• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEJARAH PERKEMBANGAN DAN KECEMERLANGAN S

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SEJARAH PERKEMBANGAN DAN KECEMERLANGAN S"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 03

2.0 AYAT-AYAT AL-QURAN DAN HADIS

YANG MENGGALAKKAN MENUNTUT ILMU 05

3.0 USAHA PENGEMBANGAN ILMU DI ZAMAN PARA

SAHABAT DAN SELEPASNYA 15

4.0 FAKTOR KECEMERLANGAN KEILMUAN

ZAMAN ABBASIYYAH 19

5.0 KELESTARIAN BUDAYA

KECEMERLANGAN ILMU 22

6.0 KESIMPULAN 25

(2)

SEJARAH PERKEMBANGAN DAN KECEMERLANGAN SERTA

KELESTARIAN KEILMUAN ISLAM

1.0 PENGENALAN

Keilmuan dan keintelektualan memainkan peranan penting dalam proses pembinaan sebuah negara dan ummah. Ianya juga amat dititiberatkan oleh Islam dan merupakan tuntutan kerana ilmu merupakan satu proses pembentukan keperibadian manusia supaya menjadi hamba

Allah SWT yang bertaqwa dan beramal soleh untuk kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat yang berpandukan kepada al-Quran dan al-Hadis. Melalui proses keilmuan juga kita akan sedar tentang tujuan kita diciptakan serta dapat pula kita membangunkan dunia menurut ajaran Islam. Para

ulama menjadikan ilmu pengetahuan sebagai salah satu syarat yang mesti dipenuhi oleh setiap khalifah.

Pendidikan juga menjadi saluran penting bagi penerusan budaya sesuatu bangsa disamping membentuk dan melahirkan suatu fenomena baru yang dapat mengubah tamadun sesuatu bangsa dan negara. Pendidikan yang berkesan bukanlah sesuatu yang sudah dicipta secara semula jadi dan bukanlah berlaku secara kebetulan akan tetapi ia adalah satu proses yang lama yang berkait rapat dengan kewujudan manusia di muka bumi ini. Proses ini juga adalah berterusan dan akan terus kekal selagi wujudnya alam yang fana ini.

(3)

Justeru itu tidak dapat dinafikan bahawa Ilmu pengetahuan merupakan kunci kepada kehidupan seseorang sebagaimana yang amat dititikberatkan oleh Islam. Ini dijelaskan sebagaimana ayat Al Quran yang pertama diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW;

Firman Allah yang bermaksud:-

“Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama tuhanmu yang Amat Mulia. Yang mengajar dengan perantaraan pena. Dia mengajar kepada manusia apa-apa yang tidak diketahuinya”(Al-‘Alaq : 1-5)

Di sini jelaslah kepada kita bahawa kepentingan ilmu dalam kehidupan seseorang. Individu muslim yang ingin berjaya mestilah memenuhi kriteria sebagai seorang yang berilmu. Ini dikuatkan lagi dengan hadis Nabi Muhammad SAW;

“Sesiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah ia berilmu, dan barangsiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang menginginkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu.” (HR : at-Tirmidzi).

Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat

(4)

Dalam zaman moden ini pengertian ilmu telah disempitkan dan dimodenkan kepada pengetahuan maklumat dan kemahiran sahaja. Dalam pengertian barat moden, ilmu hanyalah merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta. Fakta pula merujuk kepada perkara-perkara yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir dan bersifat empiris. Kewujudan perkara lain di luar keupayaan pancaindera tersebut dianggap bukan fakta dan tidak termasuk dalam bidang ilmu. Mengikut pandangan mereka secara automatik ajaran agama terkeluar daripada takrifan dan ruang lingkup ilmu dan dianggap sebagai kepercayaan semata-mata.

Islam telah menghimpun antara agama dan ilmu. Tidak ada sebarang penentangan antara agama dan ilmu kerana dalam Islam, agama itu sendiri adalah ilmu dan ilmu adalah agama. Ilmu menurut perspektif Islam dikenali sebagai sifat, proses dan hasil. Manakala istilah ilmu dalam

Islam merangkumi pelbagai perkara iaitu al-Quran, syariah, sunnah, iman, ilmu kerohanian, hikmah, makrifat, pemikiran, sains dan pendidikan.

2.0 AYAT-AYAT AL-QURAN DAN HADIS YANG MENGGALAKKAN MENUNTUT ILMU.

2.1 Ayat-Ayat Al-Quran

Di dalam Al-Quran ilmu dapat dimaksudkan dengan pelbagai makna tetapi di sini cukuplah kita dengan membicarakan pengertian ilmu itu dalam bahasa melayu sahaja. Ilmu menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bererti;

1. Pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-

lain.

2. Kajian dalam sesuatu perkara.

(5)

Dari segi pemahaman yang mudah, ilmu bermaksud suatu pengetahuan yang merangkumi pengetahuan yang diperolehi melalui proses pembelajaran dan aktiviti pembelajaran seperti pemerhatian, kajian, eksperimen dan sebagainya serta boleh juga diperolehi melalui pengalaman. Ilmu juga merangkumi pengetahuan mengenai perkara yang berasaskan kebenaran, kebatilan, keraguan (bimbang atau bingung) dan syak (was-was). Selain dari itu, ilmu juga berbentuk umum yang meliputi pengetahuan mengenai hal-hal keduniaan dan akhirat, iaitu ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.

2.1.1 Tujuan Menuntut Ilmu

1. Memperbaiki Diri

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sebersungguh-sungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya”. (Al-‘Ankabuut : 69)

(6)

malah dipimpin ke jalan yang lurus. InsyaAllah yang Maha Tinggi. Contohnya dengan menuntut ilmu kita dapat;

(a) Mendapat keyakinan yang lebih dalam ibadah. (b) Solat terasa lebih khusyuk dari sebelumnya. (c) Peningkatan kerjaya.

Pelbagai lagi nikmat yang akan kita perolehi dalam usaha memperbaiki diri, malah tidak terhitung dan cukuplah tiga contoh di atas. Sekiranya kita memahami ayat di atas (Surah Al-‘Ankabuut : 29) nikmat

terbesar adalah mendapat pertolongan dan bantuan Allah yang Maha Agung.

2. Mensyukuri Nikmat Allah yang Maha Agung

“Dan sesungguhnya Kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman". (al-Naml : 15)

Walaupun ayat berkenaan tentang ilmu yang diberikan kepada Nabi Daud AS dan Nabi Sulaiman AS namun lafaznya umum. Antara nikmat terbesar yang dikurniakan kepada manusia adalah nikmat akal untuk belajar dan memahami ilmu dalam menjalani kehidupan di dunia dan

(7)

dengan ilmu jugalah kita mengenal kebaikan dan kejahatan maka dengan ilmu juga kita mengetahui tentang dunia dan akhirat. Maka wajiblah kita bersyukur atas nikmat yang tak terhingga ini iaitu nikmat akal dan ilmu pengetahuan.

3. Menegakkan Agama Islam

“Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)” (at-Taubah : 122)

(8)

Ayat 122 dari surah at-Taubah itu telah dijelaskan melalui tafsir Ibn Katsir sebagai dua tugas yang sama berat kerana sebahagian pergi berperang, sebahagian lagi menuntut ilmu. Ini menunjukkan tingginya darjat orang yang menuntut ilmu hingga disamakan dengan orang yang pergi berjihad. Walau bagaimana pun ianya tidaklah bermaksud untuk meremehkan jihad menentang orang-orang yang memerangi Islam. Namun kepentingan menuntut ilmu dapat kita lihat dengan lebih jelas di sini. Kita melihat dari segi faktor semasa sahaja. Antaranya, kita perlu ubah persepsi kita mengenai contoh fardhu kifayah. Rasanya sejak dari kanak-kanak, kemudian dewasa hingga tua kita dihadapkan dengan contoh ini;

iaitu mengaitkan contoh fardhu kifayah hanyalah berkaitan pengurus jenazah atau orang memandikan, mengafankan dan segala perihal tentang jenazah. Sebenarnya yang termasuk dalam fardhu kifayah itu antaranya adalah sebagai ahli tafsir, usahawan, saintis, ahli fizik, pakar kimia, doktor,

pakar komputer, pakar enjin, arkitek dan lain-lain. Mungkin kita melihat ianya seperti perkara remeh tetapi inilah yang secara tidak sengaja telah tertanam dalam akal fikiran kira sebelum ini. Akhirnya kita menganggap fardhu kifayah adalah perkara yang mudah dan memandang ringan padanya. Akibatnya umat Islam kekurangan tenaga pakar dan mahir dalam pelbagai disiplin.

2.2 Hadis

1. Dari Anas bin Malik RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda:

"Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

(9)

sempurna melainkan dengan ilmu pengetahuan yang berkenaan. Maka wajibnya seseorang mempelajari hukum dan peraturan Islam untuk apa sahaja perkara yang hendak dilakukannya sebagai fardu ain.

Menurut kitab al-Furuq dan Tahzib al-Furuq bahawa Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya-'Ulumuddin dan Imam Asy-Syafi'i dalam kitabnya ar-Risalah menerangkan telah sepakat alim ulama bahawa tidak harus seseorang cuba melakukan sesuatu perkara sehingga ia mengetahui lebih dahulu hukum - hukum Allah SWT mengenai perkara yang hendak dilakukannya itu. Seperti orang yang hendak berjual beli wajib mempelajari hukum Allah SWT mengenainya dan orang yang hendak menyewa, memberi sewa, mengupah dan mengambil upah wajib

mempelajari hukum Allah SWT mengenainya. Demikian juga orang yang hendak sembahyang wajib mempelajari hukum mengenai sembahyang. Demikian seterusnya segala perkataan yang hendak dikatakan dan segala amal yang hendak dikerjakan. Maka sesiapa yang mengetahui hukum Allah SWT dan beramal menurut apa yang diketahuinya, sudah tentu ia telah mentaati Allah SWT dengan dua taat dan sesiapa yang tidak mengetahui dan tidak pula beramal, sudah tentu ta telah menderhaka kepada Allah dengan dua kederhakaan dan sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan tidak beramal mengikutNya, maka ia telah mentaati Allah dengan satu taat dan menderhaka kepadaNya dengan satu kederhakaan.

(10)

2. Dari Abu Bakrah RA, dari Nabi SAW sabdanya:

"Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang mendengar ilmu atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."(HR Al-Bazzar)

Hadis yang kedua ini menyuruh supaya setiap seorang menentukan sikapnya terhadap ilmu agama. Setiap orang dikehendaki menentukan sikapnya terhadap ilmu agama dengan salah satu dari

empat cara iaitu menjadikan dirinya orang alim yang mengajar atau orang yang belajar atau orang yang mendengar syarahan-syarahan agama atau pun orang yang mencintai dan menghargai salah satu dari tiga golongan yang tersebut dengan menurut jejak langkahnya.

Dengan sikap yang demikian seseorang itu lebih terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagian samada dalam perkara jasmani mahupun rohani kerana ianya sentiasa dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya kejalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilihyang baik dari yang buruk dan yang hak dari yang batil. Manakala golongan yang kelima iaitu yang tidak termasuk dalam salah satu dari empat golongan tersebut maka mereka adalah golongan yang binasa kerana mereka tidak ada pimpinan yang dapat membezakan di antara yang benar dan yang salah.

(11)

3. Dari Muawiyah RA dari Nabi SAW sabdanya:

"Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, nescaya dijadikan dia seorang yang beroleh fahaman yang teliti dalam perkara agama dan bahawa sesungguhnya aku ini hanyalah yang membahagikan, sedang Allah Taala jualah yang memberi dan sebahagian dari umatku ini tetap terus menjalankan agama Allah, tidak ada sesiapa pun dari kalangan orang-orang yang menyalahi mereka dapat merosakkan mereka sehinggalah datang perintah Allah SWT” (HR Bukhari dan Muslim)

Hadis yang ketiga ini pula menerangkan:

i. Kelebihan orang yang dikurniakan fahaman yang teliti dalam perkara agama:

Di antara ilmu yang utama sekali pada nilaian Allah SWT ialah ilmu agama yang telah diwahyukannya kepada Rasul-Nya. Sebabnya kerana ilmu agama ini diturunkan oleh Allah Taala dengan dua tujuan:

Pertama: Kerana mengaturkan hubungan manusia sesama manusia dan mengatur hubungan manusia dengan Allah `Azza wa Jalla. Dengan ilmu agama ini Allah SWT mengajar mereka adab peraturan yang jika diamalkan oleh seseorang akan hiduplah ia dengan saudara-saudaranya dan manusia yang lain dalam keadaan kasih mesra dan bersih suci dari perasaan hasad dengki.

(12)

natijah mengetahui ilmu agama maka sudah tentu kejahilan terhadapnya akan membawa kecelakaan di dunia dan pada hari balasan.

Hadis ini menerangkan bahawa ilmu pengetahuan yang selalunya tiap-tiap seorang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatnya ialah ilmu pengetahuan yang membawa keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Maka sesiapa yang Allah kehendaki beroleh kebaikan disebabkan usahanya yang bersungguh-sungguh nescaya Allah SWT akan menjadikan dia seorang yang memaahami ilmu agama dengan secara mendalam kerana agama Islam dan ilmu-ilmunya adalah dari Allah SWT yang pastinya untuk kebaikan umat manusia di dunia dan di akhirat meliputi jasmani dan rohaninya.

ii. Allah SWT jua yang mengurniakan ilmu pengetahuan:

Sebagaimana yang sedia maklum bahawa sesuatu perkara yang dihajati tidak akan tercapai melainkan dengan menjalankan usaha yang bersungguh-sungguh dan menurut peraturan yang tertentu lebih-lebih lagi ilmu pengetahuan agama. Ianya tetap tidak cukup melainkan dengan adanya pertolongan dan limpah kurnia Allah SWT dengan memberikan seseorang itu persediaan untuk memahami makna dan maksud sesuatu masalah yang dituntut itu sekadar kemampuannya.

(13)

menerima penyampaian itu mengenai rahsia sesuatu hukum syarak maka ianya bukanlah tanggungan pihak yang menyampaikan tetapi kefahaman yang luas dan mendalam itu adalah kurniaan Allah SWT yang diberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki menurut peraturanNya.

iii. Sebahagian dari umat Nabi Muhammad SAW tetap terus menjalankan kebenaran.

Dalam hadis ini Rasulullah SAW telah memberikan berita gembira tentang kebenaran agama Islam. Sifat agama yang diturunkan oleh Allah SWT ini adalah untuk kebaikan jasmani dan rohani serta kebahagiaan dunia dan akhirat. Ianya tetap terpelihara sekalipun tidak dihargai oleh golongan yang hanya mementingkan hal-hal kebendaan semata-mata sebagaimana yang berlaku muta’akhirin ini.

Walaupun begitu keadaannya agama Islam tetap dilaksanakan oleh sebahagian dari umatnya dengan tidak terpesong dari ajaran yang sebenar sehinggalah Allah SWT mematikan semua orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Maka yang tinggal hanyalah orang-orang yang lalai dan

tidak beriman terhadap Allah SWT dan ketika itu berlakulah dan datanglah hari penghabisan.

(14)

3.0 USAHA PENGEMBANGAN ILMU DI ZAMAN PARA SAHABAT DAN SELEPASNYA

3.1 Zaman Khulafa ar-Rashidin

Zaman Khulafa ar-Rashidin adalah merupakan zaman para sahabat dan ianya termasuk waktu awal berlangsungnya dakwah Islamiyah. Oleh kerana itu ilmu yang berkembang pada ketika itu adalah ilmu-ilmu yang lebih spesifik berkaitan keIslaman. Misalnya ilmu fekah, al-Quran dan hadis. Ilmu-ilmu tersebut diperolehi langsung dari Rasulullah SAW. Berbekal pengetahuan dan kemampuan yang dimiliki para sahabat

menyampaikan kembali kepada kaum muslimin yang lain. Selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW aktiviti ini terus berkembang dan berjalan seiring dengan perluasan daerah kekuasaan Islam dan penganut agama Islam juga semakin tersebar luas. Keadaan ketika itu menyebabkan

orang-orang Islam yang baharu memeluk Islam sangat memerlukan para ilmuan untuk menjelaskan ajaran Islam dan mendidik mereka. Berdasarkan keperluan ketika itu para khalifah di zaman pemerintah Khulafa ar-Rashidin mengutus para sahabat untuk berdakwah dan menyebarkan ilmu di wilayah kekuasaan Islam di pelbagai penjuru pelusuk dunia.

Dalam mengimbangi keperluan di dalam bidang ilmu fekah contohnya, khalifah telah mengutus para fuqaha untuk menjadi mufti. Mufti ini adalah merupakan para cendekiawan dan ahli hukum yang sekaligus dilantik sebagai hakim untuk mengadili dan menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi umat Islam. Para mufti mengajar dan mengembangkan ilmu fekah di tengah-tengah masyarakat muslimin di pelbagai pelusuk wilayah kekuasaan Islam. Ianya meliputi Mekah, Madinah, Basrah, Kufah, Syam, Mesir dan wilayah-wilayah lain.

Perkembangan dan kemajuan ilmu al-Quran sangatlah

(15)

unta, kulit biri-biri dan sebagainya. Al-Quran hanya mula dikumpulkan dan dijadikan mashaf ketika zaman para sahabat. Di zaman Saidina Abu Bakar RA tulisan-tulisan tersebut dikumpulkan menjadi satu. Program ini dilanjutkan di zaman Saidina Umar al-Khattab RA menjalankan inisiatif menyalinnya dalam bentuk lembaran-lembaran. Tanggungjawab seterusnya diambil oleh Khalifah Uthman RA dimana al-Quran mula dikumpul, disalin dan dibukukan. Terdapat empat buah mashaf al-Quran yang terhasil di zaman pemerintahan Saidina Uthman RA. Naskah pertamanya disimpan di rumah Khalifah Saidina Uthman sendiri yang dikenal dengan Mashaf Imam.

Dalam mengajarkan ilmu al-Quran para sahabat sangat berhati-hati. Mereka sangat teliti dalam mentafsirkan al-Quran agar sesuai dengan apa yang disampaikan sebagaimana Rasulullah SAW. Di antara para sahabat

yang dikenal memiliki pemahaman yang baik dalam ilmu ini adalah keempat-empat para Khulafa ar-Rashidin, Zaid bin Sabit, Abdullah bin Zubair, Abdullah bin Mas‘ud, Abdullah bin ‘Abbas, Ubay bin Ka‘ab serta Abu Musa al-Asy’ari. Mereka inilah yang menjadi rujukan dalam hal penafsiran al-Quran di zaman Khulafa ar-Rashidin.

Namun begitu perkembangan ilmu hadis hanya dilakukan secara hafazan semata-mata. Ianya tidak dibuat dalam bentuk tulisan kerana dikhuatiri ianya akan bercampur dengan naskah asli al-Quran. Di antara para ahli hadis yang terkenal ketika itu adalah Abdullah bin ‘Abbas, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Amr, Abu Hurairah, Abu Said al-Khudri, Aisyah bin Abu Bakar, Abas bin Malik, Jabir bin Abdullah dan Ibnu Mas‘ud.

3.2 Zaman Umayyah

(16)

yang terhenti di akhir pemerintahan Khulafa ar-Rashidin. Secara tidak langsung ianya telah menyebabkan pertambahan penganut agama Islam yang agak drastik walau pun ianya bukanlah suatu paksaan ke atas wilayah takhluk kerajaan Bani Umayyah. Dalam tempoh 90 tahun hampir di sekeliling tanah arab termasuk Sepanyol, Afrika Utara, Syiria, Palestin, Iraq, Parsi, Afganistan dan juga sebahagian wilayah Soviet Rusia telah berjaya ditakhluki dan dikuasainya. Jika diamati terdapat 3 wilayah penting yang telah dikuasai oleh Bani Umayyah iaitu menawan Rom di Asia Kecil termasuk ibukota Konstantinopal, Wilayah di utara Afrika termasuk penyemberangan selat Gibraltar dan menakluki Sepanyol dan kawalan

terhadap wilayah yang sangat luas di sebelah Asia sehingga ke selatan India.

Kesan dari perluasan kuasa penjajahan empayar Bani Umayyah ini

ianya secara tidak langsung telah membuka ruang perkembangan ilmu pengetahuan. Menurut Geoge Zaidan beberapa kemajuan dalam bidang ilmu berlaku di zaman ini antaranya;

1. Perkembangan bahasa Arab

Bahasa Arab telah di terima dan dijadikan sebagai bahasa rasmi pemerintah meliputi seluruh wilayah kekuasaan termasuk Rom dan Parsi.

2. Kota Marbad sebagai pusat kegiatan ilmu

Marbad adalah kota kecil yang didirikan oleh Bani Umayyah sebagai pusat kegiatan ilmu dan kebudayaan. Kota ini memjadi pusat pertemuan para pujangga, ahli falsafah, ulama, penyair dan cendikiawan dalam penyebaran ilmu pelbagai disiplin.

3. Ilmu Qiraat

(17)

Umayyah. Pada masa inilah lahirnya para ahli Qiraat ternama seperti Abdullah bin Qusair dan Ashim bin Abi Nujud

4. Ilmu Tafsir

Untuk memahami al-Quran sebagai sebuah kitab suci ianya memerlukan Interpretasi pemahaman secara komprehensif. Pada masa itu minat menafsirkan al-Quran bertambah dikalangan cendikiawan Islam.

5. Ilmu Hadis

Ilmu Hadis adalah ilmu yang mempelajari hadis secara mendalam.

Bermula dari pengumpulan, penyelidikan asal-usulnya dan lain-lain. Antara ulama-ulama hadis yang masyhur pada masa itu ialah al-Auzai Abdur Rahman bin Amru, Hasan Basri, Ibn Abu Malikah dan Asya’bi Amru Amir bin Syurahbil.

6. Ilmu Fiqh

Pada waktu ini fiqh telah menjadi cabang ilmu sendiri. Di antara ulama- ulama yang terkenal adalah Sa’ud bin Misib, Abu Bakar bin Abdur Rahman, Qasim Ubaidillah, Urwah dan Kharijah.

7. Ilmu Nahwu

Ianya menjadi suatu keperluan masyarakat ketika itu akibat dari perluasan wilayah di mana bahasa Arab telah menjadi bahasa rasmi dan pengantara.

8. Ilmu Geografi dan Sejarah

Ilmu ini adalah salah satu dari ilmu yang lahir pada zaman pemerintahan Bani Umayyah. Di zaman inilah ilmu-ilmu ini mula berkembang.

9. Penterjemahan

(18)

buku-buku berkaitan ilmu kimia, ilmu astronomi, ilmu falak, ilmu fisik, ilmu perubatan dan lain-lain.

4.0 FAKTOR KECEMERLANGAN KEILMUAN ZAMAN ABBASIYYAH

Kerajaan Bani Abbasiyyah ialah nama yang diberi bagi Khalifah Baghdad iaitu empayar kedua Islam selepas penyingkiran pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Kerajaan ini merampas kuasa pada tahun 750 selepas mereka berjaya mengalahkan tentera Ummaiyyah dalam medan peperangan. Kerajaan ini berkembang selama dua kurun tetapi secara perlahan-lahan mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan tentera berbangsa Turki yang mereka cipta. Kerajaan ini akhirnya berakhir pada tahun 1258 selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima tentera Mongol menghancurkan Baghdad.

Golongan Abbasiyah merupakan sebahagian daripada Bani

Hashim (Al-Hashimiyah) kerana merupakan keturunan Al-Abbas bin Abdul Mutalib bin Hashim, salah seorang bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W dan sempat hidup bersama r.a dan melihatnya sebagai pemimpin agung umat Islam. Al-Abbas terlibat secara aktif pada zaman Jahiliah iaitu menguruskan Jabatan Al-Siqayah dan Al-Rifadah.

Menurut kajian keturunan khalifah Abbasiyyah datang dari Saidina Abbas bin Abdul Muttalib (566-652) yang merupakan salah seorang daripada bapa saudara Nabi Muhamad SAW. Oleh itu mereka merasakan diri mereka layak untuk menjadi khalifah memandangkan salasilah keturunan mereka itu. Bani Ummaiyyah pula ialah salah sebuah daripada golongan dalam kaum Quraish yang berlainan daripada keturunan nabi.

(19)

Abdul Aziz. Di bawah pemerintahan Bani Abbasiyyah ini Islam telah melalui suatu zaman kegemilangannya. Perkembangan ilmu Islam terus kita dapat lihat dengan jelas di era pemerintahan ini. Ini terbukti dengan berkembangnya ilmu dengan lebih pesat lagi. Pada masa Daulah Abbasiyah kemajuan di bidang pendidikan sangat mengagumkan. Kemajuan ini tidak lepas dari keadaan ketika itu di mana kehidupan ekonomi dan politik telah dibangunkan dengan begitu stabil sekali. Perkara ini berlaku di era pemerintahan Harun ar-Rasyid dan puteranya, al-Ma‘mum yang merupakan suatu zaman kegemilangan Daulah Abbasiyah. Pada ketika itulah didirikan Baitul Hikmah yang digunakan sebagai pusat

kebudayaan dan kajian ilmu pengetahuan. Maka munculah kegemilangan pelbagai disiplin ilmu yang berpusat di kota Baghdad ini.

Berdasarkan beberapa kajian yang lakukan oleh para sarjana terdapat beberapa faktor yang mendorong berlakunya kecemerlangan keilmuan di zaman ini. Faktor-faktor ini telah disumbangkan oleh;

1. Sistem pentadbiran

i. Kerajaan ini mengamalkan sistem pentadbiran berpusat yang sistematik dan mantap yang diketuai oleh seorang khalifah. ii. Bidang kuasa jabatan-jabatan dinilai dasi masa ke semasa. iii. Mewujudkan jabatan-jabatan baru untuk melicinkan lagu

pentadbiran Negara.

2. Sistem ekonomi

i. Memberi tumpuan kepada 3 sektor utama iaitu pertanian, perindustrian dan perdagangan.

(20)

3. Sistem Pertahanan

i. Perubahan drastik dilakukan dengan memberi peluang kepada orang bukan arab menyertai pasukan ketenteraan.

ii. Dasar pertahanan diubah daripada hanya memberi tumpuan kepada perluasan kuasa kepada aktiviti membendung pemberontakan dari dalam.

4. Kestabilan politik

i. Dengan memberi perhatian serius kepada pembasmian

pemberontakan dan perbalahan antara puak. ii. Dasar politik yang harmoni kerajaan abbasiyah.

iii. Memberi layanan yang adil kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan.

iv. Menjalankan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar.

5. Kedudukan Baghdad yang strategik

i. Ianya berada ditengah-tengah laluan para pedagang timur dan barat.

ii. Ianya menjadi pusat kegiatan perdagangan & pusat pertemuan sarjana timur dan barat.

6. Perpaduan antara kaum

i. Memberi layanan yang adil kepada semua bangsa seperti Turki, Parsi dan Arab.

ii. Mereka diberi hak yang sama untuk menjawat jawatan dalam kerajaan.

iii. Orang bukan Islam juga diberi layanan baik selagi mereka tidak mengkhianati kerajaan Islam dengan cara bebas

(21)

7. Penghayatan konsep kerja sebagai ibadat

i. Konsep ini mendorong para sarjana untuk mengkaji tentang muamalat menurut islam

ii. Umat islam terdorong secara aktif dalam bidang ekonomi hasil dari cetusan idea dan hukum hakam yang dihurai oleh para cendekiawan islam dalam konsep muamalat

5.0 Kelestarian Budaya Kecemerlangan Ilmu

Budaya ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan atau suasana yang menunjukkan setiap lapisan masyarakat baik secara langsung ataupun tidak

langsung terlibat dengan kegiatan-kegiatan keilmuan pada setiap kesempatan atau peluang. Dalam hal ini segala tindakan manusia baik pada tahap individu lebih-lebih lagi diperingkat masyarakat diputuskan dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan. Maka kepentingan budaya ilmu ini amatlah memainkan peranan yang sangat bermakna. Ianya bertujuan untuk;

i. Melahirkan insan yang seimbang

Insan yang baik dan seimbang itu ialah manusia yang dapat menilai atau mengukur sesuatu perkara itu baik atau buruk mengikut ukuran neraca Islam. Di samping itu bijaksana dan kecekapan perlu dalam segala tindakan untuk mencapai kemajuan atau tamadun bangsa dan negara. Jiwa seimbang bermaksud seimbang dari segi kekuatan rohani, intelektual, emosi dan jasmani

ii. Melahirkan masyarakat yang berilmu

(22)

tinggi. Masyarakat yang sentiasa berlumba-lumba memiliki ilmu, memperkembangkan, memanfaatkan dan menghayati ilmu untuk kepentingan seluruh manusia dan alam sejagat. Masyarakat ini bukan sahaja mahukan ilmu-ilmu yang bersifat keagamaan untuk akhirat tetapi juga mengambil keutamaan dalam ilmu-ilmu keduniaan seperti politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi dan sebagainya.

iii. Melahirkan masyarakat yang berketrampilan

Masyarakat yang membudayakan ilmu adalah masyarakat yang

mempu menangani segala permasalahan dan segala tugas yang diamanahkan, bekerja kuat dan beristiqamah terutamanya dalam hal-hal yang memerlukan ilmu sebanyaknya.

iv. Melahirkan masyarakat yang berakhlak/bermoral

Hasil atau kesan maysrakat berbudaya ilmu itu ialah mampu membina negara dan bangsa yang bertamadun. Pendidikan dan penghayatan ke atas ilmu akan melahirkan pakar-pakar yang diperlukan untuk menuju sebuah negara maju dan berwawasan.

5.1 Ciri-ciri masyarakat berbudaya ilmu

Cendikiawan dalam penjelasan tentang budaya ilmu ada menyatakan antara ciri-ciri masyarakat berbudaya ilmu itu ialah:

i. Mencari ilmu

Ciri budaya ilmu yang pertama adalah usaha-usaha mencari ilmu dengan pelbagai kegiatan melalui aktiviti-aktiviti yang boleh menggalakkan perkembangan budaya ilmu seperti membaca,

(23)

ii. Mengembangkan ilmu

Ciri budaya ilmu yang kedua adalah bersabit dengan usaha mengembangkan ilmu. Maksudnya ilmu bukan semata-mata dihadkan kepada diri sendiri malah untuk faedah yang luas dan menyeluruh. Manusia hendaklah bersungguh-sungguh untuk mengkaji dan menerokai pelbagai bidang ilmu. Niat mereka pula adalah untuk memanfaatkan manusia seluruhnya. Mereka mencatat dan merakamkan segala pendapat, menulis dan berkarya supaya ilmu itu dapat disebarkan dan dikongsi dengan manusia lain dan

diwariskan kepada generasi seterusnya.

iii. Mengamalkan dan menggunakan Ilmu

Ciri ketiga ialah ilmu dijadikan sebagai panduan dalam setiap

kegiatan. Mereka meletakkan ilmu di hadapan mengatasi emosi atau perasaan dalam setiap keputusan dan amalan. Mereka menggunakan ilmu sebaik-baiknya supaya dapat mendatangkan kemakmuran, kesejahteraan dan kebahagiaan. Mereka mencipta pelbagai teknologi dan alat kemudahan yang boleh memberi sumbangan serta memenuhi keperluan-keperluan dari segi fizikal, mental dan rohani. Begitulah juga kebahagiaan dan kesejahteraan hidup mereka.

iv. Mewujudkan Perhubungan Yang Baik

Ciri yang keempat ialah menyentuh secara khusus perhubungan di antara manusia dengan ilmu, penuntut dengan guru, masyarakat dengan ilmuan dan ulama. Justeru itu ilmu disanjung kerana intipatinya ialah kebenaran maka orang-orang yang berilmu dan pengembang ilmu akan dihormati dan dimuliakan. Maka di sini

(24)

membolehkan ilmu tersebut mendatangkan berkat kepada pemiliknya.

v. Menegakkan Kebenaran

Ciri yang kelima berkait rapat dengan komitmen manusia untuk menegakkan dan memperjuangkan kebenaran dan menolak kebatilan serta kepalsuan. Hal ini seharusnya menjadi panduan hidup dan nilai tara yang mutlak dalam merumus dan membuat keputusan. Keputusan ini dibuat dengan teliti melalui perbincangan dan musyawarah. Maka terhasilah keputusan daripada

pertimbangan akal yang bersih dan jiwa yang murni. Keadaan ini mencerminkan keihklasan, kejujuran dan keadilan yang akhirnya menghasilkan natijah yang baik dan positif kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

6.0 Kesimpulan

Matlamat ke arah pembudayaan ilmu ialah untuk melahirkan

masyarakat yang cintakan ilmu dan kebenaran serta meletakkan ilmu di

tempat tertinggi dalam sistem nilai hidup mereka. Masyarakat dalam

kelompok ini sentiasa berlumba-lumba untuk memiliki,

memperkembangkan, memanfaatkan dan menghayati ilmu untuk

kepentingan kehidupan seluruh manusia dan alam sejagat. Antara ciri-ciri

masyarakat madani ialah masyarakat berilmu dan bertamadun

berlandaskan kepada tamadun ilmu. Untuk tujuan itu, kita perlu membaca

bahan yang dapat dikatogerikan sebagai ilmu sebaliknya kurangkan dan

elakkan daripada membaca bahan bacaaan yang hanya memenuhi “budaya

perasaan” kerana bahan seperti ini hanya akan meransangkan nafsu,

merosakkan jiwa serta melemahkan akal kita. Membaca bahan bacaan yang

boleh menyegarkan minda serta jiwa akan mencetuskan kesedaran dan

(25)

Sesungguhnya dalam membina jati diri muslim, ilmu sangat

diperlukan sebagai satu nilai yang tidak dapat dipisahkan dari individu

mahupun masyaraka. Al-Quran dan hadis banyak menjelaskan tentang

kepentingan ilmu agar umat Islam menjadi kuat melalui individu, keluarga

dan seterusnya masyarakat. Bagi melahirkan masyarakat berilmu, mereka

perlu dijelaskan tentang konsep ilmu dalam Islam agar mereka tahu dari

sudut makna dan kedudukan ilmu-ilmu dalam Islam. Tanpa mengetahui

konsep ilmu ini mereka akan tersalah tafsir dan mudah dipesongkan oleh

pihak-pihak lain terutamanya musuh-musuh Islam dan pihak barat yang

akhirnya meletakkan akal lebih tinggi dari ilmu wahyu.

Wujudnya budaya ilmu dalam kehidupan kini bagi masyarakat dan

individu Melayu Muslim kini sangat diperlukan bagi memastikan

kesinambungan dan kekuatan bangsa Melayu agar mereka terus dihormati

dan digeruni oleh pihak lain atau bangsa-bangsa lain. Kita perlu berhijrah

untuk melakukan anjakan daripada satu tabiat yang belum jelas positif

kepada tabiat positif dengan mengutamakan pendidikan. Bayangkan jika

kita boleh melahirkan masyarakat Malaysia seperti masyarakat yang

pernah membina tamadun besar dunia seperti masyarakat Yunani yang

dahulunya tersohor kerana mengutamakan pendidikan. Ini adalah realiti

kehidupan, realiti dahulu, realiti sekarang dan realiti masa depan. Ia adalah

sunnah Allah justeru untuk menjadi pemimpin dunia kita perlulah dengan

sedar menggunakan, mengembangkan, mengkaji dan memanfaatkan ilmu.

Penjelasan budaya ilmu perlu difahami sebagai satu keperluan

dalam membina jatidiri Melayu Muslim. Ciri-ciri masyarakat berbudaya

ilmu, faktor-faktor penggalak dan penghalang kepada budaya ilmu itu serta

cabarannya perlu difahami agar usaha-usaha mengatasi halangan dan

cabaran dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Dalam mewujudkan suasana budaya ilmu peranan perlu dilakukan

oleh semua pihak yang tidak hanya dibebankan kepada golongan pendidik

(26)

pemimpin sebagai pembuat dasar hendaklah sensitif dengan keadaan

persekitaran agar budaya ilmu ini dapat diwujudkan dalam melahirkan

masyarakat yang cemerlang dan boleh menjadikan negara kita sebuah

negara yang gemilang terutamanya dalam mencapai harapan dan hasrat kea

(27)

RUJUKAN

Hassan Ahmad (2008). Institusi Islam. Kuantan: Universiti Malaysia Pahang.

Ghazali Darusalam (2001). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Abdullah Muhammad Zin, Zulkiplie Abd. Ghani dan Abdul Ghafar Hj Don

(2005). Pendidikan Islam di Malaysia Dari Pondok Ke Universiti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A. Majid (2010). Guru Dan Cabaran Semasa. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

S.M. Zianuddin Alavi (2003). Pemikiran Pendidikan Islam Pada Abad Klasik dan Pertengahan. Indonesia: Angkasa Bandung.

Hashim Musa (2001). Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam: Ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia Alaf Ketiga. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.

(28)

Referensi

Dokumen terkait

Analisis dari permasalahan ini yaitu bagaimana actio pauliana dapat diupayakan oleh kurator dalam hal terjadi kasus perbuatan dengan itikad tidak baik yang dilakukan oleh

Pengamatan yang dilakukan merupakan langkah analisa terhadap struktur kalimat, motif, frase dan bagian/periode yang terdapat dalam karya musik Panca Indra komposer

LAMAN INI DIPERUNTUKKAN BAGI JURNAL YANG AKAN KE ARAH AKREDITASI NASIONAL DAN BEREPUTASI INTERNASIONAL (TERINDEKS SCOPUS). JURNAL UNAIR YANG MASIH MEMPERSIAPKAN DIRI DAPAT DI

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Orak Arek bermaksud kacau bilau. Berdasarkan visual yang terdapat pada album Orak Arek ini ialah gambaran seorang lelaki berdiri

1) Penentuan kedalaman retak pada poros propeller yang menggunakan metode ultrasonik tidak dapat menggunakan teknik biasa (standard technique) tetapi harus menggunakan teknik

Terima  kasih  kepada  seluruh  teman‐teman    residen  Anestesiologi  dan 

1) Pekerjaan yang patut dikerjakan yaitu pekerjaan yang bermanfaat bagi tujuan-tujuan organisasi dan meminta bagian keterampilan, pengetahuan dan kesanggupan

Setelah nilai dari sunk cost telah diperoleh, maka nilai sunk cost akan dimasukkan ke dalam perhitungan biaya diferensial terhadap keputusan terhadap aset tetap