• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN TREND KEPENDUDUKAN DI MESIR DAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KAJIAN TREND KEPENDUDUKAN DI MESIR DAN"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Mesir merupakan salah sebuah negara Arab yang mempunyai ramai penduduk. Jumlah penduduk Mesir pada ketika itu seramai 74 million telah meletakkan negara tersebut sebagai salah sebuah negara Arab yang mempunyai ramai penduduk berbanding negara Arab yang lain iaitu Iran dan Turki. Pada tahun 1897, penduduk Mesir telah mencatatkan seramai 10 million orang penduduk. Jumlah tersebut telah meningkat sebanyak enam kali semenjak abad ke-20 dan meningkat sebanyak tiga kali daripada tahun 1950 hingga tahun-tahun yang berikutnya. Pertumbuhan penduduk telah berlaku secara perlahan pada kadar purata 1.3% setahun daripada tahun 1897 hingga tahun 1947. Namun, jumlah tersebut telah meningkat dengan pesat kepada 2.5% pada tahun 1950. Pada tahun 1970, kadar purata pertumbuhan penduduk telah menurun kepada 2.2%. Keadaan ini disebabkan berlakunya penangguhan perkahwinan. Penurunan kesuburan yang berlaku disebabkan oleh Perang Dunia Kedua pada tahun 1973 turut menjadi penyebab kepada berlakunya masalah tersebut. Walau bagaimanapun, pertumbuhan pesat penduduk Mesir telah berlaku terutamanya pada abad ke-20 berbanding abad ke-21 (Alya Awad & Ayman Zohry, 2005).

Pertumbuhan pesat penduduk Mesir telah menyebabkan berlakunya tekanan terhadap ekonomi dan persekitaran di negara tersebut. Pertumbuhan tersebut juga turut mempengaruhi kesihatan dan kehidupan penduduk di negara berkenaan. Pada tahun 1994 hingga tahun 2014, populasi penduduk Mesir telah menunjukkan peningkatan sebanyk 46% iaitu meningkat daripada 60 million kepada hampir 80 million. Peningkatan ini melebihi jumlah penduduk Syria dan Lebanon apabila kedua-dua negara tersebut dicantumkan. Pertumbuhan penduduk Mesir sebanyak 2.6% setahun telah menyebabkan kerajaan di negara Mesir mengalami masalah dalam menyediakan keperluan asas untuk penduduknya. Misalnya, penyediaan kawasan perumahan yang selesa, penjagaan kesihatan yang baik, pendidikan dan pekerjaan. Keadaan tersebut telah menjauhkan lagi jurang antara golongan kaya dan golongan miskin. Sebelum itu, negara Mesir sememangnya mengalami masalah dalam mendapatkan air bersih dan tenaga yang mana ia diperlukan untuk memastikan kesihatan penduduk terjaga, penghasilan makanan dan pembangunan ekonomi (Hala, Magued & Farzaneh, 2014).

(2)

demografi penduduk di negara berkenaan. Selain itu, tugasan ini juga turut menyentuh serba sedikit mengenai ramalan bagi masalah yang akan timbul iaitu hal-hal yang berkaitan dengan pertumbuhan penduduk dan sumber yang terdapat di negara itu. Namun, kelebihan pertumbuhan penduduk dan sumber yang terdapat di negara Mesir juga turut dibincangkan secara ringkas dalam tugasan ini. Di samping itu, terdapat ramalan berkaitan dengan pertumbuhan penduduk pada masa akan datang yang cuba untuk diterangkan.

2.0 KAJIAN TREND KEPENDUDUKAN MESIR

Kajian yang berkaitan dengan penduduk dapat dibahagikan kepada dua iaitu kajian kependudukan dan demografi. Kajian kependudukan atau demografi merupakan kajian yang berkaitan dengan kependudukan manusia. Kajian kependudukan merupakan kajian yang dibuat terhadap angkubah-angkubah penduduk seperti saiz, komposisi dan taburan dan juga yang berkaitan dengan aspek-aspek sosial, ekonomi, politik dan biologi. Kependudukan merupakan fungsi kepada tiga pembolehubah utama iaitu kelahiran, kematian dan migrasi. Demografi pula melibatkan kajian yang mempunyai perkaitan dengan saiz, struktur dan taburan penduduk serta perubahan-perubahan yang berlaku ke atasnya dalam satu tempoh masa tertentu (Usman, 1989). Kajian terhadap kependudukan Mesir akan dibincangkan melalui pelbagai aspek seperti kadar kelahiran, kadar kematian, migrasi, kadar kesuburan, pertumbuhan penduduk dan sebagainya.

2.1 Kadar Kelahiran Penduduk Mesir

(3)

sebanyak 2.66 % kepada 21.7 %. Pada tahun 2009 hingga tahun 2010 telah berlaku peningkatan dalam kadar kelahiran iaitu daripada 21.7 % (2009) kepada 25.02 % (2010) iaitu meningkat sebanyak 3.32%. Manakala, pada tahun 2010 hingga tahun 2012, kadar kelahiran dalam kalangan penduduk di negara Mesir turut menunjukkan penurunan sebanyak 0.8 %.

Rajah 1: Kadar Kelahiran Penduduk Mesir (per 1000 penduduk) dari Tahun 2000 Hingga 2012.

Sumber: Index Mundi (2011).

(4)

sekolah rendah dan 13.4 % lagi telah mendapat pendidikan menengah atas dan ke peringkat yang lebih tinggi. Keadaan kemiskinan yang dialami negara tersebut telah menyebabkan wanita di negara berkenaan lebih cenderung untuk tidak melahirkan anak (UNICEF, 2010).

Rajah 2: Pelbagai Aspek Kemiskinan dalam Kalangan Kanak-Kanak

Sumber: UNICEF (2010).

(5)

2.2 Kadar Kematian Penduduk Mesir

Berdasarkan Rajah 2 kadar kematian penduduk Mesir pada tahun 2000 hingga tahun 2002 masih menunjukkan peningkatan yang ketara walaupun terdapat berlakunya sedikit penurunan antara tahun-tahun berkenaan. Pada tahun 2000 hingga tahun 2002, kadar kematian penduduk di negara Mesir masing-masing mencatatkan peratusan sebanyak 7.83%, 7.70% dan 7.58%. Melalui catatan tersebut dapat dikenalpasti bahawa peningkatan terhadap kadar kematian penduduk di negara tersebut adalah tinggi berbanding tahun-tahun yang seterusnya. Keadaan ini dapat dilihat melalui Rajah 1 dan Lampiran 2 yang mana selepas tahun 2002, kadar kematian penduduk di negara Mesir telah menunjukkan penurunan yang mendadak daripada 7.58% (2002) ke 5.35% (2003) iaitu menurun sebanyak 2.23%.

Rajah 2: Kadar Kematian Penduduk Mesir (per 1000 penduduk) Antara Tahun 2000 Hingga

Tahun 2012.

Sumber: Index Mundi (2011).

(6)

yang tinggi. Kanak-kanak yang lahir secara rapat (adik beradik ramai) bagi seseorang ibu muda atau tua lazimnya akan menghadapi risiko kematian. Kehamilan yang sangat rapat antara kanak-kanak akan mendorong kepada masalah kesihatan bayi yang mana bayi tersebut akan mendapat berat badan yang ringan (Khalifa, Julie & Adamson, 1998). Masalah ini boleh dibuktikan melalui kajian yang telah dilakukan oleh Woodbury pada tahun 1925 di Baltimore, Amerika Syarikat iaitu apabila jarak kelahiran adalah terlalu rapat maka kadar kematin bayi akan melambung tinggi. Selain itu, kadar kelahiran bayi yang tidak cukup sembilan bulan (prematurity) berlaku dengan lebih kerap sekiranya jarak antara kelahiran adalah pendek. Malah, kalau hidup sekalipun kanak-kanak ini akan menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti kecacatan otak, masalah penglihatan dan pendengaran dan penyakit gila babi (Nor, 1982).

(7)

kematian tersebut tidak ketara namun dapat dikenalpasti bahawa taraf kesihatan dalam kalangan penduduk Mesir termasuk kanak-kanak telah menunjukkan peningkatan yang amat baik.

2.3 Migrasi

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) migrasi merupakan suatu bentuk mobiliti ruang yang berlaku antara satu unit atau kawasan yang melibatkan perubahan tempat tinggal. Perubahan tempat tinggal merujuk kepada tempat tinggal asal atau tempat bertolak ke tempat yang ditujui atau tempat yang baru (Usman, 1989). Perbezaan migrasi yang diterima umum ialah dari segi umur. Hal ini demikian kerana migrasi dalam dan luar negeri biasanya melibatkan peringkat lewat remaja dan baru dewasa. Terdapat pelbagai jenis migrasi iaitu migrasi antarabangsa dan migrasi dalam negeri. Emigrasi merujuk kepada golongan yang melakukan penghijrahan keluar manakala imigrasi pula merupakan penghijrahan masuk ke sesebuah negeri atau negara (Clarke, 1987).

Rajah 3: Faktor Asal, Destinasi dan Halangan dalam Migrasi

Sumber: Lee (1966).

(8)

faktor teknologi kurang memainkan peranan penting dalam migrasi berbanding faktor peribadi tersebut sendiri.

Migrasi di negara Mesir pada awalnya telah menunjukkan peningkatan dalam kalangan negara lain yang masuk ke negara tersebut. Pada tahun 1969, migrasi antarabangsa di negara Mesir tidak menjadi faktor penting terhadap pertumbuhan penduduk di negara berkenaan khususnya di kawasan moden Mesir. Namun, bagi kawasan-kawasan lain keadaan tersebut telah menunjukkan peningkatan dalam kalangan imigran. Keadaan ini dapat dibuktikan apabila ramai penduduk lelaki yang telah didapati berhijrah ke negara Mesir. Imigran lelaki yang masuk ke Mesir adalah dalam lingkungan 60% dan lebih kurang 40% adalah imigran perempuan. Pada tahun berkenaan juga, golongan yang berumur dalam lingkungan bawah daripada 30 tahun (60%) adalah lebih tinggi berbanding dengan golongan yang berumur dalam lingkungan 30 hingga 39 tahun dan lebih 40 tahun yang mana golongan ini masing-masing telah mencatatkan sebanyak 25% dan 15% (Atef, 1974).

Jadual 3: Peratusan Sumbangan Migran Utama Berdasarkan kepada Taraf Pendidikan dan Destinasi Negara pada Tahun 1969.

(9)

85% diikuti oleh emigrant Australia dan Kanada. Manakala, emigran dari negara lain-lain terutamanya Eropah tidak berpendidikan (Atef, 1974).

Beberapa dekad yang lalu, Mesir telah menjadi salah sebuah negara destinasi kepada migrasi dari negara lain. Mesir telah menjadi negara persinggahan kepada pendatang utama dari Sub-Sahara Afrika. Pendatang dari Sub-Sahara Afrika yang dalam perjalanan ke Eropah akan singgah di Algeria, Morocco, Tunisia, Mesir dan Libya. Tiga jenis migran masuk ke negara Mesir terutamanya kawasan Kaherah (Daniel, 2010). Oleh itu, Kaherah telah menjadi kawasan tumpuan kepada migrant yang ingin mendapatkan perlindungan. Menurut United Nations High Commissioner for Refugees (UNCHR) Kaherah telah menempatkan salah satu daripada lima penduduk pelarian terbesar tinggal di kawasan bandar di serata dunia. Berdasarkan permohonan yang telah diterima oleh UNCHR, jumlah migran di kawasan bandar dianggarkan antara 300 ribu hingga 3 juta orang. Walau bagaimanapun, hanya 86 ribu pelarian telah diiktiraf oleh UNHCR pada tahun 2005. Palestin telah membentuk kumpulan terbesar diikuti oleh pelarian dari Sudan, Somalia, Ethiopia dan Eritrea. Kebanyakan pelarian tersebut tidak diberikan status pelarian dan tidak mendapat manfaat dari sebarang penajaan yang telah dijalankan oleh Kanada, Australia dan Amerika Syarikat. Oleh yang demikian, mereka telah tinggal di Mesir terutamanya di kawasan Kaherah (Nassar, 2009).

2.4 Kadar Kesuburan Penduduk Mesir

Pada mulanya, negara Mesir merupakan salah sebuah negara yang mengalami peningkatan dalam tahap kesuburan. Keadaan ini merupakan perubahan penting dalam penentuan kesuburan dalam kalangan wanita khususnya bagi penduduk yang tinggal di kawasan bandar (Giusti & Vignoli, 2006). Pada fasa pertama, perubahan dalam kadar kesuburan adalah disebabkan oleh peningkatan dalam umur yang berkahwin.

(10)

Sumber: Mencarini & Salvini (2003).

(11)

wanita Mesir dalam pendidikan adalah sangat ketara. Oleh itu dapat diperkatakan di sini bahawa pendidikan mampu menjadi penyebab kepada keterlewatan wanita Mesir berkahwin dan melahirkan anak. Hal ini demikian kerana golongan wanita yang telah menamatkan sekolah di peringkat menengah adalah cenderung untuk menangguhkan perkahwinan dan secara tidak langsung lambat mendapatkan anak. Malah, anak-anak mereka akan menjadi lebih sihat dan penglibatan wanita dalam bidang pekerjaan adalah agak tinggi (Vignoli, 2006).

2.5 STRUKTUR UMUR PENDUDUK NEGARA MESIR

Berdasarkan Rajah 4 telah didapati bahawa wujudnya ketidakseimbangan jumlah penduduk antara kaum lelaki dan perempuan mengikut kohort umur di Mesir pada tahun 2014. Melalui rajah tersebut dapat disimpulkan secara ringkas bahawa jumlah penduduk (juta) pada peringkat umur 0-14 tahun adalah seramai 27 912 044 juta penduduk. Manakala, pada peringkat kohort umur 15-24 tahun, 25-54 tahun dan 55-64 tahun masing-masing mencatatkan jumlah penduduk seramai 15 270 276 juta penduduk, 33 340 669 juta penduduk dan 5 861 724 juta penduduk. Pada peringkat umur 65 tahun ke atas telah mencatatkan jumlah penduduk yang paling sedikit iaitu 4 330 386 juta penduduk. Dengan merujuk kepada Lampiran 3 dapat dikenalpasti bahawa terdapat berlakunya perbezaan dalam jumlah penduduk antara kaum lelaki dan perempuan. Misalnya, pada peringkat umur 0-14 tahun, jumlah penduduk lelaki dan perempuan masing-masing telah mencatatkan seramai 14 272 494 juta penduduk dan 13 639 550 juta penduduk. Manakala, pada peringkat umur 15-24 tahun, jumlah penduduk lelaki dan perempuan adalah 7 913 351 juta penduduk dan 7 356 925 juta penduduk. Bagi peringkat umur 25-54 tahun pula, kedua-dua jantina tersebut masing-masing telah merekodkan seramai 16 942 145 juta penduduk dan 16 398 524 juta penduduk. Seramai 2 888 193 juta penduduk lelaki dan 2 973 531 juta penduduk perempuan telah dicatatkan pada peringkat umur 55-64 tahun. Begitu juga dengan peringkat umur penduduk 65 tahun ke atas yang telah mencatatkan seramai 1 949 145 juta penduduk lelaki dan 2 381 241 juta penduduk perempuan.

(12)

Sumber: Index Mundi (2014).

(13)

kanak-kanak yang tinggal di luar bandar dan bandar. Misalnya, kanak-kanak-kanak-kanak luar bandar yang terlibat dalam pekerjaan adalah sebanyak 12.4 % manakala penglibatan kanak-kanak bandar adalah hanya 2.4 % sahaja. Malah, kanak-kanak yang datang daripada ibu yang tidak berpendidikan akan lebih cenderung untuk terlibat dalam pekerjaan untuk membantu ibu bapa menyara keluarga. Oleh itu, keperluan anak-anak di negara Mesir adalah suatu yang amat mustahak dalam aspek ekonomi.

Bagi golongan dewasa pada tahun 2014 di Mesir telah didapati akan berlakunya sedikit ketidakseimbangan dalam nisbah tanggungan untuk golongan muda. Hal ini demikian kerana jika dilihat kepada piramid penduduk Mesir seperti di Rajah 4 di atas telah didapati golongan dewasa yang berumur antara 25 hingga 54 tahun akan mempunyai tanggungan yang tinggi untuk golongan muda. Hal ini demikian kerana apabila jumlah penduduk muda di negara Mesir lebih ramai berbanding dengan jumlah penduduk dewasa, maka golongan dewasa terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk menyediakan banyak pusat kesihatan untuk menjamin kesihatan warga muda yang akan menjadi seorang yang dewasa kelak. Golongan muda (bayi) yang lahir dalam jumlah yang tinggi telah mendorong kepada pembinaan klinik atau hospital yang banyak untuk menampung jumlah penduduk yang semakin meningkat. Malah, penyediaan kemudahan kesihatan juga turut dilakukan bagi menjamin kesihatan penduduk yang semakin meningkat. Selain itu, penyediaan kemudahan pendidikan juga turut dipertingkatkan untuk menjamin lebih ramai penduduk atau golongan muda mendapat pendidikan formal secara langsung. Apabila lebih ramai golongan muda berbanding golongan muda maka negara Mesir akan mengalami masalah buruh pada masa akan datang. Malah, penduduk yang ramai juga akan menyukarkan negara tersebut untuk menyediakan peluang pekerjaan dan pendidikan yang terbaik kepada penduduknya. Oleh itu, akan berlakunya masalah keciciran dalam memberikan hak sama rata kepada penduduk di negara Mesir.

(14)

mampu merawat penyakit berbahaya yang terdapat di negara berkenaan. Malah, penyediaan pusat kesihatan yang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk telah menyebabkan warga tua berkenaan tidak dapat mengekalkan kesihatan mereka pada tahap yang terbaik.

3.0 RAMALAN MASALAH DAN KELEBIHAN BERKAITAN PENDUDUK DAN SUMBER DI NEGARA MESIR

Rajah 6: Piramid Menunjukkan Jumlah Penduduk Mesir Mengikut Umur dan Jantina Dari Tahun 1950 Hingga Tahun 2050.

Sumber: United Nations (2012).

(15)

kadar kematian dalam kalangan golongan muda yang berumur antara 0 hingga 14 tahun. Pada tahun 1950, kita telah mendapati bahawa jumlah kelahiran penduduk muda Mesir adalah lebih ramai berbanding golongan dewasa. Jumlah penduduk golongan dewasa yang lebih sedikit berbanding golongan muda akan memberi impak terhadap aspek sosioekonomi penduduk di negara tersebut. Hal ini demikian kerana apabila golongan dewasa lebih sedikit maka golongan dewasa yang lebih produktif akan semakin berkurangan. Maka, apabila keadaan ini berlaku ia akan memberi kesan terhadap pembangunan negara Mesir yang mana negara tersebut akan menghadapi masalah kekurangan tenaga buruh. Golongan tua yang sedikit telah memberikan gambaran bahawa kurangnya taraf kesihatan penduduk di negara Mesir sehinggakan golongan tua tidak dapat hidup pada jangka masa yang panjang.

(16)

hayat dalam kalangan warga emas adalah disebabkan oleh wujudnya teknologi atau kemudahan kesihatan yang mampu menyembuhkan penyakit berbahaya.

(17)

5.0 KESIMPULAN

Mesir merupakan salah sebuah negara sedang membangun yang mempunyai jumlah kelahiran dan kematian yang masih lagi tinggi. Begitu juga dengan golongan tua bagi negara tersebut yang masih berada dalam keadaan yang tidak memuaskan. Hal ini demikian kerana sampai sekarang jumlah penduduk warga tua di Mesir masih lagi kekurangan dan keadaan ini mempunyai perkaitan secara langsung dengan tahap kesihatan. Nisbah tanggungan yang ditanggung oleh golongan dewasa terhadap golongan muda adalah masih lagi tinggi. Keadaan ini secara tidak langsung memerlukan negara Mesir untuk melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menangani masalah tersebut.

Namun, pada jangka masa yang panjang negara Mesir akan dijangkakan tersenarai dalam negara maju. Hal ini demikian kerana peningkatan terhadap taraf kesihatan yang didorong oleh peningkatan yang memberangsangkan dalam perkhidmatan dan kemudahan kesihatan yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit berbahaya. Malah, jumlah kelahiran bagi semua peringkat umur telah menunjukkan sedikit keseimbangan yang mana setiap jumlah penduduk bagi setiap kohort umur boleh diperkatakan mencatatkan jumlah penduduk yang ramai. Keadaan ini telah mendorong kepada peningkatan terhadap produktiviti dalam kalangan penduduk dalam bidang pekerjaan. Keadaaan yang sedemikian juga telah menyebabkan sumber tenaga yang berkemahiran dan memiliki produktiviti yang tinggi mencukupi untuk memajukan pembangunan sosioekonomi negara Mesir. Malah, suatu hal yang harus diambil perhatian adalah sampai pada suatu tahap negara Mesir akan menghadapi masalah kekurangan makanan akibat daripada peningkatan terhadap jumlah penduduk. Keadaan ini akan memaksa negara Mesir untuk mengimport makanan daripada negara luar untuk menampung jumlah penduduk yang semakin ramai. Oleh yang demikian, dapat diperhatikan di sini bahawa telah berlakunya perubahan terhadap penduduk di negara Mesir yang meliputi pelbagai aspek seperti jumlah penduduk, taraf kesihatan, sumber makanan dan sebagainya.

(18)

Kadar Kelahiran Penduduk (per 1000 penduduk) Mesir Mengikut Tahun (Tahun 2000 Hingga Tahun 2012).

TAHUN KADAR KELAHIRAN (Per 1000 Penduduk)

(%)

2000 25.28

2001 24.89

2002 24.41

2003 24.36

2004 23.84

2005 23.32

2006 22.94

2007 22.53

2008 22.12

2009 21.70

2010 25.02

2011 24.63

2012 24.22

Sumber: Index Mundi (2011)

LAMPIRAN 2

Kadar Kematian Penduduk Mesir Mengikut Tahun (2000-2012).

(19)

(%)

(20)

BIBLIOGRAFI

Atef Khalifa (1974). The Population of The Arab Republic of Egypt. Cairo: Institute of Statistical

Studies and Research.

Central Intelligence Agency (2010). The World Factbook: Age Structure. Dicapai daripada

https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/fields/2010.html pada 23

(21)

Clarke, J.I. (1987). Geografi Penduduk. Terjemahan oleh Hassan Naziri Bin Khalid. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Daniel (2010, September 9). Integration Building Inclusive Societies: Migration and Integration

in Cairo. Dicapai daripada http://www.unaoc.org/ibis/2010/09/09/background-research-on-cairo/ pada 22 April 2015.

Eltigani, E.E. (2000). Changes in Family-Building Pattern in Egypt and Morocco: A

Comparative Analysis. International Family Planning Perspectives, 26(2): 73-78.

Giustti, C. & Vignoli, D. (2006). Determinants of a Contraceptive Use in Egypt: A Multilevel

Approach. Statistical Methods and Application, 15(1): 89-106

Hala Youseff, Magued Osman & Farzaneh Roudi (2014). Responding to Rapid Population

Growth in Egypt. Diakses daripada http://www.prb.org/Publications/Reports/2014/egypt-rapid-population-growth.aspx pada 21 April 2015.

Index Mundi (2011). Death Rate of Egypt. Dicapai daripada

http://www.indexmundi.com/g/g.aspx?v=26&c=eg&l=en pada 21 April 2015.

Khalifa, M., Julie, D. & Adamson, D.M. (1998). Population Growth in Egypt: A continuing

Policy Challenge: Improved Health for Children. Diakses daripada

http://www.rand.org/pubs/issue_papers/IP183/index2.html pada 22 April 2015.

(22)

http://www.jstor.org/stable/pdf/2060063.pdf?acceptTC=true pada 22 April 2015.

Mencarini, L & Salvini, S (2003). Mediterranean Fertility: Toward a South-North Convergence.

Popolazione e Storia 2: Udine.

Nassar, H. (2009). Egypt: The Demographic and Economic Dimension of Migration. CARIM

Mediterranean Migration Report 2008-2009. Robert Schuman Centre for Advanced Studies: European University Institute.

Nor Laily (1982). Kependudukan dan Pembangunan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Usman Haji Yaakob (1989). Prinsip Kajian Kependudukan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

United Nations (2012). World Population Prospects: The 2012 Revisions. Dicapai daripada

http://esa.un.org/wpp/Demographic-Profiles/index.shtm# pada 21 April 2015.

United Nations Children’s Fund (2010). Child Poverty and Disparities in Egypt: Building the

Social Infrastructure for Egypt’s Future. Dicapai daripada

http://www.unicef.org/egypt/Child_poverty_and_disparities_in_Egypt_FINAL_-_ENG_full_report_-_23FEB10.pdf pada 22 April 2015.

(23)

Referensi

Dokumen terkait

Improvers and Functional Ingredients in Whole Wheat Bread: A Review of Their Effects on Dough Properties and Bread Quality, Trends in Food Science and

Causal Loop Diagram JurusanTeknik Industri Universitas Sultan Ageng Tirtayasa2. JurusanTeknik Industri Universitas Sultan

teknologi thick-film ini adalah memungkinkan elemen heater, elektroda dan bahan sensitif dapat dilapiskan di atas substrat alumina yang berukuran kecil sehingga konsumsi

Diameter pertumbuhan miselium untuk hari ke 7 terjadi perubahan dimana jamur merang yang memiliki pertumbuhan miselium paling baik yaitu pada media bubur

Puji syukur kepada Tuhan, karena atas berkat dan rahmat- Nya, penulis dapat menyelesaikan Makalah Skripsi pada semester genap 2012/2013 ini, dengan judul “Pengaruh

embed video dimana sebuah file video adalah sebuah container , yang dapat diartikan ada file video dan audio yang di tanam didalamnya. Penelitian yang dilakukan oleh

Pasal ini menguraikan standar tawaran yang menguraikan fungsi dan batasan teknis tertentu dari masing-masing langganan Edisi ("Standar Tawaran"). Kecuali jika

Model Poisson hidden Markov adalah model dengan waktu diskret yang terdiri dari sepasang proses stokastik