DILEMA KESELAMATAN: PENINGKATAN KUASA KETENTERAAN CHINA, VIETNAM DAN FILIPINA
DI LAUT CHINA SELATAN
Oleh:
MOHAMAD ISKANDAR DZULKARNAEN BIN MOHD KAMAL ARIFFIN
KERTAS AKADEMIK INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT PENGIJAZAHAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN STRATEGI
(KEPUJIAN)
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
i
PERAKUAN HAKCIPTA
ii ABSTRAK
iii
ABSTRACT
iv
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi dengan rahmat dan kurniaNya saya berjaya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan khas terima kasih kepada penyelia projek saya, Dr Adam Leong Kok Wey, yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar, sumbangan idea dan tenaga serta perancangan yang diberikan kepada saya untuk penulisan projek ini.
Selain itu, tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya, Mohd Kamal Ariffin dan Rozalina A.Rahman, dan keluarga saya yang selalu memberi sokongan moral. Sekalung budi kepada pensyarah-pensyarah dan staf-staf Fakulti Pengajian Strategi di atas ilmu pengetahuan yang dicurahkan kepada saya selama ini.
v
SENARAI JADUAL
JADUAL MUKA SURAT
Perbandingan Kekuatan Anggota Tentera antara China, Vietnam 54 dan Filipina Pada Tahun 2014 dan 2015 (Hackett, J., 2014 & 2015)
Perbandingan Kekuatan Aset Tentera Darat antara China, Vietnam dan 55 Filipina Pada Tahun 2014 dan 2015 (Hackett, J., 2014 & 2015)
Perbandingan Kekuatan Aset Tentera Laut antara China, Vietnam dan 56 Filipina Pada Tahun 2014 dan 2015 (Hackett, J., 2014 & 2015)
Perbandingan Kekuatan Aset Tentera Udara antara China, Vietnam dan 60 Filipina Pada Tahun 2014 dan 2015 (Hackett, J., 2014 & 2015)
Perbandingan Kekuatan Aset Marin antara China, Vietnam dan 62 Filipina Pada Tahun 2014 dan 2015 (Hackett, J., 2014 & 2015)
vi
SENARAI RAJAH
RAJAH MUKA SURAT
Kerangka Konseptual 6
Peta Laut China Selatan 17
Jumlah Anggaran Minyak Yang Belum Diterokai Pada Tahun 2012 19
Kawasan Pertikaian Di Laut China Selatan 21
Pulau Woody 26
Nelayan Tanmen Berpakaian Uniform Semasa Melapor Untuk Latihan 32
Presiden China, Xi Jinping 36
Kapal Induk Lioning China 51
Sistem Pertahanan Peluru Berpandu S-300PMU-2 Rusia 52
vii
SENARAI SINGKATAN
AAV - Amphibious Assaul Vehicle
AD - Air Defence
ADIZ - Air Defence Identification Zone
AEW - Airborne Early Warning
AEW&C - Airborne Early Warning & Control
AIFV - Armoured Infantry Fighting Vehicle
AMTI - Asia Maritime Transparency Initiative
APC - Armoured Personnel Carrier
ARTY - Artillery
ARV - Armoured Recovery Vehicle
AShM - Anti-ship Missile
ASW - Anti-Submarine Warfare
C2 - Command and Control
CCG - The China Coast Guard
CNOOC - Chinese National Offshore Oil Company
CV - Aircraft Carrier
DDGHM - Destroyer with AShM, Hangar, SAM
DDGM - Destroyer with AShM, SAM
DND - Department of National Defense
EIA - Energy Information Administration
ELINT - Electronic Intelligent
EW - Electronic Warfare
FFG - Fire-Fighting Frigate with AShM
viii
FFGHM - Fire-Fighting Frigate with AShM, Hangar, SAM
FFGM - Fire-Fighting Frigate with AShM, SAM
FGA - Fighter Ground Attack
FSG - Corvette with AShM
FSGM - Corvette with AShM & SAM
HADR - Humanitarian Assistance Disaster Relief
ICBM - Intercontinental Ballistic Missile
IDMC - The International Defence-Military Cooperation
ISR - Intelligence, Surveillance and Reconnaissance
LCAC - Landing Craft Air Cushion
LCM - Landing Craft Medium
LCU - Landing Craft Utility
LCVP - Landing Craft Vehicle and Personnel
LHD - Landing Principal Amphibious Ships
LSM - Landing Ship Medium
LST - Landing Ship Tank
LPD - Landing Platform Dock
LCAC - Landing Craft Air Cushioned
MBT - Main Battle Tank
MRCA - Multi-Role Combat Aircraft
MRH - Multi-Role Helicopter
MRL - Multiple Rocket Launch
MW - Mine Warfare
PAF - Philippines Air Force
PADIZ - Philippines Air Defense Identification Zone
ix
PBF - Fast Patrol Boat
PBR - Patrol Boat Riverine
PCC - Coastal Patrol Craft with AShM
PCF - Fast Patrol Craft
PCFG - Patrol Craft Fast Guided Missile
PCFGM - Patrol Craft Fast Guided Missile with CIWS/ SAM
PCG - The Philippine Coast Guard
PCO - Offshore Patrol Craft
PH - Patrol Hydrofoil
PHT - Patrol Hydrofoil Torpedo
PLA - People’s Liberation Army PLAN - People's Liberation Army Navy
PLAAF - People's Liberation Army Air Force
PSO - Peace Support Operation, offshore patrol vessel over 1,500 tonnes
PSOH - Peace Support Operation, offshore patrol vessel over 1,500 tonnes, hangar
RECCE - Reconnaissance
SAM - Surface-to-Air Missile
SAR - Search and Rescue
SMF - Strategic Missile Force
SSB - Ballistic Missile Submarine
SSI - Submarine Intelligence
SSK - Attack Submarine with ASW capability
SSM - Surface-to-Surface Missile
SSN - Nuclear Powered Attack Submarine
x
UAV - Unmanned Aerial Vehicle
UCAC - Unmanned Combat Air Carrier
UCAV - Unmanned Combat Air Vehicle
UNCLOS 1982 - The United Nations Convention on the Law of the Sea 1982
USGS - U.S Geological Survey
VLB - Vehicle Launch Bridge
SENARAI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT
PERAKUAN HAKCIPTA i
ABSTRAK ii
ABSTRACT iii
PENGHARGAAN iv
SENARAI JADUAL v
SENARAI RAJAH vi
SENARAI SINGKATAN vii
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Latar Belakang 1
1.2 Pernyataan Masalah 2
1.3 Persoalan Kajian 3
1.4 Objektif Kajian 3
1.5 Kepentingan Kajian 4
1.6 Skop Dan Limitasi Kajian 4
1.6.1 Skop Kajian 4
1.6.2 Limitasi Kajian 5
1.7 Kerangka Konseptual 6
1.8 Kerangka Teori 8
1.9 Kajian Kesusasteraan 9
1.10 Kaedah Kajian 11
BAB 2 LATAR BELAKANG LAUT SELATAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Laut China Selatan 16
2.3 Kepentingan Laut China Selatan 17
2.3.1 Sumber Hidrokarbon 17
2.3.2 Sumber Perikanan 19
2.3.3 Laluan Perkapalan 20
2.4 Negara-negara yang Menuntut Hak Kawasan 20 di Laut China Selatan
2.4.1 Tuntutan oleh China 21
2.4.2 Tuntutan oleh Vietnam 22
2.4.3 Tuntutan oleh Filipina 24
2.5 Pertikaian di Laut China Selatan 25
2.6 Kesimpulan Bab 27
BAB 3 FAKTOR PENINGKATAN KUASA
KETENTERAAN CHINA, VIETNAM DAN FILIPINA DI LAUT CHINA SELATAN
3.1 Pendahuluan 30
3.2 Tindakan China di Laut China Selatan 30 3.3 Faktor Yang Mempengaruhi Tindakan China 33
3.3.1 Dasar Pertahanan China 33
3.3.2 Nilai Kepimpinan China 35
3.4 Faktor Serta Reaksi Vietnam dan Filipina 38 Terhadap Tindakan China
3.4.1 Reaksi Vietnam 38
3.4.2 Reaksi Filipina 39
3.5 Dasar Pertahanan Vietnam dan Filipina 40
3.5.1 Dasar Pertahanan Vietnam 40
3.5.2 Dasar Pertahanan Filipina 41
3.6 Kesimpulan Bab 42
BAB 4 HUBUNGAN ANTARA DILEMA KESELAMATAN DAN PENINGKATAN KUASA KETENTERAAN ANTARA CHINA, VIETNAM DAN FILIPINA KE ARAH PERTIKAIAN LAUT CHINA SELATAN
4.1 Pengenalan 45
4.2 Dilema Keselamatan dan Realisme Ofensif 46 Dalam Pertikaian Laut China Selatan
4.2.1 Dilema Keselamatan 46
4.2.2 Realisme Ofensif 48
4.3 Permodenan Strategi Tentera China Mencipta 49 Kebimbangan dan Ketidakpastian terhadap
Vietnam dan Filipina
4.4 Tindak Balas Vietnam dan Filipina 50
4.4.1 Vietnam 52
4.4.2 Filipina 53
Vietnam dan Filipina
4.6 Kekuatan Anggota Tentera 54
4.6.1 Aset Tentera Darat 55
4.6.2 Aset Tentera Laut 56
4.6.3 Aset Tentera Udara 60
4.6.4 Aset Marin 62
4.6.5 Aset Tentera Separa Kerahan 63
4.7 Kesimpulan Bab 65
BAB 5 KESIMPULAN
5.1 Ringkasan 68
5.2 Rumusan 70
5.3 Cadangan untuk Kajian Masa Hadapan 71
1 BAB 1
PENGENALAN
1.1 Latar Belakang
Konflik yang berlegar di sekitar Laut China Selatan sudah sekian lama wujud sejak sekitar tahun 1940-an. Ketegangan konflik ini mula terjadi pada tahun 1947, di mana negara China membuat tuntutan ke atas dua buah kepulauan di sekitar Laut China Selatan, iaitu, Kepulauan Paracel dan Kepulauan Spratly1. Tuntutan terhadap kedua-dua kepulauan ini menyebabkan berlakunya pertindihan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) di Laut China Selatan. Perkara ini mencetuskan sebuah konflik yang tegang di kawasan zon berkenaan kerana memberi kesan kepada negara-negara berdekatan. Konflik ini telah mewujudkan beberapa lagi konflik yang baharu, di mana Filipina turut membuat tuntutan bahawa negara itu memiliki sebanyak 33 wilayah di sekitar kawasan Kepulauan Spratly.
Tekanan yang melanda di sekitar kawasan Laut China Selatan semakin meningkat apabila tiga buah negara yang terlibat dalam kajian ini iaitu; China, Vietnam dan Filipina; masing-masing bertungkus-lumus untuk
1 BBC. (2016). Why is the South China Sea contentious?. Dilayari pada 10 Februari 2017
2
memperkasakan lagi aset dan kekuatan ketenteraan mereka di kawasan berkonflik. Hal ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga negara ini sedaya upaya untuk memastikan tahap keselamatan negara berada pada tahap yang maksimum. Antara kesan ketara yang dapat dilihat adalah melalui perluasan kuasa ketenteraan yang mewujudkan dilema keselamatan. Tanggapan yang salah atau bayangan permusuhan bukanlah elemen penting yang menyebabkan dilema keselamatan, tetapi konteks anarki dalam hubungan antarabangsa yang menyebabkan berlakunya dilema keselamatan2.
1.2 Pernyataan Masalah
Kertas akademik ini akan menumpukan mengenai dilema keselamatan dan konflik yang berlaku di kawasan Laut China Selatan, di mana melibatkan pertikaian di antara tiga buah negara iaitu China, Vietnam dan Filipina. Kajian ini akan merungkaikan faktor-faktor yang mewujudkan konflik di kawasan Laut Cina antara ketiga-tiga negara ini.
Seterusnya, kajian terhadap peningkatan kuasa ketenteraan oleh ketiga-tiga negara juga akan diterokai. Kuasa ketenteraan ini akan dikaji melalui dasar-dasar penting seperti Dasar Pertahanan Negara, Dasar Perbelanjaan Pertahanan Negara dan tindakan negara dalam menentukan sesuatu peningkatan kuasa ketenteraan terhadap negara-negara yang terlibat.
2 Tang, Shiping. (2009). The Security Dilemma: A Conceptual Analysis. Security Studies, 18(3),
3
Akhir sekali, hubungan antara dilema keselamatan dan peningkatan kuasa ketenteraan bagi ketiga-tiga negara akan dianalisis dan dibincangkan dengan menggunakan beberapa konsep yang akan diperkenalkan dalam kajian ini. Elemen yang terdapat dalam dilema keselamatan juga akan diterangkan dengan terperinci bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang punca-punca peningkatan sesebuah kuasa ketenteraan.
1.3 Persoalan Kajian
Terdapat tiga persoalan kajian dalam kertas akademik ini. Antaranya:
1) Apakah faktor-faktor yang mewujudkan pertikaian di antara China, Vietnam dan Filipina di kawasan Laut Cina Selatan? 2) Apakah faktor-faktor perkembangan kuasa tentera oleh China,
Vietnam dan Filipina di Laut China Selatan?
3) Adakah terdapat perkaitan antara peningkatan kuasa ketenteraan ketiga-tiga buah negara dengan dilema keselamatan?
1.4 Objektif Kajian
Kertas akademik ini mempunyai tiga objektif kajian yang ingin dicapai. Antaranya:
4
2) Untuk memahami faktor-faktor kebangkitan kuasa ketenteraan China, Vietnam dan Filipina di Laut China Selatan.
3) Untuk menganalisis hubungan antara dilema keselamatan dan peningkatan kuasa ketenteraan bagi ketiga-tiga buah negara yang terlibat.
1.5 Kepentingan Kajian
Kertas akademik ini mempunyai tiga kepentingan kajian antaranya:
1) Untuk memberi penerangan mendalam berkenaan punca-punca utama berlakunya pertikaian di Laut China Selatan antara China, Vietnam dan Filipina.
2) Untuk menyampaikan kefahaman berkenaan orientasi dasar pertahanan yang dimiliki oleh China, Vietnam dan Filipina. 3) Untuk menyebarkan maklumat serta ilmu pengetahuan berkenaan
dilema keselamatan yang membawa kepada peningkatan kuasa ketenteraan oleh China, Vietnam dan Filipina.
1.6 Skop dan Limitasi Kajian
1.6.1 Skop Kajian
5
perkembangan yang berlaku dalam kuasa ketenteraan mereka pada sekitar tahun 2014 dan 2015.
Seterusnya, peningkatan kuasa ketenteraan oleh ketiga-tiga negara ini juga akan dilihat melalui faktor-faktor yang mempengaruhi peningkatan tersebut. Antara faktor-faktornya adalah seperti Dasar Pertahanan Negara, Dasar Perbelanjaan Pertahanan Negara dan tindakan oleh negara tersebut dalam menangani pertikaian di kawasan Laut China Selatan.
Akhir sekali, hubungan antara dilema keselamatan dan peningkatan ketenteraan akan dianalisis antara tahun 2014 dan 2015. Dalam tempoh ini, ketiga-tiga negara ini mula pesat berkembang dalam kuasa ketenteraan mereka.
1.6.2 Limitasi Kajian
6
Selain itu, masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan kertas kerja ini amatlah terhad, lebih-lebih lagi bagi membahagikan komitmen yang sedia ada dengan sewajarnya untuk menyiapkan kertas akademik ini dengan jayanya.
1.7 Kerangka Konseptual
Rajah 1: Kerangka Konseptual.
Berdasarkan Rajah 1, konsep yang akan digunakan dalam kertas akademik ini adalah konsep keselamatan. Menurut Luciani (1989), konsep keselamatan adalah keupayaan untuk mengelakkan pencerobohan dari negara luar3. Perspektif keselamatan menurut Lasicova (2006) dan Danics (2007), bukan sahaja mengenai keselamatan negara, bahkan juga melibatkan individu, kumpulan serantau, persekitaran antarabangsa dan keselamatan kumpulan
3 Luciani, G. (1989). The Economic Content of Security. Journal of Public Policy. 8(2), 151. Dilema Keselamatan dan Latar
Belakang Konflik di Laut China Selatan
Perkembangan Kuasa Tentera oleh China, Vietnam dan Filipina di Laut China Selatan sebagai Cegah
Rintang
Dilema Keselamatan yang Mendorong Pertumbuhan Penting Kuasa Ketenteraan China, Vietnam dan Filipina
Kesimpulan Dilema Keselamatan
7
dalaman4. Bellamy (1981) turut memberi takrifan bahawa keselamatan merupakan kebebasan dari berperang yang turut digabungkan dengan harapan yang tinggi5.
Konsep seterusnya pula melibatkan dilema keselamatan. Konsep ini akan menerangkan faktor-faktor tindakan China, Vietnam dan Filipina dalam perkembangan kuasa ketenteraan mereka antara tahun 2014 dan 2015 di Laut China Selatan. Salah satu faktor utama perkembangan kuasa ketenteraan adalah disebabkan kehadiran ancaman ketidakselamatan di kalangan mereka. Menurut Glaser (2010), apabila sesebuah negara meningkatkan kuasa dan keupayaan ketenteraan untuk menjadikan negara tersebut dalam keadaan selamat, keadaan ini mendorong negara-negara lain berasa terancam dalam isu keselamatan negara mereka. Oleh itu, keadaan ini dijelaskan sebagai pengertian dilema keselamatan yang tepat6. Antara contoh yang dapat dilihat adalah melalui konflik di antara Sparta dan Athens. Kedua-dua negara terperangkap ke dalam ‘Thucydides Trap’ disebabkan oleh dilema keselamatan. Peperangan tercetus apabila Sparta berasa tidak selamat di atas kebangkitan kuasa Athens lalu mencetuskan sebuah peperangan sebagai jalan penyelesaian terbaik bagi konflik yang dihadapi.
4 Ondrejcsák, R. (2014). Introduction to Security Studies. Bratislava, SK: Centre for European
and North Atlantic Affairs (CENAA).
5 Bellamy, I. (1981). Towards a Theory of International Security. Political Studies. 29(1), 102. 6 Glaser, C.L. 2010. Realism. Dalam. Collins. A (ed.). Contemporary Security Studies. (2). New
8 1.8 Kerangka Teori
Dalam situasi ini, teori yang tepat adalah menggunakan teori Realisme. Teori ini memberikan kefahaman tentang bagaimana sesebuah konflik itu berlaku. Malah, teori ini senantiasa dikaitkan dengan unsur-unsur kuasa. Ketiga-tiga negara yang terlibat dalam konflik ini memperlihatkan elemen kuasa yang terdapat dalam negara masing-masing melalui keupayaan ketenteraan mereka. Dalam teori Realisme, sistem antarabangsa adalah bersifat anarki dan sistem ini tidak dimiliki oleh sesiapa atau mana-mana kuasa. Tiada pusat kawalan atau kerajaan yang mengawal aktiviti sesebuah negara. Teori ini memperlihatkan bagaimana negara-negara yang terlibat adalah sebagai pelakon kesatuan. Namun begitu, sesebuah negara yang terdiri daripada barisan pemimpin dan penduduk, tidak akan dapat berdiri dengan sendirinya tanpa adanya aktiviti-aktiviti manusia di dalam negara tersebut. Menurut Hans (1948), kepentingan dianggap sebagai kuasa dan penggunaan kuasa manusia adalah untuk menguasai manusia yang lain7. Beliau turut menegaskan bahawa konflik adalah sesuatu yang wujud dan amat sukar untuk dinyahkan selagi tiadanya kewujudan sistem baki dalam sistem antarabangsa ini.
Selain teori Realisme, Struktur Realisme dan Neorealisme juga digunakan dalam membantu penulisan ini. Kedua-dua ini adalah teori Evolusi Realisme
7 Hans, J.M. (1948). Politics among Nations: The Struggle for Power and Peace. (hlm 3-16).
9
yang diperkenalkan oleh Kenneth Waltz. Dalam teori Neorealisme, perkara utama yang ditekankan adalah mengenai kemandirian sesebuah negara8. Teori ini menerangkan tindakan sesebuah negara yang perlu membuat pilihan dalam memilih keseimbangan alam semula jadi atau menjadikan negaranya sebagai kompetitif dalam mengekalkan kemandirian negara tersebut. Melalui teori ini, kemandirian sesebuah negara boleh dicapai dengan adanya Realisme Defensif dan Realisme Ofensif. Memandangkan kajian ini menumpukan terhadap perluasan kuasa ketenteraan dan konsep dilema keselamatan, konsep Neorealisme yang akan digunakan adalah Realisme Ofensif yang dilihat sebagai paling sesuai untuk memaksimumkan kuasa dan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap peningkatan kuasa ketenteraan sesebuah negara9.
1.9 Kajian Kesusasteraan
Semasa penyediaan kertas akademik ini, beberapa bahan telah digunakan sebagai rujukan dan garis panduan. Antara bahan-bahan tersebut adalah buku, jurnal dan lain-lain bahan bacaan yang berkaitan dengan kajian ini.
Untuk mengkaji peningkatan kuasa ketenteraan oleh China, Vietnam dan Filipina di Laut China Selatan, beberapa buah buku telah digunakan.
8 Glaser, C.L. 2010. Realism. Dalam. Collins. A (ed.). Contemporary Security Studies. (2). New
York: Oxford University Press.
9 Glaser, C.L. 2010. Realism. Dalam. Collins. A (ed.). Contemporary Security Studies. (2). New
10
Antaranya adalah buku ‘Disputing the South China Sea’ oleh B.A Hamzah10. Buku ini merupakan kompilasi artikel tentang isu-isu geo-politik dan kuasa besar di Laut China Selatan. Buku ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama mengandungi isu-isu keselamatan di Laut China Selatan. Manakala bahagian kedua pula mengenai isu-isu geo-politik. Dalam bahan bacaan ini, penulis menerangkan bagaimana konflik di Laut China Selatan ini terjadi dan memberi kesan kepada keselamatan serantau. Buku ini juga menerangkan beberapa konflik antara negara yang pernah terjadi dan mengakibatkan pertelingkahan.
Buku seterusnya yang ditulis oleh Allan Collins bertajuk ‘Contemporary Secruty Studies’ turut digunakan dalam kajian ini. Buku ini memberi penerangan yang jelas mengenai Pengajian Keselamatan, Keselamatan Tentera dan juga berkenaan Teori Realisme11. Buku ini menerangkan asas dalam memahami Pengajian Keselamatan. Buku ini juga mengupas tentang teori Realisme yang akan membantu dalam memberi penerangan berkenaan peningkatan kuasa ketenteraan oleh China, Vietnam dan Filipina.
Buku bertajuk ‘Military Modernisation in an Era of Uncertainty’ oleh Ashley J. Tellis juga digunakan dalam penulisan kertas akademik ini12. Karya ini
10 B.A, Hamzah. (2014). Disputing the South China Sea. Kuala Lumpur: Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia.
11 Collins, A. (2010). Contemporary Security Studies. (2). New York: Oxford University Press. 12 Tellis, A. J., & Michael, W. (2005). Military Modernisation in an Era of Uncertainty. (5).
11
menerangkan tentang persaingan kuasa antara negara-negara di Asia Timur. Buku ini sesuai untuk dianalisis dan dijadikan sebagai garis panduan dalam mengkaji negara-negara yang terlibat dalam kajian kertas akademik ini iaitu China, Vietnam dan Filipina. Buku ini juga memberi penerangan berkenaan pertahanan tentera oleh ketiga-tiga buah negara yang terlibat.
Buku seterusnya ialah ‘The Security Dilemma: Fear, Cooperation and Trust in World Politics’ yang ditulis oleh Ken Booth dan Nicholas J. Wheeler13. Buku ini membantu dalam memahami konsep dilema keselamatan. Buku ini menerangkan bagaimana sesebuah negara itu bertindak balas terhadap negara lain yang sedang membangun dari segi kekuatan ketenteraan dan juga aset-asetnya. Melalui buku ini, faktor-faktor peningkatan kuasa ketenteraan oleh China, Vietnam dan Filipina di Laut China Selatan dapat dirungkai.
1.10 Kaedah Kajian
Dalam usaha menyiapkan kajian ini, kaedah kualitatif telah dipilih sebagai medium kajian bagi memastikan kajian ini dapat mencapai objektif yang ditetapkan. Penggunaan data sekunder seperti kertas-kertas akademik dan buku-buku ilmiah dari Perpustakaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah digunakan sebagai sumber rujukan utama. Selain itu, penggunaan data-data sahih daripada internet turut membantu dalam kajian ini.
13 Booth, K. & Wheeler, N. J. (2008). The Security Dilemma: Fear, Cooperation and Trust in
12 1.11 Pembahagian Bab
Dalam Bab 1, penjelasan mengenai kajian yang dilakukan ini telah diperkenalkan. Unsur-unsur yang terdiri dalam bab ini adalah seperti Pengenalan Kajian, Pernyataan Masalah, Persoalan Kajian, Objektif Kajian, Skop dan Had Kajian, Kerangka Konseptual, Kerangka Teori, Kajian Kesusasteraan dan Kaedah Kajian.
Pengenalan mengenai latar belakang Laut China Selatan akan dijelaskan dalam Bab 2. Bab ini akan memperincikan maklumat tentang sejarah konflik yang berlaku dan sedang berlaku di Laut China Selatan. Bab ini juga akan menjelaskan tentang bagaimana konflik pertikaian antara ketiga-tiga negara bermula dan sedikit sebanyak maklumat mengenai Sembilan Garis Putus atau dikenali sebagai ‘Nine-Dash Line’.
Dalam Bab 3, kajian mengenai peningkatan kuasa ketenteraan China, Vietnam dan Filipina akan diperlihatkan melalui faktor-faktor yang mendorong kepada pertikaian di kawasan Laut China Selatan ini.
13
maklumat mengenai keupayaan ketiga-tiga negara berserta sebab-sebab yang menggalakkan peningkatan kuasa ketenteraan masing-masing.
15 BAB 2
LATAR BELAKANG LAUT CHINA SELATAN
2.1 Pengenalan
Pertikaian di kawasan Laut China Selatan merupakan satu isu yang sangat kompleks. Banyak negara yang telah terlibat dalam pertikaian ini yang melibatkan sebanyak 3,500,000 kilometer per segi jumlah kawasan dan rekod ini adalah berdasarkan rekod sejarah kawasan tersebut.
16 2.2 Laut China Selatan
Laut China Selatan terletak di kawasan Timur Semenanjung Malaysia. Laut ini sebahagian daripada Lautan Pasifik. Keluasan Laut China Selatan adalah sekitar 3,500,000 kilometer per segi, yang turut meliputi kawasan bermula dari Singapura sehingga Selat Taiwan14. Berdasarkan Rajah 2, Laut China Selatan boleh dikenal pasti melalui beberapa buah negara yang berhampiran dengan kawasan tersebut. Laut China Selatan terletak di :
Bahagian Selatan Tanah Besar China dan Bahagian Timur Kepulauan Taiwan,
Bahagian Timur Vietnam dan Cambodia, Bahagian Barat Filipina,
Bahagian Timur di Semenanjung Malaysia dan juga Sumatera, dan
Bahagian Utara Kepulauan Borneo15.
Kawasan Laut China Selatan merangkumi ratusan gugusan pulau kecil, batu-batu dan terumbu yang kebanyakannya terletak di Kepulauan Spratly dan Kepulauan Paracel. Terdapat beberapa pulau dan terumbu utama yang terdapat di kawasan tersebut seperti Kepulauan Natuna, Kepulauan Pratas dan Terumbu Scarborough.
14. Tiquia, Ma. L. (2015, April 27). China & Global Commons. Dilayari pada 20 Februari 2017
daripada http://www.manilatimes.net/china-global-commons/
15Daniel, J. D. (1996). The Spratly Islands Dispute: Who’s On First?. Maritime Briefing. 2(1),
17
Rajah 2: Peta Laut China Selatan.
2.3 Kepentingan Laut China Selatan
Laut China Selatan merupakan kawasan yang kaya dengan sumber hidrokarbon dan sumber perikanan. Laut China Selatan berperanan sebagai laluan perkapalan yang penting di dunia. Banyak negara menggunakan kawasan Laut China Selatan sebagai pertahanan hadapan mereka dan perkara ini telah mengundang kepada peningkatan kuasa ketenteraan di kawasan tersebut.
2.3.1 Sumber Hidrokarbon
18
penyelidikan yang dilakukan oleh sebuah institusi petroleum dan tenaga, ‘Chinese National Offshore Oil Company’ (CNOOC), yang telah membuat satu penyelidikan pada bulan November 2012. Berdasarkan hasil kajian mereka, CNOOC telah menjangka bahawa, Laut China Selatan mempunyai minyak yang sangat banyak dan jumlah tersebut boleh mengisi 125 bilion tong dan sebanyak 500 trilion kaki padu gas asli16, yang masih belum diterokai lagi.
Terdapat satu lagi kajian yang telah dilakukan bagi menjangka jumlah minyak dan gas asli di Laut China Selatan. Kajian tersebut dilakukan oleh ‘Energy Information Administration’ (EIA). Mereka menganggar jumlah minyak dan gas asli yang terdapat di dalam dasar laut itu sebanyak 11 bilion tong minyak dan 190 trilion kaki padu gas asli.
‘U.S Geological Survey’ (USGS) juga telah melancarkan ‘Petroleum Resources Assessment Project’ yang bertujuan untuk membuat analisa terhadap beberapa kawasan di Laut China Selatan pada tahun 2010. Hasil kajian yang USGS dapati, mereka menganggar bahawa Laut China Selatan mempunyai sebanyak 5 hingga 22 bilion minyak dan kira-kira 70 hingga 290 trilion kaki padu minyak asli yang masih belum ditemui dan diterokai seperti
16 Energy Information Administration. (2013). South China Sea: Full Report. Dilayari pada 20
Februari 2017 daripada
19
di Rajah 3. Kawasan yang dikaji itu tidak termasuk kawasan Teluk Thailand dan beberapa kawasan Laut China Selatan yang lain.
Rajah 3: Jumlah Anggaran Minyak Yang Belum Diterokai Pada Tahun 2012.
(U.S Energy Information Admisnistration, 2012)
2.3.2 Sumber Perikanan
20
membenarkan cahaya matahari menembusi dasar laut dan membantu tumbesaran flora dan fauna di kawasan ini.
2.3.3 Laluan Perkapalan
Laut China Selatan merupakan laluan perdagangan yang sangat penting di dunia kerana laluan ini menghubungkan kawasan timur dan barat. Hampir 5.3 trilion USD jumlah nilai dagangan yang dilakukan melalui laluan ini pada setiap tahun17. Hal ini menunjukkan bahawa Laut China Selatan merupakan laluan yang sangat penting dan bernilai kepada peningkatan ekonomi. Menurut Robert D. Kaplan (2015), jumlah minyak dagangan dari Lautan India ke Asia Timur melalui Laut China Selatan adalah tiga kali ganda berbanding laluan Terusan Suez dan 15 kali ganda berbanding laluan Terusan Canal18.
2.4 Negara-negara yang Menuntut Hak Kawasan di Laut China Selatan
Setiap negara yang menuntut hak kawasan di Laut China Selatan adalah berdasarkan faktor sejarah dan undang-undang negara masing-masing. Dalam bahagian ini, tuntutan kawasan Laut China Selatan oleh China, Vietnam dan Filipina adalah seperti di Rajah 4.
17 B.A Hamzah. (2014). Big Power Rivalries and Their Impact on Regional Security. Dalam B.A
Hamzah (Ed.). Disputing the South China Sea. (hlm 42). Kuala Lumpur: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
18 Robert, D. K. (2015, Februari). Why the South China Sea is Crucial. Dilayari pada 20 Februari
2017 daripada
21
Rajah 4: Kawasan Pertikaian di Laut China Selatan.
2.4.1 Tuntutan China
Melalui faktor sejarah, China mula menjalankan aktiviti di perairan Laut China Selatan sejak abad ke-15 lagi. Pada tahun 1947, Republik China di bawah pemerintahan kerajaan Kuomintang telah mengemukakan garis panduan yang rasmi ke atas Laut China Selatan dengan sebelas garisan. Namun, apabila kerajaan Komunis mengambil alih, dua daripada sebelas garis telah dimansuhkan untuk membolehkan kerajaan China dan Vietnam menyelesaikan masalah berkenaan tuntutan mereka di Teluk Tonkin19. China menandatangani satu undang-undang yang dinamakan sebagai ‘The United Nations Convention on the Law of the Sea’ (UNCLOS) 1982 pada tahun 1996. Perjanjian tersebut mengehadkan kuasa sesebuah negara ke atas perairan serantau atau dikenali
19 Asia Maritime Transparency Initiative. (2014). 18 Maps that Explain Maritime Security in
22
sebagai ZEE. China memperkenalkan sembilan garisan kepada UNCLOS pada tahun 2009. Pada tahun 2014, Beijing mengeluarkan peta yang baharu di mana di dalam peta itu terdapat penambahan satu lagi garisan pada timur Taiwan.
China menamakan beberapa pulau utama mengikut panggilannya. Kepulauan Spratly, Kepulauan Paracel, Kepulauan Pratas dan Terumbu Scarborough telah dinamakan sebagai Nansha Qundao, Xisha Qundao, Dongsha Qundao dan Huangyan Dao. Pada tahun 1974, China mengambil alih Kepulauan Paracel dari Vietnam. China ingin menuntut keseluruhan kawasan Laut China Selatan yang merupakan ‘internal lake’kepada China. Kawasan tuntutan China adalah seperti berikut:
1) Kepulauan Spratly 2) Kepulauan Paracel 3) Kepulauan Pratas
4) Kepulauan Senkaku/ Diaoyu 5) Terumbu Scarborough 6) Tebing Macclesfield
2.4.2 Tuntutan Vietnam
23
Bagi Vietnam, Kepulauan Paracel sebahagian daripada wilayah Khanh Hao20. Vietnam mula memenuhi sebahagian kawasan Kepulauan Paracel pada tahun 1974, namun China bertindak merampas kesemua bahagian Kepulauan Paracel. Keadaan ini menimbulkan ketegangan antara China dan Vietnam. Kawasan tuntutan Vietnam adalah berdasarkan faktor sejarah yang merupakan kawasan warisan jajahan Vietnam iaitu:
1) Kepulauan Spratly 2) Kepulauan Paracel 3) Tebing Macclesfield
Pada tahun 1933, Perancis mula menguasai kawasan Kepulauan Paracel dan hak ke atas kepulauan itu kemudiannya diserahkan kepada pihak Jepun pada tahun 1941. Selepas kejatuhan Jepun pada Perang Dunia kedua, pihak kerajaan Selatan Vietnam menyatakan bahawa, Kepulauan Paracel adalah miliknya dan tidak sepatutnya dikawal oleh China. Bekas presiden Vietnam, Pham Van Dong mengiktiraf tuntutan oleh China ke atas Kepulauan Paracel pada tahun 1958 dengan menghantar sebuah nota diplomatik ke Beijing sebagai tanda pengakuan deklarasi China terhadap tuntutan 12 batu nautika ke atas kepulauan tersebut21.
20 Laursen. W. (2015). China, Vietnam Consider Joint Offshore Development. Dilayari pada 22
Februari 2017 daripada http://www.maritime-executive.com/article/china-vietnam-consider-joint-offshore-development
21Daniel, J. D. (1996). The Spratly Islands Dispute: Who’s On First?. Maritime Briefing. 2(1),
24 2.4.3 Tuntutan Filipina
Pada tanggal 15 Mei 1956, pengarah ‘Philippine Maritime Institute’, Tomas Cloma telah menuntut kesemua kawasan di Kepulauan Spratly, kira-kira 380 batu dari bahagian barat Palawan Selatan dan menamakan kawasan itu sebagai ‘Free Territory of Freedomland’22. Cloma menggunakan prinsip ‘Discovery and Proximity’23 untuk menyatakan tuntutannya. Walau bagaimanapun, tuntutan yang dilakukan oleh Cloma tidak disahkan oleh kerajaan Filipina. Walaupun kerajaan Filipina tidak mengiktiraf tuntutan yang dilakukan oleh Cloma, tetapi Filipina berjaya merebut tiga buah pulau di kawasan Kepulauan Spratly pada tahun 1970 dan 1971. Ketiga-tiga pulau tersebut yang berada di kawasan Kepulauan Spratly adalah merupakan tuntutan yang dilakukan oleh Cloma.
Pada 11 Jun 1978, presiden Filipina, Ferdinand Marcos telah menandatangani ‘Presidential Decree’ yang bertujuan untuk menyatakan tuntutannya dalam kumpulan Kalayan. Tuntutan ini merupakan tuntutan yang dibuat oleh Cloma pada asalnya, tetapi berbeza dalam dua perkara. Perkara yang pertama adalah, Kepulauan Spratly tidak termasuk dalam tuntutan itu tetapi yang dituntut adalah Pulau Amboyna Cay. Perkara yang kedua, Cloma menuntut
22 Kalayaan. P. (n.d.). Historical Background. Dilayari pada 23 Februari 2017 daripada
http://www.kalayaanpalawan.gov.ph/about_the_municipality/historical_background.html
23 Lai, L. T. (1999). China and the South China Sea Dialogues. (hlm 101). Westport: Praeger
25
berdasarkan prinsipnya manakala tuntutan yang dibuat oleh Kalayan berdasarkan tujuan keselamatan dan ekonomi. Kawasan tuntutan yang berjaya dibuat oleh Filipina adalah seperti:
1) Kepulauan Spratly 2) Terumbu Scarborough 3) Tebing Macclesfield
2.5 Pertikaian di Laut China Selatan
Sub topik ini akan mengupas beberapa permasalahan yang menjadi punca kepada pertikaian yang melibatkan China, Vietnam dan Filipina di Laut China Selatan.
Sebuah peristiwa pertempuran berdarah pernah berlaku di antara China dan Vietnam pada tahun 1974. Peristiwa ini berlaku apabila China mahu menguasai Kepulauan Paracel dari Vietnam. Akibatnya, sebuah pertempuran terjadi antara kedua-dua negara apabila ‘People's Liberation Army Navy’ (PLAN) melakukan serangan terhadap kelasi Vietnam dan telah membunuh 70 orang daripada mereka.
26
melepaskan tembakan bagi mengambil bendera Vietnam yang dijaga rapi oleh tentera Vietnam. Namun akhirnya, tentera Vietnam terpaksa mengundur diri24. Sekitar penghujung tahun 1988, China berjaya menduduki kira-kira enam kawasan terumbu dan beberapa buah pulau di Kepulauan Spratly25. Sekitar Julai 2012, China secara rasminya menubuhkan bandar Sansha sebagai sebuah pusat pemerintahannya di Pulau Woody yang dikatakan adalah sebagai wilayah luar negeri China di Laut China Selatan. China juga mententerakan bandar ini untuk menjamin kedudukannya dalam tuntutan Laut China Selatan26.
Rajah 5: Pulau Woody.
(CNTV, 2012)
24 Koo, M. G. (2009). Island Disputes and Maritime Regime Building in East Asia. (hlm 154).
Dordrecht: Springer.
25 Ramzy, A. (2012). China’s Newest City Raises Threat of Conflict in South China Sea. Dilayari
pada 25 Februari 2017 daripada http://world.time.com/2012/07/24/chinas-newest-city-raises-threat-of-conflict-in-the-south-china-sea/
27
Pada bulan Disember 2012, bantahan anti-China diadakan di jalan-jalan Vietnam. Bantahan ini terjadi apabila sebuah kapal pedagang Cina dituduh melakukan sabotaj kepada salah sebuah kapal kajian seismik milik Vietnam. Polis Vietnam hanya membenarkan kira-kira 200 orang menyertai perarakan ini bermula dari Opera House di Hanoi untuk melakukan bantahan di sepanjang jalan itu27.
Sekitar awal tahun 2016, China mengerahkan pesawat pejuang miliknya iaitu pesawat JH-7 dan pesawat J-11 di Pulau Woody.28 China juga mengerahkan ‘Surface-to-Air Missile’ (SAM) iaitu sistem HQ-9. Tindakan yang dilakukan oleh China adalah untuk meningkatkan rasa kebimbangan kepada negara-negara lain yang turut membuat tuntutan terhadap Laut China Selatan termasuk negara Amerika Syarikat.
2.5 Kesimpulan Bab
Bab ini menceritakan serba sedikit latar belakang Laut China Selatan yang menjadi kawasan pertikaian di antara China, Vietnam dan Filipina. Sumber dan kemudahan yang terdapat di kawasan ini merupakan faktor utama
27 Associated Press. (2012, Disember). Vietnam Breaks Up Anti-China Protests. Dilayari pada
2 Mac 2017 daripada http://www.theguardian.com/world/2012/dec/09/vietnam-breaks-up-anti-china-protests
28 IHS Global. (2016, Februari). China Again Uses Woody Island for Military Posturing.
Dilayari pada 3 Mac 2017 daripada
28
perebutan kawasan berlaku. Setiap negara yang terlibat mempunyai tuntutan pertikaian yang tersendiri mengikut undang negara masing-masing.
30 BAB 3
FAKTOR PENINGKATAN KUASA KETENTERAAN CHINA, VIETNAM DAN FILIPINA DI LAUT CHINA SELATAN
3.1 Pendahuluan
Bab ini akan memberikan penjelasan tentang tindakan yang dilakukan oleh China di Laut China Selatan sehingga membuatkan Vietnam dan Filipina berasa tergugat apabila tindakannya menjadi lebih agresif dengan memasuki kawasan perairan Vietnam dan Filipina.
Beberapa faktor yang menjadi pendorong kepada tindakan yang diambil oleh China juga dapat dilihat dalam bab ini. Pemimpin negara China berserta dasar pertahanannya turut mempengaruhi tindakan yang diambil oleh China. Bab ini juga akan memberikan penjelasan tentang faktor pencetus kepada reaksi negara Vietnam dan Filipina terhadap tindakan China.
3.2 Tindakan China di Laut China Selatan
31
melalui pertempuran berdarah antara China dan Vietnam yang berlaku pada tahun 1978 dan 1988.
Semasa ‘Shangri-La Diologue’ pada 31 Mei 2015, Laksamana Sun Jianguo memberi ucapannya dan berkata kepada para tetamu bahawa China akan melancarkan satu lagi ‘Air Defence Identification Zone’(ADIZ) seperti mana yang pernah dilancarkan di Laut China Timur sekiranya terdapat ancaman di Laut China Selatan29. Setiap kapal udara yang memasuki kawasan tersebut perlu memperkenalkan diri. Sekiranya gagal berbuat demikian, China mempunyai hak untuk mencantas dan memusnahkan kapal tersebut. ADIZ sangat penting bagi China dalam melindungi kedaulatannya terhadap tuntutan di Laut China Selatan. Menurut Feng Zhang (2015), China tidak akan melakukan perkara yang sedemikian kerana, hal ini untuk menjaga hubungan baik antara negara-negara ASEAN. Walau bagaimanapun, beliau turut menjangka bahawa, China tetap akan mengambil tindakan sekiranya keadaan menjadi lebih tegang30.
Pada bulan April 2016, pihak media membuat laporan berkenaan China yang sedang melatih ‘Fishing Militia’. Pengertian ‘Fishing Militia’adalah di mana para nelayan akan dilatih dengan latihan ketenteraan oleh China. Merujuk
29 Feng, Z. (2015, April). Should Beijing Establish an Air Defence Identification Zone Over the
South China Sea?. Dilayari pada 5 Mac 2017 daripada
http://foreignpolicy.com/2015/06/04/should-beijing-establish-an-air-defense-identification-zone-over-the-south-china-sea/
32
kepada Rajah 6, para nelayan tersebut diberi latihan ketenteraan yang sepenuhnya mengenai kegiatan di laut semasa membuat penangkapan di kawasan Laut China Selatan31. Para nelayan tersebut juga perlu memberi maklumat mengenai kapal asing seperti syarikat perkapalan luar yang memasuki kawasan Laut China Selatan32.
Rajah 6: Nelayan Tanmen Berpakaian Uniform Semasa Melapor Untuk Latihan.
(National Defense, 2013)
Pada bulan Mac 2017, Vietnam mendakwa bahawa China telah mencabuli kedaulatan Vietnam apabila sebuah kapal persiaran China telah memasuki kawasan Vietnam iaitu Kepulauan Paracel dan perairan kawasan antarabangsa serta berharap pihak China dapat menghormati kedaulatan Vietnam33.
31 Conor M. K. & Andrew S. E. (2016, May 17). China's Uniformed, Navy-Trained Fishing
"Militia". Dilayari pada 10 Mac 2017 daripada http://www.maritime-executive.com/editorials/chinas-uniformed-navy-trained-maritime-militia
32 Ibid.
33 Pham, M. (2017, Mac 13). Vietnam Demands China Stop Cruises In South China Sea. Dilayari
33
3.3 Faktor Yang Mempengaruhi Tindakan China
Tindakan yang dilakukan oleh China dipengaruhi oleh faktor-faktor dasar pertahanan negara China serta pengaruh daripada pemimpinnya sendiri.
3.3.1 Dasar Pertahanan China
Tujuan utama dasar pertahanan China adalah untuk mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kawasan negara daripada sebarang ancaman yang boleh menggugat kepentingan negara34. Berdasarkan ‘White Paper 2015’, termaktub bahawa orientasi pertahanan negara China adalah pertahanan yang aktif35. Konsep pertahanan aktif boleh difahami menerusi ayat yang terkandung dalamnya, “We will not attack unless we are attacked, but we will surely counterattack if attacked”36. Ayat tersebut memberi maksud bahawa, “Serangan tidak akan dilakukan melainkan kami diserang dan sudah tentu
akan berlaku serang balas oleh kami”. Pertahanan aktif bukanlah pertahanan semata-mata, tetapi memberi tindak balas sekiranya pertahanan digugat oleh musuh.
34 Ministry of National Defense of the People's Republic of China. (n.d.). Defense Policy.
Dilayari pada 18 Mac 2017 daripada
http://eng.mod.gov.cn/Database/DefensePolicy/index.htm 35
Zhaohui, D. (2015). III. Strategic Guideline of Active Defense. Dilayari pada 18 Mac 2017
daripada
http://eng.mod.gov.cn/Database/WhitePapers/2015-05/26/content_4586711.htm
34
‘Nine Principle’37 telah digariskan dalam pertahanan aktif oleh negara China berdasarkan situasi yang sedang berlaku. Antaranya:
1) Untuk membantu kerajaan dalam mencapai matlamat strategi negara, mengaplikasikan keselamatan negara, mengukuhkan kekuatan ‘Preparation of Military Struggle’, mencegah krisis, membuat ‘deterrence’ dan memenangi perang,
2) Untuk mempromosikan orientasi strategi yang sejajar dengan pembangunan keamanan China dan dasar pertahanan negara yang bertujuan sebagai pertahanan, kerjasama yang rapat antara politik, ketenteraan, ekonomi dan diplomatik serta sentiasa bersiap siaga dalam memberi tindak balas terhadap ancaman, 3) Membuat perancangan dalam memastikan kedaulatan wilayah,
hak maritim dan kepentingan selamat,
4) Membuat perancangan secara proaktif bagi tentera dalam semua aspek dan inisiatif strategi,
5) Untuk mengadaptasi strategi dan taktik yang menekankan fleksibiliti dan mobiliti,
6) Untuk membuat persediaan supaya dapat mengadaptasi situasi yang rumit,
7) Untuk membuat hubungan baik antara kerajaan dan tentera supaya dapat meningkatkan moral para pegawai serta orang bawahan,
37 Zhaohui, D. (2015). III. Strategic Guideline of Active Defense. Dilayari pada 18 Mac 2017
35
8) Untuk menggalak rakyat China dalam mengadaptasi konsep peperangan serta fokus dalam mobilisasi peperangan melalui sumber manusia, sains dan teknologi, dan
9) Untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan serta keselamatan antara negara jiran, serantau dan negara yang membangun.
Kertas Putih menekankan pembangunan PLA dalam bentuk cegah rintang supaya boleh mengatasi segala bentuk konflik yang muncul38. Dasar ini telah digunakan dalam pertikaian Laut China Selatan di mana tentera China berperanan dalam mengawal kawasan yang di tuntut oleh China.
3.3.2 Nilai Kepimpinan China
Pengubalan dasar dan polisi oleh sesebuah negara dipengaruhi oleh pemimpin negara tersebut. Perubahan terhadap dasar adalah bertujuan membawa negara ke arah yang lebih maju. Oleh itu, pemimpin harus bijak dalam membuat keputusan berkenaan pengubalan dasar. Seperti China, dasar pertahanannya adalah untuk pertikaian di Laut China Selatan.
3.3.3 Presiden China
38 Dennis J. B. (2015). The 2015 Chinese Defense White Paper on Strategy in Perspective:
36
Xi Jinping merupakan presiden negara China. Beliau dilahirkan pada tahun 1953 dan bapa beliau merupakan pengasas kepada Parti Komunis. Bapa Jinping telah diusir daripada parti tersebut semasa ‘Cultural Revolution’ pada tahun 196239. Jinping merupakan seorang pelajar dalam bidang kejuruteraan kimia di Univerisiti Tsinghua, Beijing.
Rajah 7: Presiden China, Xi Jinping.
Pada tahun 1974, beliau mula menyertai Parti Komunis China dan menjadi Setiausaha Agung pada tahun 2012 sehingga sekarang. Tidak lama sebelum itu, beliau telah dicalonkan sebagai Presiden China pada tahun 201340. Jinping merupakan seorang yang sangat bermotivasi dan juga seorang yang berkeyakinan tinggi terhadap cita-citanya berkenaan ‘Chinese Dream’.
39 BBC. (2013, Jun). Profile: Xi Jinping. Dilayari pada 20 Mac 2017 daripada
http://www.bbc.com/news/world-asia-pacific-11551399
40 BBC. (2013, Jun). Profile: Xi Jinping. Dilayari pada 20 Mac 2017 daripada
37
Beliau mengimpikan sebuah negara kuat yang berlandaskan cara hidup orang Cina, semangat Cina serta berkekuatan Cina41. Rancangan yang diimpikan oleh Jinping merupakan rancangan kepada transformasi China. Terdapat tujuh kategori42 yang terkandung dalam ‘Chinese Dream’:
1) China yang kuat (‘Strong China’), 2) China yang stabil (‘Stable China’), 3) China yang kaya (‘Bountiful China’), 4) China yang harmoni (‘Harmonious China’), 5) China yang bertemadun (‘Civilized China’), 6) China yang cantik (‘Beautiful China’), dan 7) China yang kreatif (‘Creative China’).
Negara China yang kuat perlu melibatkan diri dalam bidang politik, ekonomi, sains dan juga ketenteraan. Dalam aspek ketenteraan, Jinping mahu transformasi terhadap tenteranya dilakukan, dimana tentera yang moden dan mampu memberi impak yang begitu drastik menjelang tahun 202043.
41 Ramzy, A. (2016, April 21). China’s President, Xi Jinping, Gains a New Title: Commander in
Chief. Dilayari pada 21 Mac 2017 daripada from
https://www.nytimes.com/2016/04/22/world/asia/china-xi-jinping-military-commander.html?_r=0
42 Robert, L. K. (2014, Januari 25). Structuring the Chinese Dream. Dilayari pada 22 Mac 2017
daripada http://usa.chinadaily.com.cn/opinion/2014-01/25/content_17257856.htm
43 Page, J. (2016, April 24). President Xi Jinping’s Most Dangerous Venture Yet: Remaking
China’s Military. Dilayari pada 22 Mac 2017 daripada
38
3.4 Faktor Serta Reaksi Vietnam dan Filipina Terhadap Tindakan China
Tindakan yang dilakukan oleh China merupakan salah satu faktor kepada peningkatan kuasa ketenteraan Vietnam dan Filipina. Kedua-dua negara ini melakukan perkara sedemikian untuk mempertahankan hak dan melindungi tuntutan mereka di Laut China Selatan daripada ancaman China. Namun demikian, Vietnam dan Filipina tidak melakukan sebarang aktiviti yang mampu menggugat kedaulatan mahupun memberi ancaman terhadap negara-negara lain yang turut menuntut hak di kawasan Laut China Selatan.
3.4.1 Reaksi Vietnam
Permodenan ketenteraan Vietnam bertujuan untuk menghadapi ancaman semasa ke atas tindakan agresif China di Laut China Selatan. Vietnam membeli aset-aset baru seperti kapal selam dan jet pejuang buatan Rusia. Lima daripada enam buah kapal kelas Kilo telah dihantar kepada tentera laut Vietnam pada awal tahun 201644. Selain pembelian aset baru dari Rusia, Vietnam bercadang untuk membeli kapal udara peronda bagi memantau kawasan Laut China Selatan. Vietnam juga meminta bantuan dari Korea Selatan berkenaan tuntutannya di Laut China Selatan. Menteri Luar Korea Selatan, Yun
44 Parameswaran, P. (2016, Februari 10). Vietnam Gets Fifth Submarine from Russia. Dilayari
39
se telah bersemuka dengan Perdana Menteri Vietnam, Nguyễn Xuân Phúc45. Pertemuan itu bertujuan untuk meminta bantuan dari Korea Selatan untuk menjaga kawasan tuntutannya, iaitu Kepulauan Paracel dan Kepulauan Spratly46.
3.4.2 Reaksi Filipina
Filipina juga tertumpu terhadap permodenan kuasa ketenteraan untuk mengelakkan segala ancaman daripada kehadiran China di Laut China Selatan. Filipina membeli kapal udara yang baru iaitu, FA-50 Fighter demi menggantikan kapal yang lama, F-5 dan dua buah pesawat telah dihantar pada bulan November 201547. ‘Philippines Air Force’(PAF)juga merancang untuk memperkasakan lagi tentera udaranya dengan memperbaiki beberapa kebolehan seperti mengesan, memintas, mengenal pasti serta meneutralisasi penceroboh yang memasuki ‘Philippines Air Defense Identification Zone’
(PADIZ)48. Filipina perlu membuat tindakan yang lebih tegas setelah kedaulatannya dicabul oleh China apabila terdapat ‘China Coast Guard’
(CCG) dan kapal-kapal industri perikanan yang beroperasi di Terumbu
45 Panda, A. (2017, Mac 21). Vietnam Seeks South Korean Backing in the South China Sea.
Dilayari pada 23 Mac 2017 daripada http://thediplomat.com/2017/03/vietnam-seeks-south-korean-backing-in-the-south-china-sea/3
46 Ibid.
47 Tomkins, R. (2015, November 25). Philippine Air Force receiving South Korean FA-50 jets.
Dilayari pada 23 Mac 2017 daripada http://www.upi.com/Business_News/Security-
Industry/2015/11/25/Philippine-Air-Force-receiving-South-Korean-FA-50-jets/8781448477968/
48 Philippines Air Forces. (n.d.). Philippines Air Forces Flight Plan 2028. Dilayari pada 23 Mac
2017 daripada
40
Scarborough49. Menurut laporan, China membenarkan nelayan-nelayan Filipina untuk berada di kawasan tersebut, walau bagaimanapun terdapat beberapa larangan apabila berada di kawasan teluk50. Perkara ini telah membuat Filipina untuk lebih bersiap siaga dengan membuat pemodenan yang berterusan demi menjaga kedaulatannya serta kawasan tuntutannya di Laut China Selatan.
3.5 Dasar Pertahanan Vietnam dan Filipina
3.5.1 Dasar Pertahanan Vietnam
Pada tahun 2009, Pertahanan Nasional Vietnam telah mengeluarkan kertas putih mereka. Dalam kertas putih itu, terdapat tiga topik yang digariskan dan diterangkan melalui segi situasi yang dihadapi oleh Vietnam pada masa kini, polisi Vietnam dan pembangunan pertahanan nasional serta pembangunan ‘self-defense force’51. Menurut Vietnam, mereka mempunyai bukti yang kukuh berdasarkan faktor sejarah dan juga dari segi perspektif undang-undang di mana perkara tersebut tidak dapat disangsikan oleh mana-mana negara yang menuntut kawasan di bawah tuntutan Vietnam52. Walau bagaimanapun, Vietnam akan berunding mengenai isu ini berdasarkan UNCLOS 1982. Polisi pertahanan ini juga menyatakan bahawa Vietnam akan menyelesaikan isu ini
49 Corr, A. (2017, April 14). Take Defense Treaty Action For Philippine Sovereignty In South
China Sea. Dilayari pada 23 Mac 2017 daripada
https://www.forbes.com/sites/anderscorr/2017/04/14/take-defense-treaty-action-for-philippine-sovereignty-in-south-china-sea/#d1a52996ed38
50 Ibid.
51 Ministry of National Defence. (2009). Vietnam National Defence. Dilayari pada 24 Mac 2017
daripada https://www.files.ethz.ch/isn/155222/Vietnam2009.pdf
41
dengan menggunakan keamanan berdasarkan undang-undang antarabangsa53. Sekiranya terdapat ancaman dari negara lain terhadap kawasan dan kedaulatan Vietnam, kerajaan Vietnam tidak akan teragak-agak untuk menentang semula.
3.5.2 Dasar Pertahanan Filipina
Kertas putih negara Filipina telah dikeluarkan pada bulan Julai 2012 yang bertujuan untuk membuat tranformasi terhadap Jabatan Pertahanan Nasional atau ‘Department of National Defense’ (DND). Bagi menyokong objektif tersebut, DND telah mengenal pasti beberapa cara yang strategik54. Antaranya: 1) Menjaga wilayah negara dan mempertahankan kepentingan
maritim yang strategik,
2) Menjaga komuniti dan menyokong pihak berkuasa tempatan, 3) Mengurangkan risiko oleh bencana alam dan juga bencana yang
disebabkan oleh manusia, dan
4) Mengukuhkan serta memperluaskan kerjasama antara ketenteraan dan pertahanan antarabangsa.
Untuk menyesuaikan diri terhadap ancaman semasa yang sedang berlaku di kawasan Laut China Selatan, Filipina memerlukan transformasi tersebut terutamanya terhadap dua perkara penting. Perkara yang pertama adalah menjaga wilayah negaranya dan mempertahankan kepentingan maritim yang
53 Ibid.
54 Department of National Defence. (2012). A White Paper on Philippine Defence
Transformation. 10-15. Dilayari pada 25 Mac 2017 daripada
42
strategik. Untuk melaksanakan idea ini, DND menggariskan pembangunan terhadap tentera laut, tentera udara, kebolehan peluru berpandu serta sokongan logistik55. DND juga membuat perancangan ke atas Angkatan Serangan Udara Strategik di mana dalam perancangan tersebut, ‘Multi-Role Combat Aircraft’
(MRCA) dan ‘Unmanned Combat Air Vehicle’ (UCAV) juga turut memberi sokongan terhadap tentera Filipina56. Filipina juga akan meningkatkan infrastruktur pertahanan dan keselamatan di kawasan yang dituntutnya di Laut China Selatan. Filipina membuat perkara sedemikian bagi mengukuhkan status tuntutannya dan juga meningkatkan sosio-ekonomi penduduk di situ.
Perkara yang kedua adalah ingin mengukuhkan serta memperluaskan lagi ‘The International Defence-Military Cooperation’ (IDMC) melalui pertahanan ketenteraan sekutu dan rakannya dengan menjaga aktiviti ekonomi di kawasan perairan antarabangsa dan kawasan sempadan. Filipina juga ingin memperluaskan lagi ketenteraan serta pertahanannya dengan membuat kerjasama antara negara-negara melalui sektor politik, ekonomi serta keselamatan.
3.6 Kesimpulan Bab
Bab ini mengupas reaksi Vietnam dan Filipina terhadap China dari aspek ketenteraan yang diketengahkan oleh China sebagai punca utama kepada permasalahan yang berlaku dalam tuntutan Laut China Selatan. Tindakan
43
agresif yang diambil oleh China telah mendorong kepada permodenan angkatan ketenteraan Vietnam dan Filipina. Pemaksimuman kuasa berlaku bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan negara di samping menuntut hak masing-masing di Laut China Selatan.
45 BAB 4
HUBUNGAN ANTARA DILEMA KESELAMATAN DAN PENINGKATAN KUASA KETENTERAAN ANTARA CHINA, VIETNAM DAN FILIPINA KE ARAH PERTIKAIAN LAUT CHINA
SELATAN
4.1 Pengenalan
Dalam kajian ini, kewujudan dilema keselamatan berpunca daripada strategi China yang mahu meningkatkan keupayaan ketenteraannya. Tindakan China ini telah mewujudkan dilema keselamatan kepada Vietnam dan Filipina. Hal ini mendorong Vietnam dan diikuti Filipina untuk turut sama-sama memodenisasikan ketenteraan masing-masing bagi memastikan keselamatan dan tuntutan mereka dalam pertikaian Laut China Selatan. Dilema keselamatan antara ketiga-tiga buah negara juga akan dikaitkan dengan teori Neorealisme.
46
4.2 Dilema Keselamatan dan Realisme Ofensif Dalam Pertikaian Laut China Selatan
4.2.1 Dilema Keselamatan
Konsep dilema keselamatan oleh Herz adalah berdasarkan kebimbangan. Herz memberikan pendapat bahawa ketidakpastian yang meningkat terhadap niat orang lain akan menyebabkan asas dilema keselamatan berlaku dan menjadikan ‘Homo Homini Lupus’57. Apabila rakyat berasa takut, akan terdapat sekumpulan individu tertentu yang akan berusaha untuk menjaga keselamatan di antara satu sama lain58. Sekitar lewat tahun 1950-an, Herz menyatakan bahawa matlamat politik adalah sebagai sebuah motif yang boleh dianalisis melalui daripada kata-kata dan tindakan mereka59.
Senjata juga menambahkan ketidakpercayaan terhadap niat negara-negara lain kerana pengertian yang samar-samar di sebalik senjata mereka. Dilema keselamatan memberikan pengaruh terhadap penilaian kerajaan bagi membezakan pergerakan tentera sama ada menyerang atau bertahan60. Herz juga menjelaskan enam ciri-ciri dilema keselamatan:
1) Sumber muktamad bagi dilema keselamatan adalah anarki, 2) Penyebab serta merta dalam dilema keselamatan adalah
57‘Homo Homini Lupus’ bermaksud "manusia adalah serigala kepada seorang manusia" atau
dalam erti kata lain, ia membawa kepada kepercayaan bahawa manusia secara semula bersifat agresif terhadap dirinya sendiri.
58 Booth, K. & Wheeler, N. J. (2008). The Security Dilemma: Fear, Cooperation and Trust in
World Politics. ( 1).(hlm 22-45). Hampshire: Palgrave Macmillan.
47
ketidakpastian negara-negara dan kebimbangan negara-negara tentang niat masing-masing untuk membahayakan di bawah anarki,
3) Cara negara-negara cuba membantu negara sendiri untu melarikan diri daripada dilema keselamatan adalah dengan mengumpul lebih banyak kuasa bagi menjana kitaran persaingan kuasa,
4) Percubaan negara-negara untuk melarikan diri daripada dilema keselamatan dengan mengumpulkan lebih banyak kuasa mungkin tidak akan meningkatkan tahap keselamatan mereka sama sekali, malah akan merugikan negara sendiri dan lebih tragis,
5) Dilema keselamatan boleh menyebabkan peperangan, tetapi tidak menjadi punca kepada semua peperangan, dan
6) Dinamik dalam dilema keselamatan adalah pengukuhan negara sendiri61.
Jervis juga turut menekankan aspek dilema keselamatan tetapi berbeza daripada aspek oleh Herz. Jervis berpendapat, perkara utama dilema keselamatan bukanlah peningkatan dalam keselamatan negara lain yang dapat membuatkan negara lain berasa kurang selamat, bukan kerana salah tanggapan tetapi adalah kerana anarki dalam hubungan antarabangsa. Jervis menekankan tujuh aspek dilema keselamatan:
61 Tang, Shiping. (2009). The Security Dilemma: A Conceptual Analysis. Security Studies, 18(3),
48
1) Dilema keselamatan adalah struktur asal,
2) Ketidakpastian dan kebimbangan negara tentang niat pada kini dan masa depan masing-masing adalah penting untuk
membentuk dan mengekalkan dilema keselamatan,
3) Ia adalah disebabkan oleh tindakan pertahanan dengan itu ia tidak disengajakan,
4) Ia cenderung untuk menghasilkan keputusan yang tidak diingini dan merugikan negara sendiri iaitu penurunan dalam keselamatan negara sendiri,
5) Ia cenderung untuk menghasilkan keputusan yang tidak diingini dan tragis iaitu, perang,
6) Dilema keselamatan boleh menyebabkan peperangan, tetapi bukanlah punca kepada semua peperangan, dan
7) Dinamik dalam dilema keselamatan adalah pengukuhan negara diri dan menyerupai sebuah lingkaran62.
4.2.2 Realisme Ofensif
Berdasarkan para realis, kemandirian sesebuah negara adalah merupakan faktor utama. John Mearsheimer dalam hujahnya berpendapat dalam Realisme Ofensif, sesebuah negara akan memberikan tumpuan kepada keupayaan negara-negara lain untuk persaingan kuasa dan akan cuba meningkatkan kuasa tersebut. Berdasarkan penyataan beliau,
62 Booth, K. & Wheeler, N. J. (2008). The Security Dilemma: Fear, Cooperation and Trust in
49
“Ketidakpastian tentang niat negara-negara lain memang tidak dapat
dielakkan, di mana negara tidak dapat memastikan sama ada negara-negara
lain tidak mempunyai niat serangan yang disertakan dengan keupayaan
serangan mereka”63. Beliau juga menekankan bahawa sistem antarabangsa adalah anarki64. Berdasarkan pernyataan itu, setiap negara akan memaksimumkan kekuasaan untuk mempertahankan negara daripada serangan. Walau bagaimanapun, Waltz menentang teori-teori ini kerana pemaksimuman kuasa tidak akan berjaya dan cara yang terbaik adalah dengan mengimbangi gabungan. Namun, untuk mencapai gabungan itu, mungkin akan mengambil masa atau mungkin tidak efektif disebabkan beberapa perkara. Walaupun kuasa bukannya satu-satunya cara yang ada, sesebuah negara akan cuba untuk memaksimumkan kuasa kerana ia adalah merupakan cara yang terbaik untuk kemandirian negara tersebut.
4.3 Permodenan Strategi Tentera China Mencipta Kebimbangan dan Ketidakpastian terhadap Vietnam dan Filipina
Dasar Pertahanan China 2015 dan ‘Chinese Dream’ oleh Xi Jinping, menekankan strategi ketenteraan China untuk memodenisasikan angkatan tentera dan memberikan ancaman kepada negara-negara lain. Dalam perkembangan semasa, menunjukkan bahawa China mempunyai keazaman untuk menakluk Asia Pasifik dan yang paling penting ialah Laut China Selatan. Strategi yang digunakan oleh China menyebabkan kebimbangan dan
63 Mearsheimer, J. J. (2001). The Tragedy of Great Power Politics. Anarchy and the Struggle
for Power. Bab 2. New York: Norton.
50
ketidakpercayaan kepada Vietnam dan Filipina. Dari perspektif negara-negara tersebut pula melihat bahawa China yang sebelum ini mendakwa dirinya sebagai pertahanan, berpotensi bertukar sebagai penyerang65.
Pemaksimuman kuasa China memberikan ancaman dan simbol kesamaran kepada Vietnam dan Filipina. China menempatkan tenteranya di Pulau Woody dan beberapa pulau-pulau buatan lain sebagai ancaman kepada Vietnam dan Filipina. Faktor seterusnya adalah keupayaan China dalam projek penguasaan ketenteraan udara dan laut dari pulau-pulau ini memberikan kelebihan kepadanya untuk menjamin kawasan tuntutannya di Laut China Selatan. Permodenan PLA memberikan keupayaan kepada China untuk serangan melalui laut terhadap pantai Vietnam dan Filipina. Kapal laut jenis ‘Landing
Platform Dock’ (LPD) yang baru ditauliahkan dalam tahun semasa memberikan kelebihan kepada PLA. Seterusnya, ‘Strategic Missile Force’
(SMF) yang mampu melancarkan peluru berpandu balistik dengan peledak nuklear mewujudkan kebimbangan dan ketidaktentuan kepada Vietnam dan Filipina. Kapal Liaoning seperti di Rajah 8, merupakan satu-satunya kapal induk China memberikan kelebihan strategik kepada PLAN kerana kapal ini boleh membawa kira-kira 30 buah pesawat pejuang J-15 yang mampu menyerang negara-negara lain.
51
Rajah 8: Kapal Induk Lioning China.
(REUTERS)
4.4 Tindak Balas Vietnam dan Filipina
52 pertahanan dari China.
4.4.1 Vietnam
Permodenan Angkatan Tentera Vietnam dapat dilihat melalui perolehan pesawat pejuang SU-30MK2, enam buah kapal selam kelas Kilo, kapal perang dan sistem pertahanan udara canggih S-300PMU buatan Rusia. Vietnam merancang untuk membeli peralatan ketenteraan buatan negara Barat sekiranya sekatan Amerika Syarikat terhadap Vietnam ditarik balik pada masa akan datang. Vietnam turut merancang untuk membeli ‘Anti-ship Missile’ (AShM) dari India yang dapat memberi ancaman kepada kapal China66.
Rajah 9: Sistem Pertahanan Peluru Berpandu S-300PMU-2 Rusia.
66 Bedi, R. (2016). India Aims to Supply Brahmos Cruise Missiles to Vietnam. Dilayari pada 25
53
(Associated Press)
4.4.2 Filipina
Filipina membeli sebuah pesawat ringan yang baru dari Korea dan sebuah kapal baru bagi kegunaan tentera laut mengawal pantai serta membina semula pakatan ketenteraan dengan Amerika Syarikat. Pemaksimuman kuasa oleh Filipina dikaitkan dengan ancaman yang berpunca daripada permodenan angkatan tentera dan tindakan agresif yang dilakukan oleh China dalam tuntutan Laut China Selatan.
4.5 Peningkatan Kuasa Ketenteraan antara China, Vietnam dan Filipina
54 4.6 Kekuatan Anggota Tentera
Jadual 1: Perbandingan Kekuatan Anggota Tentera antara China, Vietnam dan Filipina Pada
Tahun 2014 dan 2015. (Hackett, J., 2014 & 2015)67
Negara China Vietnam Filipina
Tahun 2014 2015 2014 2015 2014 2015
Jenis
Aktif 2,333,000 2,333,000 482,000 482,000 125,000 125,000 Tentera
510,000 510,000 5,000,000 5,000,000 131,000 131,000
Berdasarkan Jadual 1, kekuatan anggota tentera bagi ketiga-tiga negara adalah sama pada setiap tahun. Hanya pada tahun 2015, Xi Jinping mengumumkan pengurangan anggota tentera sebanyak 300,000 orang akan dilakukan bagi permodenan ketenteraan dalam reformasi PLA68. Permodenan ini adalah untuk Pasukan Senjata Strategik PLA bagi meningkatkan keupayaan serangan nuklear kedua dengan ‘Intercontinental Ballistic Missile’ (ICBM) dan peluru berpandu balistik yang lain69.
67 Hackett, J. (2015, Februari). The Military Balance 2015. (hlm 240-295). Oxfordshire:
Routledge Journals.
68 Tiezzi, S. (2015, September 8). The Real Reason China Is Cutting 300,000 Troops. Dilayari
pada 25 April 2017 daripada http://thediplomat.com/2015/09/the-real-reason-china-is-cutting-300000-troops/
69 Andrew, S. E. & Michael, S. C. (2014). China’s Strategic Rocket Force: Upgrading Hardware