• Tidak ada hasil yang ditemukan

INOVASI DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SEBAG (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "INOVASI DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SEBAG (1)"

Copied!
33
0
0

Teks penuh

(1)

1 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

INOVASI DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SEBAGAI ASAS KEPADA PEMBINAAN MASYARAKAT YANG BERTAMADUN

Oleh :

Muhammad Alif Fitri bin Abdul Halim Institut Sosial Malaysia (ISM)

fitrialif96@gmail.com

ABSTRAK

Artikel ini membincangkan beberapa kekurangan dalam metodologi pembelajaran mata pelajaran Sejarah di Malaysia yang sedia ada. Peringkat pembelajaran yang disentuh merangkumi peringkat sekolah menengah dan institut pengajian tinggi (IPT). Hasil daripada kekurangan – kekurangan yang telah dikenal pasti, akan disusuli dengan beberapa cadangan penambahbaikan dari segi metodologi dan kaedah pembelajaran mata pelajaran ini. Kemudian, penulis akan menjelaskan bagaimana inovasi tersebut dapat menjadi asas kepada pembinaan bangsa yang bertamadun khususnya bangsa – bangsa yang ada di negara Malaysia. Secara tidak langsung dengan inovsi ini akan mengangkat martabat ilmu Sejarah sebagai satu ilmu yang penting untuk dikuasai oleh rakyat sesebuah negara selain daripada ilmu sains dan teknologi yang menjadi buruan manusia moden kini.

(2)

2 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Pendahuluan

Sejarah boleh dibahagikan kepada dua; sejarah yang umum dan sejarah yang khusus. Sejarah

yang umum bermaksud setiap peristiwa yang telah berlaku kepada diri seseorang individu tanpa

melibatkan sebarang disiplin ilmu yang khusus. Manakala sejarah yang khusus pula membawa

maksud kumpulan kisah silam yang telah berlaku pada masa yang lalu yang difokuskan kepada

subjek – subjek tertentu yang tertakluk dengan disiplin – disiplin ilmu yang tertentu. Oleh itu,

disebabkan sejarah yang khusus ini merupakan suatu yang berbentuk tersusun maka sejarah yang

khusus inilah yang dikenali sebagai ilmu sejarah. Apabila sejarah tergolong dalam kalangan

ilmu, maka secara tidak langsung sejarah merupakan suatu yang sangat penting untuk dipelajari.

Sejarah diumpamakan seperti satu cermin belakang bagi sebuah kereta. Cermin ini membolehkan

pemandu untuk melihat keadaan di belakang untuk memastikan dia dapat memandu ke hadapan

dengan selamat. Tanpa menggunakan cermin ini, maka pemandu tersebut tidak dapat mengetahui

keadaan di belakangnya samada selamat atau tidak untuk meneruskan perjalanan. Begitulah ilmu

sejarah. Mempelajari masa silam melalui ilmu sejarah membolehkan kita menoleh semula ke

masa lalu untuk mengetahui apa yang berlaku ketika itu. Setelah mengambil segala iktibar dan

pengajaran daripadanya maka kita akan membina masa hadapan yang lebih baik daripada masa

silam tersebut. Mempelajari ilmu sejarah memerlukan mata yang sentiasa memerhati, telinga

yang sentiasa peka, akal yang sentiasa berfikir dan yang paling penting sekali ialah tangan yang

sentiasa memegang buku (minat membaca). Kita sebagai manusia, untuk menjalani kehidupan

sebagai seorang manusia perlulah mengambil daripada manusia yang terdahulu supaya kesilapan

(3)

3 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Hakikat Ilmu Sejarah

Dalam kertas kerja ini, ilmu sejarah yang penulis maksudkan ialah ilmu sejarah secara umum

dan tidak tertakluk kepada apa – apa skop dalam pengajian ilmu ini seperti sejarah tokoh – tokoh

tertentu atau sejarah bangsa – bangsa tertetu. Hal ini kerana penulis ingin mengetengahkan satu

konsep pemahaman sejarah yang bersifat sejagat terlebih dahulu yang akan bertindak sebagai

asas sebelum memasuki perbahasan – perbahasannya secara mendalam.

Secara literal, menurut Kamus Dewan, sejarah bermaksud sastera lama, asal usul, salasilah,

peristiwa yang benar – benar berlaku pada waktu lampau, kisah, riwayat tambo dan tawarikh. 1

Di Barat, sejarah disebut sebagai History yang berasal daripada perkataan Yunani iaitu Historia yang bermaksud penyelidikan. Ibnu Khaldun, seorang sejarawan Muslim pula mentakrifkan

sejarah sebagai catatan dan maklumat tentang sesuatu organisasi manusia seperti peradaban

dunia. Adapun takrifan sejarah yang agak luas seperti mana yang diungkapkan oleh Sidi Gazalba

iaitu suatu gambaran masa lalu tentang manusia dan sekitarnya sebagai makhluk sosial yan

gdisusun secara ilmiah dan lengkap. Ia meliputi urutan fakta masa tersebut dengan tafsiran dan

menjelaskan tentang apa yang telah berlaku. 2

Apakah kompenen dalam sejarah ? Bagaimana sejarah boleh menjadi salah satu daripada bidang

ilmu pengetahuan ? Perkara ini dapat dirumuskan melalui rajah di bawah : 3

1

(Iskandar, 1970)

2 (Saat, 2007) 3

(4)

4 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Rajah 1 : Unsur-unsur dalam Sejarah

Berdasarkan rajah di atas, dapat dijelaskan bahawa sejarah bermula dengan berlakunya sesuatu

peristiwa atas kisah. Hal ini seperti mana yang dijelaskan oleh Dr. Husain Mu’nis bahawa

sejarah adalah mempelajari tentang peristiwa. Iaitu setiap yang berlaku yang menyebabkan

perubahan hidup manusia serta apa yang ada di bumi atau kejadian – kejadian yang berkaitan

dengan kehidupan manusia. 4 Peristiwa dan kisah itu pula mestilah memenuhi tiga kriteria yang

berikut iaitu :

1. Fakta yang tepat dan benar.

2. Penting dan bermakna.

3. Sebab dan akibat. 5

Kemudian, peristiwa tersebut akan dicatat dan dikaji oleh sekumpulan orang yang dinamakan

sejarawan. Mereka menulis, mengkaji serta menanalisis peristiwa tersebut lalu

4 (Mu'nis, 2001)

5

(Ahmad Fawzi bin Mohd Basri, 2009)

(5)

5 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

mengumpulkannya menjadi sebuah buku atau catatan. Menjelaskan siapakah sejarawan pula

telah diungkapkan oleh Muhd Yusof Ibrahim :

“Sesiapa yang melakukan penyelidikan dan menulis sejarah walau dalam apa – apa bidang

sekalipun, maka lazimnya mereka boleh dianggap sebagai sejarawan.”6

Sepanjang proses penghasilan buku atau catatan tersebut, pelbagai cabang ilmu telah digunakan

oleh sejarawan untuk menjadikan sejarah sebagai salah satu ilmu yang tersendiri. Apabila telah

siap proses penulisan tersebut, maka terhasilah suatu ilmu yang dinamakan sebagai sejarah di

mana di dalam hasil tulisan tersebut terkandung interpertasi sejarawan terhadap peristiwa lalu

yang telah berlaku.

Hal ini sebagai mana yang telah dijelaskan juga oleh Muhd Yusof Ibrahim yang mana beliau

mengatakan bahawa dengan melakukan kajian tentang sesuatu peristiwa sejarah bererti

sejarawan itu menjalankan suatu penyelidikan sejarah. Tujuan utamanya untuk mewujudkan atau

memaparkan kebernaran sejarah tentang peristiwa yang dikaji itu. Sudah tentulah kajian itu

didasarkan kepada satu kaedah penyelidikan yang sesuai dan wajar bagi sejarah. Dengan adanya

proses penyelidikan, matlamat, kaedah serta konsepnya dan juga pelbagai teori sejarah itu maka

sejarah boleh dianggap sebaagi satu bidang ilmu pengetahuan yang lengkap. Ertinya, sejarah

merupakan satu disiplin ilmu pengetahuan yang memiliki konsep dan teori, kaedah atau tatacara

dan juda falsafahnya yang tersendiri dalam mencari dan menentukan sifat dan kebenarannya. 7

6 (Ibrahim, 2013)

7

(6)

6 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Oleh sebab sejarah juga tersenarai sebagai salah satu disiplin ilmu, maka sejarah menjadi sesuatu

yang sangat bernilai disebabkan ciri – ciri keilmuan yang terkandung di dalamnya. Justeru,

sejarah tidak seharusnya dan tidak wajar untuk dipandang sebelah mata kerana kepentingannya

juga sama seperti kepentingan ilmu – ilmu yang lain.

Mengambarkan betapa pentingnya ilmu sejarah ini, Dr. Husain Mu’nis mengungkapkan dalam

buku beliau yang berjudul At-Tarikh wa al-Muarrikhun :

“Sejarah merangkumi peristiwa yang telah lalu, kini dan akan datang. Apabila kita mempelajari

peristiwa silam, maka kita akan mendapati kita juga sedang mempelajari peristiwa kini dan

yang akan datang.”8

Peranan Ilmu Sejarah

Dalam buku – buku yang ditulis mengenai ilmu sejarah, terdapat pelbagai peranan telah

dinyatakan sebagai kepentingan mempelajari ilmu sejarah. Namun, penulis mengambil

pendekatan yang tersendiri dalam menghuraikan kepentingan mempelajari sejarah. Kesemua

peranan yang penulis huraikan ini merupakan unsur – unsur yang penting dalam melahirkan

masyarakat yang bertamadun khususnya masyarakat Malaysia. Hal ini selaras dengan tajuk

kertas pembentangan ini iaitu ‘Inovasi dalam Pembelajaran Sejarah sebagai Asas kepada

Pembinaan Masyarakat Bertamadun.’Kemudian penulis akan menghuraikan peranan – peranan

ini berserta gambaran situasi untuk menujukkan betapa ilmu sejarah sangatlah penting.

8

(7)

7 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Pertama : Memberikan iktibar dan pengajaran.

“Supaya diketahui oleh anak cucu kita yang kemudian daripada kita dan boleh diingatkan oleh

segala mereka itu serta beroleh faedah ia daripadanya.”9

Begitulah kata – kata yang diungkapkan oleh Tun Seri Lanang di dalam karya agungnya

Sulatatus Salatin. Mempelajari sejarah bukan sahaja sekadar mengetahui dan menghafal tarikh –

tarikh penting suatu peristiwa yang bersejarah. Bahkan dengan mengetahui pengajaran dan

iktibar itulah yang akan menjadi satu panduan untuk kita membina masa hadapan yang lebih

baik. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Hazri Jamil dalam bukunya Teknik Mengajar Sejarah bahawa sejarah adalah catatan pengalaman manusia dan segala catatan itu samada baik atau

buruk akan memberi pengajaran kepada manusia supaya bertindak pada masa – masa seterusnya.

10

Pentingnya kita melihat kepada iktibar dan pengajaran daripada peristiwa masa lalu adalah untuk

kita mengetahui sebab – sebab kejatuhan serta kemerosotan zaman tersebut. Pengajaran dan

iktibar kebiasaannya dikaitkan dengan sesuatu perkara yang buruk atau tidak baik. Maka, apabila

kita sudah mengetahuinya, maka kita akan menjadi lebih berwaspada dan teliti dalam membina

masa depan kita untuk mengelakkan kesilapan yang sama berulang sekali lagi. Sebagai contoh,

mengenai sejarah penjajahan bangsa – bangsa asing di Tanah Melayu. Kedatangan mereka

adalah disebabkan oleh oleh kegagalan bangsa Melayu mempertahankan kedaulatan tanah air

yang disebabkan oleh pelbagai kelemahan yang dialami oleh mereka ketika itu. Disebabkan

kelemahan inilah menjadikan kuasa – kuasa luar telah menguasai corak dan hala tuju negara

9 (Ahmad A. S., 1979) 10

(8)

8 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

hatta sehingga kini. Maka disebabkan itulah, kita sebagai generasi baharu perlu sedar bahawa

kita perlu memperkasakan diri untuk mencorakkan hala tuju negara dengan jelas supaya tidak

mudah dipengaruhi oleh mana – mana pihak yang ternyata mengambil kesempatan terhadap kita.

Iktibar yang terkandung dalam sejarah adalah sebagai satu renungan untuk memperbaiki

kesilapan masa lalu agar tidak berulang kembali pada masa kini.

Kedua : Memberikan dorongan dan motivasi.

Hamka menulis dalam bukunya Sejarah Umat Islam menceritakan tentang keperibadian Sultan ‘Alauddin Ri’ayat Syah sultan Melaka yang ketujuh ( 1477 – 1488 M ) :

“Pemerintahannya adalah tauldan dari pemerintahan ayahnya; keadilan, timbang rasa dengan

rakyat, berperang tidak sebanyak ayahnya. Tetapi keamanan dalam negari adalah di bawah tilikan mata baginda sendiri. Baginda suka sekali menyamar di tengah malam, diiringkan oleh

dua orang atau tiga orang pengawal, memerhatikan keamanan pada malam hari.”11

Membelek lembaran – lembaran sejarah silam akan menemukan kita kepada pelbagai karakter

manusia yang hidup di masa itu. Seperti yang dinyatakan oleh Hamka, Sultan ‘Alauddin Ri’ayat

Syah merupakan seorang pemerintah yang sangat berjiwa rakyat. Baginda dikenali sebagai

seorang sultan yang sangat mengambil berat perihal rakyat jelatanya di Kota Melaka.

Mengetahui karakter baik daripada watak – watak silam menjadikan kita yang hidup di zaman

kini termotivasi untuk mencontohi mereka. Berkait rapat dengan isu – isu kepimpinan yang ada

pada zaman sekarang, kita boleh kembali membaca sejarah untuk mengenengahkan tokoh –

11

(9)

9 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

tokoh silam yang boleh dijadikan contoh seperti Sultan ‘Alauddin Ri’ayat Syah ini. Dengannya,

kita akan menjadi terdorong dan termotivasi untuk meneladani ketokohan beliau dalam soal

kepimpinan.

Bukan itu sahaja, malah dalam apa – apa soal kegemilangan, kemajuan, kehebatan dan kekuatan

zaman silam boleh dijadikan sebagai pendorong untuk kita yang hidup di zaman ini untuk turut

sama mencapai kejayaan seperti mereka.

Pendidikan sejarah akan melahirkan warganegara atau generasi yang sentiasa berlumba – lumba

untuk membangunkan negaranya. Dalam hal itu, generasi yang didik tadi akan menggunakan

masa lampau sebagai idolanya untuk membawa negara ke mercu kejayaan dan terkenal di arena

antarabngsa. Mereka percaya negara mereka mampu melakukannya kerana mereka tahu negara

mereka sangat dikenali suatu ketika dahulu. 12

Ketiga : Melahirkan modal insan

Modal insan merupakan satu unsur yang sangat penting dalam pembentukan sesebuah

masyarakat. Modal insan ini menjadi satu indikator untuk mengenal pasti sejauh mana sesebuah

masyarakat itu telah menjadi sebuah masyarakat yang bertamadun. Sebagaimana yang telah

dijelaskan oleh Dr. Sidek Baba dalam bukunya Tajdid Ilmu dan Pendidikan :

“Modal insan dalam pengertian yang luas tidak hanya terbatas dalam lingkungan ilmu yang

dimiliki selari dengan peluang – peluang pekerjaan yang bernilai ekonomi semata – mata, ttapi dilihat juga dari sudut kepakaran dan kualiti keihsanan ( kualiti kerja ) yang tinggi supaya

12

(10)

10 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

sumbangannya tidak hanya terbatas dalam produktiviti bahkan dalam masa yang sama memiliki

sentuhan keihsanan yang tinggi juga.”13

Dalam proses pembangunan negara, tidak dapat dinafikan bahawa modal insan adalah faktor

yang paling penting dan perlu. Modal material seperti wang, tanah, kilang dan prasarana juga

penting. Namun begitu, tanpa modal insan, modal material tidak dapat diadakan dan tidak

mampu ditambah nilai. 14

Justeru, ilmu sejarah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan melahirkan modal

insan yang baik. Seperti yang telah dinyatakan oleh Hasnah Hussin, modal insan yang dapat

dilahirkan melalui pembelajaran sejarah ialah modal insan yang memiliki semangat kecintan

kepada agama, bangsa dan negara, menyemai identiti, memahami kaum dan masyarakat,

menyumbang kepada pembentukan insan bermoral dan menghargai warisan negara. 15

Bagaimana kemajuan dalam aspek lahiriah dapat dicapai melalui sejarah ? Jawapannya ialah

dengan mempelajari dan meneladani pencapaian dan kejayaan yang telah ditempa oleh

masyarakat silam dari sudut lahiriah seperti teknologi, pembangunan, politik dan sebagainya.

Bagaimana pula kemajuan dalam aspek rohaniah dapat dicapai melalui sejarah ? Jawapannya

ialah dengan mengambil iktibar daripada gejala – gejala negatif serta isu – isu yang melanda

masyarakat – masyarakat terdahulu akibat tidak dipandu oleh nilai – nilai keagamaan dan moral.

Runtuhnya nilai – nilai keagamaan dan moral mengakibatkan kehidupan menjadi kucar kacir

serta akhirnya membawa kepada runtuhnya struktur binaan masyarakat tersebut.

(11)

11 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Maka, dengan adanya masyarakat yang memiliki ciri – ciri keseimbangan antara pembangunan

lahiriah dan rohaniah seperti ini, maka secara tidak langsung akan menjadi pemangkin kepada

kebangkitan sebuah tamadun manusia ulung.

Rajah 2 : Sejarah dapat Melahirkan Modal Insan

Keempat : Mengekalkan identiti

Kewujudan modal insan yang seimbang tidak lengkap sekiranya mereka tidak memiliki identiti

yang menjadi ciri – ciri khas yang membezakan mereka dengan masyarakat yang lain. Tanpa

identiti yang jelas, suatu masyarakat akan menjadi tidak jelas hala tuju mereka serta akan

menjadi mudah terikut- ikut dengan pengaruh – pengaruh asing.

Disebabkan itulah, salah satu matlamat penting dasar pendidikan negara adalah untuk

mewujudkan suatu idnetiti bangsa atau sebagai alat untuk membinaan bangsa. Pendidikan

sejarah dapat memainkan peranan sebagai alat pembinaan bangsa apabila digunakan dengan

efektif dan bertanggungawab. Hal ini kerana tiada sebuah negara pun yang dibina tanpa

menggunakan pengetahuan sejarah. 16

16

(Jamil, 2003)

Aspek

lahiriah

Aspek

rohaniah

(12)

12 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Zaman imperialisme dan kolonialisme Barat suatu ketika dahulu telah banyak memberikan

impak yang besar kepada pembinaan negara dan masyarakat pada hari ini. Kebanyakan generasi

baru mereka sudah diasimilasikan dengan corak dan budaya yang dibawa penjajah sehingga

lama kelamaan identiti asal mereka mula dipinggirkan. Mengapa identiti itu penting ? Kerana

dengan identiti inilah yang akan menjadikan kita berbeza daripada yang lain tanpa terpengaruh

dengan anasir – anasir luar. Tambahan pula, identiti melambangkan suatu pendirian dan prrinsip

yang sangat bernilai. Semua itu dapat dicapai dengan mempelajari sejarah.

Sebagai contoh, negara Turki kini sudah menjadi sebuah negara sekular yang sangat keras

menentang apa – apa identiti keislaman cuba dihidupkan semula. Mereka seperti ingin

memadamkan sejarah mereka sendiri iaitu sejarah kekhalifahan Uthmaniyyah yang telah

bertapak lebih kurang 600 tahun di sana. Namun, kini Turki berada di bawah pemerintahan

seorang pemimpin yang berkaliber dan mengetahui sejarah iaitu Reccep Tayyip Erdogan. Beliau

menegaskan :

“Turki memilih untuk berpegang kepada legasi nenek moyang mereka ( legasi Daulau

Uthmaniyyah ) berbanding patuh kepada kuasa – kuasa besar yang memiliki agenda yang

tersembunyi.” 17

Begituah kuasa sejarah. Dengan mempelajarinya, kita akan menjadi sangat mementingkan

kehormatan dan identiti agama, bangsa dan negara kita.

17

(13)

13 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6 Kelima : Membina masa depan

“Sejarah merangkumi peristiwa yang telah lalu, kini dan akan datang. Apabila kita mempelajari

peristiwa silam, maka kita akan mendapati kita juga sedang mempelajari peristiwa kini dan

yang akan datang.”18

Mengimbas kembali apa yang telah diungkapkan oleh Dr. Husain Mu’nis, kita mendapati beliau

menyamakan antara mempelajari masa silam iaitu sejarah dengan mempelajari masa depan.

Mengapa boleh begitu ?

Sejarah memberikan kefahaman mengenai mengapa dan bagaimana keadaan seperti yang ada

sekarang boleh berlaku atau wujud. Ini termasuklah dalam aspek polotik, sosial dan ekonomi

yang sedang manusia hadapi kini. Semestinya ada penjelasan mengapa dan bagaimana perkara

tersebut boleh berlaku. Mustahil dalam konteks kehidupan manusia hal itu boleh berlaku tanpa

sebab musabab dan penjelasan. Bagaimana kita dapat memahami keadaan masa kini tanpa

mengetahui keadaan masa lampau ? Dengan pemahaman mengenai masa kini dan masa lampau

akan membolehkan kita merancang apa yang akan dan mungkin berlaku pada masa hadapan. 19

Maka, semestinya sesiapa yang ingin terlibat dalam hal – hal awam seperti politik, ekonomi dan

sosial harus mempunyai pengetahuan sejarah bagi merancang masa hadapan dan bertindak

secara efektif. 20 demi masa hadapan yang lebih baik.

18

(Mu'nis, 2001)

19 (Jamil, 2003) 20

(14)

14 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Hal ini bertepatan dengan ungkapan Ibnu Khaldun, dalam karya beliau yang terkenal iaitu al-Muqaddimah. Katanya :

“Orang yang ingin menekuni bidang sejarah memerlukan ilmu tentang politik, ciri-ciri alam,

perbezaan bangsa, kawasan dan zaman dalam hal perjalanan hidup, akhlak, tradisi, mazhab dan

lain-lain hal. Di samping itu, dia perlu menguasai masa kini untuk membandingkan masa lalu, mencari sisi-sisi persamaan dan sisi-sisi perbezaan antara keduanya.”21

Sebagai contoh, melalui sejarah, para jurutera perlu mengkaji bagaimana manusia pada zaman

dahulu dapat mencipta suatu teknologi yang boleh betahan lama sehingga boleh dilihat oleh

generasi sekarang. Kajian juga diperlukan dengan mendalam melalui bagaimana masyarakat

zaman dahulu boleh membina bangunan yang boleh tahan lama dan mampu mengadaptasi

perubahan alam sekitar. 22

Sejarah Sebagai Asas kepada Pembinaan Masyarakat Bertamadun

Rajah 3 : Rumusan Peranan Ilmu Sejarah

21 (Khaldun, 1966)

22

(Hussiin, 2010)

Iktibar

Motivasi

Modal

Insan

Identiti

(15)

15 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Sebagai menyimpulkan lima peranan ilmu sejarah yang penulis telah jelaskan sebelum ini, maka

penulis hubungkaitkan dengan satu frasa daripada tajuk kajian ini iaitu ‘Masyarakat yang

Bertamadun’. Bagaimanakah peranan – peranan ini dapat menjadi batu asas kepada pembinaan

sebuah masyarakat yang bertamadun ?

Baik, saya akan menjelaskannya dalam bentuk satu perumpamaan yang mudah untuk difahami.

Terdapat seorang lelaki sedang memandu keretanya di sebuah lebuh raya. Ketika itu lebuh raya

itu kelihatan lengang tanpa sebarang kereta yang melaluinnya. Maka, lelaki itu pun terus

memecut laju keretanya tanpa menghiraukan papan tanda had laju yang ada. Tidak lama dia

memecut, dia terserempak dengan sebuah kereta yang berhenti di tepi jalan. Rupa – rupanya

kereta tersebut telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Lelaki itu mula sedar akan bahaya

memecut laju kerana takut terbabas seperti kereta itu. Lalu dia pun memperlahankan kelajuan

keretanya mengikut had laju yang ditetapkan.

Tidak lama selepas itu, dia terserempak pula dengan seorang lagi pemandu yang memandu

dengan had laju yang ditetapkan di lorong kiri. Lelaki itu kemudiannya termotivasi untuk

sentiasa memandu dengan berhati – hati melihatkan sikap pemandu tersebut.

Melihat kemalangan yang berlaku dan keselamatan yang terjamin apabila memandu dengan

cermat telah menjadikan lelaki ini seorang pemandu yang berhati – hati. Ke mana – mana sahaja

lelaki ini pergi, dia akan sentiasa memandu dengan berhati – hati dan disebabkan itu, kawan –

kawannya telah menggelarkannya sebagai ‘orang yang berhati – hati’. Akhirnya, lelaki ini

(16)

16 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

kesedaran kepada para pengguna jalan raya yang lain. Dia berharap agar melalui tulisannya itu

kadar kemalangan jalan raya akan berkurang untuk masa – masa akan datang.

Begitulah satu analogi tentang bagaimana kelima – lima peranan ini menjadi pendorong kepada

pembinaan sebuah masyarakat bertamadun. Dengan mudah kita boleh mengaitkannya dengan

kehidupan kita seharian. Untuk lebih mudah difahami, penulis rumuskan seperti berikut :

Analogi Maksud

Perjalanan menaiki kereta Perjalanan hidup

Lelaki Manusia

Kemalangan Peristiwa buruk

Lelaki yang memandu dengan selamat Peristiwa baik

Seorang pemandu yang berhati - hati Modal Insan

Gelaran Identiti

Menulis artikel tentang keselamatan Membina masa depan

Jadual 1 : Huraian Analogi

Apabila kesemua peranan ini dapat dimainkan dan berfungsi, maka akan lahirlah sebuah

masyarakat yang bertamadun. Namun, apakah itu yang masyarakat bertamadun ? Terdapat

banyak takrifan yang telah diberikan tentangnya oleh para sarjana Muslim mahupun Barat.

(17)

17 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Ibnu Khaldun menjelaskan bahawa masyarakat yang bertamadun ialah masyarakat yang

pencapaian mereka sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke

arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai – nilai seni. 23

Manakala Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas menjelaskan bahawa masyarakat bertamadun

ialah masyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasulsila kebudayaan yang luhur bagi

seluruh masyarakatnya. 24

Prof. Madya Dr. Ismail Hamid pula berpendapat bahawa masyarakat yang bertamadun

(berperadaban) ialah masyarakat yang telah mencapai dalam kedua – dua bidang iaitu kerohanian

dan kebendaan. 25

Berdasarkan takrifan tersebut, penulis simpulkan menjadi dua kata kunci yang utama iaitu

masyarakat yang bertamadun ialah masyarakat yang seimbang perkembangan fizikal dan

rohaninya. Hal ini kerana, kedua – dua unsur itu saling berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa

salah satunya akan menyebabkan ketidakseimbangan dalam sesebuah masyarakat. Kemunduran

aspek fizikal akan menyebabkan masyarakat jauh ketinggalan. Manakala keruntuhan nilai – nilai

kerohanian (moral) akan menyebabkan kekacauan dan ketidaktenteraman dalam kalangan

masyarakat.

Selepas ini kita akan memasuki perbincangan tentang isu – isu pembelajaran sejarah di Malaysia

serta bagaimana inovasi dalam pembelajaran sejarah akan menjadi pendorong kepada melahirkan

(18)

18 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Realiti Pembelajaran Sejarah di Malaysia

Penulis merupakan salah seorang pelajar yang mengikuti sistem pembelajaran sejarah sejak di

sekolah menengah. Kini, penulis sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama di

peringkat universiti. Berbekalkan pengalaman sendiri mahupun mereka yang lebih tua daripada

penulis menjadikan penulis mampu merumuskan tentang realiti pembelajaran sejarah kini di

Malaysia. Di samping itu, penulis juga akan selitkan data – data yang diperolehi hasil daripada

soal selidik beberapa orang responden tentang isu ini sebagai mengukuhkan hujah penulis.

Apabila kita sudah memasuki ke alam Abad ke-21, konsep pembelajaran telah terbahagi kepada

dua bentuk. Pertama, pengajaran konvensional dan kedua pengajaran baharu. Perbezaan antara

kedua-dua bentuk ini tertelak pada metodologi pembelajaran tersebut dijalankan. Pengajaran

konvensional iaitu pembelajaran yang bersifat tradisional menjadikan konsep berpusatkan guru

sebagai tunjang utamaya manakala pengajaran baharu pula sebaliknya iaitu menjadikan konsep

pembelajaran berpusatkan pelajar. Maka, realiti pembelajaran mata pelajaran Sejarah di negara

kita ini masih lagi berada di takuk yang lama iaitu masih lagi menggunakan kaedah pembelajaran

secara tradisional yang berpusatkan guru. Prof. Dato’ Mohamed Amin Embi menjelaskan apakah

itu pembelajaran berpusatkan guru :

“Dalam konsep berasaskan kandungan dan berpusatkan guru, pengajaran dan pembelajaran

cara lama adalah bersifat formal. Daripada sudut aktiviti interaktif, komunikasi dengan pelajar menjadi terabai dan interaksi antara pelajar sedikit sebanyak sebenarnya tidak wujud.”26

26

(19)

19 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Kemudian, perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) sebahagian besar hanya

bergantung kepada guru semata-mata tanpa melibatkan pelajar. Justeru pembelajaran menjadi

lesu dan tidak bermaya. . Prof. Dato’ Mohamed Amin Embi juga ada menjelaskan bagaimanakan

proses pembelajaran seperti ini berlangsung. Kata beliau :

“Komunikasi yang berlaku lazimnya adalah sehala daripada pengajar kepada pelajar dan

seperti biasa ianya adalah dalam soal jawab (Q & A). Dalam konsep aktiviti pengejaran dan pembelajaran tradisi, kejayaan dinilai terutamanya melalui kefahaman setiap individu pelajar,

bagaimana kefahaman itu kekal dan dapat diulang kendungan yang disampaikan itu.”27

Maka, daripada penjelasan yang diutarakan oleh Prof, Dato’ Mohamed Amin Embi , dapatlah

kita membuat kesimpulan bahawa begitulah sebenarnya realiti pembelajaran mata pelajaran

Sejarah yang mendominasi negara kita. Maka, beberapa cadangan akan disampaikan melalui

kertas pembentangan ini.

Cadangan Inovasi

Mengapa perlunya inovasi ? Inovasi diperlukan sebagai salah satu cara kita bertindak balas

terhadap segala cabaran yang mendatang. Cabaran yang dimaksudkan dalam konteks

perbincangan dalam kertas kajian ini ialah tentang kekurangan – kekurangan dalam pendekatan

pembelajaran sejarah di negara kita, Malaysia.

Hal ini selari dengan teori ‘challenge and response’ yang diutarakan oleh Arnold Toynbee. Maju

atau mundurnya sesuatu tamadun bergantung kepada sambutan (response) terhadap sesuatu

27

(20)

20 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

cabaran (challenge) yang datang. Hal ini bermaksud, apabila ada aksi, baru akan timbul reaksi samada menerima atau menolak.28 Begitulah yang diungkapkan oleh Dr. Abdul Rahman Hj.

Abdullah melalui buku beliau yang bertajuk Gerakan Penjajahan dan Anti Penjajahan Tanah Melayu 1511 – 1957.

Inovasi yang dicadangkan adalah berdasarkan apa yang terdapat dalam rangkaian terminologi

pembelajaran yang digunakan sehingga kini dalam dunia pendidikan. Seperti mana yang

dinyatakan sebelum ini, cadangan tersebut juga akan memberi kesan secara langsung kepada

punca mata pelajaran ini kurang diminati dan seterusnya mencapai objektif dalam pembelajaran

sejarah.

Menurut Dr. Baharuddin Ahmad, antara terminologi pembelajaran dapat dirumuskan melalui

jadual berikut : 29

No. Terminologi Keterangan

1. Pendekatan Pembelajaran Latar pedagogi dan psikologi yang dilandasi dengan falsafah

tertentu yang dipilih agar tujuan pembelajaran dapat dicapai

secara optimum.

2. Strategi Pembelajaran Suatu rangkaian aktiviti yang berkait dengan pengurusan

pelajar, pengelolaan persekitaran belajar, pengelolaan

sumber belajar dan penilaian untuk mencapai tujuan

pembelajaran.

28 (Abdullah, 2016)

29

(21)

21 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Jadual 2 : Terminologi dalam Pembelajaran

Sebagai memberikan gambaran secara umum tentang inovasi yang dicadangkan, penulis telah

meringkaskannya dalam jadual berikut :

No. Terminologi Cadangan Inovasi

1. Pendekatan Pembelajaran 1. Meningkatkan kemahiran profesional tenaga

pengajar.

2. Memperkasakan pengaplikasian konsep

pembelajaran berpusatkan pelajar.

2. Strategi Pembelajaran 1. Buku teks sejarah interaktif.

Jadual 3 : Cadangan Inovasi Mengikut Terminologi Pembelajaran

Setelah menyenaraikan secara ringkas bentuk-bentuk inovasi yang dicadangkan, seterusnya

penulis akan menerangkan pula satu per satu secara terperinci berkenaannya.

1. Meningkatkan Kemahiran Profesional Tenaga Pengajar.

Guru atau pensyarah merupakan tunjang kepada hidupnya sesuatu sesi pembelajaran di kelas.

Maka, kefahaman pelajar secara langsung bergantung kepada bagaimana cara penyampaian di

dalam kelas. Sehingga kini, komen – komen negatif tentang pembelajaran sejarah masih tetap

ada. Adakalanya guru atau pensyarah hanya mengambil inisiatif untuk sekadar membaca sahaja

(22)

22 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

timbulah suasana bosan bahkan pelajar akan menjadi mengantuk sehingga tidak dapat

memahami topik yang dipelajar mereka.

Prof. Dato’ Dr. Mohamed Amin Embi dalam Teks Syarahan Perdana beliau ada menyebut

beberapa cadangan dalam usaha untuk mentransformasi pembangunan dan latihan berbentuk

profesional untuk para pendidik Abad ke-21. Antaranya ialah pensyarah (pendidik) perlu diberi

bimbingan khusus mengenai cara mengintegrasikan pelbagai aplikasi interaktif Web 2.0 dalam pembelajaran. Kemudian, pembangunan profesional pensyarah (pendidik) harus merangkumi

pendedahan kepada pembelajaran mudah alih 30, pembelajaran teradun 31 dan pembelajaran

secara flipped. 32 Terakhir, pembangunan profesional pensyarah (pendidik) harus merangkumi pendedahan kepada pelbagai teori pembelajaran termasuk Kognitivisme, Konstruktivisme dan

Connectivism serta Reka Bentuk Pengajaran dan Andragogi. 33

Dengan peningkatan kemahiran secara profesional dalam kalangan pendidik khususnya yang

mengajar mata pelajaran sejarah secara tidak langsung akan membuka ruang-ruang inovatif

dalam kalangan mereka untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Adalah amat menyedihkan apabila mata pelajaran ini masih lagi diajarkan secara konvensional

sungguhpun pelbagai kaedah dan metodologi pembelajaran yang baharu sudah ditemui untuk

mata pelajaran yang lain.

30

Penggunaan teknologi mudah alih untuk memudah dan menggalakkan pembelajaran di mana-mana dan pada bila-bila masa.

31

Pelajar menggunakan pembelajaran mereka sebelum ini, menimba pengetahuan baharu dan mencetuskan daya cipta mereka untuk menangani permasalahan dunia sebenar dengan menggunakan pelbagai alat secara langsung atau tidak langsung.

32

Konsep pedagogi yang menggantikan format biasa kuliah dalam kelas dengan peluang mengenali konsep dan melihat bahan-bahan di luar kelas.

33

(23)

23 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Dalam menghadapi realiti dunia pendidikan pada Abad ke-21 ini, seharusnya kita cakna dengan

perubahan yang berlaku kepada dunia kerjaya sebagai seorang pendidik. Kita perlu mengetahui

apakah ciri-ciri seorang pendidik yang berkesan dalam menghadapi dunia pendidikan Abad

ke-21 ini. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Amin Embi ada menyenaraikan sebanyak empat ciri utama

pendidik yang berkesan pada Abad ke-21 ini. Empat ciri tersebut dirangkumkan menjadi empat

akronim yang berikut :

A – Awareness of the 21st century learners and learning (kesedaran pelajar dan pembelajaran

Abad ke-21).

T – Transforming teaching to prepare students for tomorrow’s world (mentransformasikan

pengajaran bagi mempersiapkan pelajar untuk masa akan datang).

C – Centurizing the curriculum to make it relavant to the 21st century education (mengabadkan kurikulum agar relevan dengan pendidikan abad ke-21).

G –Going Green, going diGital and going Global (ke arah Budaya Hijau, Digital dan Global). 34

Hal ini demikian kerana adalah seharusnya para pendidik perlu sedar bahawa generasi yang

mereka hadapi kini tidak sama dengan generasi yang sebelum ini. Mereka ini dikenali sebagai

Generasi Z atau Gen-Z yang lahir di antara tahun 1996 sehingga 2009. 35 Oleh sebab pelajar pun

sudah mengalami perubahan, maka adalah menjadi keperluan untuk cara pembelajaran juga

diubah bagi meneruskan keberlangsungan pembelajaran mata pelajaran Sejarah ini khususnya

agar menjadi lebih efektif.

34 (Embi, 2016)

35

(24)

24 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Pihak-pihak yang berwajib seperti pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sendiri boleh

melakukan satu transformasi dalam memartabatkan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di

semua peringkat baik di sekolah menengah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Transformasi

tersebut haruskan berfokuskan kepada latihan kemahiran yang pelbagai kepada para tenaga

pengajar mata pelajaran ini. Sungguhpun Kertas 3 bagi mata pelajaran Sejarah Sijil Pelajaran

Malaysia sudah diperkenalkan misalnya, namun itu masih tidak cukup untuk menyemai dan

memupuk semangat cintakan sejarah dalam kalangan pelajar. Hal ini, boleh jadi mereka hanya

akan menyalin semata-mata fakta-fakta serta penerangan-penerangan yang berkaitan tanpa

memahaminya dengan baik. Semua ini dilakukannya adalah sekadar untuk mendapatkan pangkat

lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia disamping mata pelajaran Sejarah ini merupakan mata

pelajaran wajib lulus bagi menyambung pelajaran di peringkat institusi pengajian tinggi.

2. Memperkasakan Pengaplikasian Konsep Pembelajaran Berpusatkan Pelajar

Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Prof. Dato Dr. Mohamed Amin Embi berkenaan konsep

pembelajaran yang berpusatkatkan guru seperti yang digunapakai hari ini, kita seharusnya sedar

dan cakna akan impaknya. Dalam proses pembelajaran mata pelajaran Sejarah baik di sekolah

mahupun di universiti, kaedah pembelajaran secara konvensional ini telah menjadi punca kepada

mengapa mata pelajaran ini kurang diminati oleh para pelajar. Justeru, kaedah pelbagai kaedah

pembelajaran yang berpusatkan pelajar perlu diterokai dengan lebih luas lagi bagi membolehkan

para pelajar turut sama menyertai proses pembelajaran mata pelajaran ini di dalam kelas dengan

(25)

25 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Terdapat dua kayu ukur yang boleh digunakan untuk menilai sejauh mana proses pembelajaran

itu memenuhi kriteria pembelajaran berpusatkan pelajar. Pertama; wujudnya kolaborasi sesama

pelajar dan dengan guru tentang situasi permasalahan. Kedua; idea-idea dibina secara kolaborasi

terhadap pengalaman sebenar. 36

Berikut diberikan beberapa contoh aktiviti pembelajaran di yang memenuhi kriteria sebagai

pembelajaran berpusatkan pelajar :

sesebuah bangunan bersejarah serta dapat

mengetahui setiap aspek dan ciri-ciri dalam

binaannya dengan lebih terperinci.

3. Lakonan tentang kehidupan seseorang

tokoh dalam sejarah.

Pelajar akan lebih mengenal tokoh-tokoh

tersebut disamping mengatahui

sumbangan-sumbangannya.

4. Melukis dan melabelkan peta yang

berkaitan tentang sesuatu topik yang

dipelajari. Seperti peta Kerajaan Rom.

Pelajar akan secara tidak langsung akan

menghafal peta, kedudukan serta

tempat-tempat yang berkaitan dengan topik

36

(26)

26 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

tersebut.

Jadual 4 : Antara Contoh Aktiviti Pembelajaran Berpusatkan Pelajar

Dalam keempat-empat contoh aktiviti pembelajaran di atas, kesemuanya melibatkan pelajar dan

memerlukan kolaborasi dengan rakan sekelas dan guru merkea. Selain daripada

maklumat-maklumat asas yang disampaikan daripada buku teks oleh tenaga pengajar, pelajar juga dapat

meluaskan ruang lingkup subjek melalui aktiviti kolaborasi tersebut seterusnya akan terwujudlah

pembelajaran berpusatkan pelajar itu. Selain itu, dengan cara ini dapat membaiki cara

berinteraksi dalam kalangan pelajar berbanding dengan cara lama yang menjadikan para pelajar

pasif di dalam kelas.

3. Buku Teks Sejarah Interaktif

Bertunjangkan gaya hidup kini yang semuanya berada dihujung jari, adalah sesuatu yang

merugikan apabila kita tidak dapat memanfaatkan kemudahan teknologi yang ada demi

kemajuan pendidikan kita. Konsep ‘Sejarah Interaktif’ adalah sangat relevan untuk

memanfaatkan kemajuan teknologi yang semakin kehadapan. Konsep ini adalah merupakan satu

alternatif bagaimana untuk menyampaikan nilai – nilai serta pengetahuan sejarah dalam bentuk

yang ringan dan tidak membosankan.

Apakah yang dimaksudkan dengan buku teks sejarah interaktif ? Buku teks sejarah interaktif

bermaksud sesebuah buku teks yang berperanan 2 dalam 1 yang berperanan sebagai sumber

maklumat secara bertulis dan secara atas talian. Kebarangkalian pelajar mengalami kesukaran

(27)

27 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

pengaplikasian konsep ini maka ruang-ruang informasi akan terbuka luas kepada pelajar tentang

topik tersebut. Penggunaan QR Code (Quick Response Code) yang merupakan salah satu

pendekatan interaktif turut digunakan dalam konsep ini. Pengaplikasian konsep ini dapat

dirumuskan seperti berikut :

Rajah 4 : Konsep Penggunaan QR Code dalam Buku Teks

Untuk itu, pihak kementerian sekali lagi boleh memainkan peranan dalam mengaplikasikan

kaedah ini. Hal ini kerana ia melibatkan proses menyusunan semula cara penyampaian buku teks

yang sedia ada. Berikut dicadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi melaksanakan

kaedah ini :

1. Perbincangan kandungan bahan tambahan di peringkat kementerian.

2. Bahan-bahan tersebut dimuat naik ke dalam satu platform khas yang hanya mengandungi

bahan-bahan tersebut sahaja seperti di Youtube, laman sesawang atau Google Drive.

Teks

Imbasan QR Code

(28)

28 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

3. Masukkan imej QR Code pada ruangan yang berkaitan dengan rujukan tambahan yang telah dikumpulkan di dalam buku teks. Arahan seperti ‘imbas untuk tonton : Sejarah

Penubuhan Melaka’ pada bab Kesultanan Melaka di dalam buku teks.

4. Buku teks akan dicetak semula bersama imej QR Code tersebut.

5. Guru atau pelajar dapat mengakses rujukan tersebut hanya dengan mengibas sahaja imej

QR Code tersebut menggunakan telefon pintar mereka.

Rajah 5 : Imej QR Code

Dengan cara ini, secara tidak langsung konsep ini akan menjadi alat bantu mengajar yang baharu

kepada pada pendidik yang mengajar Sejarah. Selain itu, tanggapan buku teks Sejarah adalah

memboasankan dan tidak menarik boleh dibuang disebabkan kini buku teks Sejarah tidak lagi

seperti itu. Tambahan pula, dalam Abad ke-21 ini memerlukan satu inovasi yang bersepadu

dalam meningkatkan kualiti pendidikan kita dan dalam masa yang sama memanfaatkan

kemudahan teknologi yang sedia ada. Hal ini selari dengan apa yang dijelaskan oleh Prof. Dato

Dr. Mohamed Amin Embi :

“Pakar-pakar pendidikan percaya bahawa semenjak tahun 1970-an, teknologi baharu apabila

(29)

29 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

yang sangat mempengaruhi generasi muda kini. Trend ini menggesa beberapa sarjana

pendidikan untuk membicarakan bahawa kurikulum (kaedah) lama tidak lagi mencukupi.”37

Rajah 6 : Hasil Soal Selidik

Inovasi yang dicadangkan di atas hakikatnya adalah berkaitan dengan teknik serta pendekatan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran ( P & P ) bagi matapelajaran Sejarah. Hal ini selari

dengan hasrat majoriti responden yang telah penulis telah lakukan soal selidik berkenaan

pembaikan matapelajaran Sejarah. Daripada 73 orang responden, seramai 60 orang memilih agar

teknik pembelejaran perlu dibaiki bagi menyemai minat terhadap matapelajaran Sejarah.

Bilangan ini mewakili 82.2 % manakala bakinya iaitu seramai 13 orang yang mewakili 17.8 %

memilih untuk membaiki sukatan pelajarn Sejarah itu sendiri.

37

(30)

30 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Kesimpulan

Mengimbas kambali poin-poin penting dalam kertas kajian ini, bermula dengan penerangan

tentang disiplin ilmu Sejarah kemudian dengan dinyatakan pula realiti semasa yang dihadapi

dalam proses pembelajaran ilmu ini dan penulis akhiri dengan beberapa cadangan inovasi bagi

merealisasikan hasrat sebagaimana yang dibawa melalui tajuk kajian ini. Maka, sebagai

kesimpulan, penulis akan menghubungjalinkan semula poin-poin tersebut sehingga dapat

memberikan gambaran kepada kita bagaimanakah inovasi ini dapat membantu merealisasikan

hasrat untuk melahirkan sebuah masyarakat yang bertamadun.

Rajah 7 : Proses Melahirkan Masyarakat yang Bertamadun

Inovasi

Punca

Hasil

(31)

31 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Rajah 8 : Kaitan antara Inovasi, Punca dan Hasil yang akan dicapai

Bermula dengan mengenal pasti masalah, kemudian disusuli dengan inovsi yang lakukan maka

natijahnya, permasalahan-permasalahan tersebut akhirnya akan dapat diselesaikan. Apabila hasil

ini dapat dicapai, secara tidak langsung akan melahirkan individu yang memahami peranan ilmu

Sejarah yang lima itu. Kemudian, apabila individu-individu semakin bertambah, akhirnya akan

membentuk masyarakt. Melalui kefahaman tentang peranan ilmu sejarah yang lima itu juga akan

menjadikan setiap anggota masyarakat seimbang dari sudut pembangunan rohani dan fizikal

yang akhirnya wujudlah sebuah masyarakat yang bertamadun sebagaimana takrifan

‘bertamadun’ yang telah dikemukakan di awal perbahasan.

(32)

32 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

BIBLIOGRAFI

Abdullah, A. R. (2016). Gerakan Penjajahan dan Anti Penjajahan Tanah Melayu 1511-1957. Shah Alam: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.

Ahmad Fawzi bin Mohd Basri, M. F. (2009). Buku Teks Sejarah Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad, A. S. (1979). Sulalatus Salatin ( Sejarah Melayu ). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad, D. B. (2015). Pengajaran & Pembelajaran dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: SAM Synergy Media

Sdn. Bhd.

al-Attas, S. M. (1972). Islam dalam Sejarah Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Baba, S. (2011). Tajdid Ilmu dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Techknowlogic Trading Sdn. Bhd. Embi, M. A. (2016). Pemikiran dan Reka Bentuk Semula Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21.

Bangi: Penerbit UKM.

Hamid, I. (1983). Peradaban Melayu dan Islam . Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Hamka. (2016). Sejarah Umat Islam. Batu Caves: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hussiin, H. (2010). Sejarah; Dimensi, Isu dan. Kuantan: Penerbit Universiti Malaysia Pahang.

Ibrahim, M. Y. (2013). Ilmu Sejarah; Falsafah, Pengertian, Kaedah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Iskandar, T. (1970). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail, M. R. (2015). Kerdipan Bintang Melayu di Langit Turki. Shah Alam: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.

Jamil, H. (2003). Teknik Mengajar Sejarah. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Khaldun, I. (1966). Al-Muqaddimah. Kaherah: Dar asy-Sa'b.

Mu'nis, D. H. (2001). At-Tarikh wa al-Muarrikhun. Kaherah: Dar ar-Rasyad.

Othman, M. R. (2015). Sekularisme dan Proses Demokrasi di Turki. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

(33)

Referensi

Dokumen terkait

Hrvatsko ekološko društvo, Državna uprava za zaštitu kulturne i prirodne baštine, Nacionalni park Kornati, Zagreb, 1996, 15-21.. Antroponimi (posebice imena pripadnika

Data yang dikumpulkan melalui Susenas Kor antara lain keterangan umum anggota rumah tangga (anggota ruta), yaitu nama, hubungan dengan kepala rumah tangga, jenis

Adapun hasil penelitiannya adalah telah terjadi kemajuan diberbagai sektor dan adanya pergeseran potensi ekonomi di kota Samarinda menuju pada serktor jasa, dengan

 memfasilitasi peserta didik membuat laporan eksplorasi yang dilakukan baik lisan maupun tertulis, secara individual maupun kelompok;.  memfasilitasi peserta

Penelitian ini bertujuan mengetahui konsentrasi larutan hara kompos cair terhadap pertumbuhan dan produksi selada ( Lactuva sativa L) dengan sistem hidropnik THST,

Dari hasil pemecahan masalah dan wawancara dapat dikatakan bahwa pada saat memeriksa kembali penyelesaian, subjek melakukan aktivitas metakognisi, yaitu: (1) menyadari

Puji syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa atas segala berkat dan karunia yang telah diberikan sehingga penulis dapat menyelesaikan skripsi yang berjudul ”Pembuatan

Senada dengan itu, Undang-Undang Nomor 32 Tahun 2009 tentang Perlindungan dan Pengelolaan Lingkungan Hidup juga mengatur bila pertanggungjawaban dapat dikenakan kepada