• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ciri ciri Personaliti dan sifat kepimpin

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Ciri ciri Personaliti dan sifat kepimpin"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Peranan insan bergelar guru adalah amat penting dalam usaha merintis dan menerajui perubahan demi melonjakkan institusi pendidikan dan melahirkan insan yang memberi sumbangan kepada kemakmuran negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama dalam proses membangunkan manusia dan masyarakat kerana pendidikan adalah medan pembinaan modal insan yang berkesan. Seseorang yang digelar sebagai pendidik mempunyai peranan yang profesional di mana mereka bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan, malah mendidik untuk membentuk sikap, nilai, akhlak dan peribadi pelajar melalui pembentukan sahsiah yang baik. Sehubungan dengan itu, guru hendaklah menampilkan personaliti yang baik seperti bertatatertib, berbudi bahasa, bersopan santun, bertimbang rasa, bersimpati, berdedikasi dan bersikap positif bukan sahaja di sekolah malah di mana sahaja mereka berada. Personaliti ialah perwatakan dan tingkah laku dan merupakan satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri personaliti unggul adalah bersikap adil, sabar, tegas, kesungguhan, mesra, prihatin, kerjasama, menepati masa, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan kecindan (Md. Nasir Masran, 2000).

(2)

kejayaan sesebuah organisasi (Yulk, 2002). Secara sedar atau tidak sifat kepimpinan berkualiti bagi seorang guru di sekolah harus ditelusuri dan diperhalusi bagi mewujudkan iklim pendidikan yang mampu memacu kecemerlangan. Pemimpin yang mempunyai sifat kepimpinan yang berhemah tinggi sentiasa dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan kelompok yang dipimpin. Maka di peringkat sekolah sudah tentulah guru besar atau pengetua yang dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin kepada semua pendidik, pentadbir serta pelajar.

Bilik darjah pula sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), merupakan tempat yang terpenting dalam sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya dan kepimpinan seorang guru. Kepimpinan berkait secara langsung dan tidak langsung dengan keseluruhan aktiviti bilik darjah. Kepimpinan guru dalam bilik darjah dianggap sebagai himpunan kemahiran seseorang guru yang selain daripada mengajar ada mempunyai pengaruh yang diperluaskan ke luar bilik darjahnya, sama ada di dalam atau di luar sekolah.

Sifat pada guru pemimpin selari dengan sifat-sifat kepimpinan pada umumnya seperti berwawasan, berani mengambil risiko, berpengaruh dan berintegriti. Selain itu, guru pemimpin perlu mempunyai dua sifat utama iaitu komitmen kepada pembelajaran dan optimis dan serta bersikap positif (Danielson, 2006). Kepimpinan guru juga akan dapat menggerakkan guru lain bagi meningkatkan prestasi sekolah, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran sekaligus memberi impak yang besar dalam diri pelajar.

(3)

1.2 Latar Belakang Kajian

Guru merupakan agen pembaharuan dalam pembentukan masa hadapan bagi sesebuah masyarakat. Merekalah yang akan menentukan corak generasi pada masa akan datang. Oleh yang demikian, personaliti serta gaya kepimpinan guru memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah pelajar. Personaliti dan kepimpinan adalah salah satu daripada aspek dalam profesionalisme perguruan (Mastor K, 2008).

Senario hari ini memperlihatkan konsep mendidik, membimbing dan memimpin semakin luntur disebabkan terlalu memberi fokus kepada pemindahan penyampaian ilmu dan maklumat, penekanan prestasi akademik dan berorientasikan peperiksaan semata-mata (Abd Halim 2004, Wan Mohd Zahid Nordin 1993, Zahrah Bahran 1997). Menurut (Asrul, 2009) pelajar lebih cenderung untuk mendampingi dan menyatakan masalah mereka kepada rakan berbanding guru kerana guru mereka terlalu garang, tidak mesra dan panas baran. Manakala kajian yang dilakukan oleh Ab. Halim et al. (2004) melalui temu bual dengan pelajar membuktikan terdapat beberapa aspek negatif yang masih wujud pada segelintir guru seperti sifat terlalu garang, suka memarahi murid tanpa usul periksa, suka menghina atau mengutuk murid, tidak memberi jawapan bila ditanya oleh murid dan ego dengan diri sendiri. Hal ini menyebabkan pelajar menjauhi guru sekaligus menyukarkan proses P&P dan memberikan gambaran yang buruk terhadap guru.

(4)

Tanggungjawab mendidik khususnya membimbing pelajar berkaitan dengan sahsiah dan penampilan diri tidak dititikberatkan. Kajian yang dijalankan oleh Suzanne (2006) menyatakan pada hari ini terdapat guru yang tidak mementingkan soal penampilan diri di mana mereka berpakaian selekeh, menjolok mata dan berambut panjang sekaligus tidak mengikuti etika pemakaian yang disarankan oleh kementerian pendidikan.

Selain itu, beberapa laporan media yang melibatkan permasalahan disiplin dan sahsiah guru seperti kes mendera pelajar, kes rogol, berkhalwat dan pecah amanah menggugat kewibawaan guru sebagai egen pembentuk masyarakat (Tin L.F, 2006). Laporan sebegini menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap kreadibiliti guru sekaligus menjatuhkan martabat dan status guru yang selama ini dipandang mulia oleh masyarakat.

Permasalahan personaliti guru dapat dilihat dari kajian lepas di mana masih ramai guru tidak mempunyai personaliti yang unggul seperti bersikap adil, sabar, tegas, mesra, prihatin dan bertanggungjawab kepada pelajar (Md. Nasir Masran, 2000). Akibat permasalahan ini, timbul isu di mana terdapat guru yang berkelakuan kurang sopan, bersikap panas baran, datang lewat ke sekolah dan ponteng kerja (Zahirudin, 2012). Hal ini selari dengan dapatan (Azwan, 1997 ; Yusliha, 2001 dan Harun, 2004) yang menyatakan terdapat guru yang berkelakuan kurang sopan, merokok di hadapan pelajar, datang lewat dan tidak berdisiplin.

(5)

akan dapat memimpin orang bawahannya dengan berkesan mengikut situasi yang bersesuaian dengan keadaan.

Kemampuan berkomunikasi dengan berkesan merupakan satu kewajipan seseorang guru dalam kepimpinan bilik darjah. Ini adalah kerana kemahiran berkomunikasi merupakan penentu kepada keberkesanan penyampaian dan penukaran maklumat kepada pelajar. Namun begitu, terdapat guru yang kurang berkemahiran dalam menguasai dan mengunakan komunikasi secara efektif (Shafrin et.al. 2009). Penyataan ini disokong oleh Kosadi (1997) yang menyatakan bahawa kemampuan berbahasa lisan guru belum mencapai sasaran dimana pertuturan guru yang masih banyak berkurangan adalah berpunca daripada kecetekan ilmu pengetahuan. Kurangnya kemahiran berkomunikasi akan menyebabkan proses pengajaran berlaku satu hala di samping ramai pelajar yang berasa ragu-ragu dan malu untuk mengeluarkan pendapat, bertanya dan mengajukan pernyataan (Syofia et al., 2012).

(6)

1.3 Penyataan Masalah

Hasil perbincangan daripada latar belakang masalah yang dirujuk melalui beberapa dapatan kajian literatur, pengkaji mendapati terdapat beberapa masalah yang wujud dalam ciri-ciri personaliti dan sifat kepimpinan guru. Penerapan nilai murni dan ketahanan jiwa pelajar perlu disemai oleh guru. Sekiranya ia tercicir dari landasan untuk mencapai hasrat ini maka akan timbul masalah dalam kalangan pelajar contohnya wujud pelbagai masalah yang boleh membawa mereka ke arah keruntuhan akhlak remaja kini. Namun begitu, didapati masih ramai pendidik pada hari ini tidak mampu menjadikan dirinya sebagai role model terbaik kepada pelajar, malah tidak dapat menerapkan nilai-nilai mulia ke dalam diri pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Ab. Halim Tamuri, 2000). Kepimpinan guru di bilik darjah merupakan titik tolak bagi menggerakkan perubahan bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar di sekolah. Aspek-aspek kepimpinan seperti cara berkomunikasi, keupayaan mempengaruhi dan mempunyai ilmu pengetahuan yang luas perlu dikuasai oleh seseorang bergelar pendidik. Tinjauan literatur yang dijalankan oleh pengkaji memperlihatkan sebahagian pendidik pada hari ini masih belum mampu untuk mewujudkan kepimpinan yang sewajarnya bagi melahirkan pemimpin yang berkualiti.

Oleh yang demikian, berdasarkan kajian dan penulisan yang dinyatakan, pengkaji berpendapat bahawa satu kajian berkenaan ciri personaliti dan sifat kepimpinan guru perlu dijalankan bagi mengenalpasti ciri personaliti dan sifat kepimpinan yang bagaimanakah yang diutamakan oleh pelajar. Tambahan   pula, belum   ada   kajian   yang   dijalankan   untuk   mengkaji   ciri­ciri   personaliti   dan   sifat kepimpinan guru bengkel dari perspektif pelajar. 

1.4 Tujuan Kajian

(7)

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang ciri-ciri personaliti dan sifat kepimpinan guru yang diutamakan dari perspektif pelajar Kolej Vokasional (KV). Perincian objektif adalah seperti berikut :

i. Mengenal pasti ciri-ciri personaliti guru KV yang diutamakan oleh pelajar. ii. Mengenal pasti sifat kepimpinan guru KV yang diutamakan oleh pelajar. iii. Mengenal pasti hubungan di antara ciri-ciri personaliti dan sifat kepimpinan

guru di Kolej Vokasional.

1.6 Persoalan Kajian

Untuk mencapai objektif kajian, penyelidik telah mengariskan tiga persoalan kajian iaitu:

i. Apakah ciri-ciri personaliti guru KV yang diutamakan oleh pelajar? ii. Apakah sifat kepimpinan guru KV yang diutamakan oleh pelajar?

iii. Apakah terdapat hubungan antara ciri-ciri personaliti dan sifat kepimpinan guru di Kolej Vokasional?

1.7 Hipotesis kajian

Hipotesis kajian ini dibina untuk menjawab persoalan kajian ketiga. Ia adalah seperti berikut :

Ho : Tidak terdapat hubungan yang signifikan secara statistik antara ciri-ciri

personaliti dan sifat kepimpinan guru KV.

(8)

personaliti dan sifat kepimpinan guru KV. 1.8 Kepentingan Kajian.

Kajian ini diharapkan dapat membantu beberapa pihak seperti pelajar, guru, pensyarah dan juga bakal pendidik sebagai panduan bagi menambah baik nilai keperibadian seseorang. Selain itu, kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada golongan seperti di bawah:-

i. Pelajar

Pelajar boleh menilai ciri personaliti dan sifat kepimpinan guru yang mendidik mereka sekaligus akan dapat meningkatkan rasa hormat mereka terhadap guru. Selain itu, pelajar dapat mengambil contoh tauladan yang baik melalui sifat kepimpinan yang dimiliki oleh guru sebagai pembimbing.

ii. Guru

Kajian ini diharapkan dapat membantu guru ataupun para pendidik bagi mengetahui ciri-ciri personaliti dan sifat kepimpinan yang bagaimanakah yang didambakan oleh pelajar. Guru perlu sedar tentang betapa pentingnya peranan mereka dalam mencorakkan masa depan pelajar. Oleh itu adalah penting bagi mereka memiliki personaliti dan sifat kepimpinan yang cemerlang. Kecemerlangan ini pula perlulah dilihat dari aspek kualiti peribadi, amalan nilai murni dan kecekapan guru dan mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru perlu sentiasa mencuba untuk memperbaiki diri dan tidak jemu dalam usaha meningkatkan personaliti diri mereka dari semasa ke semasa.

iii. Pihak Kolej Vokasional

(9)

berkepimpinan cemerlang seterusnya membantu dalam melahirkan pelajar gemilang dalam akademik.

iv. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hasil dapatan ini nanti diharapkan akan dijadikan bahan rujukan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia di dalam menganjurkan program-program pendidikan untuk guru-guru di dalam memastikan kualiti guru keluaran institusi perguruan dan institusi pengajian tinggi yang lain adalah setaraf dan berada dalam tahap yang cemerlang. Di samping itu, kempen memupuk ciri-ciri dan sifat profesionalisme seorang guru dapat dikembangkan dan dikukuhkan bagi melahirkan anak bangsa yang cemerlang dari segi sahsiah serta pencapaiannya. Guru memainkan peranan yang penting sebagai agen pencorak kepada generasi “Minda Kelas Pertama” yang akan mendukung wawasan negara dan menjulang nama negara setaraf dengan negara-negara maju lain di dunia.

1.9 Skop Kajian

Pengkaji menumpukan kajian terhadap ciri-ciri personaliti dan kepimpinan guru dari perspektif pelajar. Kajian ini telah dijalankan di Kolej Vokasional (KV) sekitar negeri Pahang dengan memfokuskan guru yang mengajar di KV sahaja. Kajian meliputi tiga buah KV iaitu KV Temerloh, KV Tengku Ampuan Afzan Bentong dan KV Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Lipis. Untuk mendapatkan data dan maklumat bagi memenuhi matlamat serta objektif kajian, sampel yang digunakan adalah terdiri daripada pelajar tahun 1 dan tahun 2 sesi 2014 di mana saiz keseluruhan sampel yang terlibat ialah seramai 436 orang pelajar.

(10)

1.10 Batasan Kajian

Terdapat limitasi dan batasan terhadap beberapa perkara dalam menjalankan kajian ini seperti

:-i. Kajian ini tidak mengambil kira faktor luaran yang mempengaruhi penilaian pelajar seperti faktor latar belakang keluarga, keadaan fizikal sekolah dan pengaruh rakan sebaya.

ii. Kajian ini hanya menghubungkaitkan ciri personaliti dengan sifat kepimpinan sahaja berdasarkan perspektif pelajar.

iii. Kajian ini hanya boleh digeneralisasi di Kolej Vokasional sekitar negeri Pahang sahaja.

iv. Dapatan kajian ini juga adalah bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan responden ketika menjawab soalan yang dikemukan. Sehubungan dengan itu, pengkaji mengandaikan semua maklumat yang diberikan oleh responden adalah tepat. Kesahan dan kebolehpercayaan kajian tersebut juga adalah bersandar kepada andaian ini.

1.11 Kerangka Konsep Kajian

(11)

Rajah 1.1 : Kerangka kajian (Adaptasi dari N. Nadiah, 2012)

Dalam kerangka kajian ini, terdapat tiga (3) bahagian utama iaitu masukan, proses dan keluaran. Pelajar merupakan bahagian masukan yang mana ciri-ciri personaliti dan sifat kepimpinan yang mereka utamakan menjadi komponen kajian.

Seterusnya bahagian kedua pula adalah proses. Dalam bahagian ini, pembolehubah utama yang dikenalpasti telah dinyatakan dengan lebih jelas. Dua (2) komponen utama yang dikenalpasti ialah ciri-ciri personaliti dan sifat kepimpinan. Komponen ciri-ciri personaliti dibahagikan kepada tiga (3) dimensi iaitu dimensi penampilan, dimensi keselesaan dan dimensi keterbukaan guru. Manakala komponen sifat kepimpinan dibahagikan kepada tiga (3) dimensi iaitu dimensi mempengaruhi, dimensi cara komunikasi dan dimensi ilmu pengetahuan. Berdasarkan kepada kajian literatur, dimensi yang dinyatakan merupakan pembolehubah utama yang dapat mewakili ciri-ciri personaliti dan sifat kepimpinan seseorang guru.

Pelajar

Ciri Personaliti

Penampilan, Keselesaan, Keterbukaan

Sifat Kepimpinan

Pengaruh, Komunikasi, Ilmu Pengetahuan

Guru yang berkesan

(12)

Manakala bahagian ketiga pula adalah keluaran yang mana amalan guru yang berkesan dapat diadaptasikan kepada guru lain agar perubahan yang berlaku dapat memberikan kesan kepada pelajarnya. Guru berkesan adalah guru yang memenuhi spesifikasi tertentu antaranya ialah bersikap profesional, menampilkan watak terpuji, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul dan melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa (Abdul Sukor, 2008). Secara keseluruhannya, proses kajian ini adalah ingin mengenalpasti ciri-ciri personaliti dan sifat kepimpinan guru dari perspektif pelajar.

1.12 Definisi Istilah

Definisi perkataan yang terdapat di dalam kajian ini adalah seperti berikut:

i. Ciri Personaliti

Takrifan personaliti membawa maksud satu konsep yang menggambarkan seseorang manusia. Personaliti ditakrifkan sebagai hasil paduan sifat fizikal, mental, emosi, nilai dan pelakuan seseorang manusia dalam perhubungan sosialnya, sebagaimana yang dilihat oleh manusia lain (Ryckman, 2004).

Dalam konteks kajian ini pula, ciri personaliti yang dimaksudkan merangkumi tiga dimensi iaitu penampilan, keselesaan dan keterbukaan.

ii. Sifat Kepimpinan

Kepemimpinan ialah kemampuan mempengaruhi minda dan gelagat anggota organisasi untuk mencapai tujuan organisasi melalui struktur dan prosedur baru. Kepimpinan guru adalah berkait dengan dengan PdP termasuk pembelajaran profesion perguruan dan juga perkembangan murid (Southworth, 2002)

Dalam kajian ini, pengkaji membahagikan sifat kepimpinan kepada tiga dimensi iaitu kemampuan mempengaruhi, cara berkomunikasi dan ilmu pengetahuan.

(13)

Pelajar bermaksud orang yang belajar atau orang yang mengaji (menyelidik ilmu) (Zainal Abidin, 1995). Pelajar yang dimaksudkan oleh penyelidik ialah pelajar tahun 1 dan tahun 2 yang belajar di KV Temerloh, KV Tengku Ampuan Afzan, Bentong dan KV Sultan Ahmad Shah, Kuala Lipis di Pahang.

iv. Guru

Guru didefinisikan sebagai orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh atau melatih. Mendidik bererti meneruskan dan mengembangkan nilai-nilai hidup, mengajar pula bermaksud meneruskan dan mengembangkan ilmu pengetahuan dan melatih bermakna mengembangkan keterampilan kepada pelajarnya (Kamus Dewan, 2002).

Dalam kajian ini, pengkaji menjelaskan guru ialah tenaga pengajar yang meliputi tiga buah KV iaitu KV Temerloh, KV Tengku Ampuan Afzan Bentong dan KV Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Lipis.

v. Kolej Vokasional

KV ialah institusi pendidikan dan latihan vokasional pasca menengah yang melaksanakan Kurikulum KV untuk membentuk modal insan bersahsiah, berilmu dan berkemahiran tinggi. Orientasi pembelajaran pelajar KV ialah pembelajaran berasaskan kerja dan latihan dalam kerja atau on-job training (OJT). Lulusan KV adalah pekerja mahir dalam sesuatu bidang vokasional dengan kelayakan Sijil Vokasional Malaysia dan Diploma Vokasional Malaysia dan kelayakan profesional antarabangsa (Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional, 2011).

Dalam kajian ini, KV merujuk kepada KV yang terletak dalam Negeri Pahang. Kolej yang dipilih untuk dilaksanakan kajian ini ialah KV Temerloh, KV Tengku Ampuan Afzan, Bentong dan KV Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis. Tiga buah kolej ini dipilih kerana kolej ini menawarkan pelbagai bidang kursus kemahiran teknikal.

(14)

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian didapatkan bahwa koefisien korelasi pearson antara waktu perawatan neonatus di inkubator dengan umur kehamilan ibu saat melahirkan

Output yang dihasilkan dari penelitian ini nantinya adalah berupa rekomendasi pendukung keputusan baik untuk calon investor maupun investor sesuai dengan nilai

Secara tidak langsung maka investor meminta tambahan penghasilan agar bisa menutupi biaya yang dikeluarkan, dan secara logika tidak mungkin menaikkan tarif tol, karena dengan tarif

Lokasi sasaran kegiatan PHP2D adalah desa yang dapat dijangkau (akses) dengan mudah oleh perguruan tinggi pelaksana pada saat dan pasca pelaksanaan dengan maksimal jarak

Penelitian ini bertujuan untuk: 1) Mengetahui perbedaan trust pasangan hubungan jarak jauh yang belum menikah (pacaran jarak jauh) dengan pasangan hubungan jarak jauh yang

Dari uraian di atas dapat disimpulkan bahwa aplikasi kompos pada tanah sawah rawa lebak di Poso meningkatkan kadar Fe organik dan P tersedia dalam tanah.. Kadar Fe

Pustakaan Nasional adalah lembaga pemerintah non departemen (LPND) yang melaksanakan tugas pemerintah dalam bidang perpustakaan yang berfungsi sebagai perpustakaan

Penyerapan tenaga kerja merupakan jumlah tertentu dari tenaga kerja yang digunakan dalam suatu unit usaha tertentu atau dengan kata lain penyerapan tenaga kerja adalah jumlah