• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penerimaan m Pembelajaran dalam Sistem P

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penerimaan m Pembelajaran dalam Sistem P"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Abstrak—Pembangunan dan kemajuan teknologi mobil yang berkembang pesat setelah teknologi mobil ini diterapkan dalam sistem pendidikan di Malaysia telah memberi peluang untuk pelajar bermotivasi dalam mempelajari semua bidang secara mendalam dengan menggunakan teknologi pembelajaran mobil atau m-pembelajaran. Seperti yang telah dijangkakan, telefon bimbit pintar berteraskan pelantar Android, iOS dan BlackBerry OS telah menjadi alat komunikasi yang amat diperlukan bagi kebanyakan orang, terutama sekali pelajar. Lambakan aplikasi-aplikasi pendidikan yang menyokong m-pembelajaran mendorong pelajar atau guru menggunakannya dengan sebaik mungkin. Guru perlu mengambil peluang untuk menggunakan pelbagai aplikasi m-pembelajaran percuma yang mudah didapati dan mudah diakses sebagai persediaan untuk menyokong pengajaran mereka. Aplikasi-aplikasi m-pembelajaran boleh meningkatkan minat dan motivasi pelajar sekali gusmempengaruhi pelajar untuk terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran. Tujuan kajian ini adalah untuk membuat analisis literatur berkenaan penggunaan The Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) untuk

meningkatkan kefahaman kita terhadap penerimaan m-pembelajaran khususnya dalam penggunaan aplikasi

pendidikan di kalangan pelajar. Berdasarkan dapatan kajian tinjauan ini, satu kerangka kerja model pembelajaran yang interaktif direka bentuk untuk menyokong proses P & P di antara pelajar dan guru demi memperoleh satu pengalaman pembelajaran yang menarik dan bermakna.

Terma Indeks—M-pembelajaran, Teknologi Mobil, UTAUT

I. PENGENALAN

T

eknologi mudah alih yang berkembang dengan pesat sejak beberapa tahun dahulu telah memberi peluang sepenuhnya kepada pelajar untuk bermotivasi setelah pembelajaran mobil atau m-pembelajaran diterapkan dalam sistem pendidikan di Malaysia. M-pembelajaran bermaksud pembelajaran yang dipertingkatkan dengan penggunaan alat mudah alih dan komunikasi mudah alih yang boleh berlaku di mana-mana dan

Manuscript received September 10, 2012. Analisa Ham dan, Rosseni

Din, Sit i Zur aida Abdul Manaf are with UKM, Malaysia (e-mail

analisa.hamdan@gmail.com).

pada bila-bila masa sahaja, dan mengambil kesempatan ke atas peluang pembelajaran yang ditawarkan oleh teknologi mudah alih [1][2].

M-pembelajaran juga boleh ditafsirkan sebagai satu corak e-pembelajaran yang menyampaikan kandungan pendidikan dan bahan-bahan sokongan pembelajaran melalui alat komunikasi tanpa wayar [3]. Dengan wujudnya peranti-peranti mudah alih popular seperti telefon bimbit pintar, iPad, iPod, Tablet PC, dan alat Bantuan Digital Peribadi (PDA) yang digunakan oleh pelajar dan guru di dalam kelas, m-pembelajaran kini mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan penyelidik di institusi pendidikan melalui kajian-kajian berkenaan m-pembelajaran. Jika dibandingkan dengan komputer riba, iPad, tablet pc, dan telefon pintar mempunyai permukaan skrin yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja [7][19]. Oleh itu, penggunaan peranti mudah alih yang kecil lebih menggalakkan persekitaran m-pembelajaran dalam kalangan pelajar terutama sekali di institusi pengajian tinggi.

Seperti yang telah dijangkakan, telefon bimbit berteraskan pelantar Android telah menjadi alat komunikasi yang amat diperlukan bagi kebanyakan orang, terutama sekali pelajar [4]. Aplikasi Android adalah satu sumber terbuka bagi sistem operasi telefon bimbit yang disokong oleh Google Corporation, sebuah syarikat enjin carian terkemuka dunia. Justeru, guru perlu mengambil peluang untuk menggunakan pelbagai aplikasi Android percuma yang mudah didapati dan mudah diakses sebagai persediaan untuk menyokong pengajaran mereka. Aplikasi-aplikasi Android boleh meningkatkan minat dan motivasi pelajar dan mempengaruhi pelajar untuk terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran [5]. Sebagai contoh, kanak-kanak pra sekolah juga telah didedahkan dengan m-pembelajaran dan penggunaan peranti mudah alih serta aplikasi pendidikan yang bersesuaian dengan tahap umur mereka (Rajah 1).

Analisa Hamdan, Rosseni Din, Siti Zuraida Abdul Manaf,

UKM, Malaysia

Penerimaan m-Pembelajaran dalam Sistem

Pendidikan di Malaysia melalui

The Unified

(2)

Rajah 1 Kanak-kanak pra sekolah memanfaatkan teknologi m-pembelajaran

Selain itu, pelantar lain seperti iOS (sebelum ini iPhone OS) adalah sistem operasi mudah alih yang dibangunkan dan diedarkan oleh Apple Inc. untuk iPhone, iPad, iPod Touch dan Apple TV. Sehingga 12 Jun 2012, App Store Apple mengandungi lebih daripada 650,000 aplikasi iOS, yang secara kolektifnya telah dimuat turun lebih daripada 30 bilion kali [8].

BlackBerry OS pula adalah sistem operasi telefon mudah alih yang dibangunkan oleh Research In Motion (RIM) bagi peranti telefon pintar BlackBerry. BlackBerry OS menyediakan sistem berbilang kerja dan menyokong peranti input khusus yang telah diterima pakai oleh RIM untuk digunakan dalam telefon bimbit, terutamanya roda, bebola jejak, dan yang terbaru adalah track pad dan skrin sentuh [23]. Ketiga-tiga pelantar tersebut menyediakan aplikasi-aplikasi pembelajaran yang bersesuaian untuk kegunaan pelajar (rajah 2).

Rajah 2 Sistem operasi telefon bimbit pintar iOS Apple, Android dan BlackBerryOS

Beberapa aplikasi Web 2.0 dan perisian pendidikan percuma sama ada pelantar Android, iOS dan BlackBerry OS yang sentiasa diakses oleh pelajar adalah Wikipedia, YouTube, Facebook For Android, Dropbox, Google Search, dan Whiteboard [24]. Blackboard Mobile Learn adalah sejenis aplikasi pembelajaran yang dibangunkan oleh BlackBoard yang menyokong persekitaran m-pembelajaran di mana aktiviti seperti pengumuman, jadual bertugas, refleksi jurnal dan blog, media audio dan video serta gred pencapaian pelajar dipaparkan menerusi peranti mudah alih pelajar [22].

II. KELEBIHANM-PEMBELAJARAN

Terdapat beberapa kelebihan m-pembelajaran bagi pelajar iaitu menurut Saedah Siraj (2004), bahan pembelajaran boleh di bawa ke mana-mana sahaja di mana secara tidak langsung m-pembelajaran berjaya mengurangkan penggunaan dewan kuliah, bilik tutorial dan sebagainya. Aktiviti pembelajaran juga boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada waktu lapang pelajar [18].

Selain itu, m-pembelajaran juga menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di mana sesiapa sahaja boleh menggunakan aplikasi m-pembelajaran dan tidak hanya tertakluk kepada pelajar dan guru. Sebagai contoh, suri rumah yang sedang menanti kepulangan anak-anak dari sekolah boleh mengakses aplikasi m-pembelajaran yang diminati dan seterusnya melakukan aktiviti pembelajaran [18][20].

Guru juga mendapat kebaikan hasil perlaksanaan m-pembelajaran, iaitu boleh mengehadkan kehadiran guru ke dalam kelas untuk mengajar, masa mengajar yang terhad boleh diatasi dan kandungan pengajaran dan bilangan pelajar yang sedikit juga boleh diatasi dengan menggalakkan m-pembelajaran [18]. Sehubungan itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu ditukar dan digabungkan dengan teknologi mudah alih dalam persekitaran m-pembelajaran untuk menarik minat generasi muda.

Untuk lebih memahami dengan lebih lanjut penerimaan m-pembelajaran dalam kalangan pelajar, analisis literatur telah dilaksanakan dan dipetakan Teori Bersepadu Penerimaan dan Penggunaan Teknologi (UTAUT). Seterusnya, satu kerangka kerja model m-pembelajaran direka bentuk untuk menyokong proses P & P menarik dan bermakna.

III. PERNYATAANMASALAH

(3)

pengubahsuaian dalam mengetahui penerimaan teknologi mudah alih [13]. Wang, Wu, dan Wang (2008) [14] mengesyorkan agar penyelidikan dilakukan terhadap m-pembelajaran termasuk tingkah laku penggunaan, semua pemboleh ubah bebas UTAUT, penggunaan secara sukarela, perceive playfulness, dan pembelajaran pengurusan kendiri. Beberapa kajian terhadap penerimaan m-pembelajaran dilaksanakan di Malaysia dan di luar negara tetapi kajian penerimaan m-pembelajaran dalam sistem pendidikan di Malaysia menggunakan model UTAUT adalah terhad.

IV. ANALISISLITERATUR

Kajian salah sebuah projek m-pembelajaran [9] mendapati bahawa telefon bimbit memainkan peranan yang penting dalam kehidupan pelajar sebagai alat untuk berkomunikasi dan telah berjaya menarik minat golongan muda. Stead (2004) [10] menyatakan bahawa ramai yang telah tersalah anggap dan beranggapan proses pembelajaran menggunakan telefon bimbit adalah sama dengan menggunakan komputer peribadi (hanya kerana saiz yang lebih kecil pada telefon bimbit), tetapi penemuan projek m-pembelajaran menunjukkan bahawa model pembelajaran yang berbeza diperlukan [7][10]. Batasan teknologi di institusi pengajian dan kekurangan kawalan terhadap waktu, jangka masa serta kaedah penggunaan m-pembelajaran menjadi faktor penyebab model m-m-pembelajaran yang bersesuaian diperlukan. Model FRAME yang dibangunkan oleh Koole dan Ally (2006) menggariskan hubungan di antara m-pembelajaran, keupayaan pembelajaran manusia, dan interaksi sosial, tetapi ia juga menangani isu-isu pedagogi kontemporari terhadap bebanan maklumat dan pembelajaran kolaboratif [25]. Walau bagaimanapun, ciri-ciri fizikal serta input dan output antara muka dipengaruhi pemprosesan dalaman peranti mudah alih seperti keupayaan storan, kuasa, kelajuan pemproses, dan kesesuaian. Peranti mudah alih yang digunakan untuk tujuan m-pembelajaran oleh sesuatu institusi berkemungkinan adalah berbeza dengan institusi lain. Begitu juga dengan pelantar operasi yang digunakan pada telefon bimbit pintar. Oleh itu, satu kerangka model m-pembelajaran yang bersesuaian dengan semua jenis peranti mudah alih dan pelantar operasi yang akan digunakan perlu dibina untuk memperbaiki proses pembelajaran secara keseluruhan.

Seterusnya, penerimaan pelajar terhadap m-pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu dikaji bagi melihat penerimaan pelajar dalam sistem pendidikan di Malaysia. Satu kajian telah dilakukan dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk mengkaji kesan persekitaran m-pembelajaran yang menggunakan platform android dalam proses pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan responden menerima sistem interaktif, kebolehcapaian, dan kemudahan sistem, tetapi mereka kecewa dengan gangguan disebabkan oleh masalah sambungan internet [5]. Kemudahan infrastruktur yang disediakan di IPT seperti sambungan Internet, makmal komputer dan peranti mudah alih seperti

iPad perlu dipertingkatkan dan sentiasa diselenggarakan bagi melaksanakan m-pembelajaran secara meluas dan menyeluruh. Secara keseluruhan, m-pembelajaran boleh dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia kerana ia bersifat murah, tidak memerlukan kos yang tinggi dan sesetengah aplikasi pembelajaran yang disediakan untuk android ditawarkan secara percuma. Walau bagaimanapun, penerimaan pelajar terhadap m-pembelajaran perlu dikaji menggunakan model penerimaan yang bersesuaian supaya kerangka model m-pembelajaran dapat direka bentuk.

Dapatan sebuah kajian empirikal berkenaan penerimaan persekitaran pembelajaran maya menggunakan model UTAUT menunjukkan jangkaan prestasi dan pengaruh sosial mempunyai impak signifikan terhadap sikap pelajar dalam menggunakan Moodle. Kajian ini menggunakan pendekatan model persamaan struktur (SEM) untuk menguji model UTAUT dan perhubungan hipotesis di antara gagasan UTAUT. Implikasi kajian ini menunjukkan pereka bentuk persekitaran m-pembelajaran perlu lebih peka dan bersedia mereka bentuk aplikasi pembelajaran yang menarik dan mudah guna. Paling penting persekitaran pembelajaran haruslah selari dengan kemajuan teknologi Web 2.0 [21].

Bukan itu sahaja, menurut Donaldson [15] dalam kajian penerimaan pelajar terhadap m-pembelajaran, seperti yang ditunjukkan oleh kedua-dua Venkatesh et al [6], dan Wang, et al [14], jangkaan prestasi didapati menjadi penentu yang kuat bagi niat tingkah laku, dan jangkaan prestasi dan pengaruh sosial didapati mempunyai signifikan yang positif. Keadaan kemudahan juga didapati menjadi penentu yang signifikan terhadap niat tingkah laku. Ini adalah berbeza dengan model UTAUT di mana keadaan kemudahan telah dikenal pasti sebagai penentu untuk penggunaan tingkah laku atau model Wang et al., [14] yang tidak menggunakan keadaan kemudahan dalam kajian beliau. Kajian terkini tentang penerimaan pelajar terhadap m-pembelajaran telah dilaksanakan di Saudi Arabia. Hasil kajian mendapati jangkaan prestasi dan keadaan kemudahan mempunyai tahap penerimaan yang tinggi [26]. Satu kesimpulan dapat dibuat hasil analisis literatur ini di mana faktor galakan, halangan dan pemilikan peranti mudah alih serta kemudahan akses maklumat telah dikenal pasti menyumbang kepada penggunaan m-pembelajaran dalam kalangan pelajar.

V. MODELUTAUT

(4)

teori utama yang dikaji semula dan disatukan adalah seperti berikut: (1) Teori Tindakan Bersebab (TRA), (2) Model Penerimaan Teknologi (TAM), (3) Model Motivasi (MM), (4) Teori Tingkah Laku Terancang (TPB), (5) Gabungan Model Penerimaan Teknologi dan Teori Tingkah Laku Terancang (C-TAM-TPB), (6) Model Penggunaan PC (MPCU), (7) Teori Difusi Inovasi (IDT), dan (8) Teori Kognitif Sosial (SCT) [6]. Rajah 3 memaparkan model penerimaan yang lebih lengkap berbanding model yang lain iaitu Model UTAUT.

Rajah 3 Model UTAUT: Model penerimaan teknologi

A. Jangkaan Prestasi

Jangkaan prestasi (PE) adalah suatu tahap kepercayaan pelajar bahawa menggunakan teknologi mudah alih membantu mereka memperbaiki prestasi mereka [6]. Peranti mudah alih seperti iPad, telefon bimbit pintar, tablet pc dan sebagainya membolehkan pelajar untuk mengakses bahan-bahan pembelajaran dan terus berhubung dengan guru dan rakan-rakan. Pengenalan teknologi Web 2.0 telah membuka peluang untuk kelas maya, perbincangan dalam talian dan memuat turun bahan-bahan kursus serta aplikasi-aplikasi m-pembelajaran dengan menggunakan sebarang peranti mudah alih.

B. Jangkaan Usaha

Jangka usaha (EE) merujuk kepada mudah guna sesuatu teknologi dengan efikasi kendiri [6]. Untuk menggunakan sistem ini sepenuhnya, pelajar perlu mempercayai bahawa sistem m-pembelajaran sepadan dengan keperluan dan nilai mereka. Kajian-kajian lepas telah membuktikan kesan yang signifikan mudah guna terhadap niat tingkah laku. Efikasi kendiri adalah penentu yang berkuasa dan terus terhadap tingkah laku individu pada penggunaan sebenar sistem atau niat untuk menggunakan sistem [16].

C. Pengaruh Sosial

Pengaruh sosial (SI) adalah suatu tahap di mana seseorang individu percaya orang yang penting bagi individu tersebut harus menggunakan teknologi [12]. Pengaruh sosial adalah penentu langsung bagi niat tingkah laku [6]. Dalam konteks ini, pengaruh sosial ditakrifkan sebagai suatu tahap seseorang pelajar percaya individu yang penting bagi pelajar tersebut harus menggunakan peranti mudah alih.

D. Keadaan Kemudahan

Keadaan Kemudahan (FC) adalah suatu tahap di mana seseorang individu percaya organisasi dan infrastruktur teknikal wujud untuk menyokong penggunaan sebuah sistem atau persekitaran m-pembelajaran [6]. Definisi ini diambil daripada konsep tiga gagasan yang berbeza iaitu kawalan tingkah laku dilihat (TPB/DTPB, C-TAM-TPB), kedaan kemudahan (MPCU), dan kesesuaian (IDT) [6]. Keadaan Kemudahan adalah faktor persekitaran yang membuat sesuatu tindakan mudah [17].

E. Niat Tingkah Laku

Niat Tingkah Laku merujuk kepada niat yang terlalu kuat terhadap penggunaan aplikasi dan teknologi m-pembelajaran dalam proses pembelajaran pelajar [6]. Soal selidik yang mewakili niat tingkah laku akan menunjukkan tempoh masa niat sesuatu tingkah laku yang dirancang akan dilaksanakan. Keadaan ini menunjukkan bahawa niat adalah kuat dan telah dirancang dengan sebaik mungkin.

VI. PERBINCANGANDANKESIMPULAN

M-pembelajaran menyediakan peluang kepada generasi baru dengan aktiviti pembelajaran dan komunikasi yang lebih baik tanpa mengambil kira masa dan tempat. Kajian menyeluruh setiap aspek tentang m-pembelajaran adalah perlu kerana m-pembelajaran di Malaysia masih dalam peringkat awal dan masih tidak dilaksanakan secara meluas. Dengan menggunakan model UTAUT, penerimaan m-pembelajaran dalam kalangan pelajar terutama sekali dalam sistem pendidikan di Malaysia dapat dikenal pasti. Empat gagasan utama UTAUT iaitu jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial dan keadaan kemudahan menjadi penentu terhadap niat tingkah laku seterusnya penggunaan tingkah laku dapat dikenal pasti dengan kehadiran pemboleh ubah jantina, umur, pengalaman dan penggunaan secara sukarela. Model UTAUT adalah model yang berkuasa dan sesuai untuk mengkaji penerimaan m-pembelajaran di kalangan pelajar berbanding TAM. Justeru, satu kerangka model m-pembelajaran berdasarkan literatur akan di reka bentuk bersesuaian dengan peranti teknologi mudah alih yang digunakan oleh pelajar dan menggunakan apa jua jenis pelantar bagi menyokong persekitaran m-pembelajaran di semua IPT di Malaysia.

RUJUKAN

[1] Cheung, S., Yuen, K., & Tsang, E. (2011). A study on the readiness of

mobile learning in open education. Paper presented at the IT in Medicine and Education (ITME), 2011 International Symposium on.

[2] Chuang, K.-W.C. (2009). Mobile Technologies Enhance the

E-Learning Opportunity. American Journal of Business Education 2(9): p. 49-53.

[3] Brown, H.T. (2005). Towards a model for MLearning, International

Journal on E-Learning, 4(3), 2005, p. 299-315.

[4] Shanmugapriya M. dan Tamilarasia, A. (2011). Designing an m-learning

(5)

[5] Hafizul Fahri Hanafi dan Khairulanuar Samsudin. (2012). Mobile Learning Environment System (MLES): The Case of Android-based Learning Application on Undergraduates’ Learning. International Journal of Advanced Computer Science and Applications, 3(3), 2012, p. 63-66.

[6] Venkatesh, V., Morris, M.G., Davis, F.D., dan Davis, G.B. (2003). User

Acceptance of Information Technology: Toward a Unified View, MIS Quarterly, 27, 2003, p. 425-478.

[7] Adesope, O., Olubunmi, S., & McCracken, J. (2007). Implementing

mobile learning in developing countries: Prospects and challenges. In Proceedings of world conference on educational multimedia, hypermedia and telecommunications 2007, eds. C. Montgomerie and J. Seale, p. 1249–1254. Chesapeake, VA: AACE.

[8] Apple WWDC 2012 Keynote Address At.

http://www.apple.com/apple-events/june-2012/

[9] M-Learning (2004). In. Barker, A., Krull, G. & Mallinso, B. (eds). A

Proposed Theoretical Model for M-pembelajaran Adoption in Developing Countries. In mLearn2005, 2005.

[10] Stead, G. (2004). M-learning: small, engaging and at your leisure. The

Learning Citizen, no. 8, 2004, p.10-13.

[11] Kukulska-Hulme, A. (2007). Mobile usability in educational contexts:

What have we learnt? International Review of Research in Open and Distance Learning, 8(2).

[12] Sumak, B., Polancic, G., & Hericko, M. (2010). An empirical study of

virtual learning environment adoption using UTAUT. Paper presented at the 2010 Second International Conference on Mobil, Hybrid, and On-Line Learning, Cancun.

[13] Pendersen, P. E., & Ling, R. (2003). Modifying adoption research for

mobil Internet service adoption: cross-disciplinary interactions. Paper

presented at the 36th Hawaii International Conference on System

Sciences, Big Island, HI.

[14] Wang, Y. S., Wu, M.-C., & Wang, H.-Y. (2008). Investigating the

determinants and age and gender differences in the acceptance of mobil learning, British Journal of Educational Technology, 40(1), 2008, p. 92-118.

[15] Donaldson, R .L. (2011). Student acceptance of Mobile Learning. 2011,

(Doctoral dissertation).

[16] Raman, M. & Jambulingam, M. (2012). Adoption of Mobile Technology

in a Learning Environment. International Conference on Emerging Trends of Computer & Information Technology ( ICETCIT 2012 ) – India, 2012.

[17] Im, I., Hong, S. & Kang, M. S. (2011). An international comparison of

technology adoption Testing the UTAUT model, Information &

Management, 48, 2011, p. 1-8.

[18] Saedah Siraj. (2004). Pembelajaran Mobil dalam kurikulum masa depan.

Masalah Pendidikan, 27, p. 128-142.

[19] Schlageter, G. (2006). E-learning in distance education – Towards

supporting the mobil learner. Information Technology Based Higher Education and Training, ITHET '06. 7th International Conference on.

[20] Abdullah, Muhammad Ridhuan Tony Lim & Siraj, Saedah. (2010).

M-learning for Future Curriculum: Prospect and Implementation,

International Journal of Multidisciplinary Thought, 1(2), p.1-11.

[21] Liu, Z., Zhao, G, Zheng, W. & Jin, J. (2008). The research and

exploration of Mobile-learning based on Web 2.0, 2008 International Sysmposium on Knowledge Acquisition and Modeling.

[22] Bradford, P, Porciello, M., Balkon, N. & Backus, D. (2007). The

Blackboard Learning System: The be all and end all in educational instruction? Journal of Educational Technology Systems, 35, p. 301-314.

[23]Brown, J. (2009). Exploring Mobile Learning: Part One of the

mLearning Series. [Online], At. http://in.blackberry.com/business/industry/education/WP_JudyBrown_P

art1Long_HighRes_MobilLearning.pdf

[24] Mockus, L., Dawson, H., Edel-Malizia, S., Shaffer, D., An, J.S. &

Swaggerty, A. (2011). The impact of Mobil access on Motivation: Distance Education Student Perceptions. [Online]. At http://learningdesign.psu.edu/research/MLRTWhitePaper.pdf

[25] Koole, M., Ally, M. (2006). Framework for the Rational Analysis of

Mobile Education (FRAME) Model: Revising the ABCs of Educational Practices, Networking, Int’l Conf.on Systems and Int’l Conf. on Mobile Communications and Learning Technologies, 2006.

[26] Nassoura, A. B. (2012). Student Acceptance of Mobile Learning for

Higher Education in Saudi Arabia. American Academic & Scholarly

Referensi

Dokumen terkait

Menú Principal Aplicación : En este menú de la aplicación se agrupan las principales funcionalidades para gestionar el juego a nivel de partida completa y las

Performance ratio adalah rasio yang menggambarkan kemampuan peralatan dalam menghasilkan produk yang merupakan hasil dari operating speed ra te dan n et operating rate..

Kedua, hasil uji t dari variable store atmosphere (X1) menunjukkan bahwa store atmosphere memiliki pengaruh secara parsial terhadap emosi positif konsumen (Y)

fenomena sosial yang masih dianggap tabu oleh masyarakat Indonesia.. Keberadaannya juga masih tidak diakui oleh masyarakat hingga

Dukungan psikologis yang diperlukan oleh ibu hamil selain dari diri sendiri, pasangan dan lingkungan keluarganya, adalah dari bidan yang diberikan pada saat kunjungan ANC dengan

Menurut Kotler dan Amstrong (2004:600), sebagai salah satu dari empat proses bauran pemasaran, promosi merupakan aspek penting mengingat promosi adalah hal paling akhir

Conclusion: The results of the study found various risk factors that contribute to the occurrence of green tobacco sickness including the level of education, the duration

Banyak dari responden yang asupan energinya lebih ternyata keadaan status gizinya menjadi obesitas, hal ini dikarenakan jika asupan energi yang dikonsumsi lebih