• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERBEZAAN SUHU MENGIKUT STESEN DAN MASA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERBEZAAN SUHU MENGIKUT STESEN DAN MASA"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin dan kurnianya saya dapat menyiapkan kerja projek Geografi ini. Ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus, Tuan Haji Wan Hussin Bin Ismail kerana memberi sokongan sepenuhnya dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

Tidak lupa juga ucapan terika masih kepada Penolong Kanan Tingkatan Enam, Encik Mohd Asri Bin Ibrahim kerana memberi sokongan moral dalam usaha untuk menyiapkan segala tugasan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada guru Geografi Tingkatan Enam, Encik Mohd Zikri Bin Mohamood atas segala tunjuk ajar dan dorongan sepanjang kerja projek ini dijalankan.

Selain itu, ucapan terima kasih juga diucapkan kepada keluarga kerana memberi sokongan dari segi moral dan kewangan. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada rakan sepasukan saya iaitu yang terdiri daripada Muhammad Muazam Bin Roslan, Nurin Farzana Binti Othman dan Nur Azlina binti Mat Lasim atas segala kerjasama dan komitmen yang telah diberikan.

(2)

TAJUK KAJIAN: PERBEZAAN SUHU MENGIKUT STESEN DAN MASA DI KAWASAN HUTAN LIPUR JERAM LINANG, PASIR PUTEH, KELANTAN.

1.0 PENGENALAN

Hutan dapat didefinisikan sebagai suatu kumpulan atau asosiasi pohon-pohon yang cukup rapat dan menutupi kawasan yang cukup luas sehingga dapat membentuk iklim mikro dengan keadaan ekologi khas dengan kawasan sekitarnya. Hutan bukan hanya sekadar terdiri daripapa pohon-pohon, tetapi juga termasuk tumbuhan kecil seperti lumut, semak, belukar dan bunga-bunga hutan.

Hutan hujan tropika merupakan hutan yang terpenting dan paling luas di Malaysia,iaitu meliputi kira-kira 70 peratus daripada jumlah kawasan hutan di negara kita. Hutan ini merupakan habitat bagi pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.

Hutan penting kepada masyarakat sebagai kawasan tadahan hujan. Hutan membekalkan sumber air yang dominan kepada kita untuk penggunaan harian. Hutan juga merupakan habitat semula jadi bagi flora dan fauna yang juga merupakan sumber makanan kepada manusia.

Antara fungsi Hutan Lipur Jeram Linang ialah dapat menyederhanakan suhu setempat dengan cara mengekalkan peratus kelembapan udara di kawasan sekitarnya. Daun dan kanopi tumbuhan akan menyebabkan suhu di kawasan setempat menjadi lebih rendah berbanding di kawasan yang mempunyai kurang litupan tumbuhan.

(3)

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian ialah:

1.1 Menganalisis pola suhu mengikut stesen

1.2 Membincangkan hubungan antara suhu dengan jarak dan suhu dengan masa di kawasan Hutan Lipur Jeram Linang

1.3 Menghuraikan peranan tumbuhan terhadap pola suhu di kawasan Hutan Lipur Jeram Linang

1.4 Menjelaskan kepentingan hutan terhadap alam sekitar fizikal di kawasan Hutan Lipur Jeram Linang

Melalui kajian ini juga, pengkaji dapat menerapkan unsur bekerjasama dalam pasukan bersama ahli pasukan. Di samping itu juga, rasa cintakan alam sekitar juga dapat dipupuk antara ahli kumpulan.

(4)

Jeram Linang merupakan salah satu pusat rekreasi yang awal dibuka di Pasir Puteh. Pusat rekreasi ini merupakan kawasan air terjun berbatu, dan mempunyai laluan untuk mendaki ke puncak iar terjun. Kawasan mandi untuk golongan dewasa dan kanak juga disediakan, juga terdapat taman permainan untuk kanak-kanak dan kawasan ini merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk tapak perkhemahan. Kawasan letak kereta disediakan untuk kemudahan pengunjung. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Machang telah membina banyak kemudahan seperti tempat letak kereta, surau, wakaf rehat, tandas awam, restoran dan gerai, chalet dan tapak perkhemahan.

Selain daripada itu, kawasan ini masih belum diteroka sepenuhnya. Oleh itu, kawasan hutannya yang malar hijau masih lagi kekal. Air terjun Jeram Linang adalah dari jenis air terjun bertingkat iaitu setinggi 12 meter dan menjadi tumpuan orang ramai dari kawasan Pasir Puteh, Machang, Kota Bharu dan Jerteh, Terengganu.

Peta 1: Peta yang menunjukkan daerah Pasir Puteh dan kawasan Jeram Linang

Jeram Linang (kadang-kadang ditulis Jeram Lenang) merupakan salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terkenal di Kelantan. Jeram Linang terletak di Hutan Simpan Ulu Sat, dalam Jajahan Machang, Kelantan dan dihubungi dengan jalan raya bertar.

Petunjuk:

(5)

Pengunjung boleh ke sana dengan menaiki kereta persendirian dan teksi. Mengikut sejarah, Jeram Linang merupakan antara kawasan air terjun yang terawal dibangunkan sebagai

kawasan rekreasi orang ramai di Kelantan. Air terjun Jeram Linang adalah dari jenis air terjun bertingkat setinggi 12 meter dan menjadi tumpuan orang ramai dari kawasan Pasir Puteh, Machang, Kota Bharu dan Jerteh, Terengganu.

(6)

4.0KAEDAH KAJIAN

Bagi melaksanakan tugasan ini, terdapat tiga kaedah kajian yang dijalankan untuk

mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci tentang kajian yang telah dijalankan di Hutan Lipur Jeram Linang, Pasir Puteh.

4.1 Kaedah Pemerhatian

Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian ketika kajian ini dijalankan. Pengkaji telah memerhati di kawasan pinggir hutan di Hutan Lipur Jeram Linang sama ada kawasan tersebut tinggi atau rendah.

4.2 Kaedah Pengukuran

Pengkaji bersama rakan sekumpulan telah menggunakan kaedah pengukuran dengan menggunakan alat penyukat suhu iaitu termometer di kawasan Hutan Lipur Jeram Linang mengikut sepuluh stesen yang telah dipilih mengikut masa yang telah ditetapkan iaitu pagi, tengah hari dan petang.

(7)

4.3 Kaedah Kepustakaan

(8)

5.0HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

(9)

5.1 Pola Perbezaan Suhu Mengikut Stesen

5.1.1 Peta Lokasi Yang Dilakukan Mengikut 10 Stesen Cerapan Yang Berbeza.

U

Petunjuk:

(10)

5.1.2 Proses Pengukuran Disertakan Foto

Pengkaji bersama rakan sekumpulan yang lain telah mengambil bacaan suhu di stesen yang telah ditetapkan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Alat yang digunakan untuk menyukat suhu ialah dengan menggunakan termometer.

Gambar 2: Pengkaji bersama rakan sekumpulan sedang mengambil bacaan suhu dengan menggunakkan alat penyukat suhu iaitu termometer.

(11)

Jadual 1: Perbezaan Suhu Mengikut Stesen dan Masa di Hutan Lipur Jeram Linang, Pasir

Pagi 28.0 27.0 26.5 26.5 26.5 25.5 25.0 25.0 25.0 24.5

Tengah hari 30.5 30.5 30.0 29.0 28.0 27.0 26.5 26.5 26.5 26.0

Petang 31.0 30.0 29.5 29.5 29.0 28.0 28.0 27.8 27.5 27.0

Graf 1: Pola Perubahan Suhu di 10 Stesen di Hutan Lipur Jeram Linang.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Pola Perubahan Suhu di 10 Stesen di Hutan Lipur Jeram Linang

(12)

5.2 Hubungan Antara Suhu Dengan Jarak dan Suhu Dengan Masa di Kawasan Kajian

(a) Suhu Dengan Jarak

Berdasarkan analisa yang telah dibuat, suhu mula menurun apabila bacaan dilakukan di dalam hutan. Hal ini membuktikan bahawa litupan tumbuhan yang ada dikawasan tersebut dapat menyederhanakan suhu setempat. Lapisan hutannya yang malar hijau dan mempunyai empat lapisan meyebabkan suhu dikawasan tersebut kekal sejuk dan nyaman. Proses fotosintesis juga akan berlaku. Hal ini akan menyebabkan, semakin jauh ke dalam hutan, semakin sejuk suhu sekitar. Berdasarkan graf yang telah dibina, terbukti bahawa suhu bermula tinggi di stesen pertama dan menurun pada hampir setiap stesen. Ini kerana, pada stesen akhir adalah merupakan kawasan hutan tebal berbanding di kawasan pinggir hutan.

(b) Suhu Dengan Masa

Selain itu, masa turut memainkan peranan yang penting. Suhu pada waktu pagi dan tengah hari adalah berbeeza. Suhu pada waktu pagi adalah lebih sejuk berbanding dengan suhu pada waktu tengah hari. Pada waktu petang, suhu agak rendah kerana factor hujan renyai- renyai yang turun. Hal ini juga akan mempengaruhi bacaan suhu di kawasan sekitar. Pancaran matahari yang tidak tertalu terik pada waktu pagi dan petang juga menyebabkan suhu menjadi lebih rendah pada waktu tersebut. Pada graf, terbukti bahawa suhu pada waktu pagi adalah lebih rendah berbanding dengan suhu pada waktu tengah hari.

5.3 Peranan Tumbuhan Terhadap Suhu

5.3.1 Menyederhanakan Suhu

(13)

5.3.2 Menapis Bahangan

Selain itu, Hutan Hujan Tropika mempunyai empat lapisan kanopi pokok iaitu lapisan emergen, lapisan kanopi, lapisan tengah dan lantai hutan. Lapisan kanopi ini berjuan untuk menghalang cahaya matahari dari sampai ke lantai hutan. Hal ini bermakna, cahaya matahari yang kurang di kawasan lantai hutan menyebabkan kawasan tersebut lebih sejuk dan nyaman. Lapisan kanopi pokok akan menapis bahangan matahari supaya tidak terus sampai ke lantai hutan. Keadaan ini akan menyebabakan kawasan hutan yang tebal sentiasa redup dan nyaman.

5.3.3 Meningkatkan Kelembapan ( Proses Sejatpeluhan)

Hutan tebal dengan liupan daun yang lebat dan padat serta mendapat cahaya matahari yang cukup di kawasan atas kanopi juga akan menyebabkan proses perpeluhan atau transpirasi berlanjalan dengan baik.lebih banyak wap-wap air akan dibebaskan ke udara di kawasan tersebut. Wap-wap air ini pula tidak akan terus tersejat ke ruang atmosfera sebaliknya diperangkap oleh daun dan silara pokok yang tebal. Oleh sebab itu, kelembapan udara di kawasan hutan tebal adalah sentiasa tinggi dan berkekalan sepanjang tahun.

(14)

5.4 Kepentingan Hutan Terhadap Alam Sekitar Fizikal

(a) Proses Hidrologi

Hutan Hujan Tropika mempunyai akar banir yang dapat memberi sokongan pada pokok tersebut. Selain itu, akar banir jugan berfungsi untu kmenyekat pergerakan larian air permukaan secara mendatar dan mengurangkan halaju seterusnya akan terus meresap ke dalam tanah. Lapisan bawah atau lantai hutan terdiri daripada pokok-pokok yang kurang 10 meter tingginya. Tumbuh-tumbuhan seperti cendawan,pokok renek,semak samun,dan pokok herba kecil didadati di lapisan ini. Tumbuh-tumbuhan di lantai hutan tumbuh jarang kerana kurang mendapat cahaya matahari. Tumbuh-tumbuhan di kawasn lantai hutan juga berfungsi untuk memperlahankan air larian permukaan di kawasan tersebut. Hutan Hujan Tropika yang berlapis-lapis dan berkanopi tebal akan menyebabkan hutan ini boleh melakukan proses cegaran silara yang baik untuk menapis dan menampan air hujan daripada menimpa secara langsung ke atas permukaan cerun. Kesannya, titisan hujan akan menimpa cerun dengan kadar yang perlahan dan cenderung untuk meresap ke dalam tanah daripada mengalir di permukaan. Kadar supannya tinggi sekaligus mengurangkan kadar larian air permukaan.

(15)

(b) Proses Geomorfologi

Hutan juga penting kepada proses geomorfologi. Secara umumnya, pergerakan ini disebabkan tarikan graviti, aliran air hujan atau air dari salji yang mencair. Pergerakan jisim ini dapat dikategorikan kepada dua kumpulan utama iaitu pergerakan jisim lambat dan pergerakan jisim cepat. Liputan tumbuh-tumbuhan melindungi tanih daripada hakisan percikan atau hempasan air hujan. Hutan juga dapat mengurangkan kadar hakisan larian air permukaan melalui cengkaman akar dan proses cegatan silara. Di kawasn hutan tebal, halaju seperti titisan air hujan yang menimpan lantai hutan akan diperlahankan oleh silara-silara pokok yang berlapis-lapis. Kesannya air hujan lebih banyak meresap masuk ke dalam tanah berbanding dengan yang mengalir di permukaan. Akar banir pokok yang timbul di permukaan tanah akan menyekat atau memperlahankan halaju larian air permukaan. Keadaan ini akan membolehkan struktur tanah di kawasan hutan tebal lebih stabil.

(c ) Proses Ekologi (Habitat Flora dan Fauna)

(16)
(17)

6.0 KESIMPULAN KAJIAN

Kesimpulannya, pola suhu di setiap stesen adalah tidak berbeza kerana semakin jauh ke dalam hutan, suhu akan menjadi semakin sejuk. Jarak dan masa juga mempengaruhi suhu kerana, semakin jauh ke dalam hutan, suhu akan menjadi semakin rendah. Pada waktu pagi pula, suhu yang telah dicatatkan di Hutan Lipur Jeram Linang adalah yang paling rendah. Hal ini kerana, faktor kurangnya sinaran matahari pada waktu pagi menyebabkan suhu setempat lebih sejuk. Hutan memainkan peranan penting sama ada untuk mengekalakan suhu setempat atau juga sebagai habitat semulajadi flora dan fauna.

Pengkaji bersama rakan sekumpulan lain telah berusaha sedaya upaya dan bekerjasama sepanjang menjalankan kerja projek ini. Unsur-usur cintakan alam sekitar dan bekerjasama dalam pasukan sedaya upaya cuba kami terapkan sepanjang berada di kawasan kajian.

7.0SENARAI RUJUKAN

7.1.1 Rujukan Buku

 Hj. Rusly Musa dan Hjh. Nurashikin Abdullah. 2015. Teks Pra-U STPM Geografi Penggal 3. Petaling Jaya: Sasbadi SDN. BHD.

(18)

7.1.2 Rujukan Portal Rasmi Kerajaan

 Portal Rasmi Maljis Daerah Pasir Puteh. 2016. Jeram Linang.

7.1.3 Rujukan Internet

 Blogger Team.2004. Electronic sources: Hutan Hujan Tropika.

http://bloggeof1k1hk1j.blogspot.com/p/hutan-hujan-tropika.html [ 4 Ogos 2016].

 Sugeng Baik Hati dan Suka Menabung. 2010. Electronic source. Proses Geomorfologi.

http://smartgeografi.blogspot.com/2015/12/proses-geomorfologi.html [4 Ogos 2016].

8.0 LAMPIRAN

Gambar 6: Laluan untuk ke puncak di Hutan Lipur Jeram Linang.

Gambar 7: Kawasan air terjun di Hutan Lipur Jeram

(19)

Gambar 8: Pengkaji berada di kawasan Hutan Lipur Jeram Linang.

Gambar

Gambar 1: Pengkaji bersama rakan sepasukan sedang mengambil bacaan suhu di stesen
Gambar 2: Pengkaji bersama rakan sekumpulan sedang mengambil bacaan suhu denganmenggunakkan alat penyukat suhu iaitu termometer.
Gambar 3: Antara tumbuhan yang terdapat di kawasan Hutan Lipur Jeram Linang.
Gambar 4: Pokok yang berakar banir yang terdapat di kawasan Hutan Lipur Jeram
+4

Referensi

Dokumen terkait

Segala puji syukur kepada Allah SWT yang telah memberikan petunjuk dan kekuatan sehingga peneliti dapat melakukan penelitian dan menyelesaikan penulisan proposal skripsi

Kegiatan FINAS adalah sebagai media pembelajaran pengalaman operasi fasilitas Instalasi Nuklir Non Reaktor untuk memberikan umpan balik tentang peristiwa yang

Hasil dari penelitian ini terdapat 1105 pasien yang datang ke laboratorium ENMG pada tahun 2019 dengan 52 diantaranya adalah penderita neuropati diabetik, sehingga

Melihat kenyataan di atas, pada dasarnya setiap orang memiliki SQ dan motivasi dalam belajar untuk mencapai hasil belajar, termasuk siswa-siswi Madrasah Aliah

Dengan menggunakan kedua metode di atas, penulis pertama-tama akan mengumpulkan teori-teori mengenai tanda baca dalam bahasa Jepang dan penggunaannya, kemudian dari

Berdasarkan pernyataan para ahli disimpulkan bahwa kepemimpinan kepala sekolah merujuk pada kemampuan kepala sekolah selaku pemimpin pendidikan dalam mempengaruhi,

 Sebagaimana termometer penunjuk suhu, bola termometer untuk alat pencatat suhu/waktu ini juga harus dipasang pada lokasi yang tepat.  Umumnya, termometer untuk alat pencatat

KANTOR SEKTOR BAKARU KANTOR