• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANALISIS PENCAPAIAN YAYASAN SABAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ANALISIS PENCAPAIAN YAYASAN SABAH "

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

ANALISIS PENCAPAIAN YAYASAN SABAH DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN PENDAPATAN PENIAGA KECIL WANITA MELALUI

PEMBIAYAAN KREDIT MIKRO.

Jim Jipun YAYASAN SABAH

Abstrak

Pembiayaan kredit mikro Yayasan Sabah atau lebih dikenali sebagai Skim Pinjaman Peniaga kecil Wanita (SPPKW) merupakan program yang dilaksanakan oleh Yayasan Sabah untuk membantu para peniaga kecil wanita di seluruh Sabah meningkatan pendapatan melalui pembiayaan kredit mikro. Kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan program tersebut dalam mencapai objektifnya. Analisis kajian berfokus kepada tujuan asal program tersebut diperkenalkan iaitu membantu meningkatkan pendapatan hasil perniagaan sehingga melebihi had garis kemiskinan yang ditetapkan program sebanyak RM960.00. Hasil kajian mendapati berlaku perubahan positif yang memberangsangkan dalam pendapatan para peniaga selepas mengikuti program. Terdapat sebanyak 71.0% peserta melepasi paras tersebut. Jika dilihat dari segi jumlah purata pendapatan bulanan, seramai 81.0% peserta telah melepasi garis kemiskinan semasa (PGK Sabah: RM1,050.00) iaitu lonjakan sebanyak 10.0% berbanding jika hanya mengambil kira pendapatan bulanan hasil perniagaan peserta semata-mata. Analisis terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi program dalam membantu meningkatkan pendapatan perniagaan para peserta mendapati hanya pembolehubah saiz modal berpengaruh secara signifikan terhadap pendapatan para peserta program. Kesimpulannya, kursus, bimbingan dan latihan yang berterusan perlu diberikan kepada peserta bagi membantu meningkatkan keyakinan diri terutama hal-hal berkaitan dengan perniagaan yang diceburi. Selain itu, terdapat beberapa aspek yang perlu diberikan perhatian oleh Yayasan Sabah terutamanya yang boleh menjejaskan objektif pelaksanaan program tersebut. Pengambilan peserta haruslah memberi keutamaan kepada peniaga kecil sedia ada atau yang ingin menceburi bidang perniagaan sebagai kerjaya tetapi menghadapi masalah modal. Selain itu, keutamaan haruslah difokuskan kepada peserta-peserta yang sedang mengusahakan perniagaan yang berdaya maju tetapi menghadapi masalah modal pusingan atau wanita yang berminat tetapi tidak mempunyai modal awal.

(2)

ANALYSIS OF ACHIEVEMENT OF SABAH FOUNDATION IN HELPING TO INCREASE THE INCOME OF SMALL TRADER'S LIABILITY THROUGH

FINANCING OF MICRO CREDIT.

Jim Jipun YAYASAN SABAH

Abstract

Microfinance financing of Sabah Foundation or better known as the Small Business Loan Scheme (SPPKW) is a program implemented by Yayasan Sabah to assist small business women throughout Sabah to increase revenues through micro credit financing. This study is to evaluate the effectiveness of the program in achieving its objectives. The analysis of the study focuses on the original purpose of the program, which is to help increase the revenue of the business beyond the poverty line set by the program of RM960.00. The findings revealed positive positive changes in the income of traders after the program. There were 71.0% of participants passing the level. In terms of average monthly income, a total of 81.0% of the participants have passed the current poverty line (PGK Sabah: RM1,050.00) which is a 10.0% surge compared to only taking into account the monthly income of the participating business. An analysis of the factors affecting the program's performance in helping to increase the business income of participants found that only capital variable variables significantly affected the income of program participants. In conclusion, ongoing courses, mentoring and training should be provided to participants to help improve self-confidence, especially in relation to business ventures. In addition, there are some aspects that the Foundation should take into account, particularly that may affect the objectives of the program. Recruitment should give priority to existing small traders or who want to venture into a business as a career but have capital problems. In addition, priorities should be focused on participants who are working on viable businesses but are facing round capital problems or interested women but do not have the initial capital.

Keywords: Income, Income Business Income & Poverty Line Income

1. Pendahuluan

(3)

Kajian penilaian ke atas program perintis pada April 2009, menunjukkan program pinjaman ini telah dapat membantu kebanyakan peserta meningkatkan pendapatan perniagaan mereka. Selain itu, didapati juga bahawa program berkenaan masih relevan dan diperlukan oleh peniaga kecil wanita di negeri ini. Kajian juga mendapati beberapa kelemahan skim tersebut memerlukan penambahbaikan bagi memantapkan lagi skim berkenaan agar mencapai matlamat penubuhannya. Skim tersebut telah ditambahbaik dengan pemberian kredit sebagai tambahan modal perniagaan yang sedia ada.

Begitu juga dengan program pengembangan yang mula dilaksanakan pada Ogos 2012 turut memperlihatkan kebanyakan peserta dalam semua jenis perniagaan berpendapatan di atas RM961 hingga melebihi RM2,780 sebulan. Walaupun demikian, masih terdapat beberapa aspek yang harus diberikan perhatian supaya program ini benar-benar memberikan impak terhadap kumpulan sasar dan relevan untuk dilaksanakan. Penekanan perlu difokuskan ke arah memperkemaskan strategi pelaksanaan dan pematuhan garis panduan terutamanya yang berkaitan dengan aktiviti pemantauan dan bayaran balik pinjaman, pengambilan peserta dan jenis perniagaan.

Melihat kepada keadaan tersebut, maka kajian susulan perlu dijalankan demi memastikan bahawa pelaksanaan program mencapai sasaran yang diharapkan. Kajian ini juga amat perlu untuk menilai kejayaan pelaksanaan program ini secara empirikal seterusnya dapat memberikan gambaran yang tepat dan terkini kepada pihak-pihak terlibat.

2. Tinjauan Literatur

Faktor-faktor kejayaan banyak dipengaruhi oleh pelbagai sebab sama ada ia dipengaruhi oleh faktor dalaman ataupun luaran individu (Moha Asri et al, 2000). Antara faktor-faktor kejayaan yang telah dikenal pasti oleh Dewanita ialah menjalankan perniagaan yang menunjukkan satu pembaharuan pada produk yang ditawarkan, memahami pasaran dengan tepat, mempunyai daya usaha dan semangat yang tinggi, proaktif (suka mencari peluang-peluang baru), motivasi kendiri yang tinggi dan pelbagai faktor lagi.

Analisis kajian oleh Mohd. Hassan (2007) mendapati bahawa terdapat tiga faktor kejayaan kritikal yang utama bagi usahawan TEKUN ialah kemahiran dalam pengurusan, pengkhususan di dalam membuat kerja dan juga sikap tidak mudah berputus asa di dalam menghadapi cabaran dalam perniagaan.

Zaimah (2010) mendapati bahawa kebanyakan Sahabat menggunakan pinjaman yang diperoleh untuk membiayai kegiatan ekonomi yang mereka usahakan. Selain itu, sebahagian pembiayaan yang diperoleh adalah untuk penambahbaikan rumah dan perbelanjaan pendidikan anak-anak Sahabat. Abdullah et.al. (2010) pula menemukan bahawa penyertaan program kredit mikro AIM ini telah membawa kepada peningkatan dalam aset perusahaan mikro iaitu nilai pasaran stok pertanian dan bahan mentah, perdagangan aset dan jumlah aset perusahaan kecil.

(4)

Dengan mendapat jumlah pinjaman yang tinggi ia dapat membantu menjana pendapatan dan mengurangkan pengangguran dalam kalangan isi rumah. Seterusnya Norma dan Jarita (2011) mengesan prestasi ekonomi peserta AIM adalah ditentukan oleh jumlah wang yang dipinjam dari AIM dan tahap pendidikan. Responden yang berpendidikan adalah lebih berpengetahuan dalam mengendalikan projek-projek mereka. Norhaziah & Mohd. Noor (2011) pula mendapati kredit kecil kepada usahawan mikro dapat membantu mereka meningkatkan perniagaan mereka dan membantu mereka untuk memenuhi modal kerja mereka. Kajian itu juga mendapati bahawa majoriti usahawan mikro mampu membayar pinjaman mereka dalam masa yang diberikan. Menurut Mohamed Saifoul et.al. (2012) pendapatan dari sumber projek yang dibiayai oleh mikro ini memberi kesan kesamaan (equalising effect) ke atas ketidaksamarataan pendapatan. Dengan andaian ceteries paribus, peningkatan syer pendapatan dari sumber projek kredit mikro akan memancu kepada pengurangan dalam jumlah ketaksamarataan. Dapatan analisis berdasarkan beberapa kajian lepas yang dilakukan oleh Mohamed Zaini et al. (2012a) mendapati skim kredit mikro AIM telah meningkatkan prestasi ekonomi sahabat. Sementara, penemuan kajian oleh Mohamed Zaini et.al. (2012b) menunjukkan program AIM sangat berkesan dalam mengurangkan kemiskinan di Malaysia. Program mikro kredit AIM berkesan dalam meningkatkan pendapatan seterusnya mengurangkan insiden kemiskinan di kalangan peserta selepas terlibat dalam program AIM. Abdullah et.al. (2012a) turut mengesan bahawa pembiayaan kredit mikro dapat meningkatkan kualiti hidup isi rumah miskin luar bandar di Malaysia. Abdullah et.al. (2012b) pula menemukan nilai pasaran semasa ternakan, pertanian/kelengkapan pengeluaran, stok pertanian/bahan mentah, aset perusahaan dan kenderaan yang dimiliki oleh responden yang telah lama menyertai program AIM ini lebih tinggi berbanding responden yang baru menyertai program AIM.

Hasil kajian oleh Syuhada et.al. (2013) pula menemukan bahawa secara keseluruhannya, AIM telah berjaya melaksanakan peranan utamanya untuk mengurangkan kemiskinan negara melalui pembiayaan kredit mikro yang diberikan kepada Sahabat. Bimbingan dan latihan berterusan kepada usahawan-usahawan dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah telah membantu meningkatkan keyakinan dalam diri dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Kajian oleh Syamsurian Sidek (2014) menemukan bahawa program pembiayaan mikro adalah signifikan secara positif kepada prestasi peniagaan kecil dan pada masa yang sama menyumbang kepada peningkatan yang positif kepada kualiti keusahawanan. Walau bagaimanapun hanya sebahagian daripada kualiti keusahawanan berperanan sebagai pengantaraan yang mempengaruhi kesan program pembiayaan mikro kepada prestasi perniagaan kecil. Norshuhaida (2014) pula mendapati terdapat lima faktor yang mempengaruhi kejayaan dan kegagalan usahawan wanita iaitu faktor sikap, strategik perniagaan, pengurusan perniagaan, kemahiran atau pengetahuan dan penggunaan teknologi maklumat. Walau bagaimanapun, kajian yang lebih komprehensif dengan sampel yang lebih besar perlu dijalankan sebelum sesuatu program atau dasar berkaitan dengan keusahawanan wanita hendak dilaksanakan.

(5)

pekerjaan dan pendapatan sekaligus membolehkan mereka menikmati taraf hidup yang lebih baik berbanding dengan keadaan sebelumnya. Didapati juga bahawa insiden kemiskinan di kalangan peserta telah menurun selepas mengikuti program iaitu daripada 99.6% berpendapatan di bawah PGK kepada 59.5%. Dari segi jumlah pendapatan bulanan, seramai 14.9% responden telah melepasi garis kemiskinan (RM1,050.00). Jika di lihat dari aspek pendapatan bulanan isirumah, seramai 26% isirumah peserta telah melepasi garis kemiskinan (RM1,050.00) iaitu lonjakan sebanyak 11.1% berbanding jika hanya mengambil kira pendapatan bulanan peserta.

3. Metodologi Kajian

3.1 Objektif

Secara umum kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan program pembiayaan kredit mikro yang dilaksanakan oleh Yayasan Sabah. Manakala secara khusus kajian ini bertujuan untuk; 3.1.1 Untuk mengetahui keberkesanan pembiayaan kredit mikro yang dilaksanakankan oleh

Yayasan Sabah dalam meningkatkan pendapatan para peniaga.

3.1.2 Untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi prestasi program dalam membantu meningkatkan pendapatan para peniaga.

3.2 Skop dan Sampel Kajian

Sasaran kajian difokuskan kepada semua peserta program pembiayaan kredit mikro Yayasan Sabah di seluruh negeri Sabah. Data kajian diambil daripada Kajian Impak Program Skim Pinjaman Peniaga Kecil Wanita (SPPKW), 2016. Populasi kajian adalah seramai 140 peserta yang telah menyertai program ini. Bilangan sebenar responden yang berjaya dijejaki ialah seramai 113 orang atau 80.7% daripada jumlah keseluruhan peserta program.

3.3 Analisis Data

Data yang dikumpul menerusi borang soal selidik diproses menggunakan Statistical Packages of Social Sciences (SPSS) Version 21.0. Selain menggunakan kaedah kuantitatif dalam analisis melalui paparan deskriptif seperti rajah dan jadual frekuensi digunakan bagi melihat profil asas responden. Analisis Mean juga turut digunakan bagi melihat pendapatan responden.

Selain itu, Crosstabulation juga turut digunakan bagi melihat corak taburan dan perkaitan dengan dua variabel kajian yang dikaji. Kaedah ini digunakan untuk melihat jenis-jenis kursus yang berjaya meningkatkan pendapatan peserta dan hubungan kursus dengan bidang pekerjaan peserta.

(6)

2011), pengalaman berniaga (Moha Asri et. al., 2000), saiz modal (Abdullah et. al., 2011) dan kadar pinjaman (Abdullah et. al., 2011; Norma & Jarita, 2011).

Walau bagaimanapun, bagi melihat keberkesanan program dalam membantu meningkatkan pendapatan di kalangan para peserta program, maka analisis berfokus kepada sasaran atau tujuan asal program diperkenalkan iaitu membantu meningkatkan tahap pendapatan peserta melepasi paras RM960.00 sebulan (PGK Sabah 2009: RM960.00 iaitu PGK semasa program diperkenalkan)

4. Dapatan Kajian

4.1 Profil Responden

Didapati bahawa daripada 140 orang jumlah keseluruhan peserta program, hanya seramai 113 orang atau 61.5% yang dapat dijejaki. Memandangkan program pembiayaan kredit mikro ini adalah untuk peniaga kecil wanita maka semua responden adalah terdiri daripada golongan tersebut.

Dari segi umur, kebanyakkan responden dalam lingkungan umur antara 38 hingga 47 tahun (38.9 %), diikuti peringkat umur di atas 48 tahun sebesar 33.6%, dan 28-37 tahun, 20.4%. Peringkat umur dalam lingkungan 18-27 tahun pula mewakili 7.1% sahaja.

Majoriti responden beragam Islam (71.1%), manakala selebihnya beragama Kristian (28.1%) dan Buddha (0.9%). Status Perkahwinan responden pula menunjukkan 85.1% telah berkahwin, manakala 9.7% ibu tunggal dan selebihnya adalah masih bujang.

Dari segi tahap pendidikan, kajian mengesan 73.2% responden mendapat pendidikan menengah manakala 19.6% mendapat pendidikan rendah. Terdapat 2.7% responden mendapat pendidikan di peringkat pra-universiti, matrikulasi dan diploma. Sementara 4.5% responden yang tidak pernah bersekolah.

Selain itu, purata bilangan tanggungan responden ialah 4 orang. Sementara jumlah tanggungan tertinggi adalah 4-5 orang iaitu sebanyak 31.2%, diikuti dengan 2-3 orang (26.6%) dan melebihi 5 orang (24.8%). Manakala sebanyak 17.4% lagi hanya mempunyai seorang tanggungan.

Manakala, bilangan ahli isi rumah menunjukkan bahawa bilangan isi rumah yang tertinggi ialah sebanyak 37.6 % iaitu 6 orang ke atas, diikuti dengan tanggungan yang berada dalam lingkungan 5-6 orang iaitu sebanyak 36.7%. Manakala sebanyak 20.0% dan 37% responden masing-masing mempunyai bilangan ahli isi rumah dalam lingkungan 3-4 orang dan 1-2 orang. Secara purata terdapat seramai 6 orang bagi setiap isi rumah.

(7)

Variasi produk perniagaan yang dijual oleh para peserta pembiayaan kredit mikro Yayasan Sabah dapat dikategorikan kepada lapan. Jenis perniagaan yang paling banyak dijalankan ialah perniagaan berasaskan produk makanan sama ada yang sudah dimasak mahupun dalam bentuk bahan mentah yang mewakili 38.5%, dikuti oleh jahitan dan tekstil 17.6% dan peruncitan 14.3%. Hasil pertanian juga merupakan salah satu produk jualan yang agak banyak dijual oleh peserta. Variasi produk yang dijual adalah seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1: Jenis/ Produk Perniagaan Jenis Perniagaan Frequency Percent Valid

Percent

Cumulative Percent

1 Makanan 30 33.0 33.0 33.0

2 Jahitan dan Tekstil 16 17.6 17.6 50.5

3 Hasil Pertanian 12 13.2 13.2 63.7

4 Peruncitan 13 14.3 14.3 78.0

5 Kraftangan 4 4.4 4.4 82.4

6 Kesihatan dan Kosmetik 2 2.2 2.2 84.6

7 Prtoduk ikan 8 8.8 8.8 93.4

8 Lain-lain 6 6.6 6.6 100.0

Total 91 100.0 100.0

4.3 Pendapatan Perniagaan

Pendapatan adalah dikira selepas menolak kos perniagaan dan upah. Bilangan responden yang berpendapatan yang melepasi sasaran Skim (PGK Sabah 2009: RM960.00 iaitu skim diperkenalkan) ialah sebanyak 67.0%. Manakala responden yang masih gagal melepasi sasaran pendapatan Skim ialah 33.0%.

Jadual 2: Pencapaian Terhadap Sasaran Pendapatan Program Berdasarkan Jenis Perniagaan

Jenis Perniagaan Pendapatan Jumlah

< RM960 >RM960

Produk Makanan 6.6% 26.4% 33.0%

Jahitan/ Tekstil 9.9% 7.7% 17.6%

Hasil Pertanian 4.4% 8.8% 13.2%

(8)

Kraftangan 2.2% 2.2% 4.4% pendapatan yang melebihi RM1,921 iaitu 15.4% daripada keseluruhan kategori pendapatan tersebut 23.1%. Kebanyakkan 26.4% peniaga-peniaga produk makanan juga berpendapatan melebihi RM961 iaitu di atas garis sasaran RM690. Hanya 6.6% yang masih di bawah pendapatan RM960 daripada keseluruhan 32.9%. Perniagaan jahitan dan tekstil pula memperlihatkan lebih separuh peniaganya berpendapatan di bawah RM960. Bilangan peniaga yang berpendapatan melebihi RM1,921 juga amat sedikit. Perniagaan hasil pertanian mewakili 13.2% daripada keseluruhan perniagaan. Perniagaan ini menunjukkan sebanyak 4.4% masih di bawah garis miskin manakala yang berpendapatan melebihi RM1921 juga 4.4%. Selebihnya berpendapatan di antara RM961 – 1,920. Perniagaan runcit membentuk 14.3% daripada keseluruhan perniagaan.

Jadual 3: Perbandingan Pendapatan Mengikut Jenis Perniagaan Jenis

Produk Makanan 3.3% 3.3% 8.8% 2.2% 4.4% 11.0% 33.0% Jahitan/ Tekstil 4.4% 5.5% 3.3% 2.2% 0% 2.2% 17.6% Hasil Pertanian 3.3% 1.1% 3.3% 1.1% 2.2% 2.2% 13.2%

Peruncitan 3.3% 3.3% 4.4% 1.1% 0% 2.2% 14.3%

Kraftangan 1.1% 0% 1.1% 1.1% 1.1% 0% 4.4%

(9)

selebihnya berpendapatan di antara RM1,441 – RM2,300. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Jadual 3.

4.4 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Program Dalam Membantu Meningkatkan Pendapatan Para Peniaga

Hasil analisis mendapati bahawa tiada faktor khusus yang benar-benar boleh mempengaruhi perubahan pendapatan para peserta program secara signifikan.

Secara terperinci, keputusan Rajah 4 menunjukkan nilai R=.641 merupakan pelaki korelasi antara pembolehubah-pembolehubah peramal (saiz modal, tahap pendidikan, jumlah pinjaman, pengalaman berniaga). Nilai R2 menunjukkan varians yang dihasilkan oleh gabungan pembolehubah-pembolehubah peramal terhadap pendapatan para peserta program. Berdasarkan kepada analisis kajian didapati nilai pekali korelasi keempat-empat faktor (R = .641) menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana antara gabungan faktor peramal (saiz modal, tahap pendidikan, jumlah pinjaman, pengalaman berniaga) dan jumlah pendapatan peserta program. R2 = .411 menunjukkan bahawa 41.1% daripada sebarang perubahan dalam varians pendapatan peserta program diterangkan oleh kombinasi keempat-empat pembolehubah peramal tersebut. Ini bermakna hanya terdapat 41.1% pengaruh pembolehubah-pembolehubah tersebut terhadap pendapatan peserta program.

Jadual 4: Model Regresi Pembolehubah-Pembolehubah Peramal Dengan Pendapatan Peserta Program

Model Summary

Model R R2 Adjusted R Square

Std. Error of the Estimate

1 .641a .411 .280 384.15132

a. Predictors: (Constant), Saiz Modal, Tahap Pendidikan, Jumlah Pinjaman, Pengalaman Berniaga

Rajah 5 menunjukkan keputusan daripada ujian ANOVA bagi pembolehubah peramal dan didapati model ini adalah tidak signifikan (F = 3.140, p = .0.40). Ini menjelaskan bahawa terdapat pengaruh yang signifikan daripada pembolehubah peramal terhadap pendapatan peserta program. Oleh itu, hipotesis nol (H02) yang menyatakan tidak terdapat sumbangan nilai peramal yang signifikan pembolehubah peramal (saiz modal, tahap pendidikan, jumlah pinjaman, pengalaman berniaga) terhadap pendapatan peserta program telah ditolak.

Jadual 5: Analisis Varians (ANOVA) Pembolehubah Peramal Terhadap Pendapatan Peserta Program

(10)

Model Sum of Squares df Mean Square F Sig.

1

Regression 1853673.650 4 463418.413 3.140 .040b Residual 2656300.263 18 147572.237

Total 4509973.913 22 a. Dependent Variable: Pendapatan

b. Predictors: (Constant), Tahap Pendidikan, Pengalaman Berniaga, Saiz Modal, Jumlah Pinjaman

Dapatan bagi analisis regresi pelbagai dalam Rajah 6 menunjukkan beta bagi setiap pembolehubah-pembolehubah peramal. Nilai beta adalah dirujuk bagi menentukan kuasa peramal bagi setiap pembolehubah peramal terhadap pendapatan peserta program, manakala ujian t pula dirujuk penentu aras signifikan perbezaan nilai β daripada sifar. Berdasarkan kepada dapatan analisis regresi, didapati bahawa keempat-empat pembolehubah peramal (saiz modal, tahap pendidikan, jumlah pinjaman, pengalaman berniaga) mempunyai pengaruh (41.1%) yang signifikan (R2T = .411, F = 3.140, ρ < .05) terhadap pendapatan dalam kalangan peserta program. Ini bermakna terdapat pembolehubah peramal yang dikaji yang boleh mempengaruhi perubahan pendapatan peserta secara signifikan. Didapati juga bahawa hanya satu pembolehubah peramal iaitu saiz modal yang berpengaruh secara signifikan terhadap pendapatan peserta program (β = .063, ρ = .018 < ρ = .05)

Jadual 6: Analisis Regresi Pelbagai Bagi Pembolehubah-Pembolehubah Peramal Dengan Pendapatan Peserta Program.

Coefficientsa

Model Unstandardized Coefficients

Standardized Coefficients

t Sig.

B Std. Error Beta

1

(Constant) 313.158 478.441 .655 .521

Tahap Pendidikan 41.839 116.778 .073 .358 .724 Pengalaman Berniaga -15.133 20.941 -.132 -.723 .479

Saiz Modal .063 .024 .529 2.598 .018

Jumlah Pinjaman .119 .111 .214 1.070 .299 a. Dependent Variable: Jumlah

(11)

Dari segi jumlah pendapatan bulanan, seramai 81.0% responden telah melepasi garis kemiskinan semasa bagi negeri Sabah (PGK Sabah: RM1,050.00). Purata pendapatan kasar responden ialah RM2,785.00. Untuk keterangan lanjut, rujuk Rajah 1.

Rajah 1: Jumlah Pendapatan

Dapatan ini juga disokong oleh keputusan analisis inferens yang dibuat ke atas pendapat responden. Nilai signifikan bagi jumlah pendapatan bulanan responden sebelum dan selepas menggunakan Paired-Samples T-test ditunjukkan dalam jadual Nilai p bagi Ujian-t ialah 0.000, iaitu p<0.005. Ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam jumlah pendapatan secara signifikan selepas responden mengikuti program pembiayaan kredit mikro Yayasan Sabah. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Jadual 2.

Jadual 7: Ujian-t (Paired Samples T Test) ke atas Pendepatan Responden Sebelum dan Selepas Mengikuti Program Pembiayaan Kredit Mikro Yayasan Sabah

Paired Samples Statistics

Mean N Std. Deviation Std. Error Mean

Pair 1 Pendapatan sebelum 1.0041 242 .06428 .00413 Pendapatan selepas 5.8802 242 3.81389 .24517

Tidak Miskin

Tidak

Miskin Miskin Miskin

>RM1,051. 00

(81.0%) >RM1,051.

00 (81.0%)

(12)

Paired Samples Correlations

Pair 1 Pendapatan sebelum- Pendapatan selepas -4.87603 3.81103 .24498 -5.35861 -4.39345 -19.904 241 .000

6. Rumusan dan Perbincangan

Hasil kajian mendapati kebanyakan peserta program yang menceburi perniagaan bidang makanan berjaya memperolehi pendapatan melebihi RM3,000.00 sebeluan berbanding dengan bidang perniagaan lain. Justeru itu, pemilihan perniagaan perlulah berfokus kepada perniagaan yang berpotensi memberikan pendapatan yang baik seperti perniagaan bidang makanan.

Secara umumnya, pihak Yayasan Sabah yang telah melaksanakan program pembiayaan kredit mikro dengan jayanya. Melalui program tersebut, Yayasan Sabah berjaya membantu meningkatkan pendapatan kasar bulanan peserta program dengan cukup cemerlang. Di mana, seramai 81.0% responden telah melepasi garis kemiskinan semasa bagi negeri Sabah (PGK negeri Sabah: RM1,050.00).

Jumlah pendapatan yang diperoleh oleh responden sebelum dan selepas mengikuti program pembiayaan kredit mikro Yayasan Sabah telah menunjukkan perubahan yang agak memberangsangkan. Ini disokong oleh Paired-Samples T-test yang dibuat dengan menunjukkan keputusan yang signifikan. Selain itu, berdasarkan tahap purata Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang ingin dicapai melalui program ini, seramai 67.0% responden berjaya melepasi PGK tersebut.

Manakala, analisis terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi program dalam membantu meningkatkan pendapatan perniagaan para peserta menemukan bahawa hanya pembolehubah saiz modal berpengaruh secara signifikan terhadap pendapatan para peserta program.

(13)

perniagaan yang berdaya maju tetapi menghadapi masalah modal pusingan atau wanita yang berminat tetapi tidak mempunyai modal awal.

7. Rujukan

Abdullah Al-Mamun, Sazali Abdul Wahab, Sayed Hossain & C. A. Malarvizhi. 2010. Impact Of Amanah Ikhtiar Malaysia’s Microcredit Schemes On Hardcore Poor Households Quality Of Life. International Research Journal of Finances and Economics.

Amanah Ikhtiar Malaysia & Universiti Kebangsaan Malaysia. Pembangunan Lestari Keluarga Miskin Melalui Kewangan Mikro:Penemuan Kajian Impak 6, Amanah Ikhtiar Malaysia.

Abdullah Al-Mamun, Chinnasarmy Agamudai Nambhi Malarvizhi & Sazali Abdul Wahab. 2011. Examining The Effect Of Participation In Microcredit Program On Assets Owned By Hardcore Poor Households In Malaysia. Vol 5(22): 9286-9296.

Abdullah Al-Mamun, Joseph Adaikalam & Sazali Abdul Wahab. 2012a. Examining The Effect Of Amanah Ikhtiar Malaysia’s Microcredit Program On Their Clients Quality Of Life In Rural Malaysia. International Journal Of Economics and Finance. Vol.4, No.1.

Abdullah Al-Mamun, Joseph Adaikalam & Mohammad Nurul Huda Mazumder. 2012b. Examining The Effect Of Amanah Ikhtiar Malaysia’s Microcredit Program On Microenterprise Assets In Rural Malaysia. Vol.8, No.4.

Jim Jipun. 2017. Program Pembasmian Kemiskinan: Pencapaian Program 1azam Kolej Yayasan Sabah Dalam Meningkatkan Pendapatan Peserta. Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: no. 1 (2017) page 112-120.

Moha Asri Hj Abdullah, Juhary Ali, Faoziah Idris (2000). Pengurusan Perniagaan Kecil. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd. Hassan Mohd. Osman. 2007. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan Usahawan Kredit Mikro Di Negeri Johor. Fakulti Pengrusan Dan Pembangunan Sumber Manusia. Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamed Zaini. 2010. Pembasmian Kemiskinan Di Malaysia: Pengalaman Amanah Ikhtiar Malaysia. Penerbit: Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang .

(14)

Mohamed Zaini Omar, Main Rindam & Che Supian Mohamad Nor. 2012a. Pencapaian skim kredit mikro Amanak Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam lanskap pembangunan luar bandar: Satu penilaian. Malaysia Journal of Society and Space.

Mohamed Zaini Omar, Che Supian Mohamad Nor & Norziani Dahalan. 2012b. The Economic Performance Of The Amanah Ikhtiar Malaysia Rural Microcredit Programme: A Case Study In Kedah.

Norhaziah Nawai & Mohd. Noor Mohd Shariff. 2011. The Importance of Micro Financing to the Microenterprises Development in Malaysia’s Experience. Asean Social Science, No. 12; December 2011. Page 226-238

Norma, MS., Jarita, D. 2011. An Economic Impact Assessment Of A Microcredit Program In Malaysia: The Case Of Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). International Journal of Business and Society, Vol. 12, No.1: 1-14

Norshuhaida Mohamad. 2014. Faktor-Faktor Kejayaan Dan Masalah Dalam Pengendalian Perniagaan Di Kalangan Usahawan Wanita Di Dua Buah Daerah Di Negeri Kelantan. Disertasiitesis Dikemukakan Bagi Memenuhi Syarat Untuk Memperoleh Ijazah Sarjana Pendidlkan (Pengurusan Perniagaan) (Mod Penyelidlkan Dan Kerja Kursus). Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi, Universiti Pendidlkan Sultan Idris.

Syumsurian Sidek. 2014. Microfinance Programme, Entreprenueral Qualities and Small Business Performance: Empirical Evidence in Kalantan and Terengganu. A Thesis Submitted In Fulfuillment Of The Requirements For The Degree Of Master Of Entrepreneurship. Faculty of Entrepreneurship and Business. Universiti Malaysia Kalantan.

Simon Sabut. 2016. Kajian Impak Program Skim Pinjaman Peniaga Kecil Wanita (SPPKW). Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Ekonomi (R&D) Yayasan Sabah. Tidak Diterbitkan.

Syuhada Abd Halim, Doris Padmini Selvaratnam & Norlaila Abu Bakar. 2013. Pembasmian Kemiskinan Melalui Program Amanah Ikhtiar: Kajian Kes Cawangan Kota Setar, Kedah. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) VIII, Jilid 1340 – 1351

Referensi

Dokumen terkait

Gerakan sosial baru beranggapan bahwa di era kapitalisme liberal perlawanan timbul tidak hanya dari gerakan buruh, melainkan dari mereka yang tidak terlibat secara

Dikondisikan oleh tetap bertahannya tradisi filsafat ini di Persia, dan merupakan kelanjutan dari tradisi itu, lahirlah figur yang kemudian dikenal sebagai filsuf terbesar

Artinya, pendidikan karakter dimaknai sebagai suatu pendidikan nilai, pendidikan moral, pendidikan budi pekerti, pendidikan watak yang bertujuan untuk mengembangkan

Dan dari makna kufr muncul civil society karakter keterbukaan pada Negara, terbuka dengan pendapat yang berbeda, kebebasan dalam bermasyarakat, saling menghargai,

Hanya kelompok masalah tertentu saja yang dapat diselesaikan menggunakan sistem pakar Kebanyakan sistem pakar membutuhkan usaha pengembangan yang besar, luas dan mahal Knowledge

Bahan penelitian para ahli yang kemudian dituangkan dalam bentuk makalah, essai, dan buku itu juga pernah menjadi naskah dasar kajian seorang mahasiswa Program Studi Indonesia,

Usaha paling awal yang dapat dilakukan untuk mengetahui sifat dasar dan aspek dominan naskah dalam telaah struktur Serat Lokapala ini, menurut hemat

Belanja barang dan jasa tahun anggaran 2017, diketahui bahwa jenis belanja barang dan jasa pada level 4, memiliki alokasi tertentu (lihat lampiran II)