• Tidak ada hasil yang ditemukan

HUBUNGAN CIRI PERSONALITI DAN KEMAHIRAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "HUBUNGAN CIRI PERSONALITI DAN KEMAHIRAN"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

HUBUNGAN CIRI PERSONALITI DAN KEMAHIRAN SOSIAL DENGAN KEPUASAN BELAJAR DALAM KALANGAN PELAJAR KELAS RANCANGAN

KHAS (KRK) DI ZON PANTAI TIMUR NEGERI SABAH

Norasmawani Yusoff, Baharom Mohamad Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sains Sosial,

Universiti Malaysia Sabah wani6300@gmail.com

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan ciri personaliti dan kemahiran sosial dengan kepuasan belajar dalam kalangan pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK) di Zon Pantai Timur Negeri Sabah. Kajian ini melibatkan 234 orang responden yang terdiri daripada pelajar KRK tingkatan 1 hingga 3 yang melibatkan 7 daerah dalam Zon Pantai Timur Negeri Sabah. Kesemua responden dijadikan sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kajian ini menggunakan Teori Big Five oleh Goldberg yang melibatkan dimensi Extraversion, Neurotisme, Agreeableness, Opennes dan Conscientiousness. Data dikumpul dengan menggunakan satu set soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science Version 15.0). Berdasarkan analisis deskriptif didapati bahawa tahap kepuasan belajar dalam kalangan pelajar KRK adalah pada tahap tinggi. Ciri personaliti adalah ciri Openness. Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan ciri personaliti berdasarkan jantina. ANOVA Sehala pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan dalam kepuasan belajar berdasarkan tahun pembelajaran. Analisis Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara ciri personaliti Openness, Conscientiousness, Extraversion, Agreeableness dengan kepuasan belajar kecuali personaliti Neurotiscm. Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran sosial dengan kepuasan belajar dalam kalangan pelajar KRK. Hasil dapatan juga mendapati kemahiran sosial turut mempengaruhi dan penyumbang utama kepada kepuasan belajar.

(Kata Kunci: Personaliti, Kemahiran Sosial, Kepuasan Belajar)

PENGENALAN

(2)

Tingkah laku manusia berbeza-beza kerana setiap manusia mempunyai personaliti yang tersendiri. Personaliti inilah yang boleh menjadi pencetus kepada nilai kepuasan belajar pelajar KRK atau sebaliknya. Kemahiran sosial harus dibentuk sejak kecil dan ibu bapa harus berperanan secara proaktif, malah dipercayai hubungan seharian dengan ibu bapa ialah asas kepada perkembangan kemahiran sosial remaja. Kekurangan kemahiran sosial akan mewujudkan suasana tegang dan cemas dalam interaksi, tidak mampu menerima perbezaan pendapat, mementingkan diri sendiri dan menganggap diri sendiri saja yang betul, malah akan mencari keburukan orang lain. Personaliti dan kemahiran sosial dilihat mempunyai kaitan antara satu sama lain. Pelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang tinggi melihat diri mereka memiliki secara meluas trait personaliti yang berkehendak kepada kehidupan bersosial. Oleh itu, hasil daripada penilaian terhadap personaliti, kemahiran sosial secara konsepnya mempunyai kaitan dengan kepuasan belajar.

Masalah Kajian

Masalah tingkah laku yang biasa berlaku di kalangan remaja merangkumi jangkaan masa depan mereka yang negatif, kurangnya kemahiran bersosial, gangguan emosi serta beberapa masalah harian yang mengakibatkan kepada masalah disiplin di sekolah (Abdullah dan Mawaddah, 2002). Pelajar yang menghadapi masalah tingkah laku dikhuatiri akan menceburkan diri dalam kegiatan negatif sewaktu berada di luar sekolah seperti berfoya-foya, berjudi dan penyalahgunakan dadah.

Oleh itu, jika remaja sering lalai menggunakan waktu remajanya dengan baik, dia akan berasa menyesal seumur hidup. Bagi ahli psikologi, tingkah laku bermasalah dalam kalangan remaja dikaitkan dengan tahap perkembangan yang dilalui oleh mereka. Pada tahap remaja, individu mudah mengalami konflik pemikiran dan gangguan moraliti. Menurut Allen (2000), remaja mengalami krisis identiti iaitu dari segi mencari identiti yang sesuai dengan mengambil kira aspek tingkah laku, sikap dan kepercayaan. Apabila remaja gagal menyelesaikan krisis, mereka akan mempamerkan tingkah laku bilazim dan nakal (Asmah dan Zulekha, 2004).

Ketidakpuasan belajar dikatakan apabila berlaku konflik antara guru, rakan sekelas atau masalah dalam keluarga. Apabila terdapat ketidakpuashatian, maka pelajar akan melakukan pelbagai perkara negatif. Laporan menunjukkan kes salah laku disiplin pada tahun 2010 yang sering dilakukan oleh pelajar sekolah di Malaysia ialah jenayah (17, 595 kes), ponteng sekolah (19,545 kes), tidak sopan (18,346 kes), kekemasan diri ( 21,384 kes), tidak mementingkan masa (17,808 kes), kelucahan (3,031 kes), vendalisme (5212 kes) dan kenakalan (8500 kes) (KPM, 2012).

(3)

tidak memuaskan. Tumpuan yang terlalu berfokus kepada akademik sehingga alpa dan lupa aspek personaliti pelajar. Ramai pelajar yang cemerlang dari segi akademik, namun terkandas dari aspek kemahiran sosial yang lain seperti kemahiran berkomunikasi dengan orang awam, kemahiran insaniah (soft skill) dan sebagainya.

Fenomena remaja kurang bersosial dikatakan berpunca daripada keperluan semasa yang mementingkan pencapaian tinggi dalam peperiksaan. Oleh itu, remaja menerima tekanan dan menggalas harapan yang besar ibu bapa untuk berjaya dalam akademik. Sikap segelintir ibu bapa sebegini lebih rela anak remaja mereka menjadi ulat buku dan anti-sosial asalkan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

KAJIAN LEPAS

Personaliti adalah salah satu faktor yang mempunyai kaitan dengan keunikan manusia (Funder, 2001). Personaliti berasal dari perkataan Latin ''pesona'', yang membawa maksud topeng, pelindung muka atau juga mengeluarkan suara (personare). Funder (2001:2) mendefinisikan personaliti sebagai ciri pola pemikiran, emosi, tingkah laku individu, disertai dengan mekanisme psikologi dan sama ada tersembunyi atau tidak. Personaliti sememangnya memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan setiap individu. Mischel dan Susan (2003) yakin bahawa ciri personaliti ini pada dasarnya bersifat biologi dan bukannya diperolehi daripada pengalaman atau proses pembelajaran.

Goldberg (1981) menyatakan bahawa Teori Big Five menggambarkan struktur bagaimana seseorang itu penting dan popular melalui pemerhatian seseorang dan menunjukkan seseorang menggambarkan orang lain dan dirinya dalam bentuk idea utama. Terdapat lima dimensi utama dalam teori ini yang dikenal dengan akronim OCEAN, iaitu keterbukaan fikiran (Openness To Experience), kesedaran (Conscientiousness), sifat sosial (Extraversion), sama pendapat dan mudah mencapai persetujuan (Agreeableness) dan gangguan emosi (Neuroticism) (Fiedler, 1998). Kajian yang telah dilakukan oleh Hoy et al. (1996) menunjukkan terdapat kolerasi yang positif dan signifikan diantara personaliti dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar sekolah. Hasil dapatan menunjukkan pelajar yang mempunyai personaliti yang unggul biasanya mempunyai pencapaian yang lebih cemerlang di dalam bidang akademik.

(4)

pintar cerdas akademik adalah sukar diramal malah berbeza-beza (Piirto, 1999; Eysenck, 1979). Perbezaan ini juga dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor jantina dan jenis sekolah atau persekitaran sekolah.

Kemahiran sosial merujuk kepada hubungan seseorang individu dengan yang lain. Hubungan yang terjalin adalah berdasarkan persefahaman, komunikasi, tujuan hubungan yang dijalinkan dan objektif. Menurut Walker et al. (2005), latihan kemahiran sosial telah menunjukkan kesan yang efektif dalam meningkatkan kesesuaian interaksi pelajar dan menurunkan kecenderungan kepada tingkah laku agresif. Menurut Huber (2004), pengalaman dan pendedahan awal berkaitan dengan proses sosialisasi akan memberi keyakinan kepada kanak-kanak dan akan menjadi bekalan untuk berkembang dengan positif pada semua peringkat usia.

Smith (2005) berpendapat bahawa kepuasan ditentukan oleh perbezaan antara jumlah nilai ganjaran yang diterima oleh seseorang individu dengan nilai yang sepatutunya diterima. Dinham dan Scoot (2000) menerangkan kepuasan belajar adalah satu perasaan yang diperolehi daripada sesuatu tugas sebagai menepati nilai kerja selaras dengan keperluan individu. Maisarah dan Muaini (2012) pula menyatakan kepuasan belajar sebagai suasana emosi yang seronok kerana pencapaian dalam sesuatu pelajarannya. Menurut Schermerhom (2000) pula, kepuasan belajar merujuk kepada sikap, perasaan dan penerimaan kepada persekitaraan yang boleh menimbulkan keseronokan dan memberi kepuasan dalam pembelajaran.

METODOLOGI KAJIAN REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ini adalah melalui pendekatan kuantitatif yang menggunakan instrumen sebagai alat untuk mengutip data.

PERSAMPELAN

Kaedah ini menggunakan persampelan rawak mudah. Terdapat 7 buah sekolah yang menawarkan kelas KRK di Zon Pantai Timur Sabah yang merangkumi 600 orang murid. Maka menurut penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970) dan Jadual Cohen et al., (2005), jika populasi dalam lingkungan 600 maka sampel yang diperlukan adalah sebanyak 234 orang.

INSTRUMEN KAJIAN

(5)

melahirkan idea secukupnya melalui tulisan dan dapat memudahkan menganalisis jawapan (Nana, 2005). Soal selidik diserahkan secara serahan tangan kepada responden dan dikutip semula pada bila-bila masa yang telah dipersetujui bersama oleh responden dan penyelidik. Hal ini akan memberikan ruang dan peluang kepada responden menjawab soalan-soalan kajian dengan jawapan yang telus. Menurut Sabitha (2005), kaedah serahan secara tangan merupakan kaedah yang terbaik dalam usaha mendapatkan data kajian daripada responden.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

Hasil kajian menunjukkan responden lelaki seramai 71 orang (30.3%), manakala responden perempuan seramai 163 orang (69.7%). Dapatan ini menunjukkan responden perempuan lebih ramai yang terlibat dalam kajian berbanding dengan responden lelaki. Hasil daripada kajian menunjukkan seramai 150 orang responden (64 %) mendapat 5A dalam keputusan UPSR, 74 orang (31.6%) mendapat 4A dan 10 orang (4.3%) mendapat 3A. Hal ini menunjukkan responden yang mempunyai keputusan 5A merupakan responden yang paling ramai.

Bagi menjawab kepada persoalan kajian, maka didapati:

1) Apakah tahap kepuasan belajar dalam kalangan pelajar KRK di Zon Pantai Timur Sabah?

Interpretasi nilai min menunjukkan berada pada nilai 3.65 (SP=0.38). Skor min ini menterjemahkan bahawa tahap kepuasan belajar dalam kalangan pelajar KRK di Zon Pantai Timur Negeri Sabah adalah berada pada tahap tinggi. Dapatan ini selari dengan Teori Nilai John Locke (1976) yang menyatakan bahawa kepuasan akan dicapai apabila tercetusnya emosi yang positif dan menyeronokkan hasil daripada faktor-faktor yang menyumbang kepada kepuasan terhadap perkara yang dilakukan. Mereka yang gagal mencapai kepuasan dalam setiap perkara yang dilakukan akan memperlihatkan emosi dan tingkah laku yang negatif dan kurang selesa. Tambahan pula, Teori Nilai John Locke (1976) turut menyatakan ganjaran turut membantu mencapai kepuasan dalam setiap perkara yang dilakukan.

2) Apakah ciri personaliti yang dominan terhadap kepuasan belajar dalam kalangan pelajar KRK di Zon Pantai Timur Negeri Sabah?

Jadual 1: Skor Min Dimensi Ciri Personaliti Pelajar

Dimensi Ciri Personaliti Minimum Maksimum Min Sisihan Piawai

Extraversion 2.68 4.43 3.73 .362

Neurotiscm 1.24 3.98 3.30 .809

(6)

Openness 3.08 4.50 3.85 .415

Conscientiousness 1.94 4.47 3.49 .323

Skor min yang paling tinggi dicatatkan oleh dimensi ciri personaliti Openess iaitu pada tahap 4.50 (sangat tinggi). Ini diikuti oleh dimensi ciri personaliti Agreeableness iaitu 4.52 (sangat tinggi), Conscientiousness iaitu 4.47 (sangat tinggi), Extraversion iaitu 4.43 (sangat tinggi) dan dimensi ciri personaliti Neurotiscm mencatatkan skor min yang paling rendah iaitu 3.98 yang menunjukkan ia masih berada pada tahap yang tinggi. Rumusan daripada jadual di atas ialah personaliti dominan pelajar KRK di Zon Pantai Timur Negeri Sabah ialah personaliti Openess iaitu pada tahap 4.50 (sangat tinggi). Kajian ini membuktikan sikap keterbukaan pelajar dalam menerima setiap pembaharuan, mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi, berfikiran luas dalam setiap perkara dan boleh menerima tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik. Hal ini dapat dilihat apabila berlaku transformasi dalam agenda pendidikan negara seperti pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Perubahan sistem pendidikan ini menunjukkan bahawa pelajar KRK di Zon Pantai Timur Negeri Sabah dapat menerima transformasi pendidikan ini dengan sikap yang terbuka dan positif.

3) Apakah kemahiran sosial yang diamalkan oleh pelajar KRK terhadap kepuasan belajar pelajar KRK di Zon Pantai Timur Negeri Sabah?

Jadual 2: Skor Min Dimensi Kemahiran Sosial yang diamalkan oleh pelajar KRK Dimensi Kemahiran Sosial Minimum Maksimum Min Sisihan

(7)

Timur Negeri Sabah mempunyai tingkat kemahiran konseptual yang tinggi. Empat item telah diuji dalam dimensi kemahiran konseptual iaitu pelajar dapat menterjemah arahan secara tepat bagi mengurangkan kesilapan, lebih gemar membaca bahan yang berunsurkan fakta dan teori, memberikan maklumbalas berdasarkan sesuatu fakta dan merancang dengan teliti matlamat yang ingin dicapai pada masa hadapan. Hal ini bermakna, pelajar KRK berupaya untuk membuat analisis, berfikir secara logik, kreatif dalam menjana idea dan menyelesaikan masalah agar ianya lebih sistematik dan efektif.

PENGUJIAN HIPOTESIS

HO1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ciri personaliti berdasarkan jantina dalam kalangan pelajar KRK di Zon Pantai Timur Negeri Sabah.

Bilangan pelajar lelaki seramai 71 orang mencatatkan skor min 29.12. Pelajar perempuan adalah seramai 160 orang yang secara puratanya mencatatkan skala skor min iaitu sebanyak 28.70. Interpretasi keputusan ujian-t yang menunjukkan nilai yang diperoleh ialah (t=1.480, df=229, p >0.05). Perbezaan nilai min adalah sebanyak 0.42 bagi kedua-dua jantina adalah sangat kecil menyebabkan hipotesis nul (HO1) diterima. Kajian kajian ini turut menyokong

kajian yang dilakukan oleh Chin (2006) yang mendapati tidak terdapat pengaruh jantina yang berbeza terhadap trait personaliti. Dapatan yang diperolehi oleh Azlin et al. (2013) turut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara personaliti Openness, Conscientiousness, Extraversion, Agreeableness dan Neuroticism antara murid lelaki dan murid perempuan. Hal ini bermakna personaliti Openness, Conscientiousness, Extraversion, Agreeableness dan Neuroticism antara murid lelaki dan perempuan adalah sama.

HO2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kepuasan belajar berdasarkan jantina dalam kalangan dalam kalangan pelajar KRK di Zon Timur Negeri Sabah.

Interpretasi keputusan ujian-t menunjukkan bahawa nilai yang diperoleh ialah signifikan (t=-.809, df=232, p>0.05). Nilai perbezaan min -.044 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam kepuasan belajar berdasarkan jantina. Hal ini bermakna bahawa hipotesis nul (HO2) diterima

(8)

perempuan. Hal ini turut disokong oleh Mahmood Nazar dan Sabitha (2008) yang menyatakan bahawa umur, jantina, pengalaman, faktor keluarga dan lokasi sekolah tidak mempengaruhi tahap kepuasan belajar.

HO3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kepuasan belajar berdasarkan tahun pembelajaran di sekolah.

Keputusan ANOVA Sehala untuk membandingkan kepuasan belajar. Berdasarkan statistik-F, kepuasan belajar berdasarkan tahun pembelajaran (tingkatan) didapati signifikan (F=1.847, df=2, 231, P=.160). Perkara ini membuktikan bahawa hipotesis nul (HO3) diterima. Oleh yang demikian, tidak

terdapat perbezaan yang signifikan dalam kepuasan belajar mengikut tingkatan pelajar. Haslinda dan Hamdan (2011) turut mendapati bahawa terdapat perbezaan kepuasan yang signifikan di antara pelajar berbeza tahun pengajian dengan pengajaran dan pembelajaran pelajar.

HO4 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ciri personaliti Openness dengan kepuasan belajar dalam kalangan pelajar KRK di Zon Timur Negeri Sabah.

Keputusan analisis ujian korelasi yang menunjukkan terdapat hubungan yang positif (r=.151*, p <.05) di antara ciri personaliti Openness dengan kepuasan belajar. Walau bagaimanapun, kekuatan hubungan kolerasi yang wujud ini adalah sangat lemah diantara kedua-dua pembolehubah. Berdasarkan dapatan yang diperolehi, maka hipotesis nul (Ho4) ditolak. Dengan kata lain,

terdapat hubungan yang signifikan antara ciri personaliti Openness dengan kepuasan belajar dalam kalangan pelajar KRK di Zon Pantai Timur Negeri Sabah. Dapatan kajian ini turut disangkal oleh Asrul (2010) yang menunjukkan tidak wujud perbezaan Openness yang signifikan dalam kalangan pelajar yang cemerlang akademik berdasarkan jantina [t(139)=-1.756, p=0.08] pada aras kesignifikanan 5% yang telah ditetapkan. Senario ini sependapat dengan dapatan yang dilakukan oleh Azlin et al. (2003) yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan diantara ciri Openness dengan kepuasan belajar.

HO5 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ciri personaliti Conscientiousness dengan kepuasan belajar dalam kalangan pelajar KRK di Zon Timur Negeri Sabah.

(9)

hipotesis nul (Ho5) ditolak. Maka, terdapat hubungan yang signifikan antara ciri

personaliti Conscientiousness dengan kepuasan belajar belajar dalam kalangan pelajar KRK di Zon Pantai Timur Negeri Sabah.

HO6 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ciri personaliti Extraversion

dengan kepuasan belajar dalam kalangan pelajar KRK di Zon Pantai Timur Negeri Sabah.

Keputusan analisis ujian korelasi yang menunjukkan wujudnya hubungan positif yang signifikan (r=.172**, p <.01) diantara ciri personaliti Extraversion dengan kepuasan belajar. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, maka hipotesis nul (Ho6) ditolak. Maka,

terdapat hubungan yang signifikan antara ciri personaliti Extraversion dengan kepuasan belajar dalam kalangan pelajar KRK di Zon Pantai Timur Negeri Sabah.

HO7 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ciri personaliti Agreeableness dengan kepuasan belajar dalam kalangan pelajar KRK di Zon Pantai Timur Negeri Sabah.

Analisis ujian korelasi yang menunjukkan wujudnya hubungan positif yang signifikan (r=.201**, p <.01) di antara ciri personaliti Agreeableness dengan kepuasan belajar. Berdasarkan Indeks Kolerasi Ary et al. (2002), kekuatan hubungan yang wujud antara kedua-dua pembolehubah adalah sangat lemah. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, maka hipotesis nul (Ho7) ditolak. Maka, terdapat hubungan yang signifikan

antara ciri personaliti Agreeableness dengan kepuasan belajar dalam kalangan pelajar KRK di Zon Pantai Timur Negeri Sabah.

HO8 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ciri personaliti Neurotiscm

dengan kepuasan belajar dalam kalangan pelajar KRK di Zon Pantai Timur Negeri Sabah.

Analisis ujian korelasi yang menunjukkan wujudnya hubungan positif yang signifikan (r=.086, p>.01) diantara ciri personaliti Neurotiscm dengan kepuasan belajar. Berdasarkan Indeks Korelasi Ary et al. (2002), kekuatan hubungan yang wujud antara kedua-dua pembolehubah ini juga adalah sangat lemah. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, maka hipotesis nul (Ho8) diterima. Maka, tidak terdapat

hubungan yang signifikan antara ciri personaliti Neurotiscm dengan kepuasan belajar dalam kalangan pelajar KRK di Zon Pantai Timur Negeri Sabah.

HO9 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ciri personaliti pelajar dengan

kemahiran sosial dalam kalangan pelajar KRK di Zon Pantai Timur Negeri Sabah.

(10)

adalah sederhana antara kedua-dua pembolehubah berdasarkan Indeks Korelasi Ary et al., (2002). Berdasarkan dapatan yang diperoleh, maka hipotesis nul (Ho9) ditolak. Dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian yang

dilakukan oleh Siti Rahayah et al. (2008a) yang menyatakan bahawa kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan adalah tiga kemahiran yang menjadi teras yang sangat penting bagi perkembangan kemahiran generik pelajar. Dapatan ini turut selari dengan Jones (2000) melalui Teori Kawalan Sosial yang menyatakan bahawa ciri personaliti negatif yang dilakukan oleh pelajar turut berkaitan dengan perapatan. Semakin banyak kesalahan yang dilakukan, semakin kurang perapatan dalam perhubungan dengan rakan sebaya dan lebih banyak melibatkan diri dalam perhubungan yang negatif.

HO10 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran sosial dengan

kepuasan belajar dalam dalam kalangan pelajar KRK Di Zon Pantai Timur Negeri Sabah.

Keputusan analisis ujian korelasi yang menunjukkan wujudnya hubungan positif yang signifikan (r=.441, p <0.01) di antara kemahiran sosial dengan kepuasan belajar. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, maka hipotesis nul (Ho10) ditolak. Walau

bagaimanapun, merujuk kepada Indeks Korelasi Ary et al. (2002), kekuatan hubungan yang wujud antara kedua-dua pembolehubah adalah lemah. Justeru itu, dapat disimpulkan terdapat hubungan yang signifikan yang lemah antara kemahiran sosial yang dimiliki oleh pelajar KRK dengan kepuasan belajar dalam kalangan pelajar KRK di Zon Pantai Timur Negeri Sabah.

HO11 Tidak terdapat pengaruh yang signifikan ciri personaliti dan kemahiran sosial

terhadap kepuasan belajar pelajar KRK di Zon Pantai Timur Negeri Sabah. Analisis Regresi Berganda (stepwise) menunjukkan bahawa pembolehubah tak bersandar iaitu ciri personaliti dan kemahiran sosial adalah peramal yang mempunyai pengaruh dan sumbangan sebanyak 21.1% yang signifikan (p<0.01) terhadap kepuasan belajar. Peramal yang utama dan tertinggi terhadap kepuasan belajar ialah aspek kemahiran sosial (β = 0.383, p<0.01) dan sumbangannya sebanyak 19.6%. Ini menunjukkan bahawa apabila skor aspek kemahiran sosial bertambah sebanyak satu unit, akan menambahkan kepuasan belajar pelajar KRK sebanyak 0.383 unit. Dapatan daripada hasil analisis ini menunjukkan bahawa aspek kemahiran sosial merupakan faktor utama dan memberikan sumbangan sebanyak 19.6% kepada kepuasan belajar.

(11)

unit, akan menambahkan kepuasan belajar sebanyak 0.136 unit. Dapatan ini menunjukkan bahawa aspek ciri personaliti merupakan faktor terpenting dan memberikan sumbangan sebanyak 0.5% kepada kepuasan belajar pelajar KRK di Zon Pantai Timur Negeri Sabah.

Dapatan ini bertepatan dengan pandangan Bee (1981) yang menyatakan mereka yang mempunyai ciri perosnaliti yang baik dan unggul selalunya dikaitkan dengan mereka yang bersikap positif. Pelajar yang memiliki personaliti yang baik biasanya mendapat keputusan yang baik di sekolah kerana merasakan mereka mempunyai penentuan hala tuju pada masa hadapan, mempunyai ramai kawan dan bergaul mesra dengan kedua-dua ibu bapa. Justeru itu, kepuasan pada tahap yang maksimum dalam kehidupan akan dicapai sekiranya pelajar memenuhi kesemua kehendak yang diperlukannya.

RUMUSAN

Keseluruhannya, kajian ini merupakan satu lagi ilmu yang dapat membantu pemahaman berkenaan tentang ciri personaliti dan kemahiran sosial terhadap kepuasan belajar dalam kalangan pelajar KRK di Zon Pantai Timur Negeri Sabah. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kepuasan belajar dalam kalangan pelajar KRK adalah berada pada tahap yang tinggi. Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa ciri personaliti yang paling dominan terhadap kepuasan belajar pelajar KRK ialah ciri Openness (sangat tinggi).

(12)

BIBLIOGRAFI

Abdullah Sulong dan Mawaddah Abdullah. 2002. Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan Akhlak Remaja. Universiti Teknologi Malaysia.

Allen, B.P. 2000. Personality Theories. Development, Growth and Diversity. Boston: Allyn and Bocon.

Asmah Ali dan Zulekha Yusof. 2004. Salahlaku Sosial Remaja Kini: Cabaran dan Penyelesaian. Kertas Kerja Dibentang Pada Seminar Pembangunan Keluarga Kebangsaan Mei 2004. Universiti Malaya.

Asrul Azmin Masiron. 2010. Hubungan Antara Personaliti Dan Penghargaan Kendiri Pelajar Cemerlang Akademik. MRSM Pontian.

Azlin Moktar dan Suhaida Abdul Kadir. 2013. Personaliti dan Minat Kerjaya Murid Dalam Bidang Teknikal dan Vokasional Di Zon Pudu, Kuala Lumpur. Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Che Mah Yusof dan Mariani Mohd Noor. 2003. Personaliti Pelajar Pintar Cerdas dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik. Prosiding Konferensi Kebangsaan Kajian Pasca Siswazah. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Dinham, S., and Scott, C. 2000. Moving Into The Third, Outer Domain Of Teacher Satisfacton. Journal Of Educational Administration. 38 (4).

Eysenck, H. J. 1998. Personality Factors In Random Sample Of The Population. Psychological Reports. 44. 1023–1027.

Eysenck H. J and Cookson, D. 1990. Personality In Primary School Children, Ability and Achievement. British Journal Of Educational Psychology. 39. 109–122.

Fiedler, F. 1998. How Can a Successful School Avoid Failure? Strategic Management in School. Journal of Education Administration. Vol. 36. No. 5. Pg 421-442.

Funder, D.C. 2001. Personality. Annual Review Of Psikology. Pp 197-221.

Goldberg, L. R. 1981. Language and Individual Differences: The Search For Universals In Personality Lexicons. In L. Wheeler (Ed.). Review of Personality and Social Psychology. Vol. 2.

Haslinda Abu Bakar dan Hamdan Said. 2011. Kepuasan Pelajar Pasca Ijazah Terhadap Fakulti Pendidikan UTM. Kolej Islam Johor. Universiti Teknologi Malaysia.

Huber, S. G. 2004. School Leadership and Leadership Development: Adjusting Leadership Theories and Development Programs To Values and The Core Purpose Of School. Journal Of Education Administration. 42 (6). 669-684. Hoy, W. K., Hoffman, J., Sabo, D., and Bliss, J. 1996. The Organizational Climate Of

Middle Schools: The Development And Test Of The OCDQ-RM. Journal Of Educational Administration. 34 (1). 23-26.

(13)

Krejcie, R.V and Morgan, D.W. 1970. Determining Sample Size For Research Activities. Educational And Psychological Measurement. 30:607-610.

Mahmood Nazar dan Sabitha Marican. 2008. Prosiding: Seminar Kebangsaan Gejala Sosial. Sekolah Pembangunan Sosial. Sintok. Universiti Utara Malaysia.

Maisarah Mansor dan Muaini Hanik Zunairah Bt Haji Haron. 2012. Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan Bilik Kuliah Di Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti Di Politeknik Merlimau.

Mischel, W. & Shoda, Y. 2003. A Cognitive-Affective System Theory Of Personality: Reconceptualizing Situations, Dispositions, Dynamics, And Invariance In Personality Structure. Psychological Review. 102. 246-268.

Piirto, J. 1999. Talented Children And Adults: Their Development And Education (2nd ed). New Jersey: Prentice-Hall.

Sabitha Marican. 2005. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Selangor. Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Sarimah Hanafi dan Nor Hanimah Yusoff. 2009. Kepuasan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Kemahiran Hidup Di Fakulti Pendidikan UTM Pada Tahun 2009.

Schermerhom J.R., 2000. Manajemen. Buku 2. Penterjemah Parnama Putranta,. Yogyakarta.

Smith, H.C. 2005. Personality Development. 2nd Ed. New York: Mc. Graw Hill Book Company.

Referensi

Dokumen terkait

1. Komunikator dalam menyampaikan pesan adalah pimpinan dari Program Larasita yang secara langsung terlibat dalam mensosialisasikan program larasita terhadap masyarakat

Nilai p yang diperoleh melalui uji Wilcoxon Signed Ranks Test adalah (p = 0,000) dimana p &lt; α (0,05), maka Ho ditolak dan dapat disimpulkan bahwa terdapat

Pustakaan Nasional adalah lembaga pemerintah non departemen (LPND) yang melaksanakan tugas pemerintah dalam bidang perpustakaan yang berfungsi sebagai perpustakaan

Penyerapan tenaga kerja merupakan jumlah tertentu dari tenaga kerja yang digunakan dalam suatu unit usaha tertentu atau dengan kata lain penyerapan tenaga kerja adalah jumlah

01-4449-2006 yang menetapkan kadar air maksimal pada papan serat adalah 13%, maka dari hasil pengujian pada sampel parket sabut kelapa berlaminasi didapatkan bahwa

Dan dari makna kufr muncul civil society karakter keterbukaan pada Negara, terbuka dengan pendapat yang berbeda, kebebasan dalam bermasyarakat, saling menghargai,

Hasil aktivitas antibakteri ekstrak etanol daun labu siam terhadap pertumbuhan bakteri Porphyromonas gingivalis menunjukkan hasil dengan terbentuknya zona bening disekitar

Meskipun tidak memiliki gambaran yang jelas tentang mekanisme efek ukuran partikel pada aktivitas antimikroba kitosan nanopartikel, namun dari hasil penelitian