjung Tanah Arab bagi menyebarkan ajaran Islam.

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

30

5. Aspek Ketenteraan

Rasulullah s.a.w sebagai ketua tentera

dan mengetuai hampir semua peperangan menentang musuh.

Antara strategi ketenteraan yang

dilakukan oleh baginda:

Mengadakan perjanjian dengan pihak musuh

Merahsiakan jumlah tentera musuh yang akan dihadapi

Mengenal pasti tempat strategi di medan perang

Penyamaran Menggali parit

(6)

31

6. Pendidikan

Masjid telah dijadikan sebagai institusi pendidikan Rasulullah menggalakkan setiap peringkat masyarakat

menimba ilmu pengetahuan

Beberapa orang guru telah dihantar ke beberapa daerah untuk mengajar

Baginda pernah meletakkan syarat kepada tawanan perang yang ingin membebaskan diri dengan mengajar anak-anak penduduk Madinah sehingga pandai menulis dan membaca.

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

32

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

33 Mempersaudara kan kaum Muhajirin dan Ansar Mengembalikan hak dan kedudukan wanita dan kanak-kanak Memberi jaminan keamanan kepada semua rakyat Pentadbiran negara di masjid Melaksanakan konsep syura Melantik pemimpin dalam pelbagai bidang pentadbiran Memperkasa strategi untuk meningkatkan ekonomi: • Mewujudkan baitulmal • Mengenakan cukai untuk tujuan pelbagai Membasmi amalan perniagaan Yahudi - penipuan dan penindasan Pejuang dari kalangan rakyat- secara sukarela Nabi Muhammad – Panglima tentera Menyusun pelbagai strategi untuk mempertahan-kan keamanan Madinah Menggunakan pendekatan secara lembut atau hikmah. Tidak memaksa dalam berdakwah

Sosial Ekonomi Organisasi

Perjuangan Dakwah

Politik 34

Amanat Terakhir Nabi Muhammad SAW

Berlaku di Mekkah ketika baginda kembali dari

menunaikan haji (Hajjat al-Wida’) pada tahun ke-10 Hijrah/632 M.

Isi amanat:

Semua umat manusia adalah dari nabi Adam. Semua manusia adalah sama kecuali taqwanya. Manusia tidak akan sesat selagi berpegang kepada

kitab Allah dan Sunnah rasul-nya.

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

AKTIVITI 3- LATIHAN KENDIRI

Berikan contoh tingkah laku atau tindakan Nabi Muhammad SAW dalam perkara-perkara berikut:

 Masyarakat – persaudaraan  Pemimpin tentera – tolak ansur  Ketua negara – keadilan  Pemimpin agama – silaturrahim  Hubungan antarabangsa - diplomatik 35

Referensi

Dokumen terkait

[r]

Hasil temuan dari 50 item pertanyaan yang telah valid dan reliabel, perhitungan analisis faktor dengan SPSS 17 dilakukan tiga tahap perhitungan hingga tidak ada lagi soal

HASIL PENILAIAN SEJAWAT SEBIDANG ATAU PEER REVIEW KARYA ILMIAH: JURNAL ILMIAH

Menurut Lestari (2013) kelompok usia 15-30 tahun berisiko terjangkit penyakit menular seksual karena golongan usia ini merupakan masa yang aktif dalam kegiatan seksual

• Perencanaan Sumber Daya Manusia adalah perencanaan strategis untuk mendapatkan dan memelihara kualifikasi sumber daya manusia yang diperlukan bagi organisasi perusahaan

Diharapkan dari pelaksanaan kegiatan ini inisiatif masyarakat untuk memanfaatkan pekarangan dan lahan tidur menjadi meningkat sehingga akhirnya dapat mandiri dalam

Mereka adalah staf Perpustakaan UGM dan perpustakaan fakultas yang telah menggunakan Sipus V3 (FE, FMIPA, FI), dengan angket ini mereka menilai kualitas informasi dan

Sila kemukakan borang lengkap ke Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UPNM selewat-lewatnya dua (2) minggu (dalam/