• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TIN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TIN"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA MUDA MUSA

TIDAK MENGUASAI BAHASA INGGERIS.

Oleh:

Noor Fatiha Binti Jailani

(921213105882)

Siti Aishah Binti Satar

(920401106044)

Tingkatan 6 Al Waqidi / Ibnu Khaldun

Sesi 2010-2011

Guru Pembimbing

(2)

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan salam kesejahteraan kepada para sahabat dan para tabi`in sekalian.

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan keizinanNya penyelidikan kami dapat di jayakan dengan sempurna. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa iaitu Puan Hajah Norsalwati binti Hassan yang membenarkan kami menjalankan penyelidikan ini. Sekalung penghargaan juga kepada Puan Norsuhaida binti Ismail selaku guru pembimbing, Ketua Panitia bahasa Inggeris iaitu Puan Siti Thalha binti Sheikh Abu Bakar kerana telah memberi tunjuk ajar dan maklumat sepanjang kajian ini dijalankan.

Terima kasih juga kami ucapkan kepada ibu bapa kami yang telah memberi bantuan dari segi kewangan,responden yang terlibat dan rakan-rakan yang telah membantu secara langsung mahupun tidak langsung. Setinggi-tinggi jutaan terima kasih kami ucapkan.

ABSTRAK

(3)

kajian, terdapat beberapa faktor mengapa pelajar Melayu tingkatan 5, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa tidak menguasai mata pelajaran bahasa Inggeris seperti faktor sosio budaya, persekitaran, keluarga, rakan sebaya dan diri sendiri. Dengan adanya kajian ini, diharapkan semua pihak yang terbabit dapat memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi perkara ini.

PENDAHULUAN

Penubuhan sekolah Inggeris adalah berteraskan falsafah untuk memperkembangkan agama Kristian dan menyebarkan ideologi penjajah Inggeris. Sekolah yang pertama ialah di Penang Free School, Pulau Pinang (1816). Sekolah Inggeris terbahagi dua jenis, iaitu sekolah Free School yang mendapat bantuan daripada kerajaan . Jenis kedua ialah sekolah Inggeris separa bantuan yang ditubuhkan serta dibiayai oleh persatuan mubaligh Kristian dengan mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan. Hala tuju pendidikan Inggeris pada masa ini adalah untuk melatih tenaga kerja seperti kerani dan juruteknik bagi jabatan-jabatan kerajaan. Walau bagaimanapun, dalam memenuhi permintaan golongan bangsawan Melayu, pihak Inggeris yang bercorak Grammar School di England. Pihak Inggeris memperkenalkan Special Malay Class pada tahun 1930an bagi memberi implikasi besar dalam hala tuju pendidikan masyarakat Melayu kerana menyedarkan orang Melayu dari golongan bawahan untuk turut sama mendapatkan pendidikan Inggeris. ( Dewan Bahasa dan Pustaka 1993)

Menurut Sufean Hussin (1993) pada keseluruhannya, pendidikan di zaman penjajahan Inggeris di ialah bersifat bebas atau laissez-faire kerana terdapat lima jenis jenis pendidikan yang telah diwujudkan tidak mempunyai keseragaman, iaitu Inggeris, Melayu, Cina, Tamil dan agama Islam. Setiap jenis sekolah itu mempunyai falsafah dan hala tuju pengajaran dan kurikulum yang berbeza. Akibat kewujudan sistem ini yang kurang mempunyai sistem kawalan peringkat pusat telah menyebabkan konsep integrasi atau perpaduan kaum sukar dilaksanakan. Sistem pendidikan pada masa pemerintahan Inggeris telah menimbulkan situasi yang rumit dalam sistem pendidikan sekarang dari segi keseragaman dan pencapaian hasrat integrasi nasioanal.

(4)

juga Menteri Pelajaran berkata pelakasanaan MBMMBI untuk murid Tahun Empat, Tingkatan Satu, Tingkatan Empat pula bermula 2012 untuk membolehkan kementerian membuat persiapan rapi dengan mengambil kira semua keperluan pengajaran dan pembelajaran.( http://www.moe.gov.my)

LATAR BELAKANG KAJIAN

Dewasa ini, masalah penggunaan bahasa Inggeris semakin serius dalam kalangan pelajar-pelajar tidak kira diperingkat sekolah rendah, menengah atau peringkat universiti. Lebih membimbangkan lagi, masalah ini menular di kalangan pelajar Melayu. Di sini, kami mengkhususkan kelemahan pelajar tingkatan 5 dalam menguasai bahasa Inggeris. Mari kita sama-sama fikirkan mengapa masalah ini berlaku khususnya dalam kalangan pelajar Melayu?

Sebahagian daripada mereka menganggap apabila bertutur dalam bahasa itu mereka akan diejek dan dipulaukan. Inilah masalah pelajar Melayu, takut kepada ejekan rakan-rakan sehingga membawa keburukan kepada diri sendiri. Hakikatnya, pelajar cina lebih maju dan pakar dalam bahasa Inggeris kerana mereka berani mencuba dan tidak takut dengan ejekan yang boleh melemahkan mereka. Pelajar tingkatan 5 juga tidak mahu mengubah sikap mereka dan hanya bergantung semata-mata kepada guru-guru untuk memajukan mereka. Sepatutnya di peringkat tingkatan 5 tidak berlaku lagi perkara sebegini. Pelajar-pelajar sepatutnya mencari guru bukan guru yang mencari pelajar, tetapi sekarang ini, kebanyakan guru yang berusaha untuk memperbaiki pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris.

Menurut pendapat Puan Siti Thalha binti Sheikh Abu Bakar, seorang guru bahasa Inggeris di SMKRMM, melalui pengalamannya mengajar bahasa Inggeris, beliau berpendapat punca pelajar lemah bahasa Inggeris adalah disebabkan latar belakang sosial pelajar itu. Pelajar luar bandar kurang terdedah dengan penggunaan bahasa Inggeris. Mereka juga mempunyai pengetahuan yang sedikit terhadap bahasa Inggeris. Selain, tidak berpeluang untuk berinteraksi sesama rakan mahupun keluarga. Pelajar juga kurang motivasi diri terhadap kepentingan bahasa Inggeris. Mereka juga malas untuk mengulang kaji dan menambahkan pengetahuan dari segi pemahaman ayat-ayat inggeris yang sukar. Sikap ini menyebabkan pelajar kurang atau tidak langsung berusaha untuk membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris.

(5)

dari aspek tatabahasa. Contoh paling mudah apabila pelajar yang tidak menguasai tatabahasa ialah mereka tidak mampu menulis sesuatu topik dalam bahasa Inggeris. Inilah hakikatnya pelajar Melayu yang lemah menguasai bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar juga tidak mahu “menjelajah” dengan lebih mendalam terhadap bahasa Inggeris. Mereka menganggap bahasa Inggeris sukar untuk difahami dan sukar digunakan dalam kehidupan seharian. Mengapa pelajar Melayu tingkatan 5 mempunyai fikiran yang cetek terhadap bahasa Inggeris ini sedangkan bahasa Inggeris amat penting untk membawa seseorang itu kearah kemajuan.

(6)

PENYATAAN MASALAH

Masalah penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Melayu tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa berada pada tahap yang merunsingkan. Pelbagai cara dan strategi yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di sekolah. Menurut Y. BHG. TAN SRI Alimuddin Hj. Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pelaksanaan dan pengajaran (P&P) Sains dan Matematik bagi sekolah rendah dan sekolah menengah, beberapa strategi telah dicadangkan antaranya ialah menyediakan guru bahasa Inggeris yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara, guru dari luar negara dan IPTS selain daripada pengambilan daripada IPGM dan IPTA. Selain itu, kerajaan juga telah menyediakan guru bahasa Inggeris di luar norma iaitu 2 orang guru bagi setiap kelas yang berenrolmen tinggi (contoh: melebihi 35 orang murid).

(7)

METODOLOGI

Kajian ini dijalankan adalah berbentuk deskriptif iaitu menganalisis data menggunakan kaedah statistik asas kekerapan dan peratus untuk menerangkan jumlah kekerapan setiap ciri pemboleh ubah. Walaubagaimanapun, dalam kajian ini penyelidik menggunakan statistik asas peratusan. Data-data mengenai persoalan kajian diperoleh melalui kaedah soal selidik dan analisa markah peperiksaan. Kaedah ini digunakan kerana ia sesuai digunakan untuk mengetahui sikap seseorang.

OBJEKTIF KAJIAN

Dalam menjalankan sesuatu kajian, objektif dititikberatkan kerana ia merupakan rangka rujukan agar penyelidikan yang dilakukan berjalan dengan lancar dan teratur. Antara objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini ialah:

a) Mengkaji masalah pengguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Melayu tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa tahun 2011.

b) Mengenal faktor pelajar Melayu tingkatan 5 tidak berminat dengan mata pelajaran bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa pada tahun 2011.

HIPOTESIS

Hipotesis ialah idea ataupun andaian yang dibuat bagi diuji pembentukan hipotesis perlu berdasarkan pada masalah yang berlaku secara logik. Hipotesis perlu dinyatakan dengan jelas iaitu dengan terminologi yang betul dan dapat dijalankan, dapat diuji serta menyatakan perbezaan ataupun hubungan antara pemboleh ubah. Hipotesis bagi kajian ini adalah:

a) Pelajar tidak menguasai bahasa Inggeris disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya dan diri sendiri.

b) Faktor latar belakang sosial keluarga punca pelajar tidak menguasai bahasa Inggeris.

(8)

POPULASI

Kajian ini dijalankan di SMK RAJA MUDA MUSA, Bestari Jaya, Selangor. Populasi kajian ini hanya melibatkan pelajar tingkatan 5 yang mempunyai masalah penguasaan bahasa Inggeris. Disebabkan saiz populasi adalah kecil, maka semua pelajar yang tidak menguasai bahasa Inggeris ialah responden. Penentuan bilangan sampel dalam sesuatu kajian adalah penting supaya sampel tersebut dapat mewakili populasi yang dikaji. Lebih banyak nilai peratusan sampel daripada populasi adalah lebih baik kerana sampel yang diambil adalah 100% mewakili populasi iaitu seramai 30 orang sampel yang terlibat dalam kajian ini.

ANALISIS DATA

(9)

DAPATAN KAJIAN

Masalah penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar melayu tingkatan 5 di SMK RAJA MUDA MUSA.

3. Saya sukar memahami setiap perkara yang diajarkan oleh guru.

6. Ibu bapa memberi semangat kepada saya untuk lebih tekun belajar bahasa Inggeris 14. Bahasa Inggeris lebih banyak dituturkan berbanding bahasa

Melayu

10 % 90 %

15 Diperpustakaan sekolah saya kurang buku rujukan bahasa Inggeris

33 % 67 %

16. Ayah dan ibu saya fasih berbahasa Inggeris 23 % 77% 17. Saya minat cara guru mengajar ketika didalam kelas 60 % 40 % 18. Di kawasan perumahan saya selalu diadakan aktiviti bahasa

Inggeris

22. Saya mengikuti kelas tuisyen untuk meningkatkan bahasa Inggeris

37 % 63 %

(10)

bertutur dalam bahasa Inggeris

25. Adakah anda sedar bahawa subjek bahasa Inggeris sangat penting untuk masa depan

10 % 90 %

MENUNJUKKAN BILANGAN PERATUSAN PELAJAR YANG TIDAK MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SMK RAJA MUDA MUSA.

Pelajar tidak faham Bahasa Inggeris kerana P&P guru membosankan. Carta Pai

(11)

Pelajar sering bercakap dengan rakan-rakan

dalam bahasa Inggeris. Carta Pai

menunjukkan seramai 10% pelajar bersetuju

dan 90% pelajar tidak bersetuju.

Pelajar suka melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang menggunakan bahasa Inggeris disekolah. Carta pai menunjukkan seramai 13% pelajar bersetuju dan 87% pelajar tidak bersetuju.

(12)

Ayah dan ibu saya fasih berbahasa Inggeris. Carta pai menunjukkan seramai 23% pelajar bersetuju dan 77% pelajar tidak bersetuju.

Bahasa Inggeris dititikberatkan oleh guru-guru disekolah. Carta pai menunjukkan seramai 63% pelajar bersetuju dan 37% tidak bersetuju.

Saya membaca surat khabar atau majalah dalam bahasa Inggeris. Carta Pai

menunjukkan seramai 17% telah bersetuju dan 83% tidak bersetuju.

(13)

Dapatan kajian mendapati keseluruhan pelajar tidak menguasai Bahasa Inggeris disebabkan faktor keluarga. Ibu bapa mereka tidak fasih berbahasa Inggeris menyebabkan mereka tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan pertuturan ketika dirumah. Mereka juga tidak faham Bahasa Inggeris dan tidak banyak membuat rujukan tentang Bahasa Inggeris. Faktor ini menyebabkan kebanyakan mereka menganggap Bahasa Inggeris merupakan subjek yang tidak penting untuk masa hadapan.

CADANGAN

Selepas kajian ini dijalankan, pihak penyelidik dapat beberapa cadangan untuk mengatasi masalah penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar tingkatan 5 SMKRMM.

1. Pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas menggunakan bahasa Inggeris. 2. Wujudkan suasana pertuturan dalam bahasa Inggeris.

3. Pembentangan kerja dalam bahasa Inggeris.

4. Bahasa Inggeris digunakan dalam perhimpunan sekolah.

5. Bimbingan dan dorongan yang padu dari ibubapa, guru-guru dan rakan sebaya.

Adakah anda sedar bahawa subjek bahasa Inggeris sangat penting untuk masa depan. Carta pai menunjukkan seramai 10% pelajar telah bersetuju dan 90% pelajar tidak

(14)

RUMUSAN

Memandangkan masalah ini terlalu serius, kita sepatutnya memikirkan cara-cara untuk mengatasi pelajar yang lemah bahasa Inggeris ini. Pelajar-pelajar sepatutnya berusaha lebih dalam memperbaiki diri mereka. Dapatkan bimbingan dari guru-guru bahasa Inggeris apabila mempunyai masalah dalam bahasa Inggeris, menghadiri kelas pemantapan bahasa inggeris dan memperbanyak bacaan bahasa Inggeris serta tatabahasa bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar juga seharusnya memiliki idea yang matang dalam sesuatu isi bagi memudahkan lagi pelajar menghuraikan isi dengan terperinci. Perbanyakkan bahan bacaan dalam bahasa Inggeris untuk menambahkan vocabulary dalam bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar jangan terlalu menghadkan pemikiran mereka jika mahu pandai menguasai bahasa Inggeris.

(15)

Sedangkan orang kafir pun menguasai bahasa Al-Quran mengapa kita tidak boleh menguasai bahasa Inggeris? Semua bermula dari diri kita sendiri.

RUJUKAN/ BIBLIOGRAFI

Analisis Keputusan Peperiksaan Akhir tahun 2010, Panitia Bahasa Inggeris, SMK Raja Muda Musa.

Sufean Hussin,1993 Pendidikan di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Sufean Hussin Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia: 1993-01-01.

http://www.moe.gov.my Pelaksanaan MBMMBI , pernyataan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, 2010.

Berita Harian Online, 20 Ogos 2009, Azrina Azhan, bhnews@bharian.com.my

Berita Harian Selasa 23,Jun 2009, G.Manimaran,

Mingguan Malaysia 22 February 2009

Mohd Najib Abdul Ghaffar (1999) “Penyelidikan pendidikan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Najib Abdul Ghaffar (2003) “Reka bentuk tinjauan soal selidik penyelidikan”

(16)

LAMPIRAN Borang soal selidik.

Bahagian A: Maklumat responden

Arahan: Sila lengkapkan maklumat dibawah yang berkaitan diri anda dengan menandakan betul pada soalan pertanyaan.

1. Nama:

2. Jantina: ( ) LELAKI ( ) PEREMPUAN 3. BANGSA : ( ) MELAYU

4. UMUR:( ) 17 TAHUN

5. KELAS: TINGKATAN 5 ( ) * NYATAKAN

6. KELULUSAN AKADEMIK BAHASA INGERIS : ( ) UPSR ( ) PMR 7. PEKERJAAN IBU BAPA :AWAM

-PENGURUSAN : ( )

- SOKONGAN : ( )

(17)

- PENGURUSAN : ( )

1. Saya tidak faham Bahasa Inggeris kerana p&p guru membosankan

2. Saya menggunakan Bahasa Inggeris apabila bercakap dengan keluarga saya dirumah

3. Saya sukar memahami setiap perkara yang diajar oleh guru

4. Saya suka mengulang kaji subjek Bahasa Inggeris dirumah

5. Saya sering bercakap dengan rakan-rakan dalam Bahasa Inggeris

6. Ibu bapa memberi semangat kepada saya untuk lebih tekun belajar Bahasa Inggeris

7. Saya suka melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang menggunakan Bahasa Inggeris disekolah 8. Saya suka subjek Bahasa Inggeris melebihi

subjek-subjek lain.

9. Saya seronok apabila belajar Bahasa Inggeris 10. Dirumah, saya ada perpustakaan mini khas yang

mempunyai banyak bahan dalam Bahasa Inggeris 11. Saya bercita-cita untuk menjadi guru Bahasa

Inggeris

(18)

14. Bahasa Inggeris lebih banyak dituturkan dirumah berbanding Bahasa Melayu

15. Diperpustakaan sekolah saya kurang buku rujukan Bahasa Inggeris

16. Ayah dan ibu saya fasih berbahasa Inggeris

17. Saya minat cara guru mengajar ketika didalam kelas 18. Dikawasan perumahan saya selalu diadakan aktiviti

berbahasa Inggeris

19. Bahasa Inggeris dititikberatkan oleh guru-guru disekolah

20. Rakan-rakan banyak membantu saya menguasai bahasa Inggeris

21. Saya membaca surat khabar atau majalah dalam bahasa Inggeris

22. Say mengikuti kelas tuisyen untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris

23. Saya malu untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris 24. Rakan-rakan mengejek dan memalukan saya jika

saya bertutur dalam bahasa Inggeris

Referensi

Dokumen terkait

Gambar 14 menunjukkan prosentase terbanyak dengan 67,5% memilih sangat mengganggu sorotan lampu dari arah berlawanan, dan pertanyaan dibawah merupakan persepsi

pembayaran jasa lingkungan yang relatif besar sebagai biaya konservasi untuk penyedia jasa di wilayah hulu DAS Cisadane dari berbagai kelompok pengelola usaha air

Definisi lain tentang komunikasi organisasi 14 memberikan pengertian komuniksi organisasi adalah: Komunikasi Organisasi terjadi dalam suatu organisasi bersifat formal

Hasil penelitian yang telah dilakukan dapat diketahui bahwa pemberian pupuk tauge kacang hijau berpengaruh terhadap kepadatan dan kandungan karotenoid D..

Pembuatan pembatas jalan atau median ini bertujuan untuk mengantisipasi terjadinya kecelakaan tabrak depan-depan seperti yang sering terjadi pada ruas Jalan

tinggi percepatan getaran pada sumbu pengukuran, maka semakin tinggi pula tingkat kebisingan yang dihasilkan seiring dengan meningkatnya tingkat kecepatan putaran