CABARAN MEREALISASIKAN
PENERBITAN ILMIAH DI KOLEJ
UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA
Hariza Mohd Yusof
Kolej Universiti Islam Malaysia [email protected]
Shaharudin Ismail
Kolej Universiti Islam Malaysia [email protected]
ABSTRAK
Cabaran penerbitan ilmiah merupakan suatu cabaran buat universiti yang baru
PENDAHULUAN
Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah diluluskan penubuhannya dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Jun 1997 dan diwartakan pada 13 Mac
1988. KUIM mengorak langkah untuk dicatatkan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada permulaan abad ke 21 dan merupakan IPTA yang ke 12 ditubuhkan di negara ini.
Hasrat utama penubuhan KUIM ialah untuk memartabatkan pendidikan Islam dalam perkembangan arus perdana pendidikan negara yang mengutamakan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang akademik, terutama dalam pengajaran dan penyelidikan. Bagi memenuhi hasrat ini, penguasaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris, di samping Bahasa Melayu menjadi agenda penting dalam pembangunan akademik mahasiswa universiti.
Sejarah Penerbitan KUIM
Sejarah penerbitan di KUIM juga sinonim dengan perkembangan KUIM. Penerbitan di KUIM sememangnya tidak dapat menandingi universiti-universiti lain yang sudah begitu ke depan. Namun begitu, usia bukanlah halangan untuk KUIM mengorak langkah ke depan. Bermula dengan bertatih, Penerbit KUIM
cuba untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan penerbit-penerbit IPTA yang lain yang sudap mantap. Walaupun proses ini akan mengambil
masa, Penerbit KUIM berusaha untuk memberi komitmen yang sepenuhnya.
Pada tahun 2003, Unit Penerbitan KUIM distrukturkan kembali di bawah Jabatan Canselori dengan seorang Pegawai Penerbitan. Pada tahun 2003, dengan
tenaga kerja yang masih terhad, Penerbit KUIM cuba menerbitkan beberapa buah manuskrip lagi. Langkah pertama yang diambil ialah membuat surat
panggilan manuskrip kepada para penulis yang terdiri daripada para pensyarah di KUIM. Ketika itu, staf KUIM begitu kecil, tetapi komitmen yang tinggi, membuahkan hasil. Berdasarkan komitmen yang tinggi, KUIM telah berjaya mengadakan majlis pelancaran buku yang pertama pada bulan Julai 2003 dengan melancarkan dua belas (12) buah buku seperti Rajah 1.
Rajah 1: Senarai penerbitan KUIM tahun 2003
Bil. Tajuk Buku
1. Kebatilan Dalam Ajaran Kebatinan
2. Ulum Islamiyyah
3. Isu Dakwah dan Kemanusiaan Dalam Era Globalisasi
4. Language and Islamic Studies
5. Islamic Da’wah In The Age of ICT
6. Kajian Syariah dan Undang-undang
7. Intelektualisme & Da’wah Masa Kini
8. An-Nubuwwah Bayna Al-Mutakallimin Wa Al-Falasifah
9. Isu Semasa Pengajian Quran dan Sunnah
10. Prosiding Hasil Seminar Penyelidikan KUIM
11. Kuim’s Handbook on Academic Writing
Pada tahun 2004 pula, ekoran masalah kekurangan manuskrip, bilangan penerbitan telah menurun (Rajah 2). Pada tahun ini, hanya tujuh buah
manuskrip sahaja dapat diterbitkan.
Rajah 2: Senarai terbitan KUIM tahun 2004
1 Manhaj Al-Sufi Fi Akhlak
2 Pemikiran Tasawuf Syeikh Abu Mahasin Yusuf Al-Taj
3 Asas Kecemerlangan Ummah
4 Islamic Studies In World Institutions Of Higher Learning
5 Prosiding Seminar Kebangsaan Usul Fiqh Sufi 2004
6 Kedudukan Al-Sunnah Dalam Sintaksis Arab
7 Al-Haraqah Al-Batiniyyah Fi Mizan Al-Islam – Dirasah Naqdiah Lil Batiniyyah Al-Jawiah
Seterusnya pada tahun 2005, berdasarkan galakan-galakan yang terus menerus diadakan, hasil penerbitan berjaya ditingkatkan sebanyak 15 buah, termasuk dua buah jurnal universiti. Senarai penerbitan pada tahun 2005 seperti berikut:
Rajah 3: senarai terbitan tahun 2005 1 Dirasat Fi-Al Ijtihad Wa Al-Taqnin
2 Ahkam Al-Musobaqat Al-Mu’sarah Fi Al-Islami
3. Human Capital And Trade Structure Of Malaysia’s Manufacturing
4 ‘Ulum Islamiyyah The Malaysian Journal Of Islamic Sciences – Vol 2
6. Biografi Kiyai Hj. Abd Rahman Ambo Dalle Dan Sumbangannya Dalam Dakwah Di Sulawesi Selatan, Indonesia
7. Kajian Syariah Dan Undang-Undang – Siri 2
8 Membangun Masyarakat Moden Yang Berilmu & Berakhlak
9 Isu Semasa Pengajian Quran Dan Sunnah – Siri -2
10 Diskusi Syariah Dan Undang-Undang Siri 2
11 Membangun Masyarakat Moden Yang Berilmu & Berakhlak
12 Insan Dari Aspek Etimologi Dan Perspektif Islam
13 Islam Hadhari: Rakyat Berjiwa Merdeka
14 Islam Hadhari: Penguasaan Ilmu Pengetahuan
15 Islam Hadhari: Islam Hadhari Dan Kehidupan
Penerbit KUIM masih kecil dan masih di peringkat unit yang kecil. Pada Jun 2006, sekali lagi Unit Penerbitan distrukturkan kembali dengan tujuan untuk
pemantapan dan penyusunan yang lebih baik. Pentadbiran Unit Penerbitan diletakkan di bawah Bahagian Pengurusan Ilmu, Pusat Pengurusan Ilmu dan Teknologi Maklumat (PPITM) dengan diketuai oleh seorang pengarah. Pada tahun ini juga Unit Penerbitan telah mensasarkan KPI sebanyak 20 buah tajuk buku untuk diterbitkan.
arena penerbitan ilmiah di Malaysia. Peningkatan penerbitan buku dapat dilakukan dengan jalinan kerjasama yang erat antara bahagian penerbitan dan
juga kalangan penulis yang terdiri daripada pensyarah KUIM.
Halangan Penerbitan Buku
Sejajar dengan hasrat Universiti, Penerbit KUIM mensasarkan bilangan buku seharusnya bertambah dari setahun ke setahun, selari dengan peningkatan tenaga pensyarah dan staf. Peningkatan ini dapat dilakukan sekiranya mendapat stok manuskrip yang banyak, komitmen yang tinggi daripada penulis dan kerjasama yang erat dengan penilai serta penyunting.
Faktor-faktor halangan berikut dikenal pasti sebagai halangan atau cabaran utama bagi Penerbit KUIM:
1) Kekurangan manuskrip
Faktor ini merupakan halangan utama bagi sesuatu penerbitan. Tidak ada buku yang dapat diterbitkan sekiranya tidak ada manuskrip yang dihantar kepada pihak penerbit.
2) Kekurangan informasi dalam penghasilan manuskrip
Faktor ini dikenal pasti apabila ada kalangan tenaga akademik yang
3) Kurangnya maklumat kepentingan penulisan
Anggapan bahawa hasil penulisan memberikan input yang sedikit kepada status jawatan mereka juga menyebabkan bidang ini dianggap tidak
penting jika dibandingkan dengan hasil penyelidikan dan juga penulisan jurnal.
4) Motivasi penulisan
Sebahagian penulis menggunakan alasan sibuk dengan kelas dan rutin harian menyebabkan idea dan garapan mereka tidak dapat dituntas dengan sebaiknya.
5) Proses Penerbitan
Faktor yang menjadi halangan untuk mempercepatkan penerbitan buku itu ialah proses penerbitan itu sendiri. Proses penerbitan buku di KUIM adalah seperti berikut:
Terima manuskrip
Jawatankuasa Penerbitan Universiti
proses penilaian (ditolak @diterima)
proses pembetulan kembali oleh penulis
penyuntingan
Kelewatan sering berlaku dikenal pasti di peringkat penilaian dan peringkat pembetulan kembali oleh penulis. Tempoh yang biasanya
diberikan untuk proses penilaian ialah selama sebulan, tetapi apa yang berlaku sering kali tempoh ini melebihi tarikh sebenar. Begitu juga di
peringkat pembetulan kembali oleh penulis, tempoh yang diberikan biasanya sebulan, tetapi ada juga sehingga setahun. Hasilnya manuskrip tersebut yang dirancang untuk diterbitkan pada tahun ini tersasar daripada sasaran.
Faktor Galakan dan Motivasi
Carta 1: Penerbitan Buku 2003-2006
Pelbagai langkah dan usaha dilakukan oleh Penerbit KUIM untuk mendapatkan manuskrip dan galakan kepada penulis untuk menghasilkan mansukrip. Antara usaha yang dilakukan ialah:
1) Mengadakan pelbagai bengkel penulisan.
Bengkel penulisan merupakan salah satu cara yang diambil oleh Penerbit KUIM untuk memberi pendedahan, motivasi atau galakan kepada penulis untuk menghasilkan manuskrip. Bengkel-bengkel yang digarap dihasilkan bersandarkan modul yang telah dirangka dan diluluskan di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan. Bengkel yang dijalankan bersadarkan kepada tiga tahap modul mengikut peringkat. Modul-modul yang digunakan ialah Modul Bengkel Peringkat Pertama, Modul Bengkel
pembinaan manuskrip, sehinggalah peringkat akhir penghasilan manuskrip.
Pengenalan bengkel-bengkel ini bukan bermakna menidakkan kepakaran
yang telah sedia dimiliki oleh penulis. Kebanyakan penulis KUIM merupakan tenaga muda yang mempunyai banyak idea baru dan juga hasil penulisan yang amat berguna. Tetapi kebanyakan hasil penulisan ini terperap dalam bentuk tesis atau hasil penyelidikan yang audiens pembacanya terhad. Masalah yang selalu dihadapi ialah bagaimana mahu mencernakan idea mereka dalam bentuk manuskrip yang menarik atau bahan penulisan yang menarik agar mampu dikongsi bersama oleh para pembaca yang lain. Apa yang dilakukan oleh Penerbit KUIM hanyalah membantu menunjukan arah bagaimana mahu mencanai kembali idea itu dalam bentuk yang boleh dikongsi bersama oleh masyarakat. Bengkel-bengkel ini hanyalah sebagai panduan kepada penulis supaya cara penulisan mereka lebih jelas dan terpandu kepada idea yang mereka telah tersedia digarap. Antara bengkel yang pernah dianjurkan oleh Unit Penerbitan KUIM ialah seperti berikut:
Rajah 4: Senarai Bengkel Penerbit KUIM
BIL NAMA BENGKEL TAHUN
1 Bengkel penulisan ilmiah 2003, 2004 & 2006
2 Bengkel penulisan tesis ke buku 2003 & 2006
3 Bengkel penulisan Bahasa Inggeris 2005
4 Bengkel penulisan Bahasa Arab 2004
5 Bengkel Penulisan Jurnal 2006
6 Bengkel penyuntingan 2006
7 Bengkel penulisan akhbar 2005
KUIM mempunyai pelajar dan pensyarah dari pelbagai latar belakang pendidikan. Hasil penulisan juga tidak dihadkan kepada Bahasa Melayu
sahaja, tetapi juga Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Oleh itu pihak Unit Penerbitan turut memberi pilihan kepada penulis untuk memantapkan
penulisan dengan skil yang mereka ada, sama ada Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
Kepelbagaian penggunaan bahasa ini penting memandangkan KUIM mempunyai kepelbagaian latar belakang pensyarah yang bukan sahaja berasal daripada dalam negara tetapi juga luar negara. Bengkel Bahasa Arab contohnya memberi pilihan kepada pensyarah yang kurang fasih berbahasa Melayu untuk memantapkan skil penulisan mereka dan menghasilkan penulisan dalam bahasa yang mereka mahir.
Sehingga kini, Penerbit KUIM mempunyai enam tajuk penerbitan bahasa Arab dan lima tajuk penerbitan dalam Bahasa Inggeris. Penerbit KUIM juga telah menerbitkan tiga jurnal, termasuk dua yang diuruskan di bawah fakulti iaitu jurnal ‘Ulum Islamiyyah, The Journal of Muamalat & Islamic Finance Research dan Jurnal Ma’alim al-Quran wa al-Sunnah. Jurnal ketiga ini merupakan jurnal yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya dalam penerbitan.
2) Majlis pelancaran buku
3) Pemberian royalti
Mengambil kira hasil penulisan yang telah dihasilkan, tidak ketinggalan juga pemberian royalti kepada setiap penulis. Royalti yang diberikan oleh
Penerbit KUIM kepada penulis agak tinggi iaitu 20% daripada hasil jualan buku yang terjual.
4) Penerbitan buku-buku diperingkat fakulti
Sebagai salah usaha dan cara untuk menggalakan lagi penerbitan buku, selain dari buku-buku yang diterbitkan oleh Penerbit KUIM sendiri, terbitan buku-buku di peringkat fakulti juga digalakkan. Walaupun penerbitan di lakukan di peringkat fakulti, Penerbit KUIM masih memantau dan menjaga kualiti penerbitan tersebut.
KESIMPULAN
Tumpuan utama penubuhan utama IPTA seperti KUIM adalah untuk memantapkan struktur organisasi pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran supaya penghasilan modal insan dapat dicapai seperti yang telah disasarkan dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMKe-9). Di samping itu, penghasilan produk yang berbentuk tulisan ilmiah atau akademik juga adalah penting dan boleh
membuktikan bahawa KUIM menjadi salah satu penyumbang hasil idea yang boleh dikongsi bersama. Berdasarkan pentingnya peranan ini, KUIM yang kini